When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Tuesday, May 31, 2011
Hati - hati beli produk Al Quran dari China
semalam dan hari ini heboh di media tempatan mengenai produk Al Quran dari China ada yang 'menyeleweng'. che'GuBard secara peribadi terlibat dalam perniagaan membawa barang dari China dan menjualnya dalam pasaran tempatan tidak menafikan perkara ini wujud dan meminta semua berhati-hati.
Seharusnya semua produk Al Quran wajib mempunyai kebenaran Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri.
che'GuBard dan teman-teman melalui SAMM Enterprise terlibat menjual pen digital yang mampu membantu memperbaiki bacaan al Quran. Set ini datang dengan sebatang pen khas (yang diberi jaminan), sebuah Al Quran, Indeks dan buku yang mempunyai bacaan Iqra lengkap, doa harian dan tahlil ringkas. Pen khas tersebut akan membaca di mana sahaja ditunjukkan dalam Al Quran,Indeks atau buku khas yang disediakan. Pen ini mengandungi bacaan dari 3 qari ternama, terjemahan bahasa Malaysia/Inggeris dan boleh juga digunakan sebagai alat Mp3.
Produk ini dibawa masuk melalui sebuah syarikat yang telah mendapat kelulusan dari Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri. Bukan mudah untuk mendapatkan kelulusan tersebut. Pemohon terpaksa berulang alik lebih dari 5 kali ke China membuat pembetulan bacaan dan tulisan seperti yang di kehendaki oleh panel penilai.
Walaupun telah mendapat kelulusan melalui proses yang panjang dan rumit tetapi pen digital ini tetap dijual dengan harga yang boleh dikira murah.
Sila klik sini untuk membaca lanjut mengenai pen digital ini.
Tanpa menafikan memang ada produk yang betul disahkan oleh beberapa pakar tanpa melalui panel penilai KDN tetapi bukankah mudah dengan mendapatkan sahaja terus dari pengedar yang telah punya pengesahan tersebut.
Umno hipokrit : Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rezab Melayu ??
Terus seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Ketua Pemuda Umno Seputeh dan Unit Media Baru Pemuda Umno melatah dengan menuduh negeri Pakatan Rakyat lah yang banyak gadai tanah rizab Melayu. Tenggelam apabila dijawab oleh ramai pemilik akuan twitter yang mengingatkan dia mengenai umur pemerintahan kerajaan PR dan sajian beberapa fakta mengenai Menteri Besar Umno lah yang bertanggungjawab menghilangkan tanah rizab Melayu maka dia terus melatah dengan menuduh YB Teresa Kok membina gereja atas tanah rizab Melayu sebagai hadiah PR memerintah Selangor.
Buat dia ini saya sajikan semula tulisan seorang blogger mengulas isu ini atau terus baca dengan klik sini
Membina gereja atau rumah ibadah tidak salah tetapi inilah dangkalnya isu politik permainan Umno yang hipokrit.Satu tuduhan melulu mengenai pembinaan gereja terbesar di asia telah dilontar oleh Razlan Rafii, seorang ketua pemuda UMNO bahagian Seputeh.Kenyataan Razlan melalui laman sosial twitternya adalah seperti di bawah;Razlan dalam twitternya berkata, tapak pembinaan gereja terbesar di Selangor yang juga terbesar di asia adalah dalam kawasan Kinrara, merujuk kepada kawasan di bawah tanggungjawab YB Teresa Kok.Tuduhan Razlan seolah-olah kerajaan PR Selangor telah mengambil tanah rizab melayu untuk dijadikan sebuah gereja terbesar di asia. Ini adalah satu tuduhan yang sangat serius! Sudahlah dituduhnya kerajaan PR ambil tanah rizab melayu, dituduhnya pula tanah tersebut untuk pembinaan sebuah gereja. Tajuknya yang boleh mengganggu keharmonian penduduk berbilang agama di Malaysia - Tanah hak milik kekal melayu dijadikan gereja oleh kerajaan PR ?Adakah tuduhan ini berasas ? Atau main hentam sembrono sepertimana UMNO membaling batu sembunyi tangan?Sebelum saya meneruskan dengan lebih terperinci, persoalan yang harus difikirkan ialah ketika mula digazetkan tanah rizab melayu selepas penjajahan british berapa jumlahnya? Sekarang berapa pula bakinya? Siapa memerintah selama ini yang membenarkan tanah rizab hilang begitu banyak tanpa diganti?UMNO sebenarnya masih tidak percaya betapa rakyat telah mengetahui siapakah yang bertanggungjawab menjadikan tanah rezab melayu berkurangan hampir separuh jumlahnya selama jubli emas pemerintahan UMNO.Justeru itu, ingin saya menjawab balas tuduhan seorang ketua pemuda bahagian yang sepatutnya saya tidak perlu melayan. Tetapi oleh kerana melihat tuduhan ini sebagai sesuatu yang sangat serius hingga membolehkan mereka yang tidak punya maklumat akan memandang busuk kepada Pakatan Rakyat, maka saya jawab dalam bentuk point;1. Lokasi Bukit Jalil - Kuala LumpurTuduhan yang mengatakan tanah tersebut adalah dalam negeri Selangor di Kinrara adalah sangat tidak tepat. Sila lihat peta 1 dan 2 di bawah;Peta 1 - Selatan Kuala LumpurLihat tanda bintang berwarna biru, itulah kedudukan gereja terbesar Asia. Ia termasuk dalam peta Kuala Lumpur bahagian selatan.Peta 2 - Map dari laman web CCC sendiriDengan dua peta di atas, boleh buat perbandingan yang menunjukkan kedudukan gereja terbesar asia adalah terletak dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Persoalannya, bagaimana mungkin kerajaan PR melaksanakan projek gereja terbesar asia yang menelan belanja ratusan juta ini di dalam kawasan persekutuan ? Siapakah yang meluluskannya jika bukan DBKL? atau Menteri Wilayah ??2. Tanah rizab melayu ?Jika tanah asal tapak pembinaan gereja ini adalah tanah rezab melayu, maka kemarahan rakyat terhadap BN sepatutnya akan lebih parah. Tetapi fakta tetap fakta, tidak disembunyikan dalam pendedahan ini.Tanah tapak pembinaan gereja tersebut adalah di bawah zon antarabangsa. Untuk pengetahuan, salah satu bangunan antarabangsa yang berhampiran dengan tapak gereja terbesar asia ini ialah Bangunan AFC. Namun begitu, tidaklah pihak saya mendapat kepastian apakah status tanah zon antarabangsa di Bukit Jalil ini samada asalnya adalah salah satu tanah rezab melayu yang hilang tak berganti. Ini kerja UMNO ?3. Kelulusan pembinaan.Tuduhan Razlan dalam akaun twitternya juga meleset apabila ia bermaksud projek pembinaan gereja terbesar asia ini adalah di bawah kelulusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sekarang mari kita lihat apakah benar bagai dikata;Lihat kenyataan di bawah yang saya petik dari sumber di sini ;The stamp duty for the property purchase amounted to slightly over RM 1 million. Our application for a stamp duty exemption was initially turned down because the Calvary Convention Centre was viewed as a profit making project. We made an
appeal and explained to the authorities what the convention centre will be used for. The Lord favoured us once again and the authorities granted us a 50% stamp duty exemption.
Praise the Lord. The development plans for Calvary Convention Centre were submitted to the authorities for approval in April 2004. With great rejoicing, we received approval from the authorities in July 2005. This process took a mere one and a half years. According to people in the industry, to get approval in such a short time for a project of this size of Calvary Convention Centre is indeed astounding. Soon after the development plans wereapproved, we also received
approval from the tax authorities for the Calvary Convention Centre Building Fund to be tax exempt.Rupa-rupanya kelulusan telah dibuat pada tahun 2005 lagi. Tidaklah mahu sata terperincikan siapakah yang meluluskan gereja terbesar asia ini. Fikir sendirilah parti manakah yang menang besar dalam PRU tahun 2004 dan menghadiahkan rakyat Malaysia sebuah gereja terbesar di asia. Hidup melayu !!Jika anda nak lihat progress pembinaan, sila ke laman di sini . Anda boleh lihat bagaimana progress sebuah gereja terbesar asia terbina di bumi malaya di atas kelulusan pejuang-pejuang Islam bersongkok 3 jengkal panjangnya. Tarikh bermula pembinaan ialah 15 Febuari 2008 iaitu hampir sebulan sebelum rakyat Malaysia menunjukkan kebangkitan tsunami 8 Mac 2008 !contract 'kick-off' pada tarikh 15 Febuari 2008Mungkin satu upacara 'doa selamat', ia berlaku pada 15 Feb 2008Apakah kerajaan Selangor di bawah MB Khalid telah terlebih dahulu meluluskan pembinaan gereja terbesar asia sebelum menawan negeri selangor ? Mungkin kita leka dan terlupa bahawa sebenarnya telah dijelaskan dalam perkara 1 - kedudukan zon antarabangsa Bukit Jalil bukan di dalam negeri selangor!Cukuplah setakat 3 perkara saya jawab fitnah yang ditaburkan oleh seorang ketua pemuda bahagian. Saya jawab dengan fakta yang lengkap kalau pun kurang sempurna demi untuk menjelaskan kepada semua bahawa sudah menjadi kebiasaan bagi puak-puak yang terdesak untuk menabur fitnah jahat demi secalit undi.Tanpa sedar, tuduhan liar sebegini bukan sahaja memburukkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat dengan perkara yang tidak benar, tetapi juga ia mengundang ketegangan antara agama jika tidak dibendung sebaiknya.Seperkara lagi yang terakhir. Kalau benarlah gereja terbesar asia itu diluluskan oleh PR dan dibina dalam negeri PR, sudah tentu berita TV123 akan menyiarkan modal ini setiap hari hingga sampai detik pilihanraya. Tetapi pembinaan gereja terbesar asia ini sunyi dari diberitakan ke seantero malaya, apakah maknanya ? Adakah 'mereka' yang sebenarnya curi tanah rezab melayu untuk bikin gereja ??
Teringat isu babi di Sepang yang dimainkan sebaik sahaja PR menang di Selangor hampir sama sahaja isunya. Klik link ini untuk baca semua isu babi tersebut tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2009/04/selsema-babi.html
Monday, May 30, 2011
Port Dickson, pelancong asing luahkan kekecewaan
Pelancong asing tersebut menggelarkan PD sebagai P-ositively D-isgraceful atau Sememangnya Memalukan. Luahan kekecewaan yang amat sangat pelancong asing tadi telah tersebar ke seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris melalui portal akhbar Malay Mail Online.
Habislah PD. Kalau Menteri Besar Negeri Sembilan ambil tak endah sahaja luahan pelancong asing ini, maka akan lebih ramai lagi pelancong asing tidak akan datang ke Port Dickson lagi. Usahkan pelancong asing, MB , EXCO dan ADUN N.Sembilan pun tak berbulan madu di Port Dickson.
Ke Menteri Besar dan EXCO Negeri Sembilan sedang sibuk untuk dengan perkhabaran (mungkin khabar angin) Pengakalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungei Besi akan dipindahkan ke Labu, N.Sembilan? Maka lenyaplah isu Port Dickson Bandar Kotor. Maka jadilah Labu Bandar Tentera Udara agaknya.
Tidak hairanlah Wabak Adenovirus sedang melanda PUSASDA ketika ini.
Kisah Tiada laut biru, cuma sampah di Port Dickson di http://amkns.blogspot.com/
Kisah Bandar Tentera Darat atau Bandar Lalat di http://pasns.blogspot.com/
P-ositively D-isgraceful!
Tuesday, April 12th, 2011
Port Dickson's poor eatery hygiene
LAST weekend at Port Dickson with my family and friends from Russia was a big disgrace.
I was so ashamed to have taken them there, especially after I had convinced them that we would have a whale of a time tucking into local delicacies.
At a seafront food court in Teluk Kemang, we were shocked to see murky water being used to prepare meals and drinks.
We also observed mucky water being used to wash cooking utensils and dishes by certain food operators.
Stall worker s also washed dishes and cooking utensils in basins filled with sudsy water while customers were directed to a nearby stinky toilet to wash their hands.
My Russian friends were stunned by the filthy food practises and they missed out on local cuisine and ended up eating in a hotel.
I find it strange that the authorities are not aware of this obnoxious situation. I find it strange that they are not worried tourists would be discouraged from visiting Port Dickson.
If it is happening at this food court, then I sense hazardous food practices could be an occurrence in other eateries in PD.
I was visiting PD after five years and it is beyond me how this beach town where I had my honeymoon has been allowed to sink to disgraceful levels, especially handling of food.
Won’t somebody do something to restore PD to its past glory?
Philip Etherton
http://www.mmail.com.my/
Sah bungkus PR kerana sejuta belia datang pertahan Putrajaya
http://ccheckmate.blogspot.com/2011/05/ternow-najib-berjaya-kumpul-1juta.html
TERNOW : NAJIB BERJAYA KUMPUL 1JUTA BELIA..BUNGKUS LAH PR..(GAMBAR)
SEMALAM GUA ADA KERJA DI PUTRAJAYA...TAK TAU PULAK UMNO ADA BUAT PERHIMPUNAN....SETIAP LALUAN GUA LALU ADA SIGNBOARD"HIMPUNAN SEJUTA BELIA"...SUDAH....GUA DAH RASA GUNDAH GULANA..APA TIDAK NYA..GAMBAR ANWAR IBRAHIMDGN TOK GURU NIK AZIZ..TERLEKAT KAT BELAKANG KERETA GUACANTEKKK PUNYA....KHAKHAGUA APA PEDULI.. GUA JLNKAN JUGA URUSAN GUA..SELEPAS SELESAI URUSAN GUA...GUA SINGGAH JAP KAT HIMPUNAN TU...FUH...!! MEMANG GUA XSANGKA....MEMANG KALI INI...BETUL2 PAKATAN RAKYAT BUNGKUS...YANG MANA NIAT NAK PERGI 9 JULAI NIPASTI GOYANG KEPALA LUTUT PUNYA...JALAN JEM TAK PAYAH CERITA BEB...GUA PERGI JALAN2 LAGI...TIBA2 RAMAI ORG AMBIK GAMBAR GUA...GUA DAH JADI SEGAN...KAHKAHTAPI BILA GUA TOLEH RUPANYAMAT NAJIB BARU SAMPAI...KHAKHAGUA INGAT PEMINAT GUA TADI...HAHAHAGUA PUN APA LAGI...GUA CARI LAH KAK ROS KAU..CARI..PUNYA...CARI TAK JUMPA...INGAT NAK AMBIK GAMBAR DGN KAK ROS..KAHKHAKAT SINI SEMPAT GUA SNAP GAMBAR...LUORG TENGOK LAH SENDIRI...LUORG NILAILAH SENDIRI BERJUTA2 BELIA DGN NAJIB...GUA SAMPAI BERHIMPIT2 NAK AMBIK GAMBAR NAJIB...GILA DASYAT...WOI....GILA RAMAI BELIA...LUORG LAYANLAH SENDIRI GAMBAR NI..GAMBAR MAT NAJIB BARU TIBA...MAT NAJIB XPANDANG AKU..TAK GUNA BETUL..MCM TAU2 JE AKU NI ORG PAKATAN..KHAKHANI GAMBAR MAT NAJIB NK NAIK PENTAS..MAT NAJIB ATAS PENTAS..(SESAK BEB)FUH...GUA DAH CAKAP RAMAI GILA BELIA.. BUNGKUS PAKATAN MCM NI..GUA KEBELAKANG SKIT... NK BG VIEW LEBIH CLEARLUORG TGK ...FUH..SESAK BEB...SESAK...LG GUA KEBELAKANG...LG GUA KEBELAKANG...GILA BEB...BUNGKUS PAKATAN...YG NI GUA LG XLEH BLAH... FUH 1 JUTA TU BEB..AKU INGAT BERSIH 2.0 NI KITA BATALKAN JE LA..KAHKAH..
Agak-agak Pemuda Umno nak bantah tak Konsert Wali band di Seremban ?
KONSERT AMAL WALI BAND
TARIKH: 15 DAN 16 JULAI 2011 (JUMAAT DAN SABTU)
TEMPAT: STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN
Anjuran Angkatan Seni Baru, Yayasan Negeri Sembilan
Maklumat pembelian tiket, pembukaan gerai jualan dan pembelian t-shirt, sila hubungi Fashar Event & Entertainment di talian 06-6017383 / 06-6015891.
Sumber http://serembanmaya.blogspot.
ini link berita yang Pemuda Umno Kelantan bantah konsert Wali Band klik sini
insyaAllah che'GuBard akan pergi dengan keluarga konsert ini, che'Nur Zaima Jahida amat suka lagu - lagunya lagipun nak sokong kawan-kawan lama yang jadi penganjur.
BERSIH pro rakyat
Himpunan BERSIH 2 diputuskan oleh jawatankuasa BERSIH yang di pengerusikan oleh Dato' Ambiga Sreenevasan yang pernah menjadi Presiden Majlis Peguam Malaysia (BAR Council) pada 2007 - 2009. Jawatankuasa bersih turut dianggotai oleh perbagai individu yang mewakili perbagai sektor masyarakat.
Tuntutan BERSIH 2 ialah lanjutan dari tuntutan BERSIH 2007 iaitu
- Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Bn gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu
- Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
- Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan;
- Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.
- penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
- melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
Jika ada pihak menuduh BERSIH 2 anti parti politik tertentu, maka sila buktikan mana tuntutan yang bersifat anti parti politik tertentu ? Jika ada, adakah parti itu mahu masuk pilihanraya yang boleh dimanipulasi dengan undi hantu atau undi berganda ?
Hanya parti politik yang takut kalah jika ruang demokrasi diperkukuh sahaja melihat BERSIH 2 sebagai musuh.
Pelawaan Pengerusi BERSIH, Ambiga untuk komponen Bn turut serta dalam himpunan ini sewajar dilihat dari aspek positif dan membuktikan BERSIH tidak punya agenda politik kepartian.
SAMM menyeru semua warga Malaysia agar bersama dalam Himpunan BERSIH 2 pada 9 Julai jam 2 petang di Kuala Lumpur. SAMM juga sedang menyusun atur himpunan serentak atas maksud yang sama di hadapan beberapa kedutaan Malaysia di luar negara demi menyatakan solidariti seperti mana yang kami berjaya aturkan pada himpunan BERSIH 2007 yang lalu.
Friday, May 27, 2011
‘Kami nak tahu apa status kes Sarbaini’
Tambah sumber itu, perkembangan terakhir yang diketahui pada 4 Mei lalu di mana kertas siasatan kematian Ahmad Sarbaini akan dihantar semula ke Jabatan Peguam Negara.
“Kami nak tahu apa status terkini sekarang, kami tertanya-tanya apa yang berlaku dan perkembangan kes ini.
“Saya sendiri tertanya-tanya apa status kes ini sekarang, sebab saya lihat macam tidak ada apa-apa yang berlaku... senyap begitu sahaja,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.
Bapa lima anak itu meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh dari bahagian tinggi bangunan SPRM di Jalan Cochrane, 6 April lalu.
Tegas sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini bimbang jika polis masih berdiam diri dalam perkara itu. lama-kelamaan ia akan “hilang” begitu sahaja.
“Sebab itu kami mahu polis dedahkan perkembangan terkini dalam kes ini, jangan senyap sahaja,” katanya.
“Polis buat macam tak tahu sahaja, yang paling kasihan kami sekeluarga sebab masih menanti perkembangan terbaru,” kata anggota tersebut.
Jelasnya, keluarga Ahmad Sarbaini sudah tidak mahu menunggu lagi dan mahu mengetahui perkembangan hasil siasatan dengan segera.
“Kami nak tahu apa yang berlaku, apa status... jangan senyap macam ini.
“Jangan biarkan kami tertanya-tanya, nak kami tunggu sampai bila? Sudah hampir dua bulan sejak kejadian, tak akan tiada apa-apa perkembangan?” katanya.
Balu Ahmad Sarbaini telah membuat satu laporan polis berhubung kes ini kerana terdapat kesangsian ketika berbual dengan salah seorang pegawai kanan Kastam.
Maziah Manap dalam laporannya awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya - Ghani - telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.
Sumber : http://www.
Thursday, May 26, 2011
SAMM : alukan jemptan Ambiga untuk parti komponen Bn sertai Bersih dan kesal dengan kenyataan Hishamudin
BERSIH 2 ialah himpunan inisiatif masyarakat madani dan bukannya inisiatif mana - mana parti dengan sifat kepartian. Tuntutan bersih jelas iaitu memperkukuh ruang demokrasi dengan menjamin perjalanan pilihanraya yang adil dan bersih. Jika ada pihak menentang maka mereka menentang hasrat mendesak pilihanraya bersih dan adil.
Contohnya dalam desakan menggunakan dakwat kekal yang jelas praktikal untuk mengelakkan pengundian berulang. Ini harus didokong oleh semua parti politik. Jika ada yang tidak mahu digunakan dakwat kekal maka sudah tentu ada niat serong seperti ingin menang pilihanraya dengan pengundian berulang (undi hantu dan lain-lain).
Semua parti politik harus bersama dalam himpunan BERSIH ini.
Mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mendesak perhimpunan dibatalkan kerana memburukkan imej negara dan kalau nak diadakan harus diadakan dalam stadium.
SAMM kesal dengan kenyataan menteri seperti ini. Pertama imej negara buruk kerana demokrasi yang pincang. Imej negara akan lebih baik jika negara membuka ruang demokrasi, rakyat dibenar berhimpun dan mesra polis maka pelabur dan pelancong juga akan senang. Di negara seperti Korea Selatan boleh dikatakan setiap hari ada himpunan aman, namun jumlah bilangan pelaburan dan pelancong ke negara tersebut jauh meninggalkan negara ini. Demonstrasi wujud di seluruh dunia dan menjadi hak asasi manusia berkumpul dan menyatakan pendapat. Setakat ini rekod himpunan aman hanya kecoh apabila diganggu anggota keselamatan yang bertindak berdasarkan arahan 'atasan'.
Daya saing negara dan pengiktirafan dunia pasti datang seiring dengan pelaksanaan demokrasi yang adil dalam negara.
Kedua Menteri Dalam negeri harus mengubah persepsi beliau terhadap himpunan aman. Himpunan aman kalau dianjur oleh 'front' regim semua boleh berlaku aman tanpa gangguan polis. Sebaliknya jika dianjur oleh rakyat yang bertembung dengan kepentingan regim mesti menjadi haram. Adakah himpunan hanya menjadi hak mutlak PERKASA atau Umno ?
SAMM juga tidak bersetuju dengan desakan Menteri Dalam negeri yang mengarahkan untuk himpunan harus di dalam stadium. Bagi SAMM di mana dan bagaimana harus diadakan ia harus diputuskan oleh Jawatankuasa BERSIH 2 bukan Menteri yang kelihatan berat sebelah dalam menangani isu seperti ini.
Himpunan sudah tidak boleh di elakkan kerana kebanyakan tuntutan bersih bukan tuntutan baru. Ia wujud sejak himpunan BERSIH 2007 lagi namun regim seolah tidak mengendahkannya. Selepas itu juga begitu banyak memorandum, kenyataan desakan dan seumpamanya namun regim masih seolah pekak.
Maka demi mempertahankan hak rakyat maka BERSIH 2 harus tetap diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Semua parti sekali lagi dijemput hadir. Semua parti politik harus mengambil sikap kalau keputusan PRU rakyat menolak parti tersebut harus menerima dan akur sebaliknya harus melawan jika keputusan PRU rakyat ditipu dengan helah jahat SPR dan Regim menafikan hak.
Zahid dicabar tanding guna logo keris
"Kalau benar berani dan anak jantan , Zahid selaku Naib Presiden Umno, bertandinglah pakai logo Umno dalam kertas undi," kata Chegu Bard.
SEREMBAN – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar bertanding di dalam pilihan raya umum ke-13 nanti menggunakan logo Umno, kata Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
“ Kalau benar berani dan anak jantan , Zahid selaku naib presiden Umno, bertandinglah pakai logo Umno dalam kertas undi.
“ DAP memang pakai logo roket sebab pendaftar pertubuhan takut untuk luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat. Kalau Umno jantan pakailah logo keris”, cabar Badrul Hisham.
Badrul Hisham atau Chegu Bard berkata demikian dalam satu kenyataan khas kepada FMT mengulas kenyataan Zahid yang juga merupakan menteri pertahanan di dalam media kelmarin yang melaporkan Zahid mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat dan bertanding di pilihan raya umum jika anak jantan.
Sentimen perkauman
“Umno tak habis-habis dengan sentimen perkauman. Zahid pula asyik berpolitik dan dan bercakap perkara yang tidak relevan langsung dengan kepentingan rakyat.
“Negara memerlukan anggota kabinet yang lebih prihatin dan menumpukan pada kerja yang berkaitan. Bukannya hanya berpolitik sahaja”, tegasnya.
Badrul Hisham berkata terlalu banyak masalah yang membelenggu negara ketika ini termasuk kenaikan harga barang, gula dan minyak.
Peluang pekerjaan juga semakin menguncup. Ramai lepasan universiti masih tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka dan bermacam-macam lagi masalah.
Tetapi menteri pula lebih berminat dengan isu-isu remeh temeh yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat.
Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai
May 25, 2011
Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada yang termasuk dalam kawasan sungai atau atas jalan raya.
PETALING JAYA: Ramai peneroka dan bekas peneroka Felda Sendayan mengadu rumah banglo yang diberikan kepada mereka berkualiti rendah tidak sepadan dengan harga RM240,000.
“Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada bahagiannya yang termasuk ke dalam sungai atau di atas jalan raya.
“Sebab itu ramai juga yang tolak dengan pemberian kerajaan Negeri Sembilan itu,” kata Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Aziz.
Beliau hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Felda tersebut malam tadi yang dihadapi antara 300 hingga 400 orang.
Di majlis tersebut, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman meminta peneroka dan bekas peneroka menyenaraikan masalah yang sedang dihadapi mereka.
Felda Sendayan dengan kawasan 2, 000 ekar mula dibangunkan pada 1963 membabitkan 40 peneroka.
Pada tahun 1996 sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) telah mengadakan perjanjian usahasama dengan MHS Land Sdn Bhd untuk memajukan Kampung Sendayan.
Krisis ekonomi
Peneroka ditawarkan pembelian tanah dengan harga kira-kira RM1.2 juta seorang. Suatu perjanjian jual beli kemudiannya ditandatangani pada 13 November 1996 tetapi krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan PKKNS gagal membuat bayaran.
Bagaimanapun pada 2006, 95 peratus daripada 513 peneroka itu menerima bayaran mereka.
Setiap peneroka menerima wang tunai dan juga harta lain yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM1.2 juta. Pampasan ini adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak antara RM450,000 ke RM685,780 seorang.
Di samping itu setiap seorang akan diberi tanah pertanian pegangan bebas seluas 0.8 hektar (2 ekar) dianggarkan bernilai RM348,480 dan juga sebuah banglo setingkat empat bilik dengan keluasan tanah 10,000 kaki persegi dianggarkan bernilai RM240,000.
Felda Sendayan dibangunkan menjadi bandar baru bernama Bandar Sri Sendayan.
Menurut Norazizi, peneroka juga mengadu padang sekolah di kawasan tersebut telah bertukar menjadi kawasan pertanian.
“Mereka mahu Anak menyebarkan isu ini untuk pengetahuan semua kerana selama ia hanya diketahui oleh peneroka Felda Sendayan.
“Mereka mahu masyarakat bukan peneroka tahu bahawa nasib peneroka Felda Sendayan tidak sebaik sebagaimana disangka. Isu antara satu Felda dengan Felda lain berbeza,” katanya.
Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/25/masalah-peneroka-labu-sendayan-belum-selesai/
Tuesday, May 24, 2011
SAMM sedia bantu blogger Sharpshooter hadapi saman
Umum telah ketahui seorang blogger yang dikenali sebagai Din Binjai yang mengendalikan blognya http://Sharpshooter.blogspot.com telah disaman oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana kononya mencemarkan nama baik beliau. Saman ini diutarakan ketika isu 'merogol amah' mula sejuk dan dilupakan. Isu 'merogol amah' yang menurut persepsi umum majoritinya mengaitkan isu tersebut dengan Dr. Rais.
Isu ini menjadi gempar pendedahan sebuah laman kontroversi antarabangsa yang dikenali sebagai wikileak. Isu ini menjadi lebih sensasi apabila blogger yang seolah pro Umno (BigDogCom dan Rockybru) membuat beberapa posting mengenai kes ini termasuk dokumen (sulit) kertas siasatan yang mengandungi 'temuramah' sebuah agensi membela Tenaga Kerja Indonesia (TKI), Migrantcare yang secara terus menulis nama Dr. Rais kerana disebut oleh bekas orang gajinya.
Hampir sebulan Dr. Rais diam mengenai perkara ini. Lansung tiada penafian. Namun tiba - tiba selepas SAMM membuat laporan polis tiba - tiba Dr. Rais muncul membuat penafian. Perlu direkodkan polis yang berjanji untuk memberi respon selepas dua minggu laporan dibuat ternyata gagal dan satu surat pertanyaan mengenai perkembangan kes dihantar oleh SAMM juga disenyapkan.
Adakah laporan jenayah hanya boleh disenyapkan dengan kenyataan media. Polis seharusnya tanpil menyatakan sama ada Dr. Rais bersalah atau tidak. Ini perkara penting turut melibat hubungan antara negara. Malah kedudukan strategik Dr. Rais juga tidak seharusnya terdedah dengan sesuatu yang berisiko dengan ugutan.
Kes ini cuba disenyapkan sedikit demi sedikit, menurut blogger Rockybru beliau telah menerima nasihat Tun Dr Mahathir bagi tidak memanjangkan komentar terhadap kes ini. Namun ketika kes ini seolah cuba disenyapkan, Dr. Rais telah memilih seorang blogger untuk disaman. Difahamkan kemudian seorang lagi blogger yang berasal dari Sabah turut disaman juga.
Ini mungkin usaha Dr. Rais membina persepsi masyarakat bahawa dia benar difitnah.
che'GuBard secara peribadi sememangnya mengenali Amizudin Ahmad iaitu pengendali blog Sharpshooter dia juga banyak membantu SAMM dalam perbagai kegiatan. Dia disaman kononya kerana menerbit semula tulisan (yang dipetik dari laman harakah online) yang ditulis hasil dari beberapa pendedahan termasuk dokumen siasatan Migrantcare.
Dia juga bersalah kononya meletakkan gambar Rais dalam artikel tersebut yang telah ditukar tajuk "heiii Pak Menteri Mana mahu lari aaaa.." walaupun tidak ada perubahan dalam artikel asal dan diletakkan link sumber asal.
Adakah Din Binjai merupakan orang atau media pertama yang mengait nama Dr.Rais dalam kes ini ? Telah banyak media dalam dan luar negara yang menyebutnya sebelum Din Binjai.
Setelah meneliti kes ini maka SAMM bersetuju untuk bersama membantu Din Binjai dana menghadapi kes ini. Langkah pertama perlu dicari peguam. Dr. Rais menggunakan Shafee & co antara agensi guaman yang dikatakan terbaik di Malaysia.Maka bukan mudah untuk mencari siapa yang sudi membantu membela. Setelah mencari akhirnya YB William Leong (ahli Parlimen Selayang) yang memiliki William Leong & co. setuju untuk tampil sebagai pembela dalam kes ini.
Pada 17 Mei lepas, che'GuBard bersama Din Binjai telah pergi ke Jakarta dengan satu misi mencari kebenaran dan sebanyak mungkin bukti terkait kes ini. Misi 3 hari ke Jakarta dan beberapa kawasan lain ahkirnya menemukan banyak penemuan baru.
Banyak juga teman dan organisasi juga ingin tampil membantu sama dalam mendepani kes ini. SAMM telah dibantu sepenuhnya oleh teman sekutunya di Indonesia iaitu organisasi Solidarity Indonesian For Asian People (SIAP). Juga tampil individu dan organisasi yang telah terjalin hubungan sebelum ini antaranya ialah ialah Mas Dedi Ahmad dari Perkumpulan Bantuan Hukum Indonesia (PBHI), Taufek Ahmad (Tempo), Pak Jamaluddin (Serikat Buruh Migrant Indonesia).
Telah turut ditemui ibu Indah, pegawai yang terlibat dalam merakam penyataan Robengah (amah yang dimaksudkan), beberapa teman wartawan tempatan yang mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
Banyak penemuan terbaru dan sumber yang mengesahkan perbagai fakta sebelum ini. Namun menjelang 4 Julai dimana sebutan pertama kes ini banyak lagi 'kerja rumah' yang harus dilakukan. Mungkin terpaksa ke Indonesia sekali lagi. Namun cabaran ini tetap akan disahut. SAMM amat yakin ada perkara yang cuba diselindungkan dalam kes ini. Malah beberapa penemuan terbaru dalam lawatan ke Indonesia yang lepas lebih menyakinkan wujud sesuatu yang cuba diselindungkan.
SAMM membela Din Binjai atas nama seorang kenalan yang banyak membantu, atas semangat kebebasan media dan menyakini ada sesuatu yang cuba diselindungkan. Dr. Rais memilih Din Binjai mungkin kerana melihat Sharpshooter seorang blogger kecil. Dia tidak memilih blogger pro Umno, dia tidak memilih media besar yang turut mengaitkan namanya sebaliknya memilih bogger yang konon kecil untuk dijadi kambing hitam membersih nama. SAMM akan membuktikan Dr. Rais salah. Atas nama perjuangan mencari kebenaran tidak ada yang kecil dan besar. Insan kerdil mampu jadi penting kerana istiqamah dan keberanianya.
Kes ini juga memerlukan bukan sedikit perbelanjaan dari segi persiapan pembelaan kes. Kepada yang sudi membantu Din Binjai boleh terus menyumbang kepada beliau di akaun Amizudin Ahmat CIMB 0714-0121200-52-6 Amizudin Ahmat Maybank 107303045377 sebarang pertanyaan atau selepas meenyumbang untuk pengesahan boleh sms ke 0123696474 (Norazizi, Penyelaras SAMM).
splashed with red paint
SEREMBAN: The home of a PKR leader was splashed with red paint this morning and he has accused Umno of being behind the attack.
“This must be the work of Umno, which resorts to such dirty and low class tactics because it does not understand the meaning of true democracy,” said R Tangam, the deputy chief of Rasah PKR, after he lodged a police report here.
The attack occurred early this morning. Tangam saw the splashes on his walls at 6.30am.
The house, in Bandar Baru Sendayan, is the regular venue of party activities for Rembau PKR, such as this evening’s ceramah on the rights of Felda settlers.
Tangam believes this morning’s attack is an attempt by Umno to create fear in him because of what he claims are “positive inroads” that PKR has made among Felda settlers in Sendayan. - MalaysiaToday
Sunday, May 22, 2011
SAMM sedia jayakan "Walk For Democracy" (BERSIH 2)
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah mengumumkan akan diadakan satu mobilisasi terbesar rakyat yang dikenali sebagai "perarakan demokrasi" (Himpunan BERSIH 2) yang akan diadakan pada 9 Julai 2011, jam 2 petang.
Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu, semalam dan turut menyatakan program ini akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
Sehubungan dengan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga telah membuat keputusan hari ini untuk mendokong sepenuhnya program tersebut memandangkan sikap regim yang lansung tidak mem pedulikan 4 tuntutan yang dituntut oleh BERSIH semenjak Himpunan BERSIH kali pertama November 2007 lalu. Selain menambah dua lagi tuntutan yang dikira penting dalam menjamin demokrasi hak rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Tuntutan tersebut ialah :
- Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Bn gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu
- Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;
- Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan;
- Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.
- penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
- melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
SAMM bersedia menawarkan diri menyertai jawatankuasa mobilisasi yang akan dibentuk dalam turut sama menjayakan program tersebut. SAMM akan menggerakkan semua poket sel - sel anak muda yang bergabung dengan SAMM untuk turut sama terlibat dalam proses mobilisasi ini. Sememangnya pertahan demokrasi hak rakyat merupakan antara teras utama pendiri SAMM.
Ini merupakan program aman dan dalam ruang hak rakyat yang dijamin perlembagaan persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat. Dalam proses pilihanraya sudah tentu ada menang dan ada kalah namun SAMM sedia melihat mana - mana pihak untuk kalah kepada rakyat namun tidak akan sanggup melihat rakyat tewas kerana penipuan pilihanraya.
SAMM akan bersungguh - sungguh untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Himpunan kali ini dijangka akan menjadi dua kali ganda lebih besar dari Himpunan BERSIS 2007.
Saturday, May 21, 2011
Isu Sabotaj Rekaan Anwar, Dakwaan Arman Jauh Meleset !! : edyesdotcom
Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.
Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.
Menurut Armand, ‘drama kemalangan’ itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.
sambungan / untuk baca lanjut sila klik sini
Thursday, May 19, 2011
WLeaks: Siapa 19 Napoleon Kecil Bersama Najib?
WikiLeaks dedah 19 ‘aktor berpengaruh’ dalam kitaran politik Najib
Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.
Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.
Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.
Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.
Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.
Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.
Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.
Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.
Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.
Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.
“Syed Mokhtar Albukharry… mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.
The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.
Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.
Turut disenaraikan ialah:
6• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;
7• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;
8• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);
9• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;
10• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;
11• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;
12• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;
13• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;
14• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;
15• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;
16• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;
17• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;
18• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan
19• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.
Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.
Wednesday, May 18, 2011
Janji TPM Kecewakan 400,000 Orang Guru
Lebih dari 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan
Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.
“Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi “teras” pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.
Ramai tak puas hati
Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan “tonggak” pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
“Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah,” katanya.
Sementara itu, tinjauan rambang Bernamamengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.
Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.
“Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah,” katanya.
Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.
“Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai,” katanya.
Siapa orang ketiga bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Malta?
Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.
“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.
Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.
Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.
Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.
Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Perimekar adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya KS Ombak Laut Sdn Bhd, di mana pemegang saham terbesarnya dimiliki isteri Abdul Razak.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13501
Sambut baik desakan Pemuda Umno tapi umpama ...
Memahami Pemuda Umno sebagai sebuah organisasi politik yang bertanding dalam pilihanraya mungkin saja tindakan ini ekoran untuk meraih populariti kerana mereka sedar kemarahan rakyat kepada parti penguasa yang amat tinggi ekoran siri kenaikan harga yang seolah tidak mampu dikawal regim. Namun itu urusan mereka, bagi SAMM selaku organisasi yang cuba menjadi organisasi massa muda sudah tentu turut bersama desakan tersebut bukan sahaja tidak menaikkan tetapi menurunkan semula harga minyak dengan penstrukturan semula subsidi negara dengan mengurangkan bantuan korporat.
Namun dalam sisi yang lain ia seolah tindakan seekor kucing mendesak kawannya yang juga kucing untuk jangan makan ikan. Rakyat sudah tentu tidak lupa dengan tindakan ahli-ahli parlimen Bn termasuk ahli parlimen dari pemuda Umno yang pernah mengangkat tangan dalam sesi undi belah bagi dalam parlimen Malaysia (awal penggal ini) yang menyokong kenaikan harga bahan bakar yang merupkakan pada ketika itu tertinggi dalam sejarah negara.
Masalah sebenar negara ialah bukan harga pasaran dunia, selaku pengeluar minyak yang nilai kegunaan domestik masih jauh kurang dari yang dieksport maka sudah tentu kenaikan harga petroleum dunia boleh menjadi rahmat. Masalah utamanya ialah pembaziran dalam pengurusan, ketirisan, rasuah, salah guna kuasa dan pengaliran wang haram yang didalangi oleh mereka yang rapat dengan regim merupakan punca sebenar negara hilang daya saing dan daya mampan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti mengawal harga bahan bakar.
SAMM memandang serius perkara ini, kenaikan seolah tidak dapat dibendung. Regim begitu lemah seperti hilang kreativiti mentadbir ekonomi sehingga membiarkan rakyat lemas dalam pasaran terbuka.
SAMM juga tidak menolak ini mungkin saja propaganda menjelang pilihanraya umum Menteri akan mengumumkan di mana kononya harga minyak akan dinaikkan tetapi oleh kerana desakan pemuda Umno maka harga minyak kekal. Lebih malang lagi seperti biasa selepas pilihanraya harga naik mendadak pula.
Tuesday, May 17, 2011
24 Mei : Program sehari Mazlan (Pengerusi ANAK) bersama bekas peneroka Felda Sendayan
13 keluarga masih terus berjuang kerana tidak mahu terlibat dalam proses pengambil alihan dan tanah mereka telah dirampas menggunakan Akta Pengambil alihan Tanah dan dengan pampasan yang jauh lebih rendah seperti membalas dendam. Itu cuma secebis dari perbagai isu yang terperap di Sendayan.
24 Mei ini, Sdr. Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan hadir ke Sendayan berdialog dan berbincang mengenai permasalan yang wujud serta ingin meneliti bagaimana ANAK mampu memainkan peranan.
Orang ramai khususnya penduduk sendayan dijemput hadir kerana ini kesempatan bermakna. Apapun fitnah regim kepada ANAK tetapi melalui organisasi inilah banyak nasib peneroka yang ditipu Felda terbela. ANAK telah berjaya membuktikan di mahkamah bagaimana Felda menipu dalam banyak hal sehingga menyeret Felda untuk membayar jutaan ringgit kepada peneroka.
Program 1 : Majlis Dialog Anak Felda Sendayan
Tarikh : 24.05.2011 (SELASA )
Masa : 5.00 petang
Tempat : lot. 245, Bandar baru sendayan (Rumah Daud idris)
Panel : WAN ROHIMI (peguam yang memenangkan kes Felda Kemahang),
MAZLAN ALIMAN (Pengerusi ANAK) ,
CHEGUBARD & YB TAUFEK
Isu-Isu yang akan dibincangkan :
- MASALAH KES TANAH 2 EKAR YANG MELIBATKAN KELUASAN, LOKASI,GERAN & SUDAH LAMA TERBIAR.
- MASALAH KELUASAN LOT BANGLO YANG TIDAK MENCUKUPI SERTA KUALITI BANGLO YANG TIDAK MENEPATI HARGA SEBENAR
- MASALAH ANAK-ANAK PENEROKA FELDA YANG TIDAK BOLEH MENCARUM DALAM KOPERASI PEMODALAN FELDA.(K.P.F). MENGAPA?
- MASALAH TANAH PERKUBURAN ISLAM YANG TERTIMBUS AKIBAT PROJEK NAIK TARAF JALAN YANG TERBIAR TANPA SEBARANG MAKLUMAT
- ISU PADANG SEKOLAH MENENGAH YANG MENJADI KAWASAN PERTANIAN.
- MASALAH PENCEMARAN UDARA OLEH KUALITI ALAM
Program 2: Ceramah Perdana Isu Semasa & Felda
TARIKH : 24.05.2011 (SELASA ) Masa : 8.45 MALAM
Tempat : lot. 382, Bandar baru sendayan (Rumah TANGGAM)
Penceramah :
WAN ROHIMI WAN DAUD ; PEGUAM, WAKIL PENEROKA FELDA KEMAHANG
YANG MENANG TUNTUTAN 11 JUTA TERHADAP FELDA.
MAZLAN ALIMAN; PENGERUSI, PERSATUAN ANAK PENEROKA FELDA
KEBANGSAAN (ANAK )
che'GuBard ; PENGERUSI, SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
YB TAUFEK ; ADUN Paroi
Hari belia atau ulang tahun penubuhan Kementerian belia ?
Menang ada banyak negara yang merayakan hari anak mudanya dengan tarikh yang berbeza kerana mengambil sempena perbagai peristiwa besar yang melibatkan anak muda. Contohnya Republik Rakyat China merayakan 4 Mei sebagai hari anak muda dengan mengambil sempena ' May Fourth Movement' peristiwa besar revolusi budaya anti kapitalis di negara mereka.
Manakala di India pula Youth Day disambut pada 12 Januari sempena ulangtahun kelahiran tokoh Swami Vivekananda yang dimana koleksi tulisan dan syarahan beliau menjadi inspirasi memandu perbagai organisasi belia hingga kini untuk terus berjuang demi masyarakat.
Di Iran pula Hari Anak Muda menjadi sambutan mirip keagamaan kerana ia dirayakan setiap 11 Sha'ban sempena hari Hazrat e Alie Akbar anak sulung Imam Hossein. Di Afrika Selatan pula Hari Anak Muda jatuh pada 16 Jun diambil sempena hari permulaan 'Soweto riots' 1976 yang merupakan peristiwa penting dalam perjuangan anti Apartheid.
Di Vanuezela 12 Febuari pula dipilih sebagai Hari Anak Muda bagi mengenang anak muda yang gugur dalam Battle of La Victoria, ketika Peperangan Kemerdekaan Vanuezela pada tarikh yang sama tahun 1814.
Hampir semua negara meraikan anak muda dengan menandakan satu hari sebagai hari anak muda dengan merakam peristiwa besar dalam negara mereka yang melibatkan kebangkitan anak muda. Pada hari anak muda di mana negara akan dirayakan dengan penuh suntikan semangat memberikan inspirasi kepada anak muda negara tersebut terus berjuang demi masyarakat. malah dikebanyakan negara kesempatan hari anak muda diambil kesempatan oleh kelompok anak muda untuk memobilisasi kekuatan anak muda menyuarakn tuntutan agar pemerintah lebih memberikan perhatian kepada golongan ini.
Namun di Malaysia hari beliau cuma ditandakan sebagai hari kabinet Malaysia mewujudkan Kementerian belia dan hari tersebut (15 Mei) dinamakan hari belia. Maka setiap tahun perayaan hari belia di Malaysia penuh bersifat kosmetik. Perayaan tahun ini saling tak ubah seperti hanya menaikkan belia ke atas perahu tanpa pendayung. Perayaan umpama fun fair tanpa roh anak muda. Antara kemuncak perayaan hari belia negara pula ialah regim membawa khas kumpulan artis antarabangsa K-Pop “Super Junior M”. Apa ertinya semua ini dan ke mana nak dibawa anak muda Malaysia ?
Persoalanya adakah terma Belia itu sama dengan terma anak muda ? Mamat Belia sudah pasti tidak sama dengan anak muda. Nampaknya semangat hari belia satu dunia kelihatan tidak selari dengan sambutan fun fair Hari Belia di Malaysia.
Selaras dengan itu Solidariti Anak Muda Malaysia tidak mengiktiraf Hari Belia Malaysia sebagai Hari Anak Muda, maka tidak ada sebarang kenyataan rasmi sempena Hari Belia diputuskan oleh SAMM.
Kerajaan reformasi berteraskan rakyat yang mungkin terbentuk hasil dari tumbangnya regim penguasa lama ini seharusnya melihat perkara ini secara serius.
che'GuBard,
Solidariti Anak Muda Malaysia.