Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
16 Oktober 2012
Pemuda Gerakan Mempersenda Islam, SAMM Gerak Laporan Polis Seluruh Negara
Merujuk
kepada akaun twitter milik Ketua Pemuda Gerakan Kedah iaitu Tan Keng
Liang, terdapat beberapa tweet yang mempunyai unsur penghinaan terhadap
agama Islam apabila hukum menutup aurat telah dipersenda.
Bagi
SAMM, prejudis terhadap kepercayaan agama lain adalah suatu yang
melampau. Tan Keng Liang secara jelas memperkatakan soal aurat
seolah-olah ianya adalah suruhan sebuah parti politik sedangkan soal
pemakaian dalam islam (aurat) adalah tuntutan Islam.
Tan
Keng Liang yang mempersoal kononnya lelaki dalam PAS akan terangsang
jika gambar model lelaki mengenakan seluar pendek terpampang di papan
iklan adalah persoalan jahat di mana ia turut menggamit maksud penutupan
aurat yang dituntut sebagai salah satu cara hidup Islam adalah sesuatu
yang lucu.
Satu lagi tweet
Tan Keng Liang yang berbunyi "Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlet
samada Islam dan termasuklah bukan Islam perlu memakai seluar panjang
dan baju yang berlengan", apakah Tan Keng Liang benar-benar tahu dan
faham mengenai aurat dalam Islam?
Inilah
hasil didikan Umno terhadap rakan sebantalnya iaitu parti Gerakan.
Bukan sahaja kesedaran terhadap sensetiviti agama Islam tidak dicerahkan
dengan baik bahkan soal hukum agama juga turut dipermainkan di ruangan
terbuka oleh bukan Islam yang boleh mengundang ketegangan antara agama.
Begitu juga sebaliknya, tidak ada agama yang harus dipersenda.
Oleh
demikian, kerakusan Tan Keng Liang memacu laman sosial twitternya
sehingga secara sedar dan sengaja mempersenda tuntutan agama islam dalam
perihal menutup aurat harus menerima hukuman yang setimpal. Badan
berkuasa perlu bertindak pantas sebelum sikap tidak bertanggungjawab
yang ditunjukkan oleh Tan Keng Liang menjadi ikutan dan akhirnya saling
berbalas serangan berbentuk penghinaan antara agama.
Lantas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang berpengkalan di seluruh
negara telah membuat laporan polis terhadap sikap kurang ajar pemuda BN
ini. Bermula dengan SAMM Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, laporan polis
disusuli oleh SAMM Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu, Perak, Pahang
dan SAMM Wilayah.
Laporan polis oleh SAMM Kedah di IPK Kota Star |
Laporan Polis SAMM Kelantan bersama Pemuda PAS di IPD Kota Bharu. Turut bersama ialah Chegubard |
Laporan polis SAMM N.Sembilan bersama PAS N.Sembilan dan Angkatan Muda NS di IPD Seremban 2. Bukan Islam juga turut bersama menolak prejudis terhadap agama lain. |
SAMM Pulau Pinang di IPD Timur Laut |
Laporan polis oleh SAMM Pahang di IPD Kuantan |
Laporan polis SAMM Perlis di IPD Kangar |
SAMM Selangor di IPD Sabak Bernam |
Report polis SAMM Terengganu di IPD K.Terengganu |
Report Polis SAMM Wilayah di IPD Dang Wangi yang turut ditemani Edy Noor |
Hanya SAMM
Melaka dan Johor akan membuat laporan polis pada 17 Oktober (esok) dan
juga SAMM Langkawi akan turut menyusul membuat laporan polis terhadap
Tan Keng Liang.
Kertas
siasatan perlu dibuka, Tan Keng Liang perlu ditahan segera. Kita juga
ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis
terhadap yang lain.
Sebagaimana
suatu ketika tidak lama dulu seluruh rakyat negara tanpa mengira
fahaman agama dan warna kulit memberi sokongan penuh untuk mengutuk
penerbitan filem yang menghina agama Islam, SAMM juga hari ini menuntut
perkara yang sama disokong merentasi perbezaan agama dan bangsa.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment