Tuesday, November 25, 2008

Kongres KeADILan kongres terbesar raikan kemenangan rakyat

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) akan menganjurkan Kongres Tahunan pertama selepas kemenangan terbesar kuasa rakyat pada 8 Mac lepas. Kongres Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 November ini adalah kongres terbesar dan bersejarah untuk meraikan kemenangan rakyat. Kongres di Stadium Melawati ini akan menjadi himpunan perpaduan terbesar rakyat Malaysia.

Seramai tidak kurang dari 4,000 perwakilan dan pemerhati dijangka menghadiri Kongres ini dan tidak kurang dari 20,000 orang akan menghadiri ucaptama Saudara Anwar Ibrahim pada 29 November jam 8.00 malam di Stadium Melawati, Shah Alam.

Perbagai isu akan digarap dan dibahaskan termasuk isu 16 September, isu bahasa, ekonomi dan prestasi pentadbiran kerajaan PR khususnya Selangor.

Seluruh rakyat Malaysia juga dijemput sebagai pemerhati 'umum' untuk mengikuti kongres tersebut.

Gerai Rembau di Karnival Rakyat

Seiring dengan itu akan diadakan satu Karnival Rakyat. Selain dari gerai jualan dan pameran, Karnival Rakyat yang diadakan di luar stadium sepanjang kongres berlansung turut menampilkan persembahan kebudayaan perbagai etnik dalam negara ini.

Bahagian Rembau akan membuka sebuah gerai dalam karnival tersebut. Semua dijemput ke Gerai Bahagian Rembau. Pengunjung ke gerai akan disajikan Pameran bergambar yang mengenengahkan aktiviti keADILan di Rembau. Turut diadakan ialah jualan amal. Di mana hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada Pusat Khidmat Rakyat Rembau bagi menampung aktiviti bantuan dan kemasyarakatakan yang sememangnya menjadi teras utama aktiviti keADILan di Rembau.

Perbagai barangan boleh didapati dengan harga lebih murah dari pasaran seperti 'Butterfly Masagger', Jus Manggis, Tshirt Reformasi dan perbagai cenderahati. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan Pakaian Terpakai, Alat Permainan Terpakai, peralatan sekolah (beg, kasut dan buku) juga boleh berbuat demikian di gerai tersebut. Barangan tersebut untuk disalurkan kepada mereka yang benar - benar memerlukan.

Politik perkauman sedang dibakar !!







satu peristiwa ketika kumpulan itu berarak berjalan keluar dewan menghalang lalulintas untuk berarak ke Balai Polis membuat laporan polis. baca gambar dari bawah
  1. tiba - tiba muncul seorang wanita cina yang kelihatan berleter....maki - maki Melayu, wanita ini di iring oleh Polis untuk ke kenderaannya.
  2. dalam keadaan jalan elok - elok, bila dah ramai kamera termasuk kamera TV tiba - tiba dia lari, maka ia kelihatan satu 'provok' untuk peserta perhimpunan mengejarnya
  3. satu penampar hinggap ke mukanya oleh peserta perhimpunan
  4. terus dia tersungkur jatuh dan kemudian lari ke keretanya. Pelik bagaimana dia boleh letak kereta dalam keadaan jalan besar tersebut dan berada di jejantas tanpa keretanya disaman polis
  5. 1000 peserta perhimpunan (ikut kata utusan Malaysa la... tapi tengok sendiri ada 1000 ke?) terus berjalan semual ke Balai Polis.
-------------------------------------------------
Walaupun perhimpunan PEWARIS hujung minggu lepas tidak sebesar mana (cuma Metro kata 500 orang tapi Utusan 1000 orang) dan ada antaranya hadir kerana dibayar, namun ia tidak harus dipandang sebelah mata. Bukan kerana keberkesanan dan kesungguhan perjuanganya tetapi kerana ia merupakan permulaan s atu cetusan konflik perkauman yang lebih besar.

Baru bertemu dengan beberapa teman dari dalam Umno mereka telah mendedahkan mengenai taktik Umno untuk mengembeling semula sokongan orang Melayu ke dalam Umno.

Umno dan Bn akan menggunakan stategi yang sama wujudkan keadaan tertekan (tension) dan rasa tidak selamat antara kaum dengan harapan semua kaum akan kembali semula ke kepompong politik perkauman. Melayu akan berpayung semula dengan Umno, Cina akan kembali semula kepada MCA dan India kepada MIC.

Telah dirancang proses 'drumming up' terlah bermula. Melayu akan diberikan presepsi bahawa hak semakin hilang kerana cina dan India yang dikatakan kaum pendatang sedang merampas hak Melayu. Himpunan - himpunan provokasi telah bermula dan sedang rancak dirancang untuk ke seluruh negara. Tekanan yang dirancang ini akan dirancakkan apabila selesai pemilihan agong Umno. Ini juga berkait rapat untuk memberikan tekanan kepada Abdullah Badawi untuk menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Setakat ini Abdullah cuma umum tidak bertanding Presiden Umno tetapi tidak mengatakan akan mengosongkan jawatan PM.

Rakyat Malaysia diminta bertenang dan berfikir dengan waras. Kepada orang Melayu fikirlah dengan matang jangan terbakar tak tentu hala dengan sentimen yang dibakar. Memang diakui melalui banyak kajian ilmiah bahawa kaum Melayu tertinggal di banyak segi dan banyak hak Melayu telah terhakis.

Hak Melayu bukan dijamin DEB atau apa parti tetapi hak Melayu dari segi Agama Islam, Bahasa dan kaum telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Memang telah terhakis kerana perlembagaan yang menjamin hak Melayu ini telah beberapa kali dipinda.....yang meminda bukan keADILan atau DAP....kerana parti ini tidak pernah menikmati 2/3 kuasa dalam parlimen Malaysia. Tetapi Umno / Bn lah yang sering mendapat 2/3 kuasa dalam parlimen dan merekalah yang meminda perlembagaan yang menghakis hak bangsa..... Pemimpin Umnolah pengkhianat sebenar bangsa.

Kita bising kerana 3-4 keping papan tanda yang nak dimasukkan perbagai bahasa (termasuk bahasa jawi) tetapi bagaimana dengan perlaksanaan pengajaran sains dan matematik yang mengenepikan peranan bahasa Melayu di sekolah yang jelas melanggar akta pendidikan yang menyatakan semua sekolah dan institut pengajian tinggi seharusnya menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar (akta Pendidikan seksyen 17)

Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa Melayu sedang hilang nilai intelektualnya. Ia sudah mula dipinggir sebagai bahasa ilmu, dalam ekonomi sudah kurang sangat ia dipertuturkan. Ia hanya menjadi bahasa pasar. Ini cukup menghina tetapi dimana pendirian PEWARIS atau pertubuhan 'pelambau perkauman' ini.

Korea Selatan mampu maju dengan bahasa sendiri, malah pelajar asing yang belajar di negara mereka dipaksa mempelajari bahasa Korea. Sebaliknya di negara kita pensyarah dipaksa bertutur dalam bahasa pelajar asing yang datang. Nilai bahasa dilihat dari jumlah pertuturnya dalam dunia. Mana kedudukan bahasa Melayu....?

Melayu ketinggalan dalam banyak segi ...? Salah siapa bukankah selama ini Umno yang berkuasa dalam negara ..... ?

Monday, November 24, 2008

Anti ISA di belasah, pro ISA di benar


Semalam merupakan hari jelas bagi menilai tahap demokrasi Malaysia. Siangnya sekumpulan kononya merupakan gabungan beberapa pertubuhan Melayu - Islam telah berkumpul di sebuah bangunan yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kumpulan ini kononya membincangkan mengenai survival masa depan Melayu. Secara beremosi (tanpa permit) mereka telah keluar dari dewan persidangan berarak di jalan raya menuju ke Balai Polis berhampiran untuk membuat beberapa laporan polis berkenaan beberapa isu yang mereka nilai menghakis hak Melayu.

Ketika ditengah jalan dua kali kejadian anak - anak muda (ada yang diupah) dalam keadaan emosi melemparkan kata kata kesat dan mengancam beberapa orang bukan melayu yang ditemui. Namun polis bersikap begitu profesional dengan mengawal keadaan, lalulintas dan menasihat sahaja.

Paling menarik ialah kumpulan ini menjerit dan memakai baju kekalkan ISA kerana ISA menjaga hak Melayu ... Kumpulan ini hanya kononya terdiri dari NGO tanpa berani mengatakatan melibatkan mana - mana parti politik. Mungkin parti politik perkauman tak berani mengaku bersama kerana takut hilang undi.

Malamnya sekumpulan yang lebih besar lagi dari kumpulan siang tadi dinaungi oleh pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang bergabung di bawah Gerakan Mansuhkan ISA mengadakan perhimpunan di Padang MPAJ, Pandan. Malangnya ratusan polis dikerahkan ke lokasi untuk menggagalkan program yang diadakan. Malah 9 orang telah ditangkap dan puluhan lagi peserta dikasari oleh Polis.

Tindakan Polis ini amat dikecam.

Kepada kumpulan yang kononya memperjuangkan Melayu dibenar walaupun penuh emosi tetapi Majlis yang lebih terancang bersama semua rakyat Malaysia tanpa kira latar belakang dihalang.

Kongres Nasional 2008

Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat

29 November 2008 (Sabtu)

Dewan Persidangan 9:05 pagi
Bacaan Doa
9:15 pagi
Ucapan Setiausaha Agung
9:22 pagi
Persidangan dimulakan
9:23 pagi
Pembentangan minit mesyuarat Kongres Nasional Tahunan 2007, Laporan Tahunan bagi tahun 2007, Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2007
Lobi VIP 9:45 pagi
Ketibaan Para Jemputan Khas dan Ketua Umum
Dewan Persidangan 10:15 pagi
Ketua Umum dan para Jemputan Khas

masuk ke Dewan Persidangan


Persembahan Multietnik
10:35 pagi
Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis
10:38 pagi
Ucapan Alu-aluan Menteri Besar Selangor
10:50 pagi
Ucapan Dasar Presiden

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

11:47 pagi
Persembahan Video Dokumentari Khas

Permatang Pauh

11:51 pagi
Ucapan Pimpinan
12:31 pagi
Ucapan Ketua Umum DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ruang Jamuan 1:15 petang
Makan Tengahari/Solat Zohor
Dewan Persidangan 2:15 petang
Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden
Ruang Jamuan 4:15 petang
Jamuan Teh/Solat Asar
Dewan Persidangan 4:45 petang
Sesi Perbahasan Ucapan Dasar Presiden disambung
6:45 petang
Persidangan ditangguh
Dewan Persidangan 9:00 malam
Ceramah Pimpinan Parti & Ketua Umum

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


30 November 2008 (Ahad)

Dewan Persidangan 9:00pagi Perbahasan Usul-usul
Ruang Jamuan 12:30 petang Makan Tengahari/ Solat Zohor
Dewan Persidangan 2:00 petang Penggulungan dan Ucapan Penangguhan
4:00 petang Persidangan Ditangguh

Sesi orang awam

29 Nov 10 pagi - 1 petang Perasmian Kongres Dewan Persidangan
9 malam - 11 malam Ceramah Ketua Umum
28-30 Nov 10 pagi - 10 malam Karnival Rakyat Perkarangan Stadium Malawati

Sila rujuk suarakeadilan.com dan keadilanrakyat.org untuk maklumat selanjutnya.

Saturday, November 22, 2008

Rakyat mengayuh perubahan



Pada 15 Nov. lepas telah diadakan satu sidang media Pelancaran Kempen "Rakyat mengayuh perubahan". Program ini anjuran JERIT ini akan mengandungi aktiviti berbasikal dari Kelantan, Perlis dan Johor menuju ke Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan akan diadakan kempen edaran risalah, ceramah dan aktiviti kebudayaan untuk memberikan fokus semula terhadap permasalahan utama rakyat.

sila klik untuk baca lanjut

Thursday, November 20, 2008

Mereka mangsa dunia kapitalis yang kejam

cheGuBard tidak pernah bersetuju dengan apa yang mereka lakukan iaitu menjadikan orang awam yang tidak bersalah korban. Namun jauh disudut hati terdetik juga mereka ini adalah menifestasi atau sikap seperti ini lahir dari kebejatan , kezaliman dunia kapitalis yang kejam hari ini.

Alfatihah buat mereka....

Berikut ialah surat / nota terakhir sebelum mereka menjalani hukuman mati....baca dan hayatilah...


Wednesday, November 19, 2008

Diskaun tol 10%

Semalam Menteri Kerjaraya umumkan PLUS berikan diskaun kepada kenderaan kelas 1 diskaun 10% kepada pengguna dari jam 12 tengahmalam - 7 pagi.

Komen che'GuBard
  • segala penurunan harga bagus untuk rakyat dan disambut baik
  • cuma diakaun macam lawak kerana tempoh masa yang diberikan
  • kerana tempoh masa itu mungkin akan ramai bergegas untuk bergerak malam maka kesanya ramai pemamdu mengantuk dan mengakibatkan kemalangan yang lebih banyak. Kedua kesanya ialah kadar produktif rakyat mungkin berkurang kerana terpaksa mengejar perjalanan lewat malam dan awal pagi.
  • diskaun harus diberikan pada masa puncak khususnya perayaan kerana PLUS gagal menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna pada waktu itu.
  • diskaun cuma 10% pada ketika rakyat sepatutnya tidur lena tetapi PLUS terus membuat keuntungan dengan kadar kenaikan 10% saban tahun dan jika tidak naik kepada rakyat kerajaan harus bayar juga dengan wang rakyat....??

Majlis fatwa dicabar keluar fatwa mengenai ISA, rasuah dan isu - isu besar negara

pic - gambar hiasan semata - mata

Majlis Fatwa Kebangsaan kembali mendapat perhatian. Bermula dengan pengharaman lelaki berpakaian wanita dan kemudian mungkin yang terbaru nanti Yoga bakal diharamkan.
Bukan tak bersetuju dengan pengharaman tersebut tetapi bukankah dalam agama itu ada konsep mendahulukan sesuatu berdasarkan kepentingan.
Satu soalan buat anggota Majlis Fatwa adakah Yoga lebih mengancam 'daulah' dari rasuah. Mengapa tidak ada fatwa yang mengharamkan rasuah. Rasuah sudah menjadi darah daging kini. Orang Islam tidak lagi melihat rasuah dengan jijik. Jika tersentuh sikit babi maka mengamuklah kita sampai tak ingat tetapi bukankah kejadian tersentuh babi itu melibatkan individu sebaliknya rasuah yang mampu meruntuhkan daulah dilihat dengan biasa - biasa sahaja.
Majlis Fatwa Kebangsaan dicabar gubal fatwa mengenai Rasuah, ISA dan banyak isu besar lagi untuk terus dilihat relevan dalam masyarakat. Jika tidak ia hanya dilihat sebagai sekumpulan orang tua yang pandai agama memberikan tafsir hukum berdasarkan zaman yang sudah lepas.
Islam perlu dilihat berani !! Islam perlu dilihat lengkap sebagai panduan dalam mengendali negara. Islam tidak seharusnya dilihat hanya mampu buat keputusan dalam isu ranting atau nikah, kahwin, cerai dan mati sahaja. Jika Majlis Fatwa tidak berubah mereka penyumbang kepada terciptanya persepsi buruk terhadap Islam.
Dalam isu wanita kelihatan seperti lelaki ..... apa maksudnya ? Mana manual tafsiranya ? Adakah selepas ini ribuan anak gadis yang memakai seluar, kemeja dan barret berkawad dalam khidmat negara akan didapati bersalah bersesuaian dengan keputusan majlis fatwa wanita kelihatan seperti lelaki ....?
Fatwa pengharaman meletakan kalungan bunga di tugu negara juga sehingga kini masih tidak mampu mengubah ritual penyembahan yang diketuai oleh Presiden Umno saban tahun ketika hari Pahlawan.
Kepada kumpulan yang kononya bangkit menentang fatwa majlis fatwa ini....nasihat che'GuBard jangan buang masa hendak bergaduh dengan kumpulan warga tua yang semakin hilang relevensinya di tengah masyarakat.

kita harus fahami AEM ...perkasa rakyat !!

Alhamdunillah sedikit reda setelah seminggu lebih kecoh isu kuota rumah bumiputera 50% di Kedah. Isu ini kecoh apabila Menteri Besar Kedah umumkan kuota 50% Bumiputera akan dilaksanakan bagi projek perumahan di Kedah.

Isu ini pula mendapat lebih perhatian apabila wakil DAP di DUN Kedah menyatakan kesediaan untuk keluar dari Pakatan Rakyat di Kedah jika dasar ini diteruskan. Makin panas apabila MCA juga turut menyatakan bantahan. REHDA (persatuan tauke binaan) juga turut membantah. Sebuah NGO Melayu tempatan menyokong. Seperti biasa Umno selaku parti alat kepada tauke pasti sanggup meninggalkan sikap ekstrim Melayu mereka dalam isu ini Umno melalui Najib Tun Razak turut tak sokong kuota lebih kepada Melayu.

Kerajaan Kedah bangun semula menerangkan bahawa kuota 50% bumiputra hanya wajib ke atas projek yang dibangunkan atas tanah bekas rizab Melayu yang di 'swap'.

Apapun isunya bagi che'GuBard kita masih gagal memahami aspirasi Reformasi Pakatan Rakyat. Kita menang kerana janji keadilan untuk semua dan membantu rakyat susah. Sebarang bantuan atau subsidi seharusnya tidak berdasarkan ras ia harus berdasarkan kelas dan kedudukan massa tersebut.

Memang diakui majoriti rakyat yang susah kini ialah Melayu dan Bumiputera. Maka apasalahnya jika bantuan diberikan kepada rakyat susah maka sudah tentu automatik Melayu akan terbantu. tetapi sebaliknya jika bantuan diberikan kepada Melayu apa jaminan ia tidak terus disedut oleh segelintir Melayu yang sememangnya kaya dan mewah dan terus meninggalkan majoriti melayu susah untuk terus susah tetapi senyum kerana mimpi indah janji kerajaan menjaga Melayu.

Fikirkanlah.............

Demonstrasi bogel .....

pic - gambar kenangan dari 1998


Nampaknya kecoh juga mengenai demonstrasi bogel yang kononnya bakal diadakan untuk menghalang kenaikan sewa rumah rakyat miskin di Selangor.

Ada kumpulan yang menamakan diri mereka 'Reformis' telah mengadakan sidang media mengugut akan adakan demonstrasi bogel di depan Pejabat MB Selangor untuk tuntut jangan naikkan sewa rumah orang miskin.

Pada mulanya cheGuBard tidak hendak komen isu ini kerana tak kan ada orang di Malaysia yang berani buat demonstrasi bogel bulat....!!! tetapi terpaksa komen juga kerana ada terima banyak email dan sms yang tanya kaitan che'GuBard dengan kumpulan tersebut. Memang selama ini imej demonstrasi jalanan itu kuat dengan cheGuBard.... tetapi tak pernah che'GuBard mengaku diri ini reformis. Menginsafi Reformis atau Mujadid bermaksud perubah.... bukan sahaja mampu mengubah diri tetapi merupakan perubah zaman. che'GuBard tak sekuat itu cukup sekadar menjadi aktivis reformasi ...tentera perubahan. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan kumpulan yang dinyatakan.

Kumpulan Reformis ini memang ada antaranya che'GuBard kenali kerana pernah bersama di jalanan malah ada yang pernah dilokap atau digari bersama dan ada pula antaranya yang langsung tidak che'GuBard kenali (mungkin menjadi reformis lantang selepas 8 Mac).
Isu ini diberi perhatian media kerana ingin menunjukkan kononya wujud krisis antara (Tan Sri) Khalid Ibrahim, selaku Menteri Besar Selangor dengan kumpulan aktivis reformasi yang sudah berjuang sejak 1998 lagi.
Perkara ini tidak benar. Menghormati hak kumpulan yang menamakan diri mereka Reformis untuk menyatakan pendapat tetapi ia hanya kumpulan kecil dari aktivis jalanan yang bangkit sejak 1998.
Isu rumah orang miskin ini harus diteliti. Keputusan menaikan sewa ini telah diambil oleh kerajaan Bn masa Khir Toyo sebelum mereka tumbang. Oleh kerana ia merupakan keputusan yang telah diproses dan melibatkan kewangan PBT dan Negeri maka untuk mengelakan kenaikan amat susah. Namun setelah menyedari semua ini kerajaan negeri segera membuat kajian mengenai bagaimana untuk tidak membebankan rakyat.
Menyedari hakikat ada rumah untuk rakyat miskin ini telah disewakan kepada pihak ketiga. Ini berlaku kerana ketika proses agihan rumah untuk rakyat miskin ketika dibawah kerajaan Bn agihan telah dibuat secara tidak adil Ada mereka yang rapat dengan kekuasaan regim Bn turut dapat walaupun tidak layak. Mereka yang dapat ini telah punya rumah tetapi rumah rakyat miskin yang diperolehi disewakan kepada orang lain pula.
Satu makenisma yang baru harus diadakan untuk menyelesaikan perkara ini. Dana bantuan untuk rakyat miskin harus disalurkan kepada yang layak.
InsyaAllah menurut satu sumber dalaman kerajaan negeri dalam 2-3 bulan ini makenisma ini siap maka sistem sewa baru akan diperkenalkan. Harapnya bukan sahaja yang miskin mampu mengekalkan kadar sewa lama tetapi yang benar tidak mampu layak menerima penurunan kadar sewa dan yang mewah sehingga rumah rakyat yang diperolehi diberikan sewa harus dihukum sedikit.
Kesilapan Kerajaan Selangor ialah tidak memahami kepentingan untuk mengatasi propaganda politik. Seharusnya persatuan penduduk semua yang terlibat harus dipanggil dan diterangkan bahawa kenaikan ini ialah hasil buah tangan Regim Bn dan Kerajaan PR akan selesaikan dalam masa terdekat.
Kembali kepada kumpulan yang menggelar diri mereka Reformis, cheGuBard masih bersangka baik mungkin istilah berbogel itu menggambarkan kemiskinan sehingga tak mampu beli baju.... atau apa sahaja.... tetapi mengungkap kata - kata teman aktivis Reformasi Indonesia yang kini menjadi KOMNAS HAM RI, Nurcholis. Dia mengatakan sebagai aktivis reformasi anak muda harus segera berubah ikut sesuai zaman. Zaman Pasca reformasi (jalanan) kita tidak lagi dikira dengan kuat jeritan, berani berdepan belantan tetapi betapa kita perlu siap mengisi pentadbiran memperbaiki massa dan kerajaan. Yang berada dalam kerajaan harus bertindak yang berada di luar harus terus perkasa massa dan anjurkan sebanyak forum untuk ketengah masalah rakyat. Kritik perlu membina dan faham latar masalah bukan seperti dulu serah korban diri sanggup mati....................tetapi AWAS.... penguasa pula jangan cepat senang anak muda ini berubah demi massa tetapi siap untuk turun ke jalan semula.... kami tidak minat untuk ugut tetapi kami sedia membantu melaksanan.

Boikot Utusan !!!!!

foto - Bazuki

12 November lepas kecoh lagi mengenai pemimpin Pakatan Rakyat dan Media. Isunya ialah Menteri Besar Perak memadamkan gambarnya yang dirakam tanpa izin oleh Jurugambar Utusan Malaysia.

Ini bukan kali pertama masalah timbul antara pemimpin Pakatan Rakyat mahupun petugas Pakatan Rakyat dengan Utusan Malaysia. Malah utusan malaysia jugalah merupakan media yang sering kali dilihat menjadi tunggangan regim Bn untuk terus mengelirukan rakyat. Sebenarnya hampir semua media utama terkongkong dan diperalat regim tetapi Utusan dilihat begitu melampau dan seronok menjadi alat.

Pemimpin dan penyokong PR sering mengeluh mengenai perkara ini, namun jika terlalu sering kali mengeluh dan perkara yang hampir sama timbul lagi lebih lagi berkaitan kecuaian kita maka mungkin rakyat juga bosan dengan cerita sama.

Kita (PR-pemimpin dan penyokong) punya kuasa untuk mengubah keadaan. Gunakan kuasa pasaran. Suka diingatkan , bukankah kita sudah melaungkan Boikot UTUSAN Malaysia, tetapi setakat ini boikot ini kurang berjaya kerana tidak sepakat.

Jika tidak silap hanya Kerajaan Selangor sahaja yang mengeluarkan kenyataan boikot Utusan. Itupun hanya melalui kenyataan Setiausaha MB (YB Nik Nazmi), malangnya kita punya 5 negeri dan jika ke lima - lima negeri ini mengeluarkan kenyataan tersebut Utusan pasti gerun. Arah semua yang dibawah PR termasuk agensi di bawah kerajaan negeri termasuk anak syarikat angan adakan sebarang urusan dengan utusan, jangan iklan, jangan beli dan jangan jemput langsung. Letakkan label di mana - mana juga Utusan dilarang masuk.

Kemudian kita alihkan perhatian pasaran kepada akhbar yang sedikit terbuka seperti Sinar Harian. Beli dan iklan di akhbar tersebut. Sekurang kurangnya dengan wujudnya akhbar sinar ini institusi masyarakat setempat diperkasakan dengan adanya ruangan laporan tempatan yang banyak.

Pemimpin PR juga di ingatkan jangan pantang dijolok terus gila nak beri kenyataan....tanya dulu "Maaf saudara dari mana....kalau utusan maaflah kami dah serik !!..."

Lama kelamaan jualan dan pendapatan Utusan jatuh dan mereka terpaksa mengubah suai diri mereka atau regim terpaksa suntik terus modal tetapi sampai bila regim sanggup labur ke media yang mula tak dibaca orang ramai.... ini akan beri pengajaran pada media yang lain..... dan lepas Utusan nazak maka kita serang yang mana terus angkuh.
Cara yang kedua ialah perkasakan media alternatif. Sejauh mana serius mereka yang sudah ditampuk kuasa (kerajaan 5 negeri) sedar mengenai sumbangan media alternatif seperti Suara Keadilan, Harakah mahupun Siasah dalam membina kekuatan memenangkan mereka. Namun selepas itu apa yang sudah mereka atau kita lakukan untuk memperkasakan media ini. Kerajaan PR harus bantu promosi media ini, beli iklan dan beri sedikit ruang yang lebih eksklusif kepada media sendiri dari terhegeh tersenyum - senyum melayan wartawan Utusan dan esoknya menghempas meja kerana kononya kenyataan disalah erti.

Wednesday, November 12, 2008

Sepetang di Kuala Krau

Petang 11 Nov 2008 ; kira - kira 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Kampung Pian, Perkampungan orang asal di Kuala Krau. Suasana hutan khatulistiwa yang tenang mengiringi sepanjang 15 minit perjalanan dari jalan besar ke perkampungan tersebut.

Petang itu sampai untuk memenuhi janji dengan seorang peguam (bekas tahanan ISA) Hj. Suhaimi yang merupakan Ketua Bahagian keADILan di situ untuk melawat ke Perkampungan orang asal yang mula menjadi kubu kuat keADILan. Lawatan petang itu turut disertai kepimpinan keADILan Negeri dan Bahagian. Satu Majlis Penerangan dan sesi Dialog diadakan di rumah saudara 'Syam'. Seramai kira - kira lebih 60 orang terdiri dari penduduk kampung tersebut bersama dalam majlis tersebut. Agak mengkagumkan juga apabila Hj Suhaimi berucap dalam bahasa penduduk kampung tersebut. Hj. Suhaimi bukan asing dikalangan penduduk asal perkampungan tersebut kerana beliau bukan sekadar sedring datang tetapi sering bermalam juga bersama.Sebelum che'GuBard memulakan ucapan terkejut juga dengan sepontan mereka berdiri dan menjerit "Reformasi!!" dengan semangat. Dari persoalan yang dibangkitkan ketika sesi dialog ternyata mereka telah lama tertindas dan mereka sedia bangkit melawan.

"Harapan kami kini untuk bersama dalam Parti Keadilan Rakyat setelah melihat bahawa parti ini mampu berjuang untuk rakyat tertindas di bawah kepimpinan Datok Anwar" kata Kim salah seorang pemimpin masyarakat yang hadir petang itu.Kehadiran rombongan kami yang membawa pakaian terpakai dan juga sedikit gula-gula untuk kanak - kanak mengembirakan mereka. Hati cukup tersentuh bila ada yang bisik ke telinga mengatakan "cikgu kami tak harap barang dan duit keADILan tetapi kami harap kita sama berjuang...kami dah lama jadi bahan diperguna Umno"

Rupanya ada antara mereka yang turut sama turun berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di P/raya Kecil Permatang Pauh. Kali ini pula suku Kaum Jahud ini akan datang dengan bas untuk menghadiri Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat pada 29 November 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam. Malah mereka akan membuat persembahan di pentas utama pagi itu nanti.
Malamnya pula berceramah dengan Tn. Hj Syed Shahir dan YB Gobalakrisnan yang baru tiba jam 8malam. Ceramah diadakan di Kuala Mai dalam keadaan hujan lebat tetapi masih mendapat sambutan ramai. Malam tersebut memulakan ceramah dengan senyuman kerana gelagat pengerusi Majlis ...Man Khalid yang begitu bersahaja... beliau ialah pelakon filem "Man Laksa" yang menjadi Pengerusi dalam Konsert Kampung dalam filem tersebut.

Razak Baginda bebas...!!! Persoalan makin liar...rakyat berhak menuduh...

Razak Baginda bebas – persoalan semakin liar

Ada tepatnya petikan komentar Leslie Lau dari www.themalaysianinsider.com

Commentary by Leslie Lau
http://www.themalaysianinsider.com

But for his close friend Najib, this will be a bitter-sweet moment. His friend is acquitted, but the acquittal will almost certainly give rise to more allegations against him.

Tuduhan akan semakin luas mengenai siapa yang sebenarnya mahukan Altantuya di bunuh. Kenapa kedua-dua polis itu bertindak di caj atas tuduhan membunuh tanpa motif pembunuhan. Kedudukan pembebasan Razak Baginda pasti akan menimbulkan banyak persoalan dan pembangkang khususnya mampu kembali semula mendendangkan lagu yang berunsur kritikan pada Najib Tun Abdul Razak. Persoalan kenapa Chief Inspector Azilah Hadri dan Cpl Sirul Azhar Umar membunuh Altantuya kini menjadi persoalan selain dari pertuduhan melakukan pembunuhan yang di buat ke atas kedua-dua anggota polis tersebut.

Semakin rancak kes pembunuhan Altantuya - tetapi bagi Razak Baginda, beliau semesti lega dengan akhirnya beliau di bebaskan dari tuduhan membunuh.



Mahkamah bebaskan Razak Baginda
Oct 31, 08 10:12am dari www.malaysiakini.com
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Bagimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap tuduhan itu.

Altantuya case: Razak acquitted - Star Online
By CHELSEA L.Y. NG and NURBAITI HAMDAN

SHAH ALAM: Political analyst Abdul Razak Baginda was acquitted Friday of the murder abetment charge in the murder case of Mongolian Altantuya Shaariibuu.
The judge ruled that the prosecution failed to prove a prima facie case against him.
C/Insp Azilah Hadri and Kpl Sirul Azhar Umar, members of the Special Action Squad (UTK), were ordered by to enter their defence against the murder charge.
Both of them chose to testify under oath.
Azilah and Sirul Azhar were charged with murdering Altantuya at Mukim Bukit Raja, Selangor, between 10pm on Oct 19, 2006 and 1am the following day.
Abdul Razak was charged with abetting them in the murder of the beautiful 28-year-old translator.
He was seen leaving the court at 10.10am with his wife and daughter. He did not give a press conference outside the court building.
"I just want to go home," said Abdul Razak briefly to the press.
Azilah and Sirul Azhar were led out of the court building in handcuffs by police officers at 10.40am. They both had their faces covered. Azilah's fiancee refused to give any comments to the press.
It has been slightly over five weeks since the prosecution closed its case and the court is expected to decide on the fate of all three accused today.
The trial had gone on for 151 days from November 2006, during which 84 prosecution witnesses testified.

Tuesday, November 11, 2008

Nampaknya pro Abdullah belum mengalah dan tak duduk diam...


"Rayu Pak Lah Jangan Serah Negara Kepada Penjenayah" itulah ayat tertera dalam banner yang turut tertera alamat url http://selamatkanumno.blogspot.com/



Pagi dua hari lepas ketika sedang melintasi Lebuhraya Persekutuan menuju Shah Alam.

Menghampiri jejantas perjalan kaki depan pejabat sebuah akhbar berbasaha cina tertera dengan jelas sebuah kain rentang tertulis "Razak Baginda Bebas!! Siapa Arah Bodyguard Najib Bunuh Altantunya?" juga tertera url sebuah blog http://selamatkanumno.blogspot.com/ . Kereta dihentikan di bahu jalan sementara mendapatkan kertas dan pen untuk menyalin alamat blog tersebut.

Sampai ke rumah hari tersebut tak sabar rasanya untuk membuka internet untuk memeriksa url yang dimaksudkan. Banner seperti ini pernah tertera di akhbar harakah dan suara keadilan. Tetapi url yang tersiar http://antinajib.blogspot.com/ setelah diperiksa ialah blog lama yang sudah tidak dikemaskini. Pada anggapan mungkin ini strategi tertentu. Sebab dalam politik orang tak buat tanpa sebab.

Laman blog selamatkanumno ini rupanya juga 'based' anti Najib. Rupanya menurut blog ini banyak banner yang serupa tersebar di seluruh ibu negara. Nampaknya penyokong Abdullah tidak duduk diam sahaja. Cuma kalau inilah sahaja cara mereka...ia terlalu lemah...




Cuba mencari beberapa laman lain untuk mencari kumpulan mana yang lakukan terjumpa gambar disebuah web gambar kepunyaan seorang yang kelihatan seperti pro Mahathir tetapi turut menyokong KJ. Gambar menunjukkan beberapa penyokong Abdullah merentang banner menyambut Abdullah yang tiba untuk mesyuarat MKT Umno baru baru ini di PWTC. Kumpulan yang sama juga dikenal pasti berhimpun di luar rumah Abdullah mengangkat gambar Abdullah ketika hari Abdullah umum tidak akan tanding jawatan Presiden.

Banner - banner tersebut juga ada '3 line'..... adakah sebuah badan melayu islam yang dinanungi Pak Lah terlibat dalam usaha menyelamatkan Abdullah disaat akhir ini....?

Darah Umno tumpah untuk rebut kuasa.

Pertama sekali tahniah buat Khairy Jamaludin yang baru melepasi antara babak mendebarkan dalam karier politiknya. Akhirnya dengan segala usaha dia berjaya juga mendapatkan pencalonan Ketua Pemuda Umno dari Bahagian Rembau. Benar katanya perjuanganya merebut takhta Pemuda Umno tak akan bermakna jika dia tidak mendapat pencalonan dari Rembau. Menyedari bukan sedikit pemuda yang bencikan dia di Rembau. Hakikat ini dia sepatutnya sedari dari saat dia seharusnya kalah PRU 12 jika tanpa penipuan agensi kerajaan.
Memang seharusnya beliau berdebar kerana kem Muhkriz dikhabarkan turut menyerang Rembau. Malah peristiwa kegagalan Bibi Sharliza (bekas ADUN Paroi) untuk mendapat pencalonan dalam perebutan Ketua Puteri dari bahagianya sendiri dilihat amat memalukan, dari segi moral sudah tentu Bibi sudah tidak kuat lagi.
Khairy bukan Bibi, Bibi mungkin boleh menyusur akar semula..... berniaga kecil kecilan dan mendaki semula anak tangga politik yang tergelincir sebelumnya. Khairy dari mula sudah duduk selesa politik ini umpama periuk nasinya. Ethos atau ECM Libra tak akan meelihat Khairy dengan nilai seringgit pun jika tanpa kedudukan politik yang dinaungi Bapa Mertuanya.
Bapa mertua sudah mengumumkan perletakan jawatan. Dalam Umno orang yang sudah nampak jalan keluar tidak dinilai orang. Khairy perlu berdikari sendiri kini. Ini persaingan hidup dan matinya. Jika dia kalah bukan sahaja dia akan hilang dipusat malah kerusi parlimen Rembau pun belum tentu dia akan dapat dalam PRU akan datang. Periuk nasi juga terjejas.... dia pula tidak pernah merasa menyusur akar... kemungkinan ia akan mati terus tidak boleh dielak.
Bagi Mukhriz ini bukan hidup mati. Jika dia kalah Najib dan Hishamuddin pasti akan membelanya atas dasar saudara jauh tetapi aakn perlu diberi lebih perhatian kerana tidak mahu menjadi bahan belasahan Mahathir. Mahathir membelasah Dollah sebab Dollah tidak mahu ikut cakapnya dan lebih lagi Dollah ada Khairy yang mampu menidakan Mukhriz warisan Mahathir. Walaupun Mukhriz sebenarnya hanya diset oleh Mahathir tetapi sebagai seorang pemimpin jauh karisma Khairy dari Mukhriz ....itu disedari Mahathir kerana itu Khairy perlu dibunuh segera.
Ramai yang terkeliru ...ada yang menuduh che'GuBard dibayar Khairy dan kerana itu komen che'GuBard kepada Khairy agak dilunakan sedikit. Malah kononya tuduhan itu lebih kuat kerana email - email kepada che'GuBard yang mengirim gambar Khairy sedang mabuk bersama perempuan... memang rasanya gambar itu asli tetapi ini bukan cara politik cheGuBard. Pertembungan cheGuBard dan Khairy ialah persoalan dasar, polisi dan prinsip bukan peribadi walaupun Khairy sibuk mencanangkan tidak mahu debat dengan che'GuBard kerana cheGuBard tidak punya isu selain dari serangan peribadi. Untuk pengetahuan semua che'GuBard menerima bukan sedikit fail termasuk mengandungi serangan peribadi kepada Khairy semasa PRU 12 lalu tetapi semua fail yang menyerang peribadi dibuang begitu sahaja.
Kempen Politik ini bukan sekadar perebutan kuasa tetapi ia seharusnya bersifat mendidik massa.
Selaku pemimpin muda keADILan seharusnya mahukan pemimpin yang lemah memimpin Umno. Sudah tentu Mukhriz seharusnya menang agar lebih mudah bagi keADILan terus mendominasi sokongan muda. Mukhriz tidak karismatik dan tidak berjiwa muda. Khairy dalam bab ini lebih sedikit dari Mukhriz dan jika dia menang mungkin sukar sedikit kerana dia agak agresif dalam mengumpul tenaga muda.
............................................................................................................................
Di Rembau mesyuarat Umno penuh dengan muslihat. Bukan sedikit wang digunakan , ugutan dan janji manis ditabur untuk mengepung sokongan. Walaupun Khairy mendapat pencalonan tetapi kekecohan yang dirancang 'ala gangsterisme' tidak boleh diselindungkan. Sebaik sahaja nama Khairy dicalonkan, pencalonan ditutup dan apabila Hanafi bangun untuk membuka pencalonan beliau di boo dan ramai pemuda menjerit "Hidup KJ...Hidup KJ.."sambil menggemgam penumbuk, menumbung ke udara.... ini menakutkan kumpulan pro Mukhriz kerana takut sesuatu yang tidak baik berlaku. Tetapi jika undi sulit dilakukan belum pasti Khairy menang. Ini yang harus dia perhatikan nanti... pencalonan belum tentu menjadi undi.
Di Seremban pula aksi pergelutan dalam Mesyuarat Pemuda berlaku. Ada wajah yang berdarah. Dalam Mesyuarat Bahagian Seremban pula aksi membaling kerusi mengambil tempat, ini wujud dari rasa tak puas hati beberapa perwakilan dari cawangan yang dibatalkan. Ini semua memang sudah dijangka kerana beberapa hari sebelum itu sudah ada satu tunjuk rasa aman dibuat di depan Bangunan Umno Negeri Sembilan oleh kumpulan tersebut.
Semenjak pemilihan umno berlansung.... isu rakyat seolah tenggelam... rakyat makin susah tidak mendapat pembelaan tetapi pemimpin 'melayu' yang mereka beri mandat sibuk menyusun bidak catur untuk merebut kuasa. Dalam mesyuarat Umno sudah tidak lagi dibincang isu rakyat susah, rumah melayu diruntuhkan, tanah melayu dirampas, melayu susah ...harga barang naik...tak mampu bayar yuran sekolah....isu bahasa Melayu terpinggir di sekolah....
tetapi Melayu Umno sanggup tumpah darah kerana berebut kuasa....sedangkan melayu dibawah tumpah darah pertahankan hak mencari rezeki sesuap nasi.

PDRM kotori Ulangtahun BERSIH.


7 November 2008 yang lalu menerima sms dari seketeriat BERSIH yang mengundang cheGuBard untuk berucap dalam Majlis mengenang setahun Perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Nov. 2008 jam 8.30 malam di Padang depan Amcorp Mall.

Masih segar lagi ingatan bagaimana membawa gerombolan terbesar dari Sogo bergabung dengan gerombolan di Masjid Negara sebelum menuju ke Istana Negara. Taktik dan penyusunan strategi serta koordinasi 'marshal' yang baik telah mengelakan pertempuran dengan polis dan menjadikan gerombolan yang dibawa 'terbesar' untuk sampai di Istana Negara. Polis yang siap 'bersenjata' menunggu di Dataran ternganga melihat kami tidak memasuki perangkap mereka sebaliknya berlari mengambil alih Lebuhmahameru. Di Lebuh Mahameru 'tentera kuning' dari sogo telah bergabung dengan pasukan yang menunggu di Masjid. Pasukan yang terlalu besar sudah tidak mampu ditahan lagi. Polis bertindak bijak di persimpangan masuk ke Istana dengan membuka laluan untuk mengelakan pertempuran. Jika polis tidak bijak tempoh hari sejarah negara pasti berubah. Tindakan pantas seorang 'marshal' (yang kini bergelar YB) untuk menghantar amaran 'menakutkan' polis sehingga membuka jalan juga harus dipuji.

Itu sedikit sorotan 'kemeriahan' kebangkitan tentera kuning menawan Kuala Lumpur.

Agak terkejut kerana Majlis yang (sepatutnya) diadakan begitu besar kerana mengenang perhimpunan rakyat terbesar pernah diadakan tetapi langsung tidak kedengaran hiruk pikuk usaha mobilisasi diadakan. Lebih malang lagi malam tersebut juga telah dijadualkan lebih awal untuk program turun kawasan di Rembau. Maka tidak dapat dielakkan cheGuBard tidak dapat menyertai perhimpunan di PJ.

Malangnya dalam perjalanan pulang dari Rembau ke Seremban satu sms masuk ke telefon bimbit. Tertera "Polis ganas suraikan perhimpunan kenang BERSIH. Ada cedera, ramai ditangkap"

Ya Allah apa yang jadi...? Cuba menghubungi Black tetapi gagal. Keesokan harinya dari penjelasan teman - teman yang menyertai perhimpunan dan video yang dirakam, memang melampau.

Cukup !! Sudah cukup !! Polis merupakan penjenayah Hak Asasi !! 10 - 15 orang polis membelasah seorang peserta perhimpunan. Polis menyerang peserta ketika lagu Negaraku dinyanyikan..... polis sudah terang menjadi alat regim Bn-Umno.......

Persoalanya permit ? Berapa banyak program Bn tak punya permit ada berani PDRM halang...? kedua alasan permit tidak boleh digunakan untuk membelasah manusia....?

Setuju bukan semua polis 'jahat' ada yang masih punya maruah dan harga diri.... tetapi kenyataanya bukan salah masyarakat jika melebel polis dengan label negatif kerana kebanyakan ketua mereka rendah harga diri.......

Ingat.... perhimpunan yang kamu suraikan itu Perhimpunan 'geli-geli' sahaja..... Jangan cabar kesabaran rakyat..... !!!!!!!

Monday, November 10, 2008

Kerusi terbang hiasi mesy. Umno Seremban








KECOH... Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar hari ini. - fotoBERNAMA

SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir hari ini 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi ini terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

REAKSI PRESIDENDalam reaksi segera di Kepala Batas, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan pergaduhan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai kejadian yang amat memalukan.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap perwakilan harus mematuhi peraturan dan perjalanan mesyuarat dengan baik, kata beliau.

ABDULLAH Ahmad Badawi menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai pergaduhan yang terjadi ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban semasa mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini. - fotoBERNAMA

Tegas beliau, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang terlibat jika didapati bersalah.


Katanya, bukan sahaja politik wang yang boleh dikenakan tindakan disiplin malahan kes yang melibatkan pergaduhan juga boleh diambil tindakan sama.

Sebaik diajukan soalan itu oleh wartawan, beliau terus menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi telefon bimbit seorang pengawal peribadinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana kejadian itu mengakibatkan kecederaan kepada perwakilan, ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan.

Ketua Umno Cawangan Jalan Kuala Pilah, Abd. Halim Lokman pula membuat laporan di Balai Polis Senawang kerana cedera dipukul seorang pengawal keselamatan.

SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar. - fotoBERNAMA

PUNCA KEJADIAN

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail kemudian mengeluarkan usul supaya mesyuarat itu ditangguh dan diserahkan perjalanannya kepada Majlis Tertinggi.

KETUA Cawangan UMNO Sikamat Datuk Md. Yusop Harmain Shah bersetuju dengan Timbalan Pengerusi Tetap menanguhkan Persidangan tersebut apabila keaadaan tidak dapat dikawal sehingga ada perwakilan bertumbuk, membaling kerusi dan mengeluarkan kata-kata kesat. - foto Utusan oleh ABD. RAZAK AID


Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kemudian mengadakan sidang akhbar untuk kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu selepas melakukan demontrasi di hadapan dewan dengan membawa sepanduk mengutuk Ishak.

Katanya, kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu cuma mahu melahirkan rasa tidak puas hati kerana cawangan-cawangan mereka belum lagi bermesyuarat.

"Ishak dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengadakan mesyuarat bahagian walaupun Majlis Tertinggi mahukan semua mesyuarat cawangan diselesaikan dahulu, baru boleh mesyuarat bahagian dibuat," katanya.

RAHIM ELAK WARTAWAN

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Umno Bahagian Seremban yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik hadir pada mesyuarat itu, tetapi beliau enggan menemui pemberita.

Kelmarin, Mohd. Nor yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 September lepas atas dua tuduhan memberi rasuah kepada perwakilan, telah melakukan demontrasi di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Beliau yang sepatutnya mencabar Ishak gagal bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban selepas Majlis Tertinggi kelmarin membuat pengumuman bahawa beliau tidak layak bertanding jawatan itu kerana masih dalam pertuduhan rasuah.

Ini bukan kali pertama kekecohan disaksikan ketika persidangan perwakilan di peringkat bahagian.

Pada 17 Oktober lalu, Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

ULASAN MB

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban pagi ini tidak sepatutnya berlaku.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau akan meneliti laporan penuh insiden itu daripada jawatankuasa pemantau.

"Setakat ini, saya sedang menunggu laporan jawatankuasa pemantau," katanya kepada pemberita ketika mengulas kejadian itu.

Thursday, November 06, 2008

Razak lepas maka siapa yang arah bunuh Altantunya ???

sila klik link ini http://blog4pro.blogspot.com/2008/10/altantuya-malaysiatoday-exposed-dpm-and.html untuk membaca lanjut bukti sms mengenai penglibatan Najib dalam isu Altantunya....

Keputusan mahkamah yang dilihat memenuhi urutan peristiwa sebelum itu, terutama kandungan SMS Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak membantu memulihkan kepercayaan rakyat kepada institusi kehakiman.

Malah, keputusan itu juga akan menyebabkan integriti Najib semakin dipersoal dan dipertikaikan.
Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dari tuduhan bersubahat membunuh ahli perniagaan Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Keputusan mahkamah itu tidak membantu memulihkan kepercayaan kepada institusi kehakiman. Terlalu jelas keputusan itu memenuhi urutan peristiwa sebelum itu

Mengapa keputusan itu selari dengan kandungan SMS Najib kepada Shafie yang menyatakan "all is not lost" di awal penangkapan Abdul Razak dahulu?.

Dalam SMSnya kepada peguam Abdul Razak ketika itu Datuk Shafie Abdullah, Najib memberitahu "Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost".

Maksudnya, "Harap tidak beri apa-apa kenyataan kepada akhbar hari ini. Saya akan terangkan kemudian. RB (Razak Baginda) terpaksa menghadapi pendakwaan tentatif tetapi tidak semuanya hilang".

Najib tidak menafikan SMS tersebut adalah antara beliau dan Shafie.

"Mempertikaikan keputusan mahkamah tidak diizinkan undang-undang negara ini. Tetapi, rakyat tidak boleh disalahkan jika mahkamah sendiri menjadi tempat lawak dimana undang - undang dipergunakan untuk melindungi kepentingan mereka yang rapat dengan regim pemerintah.

Keputusan membebaskan Abdul Razak itu juga akan menyebabkan integriti Timbalan Perdana Menteri semakin lebih dipersoal dan dipertikaikan.

Najib tentu tidak akan menolak peluang untuk menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Tetapi, pernahkah Najib mengambilkira perasaan rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri mereka dikait-kaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan keputusan mahkamah yang dilihat selaras dengan kandungan SMS beliau kepada peguam yang sebelum ini terlibat dengan kes itu? Itu belum lagi diambilkira kes Sukhoi, Scorpene dan Eurocopter.

Adakah Najib fikir mereka bangga dan gembira mempunyai Perdana Menteri seperti itu?

Dalam isu sms ini saya bersama rakan Seketeriat Anak Muda Malaysia telah membuat laporan polis (juga bersama isu eurocopter) dengan disertakan 21 muka surat dokumen sokongan. Selepas membuat laporan tersebut saya berkali - kali dihubungi pihak polis untuk mendapatkan keterangan saya, namun saya amat menyakini tidak satupun kerja menyiasat Najib dimulakan oleh Polis.
Rakyat sudah punya pengalaman sengsara hidup dibawah Perdana Menteri yang paling lemah tetapi rakyat tidak sanggup menghadapi pengalaman ngeri duduk dibawah Perdana Menteri yang bukan sahaja terpalit dengan skandal, rasuah tetapi terpalit dengan jenayah bunuh.

GGMM tak akan berani saman kerajaan pusat kerana bakul sampahkan bahasa Ibunda

Rasa geli geleman apabila membaca berita mengenai Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) atau Young Malay Graduates Federation pada jam 2 petang, 4 November 2008 telah menyaman kerajaan DAP negeri Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang berhubung papan tanda tri-bahasa yang ingin didirikan di kawasan tapak warisan sejarah Pulau Pinang. Nik Rizman Sapian (AJK GGMM, seorang usahawan dari Kuala Lipis Pahang) telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Nik Rizman dengan diwakili oleh Sharihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua. Seramai 200 anggota GGMM mengadakan perarakan secara aman dari Padang Kota Lama menuju ke perkarangan Mahkamah Tinggi.

Kelihatan masing masing melangkah gagah siap berselempang kuning...terjerit - jerit hidup Melayu....tetapi kesian mereka cuma alat propaganda tak lebih dari itu.

Cuma kalau sesiapa kenal 'bebudak' GGMM ini tolong sampaikan salam che'GuBard...tolong tanyakan kepada mereka adakah meletakkan tambahan bahasa di papantanda kawasan perlancongan lebih menghina bahasa kebangsaan dari menyingkirkan bahasa tersebut sebagai bahasa Ilmu dengan 'mengajar' di University dan sekolah guna bahasa Inggeris...? Kalau GGMM ini konsisten che'GuBard juga tabik ....malangnya cuma alat ikut musim dan isu.

Kebelakangan ini, selepas PRU ke 12 memang banyak timbul pejuang bangsa versi baru. Kononya kerana Melayu tertindas...... dalam satu forum yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri pernah bangun seorang budak Melayu cakap berapi api soal bangsa Melayu tetapi cakap dalam bahasa Inggeris... lepas forum ada teman yang dekat dan bertegur sapa denganya .....ya Allah...cakap Melayu tunggang langgang....

Semalam ramai rakyat Malaysia dengan poyonya merayakan kemenangan Obama sebagai Presiden Amerika.... antaranya ialah kononya ini bukti pecahnya tembok perkauman..... Obama pembawa obor politik baru..perubahan.... tetapi bayangkanlah orang yang sama juga menyumpah seranah apabila seorang bukan Melayu menggantikan sementara jawatan seorang Melayu yang korup di PKNS.


hahahahaaa..... nak guna ayat bebudak Mambau......... lu pikir la sendiri !!!!!!!!!!!!!

Wednesday, November 05, 2008

Penangguhan menggantikan 'Nuri' memangsakan tentera Malaysia

Helikopter Nuri atau Sikorsky S-61A-4 kali pertama diterbangkan pada tahun 1959. Pada tahun 1961 ia telah mula digunakan oleh tentera laut Amerika. Pada tahun 1968 Angkatan Tentera Malaysia telah membeli beberapa unit Helikopter terpakai Sikorsky S-61A-4 ini dan dengan sedikit pengubahsuaian dan kemudian diberi gelaran Nuri. Sememangnya satu ketika Helikopter ini antara yang tercanggih dan pernah digunakan oleh Presiden Amerika. Namun sesuai dengan perkembangan teknologi, maka peranan 'Nuri' dalam Tentera Amerika telah diambil oleh SH-60 Sea Hawk pada sekitar 1990-an.

Nuri milik Malaysia burung besi yang dibeli '2nd hand' sudah terlalu uzur. Sejak dibeli sehingga beberapa bulan lalu ia makin kerap memakan nyawa prajurit negara. Negara hilang prajurit bukan lagi kerana 'syahid' di medan perang tetapi dikorbankan kerana uzurnya peralatan pertahanan negara. Pernah diceritakan oleh seorang, Yusri, teman bekas tentera yang sama menjadi Guru Pelatih di Maktab Perguruan Raja Melewar (kini IPRM) menceritakan bagaimana tentera Australia yang menjalankan latihan bersama menggigil ketakutan ketika menaiki Nuri semasa operasi latihan bersama. Tentera asing itu tidak langsung terfikir bagaimana helikopter uzur itu masih digunakan oleh angkatan tentera.

Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati dari Bernama.com

  • 25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.
  • 11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.
  • 26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.
  • 19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.
  • 25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.
  • 11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.
  • 14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.
  • 18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.
  • 28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.
  • 16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.
  • 10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.
  • 11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.
  • 16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.
  • 19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.
  • 5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.
  • 30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.
  • 15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.
  • 13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.
  • 10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[2]
Maka kononya kerana menginsafi dan menyesali siri kejadian tersebut makamaka pada 18 Julai 2007, Kabinet bersetuju pesawat Nuri yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia sejak 1968 digantikan dengan pesawat baru dan proses penggantian itu akan mengambil masa antara dua setengah hingga tiga tahun.

Pada 27 September 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.

Pengumuman ini mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri. Mungkin bagi mereka sekurang kurangnya pengorbanan keluarga mereka diberi perhatian dengan kerajaan mengambil keputusan tidak lagi menggunakan burung besi usang, Nuri.

Malangnya, regim Bn tidak pernah serius membela nasib rakyat, semuanya ada udang di sebalik batu. 'deal' pembelian EC725 Cougar pengganti Nuri dipenuhi najis Rasuah. ratusan juta wang rakyat akan hangus kerana deal ini.

Lim Kit Siang mendedahkan dalam sidang parlimen bagaimana India mendapatkan 197 unit EC725 Cougar pada harga yang sama sebaliknya Malaysia hanya mendapat 12 buah. Manakala Majalah Pertahanan www.defenseindustrydaily.com yang melaporkan mengenai pembelian Kerajaan Korea untuk model yang sama tetapi dengan harga yang juga lebih murah dari Malaysia. sila klik untuk baca

Hal ini mendapat perhatian sebagai skandal berprofail tinggi apabila pendedahan berserta bukti oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai terdapat skandal dibelakang pembelian ini. sila klik untuk baca

Mengenai harga yang dinyatakan juga bertingkah-tingkah macam hendak menipu. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata harganya RM1.6 bilion. Manakala Setiausaha Kementerian, Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.

Lebih memeranjatkan lagi, ketika berucap di Parlimen Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop mendedahkan keputusan pembelian helikopter pengganti Nuri hanya dibuat hanya berpandu kepada katalog. Tetapi sebaliknya 'pelik bin ajaib' pembelian pakai tengok katalog ini dengan harga yang berlipat kali lebih mahal dari yang dibeli oleh kerajaan lain diiktiraf oleh Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC) sebagai ikut prosedur.

Rakyat mula marah, nampaknya Regim Bn silap kira-kira ia tak semudah menghisap darah ketika membeli Sukhoi dan Scorpene. Ketika membeli scorpene rakyat senyap kerana terlelap. Ketika beli sukhoi rakyat mula merungut tetapi ditipu kononya mahal kerana termasuk harga hantar rakyat Malaysia membuat kajian angkasa walaupun sebenarnya Sheikh Muzaffar melancong ke angkasa.

Kali ini regim benar panik apabila rakyat sudah buka mata. 23 hari selepas umumkan pembelian Ec725 Cougar Abdullah badawi terpaksa umumkan 'penangguhan' pembelianya. Kononya kerana ekonomi antarabangsa tidak stabil. Katanya keputusan pembatalan itu dibuat dalam mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan yang bersidang dua minggu sebelum ini. Maknanya, sekitar 14 Oktober.

Pelik pengumuman pembatalan dibuat dua minggu selepas keputusan dibuat, lebih pelik ialah ia dibuat sehari sebelum PAC akan bersidang untuk menyiasat skandal tersebut.

Lebih pelik lagi 7 hari sebelum Abdullah mengumumkan pembatalan (21 Oktober) Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Najib yang mengatakan faktor ekonomi tidak wajar dijadikan pengukur tunggal untuk membuat keputusan perbelanjaan untuk pertahanan negara. Kenyatan tersebut seolah terus mempertahankan usaha pembelian Eurocopter. Kalau benar Mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan pada 14 Oktober sudah membatalkan pembelian tersebut mengapa Najib masih mengeluarkan kenyataan mendukong usaha pembelian. Tidak mungkin Najib selaku Menteri Kewangan tidak tahu mengenai keputusan pembatalan. Siapa menipu Najib atau Abdullah ? Adakah ini menunjukkan krisis serius dalam pentadbiran negara...?

Ini 'high profile game' yang tak terjangkau dek penganalisis kedai kopi. Tetapi yang pasti ratusan juta wang rakyat jadi taruhan.

Malah bukan itu sahaja keputusan membeli pengganti Nuri tanpa ujian fizikal sepenuhnya yang serius umpama menggadaikan nyawa perajurit negara. Ingat idea membeli helikopter baru ialah kerana mencari pengganti Nuri kerana Malaysia sudah tidak sanggup kehilangan nyawa perajurit di luar medan perang lagi. Malangnya usaha pembelian yang kotor dengan korupsi umpama melarikan perajurit negara dari mulut harimau dengan meletakkan mereka ke mulut buaya.

Kini kerana skandal yang terbongkar pembelian 'ditangguhkan'. Ini juga bermaksud terus membenarkan Nuri si burung besi uzur terus membunuh nyawa perajurit negara.

Yang ditentang oleh rakyat ialah harga pembelian yang merapu dan proses pembelian tanpa ujian penuh ..... rakyat amat memahami keperluan memiliki pengganti Nuri..... tetapi yang difahami oleh regim Bn ialah setiap pembelian perlu ada komisyen, jika proses komisyen tertangguh tangguh dahulu.

sila baca juga posting lama mengenai Tragedi Nuri klik sini