Wednesday, February 25, 2015

Hapuskan nyamuk aedes cara mesra alam

Mendengar berita mengenai penularan wabak denggi amat merisaukan. Merujuk laporan Kementerian Kesihatan, Malaysia mencatatkan peningkatan wabak denggi yang sangat serius iaitu 10,712 kes dan 19 kematian direkodkan berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Perkembangan ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kerana denggi bukanlah satu wabak yang boleh dianggap enteng kerana mampu meragut nyawa. Selain daripada semburan aerosol serta tidur di dalam kelambu, yang paling penting ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal.

Saya sendiri pernah menghidap demam denggi beberapa tahun yang lalu. Bukan sekali tetapi dua kali terlantar di hospital kerananya. Terasa menyakitkan sangat. Mudah-mudahan tiada yang ketiga, insya Allah.

Di sini saya ingin kongsikan satu cara untuk menghapuskan nyamuk aedes melalui kaedah yang mudah dan mesra alam.

Bahan-bahan :
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.

Info:
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.

(dipetik dari sumber internet)

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Thursday, February 05, 2015

Rancangan Msia Ke-11: Apa Aspirasi Rakyat Marhein?

Salam Perjuangan!

Gabungan Kiri Malaysia (GKM) telah dibentuk selepas PRU Ke-13 oleh beberapa beberapa organisasi dan individu. Tujuan penubuhan GKM ini adalah untuk mewujudkan satu gerakan kiri yang dapat menawarkan alternatif kepada rakyat Malaysia.

Selaras dengan ini, GKM akan dengan satu simposium mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Kerajaan Malaysia dijangka akan membentangkan RMK11 di Parlimen pada Jun 2015. Rancangan Malaysia sebelum ini yang berlandaskan polise neo-liberal, tidak membawa faedah kepada rakyat marhein dan hanya menjaga kepentingan segelintir golongan di negara ini. 

Oleh itu, GKM akan menganjurkan satu simposium mengenai RMK11 untuk mendapatkan pandangan alternatif daripada rakyat tentang aspirasi mereka dalam RMK11. Simposium ini juga akan membawa beberapa orang pakar untuk memberikan pandangan mereka. Hasil perbincangan simposium ini akan disampaikan kepada pihak Kerajaan. 
Butir-butir mengenai simposium tersebut adalah seperti berikut:

            Tarikh            :           11 & 12 April 2015 (Sabtu & Ahad)
           Tempat           :           Kuala Lumpur

Oleh itu, kami ingin menjemput saudari/I  ke simposim ini. Maklumat lanjut mengenai agenda simposium akan dihantar dalam masa terdekat. 

 Sekian, terima kasih. 

Wednesday, February 04, 2015

isu imej cek lebih RM12juta : Hargai respon RNC dan sedia untuk berjumpa

Kenyataan Umum

4 Febuari 2015

  1. pertamanya saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenai cek tersebut malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersama.
  2. Bila saya siarkan imej cek bernilai lebih RM 12 juta (yang merupakanhanya sebahagian dari yang diterima) ada beberapa penyokong yang saya tak pasti penyokong parti yang disertai RNC atau penyokong RNC sendiri muncul untuk menyerang saya kononya imej cek tersebut palsu dan sengaja saya cipta.
  3. Gambar - gambar tersebut saya terima dari sumber yang tak dikenali namun setelah saya kenal pasti kesahihanya maka dikenalpasti ia benar dan selaku rakyat maka saya ajukan pertanyaan.
  4. Akhirnya semalam RNC akui imej cek tersebut benar dan akui itu wang dia. Maka dengan sendirinya mensenyapkan penyokong - penyokong yang bersungguh muncul untuk nyatakan saya menipu dan menfitnah RNC.
  5. Cuma kenyataan RNC dalam portal The Malaysian Insider yang dengan nada sedikit angkuh bukan sahaja mengakui wang bernilai lebih RM12 juta itu wang nya tetapi turut menyatakan dia sememangnya kaya malah sejak dari ayahnya sudah punya beratus juta. Seperti biasa bila pemimpin Umno membuat kenyataan pasti bau sentimen perkauman akan ditiup, begitulah juga RNC ketika menjawab isu imej cek bernilai lebih 12 juta miliknya. Dia cuma mengalih perhatian dengan seolah saya anti Melayu dengan menyatakan "salahkah Melayu kaya...?"
  6. Wahai RNC, sesungguhnya tidak salah siapa pun baik Melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke atau orang asal ke untuk kaya tetapi selaku bekas menteri, senator dan ahli politik... adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab pertanyaan awam khususnya terhadap harta yang dia miliki.
  7. Kerana itulah juga perlunya mewajibkan membuat pengistiharan harta terbuka buat semua menteri dan wakil rakyat... bukan sahaja kakitangan awam sahaja yang perlu istihar harta. Jika dari awal kita istihar harta maka tidaklah menjadi fitnah, sangsi atau salah sangka awam.
  8. Akhirnya buat semua menteri yang sombong dan ego dengan harta mereka yang kononya dari kecerdikan dia berniaga, jika kamu tidak mahu dipertikai maka kamu pilihlah nak berniaga kumpul harta kekayaan atau mahu menjadi Menteri yang berkhidmat kepada rakyat kerana akhirnya dilema pertembungan konflik kepentingan tetap akan dipertikaikan.
  9. Sekali lagi saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya juga ada beberapa pertanyaan susulan berkenaan cek tersebut tetapi pertanyaan terbuka menjadi agak kurang relevan bila RNC sendiri memberikan respon dan sedia berjumpa. Setakat ini saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenainya malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersamademi kepentingan ramai.
oleh ;

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

web rasmi         : www.anakmudamalaysia.com
blog                   : http://chegubard.blogspot.com
twitter               : https://twitter.com/chegubard
fb Fan pages     :https://www.facebook.com/pages/CheGuBard/
eMail                : chegubard@gmail.com 

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM  klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Monday, February 02, 2015

Johor jual tanah ke kapitalis China ?! Tahniah !!!

Kenyataan Umum
21 Januari 2015

Tahniah Johor, Penganugerahan Tanah Kepada Konglomerat China Bukti Rakyat Johor Tidak Dianaktirikan

Kami Anak Muda Negara Johor merafak sembah tahniah ke bawah DYMM Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan bagi negara dan jajahan takluk Johor Darul Takzim di atas penganugerahan terus-terusan tanah-tanah kepada konglomerat dari Tanah Besar China. Sesungguhnya sebagai rakyat yang amat menjunjung titah dan kasih Tuanku, kami amatlah bergembira dengan kejayaan kita mendapatkan hasil bernilai RM 2.4 billion daripada penjualan 128 ekar tanah di Iskandar Waterfront kepada Greenland.

Daulat Tuanku,

Jun 2014 Kerajaan Negara Johor telahpun meluluskan satu enakmen yang dipanggil Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan satu tujuan agar rakyat negara Johor dapat membeli rumah yang mampu mereka miliki. Tahniah juga kerana dengan adanya LPHJ ini, rakyat negara ini mampu untuk membeli rumah-rumah mampu milik di Saleng, Kelapa Sawit, Kong Kong dan Masai berbanding rumah mewah di sepanjang pesisiran Pantai Lido dan Stulang.

Rakyat negara Johor juga amatlah merasa bangga dengan kebanjiran banyak kondominium-kondominium mewah di sekitar Iskandar Malaysia yang dilengkapi juga dengan pelbagai taman tema seperti Legoland, Hello Kitty, Angry Bird dan yang terkini pula Greenland akan menyedekahkan Taman Tema Salji.

Sesungguhnya kami memang teramat gembira dengan cadangan Greenland menubuhkan Taman Tema Salji. Sudah lama kami berangan-angan untuk membina orang salji laksana Olaf, karakter dalam filem Frozen. Kami memang sentiasa termimpi-mimpi negara Johor ini akan menjadi seperti Negara Princess Elsa & Princess Anna itu. Sekali lagi kami menyembah takzim dan menjunjung kasih dengan kurniaan yang tidak terperi ini.

Daulat Tuanku

Kami sebagai anak muda pewaris masa depan negara Johor ingin memberikan amaran kepada kumpulan dan NGO ekstremis Melayu seperti Perkasa dan lain-lain agar jangan pandai-pandai hendak membantah segala kepesatan pembangunan ini. Lebih baik kamu semua menyokong. Daripada pegangan Melayu terlepas kepada warga Singapura, adalah sangat mulia sekali jika kita dengan rela hati memberikan tanah-tanah kita ini kepada mereka-mereka yang berasal dari Tanah Besar China.

Tindakan ini juga merupakan satu lagi tindakan yang mencerminkan kecerdikan orang Johor dalam melakukan diplomasi dan mentadbir negara tercinta ini. Tidak perlu untuk membela beruang panda, cukup sekadar kita berikan tanah yang berhektar-hektar kepada konglomerat Tanah Besar China. Sudah pastilah kita akan menerima sokongan dan keuntungan yang banyak daripada negara China.

Daulat Tuanku

Orang-orang di Persekutuan dan bukan rakyat jati negara Johor jangan berani-berani hendak memberikan komen mengenai perkara ini. Ini amaran kami. Kami tidak kisah. Kami rela menggadai tanah-tanah kami di Iskandar Malaysia asalkan wujud peluang pekerjaan yang lumayan. Hari ini tiada lagi anak-anak Johor yang bekerja di restoran makanan segera. Kami telah menjadi seperti rakyat Dubai. Kami memandu Ford Mustang, Lamborghini, Hummer. Kami berbelanja di Paris, London, New York.

Dan akhir sekali, kami juga mendesak agar disegerakan pengenalan zon antarabangsa yang dicadangkan. Dengan keluasan tanah yang telah kita sedekahkan kepada konglomerat Tanah Besar China dan pengumuman Persekutuan untuk memansuhkan visa pelancong warga China, kami amat berharap di zon antarabangsa ini akan muncul rumah-rumah urut dan akuarium-akuarium gadis umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kami juga berharap agar harga urutan dan servis B2B di Iskandar Malaysia akan dapat diturunkan dengan drastik pada tahun ini sebagai satu lagi subsidi kepada rakyat.

Daulat Tuanku

Akhir kalam, kami tidak dapat untuk menggambarkan keterujaan kami untuk melihat kesemua kondominium ini berdiri megah di bumi Johor. Kami sangat tidak sabar untuk berlari-lari di hadapan kondominium ini sambil menjilat aiskrim. Kami sangat tidak sabar sekali. Kami juga begitu teruja menanti kehadiran Optimus Prime.

Kami sekali lagi menjunjung kasih setia dan merafak sembah tahniah kepada DYMM Baginda Tuanku Sultan diatas kecerdikan dalam meneruskan kesinambungan pembangunan di bumi tercinta ini. Semoga Allah merahmati dan memanjangkan usia Tuanku.

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Daulat Tuanku

Sekian,

Salam Muafakat Johor

Hadril Ridzal
Penyelaras SAMM Johor





In a statement replete with sarcasm released 21stJanuary 2015, non-governmental organization, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, congratulated the state for securing high cost property developments, especially by Communist China (PRC) companies. These projects are largely beyond the reach of Malaysians, Johoreans in particular.

The statement seemingly prompted by the announcement of another deal involving Shanghai state government linked-Greenland Group and Iskandar Waterfront City Bhd to develop the Tebrau Bay Waterfront City.

The deal is reported to be worth RM2.4 billion to develop 128 acres of land which will boast among other attractions and facilities, a snow world theme park, an opera house, a hospital specialising in Chinese traditional medicine and a school.

In a cynical reference to the movie 'Frozen', SAMM said that the people of Johor have been waiting for a snow theme park to realise the dream of Johoreans for the country to be like the country of Princess Elsa and Anna.


This represents the second project by Greenland. Last April, it also invested RM600 million for the joint-development of 13.6 acres in Danga Bay with Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), where a RM2.2 billion integrated mixed property project is coming up, including the recently-launched 'Jade Palace' luxury condominiums. (source: The Edge).

We meet with SAMM Johor coordinator Hadzril Ridzal and asked him, why the sarcasm? Why not just ‘come out with it’?

Banjir besar diramalkan berlaku lagi seperti Kelantan, kata pakar


Malaysia bakal menyaksikan lagi beberapa banjir besar sehingga menyebabkan lebih 100,000 rakyat Kelantan hilang tempat tinggal ekoran pemanasan global, penebangan hutan, dan kelemahan penguatkuasaan.
Kesimpulan ini dicapai pakar semasa forum perbincangan mengenai banjir Kelantan malam tadi yang membahaskan 3 faktor ini yang pada asalnya berlaku setiap tahun, bertukar menjadi malapetaka.
Memandangkan banjir berlaku setiap hujung tahun, faktor ini dijangka akan berlaku di negeri lain dan mungkin lebih buruk.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, MJO berasal dari Lautan Hindi dan melintasi Malaysia 4 kali setahun.
"Apabila MJO bertemu musim monsun timur laut di Semenanjung Malaysia pada hujung tahun, hujan akan turun lebih kerap daripada biasa," katanya semasa forum ‘Banjir di Kelantan: Takdir atau kebetulan?’ di Kuala Lumpur malam tadi.
MJO meningkatkan jumlah angin timuran yang membawa lebihan air dan mendorong monsun mengeluarkan hujan luar biasa apabila melintasi Semenanjung Malaysia.
Liew berkata, walaupun MJO melintasi Malaysia 4 kali setahun, tetapi hujan ribut hanya berlaku apabila ia mencapai fenomena iklim lain seperti monsun.
"Sejak tahun 1970 MJO menjadi semakin aktif. Ekoran pemanasan global, MJO meningkat daripada 40% kepada 50%. Jadi dalam tempoh 30 hingga 40 tahun akan datang MJO akan melintasi kawasan kita 6 kali setahun," katanya.
Peningkatan kekerapan MJO akan menyebabkan lebih banyak ribut petir yang akan menjadikan banjir lebih kerap berlaku.
Banjir besar di Johor pada tahun 2006 dan 2007 yang berpunca daripada hujan luar biasa, juga disebabkan oleh MJO, kata Liew.
Forum malam tadi dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), salah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang turun membantu kawasan terjejas akibat banjir di Kelantan.
Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff (gambar) berkata, banjir menyebabkan kemusnahan RM2 bilion manakala 2,500 rumah musnah di Kelantan dan mengorbankan 12 nyawa.
Turut terjejas negeri Perak, Terengganu, dan Pahang yang melibatkan 200,000 penduduk sehingga hujung tahun lalu.
Kerajaan Kelantan dan Putrajaya dipersalahkan kerana tidak cukup bersedia menjalankan misi bantuan selepas ada penduduk yang terputus hubungan, bekalan makanan dan pakaian selama berhari-hari.
Aktivis Sahabat Alam Malaysia (SAM) Sharmila Ariffin berkata, faktor lain adalah kerana penebangan hutan bagi tujuan perladangan.
Katanya, jumlah penebangan hutan di Kelantan adalah paling tinggi di Semenanjung.
Kadar penebangan hutan disebabkan ladang pembalakan semula dalam kawasan hutan simpan di Kelantan. Pada 2014, kerajaan negeri memiliki 162,000 hektar tanah yang diklasifikasikan sebagai perladangan balak.
Kawasan perladangan yang sudah dibersihkan, hasil balak serta kawasan belukar yang diambil menyebabkan kawasan tanah menjadi rata dan gondol.
Walaupun Kelantan negeri paling tinggi dalam perladangan balak di Semenanjung, menurut Sharmila, kerajaan pusat juga mempunyai dasar menggalakkan perladangan di seluruh negeri.
"Ini merupakan dasar di seluruh negeri. Bukan hanya di Kelantan. Ada RM1 bilion dana daripada wang rakyat digunakan untuk menggalakkan penebangan hutan dan membina perladangan," katanya.
Bekas ketua pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Fuad Abdul Rahman berkata, penebangan hutan akan menyebabkan tanah terhakis dan menjadikan sungai semakin mendap.
"Bila lapisan tanah atas terhakis, tanah tidak lagi mampu menyerap hujan," katanya.
Hujan lebat luar biasa akan menyebabkan paras sungai melimpah dan menyebabkan banjir.
Keadaan itu berlaku di sekitar Sungai Kelantan apabila hutan dibersihkan dan tanah yang terhakis masuk ke dalam sungai, kata Fuad.
Sungai Kelantan merupakan antara sungai utama yang melimpah dan menenggelamkan bandar Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Baru.
Fuad berkata, kemusnahan alam sekitar boleh dikurangkan jika penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) mensyaratkan pihak yang bertanggungjawab menebang hutan perlu mengemukakan pelan kawalan hakisan tanah.
"Kita sudah serahkan hasil kajian mengenai kemusnahan ini kepada kerajaan Kelantan. Tetapi pegawai memberitahu kami amat sukar untuk Kelantan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal hakisan dan mendapan," katanya.
Keadaan ini bukan hanya berlaku di Kelantan sahaja tetapi di semua negeri.
Kegagalan memantau kerja tanah dan menghalang hakisan tanah yang menyebkan aliran air tersumbat menjadikan keadaan lebih buruk ketika musim hujan lebat.
"Badan penguatkuasaan terletak dibawah PBT. Tetapi selalunya mereka tidak ada kesedaran atau kapasiti untuk melaksanakan penguatkuasaan jadi mereka menyerahkan beban kepada JPS.
"Tetapi JPS hanya boleh bertindak sebagai badan penasihat."
Banjir di Kelantan menurut moderator forum, Badrul Hisham Shahrin merupakan peluang kepada negara lebih berhati-hati terhadap bencana yang bakal berlaku pada masa akan datang dan cara untuk mengatasinya.
Katanya, iktibar banjir di Kelantan boleh digunakan di semua negara apabila penonton merumuskan "Jangan salahkan Tuhan berlakunya banjir". – 28 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/banjir-besar-diramalkan-berlaku-lagi-seperti-kelantan-kata-pakar#sthash.aQfsrkZE.dpuf

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Krisis Mahathir - Najib : Terima kasih Shahidan Kassim kerana buktikan saya betul

Coretan Umum

2 Febuari 2015

SERANGAN MAHATHIR, DAIM & CO : TERIMA KASIH SHAHIDAN KASSIM BUKTIKAN SAYA BETUL
  1. Sejak beberapa bulan lepas, sayatelah menulis dan bercakap soal pertembungan Mahathir - Najib buat sekian kalinya cuma kali ini nampaknya begitu serius kerana kelihatan Mahathir dan kemnya hulang sabar dengan Najib.
  2. Pertembungan Mahathir dengan pemimpin kerajaan bukanlah pelik kerana sudah banyak mangsa buli Mahathir hanya kerana mangsa buli ini gagal memenuhi kehendaknya. Bukan sahaja pemimpin politik seperti Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Ku Li, Abdullah Badawi malah penjawat awam juga tidak ketinggalan menjadi mangsa bulinya seperti Hakim Salleh Abas, Ani Arope (sekadar menyebut beberapa nama dari senarai yang begitu panjang).
  3. Najib bukanlah Abdullah yang langsung tidak mahu 'deal' dengan Mahathir. Abdullah bergantung dengan pemikir muda yang rakus yang memilih bertembung terus dengan mahathir sehingga terpelanting, tetapi Najib lain. Setiap kali Mahathir bising Najib 'deal' maka Mahathir diam sekejap. Banyak juga yang diserahkan jika disenaraikan untuk mensenyapkan Mahathir.Namun kali ini nampaknya serangan lebih 'ganas' dan agak tersusun.
  4. Komen saya mudah selaku pihak yang ingin melihat perubahan maka dimana harus kita berada. Kita pernah menjadi kuda tunggangan Mahathir membelasah Abdullah Badawi, namun setelah Abdullah terpelanting sebegitu rupa hasilnya Mahathir dan kroni makin kukuh dan rakyat tetap tak dapat apa. Adakah kali ini kita mahu sekadar memainkan peranan yang sama ?
  5. Malah saya tanpa berselindung menyatakan keputusan kes Anwar Ibrahim dimahkamah juga berkait rapat dengan pertembungan Mahathir - Najib ini. Setakat ini saya masih mempertaruhkan 'kad' yangmenyatakan Anwar akan bebas kerana dengan memenjarakan Anwar maka Najib membunuh musuh Umno no.1. Kalau Anwar di luar Umno tidak banyak pilihan kena berhati - hati kerana jika berlaku krisis terbuka maka Anwar sedia memancung bagi menamatkan riwayat parti tua warisan penjajah itu. Umno hilang maka terbogel jenayah semua dalamnya, maka menjadi tanggungjawab semua memastikan Umno hidup. Jika Anwar dipenjara ...pemain - pemain politik dalam Umno hilang takutnya maka Najib akan diserang secara terbuka dan maka bakal terpelanting lebih teruk dari Abdullah. Abdullah ada Khairy tetapi Najib ada Rosmah yang lebih digerami.
  6. Namun kad yang saya taruhkan sedikit goyah kerana baru - baru ini seorang bekas menteri kabinet orang kepercayaan Najib (tetapi Rosmah tak berapa harap dia ni) telah mengadap dan berjumpa dengan Daim. Perjumpaan panglima Najib dan panglima Mahathir ini katanya mencapai beberapa persetujuan yang juga melibatkan kes Anwar Ibrahim. maka Anwar kena lebih licik kali ....dia dalam bahaya.
  7. Namun semua kenyataan saya ditolak tepi oleh seorang ahli politik senior Umno yang bertaraf kaki ampu dengan hanya tahu menafikan. Datuk Syed Ali Alhabshee menyatakan tuduhan saya bersifat fitnah kosong dan hanya mempermainkan Umno semata - mata. Katanya Umno kukuh , Mahathir dan Najib tidak ada langsung masalah.
  8. Hanya seminggu selepas itu sahaja muncul seorang lagi pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Shahaidan kassim menyatakan kesanggupan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pergaduhan Mahathir Najib. Saya dengan ini mengucapkan terima kasih kepada Shahidan kerana membuktikan semua yang saya nyatakan terbukti benar. sila klik sini
  9. Pertembungan Mahathir dan Najib bukan sahaja satu - satu pertembungan dalam Umno ini. Keadaan dalam Umno begitu teruk. Dalam keadaan Najib yang tidak diam diri terus menyusun blogger dan beberapa agensi supaya kukuh dibawah pengaruhnya ada pula orang dibawahnya bertembung dan ambil kesempatan.
  10. Surat Zahid Hamidi ke Amerika membela seorang warga Malaysia yang terkait kegiatan jenayah antarabangsa tidak akan terkeluar jika tidak libatkan orang dalaman.
  11. Katanya Najib akan mula tempatkan orang orang setianya di semua tempat strategik seperti SKMM dan dengarnya Nasir Safar (setiausaha Najib yang terpaksa berhenti selepas memberikan komen perkauman) akan menjadi kepala JASA sebuah agensi perang saraf.
  12. Sepupu Najib, Hishamuddin bertindak mempertahankan Najib dengan mengumpulkan blogger - blogger didudukkan dibawahnya. Malangnya strategi tak berubah, kedengaran usaha nak dedah video seks Daim dan seumpamanya. Malah kesempatan Hishamuddin susun blogger ini juga digunakan oleh kem ini untuk menyerang muruh politik dalam Umno juga. Pertembungan Hishamuddin dan Zahid Hamidi mula ketara di beberapa peringkat. 
  13. Pertembungan dalam regim penguasa begitu teruk, MIC pecah, MCA lemah...Umno gundah... tetapi disaat regim pecah dan lemah .... apa khabar PR ?
oleh

che'GuBard
Pengasas SAMM


klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

cek lebih RM12 juta atas nama Bekas Menteri dan Isteri ?





Saya mendapat 4 keping gambar dari orang tak dikenali yang merupakan imej beberapa keping cek.

Diteliti beberapa keping cek dalam gambar berjumlah lebih RM12 juta. Setelah diteliti dan cuba dibuat cari suai maka nama di cek itu menemukan dengan nama Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Zainal Abidin seorang bekas menteri dan juga isterinya.

Adakah benar ? Apa urusan bekas Menteri mendapat cek bernilai sebegitu jumlahnya.....

Jika benarlah untunglah pak menteri dah jadi bekas wang berjuta - juta... itu baru dalam bentuk cek tetapi jumlah sebenar hartanya berapa pula ?

LHDN teruslah tutup mata, rakyat bodoh bawah ni kamu hambat dengan cukai perbagai tapi yang diatas tu berapa yer cukai yang dibayarnya ? SPRM teruslah membuta, lebih baik tangkap kes sarjan ambil rasuah RM50 banyak - banyak untuk turunkan indeks rasuah negara senang kerja dari tangkap jerung siasat bagai nak gila akhirnya buang kes pula....

Mohon senator Dato Raja Nong Chick tolong perjelaskan.

Teringat pula pendedahan YB Nurul Izzah Pada Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.


coretan


che'GuBard SAMM

1 Febuari 2015 (sempena hari wilayah)

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM