Friday, October 12, 2012

sepersalinan Rosmah sudah boleh menghilang derita rakyat terbanyak

tak sama tetapi banyak yang serupa
 Filipina pernah menjadi saingan utama Malaysia di rantau ini dari segi ekonomi danperbagai bidang lagi, malah Singapura pernah duduk di belakang negara tersebut. Namun semuanya hancur sehingga amat payah untuk negara itu bangkit semula keran amalam rasuah dan pembaziran yang melampau. Ini semua berpunca dari kelambatan rakyat bangkit menyingkirkan wanita pertama Filipina Imelda. Imelda dibiarkan memboros, sikap boros dan tamak Imelda isteri Marcos telah menyebabkan budaya rasuah dan penyelewengan muncul mendadak. Namun apabila sedar rakyat bangkit selepas pengumuman kemenangan besar Marcos melalui pilihanraya yang jelas menipu. Imelda dan Marcos lari keluar negara tetapi kerana terlambat sedar maka negara tersebut terlalu nazak untuk diselamatkan.

Di Malaysia kita mungkin mengulangi sejarah yang sama jika masih berpeluk tubuh. Ini bukan fitnah, dari cincin bernilai RM 24.45 juta yang telah dibuatkan buku kecil penerangannya penuh dengan bukti. Sehinggalah beg, jam dan seumpamanya. (klik sini untuk baca lanjut mengenai cincin)

Terbaru sebelum ini imej beliau memakai jam yang dikatakan bernilai paling murah RM 350,000 tidak dijawab (klik sini untuk membaca lanjut perihal jam) . Berikut ialah imej Rosmah dengan beg tangan yang dipercayai paling murah berharga RM 303,840 . Apa pekerjaan dan pendapatan Rosmah boleh semewah ini ? Apakah pendapatan Perdana Menteri mampu menampung kos kemewahan pembaziran beliau ? Itu baru beg yang itu, sebelum ini sudah terdedah perbagai koleksi beg tangan yang mewah yang dijangkka sehingga berharga mencecah RM 636,000. Kita tidak menuduh cuma bertanya dan Rosmah harus tampil memberikan penjelasan bukan sekadar menyatakan 'mereka memang suka fitnah saya'..... (klik sini untuk tengok koleksi beg tangan yang lain)


Imej grafik di bawah cukup menjelaskan bahawa sepersalinan Rosmah beerti penderitaan hidup rakyat Malaysia.

tetapi bagaimana hidup rakyat terbanyak yang terus derita susah dijajah hutang keliling pinggang


dapatkan buku pendedahan mengenai cincin Rosmah klik sini

No comments:

Post a Comment