by shahpaskal
WAKIL SENJATA KECEWA APABILA PEMBELIAN SISTEM PERTAHANAN NEGARA TIDAK DIBUAT SECARA TELUS
1. Wakil-wakil syarikat sistem pertahanan senjata di negara ini mahu KementerianPertahanan supaya lebih berhati-hati dalam urusan pemberian tender memandangkan ada syarikat yang menawarkan peralatanyang sudah ketinggalan zaman dan bakal menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian jutaan ringgit.
2. Isu penawaran sistem latihan Air Combat Manoeuvering Instrumentation (ACMI) untuk melatih juruterbang jet pejuang menjadi "Top Gun" secara sewaan sebanyak RM20 juta selama setahun untuk jangkamasa 10 tahun telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil syarikat sistem pertahanan di negara ini.
3. ACMI yang ditawarkan untuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan dipasang di pengkalan udara Kuantan dan Butterworth bakal menjimatkan wang kerajaan yang selama ini banyak dibazirkan apabila terpaksa menghantar juruterbang jet pejuang TUDM, pesawat serta kakitangan terlibat untuk berlatih di pengkalan udara Korat di Thailand pada setiap tahun.
4. Penghantaran pesawat dalam jumlah yang tidak diketahui itu sekaligus menimbulkan isu keselamatan apabila jumlah pesawat TUDM yang tinggal di dalam negara menjadi kurang bilangannya.5. Malaysia tidak pernah mempunyai sistem ACMI sedangkan negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia sudah mendahului TUDM, sistem itu akan melatih juruterbang TUDM dalam pertempuran olok-olok tetapi menyerupai peperangan sebenar termasuk gangguan dari sistem pertahanan elektronik.
6. ACMI mula-mula sekali dibangunkan oleh Israel yang amat bergantung kepada
kecekapan juruterbangnya untuk menghadapi ancaman dari negara-negara Arab.7. Kecekapan juruterbang Israel dalam menembak jatuh lebih kurang 80 pesawat Syria dengan kehilangan hanya tiga pesawat negara Yahudi itu dalam pertempuran udara di Beeka Valley, Lebanon pada tahun 1982 benar-benar membuka banyak negara sehinggakan Amerika Syarikat membangunkan sistem ACMInya sendiri.
8. Sistem ACMI terkini berdasarkan pada teknologi yang dikategorikan sebagai generasi P5, Singapura, Thailand dan kebanyakkan negara sekutu Amerika Syarikat (kecuali AS) masih menggunakan sistem ACMI yang berada dalam generasi P4.
9. Penggunakan sistem ACMI walaupun kelihatan mudah dan tidak "glamour" seperti pembelian pesawat Su-30MKM tetapi impak pada keselamatannya amat besar kerana ia membabitkan data pesawat, elektronik, taktik dan strategi TUDM serta frekuensi komunikasi sulit di antara pesawat dan bilik kawalan.
1o.Pada pertengahan tahun 2002, Kementerian Pertahanan menawarkan tender ACMI secara terbuka melalui akhbar tempatan dan tiga buah firma antarabangsa dengan diwakili oleh broker masing-masing yang berpengkalan di Kuala Lumpur membida tender itu.
11.Tender terbuka itu kemudian ditutup tanpa sebarang alasan dan ditukar menjadi rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan yang menawarkan sistem ACMI pada kategori teknologi generasi P4 (ketinggalan zaman dalam jarak 20 tahun dengan generasi P5) milik AS yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia dan prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kewangan serta pemimpin tertinggi negara ini.
12.Pengerusi Kira-kira Wang Awam Datuk Shahrir Samad dalam kenyataannya pada sebuah akhbar tempatan pada Okt 2007 dahulu mengakui bahawa pemberian tender secara rundingan terus adalah amat membahayakan dan pilihan itu hanya patut dibuat jika tidak ada sebarang pilihan lain yang lebih baik.
13.Seorang wakil sistem pertahanan dari Jerman yang enggan dikenali memberitahu, tawaran itu tiba-tiba ditutup dan diberikan kepada sebuah syarikat lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, syarikat terbabit menawarkan sistem ACMI generasi lama buatan AS iaitu P4
14."ACMI P4 milik AS tidak serasi dengan pesawat TUDM yang kebanyakkannya dari buatan Russia. Tidak mungkin orang Russia mahu bekerjasama dengan jurutera AS untuk mengintegrasikan sistem pesawat MIG dan Sukhoi dengan perisian AS kerana ini secara tidak langsung akan mendedahkan Source Code pesawat mereka kepada AS," katanya.
15.Beliau berasa kesal kerana pihak TUDM memilih sistem ACMI milik AS sedangkan sistem ACMI buatan Jerman yang ditawarkan olehnya merupakan dari kategori P5 dan tentera udara Jerman yang turut menggunakan pesawat MIG-29 sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa sistem ACMI buatan mereka boleh dipasang pada pesawat buatan Russia, AS dan British yang TUDM pakai.
16."Persoalan sekarang mengapa TUDM sengaja memilih sistem yang ketinggalan zaman. Ia juga lebih mahal berbanding dengan sistem terkini yang ditawarkan oleh Jerman. Perlu diingatkan pembelian ini tidak melibatkan tawaran timbal balas seperti perpindahan teknologi dari negara pembuat...jadi tidak ada alasan untuk menjadi mahal," katanya lagi.
17.Beliau mendedahkan negara seperti AS tidak akan bermurah hati untuk memberikan Malaysia teknologi terkini berbanding dengan negara sekutunya dan ini sudah terbukti dalam pembelian pesawat F/A 18-Hornet buatan Boeing, di mana AS tidak mahu memberikan "Source Code" pesawat itu kepada TUDM.
18.Kata-kata beliau mempunyai kebenarannya apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapannya pernah mendedahkan bahawa kuasa besar itu tidak mahu memberikan "Souce Code" pesawat Hornet dan ini menyebabkan TUDM tidak dapat mengoptimumkan kuasa tempur pesawat Hornet kepada tahap 100 peratus.
19.Katanya lagi, pemakaian ACMI pada pesawat AS dan stesyen kawalan darat membabitkankeselamatan negara kerana ia akan merekodkan komunikasi sulit, taktik dan strategi TUDM, ada baiknya jika TUDM mendapatkan sistem ACMI yang turut menawarkan "Source Code"nya sekali supaya ia mampu dikendalikan oleh anak tempatan.
20.Seorang lagi wakil syarikat dari Korea Selatan yang menawarkan sistem yang sama dari negara itu turut melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pegawai TUDM dan Kementerian Pertahanan termasuk juga syarikat yang mewakili sistem keluaran AS itu yang seolah-olah mengenepikan aspek keselamatan dan kepentingan negara dalam hal ini.
21.Teknologi ACMI pada kategori P5 buatan Korea Selatan itu adalah yang paling murah berbanding dengan dua pesaingnya iaitu sistem ACMI dari Jerman dan AS tetapi merupakan teknologi yang dibangunkan secara "Reverse Engineering" dari sistem milik Israel yang pernah dipakai oleh tentera udara republik itu.
22."Bukan soal untung rugi yang dipertikaikan di sini tetapi sampai bila soal ketelusan dan kepentingan orang-orang tertentu dalam TUDM dan Kementerian Pertahanan mahu kita sembunyikan," katanya.
23."Bayangkan jika TUDM menggunakan teknologi P4, sampai masa kita kena upgrade kepada P5. Syarikat terbabit mendapat dua kali untung. Tidakkah ini membabitkan pembaziran wang, janganlah abaikan kepentingan negara di atasfaktor yang berdasarkan soal keuntungan," katanya.
24.Beliau mendedahkan pucuk pimpinan TUDM mengetahui akan perkara itu dan tahu TUDMmempunyai pilihan yang lebih baik tetapi atas sebab-sebab tertentu cuba mendiamkan isu terbabit dan pada masa yang sama memastikan firma lain tidak memenangi bidaan itu.25."Saya pernah melihat surat yang ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Kementerian Pertahanan, surat itu menyebut, rundingan terus terpaksa dibuat memandangkan TUDM tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik," katanya.
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Sunday, August 30, 2009
PEMBELIAN SISTEM PERTAHANAN NEGARA TIDAK DIBUAT SECARA TELUS
Friday, August 28, 2009
Iklan jualan kasut sempena Raya
Agen jualan juga dialukan. Beli banyak dapat murah. Bergaya di hari Raya sambil membantu kami terus membantu fakir miskin.
Mengapa Musa Hassan tetap selamat?
Di sini diperturunkan semula tulisan teman blogger 'Penarik Beca' untuk tatapan semua...
Sudah banyak surat sumpah yang disiarkan oleh Malaysia Today mengenai apa yang didakwa sebagai kaitan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan sindiket kongsi gelap (Sila lihat posting blog ini yang bertajuk "Musa Hassan akan terus jadi KPN" Di dalamnya ada pautan kepada surat-surat sumpah yang tidak dipadamkan nama pihak yang terlibat). Semalam disiarkan lagi.
Makin banyak didedahkan, makin kukuh kedudukan Musa. Dia disambung lagi perkhidmatannya. Apakah sebenarnya jasa Musa yang dipanggil si tukang lobi? Tukang lobi biasanya mendapat habuan. Mungkin Musa melakukan kerja-kerja kebajikan dan tak mendapat habuan. Tetapi, kalaulah dia dapat habuan, adakah dia makan sorang-sorang?
Adakah tidak ada ahli politik yang tumpang sekaki? Sedangkan mereka perlukan banyak wang untuk menjual beli manusia atau human trafficking - iaitu kegiatan membeli perwakilan yang diharapkan undi mereka dalam pemilihan parti dan perwakilan pula menjual undi dan maruah diri.
Musa sering dikaitkan dengan B K Tan. Awal-awal dulu, saya ingat hanya Musa sahaja yang dikaitkan dengan Tan. Rupa-rupanya ada ahli politik Umno yang dikaitkan dengan Tan, iaitu bekas Bendahari Umno, Datuk Abdul Azim Mohamed Zabidi (Sila lihat posting blog ini bertajuk "Umno dituduh boneka gangster pulak").
Tidakkah pendedahan tersebut menunjukkan penyusupan Tan dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu jauh dan mendalam? Tan didakwa kepala gangster. Persoalannya, berapa ramai lagi kepala gangster yang menyusup begitu jauh dan mendalam dalam kerajaan BN? Adakah Tan seorang sahaja?
Tan juga didakwa menjadi kepala along. Kalau benar dia kepala along dan beliau pula kelihatan begitu jauh dan mendalam penyusupannya dalam kerajaan BN, adakah harapan rakyat untuk melihat Malaysia yang bebas along hanyalah harapan palsu yang ditaburkan untuk penyedap mata melihat dan telinga mendengar sahaja?
Berkawan dengan kepala gangster yang dituduh menjadi kepala along, kepala sindiket judi haram, kepala sindiket persundalan dan entah kepala apa lagi tidak mengkhianati kepercayaan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia yang mengharapkan kerajaan yang bersih?
Bolehkah rakyat disalahkan jika mereka terus dicengkam kebimbangan terhadap kadar jenayah yang tinggi? (Lihat The Star 27/7/09 "Poll: Most citizens concerned over high crime rate"). Salahkah mereka jika mereka yakin bahawa kadar jenayah akan terus tinggi kerana Ketua Polis Negara dan pemimpin Umno didakwa menjadi peliharaan kepala gangster dan kepala along? Apa usaha Ketua Polis Negara dan pemimpin Umno untuk mematahkan habis-habisan dakwaan itu?
Musa juga dituduh penipu. Dan bila didakwa bahawa beliau menipu mengenai kadar jenayah di negara ini, mengapa tidak ada sebarang penyiasatan dan tindakan? (Lihat posting blog ini "KPN menipu menteri miskin intelek?")
Akhirnya, apa ikatan kepentingan antara Musa dan para pemimpin Umno? Jika tidak, masakan tempua bersarang rendah dan Musa terus selamat. Kenapa?!!
sila klik sini untuk baca kenyataan media cheGuBard berkaitan isu ini.
Bantah Konsert lagi....
Tidak menentang usaha menentang konsert ini. Dalam negara demokrasi rakyat berhak menyatakan pandangan namun kerajaan harus membuat keputusan yang betul dan kumpulan keputusan -keputusan tersebut akan diadili oleh rakyat pada masa pilihanraya.
Cuma cheGuBard khuatir isyarat yang salah dibaca oleh rakyat khususnya golongan muda dengan siri bantahan konsert oleh pemuda PAS ini. Bersetuju dengan hujah Hishamuddin Rais dalam tukar Tiub kan lebih baik bantah Pusat Judi Genting yang dipunya oleh Kapitalis yang punya kaitan rapat dengan datuk kepada Najib dan Hishamuddin (H1N1). Keluarga H1N1 ini mendapat keuntungan dari kegiatan perjudian tersebut. Judi salah di sisi Islam dan judi juga punya banyak yang negatif lebih kepada masyarakat.
Lantikan Idris Jala ingatkan kita pada Amir Sham
Semalam Najib telah melantik Idris Jala, maka lantikan ini tidak jauh bezanya dengan lantikan mirsyam oleh Abdullah. Malah ia lebih parah lagi. Di umumkan juga lantikan Idris sebagai Menteri tidak perlu lapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Idris ditugaskan melaporkan tugasanya kepada seorang lagi Menteri Koh Tsu Koon.
Idris dibawa masuk ke dalam kabinet sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.
Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).
Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.
Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.
Ini amat pelik jika nak bantu menteri lantik sahaja sebagai Timbalan Menteri atau pegawai bertaraf Pengarah di JPM.
Ketika membentuk kabinet Najib bangga dengan kabinet yang bersaiz lebih kecil(walaupun sebenarnya tidak benar). Ini satu pembaziran tentunya ratusan ribu wang rakyat terbazir untuk menempatkan seorang lagi menteri dari segi prasarana pejabat, kakitangan sokongan dan faedah kewangan, dalam keadaan rakyat menderita Perdana Menteri terus membazirkan belanjawan negara.
Dicadangkan jika Najib yakin Idris mampu melaksanakan tugasan tersebut maka gugurkan sahaja Koh Tsu Koon tidak perlu rakyat membazirkan ratusan ribu hanya untuk ada dua menteri yang buat kerja yang sama.
cheGuBard akui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS. Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian.
Kepada blogger Umnoi yang anti Abdullah yang membuat lawak dengan lantikan Amirsyam tempoh hari sekarang apa kata saudara semua dengan lantikan Idris Jala, adakah perlawanan terhadap Abdullah hanya kerana tidak mendapat habuan ?
Nota : semalam tergelak lepas solat Isya terdengar perbualan orang Umno luar Masjid. Mereka kata "bagus Najib lantik lagi Menteri Melayu Islam nak imbang kuasa cina (Koh Tsu Koon)......." Inilah Umno terperangkap dengan hujah ciptaan 'Melayu' mereka sendiri.... Idris Jala Melayu kah dia...Islam kah dia...?
pecahkan mitos sempena Merdeka
Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.
DARI JELEBU oleh Hishamuddin Rais
Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanamanmereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.
Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.
Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi didalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.
Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.
Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.
Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.
Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.
Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.
Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
MITOS PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHING. Sabah ,Serawak, Singapura danPesekutuan Tanah Melayu menjadi PersekutuanMalaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.
MITOS KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialahKesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays NationalOrganisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
MITOS KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
MITOS KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan
British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
MITOS KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulatbulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun diciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya lihat Jalur Gemilang tidak
ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.
MITOS KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.
MITOS KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS
Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional.
ADUN Terengganu 'bincang' tinggalkan Umno
Pertembungan itu sememangnya 'real', tidak siapa boleh menafikan. Tindakan Najib menghantar sepupunya Hishamuddin untuk menyelesaikan isu tersebut dengan memangku Ketua Perhubungan Umno Terengganu nampaknya bukan bergerak ke arah menyelesaikan tetapi lebih menserabutkan.
Dua hari lepas sebuah laman portal berita internet telah menyiarkan kemungkinan ada ADUN Terengganu (kem bekas MB) akan 'bertukar' parti. Serentak dengan itu Hishamuddin sendiri telah menghubungi kesemua ADUN yang disyaki dan setelah memujuk ugut semuanya, wartawan diarahkan menghubungi kesemua mereka untuk penafian.
Sebenarnya usaha rundingan memang wujud, bukan pancing tetapi beberapa ADUN tersebut yang mulakan rundingan kerana katanya apa guna berada dalam Umno yang tidak mahu mendengar 'rintihan orang bawah'. Mereka mendesak tukar MB atau mereka akan keluar parti.
Cuma mereka ADUN - ADUN ini tak berapa berani apabila Menteri Dalam Negeri yang menjadi pemangku Pengerusi Perhubungan Terengganu membuat pujuk ugut ke atas mereka.
Apapun kemelut politik di Terengganu terus memangsakan rakyat.Perkembangan terbaru dalam sidang DUN Terengganu yang bermula 26 Ogos lepas membuktikan betapa ADUN Bn tidak serius dan kurang keberanian khususnya bila berdepan dengan isu ugut dan wang.
Menteri Besar sedia ada melalui usul oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman telah 'memberikan' buget tambahan sebanyak RM361, 267, 300.00
Ramai pemerhati politik menyifatkan ini usaha Menteri Besar sedia ada untuk mengikat semua ADUN - ADUN Bn terus setia dibawahnya. Tentunya RM361 juta akan dicairkan melalui projek kroni Bn akan menyebabkan ADUNJ - ADUN Bn terliur.
Dari RM361, 27,300.00 itu, sebanyak RM80, 453, 300.00 adalah tambahan bagi perbelanjaan mengurus dan selebihnya sebanyak RM280, 814,000.00, adalah untuk perbelanjaan pembangunan.
Sokongan penuh dalam meluluskan baget tambahan ini telah digunakan oleh Menteri Besar sedia ada sebagai gambaran semua setia padanya padahal ADUN - ADUN bersetuju meluluskan kerana nilai wang tersebut bukan nilai sokongan.
Melalui buget tambahan ini juag jumlah yang besar turut di perolehi oleh Syarikat yang punya kaitan dengan bekas Ahli Parlimen Marang, Dato’ Abdul Rahman Bakar, sebagai ’upah’ tindakan berdiam diri, apabila tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya itu.
Ismail Kamus sihat di Makkah
Bekas ADUN Gombak Setia, Ust. Ismail Kamus yang juga merupakan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam yang terletak di Gombak Setia kini sedang berada di Makkah dan dalam keadaan sihat walafiat.
Kata orang tua dahulu kalau berita seseorang itu meninggal tersebar sedangkan orang itu hidup maknanya panjang umur lagi. Wallahuallam....
che'GuBard mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Prof. Dato' Dr. Ismail Salleh atas pemergian beliau.
Monday, August 24, 2009
Rohaizat masih tidak mengaku
PANAS sila klik sini untuk mengetahui kebenaran.
Untuk beberapa jam terakhir sila sebarkan juga melalui sms.
Mengkhianati Amanah Rakyat Hanya Menggamit Jalan Buntu
Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”
Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.
Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.
Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.
Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)
Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.
Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?
ANWAR IBRAHIM
Sunday, August 23, 2009
Bapa Rafizah pula cabar calon Bn PRK P.Pasir
Petikan Malaysiakini.com
Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman
supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang
menetap di Pahang.Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi
tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang
Pauh membuat pengumuman tersebut.Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta
penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu
ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.Ketika
dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan
pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan
pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama."Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi
pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau
isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali."Apa nak ditakutkan?
Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah...
Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.Rohaizat - yang pada mulanya bergelut dengan isu lesen
guamannya dibatalkan ekoran itu penyelewangan wang koperasi Pekebun Getah - kini
berdepan pula dengan isu isteri kedua.Pendedahan mengenai isteri kedua Rohaizat
itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang mengakui mengenali
rapat kekuarga Rafizah. Rohaizat bagaimanapun menafikan beliau mempunyai isteri
kedua yang bernama Rafizah.Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10
adik-beradik.Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah
sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama
dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.Beliau juga menjelaskan anaknya buat
masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan
tertekan.Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri
ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara
itu.Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu
berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya."Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin),
kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanyaDitanya mengapa baru
sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak
mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.Sebagai seorang suami, katanya,
Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya.
"Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi
jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan
pasangan, itu sahaja," katanya.Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah
Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian
antara anak dan menantunya itu."Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk
membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak
daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai."Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga
dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.Menurut Mohamad Ali, Rafizah kini
berada dalam tertekan dan sedang berehat untuk menenangkan fikiran.Bagaimanapun
beliau enggan memberitahu di mana Rafizah sedang berehat atas permintaan anaknya
itu sendiri.Mengulas lanjut, Mohamad Ali juga mendakwa anaknya juga menerima
"tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik daripada Barisan Nasional berhubung
pendedahan ini.Bagaimanapun, Rafizah enggan menceritakan kepadanya bentuk
tekanan yang diterimanya."Tolong isytihar untuk membersihkan namanya. Saya rasa
pengundi masih lagi percaya kepadanya kalau dia isytihar sekarang. Saya tak
minta apa-apa, saya minta itu sahaja," katanya sambil menambah calon BN itu
masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk
membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan
dengan cara yang baik.Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut
agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada
dalam simpanannya.
Namum sebenarnya apa yang berlaku lebih dari itu...bersambung
Saturday, August 22, 2009
Rayuan : Jejak Fakir Ramadhan 1430
Posting Semula ; Jejak Fakir 2009
Jejak fakir (Ramadhan/ Syawal) 2008 telah berjaya membawa sedikit senyuman gembira kepada kira kira 200 lebih keluarga daif, golongan kurang upaya, anak yatim dan seumpamanya. Sumbangan semua yang dikumpulkan disambut dengan linangan air mata kesyukuran. Sumbangan berjaya disampaikan kepada golongan fakir di dalam Rembau, dalam Negeri Sembilan, Sarawak juga Kedah.
Kini Pusat Khidmat Rakyat Rembau sedang menyusun program Jejak Fakir 2009. Sebanyak hampir 350 penerima disenaraikan. Bagi pihak mereka kami merayu sumbangan semua.
Sumbangan boleh disalurkan dengan memasukkan wang sumbangan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482
Sumbangan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dll amat dialukan juga.
Sila sms atau hubungi 012 3696474 (Azizi Aziz) Pengarah Jejak Fakir 2009 untuk pertanyaan atau setiap kali wang sumbangan dimasukkan untuk pengesahan. Jika ia wang zakat sila nyatakan untuk urusan 'akad' dan disalurkan kepada asnaf yang benar layak.
reposting : Bukti klip calon Bn aniaya isteri simpanan ?
atau klik sini tulisan yang secara detail menerangkan siapa wanita itu...
Ditegaskan : bukan satu kesalahan kahwin lebih dari satu (poligami) namun kenapa ia perlu menganiaya wanita ? Kenapa perlu panik dan sanggup menipu ..adakah kerana semata hendak menang undi ? Memang ini isu peribadi namun ia juga isu keadilan wanita yang teraniaya...
Surat misteri dedah SPRM alat Bn
"Berikut merupakan surat dari Pegawai-pegawai SPRM Selangor Mendedahkan tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddih Hashim. Malaysiakini juga semalam melaporkan Surat Misteri ini. Kandungannya juga menyatakan terdapat konspirasi menjatuhkan Kerajaan Selangor yang didalangi Dato' Seri Dr Khir Toyo, dengan bantuan SPRM. Surat ini menjelaskan penahanan untuk soal siasat Teoh Beng Hock sehingga membawa kepada kematian beliau adalah atas arahan Hishamuddin sendiri.
Khairy tidak akan hadir pertahan hujah Muhiyuddin ?
Lihat sendiri Khairy langsung tidak bersungguh menjayakan program membela Muhiyuddin. Dengan jelas program di Batu Pahat yang kononya akan menghimpunkan 10,000 orang hanya berjaya mengumpulkan lebih kurang 300 orang tanpa sokongan penuh Pemuda Umno.
berikut ialah petikan harakahdaily.net
Pemuda Pakatan dan BN berdebat 23 Ogos?
Dzulfikar Mashoor
Fri | Aug 21, 09 | 7:41:18 pm MYTBUKIT MERTAJAM, 21 Ogos: Kalau Pemuda Umno menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' sebagai modal bertemu pengundi, Pemuda Pakatan Rakyat petang tadi menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Negara' pula sebagai serangan balas untuk 5 hari berbaki kempen di N11 Permatang Pasir.
Ekoran itu, Pemuda Pakatan mencabar Pemuda BN berdebat secara terbuka mengenai kedua-duanya.
Merujuk surat yang ditandatangani Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Loke Siew Fook, debat itu dijadualkan pada Ahad 23 Ogos jam 9.30 malam di Permatang Tengah iaitu di sebuah kedai makan.
Wakil Pemuda Umno Rosli Hamid yang menerima surat jemputan itu berjanji akan menyerahkannya kepada Khairy.
�Bukan jaminan untuk saya kata Pemuda setuju, tapi saya akan berikan kepada Ketua Pemuda kami (Khairy),� katanya.
Debat Terbuka 'Siapa Pengkhianat Negara' anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu merupakan strategi terbaru pembangkang selepas Pemuda PAS sendiri gagal berwacana ilmiah dengan Khairy dalam isu 'Benarkah Umno Memperjuangkan Islam' sebelum ini.
Tekad Pemuda Pakatan mengadakan debat terbuka itu dikatakan untuk memastikan 39 peratus pengundi muda kekal memberi undi kepada calon PAS Mohd Salleh Man 25 Ogos depan.
Bagi Pemuda Pakatan, rekod menang kesembilan-sembilan peti undi saluran muda � saluran 5 (21-25), saluran 4 (26-40) dan saluran 3 (41-50) dalam pilihanraya umum ke-12 lalu tidak boleh disandarkan sepenuhnya bahawa PAS akan kekal di Permatang Pasir.
Pengundi muda merupakan masyarakat berfikir, membaca, aktif, akses internet serta tidak mudah terpengaruh oleh cakap-cakap kosong orang politik semata-mata.
Dalam kepercayaan Pemuda Pakatan, bukan sahaja isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' patut dibincangkan, malah isu 'Siapa Pengkhianat Negara' juga perlu diperdebatkan, asalkan atas fakta dan rasional oleh semua pihak.
"Saya lihat isu itu (pengkhianat bangsa) diucapkan Umno dengan penuh emosi dan langsung tidak meningkatkan minda dan ilmu orang Melayu. Maka, setiap isu terutamanya berkaitan kepentingan negara perlu diperdebatkan secara ilmiah dan berfakta," jelas Badrul Hisham Shaharin.
Bercakap di depan Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh, Badrul berkata, jika Umno berani, mereka akan menyertai debat terbuka dan mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar Pengkhianat Bangsa, secara fakta dan ilmiah.
Jelasnya lagi, Ketua Pemuda Umno Mohd Khairy Jamaluddin sendiri pun tidak berupaya mempertahankan peribadi Muhyiddin yang dikatakan 'Pengkhianat Negara' ekoran menjual 51,170 hektar tanah Johor/negara kepada Singapura dengan harga RM350 juta sewaktu menjadi Menteri Besar Johor (1980).
Ahli Parlimen Jerai dari PAS, Mohd Firdaus Jaafar berharap Pemuda Umno dapat menyertai debat itu untuk menjernihkan kesangsian rakyat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.
"Isunya (siapa pengkhianat) sekarang bukan lagi ke atas bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tetapi, melibatkan kepentingan negara."
Kelmarin, semua media melaporkan Muhyiddin menafikan pendedahan tersebut, dan mengganggapkan dakwaan itu sebagai fitnah.
"Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata." _
Friday, August 21, 2009
Bukti calon Bn bohong dan aniaya isteri ke dua
Jika benar pendedahan dalam blog seorang aktivis reformasi ini, maka satu penilaian serius harus difikirkan oleh pengundi khususnya penyokong Bn. Jika benar maka beliau yang mampu menganiaya seorang yang terlalu rapat denganya (isteri) bagaimana nak diharap beliau mampu membela rakyat terbanyak ? Apa salahnya dia bercakap benar punya isteri kedua , tidak ada salahnya......
Belum reda lagi 'serangan' mengenai salah laku beliau sebagai peguam kini beliau punya diserang dengan isu 'isteri simpananya' pula.....yang kononya bekas kakitanganya yang dinikahi secara 'sulit' pada 2005 dan kemudian baru didaftarkan penikahan beberapa tahun selepas itu dengan membayar denda di Mahkamah Syariah....namun sehingga kini digantung tidak bertali..... Wanita Umno digesa menuntut keadilan bagi pihak wanita itu jika benar ia berlaku....
Maka benarlah 'teori' yang mengatakan calon ini sengaja dipilih untuk mensabotaj Umno dari dalam sebagai isyarat protes gaya pimpinan utama Umno.
Pendedahan klip boleh dilayari dalam http://nnora75reform.blogspot.com/ yang dikatakan punya perbagai bentuk bukti seperti dokumen, klip video dan klip audio . Nilaikan sendiri dan jika ia benar pengundi dan jentera Bn sendiri harus membuat keputusan.
Surat cabaran debat dihantar ke Umno
Ceramah Umno dapat sambutan ?
gambar di bawah pula ialah program semalam anjuran Umno yang menggunakan peruntukan kerajaan pusat atas nama program usahawan, apa yang menarik ialah tengok punyalah nak ambil hati dan berpura - pura tak pakai kerusi bersila duduk atas pentas ....hahahahaa
Wednesday, August 19, 2009
Himpunan Aman : bantah pertemuan Menteri Umno jumpa Menteri Israel
Perginya 'bunga' demokrasi Korea Selatan
petikan dari wikipedia
Kim Dae-jung (lahir di Haui-do,(kini Jeolla Selatan), Korea Selatan, 3 Desember 1925 – meninggal di Seoul,Korea Selatan, 18 Agustus 2009 pada umur 83 tahun) Templat:Pelafalan adalah mantan presiden Korea Selatan dan peraih Hadiah Nobel Perdamaian pada tahun 2000. Ia menjadi orang pertama Korea yang menerima penghargaan itu.[1] Penganut Katolik Roma sejak 1957 ini dijuluki sebagai "Nelson Mandela"-nya Asia[2] dan seorang tokoh oposisi demokrasi saat pemerintahan diktatur militer. Kim Dae Jung menjabat sebagai Presiden (menggantikan Kim Young-sam) pada periode 1998-2003.
Masa kecil
Ia lahir di Haui-do, Jeollanam-do, sebuah kepulauan di wilayah Korea Selatan. Ia lahir dari pasangan petani kaya dari pulau Haui-do (baratdaya lepas pantai Semenanjung Korea) dan pedagang. Ia sempat menggeluti bisnis perkapalan sebagai Presiden Direktur Dae Yang Shipbuilding.
Karier politik
Semenjak munculnya ke panggung politik pada tahun 1954, ia dikenal sebagai seorang politikus yang selalu lolos dari percobaan pembunuhan, penculikan, dan hukuman mati. Ia pernah menjadi akuntan pada sebuah penerbitan surat kabar dan mulai tampil di panggung politik sejak tahun 1961 dengan menjadi anggota parlemen dan lulus Universitas Korea bidang bisnis pada tahun 1964.
Ia memutuskan terjun ke politik setelah kudeta militer pada 16 Mei 1961 terhadap Perdana Menteri John M. Chang. Kudeta itu menghantar Panglima Divisi II Angkatan Darat Mayjen Park Chung-hee berkuasa. Tahun 1975, ia dijatuhi hukuman penjara lima tahun karena menentang Yushin dan dibebaskan pada tahun 1978.
Kurun waktu pemerintahan Jenderal Park Chung-hee dan Kim Jong-pil yang menjabat perdana menteri (1971-1973) seperti menjadi periode kelabu baginya. Sebagai aktivis gerakan pro-demokrasi dan anti-militerisme, ia dianggap sebagai penghambat atau penghalang karena potensinya dalam mengancam stabilitas kekuasaan pemerintah yang sangat berkepentingan menjaga status quo. Ia pun dicap sebagai "musuh negara".
Tahun 1971, ia mendapat ancaman teror. Operasi intelijen dimatangkan mengingat Park Chung-hee nyaris terkalahkan saat perebutan kursi presiden pada pemilu tahun itu. Jalan lapang yang tinggal selangkah pun hilang karena ditelikung oleh Park Chung-hee dan Kim Jong-pil lewat sebuah kecelakaan mobil di jalan raya. Kakinya sedikit pincang dan menjadi terlalu sedikit berekspresi. Ia akan dihabisi oleh saingan politiknya.
Kejadian tersebut bukan membentuk langkah mundur, tetapi justru semakin bersemangat. Ia bahkan menjadi seorang yang keras mengecam pemerintahan militer, sehingga teror pun semakin kuat terhadap dirinya. Tahun 1973, saat berada di dalam kamar sebuah hotel di Tokyo ia diculik oleh agen inteligen KCIA. Ia diculik serta diikat pada sebilah papan perahu motor dan perahunya diapungkan ke lautan lepas. Rencananya ia akan ditenggelamkan hidup-hidup. Tetapi, ia masih terselamatkan oleh sebuah helikopter yang melintas di atasnya dan menolongnya.
Semakin lantang bersuara, semakin kuat ia mendapatkan teror. Gara-gara menandatangani deklarasi Perjuangan Mengembalikan Demokrasi Nasional, ia ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara (1976) atas tuduhan menggalang aktivis anti-pemerintah. Dua tahun ia meringkuk di penjara.
Peristiwa Kwangju berdarah pada tahun 1979 yang ditandai dengan pendudukan massa selama sepuluh hari atas sejumlah markas militer dan berakhir dengan tewasnya sekitar 200 orang serta penangkapan sedikitnya 30.000 tersangka oleh militer pada 27 Mei 1980 menjadikannya ditangkap. Palu hukuman mati dijatuhkan pada tahun 1979 atas tuduhan hendak menjatuhkan pemerintahan militer.
Oleh gencarnya tekanan politik mahasiswa pendukung pro-demokrasi dan protes masyarakat internasional, akhirnya memaksa Presiden Chun Doo-hwan mengalihkan hukumannya menjadi seumur hidup (1981). Ia ditahan pemerintah militer di Cholla dan dibebaskan melalui surat amnesti umum tahun 1982.
Karena masih dianggap potensial mengancam pemerintah, Chun Doo-hwan mengharuskannya pergi ke Amerika Serikat pada tahun 1982. Alasannya agar berobat akibat gangguan saraf karena kecelakaan mobil. Selama dua tahun tinggal di Washington, ia mendirikan The Korean Institute for Human Rights. Ia kembali ke Korea Selatan pada tahun 1985. Begitu mendarat di Seoul, ia dihadang petugas dan langsung dikenai hukuman tahanan rumah hingga Februari 1986.
Semangat cinta demokrasi, berwatak jujur, dan menjunjung keadilan sangat mewarnai perjalanan hidup dan karier politiknya. Latar belakang keluarganya yang penganut Katolik tentu tak mengherankan jika itu dipraktekkan sungguh-sungguh. Dari ayahnya, ia menyerap citra rasa tinggi pada nilai seni, sedang ibunya banyak memberikan wejangan sekaligus teladan hidup yang sarat nilai moral dan sosial.
Proses internalisasi (pembatinan) nilai-nilai moral berjalan mulus seiring dengan seringnya menyaksikan teladan nyata kedua orang tua yang tanpa henti mempraktekkan "prinsip demokrasi" dalam keluarga dan menumbuhkan semangat pengampunan. Semangat cinta demokrasi, kebenaran, dan keadilan itu pula yang menjadikan rakyat Korea Selatan tak pernah bosan menyaksikan kiprah politisi yang dijuluki Indongcho (Si Rambut Teki) yang tahan banting.
Meskipun pada pemilu presiden 1971, 1987, dan 1992, ia gagal merebut kursi presiden sepanjang karier politiknya selama 43 tahun. Pesona dan kharismanya tetap memancar kuat. Ia pun kemudian menang dalam pemilu presiden Desember 1997 saat mengalahkan Lee Hoi-chang dari Partai Besar Nasional dan Rhee In-je dari Partai Rakyat Baru. Berakhirnya kekuasaan Presiden Kim Young-sam selintas menandakan pupusnya dominasi militer yang runtuh akibat krisis moneter.
Krisis Ekonomi Tahun 1997
Awal tahun 1998, Kim Dae-jung dilantik sebagai Presiden Korea Selatan. Pelantikannya ditandai dengan pemukulan bel raksasa Poshin-gak yang pernah diperdengarkan ketika Korea Selatan menyatakan kemerdekaan dari Jepang. Ia pun menjadi presiden pertama dari kelompok oposisi. Upacara pengambilan sumpah dihadiri 38.000 orang di sebuah plaza di depan Majelis Nasional dan ribuan lain di luar plaza.
Setelah bantuan IMF (Dana Moneter Internasional) diterima, ia melancarkan serangkaian pembaruan. Meskipun terjadi bentrokan dan pertengkaran di antara sesama warga, semuanya tidak menyurutkan niat untuk bersama-sama mengatasi krsis dengan cara menyumbang emas untuk negara. Lima chaebol terbesar yaitu Hyundai, Samsung, Daewoo, LG, dan Sungkyong menjadi teladan dalam melakukan restrukturisasi dan liberalisasi. Ada penghargaan para pejabat tinggi dan warga pada hukum, demokrasi, tradisi, dan kerja keras.
Ada kompromi antara kaum buruh dan chaebol. Pemerintah mematok penanaman modal asing senilai US$ 15 milyar dan US$ 20 milyar hingga tahun 2002, sehingga mengalami pertumbuhan tingkat ekonomi sebesar 7% yang melampau perkiraan (2-3%). Tingkat bunga yang membubung sampai 30% tinggal 8% saja. Mata uang won stabil, cadangan devisa bertambah, dan negara mulai membayar pinjaman IMF sebesar US$ 3,8 juta.
Pengangguran berhasil diturunkan, dari 6,8% pada tahun 1998 menjadi sekitar 4,4% pada akhir tahun 1999. Ia juga mengampuni Chun Doo-hwan (presiden periode 1980-1988) dan Roh Tae-woo (presiden periode 1988-1993) yang terbukti bersalah selama menjabat. Atas prakarsanya memperdamaikan negaranya dengan Korea Utara, ia pun menerima Nobel Perdamaian 2000 bersama Pemimpin Korea Utara Kim Jong-il.
Orang Umno Pulau Pinang sabotaj Umno di PRK P.Pasir
Kenyataan Majlis Peguam Malaysia mengenai calon Bn Permatang Pasir
Namun di media dengan bangganya pemimpin kanan Bn khususnya Umno cuba menghuarkan betapa Bn berani mengenengahkan calon muda yang profesional. Peguam bekas pelajar UIA menjadi 'tagline' Bn untuk meraih undi muda.
Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sehari selepas pengumuman calon mula tersebar khabar rupanya calon Bn ini telah digantung lesen amalan guamanya kerana terlibat dengan penyelewengan wang sebuah persatuan perkebun kecil.
Serentak dengan itu puak - puak Bn yang sendiri terkejut dengan berita itu dipaksa menelan hujah bahawa calon Bn itu terpaksa bekorban demi menyelamatkan rakan kongsinya. Maka itulah hujah Umno. Dibawah petikan jawapan Ketua Penerangan Umno.
Rohaizat tak salah tapi berkorban - Ahmad Maslan - August 19, 2009
Isu penggantungan lesen guaman
calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman yang menjadi bahan kempen PAS untuk
memburukkan peribadi calon itu, memberikan ruang kepada penjelasan yang
membuktikan betapa Rohaizat bertanggungjawab terhadap firma guaman dan rakan
kongsinya. Selain isu berkenaan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah, tiada
laporan polis terhadap Rohaizat yang membabitkan beliau dengan salah laku atau
penyelewengan. Menjelaskan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan
berkata, penggantungan Rohaizat berpunca daripada firma guaman Saif Ariff T
Jayaraj & Rohaizat yang mana Rohaizat adalah salah seorang rakan kongsi
terbabit dengan urusan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri
Pulau Pinang (KPGNPP). Bagaimanapun semua urusan firman itu dengan KPGNPP dibuat
oleh salah seorang rakan kongsi Rohaizat dan calon BN itu tidak terlibat mahu
pun tahu menahu dengan uruan berkenaan. Ketika Majlis Peguam memanggil
Rohaizat, dia tidak boleh datang membela diri kerana cuti sakit.
di bawah ini pula petikan kenyataan rasmi Majlis Peguam mengenai perkara ini apabila Majlis Peguam dituduh seolah salah dan tidak profesional kerana ambil tindakan terhadap orang yang tidak bersalah.
Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskan
status Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.
Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00kepada
pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada
12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk
mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara.
Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.George Varughese
SecretaryMalaysian Bar
makanya kepada rakyat dan bakal pengundi fikir - fikirkanlah...