Rapat SAMM Kebangsaan (Pengurusan)
5-6 Oktober 2012, Sekinchan Selangor
Rapat SAMM Kebangsaan (pengurusan) masuk siri ke-3 untuk tahun 2012. Rapat SAMM Kebangsaan kali
ini akan dianjurkan oleh SAMM Selangor dan dijangka akan menerima
kunjungan delegasi dari seluruh negara termasuklah dari kolum baru SAMM
Parit Buntar.
Rapat kebangsaan sebelum
ini di Penanti, Pulau Pinang banyak mendatangkan hasil apabila SAMM di
semua negeri bergerak hebat menganjur pelbagai program kemasyarakatan
setempat mahupun program kebangsaan.
Walaupun memasuki bulan Ramadhan, seluruh negara digegar dengan nama
SAMM di mana setiap SAMM negeri memainkan peranan menganjur pelbagai
program. Kemuncaknya, SAMM dilihat sangat berjaya dalam penganjuran
Sambutan Ambang Kemerdekaan Janji Demokrasi dan himpunan rakyat itu
berlangsung tanpa sedikitpun penglibatan parti politik, ia adalah
himpunan rakyat, ia juga himpunan anak muda dan SAMM menerajuinya.
Pertembungan besar bakal berlaku bagi mengharungi detik reformasi dan
revolusi Malaysia baru. Percayalah samada regim yang zalim itu tumbang
ataupun bertahan, revolusi tetap berlaku dan ia hanya dipisahkan oleh
suatu detik iaitu pembubaran parlimen. Di manakah SAMM dan apakah
peranan SAMM ketika krisis memuncak, inilah masanya untuk sama-sama
menentukan.
SAMM perlu bukan sahaja dilihat kuat sebagai peneraju anak muda,
tetapi SAMM perlu menjadi sandaran terpenting bagi anak muda meletakkan
harapan dalam menyelamatkan negara ini. Rapat kebangsaan ini terpanggil
bagi meletakkan SAMM ke landasan paling tepat dan perkiraan ini adalah
terhasil dari resolusi terbaru oleh kelompok terbaik komrade SAMM.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment