Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Melaka
20 Oktober 2012
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Melaka
20 Oktober 2012
Pada
20 haribulan yang lalu seluruh rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan
perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Kelantan bertemu
dengan pasukan ATM. Perlawanan telah dibawakan secara langsung oleh
rangkaian TV terpilih terus dari Stadium Shah Alam Selangor. Perlawanan
akhir yang sangat berkualiti dan cukup mendebarkan dengan kedua-dua
pasukan saling menyerang yang akhirnya dimenangi oleh pasukan Kelantan.
SAMM Melaka mengucapkan syabas kepada pasukan dari pantai timur
tersebut.
Apa yang menjadi persoalan dan tanda tanya yang bermain di benak pemikiran seluruh rakyat dan anak muda negeri Melaka khususnya, di mana kedudukan pasukan Bola Sepak Negeri Melaka? Apakah yang telah terjadi dengan Pasukan Bolasepak Negeri Melaka?
Apa yang menjadi persoalan dan tanda tanya yang bermain di benak pemikiran seluruh rakyat dan anak muda negeri Melaka khususnya, di mana kedudukan pasukan Bola Sepak Negeri Melaka? Apakah yang telah terjadi dengan Pasukan Bolasepak Negeri Melaka?
Apabila
disemak jadual perlawanan kempen liga bola sepak Malaysia pada tahun
ini, nama Negeri Melaka tersisih dari saingan piala Liga Super Malaysia
malah tiada juga dalam senarai pasukan liga nombor dua negara iaitu Liga
Super. Melaka hanya terletak dan tersenarai dalam liga FAM iaitu liga
tercorot di persada Liga Bola Sepak Negara. Liga FAM juga telah berakhir
dan pasukan Melaka sekadar di tempat yang ke 7 daripada 9 pasukan yang
bertanding. Ini bermakna pasukan Melaka terus kekal di liga FAM untuk
edisi 2013 dengan kedudukan yang langsung tidak dibanggakan.
Ketua Menteri Melaka iaitu Dato’ Ali Rustam sekali lagi telah diangkat sebagai Presiden Mafa bagi menggantikan , Datuk Md Yunos Husin.
Dari episod pengunduran Ali Rustam sebagai Presiden Mafa sebelum ini
(sesi 2007/2008) dan sekembalinya Ali Rustam memegang Presiden Mafa,
Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) tetap berada ditahap terendah
dan rekod terburuk bagi MAFA. Menjadi persoalan ialah mengapa individu
yang sebelum ini telah gagal mengemudi MAFA terus diangkat sebagai
Presiden?
Bolasepak
Melaka seumpama gagal sebelum tiupan wisel perlawanan bermula di atas
perlantikan 're-cycle' ini. Apakah tiada anak negeri Melaka yang lebih
berwibawa untuk diangkat sebagai Presiden? Atau ada agenda tersembunyi
menyentuh perihal peruntukkan yang besar untuk bolasepak negeri Melaka
dalam edisi kali ini?
Mengikut
kenyataan Presiden MAFA sebelum ini, masalah utama MAFA adalah kerana
masalah kewangan dalam pembayaran gaji dan elaun pemain serta pihak
pengurusan MAFA. Turut menjadi persoalan adakah masalah kewangan ini
disebabkan oleh salah urus pentadbiran kewangan ataupun MAFA sendiri
tidak pernah serius dalam menangani isu kemerosotan prestasi pemain dan
persatuan bola sepak yang dianggap “hidup segan mati tak mahu”?
Sebagai anak
jati Melaka, SAMM Melaka memandang serius masalah yang melanda bolasepak
Melaka memandangkan bolasepak tetap menjadi minat utama anak muda
negeri Melaka walaupun bolasepaknya hancur berderai. Jelas
sekali ungkapan yang sering dilaunkan kononnya Melaka menuju negeri
Maju, tetapi tidak maju langsung dalam sukan bolasepak.
SAMM Melaka
juga mendesak agar Dato Ali Rustam mengakui permasalahan bolasepak
Melaka terutamanya jika ia melibatkan masalah peruntukkan wang. Berapa
jumlah peruntukkan untuk musim yang baru? Apakah ia memadai untuk sebuah
pasukan yang bersaing dalam liga tercorot dalam pertandingan bolasepak
tanahair? Apakah ada unsur penyelewengan duit peruntukkan bolasepak
Melaka maka menyebabkan bolasepak Melaka tidak pernah bangkit sejak
puluhan tahun?
Sebelum ini
Solidariti Anak Malaysia Negeri Melaka (SAMM Melaka) telah pun
mendedahkan tentang Skandal, Penyelewengan dan Pembaziran DI Bawah
pentadbiran Ali Rustam dan UMNO/BN sehingga terhasilnya risalah
BONGKAR. Klik di sini :- http://anakmudamalaysia. com/2012/04/pelancaran- risalah-bongkar-mewarnai- program-ceramah-jelajah-anak- muda-samm-bersih-3-0- peringkat-negeri-melaka/ Punca
utama masalah kewangan negeri Melaka adalah disebabkan salah urus
tadbir kewangan yang dianggap membazir di tahap melampau tanpa
memikirkan pulangan kepada rakyat Melaka itu sendiri. Ini disahkan lagi
dengan sambutan Majlis Perkahwinan Anak Ketua Menteri merangkap Presiden
Mafa yang jelas membazir dan sehingga kini Ali Rustam gagal untuk
menyebut angka sebenar kos Majlis tersebut untuk pengetahuan rakyat.
Klik disni :- http://anakmudamalaysia. com/2012/10/samm-melaka-akan- lapor-sprm-isu-perbelanjaan- melampau-perkahwinan-anak-ali- rustam/
SAMM Melaka juga merujuk kepada
tanggal 12 September 2004 stadium Hang Jebat yang bertempat di Paya
Rumput telah dirasmikan dan stadium Hang Jebat yang mampu menempatkan 40
000 orang penonton itu dianggap antara stadium termaju dan terbaik di
Malaysia. Mampu berbanggakah kita sebagai rakyat negeri Melaka dengan
fasiliti yang sebaik itu (sehingga kini kos sebenar pembinaan stadium
tersebut terus menjadi tanda tanya) tetapi mutu pasukan bola sepak
negeri kita berada diantara pasukan yang tercorot. Sekali lagi SAMM
Melaka ingin menegaskan dan perlu jawapan dari Presiden Persatuan Bola
Sepak Negeri Melaka (MAFA) “Inikah yang dikatakan dan dibanggakan dengan
bertaraf “Negeri Maju ? “
Mengikut
sejarah ucapan Ali Rustam beliau adalah individu yang paling gemar
membuat perbandingan iaitu membandingkan di antara negeri Kelantan dan
Melaka? Di dalam konteks Bola sepak ini kita cabar Dato Ali Rustam
mengulangi ucapannya dan membuat perbezaan reputasi Bolasepak negeri
Kelantan dan Melaka? Kenapa beliau mengambil sikap mendiamkan diri?
Kami di
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka) juga mendesak agar MAFA
harus bebas dari cengkaman politik yang memusnahkan bolasepak Melaka.
Ghazale Muhammad, Adun Barisan Nasional Serkam itu cuba mengaitkan perlawanan
akhir Piala Malaysia Kelantan melawan ATM sebagai PAS melawan tentera
di laman social beliau. Namun komen yang dianggap sangat kebudak-budakan
melalui akaun facebook itu dihujani kutukan demi kutukan sahabat-sahabatnya di facebook.
Oleh sebab yang demikian, kami Solidariti Anak Muda Malaysia (Melaka) mengambil keputusan, mendesak dan membuat beberapa ketetapan yang mana MAFA perlu mengambil pendirian tegas melakukan reformasi secara total demi menyelamatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka.
Oleh sebab yang demikian, kami Solidariti Anak Muda Malaysia (Melaka) mengambil keputusan, mendesak dan membuat beberapa ketetapan yang mana MAFA perlu mengambil pendirian tegas melakukan reformasi secara total demi menyelamatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka.
Terdapat 4 ketetapan yang kita putuskan di sini.
1) Presiden
Mafa, Dato Ali Rustam telah gagal dan tidak layak mengemudi Persatuan
Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) dan beliau harus letak jawatan dengan
segera.
2) Persatuan
Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) mesti bebas dari cengkaman politik
dan kami menolak orang politik dalam mengemudi MAFA.
3) Presiden
Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) yang ada sekarang mesti
bangkit menyatakan hal ataupun kemelut sebenar Persatuan Bola Sepak
Negeri Melaka (MAFA) kepada rakyat dan harus memohon maaf kepada
seluruh rakyat Negeri Melaka.
4) Setelah
bebas dari cengkaman politik Pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri
Melaka (MAFA) yang baru harus lebih drastik dalam proses membaik pulih
pasukan bola sepak dan pengurusan, mengambil pemain dan jurulatih yang
baik dan seterusnya meletakkan negeri Melaka standing dan sebaris dengan
pasukan yang lain.
Di sini juga
kami anak muda menegaskan seandainya desakan kami tidak diendahkan, kami
tidak teragak-agak untuk mengajak anak muda mengadakan demonstari
bantahan dan desakan sehingga Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka
(MAFA) dipulihkan dengan segera.
“Perubahan itu wajib didesak!”
Sekian,
Zuraidi bin Abdullah
Steady!!!! terbaekkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!! lawan tetap lawan!!!! GEGAU MELAKA!!! GEGAU!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete#Ultras Taming Sari