Sunday, August 30, 2015

(video) Reaksi Mahathir Mengenai Perhimpunan Bersih dan Raja Mandeliar









untuk mengetahui apa dia kempen sudahlah Mahathir sila klik sini 

Kecewa fitnah AntaraPos

Kenyataan Media
30 Ogos 2015

SAMM kecewa Fitnah AntaraPos
Merujuk kepada laporan berita (http://antarapos.com/bm/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WmbpVmaA==) bertarikh 28-08-2015 12:08 ditulis oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar yang jelas ia merupakan satu fitnah.

Dalam berita tersebut Antara Pos tersebut dengan sengaja menfitnah cheGuBard dengan mengatakan kononya cheGuBard dalam satu forum menyebut DAP mahu menjatuhkan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor apabila membangkitkan isu Darul Ehsan INVESTMENT Group (DEIG) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Setelah meneliti berkali kali rakaman video forum tersebut dengan jelas laporan AntaraPos ini fitnah jahat.

Dalam forum tersebut, pihak yang mendakwa DAP menggunakan isu DEIG untuk menjatuhkan Azmin Ali adalah dari pengerusi forum dan juga respon seorang lagi panel lain, mungkin dengan tujuan bagi memberi persepsi buruk menunjukkan bagaimana jahatnya DAP mencaturkan politik menjatuhkan individu. Namun cheGuBard menjelaskan isu DEIG ini bermula 'panas' dengan dibangkitkan oleh YB TS KHALID IBRAHIM (adun bebas) bukan DAP yang bangkitkan. 

Hanya kemudian selepas Khalid bangkitkan baru ia mendapat respon wakil DAP, malah ditegaskan bukan sahaja wakil DAP tetapi wakil PAS dan wakil Umno dalam dewan juga turut respon. Jadi cheGuBard dengan jelas menegaskan tidak perlu ada pihak yang cuba 'spin' isu ini sebagai isu perkauman bagi memburukkan DAP.

Ketika memberikan komen berkenaan isu ini dalam forum tersebut dengan jelas cheGuBard menyatakan yang seharusnya malu dalam perkembangan ini ialah pembangkang utama di Selangor iaitu wakil - wakil umno kerana sepatutnya ia dibangkitkan oleh wakil Umno tetapi Umno yang sangat lemah sebagai pembangkang sehingga tidak mampu melantik ketua pembangkang terpaksa menanti Adun bebas Khalid untuk membangkitkan perkara itu barulah kemudian disambut oleh Umno.

SAMM dengan tegas menggesa AntaraPos membetulkan laporan ini yang jelas berniat jahat dan seolah cuba memburukkan cheGuBard dan menjejaskan hubungan SAMM dengan DAP.

SAMM juga memohon ADUN Bukit Gasing (DAP) sebelum memberikan komen kepada media seharusnya beliau memastikan dahulu kedudukan sebenar. Kami yakin YB Rajiv Rishyakaran sendiri tidak menonton rakaman forum tersebut sebaliknya hanya memberikan komen terus tanpa ketahui kebenaran apabila dihubungi wartawan antarapos.

Kami tidak menolak untuk mengambil tindakan lanjutan jika pembetulan dan permohonan maaf tidak diperolehi secara terbuka dalam masa terdekat.

sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Mohon FMT betulkan laporan mereka

Solidariti Anak Muda Malaysia

27 Ogos 2015

Kesilapan Dalam Petikan Laporan FMT

Merujuk kepada laporan berita bertajuk Demonstrasi Bersih 4.0 tidak mampu gulingkan kerajaan- SAMM oleh FMT seperti dalam pautan berikut :-

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/08/27/demonstrasi-bersih-4-0-tidak-mampu-gulingkan-kerajaan-samm/

Maksud sebenar kenyataan rasmi SAMM bertarikh 26 Jun adalah untuk memperingatkan semua pihak termasuk Kerajaan Pemerintah, pasukan keselamatan dan penyokong parti Pemerintah agar bertenang bukannya mensasarkan kepada peserta perhimpunan Bersih semata-mata.

Berdasarkan pengalaman SAMM dalam bersama-sama dengan pelbagai siri perhimpunan aman sebelum ini, keadaan peserta perhimpunan sentiasa terkawal sehinggalah tercetusnya provokasi daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai tujuan untuk mengganggu perhimpunan aman tersebut.

Menyedari bahawa tugas sebagai seorang wartawan agak sibuk dengan tugasan pemberitaan di kala situasi politik negara kian meruncing, SAMM memahami jika terdapat sedikit kesilapan dalam laporan berita. Akan tetapi, SAMM berharap agar pihak FMT dapat menyiarkan nota pembetulan ini agar pendirian SAMM tidak disalahtafsirkan.

Terima kasih kepada FMT kerana memberi ruang kepada SAMM.

Sekian, terima kasih

Che'GuBard
Pengasas SAMM

Thursday, August 27, 2015

Respon status keanggotaan PKR che'GuBard


Kenyataan Terbuka

27 Ogos 2015

Respon Status keanggotaan PKR che'GuBard

1. Alhamdulillah akhirnya setelah setahun menunggu status keanggotaan saya yang digantung ketika Pemilihan PKR 2014, akhirnya saya mendapat juga surat dari Pengerusi Lembaga Disiplin PKRyang bertarikh 12 Jun 2015 yang menyatakan Biro Politik pada 26 Mei 2015 memutuskan untuk menamatkan penggantungan setelah meneliti bukti dan laporan dari Lembaga Disiplin.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Abdul Hadi Abd Khatab atas surat makluman tersebut dan amat dihargai usaha Ybhg Dato'.

3. Namun saya amat kecewa kerana penarikan atau penamatan penggantungan saya dibuat secara 'senyap  - senyap' tidak semeriah seperti ketika saya digantung di mana ketika itu tanpa surat, tanpa dibacakan tuduhan atau dipanggil membela diri saya diumumkan digantung di depan media. Setelah mengetahui saya digantung saya sendiri pergi ke Ibupejabat Parti bagi meminta surat penggantungan dan saya terpaksa menunggu lama di Ibupejabat menanti surat itu disediakan, ini bermakna saya diumum digantung tanpa ada surat pergantungan pun tetapi diumum secara besar - besaran tetapi bila ditarik pergantungan kenapa secara senyap ?

4. Saya juga memohon untuk mengetahui adakah saya bersalah atau tidak atas tuduhan yang dikenakan ke atas saya di mana saya hadir membela diri serta mengikut semua prosedur yang ditetapkan. Jika saya tidak bersalah adakah adil saya dikenakan penggantungan (hukuman) tanpa saya bersalah atau dikenakan hukuman dahulu tanpa saya dipanggil membela diri. 

5. Untuk pengetahuan Dato' Pengerusi Lembaga Disiplin, surat tuduhan dan proses tuduhan yang dikenakan ke atas saya sehingga saya hadir membela diri ternyata berbeza alasan tuduhan nya dengan surat penarikan penggantungan yang saya perolehi ? Saya faham Dato' merupakan Pengerusi Lembaga Disiplin yang baru malah tidak terlibat dalam proses lepas tetapi adakah Pengerusi lepas tidak membuat sistem file untuk diwariskan atau file - file disiplin lama dihilangkan demi melindungi sesuatu ?

6. Di sini saya juga bangkitkan perihal aduan - aduan yang saya bangkitkan malah ketika pemilihan saya membuat berpuluh aduan berbayar . Apakah status aduan saya dan jika disiasat apa keputusannya dan adakah saya boleh mendapatkan semula yuran yang saya buat tempoh hari ? 

7. Saya mohon maaf Dato' Pengerusi Lembaga Disiplin kerana menulis kenyataan terbuka ini. Ini kerana untuk membela diri saya kerana selepas aduan dan saya dikenakan tindakan disiplin seolah semua disapu ke bawah karpet. Keadilan ialah asas perjuangan parti yang kita bina bersama, berilah keadilan untuk anggota sendiri dahulu sebelum melaungkan keadilan di luar sana.

8. Apa pun saya menyambut baik penarikan penggantungan saya dan saya akan gunakan ruang ini untuk terus memperjuangkan negara perubahan yang sama kita citakan.

Sekian dan terima kasih.


cheGuBard
Anggota Seumur Hidup
PKR Cabang Rembau

SAMM rai BERSIH 4 dan minta semua bertenang termasuk pasukan keselamatan

Kenyataan Umum
26 Ogos 2015

Semua Pihak Perlu Bertenang Dan Terbuka Meraikan Perbezaan Pandangan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menasihatkan Najib dan Polis DiRaja Malaysia agar tidak mengambil sebarang tindakan keterlaluan dalam menghadapi perhimpunan Bersih 4 nanti.

Bersih telah berulang kali menyatakan bahawa perhimpunan hujung minggu nanti adalah satu perhimpunan tunjuk rasa secara aman. Perhimpunan tersebut juga akan menjadi medan ujian bagi Najib sama ada Najib akan menuju bentuk pemerintahan tirani seperti Mahathir semasa zaman Reformasi 1998 dahulu.

SAMM dengan ini meminta semua pihak agar bertenang kerana Kerajaan tidak akan terguling hanya dengan demonstrasi 48 jam. Perhimpunan Bersih hanyalah sekadar ruang untuk rakyat melaksanakan hak yang dijamin Perlembagaan dan menyuarakan pendapat bagi mendesak penambahbaikan sistem pentadbiran negara khususnya penambahbaikan Pilihanraya.

SAMM menghargai usaha Bersih mengubah dan menggugurkan tuntutan menjatuhkan individu semata-mata kerana kita perlu ingat perubahan sistem bernegara itu adalah lebih penting dan utama. Tiada gunanya pemimpin tertinggi negara silih berganti tetapi sistem yang bejat ini tidak dipulihkan.

SAMM mendokong penuh tuntutan Bersih ke arah Pilihanraya Umum yang bebas dan adil dimana SAMM merupakan sebahagian tenaga yang mengasaskan Bersih sejak dari zaman Syed Syahir menjadi pengerusinya.  Malah tidak keterlaluan, strategi demo Bersih 1 yang diwarisi hingga kini merupakan idea asal SAMM bersama sekutu ketika itu.

Dalam perkembangan yang sama, SAMM tidak pernah sesekali membuat sebarang ketetapan menghalang mana-mana komrad SAMM untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 nanti. Komrad SAMM bebas untuk turut serta. SAMM tetap kekal komited untuk meraikan pandangan dan pelbagai aksi unjuk rasa bagi menyelamatkan tanahair ini daripada terus terbeban dengan kerosakan sistem yang serius.

SAMM juga menyelar tindakan-tindakan kumpulan anti-Bersih 4 termasuklah aksi separa matang kumpulan baju Merah di depan Sogo. Walaupun berbeda pandangan politik tetapi tidak sepatutnya ia dizahirkan dengan tindakan mengugut dan cuba menimbulkan kekacauan terhadap sebuah perhimpunan aman yang lain. Jika kumpulan ini mahu membuat perhimpunan untuk tujuan menyokong Perdana Menteri, buatlah di lokasi lain atau di masa yang lain kerana Bersih telah umum lebih awal.

Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Forum Isu Semasa Negeri Selangor

che'GuBard hari ini akan hadir sebagai panel bersama ADUN Bn dan ADUN Pkr dalam Forum Isu Semasa Selangor anjuran SuaraTv 8.30 malam ini (27 Ogos 2015) di Gloria Jeans Coffee, Wisma Nusantara, Jalan Puncak, K.Lumpur. Semua teman media, blogger, facebookers dijemput hadir.

Difahamkan penganjur juga membuat siaran langsung di http://www.suara.tv/


Wednesday, August 26, 2015

SAMM Dah Kata, Mahathir Bukan Selamatkan Malaysia

Kenyataan Media
21 Ogos 2015
SAMM Dah Kata, Mahathir Bukan Selamatkan Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selama ini menyongsang arus apabila memilih kempen #SudahlahMahathir ketika banyak pihak menjadikan Mahathir kereta kebal ampuh melawan Najib. Malah SAMM dikeji dan ditohmah oleh banyak pihak termasuklah dituduh menyokong pentadbiran Najib hanya kerana menentang Mahathir dengan keras.
Namun kenyataan Mahathir semalam adalah satu tamparan hebat buat ahli politik pembangkang yang selama ini menjadikan populariti Mahathir sebagai modal perlawanan dan pedoman dengan perkiraan ‘Musuh kepada musuh adalah rakan’.
Terdahulu, Penasihat DAP Lim Kit Siang mempelawa Mahathir bersama DAP untuk melawan Najib. Mutakhir ini, Presiden PKR yang juga ketua pembangkang menyucikan dosa-dosa Mahathir apabila secara terbuka menyambut seruan Mahathir menyingkirkan Najib. Hampir semua Ahli Parlimen pembangkang mengikut rentak Mahathir.
Akhirnya lewat petang semalam, dengan populariti yang turut didokong sendiri oleh pihak pembangkang, Mahathir menasihatkan pembangkang supaya terus bekerja keras menumbangkan Najib namun dalam masa sama harus mengekalkan pentadbiran Barisan Nasional.
Sekarang apa kata parti pembangkang? Apakah parti pembangkang akhirnya akan akur kepada seruan Mahathir mengekalkan pentadbiran BN?
Mahathir adalah penipu, setiap kata-katanya adalah penipuan. Mahathir hanya tidak menipu ketika berdiam diri, itupun kita harus berhati-hati kerana pastinya Mahathir yang berdiam itu sedang merancang untuk penipuan seterusnya.
Mahathir bukan mahu selamatkan Malaysia, malah Mahathir bukan mahu selamatkan Umno pun. Mahathir-Najib atau Mahathir-Paklah atau Mahathir-sesiapa sahaja adalah pertembungan meletakkan kroni bagi menjarah khazanah tanahair. Noktah.
Sebelumnya Mahathir telah memohon maaf kepada umum kononnya pilihannya kali ini gagal. Harus disedari, Najib adalah pilihan kedua Tun Mahathir selepas Pak Lah. Persoalannya, apakah kita rakyat Malaysia harus terus memberi ruang kepada Tun Mahathir menentukan siapa yang berhak menjadi Perdana Menteri?
SAMM juga tidak pernah sesekali bersetuju dengan idea menurunkan Najib untuk digantikan dengan seorang lagi pemimpin politik daripada UMNO/BN. SAMM menegaskan tuntutan untuk diwujudkan Kerajaan Sementara (Caretaker Government) meliputi semua Parti Politik bagi menyelesaikan krisis yang sedang berlaku dan mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang bersih, adil dan telus dalam tempoh maksima 18 bulan.
SAMM terus kekal dengan pendirian dan akan tetap meneruskan kempen ‪#‎SudahlahMahathir‬ kerana Mahathir adalah perlambangan kepada sistem sedia ada yang rosak dan korup. SAMM juga ucap tahniah kepada Lim Kit Siang dan Wan Azizah yang meng’hero’kan Mahathir dan seterusnya menyokong agenda ‘kekal BN’ Mahathir.
Sekian,
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Thursday, August 20, 2015

Berapa banyak lagi wang rakyat Selangor akan terbazir kerana melayan sombong Azmin

Catatan Umum

22 Ogos 2015

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius dan meneliti dengan dekat perkembangan yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sehari dua ini. 

2. SAMM menyambung desakan meminta Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali untuk membentangkan sepenuhnya pecahan jumlah RM9.65 billion wang rakyat yang digunakan untuk pengambilalihan atau penstrukturan air Selangor. Jumlah ini jauh tinggi dari penstrukturan yang ditandatangani oleh Khalid Ibrahim ketika menjadi MB dan kemudian dirombak semula oleh Azmin. 

3. Di dalam dewan baru ini hanyalah melibatkan kos RM 2 billion sahaja. Ke manakah RM 7.65 billion lagi ? Mengapakah nilai penstrukturan air Azmin lebih mahal dari penstrukturan air Khalid ? Azmin perlu menjelaskan ini, jika tidak ia tidak dapat mengelakkan persepsi ada 'kick back' dalam urus niaga ini. Kegusaran rakyat lebih lagi apabila Kerajaan Selangor melupakan janji dimana rakyat Selangor boleh memiliki saham syarikat air tetapi kini janji itu telah bertukar kepada kemungkinan kenaikan tarif tidak dapat dielak dan kemungkinan tiada lagi skim air percuma.

4. Dalam perkembangan lain dibangkitkan pula mengenai kewujudan sebuah syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang merupakan sebuah entiti syarikat baru kelihatan diluar MBI dengan kedudukannya lebih istimewa kerana tidak perlu melaporkan terus kepada kerajaan negeri selain operasinya tidak akan diaudit sedangkan ia terlibat mengurus aset bernilai  RM6.3 billion. Ini mengundang bukan sahaja kritikan pembangkang (Bn) Selangor tetapi sekutu PKR seperti Pas dan Dap juga. 

5. Diteliti dari daftar Syarikat, DEIG diterajui oleh dua orang yang terlibat di dalam MBI, maka ini makin pelik kenapa orang yang sama di dalam MBI membuka sebuah syarikat lain untuk menguruskan pelaburan Selangor. Dua kemungkinan wujud ialah Azmin ingin mewujudkan sebuah entiti perniagaan tanpa audit langsung dari Kerajaan Negeri untuk mudah melakukan 'sesuatu' atau dia bersikap paranoid melampau dan mahu dilihat berbeza dengan Menteri Besar sebelum ini. Jika hanya untuk dilihat berbeza dia membazirkan wang rakyat membuka satu lagi syarikat ia satu kebiadapan selaku pemimpin.

6. Kenyataan Azmin menyalahkan konon serangan ini ada pihak luar yang arah tidak ubah seperti perangai pemimpin Umno Bn. Mengelak dengan menyalahkan orang lain. Ia cukup berbunyi seperti Najib.

6. Itu belum disebut bagaimana dalam Ramadhan yang lepas keluar arahan wang zakat dari syarikat korporat Selangor dan GLC Selangor dikumpulkan dalam satu tabung khas lain. Wang tersebut disalurkan melalui 'jentera parti' di dalam dan di luar Selangor. Bangga dengan trellar panjang dengan wajah dia yang besar turun ke negeri - negeri seleuruh Malaysia menghantar bantuan dalam bentuk barangan dan wang tunai. Soalnya adakah ini dibenarkan ? Wang zakat tersebut akhirnya menjadi alat politik beliau secara peribadi. Ia bukan sahaja disalurkan melalui PKR tetapi ia disalurkan hanya melalui siapa pemimpin cabang yang menyokong dia. Contohnya Cabang Rasah, N.Sembilan (sekadar menyebut satu cabang dipercayai banyak cabang lain) Ketua Cabangnya tidak menyokong Azmin dalam PKR maka Cabang tersebut diketepikan dari bantuan. Ada cabang yang mendapat lebihhan bantuan barangan dan wang tunai juga. Ini menimbulkan fitnah dan siapa yang mengaudit jutaan yang tersalur secara bercelaru di Selangor dan seluruh negara ini ? Berapa julah yang sampai betul dan berapa jumlah yang bocor ? Bayangkan jika ini dilakukan oleh Umno pasti beratus sidang media dan laporan polis/SPRM dilakukan. Mujur Umno Bn itu berantakan hebat khususnya Umno Selangor yang lembab maka perkara ini terdiam. Namun adakah ia halal hanya kerana ia dilakukan oleh Azmin ?

7.  Inilah yang SAMM tegaskan ia bukan soal individu tetapi soal sistem. Bertukarlah siapa individu jika sistem pincang ini membenarkan korupsi itu ia pasti berlaku cuma dalam bentuk dan pendekatan berbeza.


8. Kebenaran itu selalunya pahit dan ia tidak berubah ifat berdasar siapa perlaku atau geng mana melakukannya. Kebenaran itu bersifat putih dan bukan kelabu. Mohon semua buka mata dan saya bersedia juga telah biasa akan dilabel dengan perbagai label selepas menyatakan apa yang saya yakini betul. Mohon Azmin tampil menjawab dan faham mungkin saya terlalu kecil di mata Azmin yang besar untuk dijawab maka akui dan perbetulkan sahaja segera.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Maaf Mahathir semalam bukti sikap dia yang fikir negara ini miliknya

Catatan Umum

21 Ogos 2015

1. Hari ini beberapa media melaporkan kenyataan maaf Mahathir yang diucap dalam satu majlis di Universiti Teknologi Petronas. Mahathir dilaporkan menyatakan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana salah memilih Abdullah dan Najib sebagai Perdana Menteri.

2. Kenyataan angkuh ini membuktikan kenyataan kempen #sudahlahMahathir sebelum ini benar. Mahathir mengganggap negara ini demokrasi terpimpin yang punya dia. Hanya dia cerdik dan layak menamakan siapa  yang harus naik dan turun. Rakyat hanya digunakan ketika tertentu sahaja khususnya untuk diperkuda bagi mendepani musuh politik.

3. Mahathir menamakan Abdullah Badawi sebagai pengganti walaupun kritikan hebat ketika itu mempertikaikan kewibawaan Abdullah. Mahathir ketepikan semua itu dan terus melantik anggota kabinet paling lemah iaitu Abdullah sebagai TPM seterusnya PM hanya kerana mengganggap Abdullah yang lemah mudah menjadi bonekanya. Malangnya selepas itu Abdullah telah menikahkan anaknya dengan Khairy Jamaluddin dan kemudian mengawal pejabat Abdullah serta mengambil sikap mengenepikan permintaan Mahathir juga proksi dan kroni - kroninya maka Mahathir memulakan operasi menyingkir Abdullah. Perbagai alasan dicipta termasuk tuduhan salahguna kuasa dan kuropsi Khairy. Namun selepas Abdullah tersingkir adakah sebarang tindakan susulan pendakwaan atau usaha mengambalikan wang rakyat yang dikatakan dirompak oleh Abdullah dan keluarganya ? Semua senyap kerana tumpuan Mahathir bukan menyelamat harta rakyat tetapi seorang Perdana menteri boneka dia. Malah kini Mahathir begitu selesa dengan Khairy kerana Pemuda Umno kelihatan menjadi basis kepada gerakan Mahathir melawan Najib.

4. Saat akhir ketika Abdullah tersingkir, rakyat mula gusar dengan kehadiran Najib sebagai pengganti. Banyak tuduhan ketika ini sudah wujud ketika Mahathir bersungguh menamakan Najib sebagai pengganti. Tuduhan Rosmah yang boros, ketika itu Rosmah yang sama sudah menjadi isteri Najib. Tuduhan, pembunuhan Altantuya dan 'komisyen' kapal selam sudah bergegar kedengaran seluruh dunia dan banyak tuduhan lagi. Namun Mahathir tetap berkeras mahukan Najib kerana beliau beranggapan menggunakan semua kelemahan itu sebagai jaminan untuk Najib menjadi boneka yang baik.

5. Peringkat awal Najib jelas menjadi boneka yang baik, lihat sahaja kedudukan Mahathir di Petronas dan kekayaan anaknya melalui projek Petronas, Kedudukan Mahathir di Proton sehingga kini proton sudah dimiliki proksi Mahathir dan bukan lagi GLC milik negara. Anak Mahathir kini menjadi MB walaupun kalah bertanding Naib Presiden dan sebelum itu Ketua Pemuda Umno. Namun oleh kerana permintaan melampau Mahathir dan proksi tak tertunai, kegagalan Menteri Kewangan melancarkan proses pengambil alihan harta dari proksi ke keluarganya termasuk kesilapan Najib membiarkan 'taikun korporat' baru mengancam perniagaan 'taikun korporat' lama (proksi/kroni Mahathir) dengan memasuki perniagaan IPP dan seumpamanya yang sebelum ini milik mutlak taikun lama telah menghasilkan perbalahan seolah tak terubat kali ini.

6. Rakyat perlu sedar teorinya mudah selagi seorang PM mampu menjadi boneka semua rasuah dan salah guna kuasa perkara kecil sebab semua kemusnahan ini diwarisi dengan baik dari zaman Mahathir sendiri.

7. Bercakap soal demokrasi dan kebebasan media ? Adakah Mahathir layak ? Lihat sahaja jika sekarang Mahathir, Perdana Menteri adakah musuh politiknya mampu berdiri dan berucap di universiti dan mendapat liputan bebas media. Diotegaskan ada media harian yang Pro Mahathir menapis berita anti Mahathir (klik sini) . Malah sudah tentu komrad-komrad SAMM yang melancarkan kempen #sudahlahMahathir pasti menghuni Kemunting hari ini.

8. Mahathir bercakap soal Muhyiddin ? Adakah Muhyiddin bersih ? Lupakah Mahathir antara sebab Muhiyuddin dibawa ke pusat dari kerusi MB Johor ketika Umno langsung tak tergugat dan tak memerlukan pembaruan pimpinan pun ketika itu ? Klik sini bagi membaca kes tanah Stamford Holdings ketika dia menjadi MB.

9. Sila klik sini http://chegubard.blogspot.com/2015/08/apa-dia-kempen-sudahlahmahathir.html untuk membaca dan memahami apa dia kempen #sudahlahMahathir itu sebenarnya.

10. Yang didesak SAMM ialah ke arah negara perubahan sila klik sini http://chegubard.blogspot.com/2015/08/rethinking-merdeka-negara-perubahan.html untuk memahami apa dia negara perubahan tersebut.

11. Kepada semua khususnya kepada pemimpin Pembangkang, sampai bila kita harus mengikut skrip yang sama semata ? Kita tidak perlu bergantung kepada Mahathir. Ikut skrip lama selepas singkir Abdullah, tiada tindakan diambil untuk memulangkan khazanah rakyat.Selepas itu berlaku pilihanraya, Mahathir yang kita latih rakyat rujuk dan herokan Mahathir akan membelasah kita dengan teruk semula. Adakah kita mahu ikut skrip yang sama ?

Sekian.

cheGuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Pas nak jadikan Ku Li PM masa PRU 13, rupanya pertandingan Umno lawan Pas itu olok-olok ?

terbaca berita di http://www.malaysiakini.com/news/309221 dimana Pas, akhirnya mengakui memang benar mereka telah temui Ku Li dan meminta anak raja tersebut untuk menjadi PM selepas PRU ke 13.

Umum ketahui Ku Li bertanding atas tiket Umno-Bn maka jelas telah dirancang pergabungan ke arah kerajaan perpaduan tersebut secara serius sebelum PRU ke 13. Walaupun di mata umum semua bersetuju dan menjual nama Anwar sebagai PM untuk meraih undi tetapi rupanya ada kerja belakang dimainkan.

Ku Li juga katanya bersetuju...ini bermaksud Ku Li juga sedia mengkhianati partinya ? Apa pula erti perlawanan calon Umno lawan Pas dalam PRU 13 ? Apa pula erti perlawanan di parlimen Gua Musang dimana calon Pas lawan Ku Li calon Umno Bn ? Adakah ia perlawanan olok - olok sahaja yang membazirkan derma orang ramai khususnya kepada Pas.....

Koperasi Solidariti Anak Malaysia Merdeka Berhad (n-6-0690)

Koperasi Solidariti Anak Malaysia Merdeka Berhad (Koop SAMM) telah berjaya didaftarkan dengan nombor pendaftaran N-6-0690.
Koop SAMM ini akan menjadi medan memperkasa ekonomi anak muda khususnya komrad SAMM dan sekutu.
Ia adalah koperasi peringkat Kebangsaan dan dibenar beroperasi juga membuka cawangan di seluruh negara.
Alhamdulillah hasil rapat SAMM yang lepas telah disusun 4 pejabat koperasi selain PAGER (sebagai Ibu pejabat) yang akan berfungsi sepenuhnya menjelang akhir September. Beberapa pelan dan peluang perniagaan sudah diperhalusi. Maka dalam masa terdekat akan di umumkan tarikh dan lokasi penerangan Koop SAMM, ayuh bersama rebut dan cipta peluang kejayaan

Monday, August 17, 2015

Pendirian Tidak Popular Demi Prinsip

Kenyataan Umum
15 Ogos 2015
Pendirian Tidak Popular Demi Prinsip
Sejak bermulanya krisis Pemerintahan di negara ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengambil pendirian yang sangat jelas bahawasanya menjatuhkan individu semata-mata tidak menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi sehingga kini. SAMM berpegang bahawa krisis kali ini perlu dimunculkan dengan semangat perlawanan bagi merubah sistem pemerintahan negara yang telah rosak sepenuhnya.
SAMM juga sebelum ini berbeda pendapat dengan kenyataan awal BERSIH pada 29 Julai 2015 yang menuntut perletakkan jawatan Najib seperti dalam laman rasmi Bersih : http://www.bersih.org/bersih-4-masanya-telah-tiba/
Walaupun pandangan dan pendirian SAMM ini tidak popular malah dikeji dan ditohmah oleh banyak pihak, namun SAMM terus kekal dengan pendirian kami. Malah, SAMM akan tetap meneruskan kempen ‪#‎SudahlahMahathir‬ kerana Mahathir adalah perlambangan kepada sistem sedia ada yang rosak dan korup.
Malah tidak salah jika disimpulkan bahawa terdapat ramai aktivis non partisan juga turut tidak bersetuju dengan demo Bersih yang dilihat hanya bermotif turunkan Najib.
Semalam (14 Ogos 2015) semasa dalam roadtour BERSIH di Pulau Pinang dimana SAMM juga merupakan penganjur bersama, SAMM telah menegaskan pendirian kami untuk terus mengasak perubahan sistem pemerintahan di hadapan ribuan orang ramai. Ternyata ramai yang berkongsi hasrat yang sama untuk melihat kebejatan sistem ini ditamatkan segera.
Semalam juga, Pengerusi BERSIH 2.0 telah berkata menukar perdana menteri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah tanpa pembaharuan utama kepada institusi dan sistem politik semasa pelancaran Perhimpunan BERSIH 4.0 seperti yang terkandung dalam laporan berita beikut : http://www.bersih.org/bersih-4-undi-tidak-percaya-rakyat-terhadap-najib-dan-sistem-politik-malaysia/
SAMM menyambut baik kenyataan tersebut dan terus menegaskan pendirian kami bahawa sebagai sebuah Organisasi Massa yang bukan parti politik seharusnya tidak terperangkap dengan skrip lama dan sekadar bermain dengan garis popular semata-mata. Krisis yang berlaku hari ini perlu diambil kesempatan untuk membawa pendidikan politik bagi menggerak pembaharuan sistem politik negara yang lebih tuntas kepada segenap lapisan masyarakat.
SAMM dalam masa yang sama dengan tegas mencadangkan Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) ditubuhkan bagi mengganti kerajaan sedia ada. ‘Caretaker Government’ ini merupakan satu kerajaan sementara yang terdiri daripada anggota Dewan Rakyat merangkumi wakil-wakil daripada kesemua Parti Politik yang ada di dalam Dewan tersebut.
Dalam tempoh masa Kerajaan Peralihan ini, SAMM menggariskan beberapa perkara yang dilihat agak kritikal untuk dirombak semula supaya Malaysia dapat diletakkan ke landasan yang sebenar. Sila ke pautan http://anakmudamalaysia.com/2015/08/rethinking-merdeka-negara-perubahan/ (Rethinking Merdeka – Kerajaan Perubahan) untuk maklumat selanjutnya.
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM

Mahathir tidak mendapat keadilan liputan Media ?

Catatan Umum

17 Ogos 2015


1. Sudah sudah dua bulan SAMM memulakan kempen #sudahlahMahathir, kempen ini mendapat sokongan perbagai pihak tanpa menafikan kekeliruan dan penentangan juga wujud dan bukan senang untuk mendapat liputan media bagi menerangkan secara jelas kempen ini.

2. Terbaru akhbar Sinar Harian di mana sepanjang minggu lepas kami sudah memulakan 'hubungan' bagi menyiarkan tulisan penuh mengenai 'apa dia kempen #sudahlahMahathir'. Telah dipersetujui tulisan tersebut akan disiarkan dalam ruangan pendapat akhbar tersebut, namun malangnya malam semalam (16 Ogos) saya dihubungi memaklumkan tapisan peringkat tertinggi akhbar tersebut telah menolak menyiarkan mengenai kempen #sudahlahMahathir.

3. Sebelum itu sebuah akhbar online The Malaysian Insider di mana banyak menyiarkan tulisan aktivis SAMM termasuk berita mengenai SAMM sebelum ini tetapi pada satu peringkat ketika kempen #sudahlahMahathir mula 'panas' salah seorang editor kanan media berkenaan memaklumkan kepada salah seorang aktivis SAMM bahawa tulisanya terpaksa ditolak kerana anti Mahathir dan perlunya dia menulis tajuk lain dan 'InsyaAllah' akan disiarkan. Jika ini zaman Mahathir bayangkan, bukan media tidak pro dia malah media yang tidak menyerang musuh politiknya pasti akan sengsara.

4. Ini menguatkan kepercayaan SAMM bahawa media bebas itu sebenarnya suatu yang hampir tidak wujud. Media pasti akan melapor hanya berdasarkan kehendak 'tauke' mereka atau paling tidak kehendak pasaran. Kerana itu dalam Blue Print #negaraPembaharuan yang akan diterbitkan nanti, dalam perihal Media kami menegaskan media bebas tidak wujud tetapi perlu didesak ialah kebebasan mewujudkan media itu. Media harus bebas cengkaman penguasa.

5. Kami faham ramai tersedut dan terpesona serta mengherokan Mahathir, malah isteri Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan The Malaysian Insider' seolah membasuh semua durjana Mahathir klik http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wan-azizah-syukur-dr-mahathir-kini-faham-perasaan-rakyat

6. Namun kami tegas Mahathir ialah punca kerosakan negara. Ya, Najib punya masalah sebegitu juga Abdullah Badawi tetapi menjatuhkan seorang PM (individu) semata - mata dengan melantik seorang lagi individu ikut 'tunjuk' Mahathir tidak mengubah keadaan malah terus memerangkap negara jauh dalam kehancuran.

7. Sila klik sini http://chegubard.blogspot.com/2015/08/apa-dia-kempen-sudahlahmahathir.html untuk membaca dan memahami apa dia kempen #sudahlahMahathir itu sebenarnya.

8. Yang didesak SAMM ialah ke arah negara perubahan sila klik sini http://chegubard.blogspot.com/2015/08/rethinking-merdeka-negara-perubahan.html untuk memahami apa dia negara perubahan tersebut.

9. Kepada semua khususnya kepada pemimpin Pembangkang, sampai bila kita harus mengikut skrip yang sama semata ? Kita tidak perlu bergantung kepada Mahathir. Ikut skrip lama selepas singkir Abdullah, tiada tindakan diambil untuk memulangkan khazanah rakyat.Selepas itu berlaku pilihanraya, Mahathir yang kita latih rakyat rujuk dan herokan Mahathir akan membelasah kita dengan teruk semula. Adakah kita mahu ikut skrip yang sama ?

sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, August 14, 2015

Rethinking Merdeka – Negara Perubahan

Ramai yang menyatakan krisis hari ini bakal membawa Malaysia menuju ke arah “Failed State”. Namun, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat projek “Failed State” ini sudah bermula semenjak 28 tahun yang lalu dan krisis hari ini adalah antara kemuncak kemusnahan total sistem bernegara. Mengapa?
Tahun 1987, Mahathir telah membawa negara ini dalam Krisis Perlembagaan yang menyaksikan kuasa Legislatif dan Kehakiman ditarik. Kedua-dua cabang pengasingan kuasa ini telah menjadi layu seperti Harimau yang tidak bertaring. Kemudian, pada tahun 1994 pula, Mahathir telah mencipta permainan manipulasi untuk mengolah pandangan rakyat untuk mencabut kuasa Raja-Raja hingga menyaksikan berlaku satu lagi krisis Perlembagaan.
Kedua-dua Krisis Perlembagaan ini adalah asas “Failed State”. Dengan runtuhnya amalan Doktrin Pengasingan Kuasa, Eksekutif menjadi begitu berkuasa (Absolute Power). Dan ia berterusan sehinggalah hari ini. Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Najib menikmati segenap inci kuasa yang telah diwariskan kepadanya. 
Segala institusi dalam negara pasca Krisis Perlembagaan itu hanya menjadi “Rubber Stamp” kepada kehendak Eksekutif. Pindaan Perlembagaan 1994 telah membataskan kuasa Yang Dipertuan Agong sehingga menjadikan Yang Dipertuan Agong seolah-olah perlambangan semata-mata. Tidak lagi mempunyai kuasa penimbal. 
Institusi Parlimen juga tidak bebas. Bagaimana mahu bebas jika Yang Dipertua Dewan juga dilantik atas ikhsan Perdana Menteri? Lihat saja bagaimana Dewan Rakyat dipergunakan semahunya apabila Eksekutif mahu meluluskan Rang Undang-Undang yang bersifat opresif. Ingat lagi Parlimen bersidang sehingga dinihari semata-mata Eksekutif mahu meluluskan POTA dan Akta Hasutan. Lebih lucu, saraan anggota Dewan juga ditetapkan oleh agensi di bawah seliaan cabang Eksekutif.
Kehakiman juga rakus digunakan oleh Eksekutif. Lihat apa yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim. Bukan sahaja itu, malah Eksekutif juga sangat berkuasa dalam hal pendakwaan dan penguatkuasaan undang-undang. Semua jadi tunduk kepada Eksekutif. Lihat kes Gani Patail dipecat dan juga bagaimana SPRM diganggu. Lebih keterlaluan Perkara 4, Akta 694, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 meletakkan perenggan perlantikan Ketua Pesuruhjaya dibuat oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Bukankah ini juga satu bentuk “absolute power” oleh Eksekutif?
Ia semakin melarat apabila rejim UMNO/BN mempergunakan sepenuhnya segala kelompongan dalam Perlembagaan Persekutuan, Keistimewaan Melayu dan keruntuhan struktur sistem pentadbiran negara ini untuk menyuburkan pula amalan Politik-Ekonomi Naungan. Setiap dasar yang digubal akhirnya sekadar mengukuhkan kelompok yang bernaung dengan kekuasaan sambil juga terus memperkukuhkan lembaga Eksekutif itu sendiri. Rakyat sekadar mendapat cebisan sahaja.
Atas kesedaran inilah, SAMM akhirnya tampil dengan idea Kerajaan Peralihan (Caretaker Government). Ramai yang berkata ia kelihatan seperti Unity Government, Konsensus Nasional dan Save Malaysia. Namun bagi SAMM, idea Kerajaan Peralihan ini tidak membawa maksud merebut kuasa sebaliknya lebih kepada untuk melakukan perubahan bagi meletakkan Malaysia kembali ke landasannya. Oleh sebab itu, SAMM meletakkan satu sela masa (time frame) tertentu supaya beberapa permasalahan yang dihadapi negara dapat diperbetulkan dan menyediakan Malaysia bagi menghadapi Pilihanraya yang adil dan bersih.
Mengapa perlu Kerajaan Peralihan bukannya perubahan Perdana Menteri sahaja?
SAMM tidak menyatakan tindakan atau kempen melawan Rejim Pemerintah sebagai sesuatu yang salah. SAMM tidak menyanggah perkara ini kerana SAMM sangat berpegang kepada kebebasan. SAMM tidak menghalang apa juga cara atau tindakan yang ingin diekpresikan sebagai melawan rejim. 
Dalam menuju sebuah negara yang progresif, SAMM memilih untuk tidak membawa pendekatan konservatif yang mencela, melabel atau menghalang satu tindakan atau pandangan. Setiap individu bebas dan berhak untuk mempunyai bentuk pemikiran dan pandangan sendiri. 
Atas nama kebebasan itulah, siapa saja bebas untuk berekspresi. Begitu juga, anda tidak harus menghalang SAMM untuk bergerak dan melahirkan pandangan sendiri.
Kerana itulah semenjak tiga bulan kebelakangan ini, SAMM secara serius telah menekankan idea menukar Perdana Menteri daripada kepompongan rejim yang sama tidak akan membawa Malaysia menjadi lebih baik. Malaysia amat memerlukan satu perubahan menyeluruh bagi memperbaiki kepincangan struktur pentadbiran negara. 
Pandangan SAMM ini juga selari dengan pandangan dua Profesor Sains Politik Asia Timur dari Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa menggantikan Perdana Menteri dengan pemimpin daripada UMNO/BN tidak akan memberikan apa juga kebaikan kepada Malaysia. Hakikatnya, Malaysia amat memerlukan perubahan sistem secara menyeluruh seperti yang pernah digariskan semasa gerakan Reformasi 1998 yang telah semakin dilupakan sebagai jalan keluar kemelut yang melanda hari ini.
SAMM berpendirian untuk menyelamatkan Malaysia, satu desakan ampuh dan kuat harus dilakukan untuk menukar rejim dan sistem bernegara berbanding menukar sosok individu dalam jalur kekuasaan.
Apakah Bentuk Kerajaan Peralihan Yang Didesak Oleh SAMM?
Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) yang didesak oleh SAMM ini adalah merupakan satu kerajaan sementara yang terdiri daripada anggota Dewan Rakyat merangkumi wakil-wakil daripada kesemua Parti Politik yang ada di dalam Dewan tersebut. Kerajaan Peralihan ini akan beroperasi mengikut tempoh masa yang sesuai bagi tujuan menyelesaikan beberapa perkara yang mendesak. Tempoh masa yang dicadangkan adalah 18 bulan. Selepas itu, Kerajaan Peralihan ini wajib membubarkan Parlimen dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih sebuah Kerajaan yang baharu.
Dalam tempoh masa Kerajaan Peralihan ini, SAMM menggariskan beberapa perkara yang dilihat agak kritikal untuk dirombak semula supaya Malaysia dapat diletakkan ke landasan yang sebenar. Perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Memulakan satu Suruhanjaya Peringkat Parlimen bagi menyiasat dan mengambil tindakan drastik terhadap setiap penyelewengan, salah urustadbir, korupsi dan penyalahgunaan kuasa yang telah berlaku selama ini.
2. Memulakan satu Suruhanjaya Khas Parlimen bagi memperbetulkan semua kepincangan demokrasi termasuklah mengembalikan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, memulihkan Doktrin Pengasingan Kuasa, Mereformasikan Institusi Parlimen dan juga Suruhanjaya-Suruhanjaya yang ada.
3. Mengambil tindakan afirmatif untuk menyediakan satu sistem Pilihanraya yang adil dan bersih termasuklah menilai semula dan meminda jika perlu Akta Suruhanjaya Pilihanraya, membersihkan daftar pemilih, mereformasikan sistem undi pos, isu persempadan kawasan pilihanraya, kawasan lokaliti tanpa pengundi luar, dan sebagainya.
4. Mewujudkan kondisi kebebasan mewujudkan media – tidak lagi memerlukan permit penerbitan. 
5. Mengukuhkan kedudukan Suruhanjaya-Suruhanjaya sedia ada seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan sebagainya, dan meletakkan kesemua Suruhanjaya ini di bawah kuasa Parlimen serta melaksanakan method pemilihan anggota yang lebih demokratik. Hal ini juga perlu melebarkan kepada Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara. 
6. Mewujudkan satu akta dan mekanisme penyaluran Dana Politik bukan sahaja kepada Parti Politik malah lebih melebar kepada semua gerakan politik dan Organisasi Massa.
Selepas sahaja keenam-enam perkara ini diselesaikan dan dipulihkan, Parlimen hendaklah dibubarkan bagi membuka jalan satu pilihanraya umum dapat diadakan. Rakyat berkuasa untuk menentukan gabungan politik yang akan diberikan mandat untuk memerintah Malaysia.
SAMM berkongsi pengalaman teman-teman aktivis di Indonesia. Benar, mereka telah berjaya menurunkan seorang pemimpin diktator dalam sejarah mereka. Soeharto telah lama digulingkan. Benar juga Indonesia mula mengecapi nikmat kebebasan hak sivil warganya. Tetapi, dalam pertemuan antara SAMM dengan teman-teman aktivis Indonesia semasa lawatan kerja ke Jakarta sebelum ini, telah membuka satu sisi pandangan yang baharu. 
Selepas 17 hingga 18 tahun berjuang, mereka masih lagi gigih berusaha untuk membawa reformasi dan perubahan dalam sistem bernegara di Indonesia. Masih lagi bergelut dengan struktural pentadbiran negara legasi Soeharto. Kerana jalan perubahan mereka ketika itu tidak dipersiapkan sepenuhnya. Akhirnya Soeharto digantikan oleh sosok pemimpin lain yang tidak cakna dengan tuntutan reformasi dari rakyat.
Ramai juga yang bertanya sejauh mana SAMM yakin idea Kerajaan Peralihan ini dapat direalisasikan? Adakah dalam tempoh terdekat ia dapat direalisasikan?
SAMM sentiasa optimis dan yakin bahawa ramai rakyat di luar yang mengimpikan sebuah harapan baru untuk negara ini. Pastinya ramai yang selama ini mendambakan sebuah Kerajaan Rakyat – “Government of the people, by the people, for the people”. Persoalan yang lebih besar yang perlu dijawap adalah jika semua pihak duduk diam tanpa bergerak untuk mengolah perubahan yang menyeluruh, negara ini tidak akan bergerak ke mana-mana. 
SAMM tidak meletakkan ukuran tempoh untuk direalisasikan tetapi iltizam SAMM adalah untuk membawa tema Negara Perubahan ini ke segenap sudut negara. Rakyat perlu diberikan kefahaman dan pencerahan pendidikan politik. SAMM sangat percaya jika semua pihak berkepentingan, dari parti politik kepada gerakan sivil kepada organisasi massa kepada rakyat keseluruhannya mempunyai iltizam politik yang tinggi untuk memperbetulkan kepincangan sistem yang telah berlaku ini maka, Malaysia pastinya mempunyai harapan masa depan yang cerah.
SAMM sangat berpegang bahawa hari ini Malaysia amat memerlukan pembaharuan. Apa pun konotasinya sama ada Reformasi, Transformasi atau Pembaharuan, ia harus datang dengan komitmen, iltizam dan usaha gigih untuk membebaskan Malaysia daripada sistem politik, Naungan dan Keuntungan. SAMM juga bersedia untuk meneroka jalan yang menongkah arus, di luarkekuasaan popular, dan bersedia untuk membawa jalur pemikiran dan suara minoriti merintis jalan perubahan bagi memperbetulkan sistem kekuasaan yang diwarisi selama ini.
Pemikir Kaum Muda SAMM akan mula mengeluarkan siri artikel mengenai Tuntutan Negara Perubahan selepas ini dan mengalu-alukan sekiranya anda juga mempunyai pandangan, impian dan harapan ke arah meletakkan Malaysia ke landasan sebenar. Semua tulisan pandangan, impian dan harapan anda boleh dihantar terus melalui email di pkm.samm@gmail.com. Ayuh anak muda, salurkan idea dan pandangan anda ke arah membina Malaysia yang lebih baik. 
Ahmad Anwar Asyraf

Pengarah Pemikir Kaum Muda SAMM

Saman Najib dan SPR, SAMM Ucap Tahniah PKR

Kenyataan Media
13 Ogos 2015
Saman Najib dan SPR, SAMM Ucap Tahniah PKR
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ucap tahniah buat PKR di atas tindakan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan membelanjakan RM2.6 bilion duit derma dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, melanggar Akta Pilihan Raya 1954.
Selari dengan pendirian SAMM sejak dari awal pendedahan Wall Street Jurnal, gesaan YB Nurul Izzah agar mahkamah membatalkan keputusan bagi semua 222 kerusi Parlimen dalam PRU13 lalu dan mengadakan pilihan raya semula dilihat sebagai satu kenyataan berani yang menunjukkan kesediaan PKR mengembalikan semula kuasa kepada rakyat.
Bagi SAMM, seharusnya sebuah badan NGO yang mempunyai gagasan terbesar seperti BERSIH harus mengambil peranan membawa perkara ini ke peringkat mahkamah. Ia jauh lebih baik kerana BERSIH wajar dilihat bersih dari kepartian, maka sudah pasti desakkan itu akan lebih bersifat neutral dan jauh lebih besar nilainya.
Inilah jalan yang SAMM cuba gambarkan dalam kempen #SudahlahMahathir, kempen ini mensasarkan perubahan sistem bukan sekadar perubahan individu. SAMM menegaskan hanya menjatuhkan Najib dan menaikkan seorang lagi PM ikut tunjuk Mahathir tidak membawa erti apa-apa selain menyambung kesengsaraan rakyat.
SAMM dalam masa yang sama dengan tegas mencadangkan Kerajaan Peralihan (Caretaker Government) ditubuhkan bagi mengganti kerajaan sedia ada. ‘Caretaker Government’ ini merupakan satu kerajaan sementara yang terdiri daripada anggota Dewan Rakyat merangkumi wakil-wakil daripada kesemua Parti Politik yang ada di dalam Dewan tersebut.
Kerajaan Peralihan ini akan beroperasi mengikut tempoh masa yang sesuai bagi tujuan menyelesaikan beberapa perkara yang mendesak. Tempoh masa yang dicadangkan adalah 18 bulan. Selepas itu, Kerajaan Peralihan ini wajib membubarkan Parlimen dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih sebuah Kerajaan yang baharu.
Dalam tempoh masa Kerajaan Peralihan ini, SAMM menggariskan beberapa perkara yang dilihat agak kritikal untuk dirombak semula supaya Malaysia dapat diletakkan ke landasan yang sebenar. Sila ke pautan http://anakmudamalaysia.com/2015/08/rethinking-merdeka-negara-perubahan/ (Rethinking Merdeka – Kerajaan Perubahan) untuk maklumat selanjutnya.
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Wednesday, August 12, 2015

Istihar harta ?

posting FB 7 September 2015

Adusss pegawai bank ni dh mcm cikgu disiplin masa zaman sekolah dulu dulu plak... main call rumah cakap dgn mak...
Mak baru dtg rumah td bg tau peg. Bank call nak cakap dgn mak atau bapa Badrul Hisham sebab hutang kridit kad tak bayar dh 3 bulan... adusss.. sian omak sey maghin cikgu call bgtau anak eh bogumpa kek sekolah...ni bank lah tipun... adoii
Orang sibuk istihar harta sey pun nak istihar harta lah ... hahaa leh dapek zakat lopeh ni...
Tanggungan :
Sewa rumah RM300 sebulan (hangpa bayanglah rumah di Seremban dgn harga ini) nak beli umah pun xmampu..ni pun dh sebulan tertunggak tp takpa ni rumah mak sedara jadi lambat lagi nak kena halau.
hilux (sejak tahun 2013) RM900 sebulan ansuran pakai nama org lain sebab bank tak lulus loan. Setengah dari bayaran bulan ada penyokong bayar dh 2 tahun dah...alhamdulillah bayaran kemaskini
Kereta citra (sejak 2008) RM500 sebulan.. ambank ni sangkut dh 3 bln.. keta ni kes hilang bulan puasa lepas sampai now insuran diam..**sapa kawan2 yg kena insuran alliance leh pm kalau leh bantu
Kridit kad leh cek sey pakai kebanyakan utk urusan minyak utk ke sana ke sini bg prog ... 2 kali print bahan edaran pakai kridit kad gak.. RHB RM21k citibank RM19k... bayaran minima bulanan RM2k satu kad dh 2 bln tak bayar
Personal loan citibank Rm20k dah bayar 25%.. ini bulanan rm700 dh sebulan tertunggak ... duit ni utk siapkan pejabat PAGER utk pusat latihan SAMM dan sekutu.. hampir tiap minggu aktif digunakan.
Sewa PAGER (2 tingkat) setakat ni alhamdulillah dh 4 bulan bayaran kemaskini
Bil bil PAGER api air dan internet lebih kurang RM300 sebulan dh sebulan tertunggak
Setelah siap ni nilai ubah suai dan karpet,aircond,lampu,komputer,tv,p.a sistem serta perabut dlm pejabat PAGER ni leh dinilai dgn sekurang kurangnya RM60,000
Dalam masa tu perbelanjaan keluarga turut dikira bil bil rumah astro,api,air,intetnet lebih kurang RM 350 sebulan.. bil rumah baru sebulan tertangguh
Utk makan minum pakai sebulan ada dlm RM800 utk rumah diperlukan..itupun anak2 dh didik utk jangan minta2.. makan direstoran cuma boleh sebulan sekali.
Yuran sekolah anak sulong di Sri Seremban RM300++ dia ke sekolah tak bawa belanja sebab bawa bekal ... belanja atas dia semuanya lebih kurang RM600 sebulan termasuk tuisyen, kelas karate dll
Anak kedua doktor saran utk hantar ke tadika keperluan khas krn mild autisme yg dh 5 bulan dimana yuran sebulan RM1300 (termasuk ubatan)
Akaun peribadi ....ASB ada RM315.. maybank ada RM17.. akaun hong leong RM200..
Akaun syarikat ACK (buat trading) RM4,000 , akaun CB Farm (sykt tak aktif sebab banjir musnahkan kebun minta bantuan kerajaan negeri/jabatan pertanian xdpt maybe sebab pembangkang) RM1100
Utang dgn individu RM 17,000 dan RM25,000
Hutang ini saya tanggung dan bayar sikit2 sebab perniagaan yg disaran oleh kawan2 yp last2 kawan tu lari tp oleh kerana latihan hidup berjuang ni saya tetap berpegang janji dan bayar ikut kemampuan...
Hutang kedai printing banner di Seremban RM500 masih tertunggak
Perbelanjaan sey sendiri mcm biasalah kadang2 ok kadang tak ok... tu yg bila duk ramai2 kadang2 sey tak order apa2 masa xada duit sebab segan ... tak siapa tahu sey sampai skang minyak habis benda biasa ...beli minyak rm10 tu pun biasa hahaha
Azif setiausaha Koop sekarang dan Zam yg masih sudi bantu saya secara peribadi saya bagilah seratus dua sebulan... dulu dua org yg bantu saya dpt juga bagi bulanan ... tp secara lebih kurang saja.. tp kini cuma mampu token seratus dua sebulan saja.. Alhamdulillah mereka dua ni antara yg faham dan setia...
Orang hutang saya ada bbrp orang dalam jumlah RM50,000 tp tak tahu lah bila depa nak bayar ... duit jamin di mahkamah yg saya jaminkan komrad samm dan sekutu membawa jumlah RM45,000 tak tahulah bila kes2 tu nak selesai...
Pendapatan saya dari sumber perbagai menjual brg2...org upah tanam pokok saya tanam pokok...org upah suruh hantar brg saya hantar barang... org upah minta urus barang2 utk shipment ke luar negara saya buat juga.. seluar baju tudung saya jual juga... tak kira siang malam hujan panas sejak dari dulu saya beginilah tp saya tak pernah mengeluh dan terus berjuang... saya bangga tak ada sebutir pasir pun saya ambil dari kemenangan rakyat ini... tapi tidak nafi tanpa saya minta ada seorang dua rakan pemimpin pernah secara senyap membantu ...walaupun jumlahnya kecil tp ia amat bermakna sebagai tanda ingat...
Dalam pada masa yang sama saya juga tak boleh kata tidak utk terus siapkan keperluan SAMM utk terus berprogram dan menjalankan aktiviti.... Allah didik hati ni walau susah bila jumpa org susah kita kena bantu org dulu
Doakan saya tak dilanda kecemasan atau bencana... doakan saya terus kuat berlawan tanpa kompromi prinsip walaupun tidak porpular.... doakan anak2 saya sihat dan dipelihara...
Saya xkaya utk saya bagi duit kpd perjuangan tp sejak saat langkah dlm perjuangan 1998 ..
Saya korban masa depan dan semua saya ada...
Alhamdulillah saya Allah tak beri harta dlm berjuang tp Allah beri saya sekumpulan manusia yg setia utk jadi adik beradik saya yg meletakkan kepercayaan berjuang bersama... SAMM kita lahirkan sebagai wadah bersama...
Bukan semua org faham.. tak faham takpa jgn fitnah dan menyusahkan sudah...
Maaf menyusahkan anda baca panjang2 ini... saya tak mengemis dan lihatlah saya tak susah sebab saya terus tersenyum... saya cuma perlukan doa ikhlas anda...
...........................................................................
posting status FB 12 Ogos 2015

Ni 4 sms reminder yg diterima Isnin dan Selasa... 2 kridit kad dh bar... cash loan dan hutang kereta... mujur rumah sewa ni mak saudara sendiri punya

Itu belum masuk kena bayar juga 3 hutang yg pinjam duit org utk buss yg kawan baik cadangkan tp last kena tipu....lepas kena tipu kawan tu pun anggap kita mcm musuh....tp aku tetap xlari sebab hutang dunia kena bayar....

RM0.00 Private&Confidential.Your Citibank loan no XXXXXXXXXXX861 is due for pymt. Kindly remit pymt immediately.Pls disregard if you have paid. Thank You

RM0.00 P&C:Yr Citibank Credit Card no ending with XXXXXXXXXXXX0799 is overdue with amt RM845.06 as at 10-Aug-15.Pls call us@03-23834596.Disregard if pymt has been made

RM0.00 Your RHB Credit Card is overdue.Pls make payment immediately/call us at 0327763111.Pls disregard if payment has been made. TQ

RM0.00 Kindly note,yr Ambank Hire Purchase is overdue. Kindly remit pymt. Disregard SMS if pymt made. For Info: call,0320546688,banking hrs only.TQ

Walaupun begini sumpah aku pd perjuangan tak pernah lari... nak belanja makan pun kadang miss tp utk pastikan SAMM terus melangkah tetap menjadi keutamaan... pej. SAMM, tiap kali prog. Akan dipastikan tidak gagal....
Status ni bukan nak minta simpati jauh nak kutip derma tp gua nak bagi ingat kat semua... aku xhidup dengan kencing org... ambil upah... aku ada maruah dan perjuangan ini aku kayuh selagi xrebah...
Sejak 1998 aku xpernah spt apa dr perjuangan walau sebiji pasir tp aki xpernah kesal... aku hanya puas bila tanah air ini merdeka !
Aku tak salah sesiapa sebab bukan semua boleh paham termasuk yg paling dekat sekali
ALLAH xbagi aku harta ...malah hadapi kezaliman dan penindasan dlm perjuangan tp aki syukur krn ALLAH beri aku adik beradik komrad SAMM yg susah senang bersama

Monday, August 10, 2015

Resolusi Rapat SAMM 03/2015

Kenyataan Media
10 Ogos 2015

RESOLUSI SAMM 03/2015

Hari ini (9 Ogos), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat Kebangsaan Kali 03/2015 yang menghimpunkan seramai 50 orang aktivis SAMM yang terdiri dari Pengarah Segmentasi, Penyelaras Negeri dan Kawasan dari seluruh negara. Dalam rapat kali ini, SAMM telah sepakat untuk menetapkan Resolusi SAMM seperti berikut :

1.   Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memilih untuk tidak bersama dalam mana-mana gerakan yang terarah menyerang individu semata-mata. Berdasarkan pengalaman keterlibatan SAMM ketika berada di barisan hadapan menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri terdahulu.

Jika kita akui pendedahan WSJ itu betul maka, wang yang masuk itu adalah untuk urusan dana Pilihanraya UMNO-BN, rejim ini telah melakukan kesalahan akta Pilihanraya Malaysia dengan perbelanjaan berlebihan had dengan sumber yang haram. Untuk mendepani ini Kerajaan harus dibubarkan dan diambil alih oleh sebuah ‘caretaker govt.’ yang dianggotai oleh semua parti politik untuk tempoh masa maksima 18 bulan. Dalam masa itu ‘caretaker govt’ ini seharus mendepani krisis kewangan, krisis kepimpinan yang didepani negara kini.

Perlu ada pengukuhan dalam merombak undang – undang bagi merobah sistem yang rosak dan mudah dimanipulasi selain dari mempersiapkan Negara untuk ada sebuah pilihanraya yang bebas dan adil. Percaya dan yakinlah ahli politik yang berfikir pendek dan korup pasti tidak akan bergerak ke arah penyelesaian tuntas ini. Mereka pasti lebih selesa bekoalasi dengan siapa saja hanya kerana kuasa. Maka inilah masa masyarakat sivil bertindak. Perlu ada gerakan besar – besaran mendesak agenda besar ini. Bukan sekadar berhimpun untuk menurunkan individu semata – mata.

Kempen #sudahlahMahathir akan diteruskan, Mahathir punca kecelaruan dalam negara ini dan kempen ini mensasarkan perubahan sistem bukan sekadar perubahan individu. SAMM tidak sama sekali membela Najib tetapi menegaskan hanya menjatuhkan Najib dan menaikkan seorang lagi PM ikut tunjuk Mahathir tidak membawa erti apa-apa. Ingat Kita pernah menjatuhkan Abdullah bersama Mahathir dan Mahathirlah yang berkeras menunjukkan Najib sebagai PM walaupun ada bantahan keras dari rakyat. Akhirnya Abdullah di serang Mahathir kerana gagal menjadi boneka sebegitu juga Najib diserang Mahathir kerana gagal menjadi boneka.

2.     SAMM juga berpandangan perubahan itu harus muncul dalam keadaan lebih jelas dan divisualkan bukan sekadar retorik menumbangkan regim lebih lagi hanya individu semata tetapi ia perlu terarah kepada perubahan sistem. Maka, SAMM bersedia mengeluarkan Blueprint “Kerajaan Perubahan” yang akan menyebut secara jelas pindaan undang – undang dan perlembagaan seperti berikut :
  • ·         Perubahan Sistem Pilihanraya
    • persempadanan yang adil
    • kawasan lokaliti tanpa pengundi luar dan seumpamanya.
  • ·         Dana Politik
    • bukan bergaduh siapa nak dedah dahulu seperti kanak - kanak tetapi perlu bentang segera di Parlimen dan biar rakyat lihat siapa tolak
  • ·         Jawatan Perdana Menteri dan semua Ketua Negeri dihadkan kepada
              maksima dua penggal sahaja
  • ·         Kebebasan Media
    • tiada wujud media bebas (sama ada media pro regim atau pro pembangkang) tetapi yang perlu ada ialah kebebasan mewujudkan media
  • ·         Semua suruhanjaya diletakkan di bawah parlimen dengan method
              pemilihan anggota yang lebih demokratik. Ini turut melebar kepada
              Peguam negara, Ketua Hakim dan seumpamanya.
  • ·         Pilihanraya Kerajaan Tempatan

Blue Print ini juga akan jadi asas kepada tuntutan kerajaan baru yang terbentuk. Ia akan diserahkan kepada semua ahli parlimen sebelum sidang parlimen akan datang. Kesempatan krisis dalam negara hari ini perlu di ambil kesempatan bagi mengenengahkan idea kukuh negara pembaharuan.

3.  SAMM secara jelas tidak akan bersama dalam perhimpunan BERSIH 4 selagi pihak BERSIH masih meletakkan individu sebagai sasaran. BERSIH sepatutnya menilai perlawanan sebenar iaitu keabsahan pilihanraya ke 13 apabila dilaporkan sumber dana pilihanraya Barisan Nasional melebihi had yang dibenar. Tumpuan seharusnya masih kepada ‘reform’ sistem dan proses pilihanraya itu sendiri. Jangan apabila sudah dekat atau selepas PRU baru sekali lagi bising kerana penipuan SPR.

4. Gerakan progresif atau pun pembangkang di Malaysia seharusnya menumpukan untuk mewujudkan satu pakatan politik yang kuat dan menyakinkan. Dalam keadaan regim yang lemah khususnya kerana faktor pergaduhan Mahathir yang menyerang Najib, peluang terbuka luas tetapi gerakan progresif atau pembangkang jangan hanya menangguk sokongan kerana kelemahan dan pergolakan dalam regim. Dengan perkembangan semasa kekecewaan rakyat terhadap regim makin tinggi tetapi persoalan penting adakah rakyat yakin untuk menyerahkan negara ditadbir oleh gabungan politik yang goyah. Cabaran kini bukan menyerang individu, regim harus diserang secara keseluruhan dan pakatan politik yang ampuh dan menyakinkan harus dipersiapkan. SAMM terus komited bersama dengan gerakan progresif negara dalam menumbangkan regim kerana ia merupakan pintu ke arah negara perubahan.

DAP menolak PAS (Hadi) dengan menerima Harapan Baru sebagai rakan sepakat. PKR secara gagal menyatakan pendirian secara pastinya tetapi kebanyakan pimpikan kanan mesra malah hadir program Harapan Baru. Di Selangor, Menteri Besar PKR pula kelihatan lebih pro PAS (Hadi). DAP memberikan amaran lebih sebulan lepas kononya beri masa hingga selepas raya untuk Menteri Besar Selangor memilih untuk bersama PAS ataupun DAP, namun hingga kini senyap pula semula. Jangan rakyat bosan dengan ini semua dalam kekecewaan kepada regim Umno - Bn.

5.   Rapat ini telah meluluskan modul sekolah politik SAMM. SAMM telah sedia dan telah menyusun sebuah sekolah politik yang akan dijadikan medium latihan dan pengukuhan idealisme setiap aktivis. SAMM juga mengumumkan akan menganjurkan ‘Konvensyen Anak Muda’ yang melibatkan wakil anak muda rentas segmentasi dan juga rakan-rakan sekutu dari negara serantau. SAMM juga telah mengaktifkan rangkaian serantau. Bermula Sept 2015 SAMM akan mula menghantar aktivis untuk sesi latihan aktivisma di beberapa negara tetangga.

5.  Meminta semua sekutu bersedia untuk satu himpunan  'Hari Rakyat' pada hujung tahun 2015.

CHE’GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

fB : Badrul Hisham Shaharin
fan page fb : cheGubard

Web rasmi SAMM : www.anakmudamalaysia.com

fB rasmi SAMM : Solidariti Anak Muda Malaysia