Kenyataan Terbuka
27 Jun 2012
PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM
Siri Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan lagi kejutan demi kejutan. Jelajah Merdeka Rakyat siri Nibong Tebal pada 24 Jun 2012 telah menyaksikan kemasukan 318 orang anggota IPF, MIC dan GERAKAN yang berketurunan India diketuai oleh Ketua Wanita IPF Negeri Pulau Pinang, di mana borang kemasukan diterima sendiri oleh DSAI. Kemasukan ini membawa satu gelombang baru dalam masa semua ternanti - nanti pengumuman tarikh pilihanraya yang masih takut untuk diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Dengan imej persiapan dan penampilan pentas yang begitu tersusun dan menarik, jelajah Merdeka rakyat akan diteruskan pada 29 Jun ini di Stadium Mini Keladi, Kulim dengan menampilkan YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, YB Datuk Mahfuz Omar dan N.Surendran di samping YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dijangka Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman penting di hujung majlis itu nanti khususnya berkenaan dengan dua kerusi PKR di kawasan tersebut yang melibatkan wakil rakyat melompat.
Siri Jelajah Merdeka Rakyat menjadi satu kemestian untuk dihadiri oleh warga setempat, selain mendapat liputan secara langsung ke seluruh dunia. Setakat ini setiap siri Jelajah Merdeka Rakyat telah mendapat kehadiran yang amat besar iaitu antara 8,000 hingga ke 20,000 orang. Dijangka kehadiran akan menjadi lebih ramai di Kulim dengan beberapa kejutan yang dinanti.
Semua yang berada di sekitar adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Merdeka Rakyat di Kulim. Ayuh bersama meraikan sebuah usaha murni bagi merealisasikan sebuah Kemerdekaan Rakyat.
Sekian dan terima kasih.
che'GuBard
Penyelaras
Seketeriat Jelajah MERDEKA RAKYAT 2012
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, June 28, 2012
Tuesday, June 26, 2012
Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji
Oleh Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)
Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :- Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai. Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah : وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2) Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2) Juga Firman Allah : وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282) Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.
Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi. Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara. Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :
وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283) Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Tuesday, June 12, 2012
ANIFAH AMAN TIDAK SERIUS MENJALANKAN TUGASNYA SEBAGAI MENTERI LUAR
Kenyataan Media
12 Jun 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman seperti yang dilapor oleh Malaysiakini kononnya perbicaraan dakwaan rasuah dalam isu pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Malaysia buat masa ini. Anifah Aman juga turut menyebut kes tersebut sebagai 'bukan perkara serius'.
Kenyataan Anifah Aman sebagai seorang menteri dilihat kurang bertanggungjawab memandangkan isu skandal rasuah kapal selam ini mendapat liputan di peringkat antarabangsa. Skandal ini memalukan negara dan telah diberitakan di beberapa akhbar seluruh dunia. Ia termasuklah dakwaan ahli parlimen negara Malta bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.
Skandal scopene diparahkan lagi dengan pendedahan penjualan dokumen sulit maklumat pertahanan negara seperti yang dilapor oleh SUARAM. Perkara ini juga membawa kepada laporan polis daripada SAMM di seluruh negara bagi mendesak pihak polis membuka kertas siasatan. Dalam isu berkaitan, Najib Razak yang diam menikus apabila dilaporkan pernah bertemu Altantuya di Paris oleh seorang wartawan The Phnom Penh Post minggu lalu turut menggemparkan negara. Apakah ini tidak cukup serius?
SAMM melihat isu rasuah, penyelewengan, kebocoran maklumat keselamatan negara dan pembunuhan 'tanpa motif' adalah perkara yang serius. Lebih daripada serius apabila Perdana Menteri sesebuah negara itu turut diheret sama.
Kedangkalan Anifah Aman dalam mengeluarkan kenyataan menjadi tanda tanya apakah ia bertujuan untuk mengampu Perdana Menteri bagi menjamin 'kerusi selamat' dan seterusnya kekal status jawatan menteri memandangkan pilihanraya sudah semakin hampir?
Justeru itu, kegagalan Anifah Aman menentukan apakah definasi sebenar 'serius' dalam mengurus negara membuatkan SAMM secara keseluruhannya bersetuju bahawa Datuk Seri Anifah Aman harus meletak jawatan sebagai Menteri Luar kerana tidak serius menjadi seorang menteri.
Sekian
Roslee Mohd Shariff
Penyelaras SAMM Kebangsaan
12 Jun 2012
gandingan adik beradik Musa dan Anifah

Monday, June 11, 2012
Kenyataan Media
11 Jun 2012
Laporan Polis Terhadap Isu Penjualan Maklumat Pertahanan Negara Oleh SAMM dan Sekutu di Seluruh Negara.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus mengorak langkah berdepan kebejatan regim dengan membuat laporan polis dalam isu kebocoran maklumat keselamatan negara. Ini berikutan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, Terasasi Limited yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah menjual rahsia pertahanan negara kepada DCNS Perancis.
Sehingga kenyataan ini keluar, laporan polis telah dibuat di beberapa negeri termasuk di Balai Polis Yong Peng Johor, Kedah di IPD Sik, Pulau Pinang di IPD Bayan Baru, Terengganu di IPK K.Terengganu, Selangor di IPD Sabak Bernam, Pahang di IPK Kuantan dan Wilayah Persekutuan di IPD Dang Wangi. Beberapa negeri lain termasuk Melaka, N.Sembilan, Perak dan Perlis akan menyusul laporan polisnya hari ini.
SAMM merujuk kepada laporan SUARAM melalui artikel yang bertajuk FRENCH SUBMARINES DIVING MALAYSIA INTO DEEP CONTROVERSY pada 30 MEI 2012 di laman sesawang rasmi pertubuhan itu menyebut – Dokumen itu berkaitan laporan penilaian prestasi kapal selam Scorpene berasaskan keperluan pertahanan yang digariskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Dokumen sulit itu dijual pada harga 36 juta Euro (bersamaan RM142 juta).
Pendedahan tersebut menimbulkan tandatanya besar bagaimana dokumen sulit ketenteraan boleh dengan mudah dijual kepada syarikat pertahanan asing. Perbuatan ini adalah jelas merupakan perlanggaran undang-undang negara malah boleh diklasifikasikan sebagai pengkhianatan kepada negara.
Sehubungan dengan ini SAMM dalam laporan polisnya meminta suatu siasatan yang telus dan professional dijalankan oleh pihak berkuasa dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Siasatan hendaklah dibuat 'without fear or favour' termasuk terhadap Menteri Pertahanan ketika itu (PM sekarang) kerana beliau bertanggungjawab secara langsung di atas keselamatan negara. Perbuatan menjual rahsia negara tidak boleh dipandang ringan kerana mengancam keselamatan negara. DS Najib Razak, yang pada ketika skandal penjualan dokumen rasmi pertahanan negara ini berlaku memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Dipercayai juga bahawa Terasasi Limited ini dimiliki oleh Abdul Razak Baginda dan bapanya Abdul Malim Baginda yang merupakan sekutu kuat dan penasihat utama Dato Sri Najib Razak. Maklumat juga mempercayai mereka juga adalah proksi Najib dalam skandal penyelewengan pembelian Scorpene
Oleh yang demikian, SAMM menuntut penyiasatan yang menyeluruh wajib dibuat demi mempertahankan keselamatan negara serta membawa mereka yang khianat ke muka pengadilan.
Zulkifli Hj Ibrahim
Pengarah Seketariat SAMM Kebangsaan

Sunday, June 03, 2012
Dr M Adalah Orang Pertama Harus Di Siasat RCI
SHAH ALAM, 2 JUN : “Orang pertama yang harus di siasat dan didakwa berhubung isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.” tegas Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (CheguBard).
Beliau berkata demikian ketika di hubungi TV Selangor berhubung cubaan kerajaaan pusat kononnya mahu menubuhkan
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah baru-baru ini.

Katanya, Pakatan Rakyat (PR) mahu kerajaan pusat bukan sekadar menubuhkan RCI berhubung isu PATI di Sabah malah di seluruh negara sahaja sekiranya kerajaan ikhlas mahu menangani isu tersebut secara telus.
Gesaan itu disifatkan wajar kerana isu pendatang asing turut berlaku di kawasan-kawasan lain seluruh negara sejak sekian lama.
Menurutnya, perkara itu sudah menular sejak dari zaman pemerintahan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab membawa masuk lebih setengah juta pendatang asing ke Sabah pada era 1980′an lalu untuk menjatuhkan kerajaan PBS, pimpinan Datuk Pairin Kitingan.
“Saya menyambut baik penubuhan RCI ke arah untuk menyelesaikan atau penyiasatan terhadap isu kad pengenalan palsu yang diberikan Tun Dr Mahathir sehingga sekarang. Kerajaan kononnnya nak tunjukkan sikap prihatin mereka terhadap isu ini di Sabah.
“Dr Mahathir harus menjadi sasaran utama suruhanjaya ini kerana masalah ini sudah menular sehingga merosakkan daftar pemilih kita. RCI juga boleh ditubuhkan jika benar-benar mahu bersihkan pilihan raya untuk ambil hati pengundi,” tegasnya.
Apa yang menjadi keutamaan katanya, RCI perlu dilaksanakan secara efisyen supaya ia tidak menjadi siasatan dangkal yang akhirnya gagal membongkarkan siapa yang bersalah.
Jelasnya, ketelusan dalam melakukan siasatan adalah penting kerana ia membabitkan soal masa depan negara terutama terhadap generasi muda.
“Bagi saya jelas bahawa RCI perlu melihat apakah hasil siasatannya. Kita boleh bercakap apa sahaja malah Tun Dr Mahathir boleh menafikannya, tetapi RCI seharusnya meneliti sehingga kita boleh membongkarkan siapa sebenarnya yang terlibat serta puncanya. Mesti ada pihak yang bertanggungjawab kerana isu kad pengenalan adalah masalah yang tidak pernah selesai,” ujarnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Beliau berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)