"RM9.7 million for renovation and painting works on Kota Darul Ehsan gate. Is the gate crumbling down? No. When a journalist asked Azmin, he replied with such haughtiness and arrogance that it is not a problem, as everything has been approved in the Dewan Undangan Negeri (DUN). I want to say, GST was also approved in the Dewan Rakyat, but is it right?"- CheguBard
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, December 30, 2015
doesnt believe it cost rm97m kota darul ehsan repainting works
Friday, December 25, 2015
Adakah aduan Sdr.Zukri (PKR Pahang) juga akan dibakul sampah ?
MOHD ZUKRI AKSAH (KP: XXXXXX-XX-XXXX)
d/a Zukri Aksah Consulting
Lot 125A, 1st Floor, Bangunan MUIP
Jalan Mahkota, 25000 Kuantan
Pahang1 Disember 2015Yang Berbahagia
Dato' Abdul Hadi Abdul Khatab
Pengerusi Lembaga Disiplin
Parti Keadilan Rakyat
(melalui email: ibupejabat@keadilanrakyat.org)Assalamualaikum
Yang Berbahagia Dato'SALAHGUNA KUASA DALAM MESYUARAT MPP 27/11/2015
MENGIKUT PERKARA 17.3 PERLEMBAGAAN PARTI KEADILAN RAKYATSaya yang bernama di atas adalah anggota parti yang sah dan berdaftar. Saya juga adalah Timbalan Ketua Keadilan Cabang Indera Mahkota dan Timbalan Setiausaha Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Pahang. Saya telah hadir ke Kongres Nasional yang berlangsung pada 28 hingga 29 November 2015 baru-baru ini di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam, sebagai perwakilan cabang.Kurang lebih empat hari sebelum kongres, saya telah dihubungi dan dimaklumkan oleh Setiausaha Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Pahang, Saudara Kamarzaman Mohamed Yunus bahawa Majlis Pimpinan Negeri telah bersetuju melantik saya sebagai pembahas negeri untuk Kongres Nasional, saya terimanya dengan lapang dada dan tanpa apa-apa syak wasangka. Dan tidaklah pula saya yang meminta-minta.Perkara 8.1(a) Perlembagaan Parti memberikan hak kepada saya sebagai anggota berdaftar untuk dipilih atau dilantik ke apa-apa jawatan dalam parti. Dalam hal ini saya telah dipilih dan dilantik oleh MPN Pahang menjadi pembahas negeri untuk kongres nasional, memang secara konvensyennya ia adalah lantikan negeri tanpa campurtangan Majlis Pimpinan Pusat.Pada 27/11/2015, YB Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Perbahasan Kongres Nasional telah memasukkan nama saya ke dalam Grup WhatsApp Pembahas Kongres Nasional. Namun pada hari yang sama, pada jam 11.52 malam, YB Saudara Shamsul telah menghantar mesej kepada saya di dalam grup tersebut yang berbunyi, "MPP minta wakil Pahang dicadangkan pembahas yang lain." Saya difahamkan Mesyuarat MPP masih berlangsung ketika itu. Apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah.Perkara 17.3 Perlembagaan Parti memberikan hak kepada anggota yang berdaftar dan layak hadir ke Kongres Nasional untuk mengambil bahagian dalam kongres tersebut. Mengambil bahagian di sini tentulah bermaksud menjalankan hak-haknya sebagai anggota, antara lain seperti yang dinyatakan juga dalam Perkara 8.1 adalah hak bersuara.Perkara 17.3 ini memberi hak kepada saya sebagai anggota, wa'ima tanpa lantikan negeri pun, sebagai orang yang layak hadir (perwakilan) untuk naik ke pentas kongres bagi mengambil bahagian atau bersuara. Praktisnya, parti selama ini mengatur, dan negeri memilih pembahas supaya masa dan perjalanan kongres terjaga. Maka mengatur dan memilih itu tiadalah halangan undang-undang, tetapi bila menghalang ia menjadi salah.Bukanlah saya orangnya yang terlalu gila untuk popular dengan cara berbahas di pentas. Prihatinnya saya hanya kepada parti ini dan sifat asasnya iaitu parti reformasi. Sebagai sebuah parti reformasi, tidak boleh diterima dan dikompromi apa-apa tindakan dari pihak manapun, yang melanggari perlembagaan parti sendiri, apalagi bila ia menjurus kepada keadaan salahguna kuasa yang serius.Melalui pihak Yang Berbahagia Dato', saya menuntut supaya pihak yang mencadang dan membuat keputusan ini menjawab aduan saya ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat ini. Jika tiada jawapan dalam tempoh ini, maka surat ini selepas itu tidak lagi bersifat dokumen "sesama kita," ia akan menjadi dokumen awam.Saya juga menuntut supaya pihak Yang Berbahagia Dato' memanggil satu sesi perbicaraan khusus bagi membicarakan kes ini. Saya bersedia untuk hadir bagi membentangkan kes saya.Sekian, SALAM REFORMASI.Yang benarMOHD ZUKRI AKSAHs.k:
YB Presiden Parti Keadilan Rakyat
YB Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat
YB Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Pahang
YBhg Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Pahang
YBhg Setiausaha Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Pahang
YB Ketua Keadilan Cabang Indera Mahkota
Hari Terbuka "pertemuan" SAMM
Thursday, December 24, 2015
Pegawai Tun Mahathir, Tony Pua Antara Disebut Justo?
Semalam pasukan Polis Di raja Malaysia yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Penyiasatan-Undang-undang) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh telah menemubual warga Switzerland itu selama 90 minit di Penjara Reman Bangkok di Bangkok.
Dipercayai antara nama yang disebut oleh Justo ialah Sufi Yussof yang merupakan pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sejak tahun 2000.
Justo dikatakan memberi lebih kurang 10 nama rakyat Malaysia yang terbabit dalam urusan mendapatkan maklumat daripada beliau.
Antara nama lain yang dikatakan disebut ialah Datuk Khairudin Abu hassan, Mathias Chang, Tony Pua dan pemilik The Edge Media Group Tong Kooi Ong. Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan dibuat memandangkan Justo hanya memberi nama ringkas dan gambaran sahaja bukan identiti penuh mereka.
Sementara itu, beberapa bulan lalu Tony Pua ada menafikan bahawa beliau pernah berjumpa Justo dalam isu 1MDB.
Justo sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International dengan menggunakan maklumat daripada data 90 gigabit yang dicurinya daripada syarikat itu.
Dia ditangkap pada 22 Jun di pulau Koh Samui dan dihukum tiga tahun penjara pada 17 Ogos selepas mengaku mencuri data itu, termasuk dokumen dan e-mel.
13 Disember buka mata ramai,ikatan Azmin - Mahathir begitu istimewa.
pemimpin kartel Azmin tanpa selindung bangga dengan Mahathir |
Antara intipatinya, selama ini bila che'GuBard menggunakan gelaran 'anak angkat Mahathir' kepada Azmin ramai tidak percaya namun 13 Disember 2015 malam itu ramai sudah membuka mata. che'GuBard pelik apa sebenar berlaku, selepas sarapan pagi itu kerja 'siasatan bermula'. Rupanya 13 Disember itu Azmin telah mengadakan Majlis Perkahwinan. Majlis ini jika dibandingkan antara majlis meraikan menantu anak - anak semua pimpinan pembangkang maka majlis Azmin ini no.1 paling mewah dan tersusun semuanya. Dari gambar yang dilihat penuh bunga hidup yang segar, tak pastilah berapa belanja kesemua majlis tersebut. Itu belum kira berapa 'sumbangan' untuk menghadirkan penyanyi porpular bagi menghiburkan pada malam tersebut.
Namun yang peliknya kelibat hampir semua pimpinan utama pembangkang tidak nampak, termasuk Presiden PKR Wan Azizah sendiri, jauh sekali Mohammad Sabu atau Lim Guan Eng. Namun pimpinan biasa termasuk anggota keluarga Anwar Ibrahim ada yang hadir.
hubungan istimewa Mahathir - Azmin |
Beberapa pelapor dan perakam melaporkan Azmin tanpa segan silu menyebut dia ada hubungan istimewa dengan Mahathir yang tidak akan terpisah. Malah anaknya serta keluarganya ada hubungan yang orang ramai sukar fahami. Dalam ucapan Azmin mengimbau dari saat dia menuntut di luar negara, berkahwin sehingga kini dia mengulang - ulang nama Mahathir dan mengangkat Mahathir orang paling bermakna dan berjasa kepada beliau tanpa segan silu dan berselindung.
Azmin sungguh bongkak dia tidak hormat apa rasa peguam - peguam Anwar yang sejak 1998 bertempur dengan fitnah Mahathir di Mahkamah. Dia langsung tidak hormat ahli keluarga Anwar yang hadir antaranya anak Anwar Izzah, Ilham, Iman ; Adik Anwar Rusli, Farizun, Khairun.... depan ahli keluarga Anwar bukan sahaja memuji muja Mahathir malah seekalipun tidak menyebut nama Anwar seolah Anwar langsung tidak wujud
Kalau di depan pemimpin PKR itu tidaklah berkira sangat sebab yang ada kebanyakannya pengampu Azmin dan terasing sudah dengan sejarah perlawanan 'reformasi' itu sendiri. Kecuali seorang yang saya dengar dari 4 sumber menyatakan ketika ucapan Azmin dia kecewa bangun dan keluar meninggalkan Majlis walaupun jarak mejanya hanya dua meja dari Sultan yang hadir. Sosok yang bangun protes meninggalkan majlis itu saya banyak kritikan ke atasnya namun tindakan dia kali ini saya puji, yang lain ialah penakut bacul hanya berani cerita belakang termasuk beberapa pemberi maklumat sehingga saya menulis tulisan ini.
Ramai kecewa dan mula bercakap selepas majlis dan ramai juga menghubungi dan mengiyakan apa yang che'GuBard sebut selama ini.
Azmin seorang yang cekap yakinlah dia akan buat satu lagi majlis marhaen sedikit secara terbuka bagi 'cover up' kritikan terhadap majlisnya 13 Disember lepas.
Kepada semua yang menghubungi che'GuBard selepas majlis itu atau orang yang bercakap ia sekadar majlis kahwin apa salahnya , maka jawapan saya ialah ia bukan sekadar Majlis Perkahwinan. Saya masih ingat ada orang biasa adakan majlis hari jadi kek gambar Anwar kerana hargai perjuangan Anwar, ada yang kahwin pun diselit imej Anwar kerana perjuanganya, namun Azmin bukan sekadar lupakan terus Anwar tetapi mengangkat orang yang menfitnah Anwar. Bukan sahaja Anwar, malah Mahathirlah yang menjadi sebahagian dari yang mengfitnah keluarga Azmin.
Lupakah Azmin dengan fitnah bahawa Anak Azmin bukan anaknya tetapi anak haram Anwar dan Shamsidar ? adakah ini hubungan istimewa dengan Mahathir ? atau dia menjadi sebahagian plot pembunuhan Anwar... yang mana Mahathir gagal maka Azmin selesaikan.... Maka Majlis 13 Disember itu merupakan majlis meraikan kejayaan menyempurnakan cita - cita Mahathir. Dihadapan keluarga Anwar , Azmin tunjukkan depan bapa angkatnya dia memuji Mahathir dan melupakan Anwar.
Azmin seorang yang sangat istiqamah dan cermat dalam menyusun tindakan, dia sabar. Ingat kali pertama terlihat watak Azmin dia dihalau dari rumah keluarga Anwar di Bukit Damansara konon ada antara yang marah ketika itu katanya Azminlah punca fitnah dan kejatuhan Anwar.
Namun Azmin tetap sabar dia munculkan cerita kononya ditahan namun semua kena maklum dia menyuruk ketika itu di rumah kawanya pemimpin Umno ketika itu.
Bila keadaan tenang dia muncul menyusun pelahan - lahan tanpa kita perasan.
Tanya Wan Azizah peristiwa dia dipanggil ke Amerika untuk bertemu seorang tokoh korporat dunia dan bertemu dengan Setiausaha Agong PBB ketika itu Koffi Annan ketika peringkat awal Anwar ditahan dan dibicarakan. Wan Azizah telah terbang bersama pembantunya diiringi antaranya Azmin Ali. Azmin menyusun 'dibelakang' dia menghubungi tokoh korporat ternama itu konon untuk dia bertemu dahulu. Permintaan dia ditolak dan tokoh korporat itu menghubungi Azizah menyatakan rasa tidak senang dengan cara Azmin. Azizah menegur Azmin. Soalnya kenapa nak jumpa tokoh korporat dunia itu berasingan ? adakah mudah nak melakukan propaganda agar kawan - kawan Anwar menyalurkan bantuan melaluinya. Itu yang tidak berjaya, cuba kita teka berapa jumlah pula yang berjaya dia 'wakilkan' Anwar untuk menerima dana bantuan ?
bergaduh di media sosial kebiasaan Azmin |
Bersemarak perlawanan dalam negara dengan pertemuan penting itu. Ayuh bayangkan pertemuan sepenting itu disabotaj Azmin hanya kerana kehendak dia supaya dana disalurkan melaluinya tak kesampaian. Jika saya menipu tanyalah Azizah mengenai ini.
Peristiwa sabotaj ini bukan sekali berlaku juga beberapa kali dan keluarga Anwar ramai tahu mengenainya dan ini cukup untuk memperjelaskan kenapa ada sentimen tak senang dengan Azmin.
tweet Azmin ketika rakyat sibuk black out 505 dia sibuk menghentam Anwar |
Selepas PRU 2013, dia menuntut untuk menjadi Menteri Besar, namun Anwar dan Azizah berkeras mahu mengekalkan Khalid Ibrahim. Azmin Ali kecewa maka disebarkan cerita bahawa Anwar menipu kononya Anwar sudah berjanji untuk namakan Azmin Menteri Besar. Bukan sedikit pengampu beliau terpesona dengan hujah Azmin itu.
Ketika semua warga Malaysia digerakkan dalam protes Black out 505, Azmin dan kartelnya mensabotaj Anwar dan Parti. Dia menggerakkan kempen jangan sokong memalui arahan dalaman kartel dan media sosial. Malah kuncu - kuncunya sendiri menyerang secara terbuka Anwar dan keluarga, istilah Istana Segambut itu dicipta kartel Azmin untuk digunakan oleh Umno kemudianya.
antara macai Azmin yang ditugaskan menyerang Anwar |
syed husin yang menegur juga dibelasah Azmin |
Ketika rakyat berhempas menghidupkan mood Blackout 505, Azmin dan kartelnya mensabotaj gerakan hanya kerana kecewa tak dapat jadi MB. Dia tidak berhenti dia menekan terus, kartelnya menyerang Khalid (MB) luar dan dalam. Kecewa dengan keadaan kelam kabut dan tidak berhenti maka ia sebahagian dari alasan langkah Kajang dan Anwar akan turun tangan sendiri mentadbir Selangor untuk dijadikan negeri contoh menjelang PRU 14. Malangnya langkah Anwar itu mengundang panik 'Putrajaya' dan mempercepatkan pemenjaraannya.
Azmin menyerang Khalid secara terbuka dalam banyak hal |
Tahukah semua dia secara sulit telah ke Putrajaya ingin bertemu Najib namun kerana lama menanti dia bertemu Rosmah bersalam tunduk 'cium tangan' meminta maaf dan meminta untuk memulakan lembaran baru. Tahukah anda ketika Anwar bergelut dengan keputusan Mahkamah dia masih sibuk dengan siri pertemuan bersama Mahathir.
1998 Anwar dipenjara tanpa kuasa rakyat bangkit membela namun kini Anwar dipenjara , Azmin di takhta Menteri Besar. Ramai menjangkakan tentu Anwar terbela ia tidak sebegitu.
ucapan dasar angkat idea Mahathir ketika Anwar terpenjara |
Di Selangor buget agak selesa dikeluarkan bagi satu kajian politik dinamakan Lanskap Persepsi Pengundi Selangor. Satu survey dilakukan untuk tujuan politik. Tanyalah orang seperti Professor Abu Hassan pasti mengakui survey politik ini akan dihimpunkan soalan ke arah membentuk persepsi bagi memenuhi maksud survey tersebut, ia lumrah. Maka agak pelik apabila survey Lanskap Persepsi Pengundi Selangor ini mempunyai soalan yang jelas menyerang dan menghakis pengaruh Anwar.
Soalan seperti DSAI harus bersara dari politik kerana telah dipenjara dan faktor kesihatan, PKR didominasi keluarga Anwar, Anwar harus menyerahkan kuasa kepada pemimpin lebih muda segera,sumbangan DSAI tidak diketahui ganerasi kini dan perbagai soalan pelik termasuk membunuh sahabat politik dari parti Amanah. Tujuanya mudah secara tanpa sedar Anwar sedang dibunuh politiknya dengan lengkap.
Untuk mendirikan idea billboard Anwar jawapanya tidak ada duit dan sukar nak dapat kelulusan kerana akan difitnah Bn, tetapi untuk sebuah isntitut pemikir baru dan survey politik membunuh politik Anwar ini berapa yang digunakan dan tidak takut pula diserang oleh Umno ?
Guna kuasa agih wang zakat melalui jentera parti seluruh negara dengan mengenepikan pemimpin yang Azmin tidak suka tidak takut pula Umno serang ?
antara kertas dan panduan survey politik yang bakal melengkapkan pembunuhan Anwar |
Dia sudah terlalu berkuasa pun dalam PKR ini, semua pemimpin dipanggil polis tidak seperti mobilisasi anak Azmin dipanggil polis ,dengarnya siap dengan ada surat perkeliling minta sayap hantar wakil ikut cabang dan negeri.
Saya juga tunggu mana - mana sayap parti sekali lagi keluar media perdana hantar aduan disiplin ke atas saya kerana tulisan panjang ini.
Saya begitu kerdil kini, saya hanya mampu menadah tangan mendoakan Anwar diberi kekuatan dan dipeliharaNya untuk meneruskan perjuangan. Ketia ini jam hampir 5.00 pagi subuh Maulidur Rasul.
tulisan oleh cheGuBard
saya pernah menulis :
Tahniah kepada Pulau Pinang, Selangor harus malu
Minggu lepas che'GuBard ke Pulau Pinang untuk beberapa urusan berkaitan Koop SAMM Berhad di mana dijadualkan Koop SAMM Berhad sedang berusaha bagi memulakan projek ikan sangkar (laut) yang melibatkan pelaburan bernilai RM1juta. Dijadualkan hujung Januari akan diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan semua pihak terlibat.
Melintasi laluan biasa tiba - tiba mata terpaku ke satu imej iklan besar yang tertera imej Anwar Ibrahim. Sungguh menguja dan mengagumkan. Walahpun banyak kritikan padanya namun tidak dinafikan faktor 'x' atau aura dimiliki Anwar masih kuat.
Tahniah kepada semua pihak di Pulau Pinang kerana usaha ini, dengarnya banyak lagi papan iklan besar seperti ini akan didirikan. Tahniah dan terima kasih. Soalnya kenapa Pulau Pinang bukan Selangor ?
Dalam hal ini che'GuBard seawal minggu pertama di tahan sudah mengutarakan cadangan bahawa perlu didirikan satu unipole besar kawasan depan Penjara Sungai Buloh dengan imej Anwar besar ditambah bersama tokoh seperti Yusof Qardawi berserta petikan beliau menyokong Anwar.
Kebenaran harus diberikan segera oleh PBT dibawah Kerajaan Selangor, kalau tak ada buget gaji MB dan Exco yang jumlah lebih RM500,000 sebulan tu potonglah seorang sikit. Wang tersebut berikan kepada pejuang - pejuang muda seperti Fahmi Zainol dan kawan - kawanya. Biar mereka usahakan sampai jadi. Maka biar mereka yang melancarkan dengan ayat, "Perjuangan Anwar akan kami teruskan melawan penindasan. Kezaliman ke atas Anwar merupakan menifestasi penindasan kepada idealisma anak muda, maka perlawanan ini wajib buat semua...bebaskan Anwar, bebaskan rakyat".....
Dengan imej ini bayangkan kita akan 'mold' persepsi semua pegawai penjara, rakyat yang lalu lalang di Sungai Buloh akan sedar di sini pewira negara sedang terpenjara kerana melawan regim zalim....
Bayangkan impaknya....... namun idea ini tak disambut .... saya ajukan bukan kepada seorang pemimpin namun isunya wang dan kebenaran PBT susah nak dapat... dengan jawapan itu saya boleh agak kali ini gerakan pembebasan Anwar menjadi sangat lembab dan lambat....
Sambutan 300 hari Anwar ditahan kemudian yang seharusnya menjadi letusan tekanan yang menarik perhatian dalam dan luar negara akhirnya hanya satu majlis meletihkan dengan kehadiran yang menyedihkan. Dalam pada masa malam yang sama pimpinan PKR tak kira dari Selangor atau luar Selangor sedang berpusu memenuhkan stadium. Bila ditanya jawabnya maaf kami bertanggung jawab kepada negeri... kesian Anwar .. mereka lupa mereka di situ faktor besarnya ialah Anwar... Malah Azmin sendiri perlu sedar tanpa Anwar dia tak ke mana dan bukan sesiapa.....
Sekali lagi idea papan iklan ini che'GuBard utarakan ialah ketika lawatan Obama, Presiden Amerika baru ini. Obama turun di Subang, bayangkan jika dalam perjalanan dia berjumpa Najib di dalam tanah Selangor terpacak penuh imej Anwar bebsar dan gagah mewakili perjuangan rakyat Malaysia maka sudah pasti nama Anwar menjadi sebahagian dari ucapan Obama. Namun seperti biasa jawapanya mana nak cari duit dan kelulusan yang sukar sebab nanti akan dituduh itu dan ini.
Kesian pada Anwar Ibrahim moga dia sedar , inilah kawan - kawan dia yang sedang menikmati jawatan dengan empuk dan lumayan sedang melupakanya. Parti dan gerakan yang kamu bina tempoh hari itu sangat kuat namun kamu sendiri 'zalim' terhadap pejuang - pejuang kamu untuk kamu jamin kedudukan kawan - kawan kamu.
Maaf aku dalam keadaan sangat tidak mampu hanya melihat dari kejauhan ..... Ya memang keadaan ini sudah ku telah dari dulu.... malah depan kawan - kawan ku sebut dulu bila saat ini berlaku aku akan ketawakan Anwar di penjara dan rakan - rakan yang dipayungkan kuning melupakanya....
Namun melihat keadaan kau sedang mengerang kesakitan dan terus gagah melawan gelak itu aku telan.... moga kau sedar Anwar... Moga kau sedar Azizah... Moga kau sedar Izzah... kamu hero rakyat yang menzalimi diri sendiri.....
Moga keadaan tidak terlambat.... Malaysia masih memerlukan Anwar namun syaitan yang berdiri mengangkang menghalang...
Nota kaki : Azizah merupakan proksi Anwar (itu bukan rahsia) , dia mencetuskan Pakatan Harapan bagi mendepani Barisan Nasional setelah Pakatan Rakyat diistihar mati setelah Pas mesra Umno.... Sebaik sahaja diumumkan maka P.P mengumumkan diri sebagai kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya negeri yang ditadbir Timbalan Presiden PKR mengumumkan pengumuman Azizah tidak ada kena mengena dengan Selangor....
bila undang - undang di guna untuk menindas perlawanan adalah wajib
Gambar 8 Disember 2015 dalam Makhamah Seksyen Petaling Jaya, dihadapan hakim ketika pertuduhan dibacakan |
Kesadaran adalah Matahari... Kesabaran adalah Bumi... Keberanian menjadi cakrawala... Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata...
Wednesday, December 23, 2015
Proton: Kesilapan Terbesar Najib Dengar Cakap Mahathir
Keluhan para pembekal atau vendor Proton mengenai kegagalan proton membayar dan menunaikan janji sememangnya sudah dijangka. Sejak sepuluh tahun lalu kerajaan telah mengetahui bahawa Proton tidak mampu bersaing dengan konglomerat kereta yang besar dalam dunia perdagangan bebas ini.
Hari ini industri automotif Asean telah dikuasai oleh Thailand dan mungkin Indonesia kerana Malaysia masih berterusan mahu melindungi Proton.
Idea dan kesungguhan Tun Mahathir membangunkan industri automotif negara dan jenama Proton wajar diangkat sebagai satu lakon layar patriotisme terbaik, biar berapa pun kos yang ditanggung selama ini.
Tidak ada salah keputusan Tun Mahathir mahu melaksanakan idea ini dan cuba menjayakannya.
Dalam perniagaan kita harus mencuba. Rugi bukan sesuatu yang hina asalkan kita belajar dari kegagalan tersebut. Kita rugi banyak kepada Proton, Mas, Perwaja dan Forex. Namun dalam kebanyakan hal kita belajar dari kegagalan dan memperbaikinya sehingga berjaya atau kita meninggalkannya kerana tahu ia bukan kepakaran kita.
Malangnya, Proton dari segi pembangunan teknologi dan perkembangan automotif sudah berada di tahap tidak dapat diselamatkan lagi. Ia hanyalah satu industri tempatan yang masih bertahan kerana perlindungan kerajaan dan patriotisme rakyat. Dari segi model perniagaan tulen ia sudah hancur lebih teruk dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kegagalan 1MDB mungkin hanya akan merugikan kerajaan beberapa bilion. Kerajaan lebih banyak rugi dalam isu Proton, Perwaja, Forex dan MAS berbanding 1MDB.
Namun isu lebih besar ialah kegagalan Proton sekiranya tidak diuruskan dengan baik akan mengakibatkan puluhan ribu pekerjaan hilang dan lenyap begitu sahaja.
Kesalahan dan kesilapan terbesar Mohd Najib ialah bersetuju dengan permintaan Tun Mahathir agar Proton dijual kepada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari.
Mohd Najib sepatutnya membenarkan idea Proton diambil alih oleh syarikat kereta yang sudah terkenal dengan syarat mengekalkan vendor dan pekerja proton sedia ada. Jika ini dilakukan, sungguhpun kita menutup jenama Proton namun kita memastikan industri automotif negara kekal berkembang dan industri-industri hiliran Proton kekal ada perniagaan.
Malangnya, Mohd Najib tiada keberanian politik menolak cadangan Tun Mahathir kerana tidak mahu dituduh sebagai perosak jenama Proton.
Sudah tentu penjualan ini menguntungkan Syed Mokhtar berdasarkan aset hartanah, teknologi dan rangkaian perniagaan sedia ada.
Sekiranya Proton ditutup hari ini pun Syed Mokhtar tetap untung kerana segala aset terutama tanah-tanah milik Proton akan tetap menjadi miliknya.
Namun apabila ini berlaku kerajaan akan menanggung beban politik besar dari segi ekonomi, pekerjaan dan industri automotif.
Inilah dilema kerajaan bila berhadapan dengan isu Proton!
Monday, December 21, 2015
Persatuan Kontraktor juga nyatakan RM9.7juta untuk 'facelift' pintu gerbang tidak masuk akal.
21 Disember 2015
1. sudah beberapa minggu sejak saya bangkitkan projek (facelift) pintu gerbang RM9.7 juta telah menarik perhatian orang ramai. Terbaru ia bukan sahaja menjadi bualan orang politik semata mata tetapi mengundang respon 2 persatuan kontraktor turut menyatakan jumlah tersebut 'tidak masuk akal'.
2. Setiausaha Agong Persatuan Kontraktor India Malaysia, K Kanthasamy dilaporkan media menyatakan jumlah tersebut membazir, katanya dengan jumlah RM9.7 juta tersebut boleh dibuat sebuah sekolah rendah pun. Jamaluddin Non , Penolong Setiausaha Agong Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia juga menyatakan ia jumlah yang melampau.
3. Azmin melalui kuncu - kuncunya sejak semalam menyebarkan masej khususnya melalui aplikasi whats app menyatakan bahawa projek tersebut diluluskan oleh Khalid Ibrahim. Ia kehendak Sultan maka terpaksa diteruskan dan jangan khuatir dengan jumlah nilai projek kerana kerajaan negeri hanya mendahulukan wang kerajaan dan ia akan diganti kemudian dengan wang kutipan derma dimana nama penderma akan ditulis di tiang pintu gerbang tersebut. Proses pilih kontraktor pula diletakkan kepada JKR.
4. Respon saya mudah iaunya bukan siapa lulus, adakah kalau bukan Azmin lulus maka ia jadi halal ? Pertikaian saya bukan pasal siapa lulus tetapi jumlah yang membazir dan tolonglah jangan buat perangai Umno guna nama Istana untuk berselindung. Jawapan derma lebih jenaka kerana nampaknya bukan sahaja Najib bermain dengan terma derma untuk mengaburi perlakuan , kini ada pemimpin antara kita juga berperangai sama. Siapa dapat dan proses tender juga belum lagi ditimbulkan, peringkat sekarang ialah nilai RM9.7 juta adakah wajar untuk facelift pintu gerbang, katanya denggan lampu dan siap sedikit pokok bunga pun harganya tidak wajar.
Dalam perihal menggunakan nama Sultan sebagai jawapan saya cabar pihak berkenaan membuat kenyataan rasmi terbuka agar mudah dijawab. Keratan Whats App kuncu Azmin dalam mengait Sultan ini masih saya simpan.
5. Sejak ditimbulkan isu ini saya turut mendapat rungutan kepada pengguna lebuhraya tersebut khususnya pengguna bermotorsikal, katanya malam kawasan tersebut gelap dan tidak ada pengawal pun. Tanda keselamatan kurang. Mula timbul pertanyaan, kontraktor dapat RM9.7 juta untuk facelift tak kanlah kerja lebih kurang kecualilah ia disub berlapis lapis sehingga yangs ebenar membuat kerja dapat sikit sahaja. Isu keselamatan projek RM9.7 juta ini sewajar turut menarik perhatian ramai kerana semalam sebagai bukti ia tampa kawalan apabila ada mayat seorang lelaki dijumpai tergantung.
Akhirnya isu ini bukan isu individu tetapi isu pentadbiran. Bukan siapa lakukan tetapi apa yang dilakukan.
Tidak kiralah Khalid atau Azmin, Bn atau bukan Bn....jika ia ada yang tidak kena wajar kita suarakan, jangan sesekali ada sikap kalau 'orang kita' jangan kita hebahkan.
Sekian dan terima kasih.
che'GuBard
Soalan buat Azmin berikutan serangan fitnahnya yang nyatakan saya 'macai' Umno
1. Pada 16 Disember 2015 yang lepas saya telah membuat kenyataan media (sila klik untuk baca kenyataan penuh) berkenaan dengan betapa Azmin memalukan dan memberikan peluru kepada musuh politik Pakatan Harapan.
2. Seperti biasa Azmin melalui kuncu - kuncunya terus mengalih tumpuan dengan menyatakan menjadi kesalahan saya kerana keluar media khususnya TV3. Kuncu - kuncu Azmin ini terlupa atau buat - buat lupa bahawa Azmin sendiri pernah keluar TV3 selepas PRU 13 dengan menfitnah Presiden Parti mengamalkan nepotisme dan kronisma dalam parti. Tuduhan ini dilempar selepas beliau tidak berpuas hati kerana kononya Anwar mungkir janji tidak jadikan dia Menteri Besar Selangor. Serentak dengan itu juga dia melalui kuncu - kuncunya menerusi media baru melemparkan perbagai fitnah ke atas bukan sahaja Presiden atau Ketua Umum tetapi Keluarga Anwar Ibrahim dengan menimbulkan gelaran Istana Segambut yang digunakan Umno sehingga kini.
3. Beberapa aduan rasmi dibuat ke atas Azmin ketika itu tetapi oleh kerana Pengerusi Disiplin parti orang dia maka semua dibakul sampahkan.
4. Seterusnya, Azmin sendiri mungkin tidak tahan dengan serangan yang dia rasakan ditujukan kepadanya maka dia sendiri depan media telah menggelar saya sebagai 'macai' Umno. Kepada Azmin Ali saya ingin bertanya, saya atau anda yang macai Umno ?
- siapa yang mengakui punya hubungan istimewa tidak boleh terpisah dengan Mahathir ? (anak angkat Mahathir). Ungkapan ini dibuat di majlis kenduri kahwin mewah anaknya baru ini yang memuja muji Mahathir dan beberapa pemimpin Umno yang hadir tanpa menyebut sedikit jasa Anwar Ibrahim.
- siapa yang 'secara sulit' ke kediaman rasmi Perdana Menteri , bertemu Rosmah Mansor bersalam dan mengungkap maaf ?
- siapa yang ketika Anwar saat getir berdepan hukuman fitnah ke atasnya namun Azmin masih bertemu sulit dengan Mahathir ?
- siapa yang ketika Wan Azizah dipersetujui oleh Parti secara sebulat suara calon tunggal MB melobi diri sendiri termasuk libatkan kroni dan proksi Mahathir ?
- siapa yang ketika parti dan rakyat menyambut kelahiran Pakatan Harapan dan dilancarkan ke seluruh negara namun angkuh engkar arahan parti malah mengekalkan hubungan dengan Pas yang jelas sedang berhubung dengan Umno ? Siapa yang berlakon seolah Pakatan Rakyat masih hidup ?
- apa makenisma memastikan edaran tidak bocor dan yang mendapat benar layak ?
- sudahlah diagihkan melalui jentera parti lebih malang lagi negeri atau cabang yang dilihat bukan penyokongnya tidak mendapat agihan tersebut. Malah jika Ketua MPN atau Ketua Cabang tidak penyokong Azmin ia disalurkan terus melalui kelompok tertentu dalam kawasan itu dan ia sebenarnya lebih memecah belahkan parti. Azmin mampu nafikan ?
- mana sumber duit zakat ini ? Ada gambar ia sumbangan DEIG, benarkah ?
Friday, December 18, 2015
Agen Umno : saya atau Azmin ?
Azmin perlu cakap berserta fakta, bukan beri jawapan selamat
Oleh NUR ASLINDA NASIR
18 DIS: Badrul Hisham Shaharin atau Che’Gu Bard memberi amaran kepada Menteri Besar Selangor supaya perjelaskan beberapa isu yang beliau gagal tangani sehingga kini, termasuk isu pemberian tender secara terbuka kepada satu syarikat.
Katanya, penjelasan itu harus disertakan dengan bukti dan fakta, bukan hanya memberi jawapan selamat apabila isu tersebut ditanyakan oleh pihak media.
“Duit zakat, DEIG (Darul Ehsan Investment Group), pintu gerbang dia (Azmin) gagal perjelas hingga kini, isu balak ini jangan hanya nafi, jika benar minta Pengarah jabatan hutan jangan diam sahaja tampil tunjuk bukti proses tender.
“Dan saya tak tuduh dia duduk dalam ‘board tender’ tapi adakah dia nak nafikan staff kanan dia berjumpa org penting dalam pemutus anugerah projek balak tersebut?” soalnya menerusi Whatsapp kepada media
Semalam, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui di Shah Alam menolak dakwaan Che’Gu Bard berhubung projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mececah RM45 juta diserahkan kepada syarikat tanpa proses tender yang betul.
Ini kerana jelas Azmin, pemberian tender itu adalah mengikut proses peralihan tender secara terbuka yang dibuat sejak 2008 lagi.
Menteri Besar Selangor itu dalam masa yang sama turut menyifatkan Chegubard sebagai pencacai UMNO.
“Yang jadi agen Mahathir itu Azmin, yang jumpa Rosmah dengan pergi ke kediaman Perdana Menteri itu Azmin, minggu lepas yang dalam majlis kahwin anak dia rai Muhyiddin dan puja puji Mahathir tanpa sebut sepatah pun Anwar itu Azmin.
“Yang masuk tv3 tuduh Presiden parti kronisma dan nepotisma itu Azmin,” katanya lagi.
Tindakan Azmin itu kata Che’gu Bard jelas menggambarkan yang beliau bukanlah pencacai UMNO seperti yang didakwa Azmin.
Dalam perkembagan yang sama, Che’gu Bard turut menjelaskan bahawa pihaknya akan ke TNB pada minggu hadapan bagi meminta penjelasan mengapa TNB perlu membayar RM13 juta dan membazirkan RM18 juta duit GLC untuk diberikan kepada dua syarikat terpilih.
Katanya, skandal dua kawasan balak tersebut adalah pintu kepada banyak perkara.
Surat terbuka buat Mahathir : Proton
Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.
Ariff Abd. Md
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,
Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.
YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.
Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.
Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai ‘contra’ bayaran untuk kami. Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.
Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!
Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.
Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. Kalau ‘drawing simple part’ pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.
Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.
Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.
Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.
Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.
Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.
Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!
Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.
Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.
Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, ‘Bagaimana Proton?’. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. Jika tanya, ‘Bagaimana Perodua?’ anda akan dapat jawapan ‘sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi’. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. Jepun Daihatsu akan datang ‘spot check’ kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!
Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.
Ariff Abd. Md
Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts