Monday, December 08, 2014

5 akuan bersumpah perlukan pengesahan, apa tindakan PKR ?







Azmin akan sampaikan cita - cita Mahathir

KENYATAAN MEDIA TERBUKA
8 DISEMBER 2014

AZMIN SOKONG PENARIKAN GELARAN DATUK SERI DAN TUDUHAN PENDERHAKA TERHADAP ANWAR IBRAHIM ?

1.       Ada usaha penyokong tuli YB Azmin Ali yang mengatakan saya dan teman – teman membawa cerita basi dan menjadi alat musuh politik YB Azmin Ali dengan tidak sudah sudah menyerang beliau.

2.       Ingin ditegaskan saya dan teman – teman tidak bermusuh dan bermasalah dengan Azmin Ali secara peribadi, tetapi kesalahan Azmin antaranya ialah Ingkar araham parti dengan melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar sehingga memalukan presiden dan menyebabkan parti dilihat negatif. Kesalahan ini bukan setakat disapu dibawah karpet tetapi akhirnya dia berjaya membuat PKR itu membuat ‘u turn’ dengan ketegasan hanya satu calon tunggal. Ketegasan inilah yang menyebabkan YB Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim digelar penderhaka sehingga ditarik gelaran dan parti serta PR itu sendiri mendapat impak negative dalam isu perlantikan Menteri Besar baru.

3.       Dalam soal melawan Umno dan Barisan Nasional, sama sekali saya dan teman – teman tidak kompromi. Kita mengkritik Umno / Bn sebagai tidak adil dan mengamalkan dua set undang undang tetapi dalam mendepani isu ini jelas PKR mengamalkan dua set undang – undang. Azmin dan yang rapat denganya semua lepas tetapi yang lain kritik sikit sudah digantung atau dipecat. Ini yang perlu diperbetulkan.

4.       Ingat kerana kerakuasan Azmin Ali lah langkah Kajang yangs eharusnya dibuat secara teliti terpaksa dibuat tergesa gesa, Tanyalah Presiden PAS bagaimana Azmin pada peringkat awal secara sulit melobi dirinya tetapi apabila diketahui Anwar Ibrahim, Azmin menyalahkan Hj. Hadi yang memujuk beliau agar khianati parti dan ini juga antara punca kekalutan dalam PR itu sendiri.

5.       Pada yang mengatakan kami membawa cerita basi dan yang sudah itu sudahlah , jawapan kami mudah bagai mana nak sudah kerana impak kesan tamak Azmin melobi diri terus terjadi dan yang terbaru Anwar Ibrahim dihina Istana dan ditarik gelaran. Ada pula yang yang mengatakan kami dibayar oleh Khalid Ibrahim. Saya menjawab tidak satu sen pun kami mendapat bayaran dari sesiapa, malah dalam hal Khalid sendiri pun berbakul kritik kami khususnya dalam hal pampasan RM2.6 juta kepada 6 kakitanganya. Audit Selangor sudah menyatakan perkara itu salah, jika Khalid penuh integrity minta sahaja bekas kakitangan kamu itu pulangkan pampasan tersebut. Dari jumlahnya sahaja iaitu RM2.6juta untuk 6 orang sudah tidak munasabah. Selaku MB, disokong Azmin menggunakan semua saluran undang – undang mendapatkan semula wang tersebut dan pulangkan semula kepada rakyat Selangor.

6.       Bila kami bercakap soal Azmin kami diserang sebagai dibayar oleh Khalid. Bila kami bercakap soal Khalid kami dituduh diperalat Azmin. Mana politik baru dalam PKR ?

7.       Soalnya mana badan disiplin parti dalam isu Azmin ini ? Jelas kesalahan serius Azmin selaku Timbalan Presiden Parti ingkar arahan parti dia secara senyap berjumpa ADUN menyusun lobi ke Istana. Siapa pun Sultan jika menerima nama Presiden secara rasmi tetapi mendapat lobi yang kuat dari Timbalan Presiden sudah tentu akan meminta lebih dari dua nama kerana jelas nama satu calon itu tidak mendapat sokongan kukuh.

8.       Parti,PR dan malah tidak keterlaluan dikatakan Anwar sendiri tanpa mengetahui keadaan yang Timbalan Presiden PKR sabotaj Presiden telah memilih untuk sedikit berkeras dengan Istana. Bukan sahaja Anwartetapi rakyat pun mempersoalkan tindakan Istana ketika itu, namun ketahuilah ia berlaku kerana lobi diri sendiri yang begitu hebat oleh Azmin Ali.

9.       Akhirnya melalui kawan – kawanya dalam korporat, politik da nada yang rapat dengan Umno/Bn pun dia berjaya melobi kemudian dia berjaya membuktikan bukan dia dikawal parti sebaliknya Parti terpaksa membuat pusingan U berkeras dengan satu calon kepada tunduk longlai bersetuju pencalonan dia. Dia tidak mempedulikan kesan yang bakal ditanggung parti malah Anwar Ibrahim sendiri.

10.   Episod terbaru ialah Anwar ditarik gelar oleh Istana. Kepada Anwar Ibrahim yakinlah penarikan gelar ini walaupun tidak dinafikan ada kesan kepada pengundi saluran satu khususnya Melayu yang maklumatnya terbatas namun bagi kami anak muda kami tetap bangga dengan kamu. Anwar tetap kereta kebal terbaik merempuh regim korupsi ini.

11.   Tetapi muncul persoalanapa peranan Azmin. Melalui maklumat yang diperolehi, Sultan Selangor tidak akan mengambil keputusan menarik gelar jika tidak mendapat persetujuan Dewan Diraja Selangor iaitu sebuah Jawatankuasa Penasihat Istana Selangor yang dianggotai tokoh – tokoh penting seperti Kerabat, Tokoh Masyarakat dan Lantikan dari pemegang jawatan penting dalam Kerajaan negeri Selangor. Isu penarikan gelar ini telah dibincangkan pertengahan November lagi dengan salah seorang anggota panelnya ialah Azmin Ali sendiri. Ramai mahu mendengar apa dialog Azmin dalam mesyuarat tersebut ? Keputusan sebulat suara bermaksud Azmin juga bersetuju dengan 4 alasan yang merumuskan Anwar derhaka dan ditarik gelar dari Istana ? mana janji kesetian Azmin.

12.   Melihat perkembangan ini jelas politik Azmin licik seperti bapa angkatnya. Dilihat baik dan setia tetapi rencong menikam di dalam. Rakyat perlu diperingat selepas berjaya lobi diri sendiri hingga memalukan Presiden  dan Ketua Umum tetapi imej baiknya konon terpaksa menjadi MB kerana menjunjung taat atas arahan Istana, kerana Sultan mahukan dia. Hari ini dia menjunjung kasih taat setia kepada Istana menyokong menarik gelar dan Istana menggelar penderhaka ke atas Anwar dan tidak menolak kemungkinan selepas ini dia akan menjungkung kasih taat Istana singkir Anwar dari berperanan di Selangor termasuk penasihat ekonomi. Kemungkinan ada selepas itu juga dia akan menjunjung kasih selaku Azmin, Menteri besar bergelar Datuk Seri Selangor pula akan menyingkirkan Anwar dari PKR itu sendiri dan menghimpit Anwar berehat lebih awal dari politik. Dia akan berselindung di sebalik Istana. Liciknya mengingatkan kita pada bapa angkatnya.

13.   Silapnya pada siapa ...? Silapnya pada Anwar sendiri kerana sejak awal memberi payung emas menjadikan Azmin kebal... selepas PRU 2008, Azmin keluar TV3 kutuk Presiden sebagai pengamal nepotisna dan kronisma tetapi Anwar diam....kemudian 2010 dan terbaru 2014 pemilihan penuh  trajedi ... berkilo bukti dipersembahkan Anwar diam.....akhirnya anak emas ni telah menjadi dinasor tamak yg tidak boleh ditahan lagi.

14.   Sejak naik sebagai MB dia telah memulakan proses pembersihan bukan penyokongnya dan meletakkan penyokong berperanan di mana – mana. Ia akan melebar bukan sahaja dalam Kerajaan Selangor tetapi dalam parti seluruh negara selepas ini atas alasan mudah disalurkan dana.

15.   Kepada Ketua Umum,Presiden PKR…ibu dan bapa gerakan reformasi… Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail… banyak sudah pengorbanan kamu, kami bukan setia membabi buta tetapi kami sedar kamu sedang dihimpit teruk oleh Azmin Ali dan kuncunya. Kamu sedang diuji dalam dan luar parti. Bertahanlah cuma permintaan kami jujurlah dan bertindaklah.

Sekian.

MEGAT KHAIRUL ANUAR B. RAZALI
B 030003354
Anggota PKR Cabang Hulu Selangor