Wednesday, February 27, 2013

(terbitan semula) akuan bersumpah Bala


Saya, Balasubramaniam a/l Perumal (K/P NO: xxxxxx-xx-6235), seorang warganegara Malaysia yang sudah dewasa dan tinggal di [dipadam], Selangor, menyatakan dengan tegas dan ikhlas seperti yang berikut:

1. Saya adalah pegawai polis dengan Polis Diraja Malaysia, yang mana saya menyertai pasukan polis sebagai konstabel pada tahun 1981, yakni bertugas dalam Pasukan Lapangan Polis. Saya kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Lans Korporal dan akhirnya berhenti pada tahun 1998, iaitu ketika bertugas dalam Cawangan Khas.

2. Semenjak meninggalkan Pasukan Polis, saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian.

3. Antara bulan Jun dan Julai 2006, saya diupah oleh Abdul Razak Baginda bagi jangka masa 10 hari, yakni bagi melindunginya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, antara jam 8:00 pagi dan 5:00 petang setiap hari. Dia kelihatan seperti diganggu oleh pihak ketiga.

4. Saya melepaskan tugasan ini selepas 2 ½ hari kerana saya tidak menerima arahan yang tepat.

5. Saya kemudiannya diminta untuk kembali memberikan perkhidmatan saya pada 05-10-2006. Ini kerana dia menerima telefon daripada seorang lelaki Cina yang memanggil dirinya ASP Tan. Lelaki Cina itu mengugutnya dengan arahan supaya membayar hutang-piutangnya. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya adalah seorang penyiasat pensendirian bernama Ang yang diupah oleh seorang perempuan Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

6. Abdul Razak Baginda bimbang bahawa seorang yang bernama Altantuya Shaariibuu, yakni seorang wanita Mongolia adalah dalang di sebalik ancaman itu dan bahawa dia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan akan cuba menghubunginya.

7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa beliau khuatir akan hal ini kerana dia diberitahu bahawa Altantuya Shaariibuu telah diberikan kuasa oleh 'bomoh' Mongolia dan disebabkan ini, dia (Abdul Razak Baginda) tidak akan berupaya melihat wajahnya.

8. Apakah saya bertanya akan identiti wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia adalah kawannya yang diperkenalkan kepadanya oleh seorang VIP. Menurutnya, VIP itu memintanya untuk memastikan segala keperluan kewangan wanita itu terjaga.

9. Saya menyarankannya untuk membuat laporan polis mengenai ancaman seorang Cina yang dikenali sebagai ASP Tan terhadapnya, tetapi dia menolak untuk berbuat demikian kerana menurutnya, individu berpangkat tinggi juga terlibat dalam permasalahan itu.

10. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa Altantuya Shaariibuu adalah pembohong besar. Menurutnya, Altantuya suka mendesak dari segi kewangan dan bahawa dia (Abdul Razak Baginda) telah membiayai pembelian hartanah untuknya di Mongolia.

11. Abdul Razak Baginda kemudiannya membiarkan saya mendengar beberapa mesej suara melalui telefon bimbitnya, yang mana mesej itu memintanya untuk membayar sesuatu yang terhutang olehnya. Jika tidak, dia akan dicederakan dan anak perempuannya akan diganggu.

12. Jadi, selain dirinya, saya juga sepatutnya melindungi anak perempuannya, iaitu Rowena.

13. Pada 09.10.2006, saya menerima panggilan telefon daripada Abdul Razak Baginda pada sekitar 9:30 pagi. Dia memberitahu saya bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan dia mahu saya datang dengan segera. Disebabkan saya sedang melakukan pengawasan, maka saya menyuruh pembantu saya, Suras untuk pergi ke pejabat Abdul Razak Baginda, manakala saya menyusul kemudian. Suras berjaya mengawal situasi dan memujuk Altantuya dan dua orang kawannya untuk meninggalkan tempat itu. Altantuya meninggalkan nota dalam Bahasa Inggeris, yang ditulis di atas kertas tulis Hotel Malaya. Dalam surat itu, dia meminta Abdul Razak Baginda untuk menelefon telefon bimbitnya (nombor diberikan). Dia turut menuliskan nombor biliknya.

14. Altantuya memperkenalkan dirinya sebagai 'Aminah' kepada Suras dan memberitahu Suras bahawa dia berada di situ untuk bertemu dengan teman lelakinya, Abdul Razak Baginda.

15. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga gadis Mongolia itu sekali lagi datang ke pejabat Abdul Razak Baginda di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya, iaitu pada sekitar jam 12.00 tengah hari. Mereka tidak memasuki bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras bahawa mereka ingin bertemu dengan teman lelaki Aminah, iaitu Abdul Razak Baginda.

16. Pada 11.10.2006, Aminah datang ke pejabat Abdul Razak Baginda secara bersendirian dan memberikan nota kepada saya, yakni untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Saya menyerahkan nota itu kepada Abdul Razak Baginda. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota itu kepada saya, yang mana Aminah memintanya untuk menelefonnya dengan segera.

17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa jika dia terus diganggu oleh Aminah, adalah langkah yang bijak bagi mendapatkan bantuan polis bagi menangkap wanita itu. Namun Abdul Razak Baginda menolak karena dia yakin bahawa Aminah akan pulang ke Mongolia apabila dia kehabisan wang.

18. Sementara itu, saya mengarahkan Suras untuk memgawasi Hotel Malaya, dengan tujuan memantau pergerakan 3 gadis Mongolia itu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mengecamnya. Rupa-rupanya, selepas kejadian itu, Suras menjadi kawan mereka, bahkan tidur selama beberapa malam di bilik hotel mereka.

19. Apabila Abdul Razak Baginda mendapat tahu bahawa Suras makin akrab dengan Aminah, dia meminta saya supaya tidak lagi menugaskan Suras untuk mengawasi Hotel Malaya.

20. Pada 14.10.2006, Aminah muncul di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara, yakni ketika saya tiada di situ. Abdul Razak Baginda menelefon saya untuk memberitahu saya tentang perkara itu. Lalu, saya bergegas ke rumahnya. Apabila saya tiba di situ, saya ternampak Aminah di luar pintu pagar sambil berteriak "Razak, keparat, keluar kau dari rumah". Saya cuba menenangkannya tetapi gagal. Jadi, saya menelefon polis yang kemudiannya datang dalam dua kereta peronda. Saya menjelaskan mengenai situasi itu kepada polis, yang kemudiannya membawanya (Aminah) pergi ke Balai Polis Brickfields.

21. Dengan menggunakan teksi, saya mengekori dua kereta peronda itu ke Balai Polis Brickfields. Saya menelefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya, Dirren, yakni supaya mereka membuat laporan polis. Tetapi mereka enggan melakukannya.

22. Ketika saya berada di Balai Polis Brickfields, Penyiasat Persendirian Aminah, iaitu En. Ang tiba dan kami berbincang. Saya disuruh menyampaikan tuntutan (Aminah) kepada Abdul Razak Baginda berupa USD$500,000.00 dan 3 tiket (penerbangan) ke Mongolia, iaitu sebagai komisen yang terhutang kepada Aminah ekoran urusniaga di Paris.

23. Disebabkan pada ketika itu, Aminah sudah pun beransur tenang, maka seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menyarankan supaya saya pulang dan menyelesaikan masalah itu secara baik.

24. Saya memberitahu tentang tuntutan Aminah kepada Abdul Razak Baginda. Saya juga memberitahunya bahawa saya sangat kecewa kerana tiada siapa yang setuju dengan syor saya supaya laporan polis dibuat. Kami berbincang panjang lebar tentang situasi itu. Saya langsung menyatakan bahawa saya ingin menarik diri dari tugasan itu.

25. Dalam perbincangan itu dan dalam usahanya untuk memujuk saya untuk terus memberikan perkhidmatan kepadanya, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa:--

25.1. Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pameran berlian di Singapura.

25.2. Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Abdul Razak Baginda bahawa beliau mempunyai hubungan seksual dengan Aminah dan bahawa dia (Aminah) rentan terhadap seks anal.

25.3. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu Aminah mengganggunya, yang kini sudah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

25.4. Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah menghadiri suatu majlis makan malam di Paris.

25.5. Aminah menuntut wang daripadanya kerana dia berasa bahawa dia berhak mendapat komisen USD$500,000.00 atas bantuan yang diberikannya bagi satu urusniaga kapal selam di Paris.

26. Pada 19.10.2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara bagi memulakan tugasan malam. Seperti biasa, saya meletakkan kereta saya di luar. Saya kemudiannya melihat sebuah teksi Proton Perdana berwarna kuning berlalu. Terdapat 3 orang wanita di dalamnya, yang mana salah seorang daripadanya adalah Aminah. Teksi itu melakukan pusingan U, lalu berhenti di depan rumah. Kemudian, wanita-wanita itu menurunkan tingkap teksi dan mengucapkan "Selamat Deepavali”. Selepas itu, teksi berkenaan berlalu pergi.

27. Sekitar 20 minit kemudian, teksi yang sama kembali, tetapi dengan hanya Aminah di dalamnya. Dia keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya, lalu mula bercakap dengan saya. Saya menghantar SMS kepada Abdul Razak Baginda, "Aminah ada di sini". Saya menerima SMS daripada Razak, "Tahan dia sampai orang saya datang".

28. Semasa kami berbual, Aminah memberitahu saya tentang perkara yang berikut:--

28.1. Bahawa dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda di Singapura dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

28.2. Bahwa dia juga bertemu dengan Abdul Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Tun Razak di suatu majlis makan malam di Paris.

28.3. Bahawa dia dijanjikan USD$500,000.00 sebagai komisen atas bantuannya dalam satu urusniaga kapal selam di Paris.

28.4. Bahawa Abdul Razak Baginda telah membelikan sebuah rumah di Mongolia untuknya, tetapi adik lelakinya telah membiayai semula rumah itu. Jadi, dia memerlukan wang bagi menebusnya (rumah itu).

28.5. Bahawa ibunya sakit dan dia memerlukan wang bagi menampung kos rawatan ibunya.

28.6. Bahawa Abdul Razak Baginda telah mengahwininya di Korea, yang mana ibunya berbangsa Korea sementara ayahnya adalah kacukan Mongol/Cina.

28.7. Bahawa jika saya tidak membenarkannya berjumpa dengan Abdul Razak Baginda, dapatkah saya membantunya untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

29. Setelah berbual dengan Aminah selama sekitar 15 minit, sebuah kereta Proton Aeroback berwarna merah tiba dengan seorang wanita dan dua orang lelaki. Saya kini tahu bahawa wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, manakala dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azahar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu di dalam kereta.

30. Azilah bertanya kepada saya sama ada wanita itu adalah Aminah dan saya berkata “Ya”. Dia kemudiannya berjalan pergi dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit selepas itu, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berlalu dengan perlahan-lahan. Tingkap kereta itu diturunkan dan pemandunya memerhatikan kami.

31. Azilah kemudiannya memberitahu saya bahawa mereka akan membawa Aminah pergi. Saya memberitahu Aminah mereka akan menahannya. Kemudian, dua orang lain yang berada di dalam Proton merah itu bertukar tempat duduk. Ini dilakukan supaya Lans Korporal Rohaniza dan Aminah berada di belakang, manakala Azilah Hadri dan Sirul Azahar berada di depan. Mereka memandu pergi dan itulah kali terakhir saya melihat Aminah.

32. Semasa semua ini berlaku, Abdul Razak Baginda tiada di rumah.

33. Selepas 19.10.2006, saya terus bekerja untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Bukit Damansara, iaitu antara jam 7:00 malam dan 8:00 pagi keesokan harinya. Ini kerana dia telah menerima beberapa SMS berbau ancaman daripada seorang wanita bernama 'Amy', yang tampaknya adalah sepupu 'Aminah’ di Mongolia.

34. Pada malam 20.10.2006, kedua-dua orang kawan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi menanyakan tentang keadaan Aminah. Saya memberitahu mereka bahawa dia (Aminah) telah ditangkap pada malam sebelumnya.

35. Dua malam kemudian, kedua-dua gadis Mongolia itu, En. Ang dan seorang gadis Mongolia lain bernama 'Amy' datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi mencari Aminah. Mereka kelihatan yakin bahawa dia (Aminah) ditahan di dalam rumah itu.

36. Disebabkan kekecohan berlaku, saya menelefon polis. Tidak lama kemudian, sebuah kereta peronda tiba. Sebuah lagi kereta peronda sampai tidak lama kemudian, iaitu yang membawa pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi. Pegawai itulah yang mengetuai siasatan berkenaan laporan kehilangan yang dibuat oleh salah seorang daripada gadis berkenaan. Saya percaya bahawa laporan itu dibuat oleh Amy.

37. Saya menelefon Abdul Razak Baginda yang pada masa itu berada di rumah bagi memberitahunya tentang peristiwa yang berlaku di depan rumahnya itu. Dia kemudiannya menelefon DSP Musa Safri. Selepas itu, dia menelefon saya semula dan memberitahu saya bahawa Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya, dan saya perlu menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu.

38. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon daripada Musa Safri dan menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu. Perbualan itu berlangsung antara 3 dan 4 minit. Selepas itu, dia (inspektor) menyuruh gadis-gadis itu beredar dan datang menemuinya keesokan harinya.

39. Pada atau sekitar 24.10.2006, Abdul Razak Baginda menyuruh saya menemaninya ke Balai Polis Brickfields. Ini kerana dia dinasihatkan supaya membuat laporan polis berhubung dengan gangguan oleh gadis-gadis Mongolia tersebut.

40. Sebelum itu, Amy ada menghantar SMS bagi memberitahu saya bahawa dia akan ke Thailand untuk membuat laporan kepada Konsulat Mongolia mengenai kehilangan Aminah. Rupa-rupanya, dia menghantar SMS yang sama kepada Abdul Razak Baginda. Disebabkan itulah maka Abdul Razak Baginda dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

41. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa DSP Musa Safri telah memperkenalkan DSP Idris kepadanya. DSP Idris adalah Ketua Bahagian Jenayah, Balai Polis Brickfields. Abdul Razak Baginda kemudiannya dirujuk oleh Idris kepada ASP Tonny.

42. Ketika Abdul Razak Baginda membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields, iaitu di depan ASP Tonny, beliau diminta untuk membuat kenyataan. Tetapi beliau enggan kerana menurutnya, beliau akan berangkat ke luar negara. Namun begitu, beliau berjanji untuk menyediakan kenyataan dan menyerahkan thumb drive kepada ASP Tonny. Saya tahu bahawa ini tidak dilakukannya, sebagaimana yang diberitahu oleh ASP Tonny kepada saya.

43. Keesokan harinya, ASP Tonny meminta saya untuk memberikan kenyataan. Saya melakukannya.

44. Saya berhenti bekerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26.10.2006 kerana itu adalah hari dia berangkat ke Hong Kong secara bersendirian.

45. Pada pertengahan November 2006, saya ditelefon oleh ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah. DIa meminta saya untuk berjumpa dengannya berhubung dengan kes Aminah. Sebaik sahaja saya tiba di situ, saya terus ditahan di bawah S.506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.

46. Saya kemudiannya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan dengan jaminan polis.

47. Pada akhir November 2006, Jabatan D9 IPK berkenaan menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Apabila saya sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah S.302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 7 hari.

48. Saya dibawa ke Bukit Aman, di mana saya disoal siasat tentang SMS yang saya terima daripada Abdul Razak Baginda pada 19.10.2006, yang berbunyi, "Tahan dia sampai orang saya datang". Mereka memperoleh SMS ini dari telefon bimbit Abdul Razak Baginda.

49. Mereka kemudiannya merakam kenyataan saya dari jam 8:30 pagi hingga jam 6:00 petang setiap hari, yakni selama 7 hari berturut-turut. Saya memberitahu mereka segala-gala yang saya tahu, termasuklah pernyataan oleh Abdul Razak Baginda dan Aminah tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi maklumat ini tiada apabila saya diminta menandatangani kenyataan saya.

50. Saya telah memberikan keterangan semasa perbicaraan yang membabitkan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwaan tidak mengajukan sebarang soalan berhubung dengan hubungan Aminah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun panggilan telefon yang saya terima daripada DSP Musa Safri, yang saya percaya adalah ADC bagi Datuk Seri Najib Razak dan/atau isterinya.

51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditangkap, saya ada bersama dengannya di pejabat peguamnya pada pukul 6:30 pagi. Abdul Razak Baginda memberitahu kami bahawa dia telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelumnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai sebab dia akan ditahan. Walau bagaimanapun, SMS itu tidak dijawab.

52. Tidak lama kemudian, iaitu pada sekitar pukul 7:30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. SMS itu berbunyi, "Saya akan berjumpa dengan IGP pada pukul 11.00 pagi hari ni... masalah ni akan diselesaikan... bawa bertenang.”

53. Saya mendapat maklumat bahawa Abdul Razak Baginda ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.

54. Matlamat Akuan Bersumpah ini adalah untuk:--

54.1. Menyatakan kekecewaan saya pada standard penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menyiasat pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.2. Membawa kepada perhatian pihak berkuasa yang berkaitan tentang kemungkinan besar bahawa ada orang lain selain ketiga-tiga yang tertuduh, yang telah memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.3. Meyakinkan pihak berkuasa yang relevan untuk membuka semula siasatan bagi kes ini dengan segera, sehingga bukti baru dapat dikemukakan kepada Mahkamah sebelum penyerahan pada peringkat akhir kes Pendakwaan.

54,4. Menegaskan fakta bahawa selepas menjadi anggota Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun, saya benar-benar yakin bahawa mana-mana pegawai polis pun tidak akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan tubuhnya tanpa menerima arahan khusus daripada ketua mereka.

54.5. Menyatakan keprihatinan saya bahawa jika pembelaan tidak dipanggil dalam perbicaraan kes bunuh tersebut, maka Sirul akan Azilah tidak perlu bersumpah dan memberi keterangan tentang arahan yang mereka terima dan siapakah yang memberikan arahan itu.

55. Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa yang disebut di dalamnya adalah benar dan menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya

Diakui oleh orang yang tersebut namanya di atas

Balasubramaniam a/l Perumal

1 Julai 2008

Ikuti juga live dari Dewan KLSCAH bersama PI Bala malam ini

SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya dan malam ini merupakan edisi pertama. Di atas permintaan ramai, SAMM akan menyiarkan talkshow malam ini secara LIVE dari KLSCAH. Berikut adalah linknya;
http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat

Sesi bersama PI Bala akan dikendalikan secara sesi soal jawab pengguna twitter boleh bertanyakan soalan dengan menggunakan #tanyaBala

Ringkasan kes Altantuya

 

Rayuan untuk membantu program anak muda

SAMM ialah sebuah gerakan anak muda (tidak ada struktur dan hiraki formal) yang menghimpunkan anak muda Malaysia dari perbagai latar yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya.
 
Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah. SAMM memerlukan sumbangan dana semua untuk terus bergerak. Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun Solidariti Anak Muda (akaun maybank 555041113224). www.anakmudamalaysia.com

Anak Taib Mahmud diarah bayar fi RM0.9j, brp harta dia ada ?



Sebuah portal berita melaporkan
Peguam yang mewakili Shahnaz A Majid hari ini memperolehi perintah interim yang mengarahkan anak ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib supaya membayar fi berjumlah lebih RM902,000.
NONEIa susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan ex-parte daripada Shahnaz, agar Mahmud membayar untuk pengajian pra-universiti anak mereka yang kini menuntut di United Kingdom.

Hakim Mohd Amran Mat Zain memerintahkan Mahmud membayar jumlah berkenaan dalam tempoh 12 hari bermula hari ini.

Pasangan berkenaan bercerai secara sah pada 11 Mac 2011.
Sebelum ini terdapat laporan

Bekas Menantu dedah sebahagian kekayaan Taib di Mahkamah, SPRM, LHDN, Polis, Peguam Negara takkan diam saja

Malaysiakini.com melaporkan
Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.

NONEShahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
Sah sahih kenyataan ini dalam mahkamah maka ia kenyataan bersumpah. Sekarang Mana LHDN, SPRM, Polis, Peguam negara .... oh semua akan diam kerana Najib selaku Perdana Menteri dan orang paling berkuasa yang boleh melantik semua ketua - ketua penguat kuasaan ini telah menolak laporan kekayaan Taib maka semua harus bisu.....

Jumpa di dua lokasi di KL hari ini, jangan lupa bersama PI Bala


Jangan lupa hari ini kali pertama PI Bala akan muncul di depan umum untuk merungkai misteri selama ini terpendam. Turut bersama malam ini ialah Zunar (kartunis yang banyak mengkartunkan watak dan peristiwa berkaitan kes Altantuya dan Scorpene), Cynthia (Ops Scorpene - SUARAM) selain che'GuBard sendiri yang pernah menulis buku Misteri di sebalik Pembunuhan Altantuya.

Sesi bersama PI Bala akan dikendalikan secara soal jawab ' 1 - 1' dengan seorang moderator. Majlis keseluruhanya akan dipengerusikan oleh aktivis Mahasiswa, Khalid Ismath 

cheGuBard dijangka meninggalkan Dewan Himpunan Cina Selangor, KL sekitar jam 10 .30 malam untuk berada dan berucap sekitar jam 11 malam di Padang, Taman Kosas Fasa 3, Ampang (sebelah Masjid Taman Kosas) yang mana program tersebut turut menampilkan YB Khasim dan tokoh muda Hizwan Ahmad.

Tonton bagaimana orang cina menolak ucapan perkauman pemimpin Mca - Bn

Catatan Umum

27 Febuari 2013



Lihat video di atas rakaman sambutan Chap Goh Meh yang dirakam oleh salah seorang peserta di Melaka. Kelihatan YB Ng Yen Yen berucap selaku Naib Presiden parti extreme perkauman Cina dan merangkap Menteri Pelancongan.

Inilah cara Bn yang mewarisi tradisi pecah perintah yang diwarisi dari penjajah bekerja, depan khalayak berbeza pasti masejnya berbeza. Mca contohnya dengan khalayak orang cina akan bercakap cina dengan masej yang cukup berbau perkauman. Jika anda merasakan ini ucapan yang cukup perkauman ketahuilah ini antara ucapan yang paling ringan masej perkaumanya, selalunya ia lebih tajam.

Umno depan khalayak Melayu akan mempertikaikan biasiswa atau bantuan kepada pelajar bukan Melayu, kes penternakan Babi di Kedah dan seumpamanya namun Mca atau Mic termasuk Gerakan depan khalayak bukan Melayu akan menyemarak api perkauman dengan menuntut itu dan ini.

Ini amat berbeza dengan Pakatan Rakyat yang membawa masej jelas 'keadilan untuk semua', tidak ada orang mempertikaikan hak bumiputera namun bumiputera akan lebih dihormati jika hak semua kaum terpelihara berasaskan keadilan untuk semua.

Namun Mca atau Bn itu sendiri lupa, ini bukan zaman anak kecil main api, sebaliknya anak kecil bermain I Pad sekarang ini. Maklumat dihujung jari majoriti sudah membuka mata. Dilihat jelas dalam video bagaimana Naib Presiden Mca itu terpaksa terjerit - jerit sendirian "yes..yes...yes" bila setiap kali, orang ramai menjerit "no...no...no..".

Tahniah kepada kaum cina Malaysia yang secara berdepan menolak ucapan berbau perkauman tersebut. SAMM mencabar Umno memberikan respon terhadap ucapan ini. SAMM mengajak semua rakyat meneliti ucapan ini dan menolak politik perkauman sempit Bn ini.

Percaya dan yakinlah tanpa Bn, Malaysia akan lebih berdaya saing.

Sekian

che'GuBard
SAMM

Monday, February 25, 2013

PAS Istihar kerjasama dengan ABU beri Amaran menjelang PRU

Pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli memberi amaran kepada golongan "warganegara segera" yang diberikan hak mengundi oleh kerajaan agar tidak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Hatta berkata, PAS kini bekerjasama dengan NGO Asalkan Bukan Umno untuk memburu golongan tersebut dan menakut-nakutnya individu terlibat, yang diberi kerakyatan untuk menyokong kerajaan BN, agar tidak mengundi.

"Kita akan pastikan mereka yang mengundi benar-benar rakyat Malaysia," katanya dalam konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini.

Hatta juga berkata Pakatan juga akan memastikan untuk memastikan pertandingan satu lawan satu berlaku di kesemua 700 kerusi DUN dan kawasan parlimen.

Katanya, Pakatan kini di pusingan terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan PAS telahpun bersedia sejak dua tahun lalu. - petikan asal http://www.malaysiakini.com/news/222264

SAMM bawa PI Bala untuk berdepan dengan rakyat pada 27 Feb, 8mlm di KLSCAH



Kenyataan Umum
24 Februari 2013

Bala Selamat Sampai Ke Malaysia, Bakal Merungkai Misteri Di Sebalik Pembunuhan Altantuya

Setelah empat tahun menghilangkan diri, akhirnya P.Balasubramaniam (PI Bala) kembali ke Malaysia dengan selamat. PI Bala muncul di ketibaan antarabangsa KLIA pada lewat petang tadi dan terus disambut oleh ratusan orang dari pelbagai pihak termasuklah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Bagi SAMM, kepulangan PI Bala ke tanahair tepat pada waktunya malah ia adalah satu simbol keberanian dalam usaha menyelamatkan negara ini dari terus dikuasai pasangan ‘penjenayah’ bebas.
SAMM yang menyambut PI Bala hari ini tidak terkejut apabila tindakkan pertama beliau setelah sampai ke Malaysia ialah dengan tegas menyatakan akuan bersumpahnya yang pertama yang terpalit nama Najib Razak adalah benar. Ini menunjukkan betapa seriusnya PI Bala untuk merungkai segala simpulan misteri di sebalik pembunuhan Altantuya.

PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Ini adalah kerana PI Bala antara susuk yang terakhir bertemu dengan Altantuya ketika masih bernyawa. PI Bala juga dikatakan telah dibawa bertemu adik kepada Najib sebelum akuan bersumpah kedua dibuat susulan pertemuan tersebut.

Justeru itu, SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan gerup mahasiswa. Berikut adalah informasi bagi pentas yang pertama;

Talkshow: Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya
Tarikh: 27 Februari (Rabu)
Masa: 8.30mlm
Venue: Dewan KLSCAH (Berhampiran Monorail Maharajalela)
Panel: PI Bala, Chegubard (SAMM), Cynthia (SUARAM) dan Khalid Ismath (KAMI) dan Zunar (Kartunis)

SAMM menjemput kehadiran semua termasuk pengamal media dan diminta juga agar program penting ini dapat dihebahkan dengan maksima.

Sekian

Thursday, February 21, 2013

Malaysia gagal menjaga kedaulatan negara ; Filipina sila bawa tentera kamu keluar dari Tanah berdaulat Malaysia

simpati dengan pasukan keselamatan yang di arah berkampung berhari hari hanya kerana strategi politik regim
Kenyataan Umum


21 Febuari 2013


Kerajaan Malaysia lemah dan SAMM gesa Manila segera tarik pasukan tentera keluar dari kawasan kedaulatan Malaysia.

Saya dan teman -teman SAMM baru pulang dari Sabah dalam siri lawatan kerja 4 hari (14 - 15 Febuari) di sana. Kesempatan berada di Sabah telah memberi peluang memerhatikan kejadian ' Penalukan Tentera Filipina' di Lahad Datu secara dekat.

Apayang berlaku dari saksi hidup yang ditemui menyatakan sekitar 400 - 500 tentera lengkap berseragam dan antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol.

Persoalan penting bagaimana 400 - 500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung Tunduo. Menurut saksi semua berlaku secara aman dan tanpa berselindung.

Semua juga seperti terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan membuat operasi mengeluar dan 'menasihatkan' penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat.

Tidak ada apa berlaku kecuali sekatan jalan raya tentera dilakukan. Amat 'pelik sekali' apabila pasukan tentera bersenjata negara jiran masuk ke dalam negara tetapi kita boleh berunding sahaja. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan negara ini jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara.

Satu lagi persoalan bukankah perairan negara di kawasan tersebut telah dilengkapi sistem pertahanan paling mahal yang terkait trajedi pembunuhan warga Monggolia. Mana perginya scorpene, kapal selam canggih negara tersebut ?

atau adakah ini antara perkara yang dibincangkan apabila Najib Ketua Regim Bn berkunjung ke Filipina baru - baru ini ?

Banyak yang misteri, untuk terus menjadikannya misteri wartawan Al jazeera dan beberapa aktivis muda dari Sabah dutahan konon kerana menghampiri kawasan konflik. Tentera asing dibiarkan dan mengatakan keadaan aman tetapi wartawan dan aktivis tempatan ditahan. Amat Pelik !

SAMM menyimpulkan perkara ini kepada dua kemungkinan:
  • Regim lemah, gagal selesai masalah persempadanan dan ini hasil malapetaka pemberian Kad Pengenalan.
    • sememangnya Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya antara asasnya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah tanah kedaulatan Filipina kini. Regim ini juga terlalu lemah dan terlalu mengambil mudah isu persempadanan negara, isu tuntutan Sabah masih banyak tidak diselesaikan dan diselindungkan. Tahukah kita Kuala Lumpur masih membayar USD 5,000 setahun kepada Manila dan bagi mereka yang terlibat mendesak tuntutan Sabah menganggap ia bayaran sewaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Keadaan menjadi lebih parah apabila terlalu banyak dan tanpa kawalan pemberian Kad Pengenalan kepada warga Filipina khususnya keturunan Sulu kerana untuk memenangkan Barisan Nasinal di sana.
  •  Kejadian ini mengingatkan kita dengan Rusuhan Sabah 1986 yang terjadi kerana kekalahan mengejut Parti Berjaya kepada PBS yang baru ditubuhkan menjelang dalam PRU ke 1985. Berjaya yang menjadi sekutu Umno dalam Bn telah mencipta huru - hara menggunakan pendatang asing bagi merampas semula Sabah. Persoalanya kini mungkinkah operasi ketenteraan yang sengaja dibiarkan dan dilindungi di Sabah ke arah persedian untuk Bn mencipta semula keadaan ke arah rusuhan 1986 kerana maklumat jelas Bn akan kehilangan Sabah dalam PRU ke 13.
Apa pun dengan kejadian ini ternyata secara jelas BN gagal menjaga kedaulatan negara. SAMM juga menggesa Manila untuk mengambil tanggungjawab menarik semula pasukan tentera dari negaranya keluar dari tanah berdaulat Malaysia.

SAMM menggesa Regim Bn supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka. Bn perlu sedar mereka bermain strategi politik risiko tinggi kepada masa depan negara yang akhirnya Bn sendiri gagal kawal.

Malah menurut  Philippine Daily Inquirer juga memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.

Kepada pasukan keselamatan (tentera dan polis) kami yakin kamu punya maklumat lengkap dan bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mengikut telunjuk regim hujung usia.

SAMM akan ke kedutaan Filipina danjuga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa negara tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik berpanjangan.


Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Hujung Fasa 1 : jumpa di Perak hari ini

Catatan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
21 Februari 2013

Kemuncak Fasa Pertama Roadshow #AmaranPRU: Semalam di P.Pinang dan Perak Hari Ini
Roadshow #AmaranPRU terus kejayaan demi kejayaan di utara tanahair dengan mencapai matlamat yang disasar. Dua hari di Perlis dan Kedah sebelum ini menyaksikan semua parlimen tumpuan sedia untuk digempur oleh komrad SAMM.
Semalam seharian di Pulau Pinang, beberapa aktiviti telah berlangsung termasuklah taklimat penerangan dan pengagihan bahan ‘perang’ kepada seluruh komrad di Pulau Pinang dan juga organisasi anak muda yang bersama ingin bersama mengekal rentak kemenangan Pakatan Rakyat di P.Pinang. Satu pertemuan anak muda juga berlangsung di sebuah restoran cina islam di Bayan Baru, P.Pinang pada lewat petang.
pertemuan anak muda dan taklimat
Taklimat dan pertemuan anak muda di Restoran Cina Islam
Manakala di sebelah malam pula, Ceramah Umum #AmaranPRU peringkat Pulau Pinang berlangsung di Bukit Panchor, Nibong Tebal dengan kehadiran ribuan pengunjung.
Setakat jam11.30pm
Ribuan di tapak pasar malam Bukit Panchor, N.Tebal
Laungan “Amaran: Tipu PRU rakyat bangkit humban kamu” bergema di Pulau Pinang dan menjadi pedoman untuk rakyat bersedia tanpa arahan untuk bertindak dalam tempoh 48 jam jika penipuan pilihanraya tetap berlaku.
Chegubard di PP
Chegubard menyampaikan amanatnya khusus kepada anak muda
Haris Ibrahim di Ppinang
Haris cukup garang dalam menyampaikan pidatonya, ekspresi menerbitkan sifat perlawanan
Selain Chegubard, turut bersama menyampaikan pidato dalam jelajah di P.Pinang ialah peguam yang tidak asing lagi menentang kebejatan regim iaitu sdr Haris Ibrahim yang ketika ini bersama memimpin gerakan Asalkan Bukan Umno, ABU yang diimprovasi. Juga turut serta susuk yang pernah menjawat jawatan nombor tiga PDRM, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Dato Fauzi Shaari.
Walaubagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tidak dapat menghadiri ceramah perdana pada malam semalam di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Hari ini, merupakan hari ke-4 Roadshow #AmaranPRU di utara akan berlangsung di Perak, menjadi medan terakhir fasa pertama jelajah yang membangkit keberanian rakyat. Venue jelajah di Perak telah bertukar sebanyak tiga kali, dari Teluk Sarih ke Kg Bukit Chawi, tukar pula ke MTD PAS Kg Gajah setelah pemilik tanah dua tempat terawal diugut dan ditekan oleh pemerintah ‘haram’ negeri Perak.
Ayuh hadir malam ini di MTD Kg Gajah dan dapatkan T-shirt khas yang dikeluarkan sempena Roadshow #AmaranPRU. Tshirt yang diperkenalkan SAMM dijual bagaikan ‘pisang panas’ dengan harga hanya RM10 sehelai (dengan kualiti baik) dan dengan harga RM10 ini hanya boleh didapati dalam Roadshow #AmaranPRU sahaja.
gamber pilian
Model dari SAMM Pahang
tshirt SAMM
Model dari SAMM P.Pinang
Ayuh hadir malam ini demi memeriahkan gerakan anak muda dan memartabatkan demokrasi dalam negara dengan satu AMARAN iaitu “Jika Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu!!”. Ini adalah kemuncak untuk fasa pertama jelajah SAMM-ABU, InshaAllah fasa kedua Roadshow #AmaranPRU akan dilancarkan menemui semua di seluruh negara dalam masa terdekat.

Wednesday, February 20, 2013

Ramai calon bakal digugurkan.

muka depan Sinar Harian, ketegasan yang membanggakan
Chua Soi Leck, watak yang konsisten menghina Islam dan perjuangan PAS
gambar percutian ini jika dilihat dari pakaian rasanya diluar negara
dan ketika musim cuaca sejuk
tidak dinafikan DAP juga agak kritikal terhadap Islam namun
sejak rapat bersama berpakat dalam Pakatan Rakyat
penghinaan bukan sahaja kepada perjuangan PAS namun
tetapi kepada Islam itu sendiri
Umno bisu MCA berjanji memerangi Undang - undang Islam
Umno ketakutan apabila diugut MCA bakal meninggalkan BN
Najib terpaksa mengikut rentak MCA


  “Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.
kerana itu kita kena berhati-hati kerana war room Umno
sedang mengumpul peluru jangan lalai
gambar ini tidak ada kena mengena dengan tajuk atas sekadar hiasan :gambar anak Najib bersama pegawai - pegawai tinggi SAMSUNG Construction & Eng. dan selepas beberapa pertemuan yang dirakam dalam beberapa keping gambar, adakah secara kebetulan kontrak bernilai RM 2.47 juta diberikan TNB kepada syarikat itu ? Ini bukan lobi ? Berapa nilai wang terlibat ? 
 


Monday, February 18, 2013

Roadshow #AmaranPRU Seterusnya ke Utara Semenanjung Bermula Hari Ini

samm
Kenyataan Umum
18 Februari 2013
 
Roadshow #AmaranPRU Seterusnya ke Utara Semenanjung Bermula Hari Ini

Roadshow ‘Amaran : Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu’ kini menjangkau ke empat negeri terakhir iaitu Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak bermula hari ini. Program jelajah yang terdiri dari ceramah kecil dan besar, pertemuan anak – anak muda diperbagai peringkat bagi menyedarkan betapa kemenangan itu terlalu hampir.

Juga aksi yang disendatkan dalam Roadshow kali ini ialah operasi membanjirkan rakyat dengan maklumat. SAMM dengan kerjasama ABU dan beberapa organisasi lain telah dan sedang menghasilkan perbagai bahan edaran. Sistem edaran yang SAMM inisiatifkan ini terus ke pintu rumah, kami mengurangkan edaran di tempat awam untuk mengurangkan ‘counter attack’ dan memberikan penerima maklumat waktu dan suasana yang selesa untuk ‘menghadam’ maklumat yang dihantar. Semua risalah dan bahan yang dihantar tidak berimej parti politik tetapi punya masej jelas dan tajam. Ia sesuai untuk sasaran seperti Umno tegar dan seumpamanya. Operasi ini dinamakan ‘Smoke Operation’.

Anak muda seharusnya berani tampil kedepan berjuang bersama parti politik. Untuk menjatuhkan Bn tidak ada pilihan lain selain dari mendokong PR buat masa ini. Namun dalam keghairahan tersebut strategi jahat penipuan regim seharusnya diberikan tumpuan dan di dedahkan. Rakyat dipersiapkan minda masuk PRU bersungguh – sunggguh tetapi jika penipuan diteruskan rakyat perlu turun ke jalantanpa arahan. Rangka teliti juga di susun 48 jam dari penipuan rakyat akan ke jalan.

Maka turut menjadi tumpuan pecutan akhir Roadshow kali ini juga mempunyai objektif yang konkrit iaitu menyusun sukarelawan SAMM setiap program kecil dan besar menyeru semua orang khususnya anak muda. Masa untuk anak muda duduk di balik facebook dan menekan butang ‘like’ sahaja sudah berlalu. Ini masa praktis, turun secara fizikal tampil membuat kerja sesuai dengan cita – cita merubah negara.Pertemuandan latihan sukarelawan menjadi tumpuan.

Setelah selesai jelajah di region tengah, selatan, pantai timur semenangjung dan juga Sabah, kini Roadshow #AmaranPRU terus bergerak tanpa melengah masa, sekembalinya dari Sabah SAMM utara tanahair menjadi sasaran seterusnya bermula 18 Februari hingga 21 Februari. 

Berikut adalah tentatifnya;

FEB 18: Taklimat dan agihan bahan risalah akan berlangsung jam 3 petang di Kompleks PAS Perlis, Jln Kg Pondok Kangar dan disambung HiTea pada jam 5 petang di Batu 5 1/4 jln kaki bukit (kg paya). Acara kemuncak iaitu Ceramah Perdana akan diadakan di Kg Pida 4 lama, Jln Behor Mentalon, Arau Perlis. (019-4342244)
roadshow perlis
FEB 19: Roadshow #AmaranPRU peringkat Kedah, Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan di Yayasan Aman Sg Petani, dan program kemuncak Ceramah Perdana pula akan berlangsung di Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani. Antara penceramah yang akan menghangatkan aksi #AmaranPRU adalah termasuk Chegubard, Haris Ibrahim, Ust Mizan, Zamri Yusof. (017-5568557)
ceramah kedah
FEB 20: Untuk Pulau Pinang, Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan di Chinese Muslim Restaurant, Bayan Baru dan Ceramah Umum akan berlangsung di Bukit Panchor, Nibong Tebal. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng antara penceramah dijangka akan turut serta dalam Roadshow #AmaranPRU peringkat P.Pinang. (012-4702074)
penang banner
FEB 21: Roadshow #AmaranPRU peringkat Perak merupakan siri terakhir jelajah sebelum acara paling kemuncak di Kuala Lumpur. Taklimat dan agihan bahan risalah akan diadakan berhampiran dengan tapak ceramah dijangka akan berlangsung sebelum acara kemuncak Ceramah Perdana bermula. Lokasi pentas terletak di Kg Gajah, Perak. YB Nizar akan bersama dalam acara kemuncak siri terakhir ini. Venue di bawah adalah venue ke-4 setelah beberapa kali ditukar, antaranya ialah kerana tuan tanah diugut regim berkuasa.
Roadshow Perak
Dalam roadshow ini juga, SAMM turut memperkenalkan sehelai design t-shirt yang dijual bagaikan ‘pisang panas’ apabila ia dijual dengan harga hanya RM10 sehelai (dengan kualiti baik). T-Shirt dengan harga RM10 ini hanya boleh didapati dalam Roadshow #AmaranPRU sahaja.
IMG-20130217-WA005
Justeru, inilah empat negeri terakhir dalam siri fasa pertama Roadshow #AmaranPRU yang dianjur SAMM dengan kerjasama gerakan ABU dan beberapa kumpulan mahasiswa. InsyaAllah SAMM bersama penggerak massa lain akan meneruskan Roadshow #AmaranPRU fasa kedua untuk memantapkan lagi pecutan terakhir gerakan anak muda menuju pertembungan PRU-13.

SAMM ajak anak muda derma darah dan organ : abdi diri untuk menyambung denyut perjuangan tanah air

derma darah 2

Kenyataan Terbuka
18 Februari 2013
Ayuh Bersama Segmentasi Wanita Muda SAMM Derma Darah dan Organ
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui segmentasi terbarunya iaitu Wanita Muda SAMM sedia untuk menganjurkan sebuah aktiviti murni yang mampu menyelamatkan banyak nyawa, iaitu memperluas kempen derma darah dan organ.
Hasilnya, Segmentasi Wanita Muda SAMM telah menjalin kerjasama dengan Pusat Darah Negara dan Pusat Sumber Transplan Nasional untuk satu program menderma darah pada hari ahad ini 24 Februari, bertempat di Pusat Darah Negara. Program yang dinamakan “Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ” bakal menyaksikan setiap peserta diberi penerangan khusus mengenai kempen derma organ dengan tujuan kesedaran umum.
Maklumat terperinci program adalah seperti di bawah;
Program: Setitis Darah Sejuta Harapan & Jom Derma Organ
Tarikh: 24 Februari
Masa: 10pg – 3ptg
Lokasi: Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak (Sebelah Tasik Titiwangsa)
Pertanyaan: 013-5918017, 013-6437033 
Walaupun SAMM dikenali dengan sifat radikal anak muda, namun tanggungjawab kepada negara, nusa dan bangsa tidak dilepaskan. Wanita muda SAMM mencabar anak muda tidak kira apa jua gender untuk turut serta dalam aktiviti ini kerana sesungguhnya derma darah ini juga ‘radikal’ dalam maksud keberanian yang memberi manfaat kepada semua.
Wanita Muda SAMM menyifatkan kempen seperti derma darah dan organ ini wajar diperluas agar terus mendapat sambutan yang akhirnya mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa. Menderma darah dan organ bukan sahaja mampu menyelamatkan orang yang tidak dikenali, malah juga terdapat kebarangkalian orang yang diselamatkan itu adalah teman-teman dan saudara sendiri.
Justeru, ayuh bersama Wanita Muda SAMM menderma darah dan bersama memupuk kesedaran betapa keperluan menderma organ kepada yang memerlukan itu adalah satu usaha yang luhur lagi mulia.
Young Syefura Othman
Penyelaras Wanita Muda SAMM

Sunday, February 17, 2013

Pimpinan atas kena berhati hati di saat regim sudah ditebing

Masih ingatkah kita dengan Semangat 46 ? Ketika itu Regim warisan penjajah ini (baca : Ubn) sudah begitu nazak. YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya membawa keluar hampir setengah dari kabinet Dr. Mahathir bagi bersama denganya. Cuma kelemahan ketara beliau gagal menyatukan PAS dan DAP yang masih termakan propaganda hasutan maka terpaksa berlawan dengan dua gabungan iaitu S46 bersama PAS membentuk APU dan S46, DAP & PBS membentuk Gagasan. Kerugian pada ketika itu rakyat sudah mula ada riak perubahan cuma masalahnya masing - masing pada ketika itu (pemimpin yang melawan Bn) ego sempit pertahan idea yang masing - masing kata betul. Percayalah jika pada ketika itu masing - masiong membuang ego membentuk satu pakatan keputusan mungkin berbeza. Maka kerana kegagalan penyatuan tersebut dengan mudah dipatahkan serangan dan pancingan 'black ops' regim mengena apabila KuLi mengenakan tengkolok punya corak 't' yang dikatakan salib.

Kegagalan pada ketika itu rancak diaminkan dengan bahan bakarnya sentimen agama dan kaum yang menebal. Walaupun jika difikir dengan kepala otak (bukan kepala lutut) Umnolah malah Mahathirlah punca bangsa dan agama ini menjadi sedemikian rupa pada ketika itu.

Kini keadaan berbeza, paling tidak Anwar Ibrahim berjaya menyatukan hampir kesemua parti yang melawan regim warisan penjajah ini dibawah panji Pakatan Rakyat. Namun regim tua ini masih menggunakan taktik yang sama tetapi pendekatan berbeza. Maka pimpinan harus beringat pepatah 'Pelanduk sering melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk'.

Ini pusingan penting (menjelang PRU ke 13), kali pertama dalam sejarah semua parti melawan Bn bersatu malah organisasi bukan kerajaan juga menaungi hasrat sama, beda kaum dan agama berjaya diredakan, namun Bn yang sedang nazak pasti sedang berusaha dengan perbagai cara.

Difahamkan 'war room' Najib kini diketua oleh Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (JJ). JJ bukan calang perencana dia punya pasukan 'black ops' yang hebat.

Kini beberapa watak penting dalam PR sedang didekati atas nama berkawan dan sama menyumbang atas kerja - kerja kebajikan berkaitan kononya.

Sering kita terdengar 'saya baik dengan dia tu, bukan apa berkawan dia pun ada sumbang sikit untuk organisasi aku, dia pun goyah dengan najib kut'

Itulah ayat yang porpular kini, tetapi tahukah kita bahawa mereka sedang merancang . Kadang kala kita terpedaya dibawa bercuti, makan bersama secara mewah dan akhirnya tertipu. Ada pula yang hantar tauke taja kereta mewah yang tak sepadan dengan pendapatan kita. sedangkan dalam pada masa sama gambar kita dirakam dan secara halus mereka sedang menggunakan gambar untuk kempen tertentu.

Ada juga yang tak sedar termakan jarum pujukan pelahan - lahan dari makan umpan terus makan dengan joran sekali.

Beberapa kaki berjaya lolos masuk ke 'war room' Najib dan mereka sedang persiap gambar beberapa watak untuk dibunuh karetor.

Contohnya dibawah ini gambar pimpinan Majlis Syura tak tahu mengapa mengambil gambar dengan membuat isyarat 1 Malaysia. Difahamkan gambar ini diambil di luar negara. Tak tahu betul atau tidak dan che'GuBard masih mengharapkan ia gambar yang dipalsukan.

Ini antara berbelas gambar yang akan digunakan sebagai peluru akhir regim ini menjelang PRU nanti. Bayangkan 1001 cara gambar ini boleh digunakan.
  • di tempat kubu kuat PAS digunakan gambar ini dengan isu penyatuan
  • di tempat Melayu tegar akan digunakan 'hang tengok ust. PAS ni dia dengan Umno tak mau tapi dengan Chua Soi Leck yang hina Islam dia leh cungit jari siap bergambaq'
  • di tempat Umno nak sokong PAS dia akan cakap tak payahlah hang sokong terus Umno sebab PAS nak joint Bn dah
  • di kawasan DAP dan PKR kuat dia akan kata tengok PAS sudah main belakang

antara berbelas gambar yang diambil dari fail tertera 'peluru akhir' dari war room mereka, maaf che'GuBard terpaksa siar dahulu untuk permati bisa peluru sebelum mereka guna.

Nasharudin ialah contoh pemimpin ego yang nak tunjuk dia baik dengan semua orang, bawa tajaan ke dalam PAS, bawa syabas dll menaja PAS tetapi akhirnya hanyut dengan keegoanya
strategi Umno yang makin lemas
seluruh Kuala Lumpur penuh banner seperti di atas untuk memperdayakan rakyat dan pendokong PR.
Ikatan kuat Pakatan Rakyat yang menyatukan perbagai fraksi melawan regim warisan penjajah ini menjadi iagauan buruk regim dan mereka sedang usaha memecahkanya.
Ingat rakyat telah sedia tetapi lebih penting pimpinan atas harus berjaga - jaga. 'black ops war room' Najib kendalian JJ bukan bebal mcm 'war room' Pak Lah kendalian KJ

nota : SAMM dalam siri pecutan akhir Jelajah Amaran : Tipu PRU, Rakyat Bangkit undi kamu dan jelajah ini juga menumpukan 'smoke operation' yang mempersiapkan aliran maklumat terus ke tangan rakyat. SAMM juga mempersiapkan pasukan khas bagi 'counter attack' black ops. war room mereka. kami memerlukan sumbangan anda semua klik sini untuk menyumbang kepada SAMM