Berikut hanyalah sebahagian kecil
punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara
sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika
dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang
telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku
tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417
Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung
projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di
Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5
peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di
pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ
ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi
Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.
2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
- Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
- Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
- RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
-
RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
- Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
- Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
-
MISC
(anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu)
untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan
sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.
6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.
7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
- Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
- Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.
11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.
12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.
16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.
21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.
22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.
23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.
24.
Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada
tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)
25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.
26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.
28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?
30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)
31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.
33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk
pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama
pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk
membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT)
namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi
setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan
harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata
untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan
perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah
menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.
35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
36. RM1.3 billion telah
dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs,
Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok
dibatalkan.
37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta
39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.
41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal
42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada
20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali
tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada
kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.
43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.
44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)
45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.
46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.
48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.
49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.
50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.
51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.
52.
Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan
berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum
keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
53.
Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi
pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan
pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
54.
Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian
dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan
petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang.
Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada
ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Bagi
menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa
membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan
Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga
minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas
memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan
keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang
murah untuk kegunaan Rakyat.
Dan
manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang
merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling
lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad.
Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi
melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui
keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)
56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)
57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)
58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)
60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*)
- yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli
dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.
62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?
64.
Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.
65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
66.
Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli
saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!
69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.
70.
“Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah
and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan
berjumlah RM134,317.76.
71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72.
Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita
Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang
majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.
74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.
75.
Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan
mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion
ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan
dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan
terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang
USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos
operasinya setiap tahun.