Wednesday, December 31, 2008

Jika anda dirompak dan dipaksa keluar wang ATM


Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no. Pin anda di mesin ATM secara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang digunakan disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.

Sebarkan…

-sumber dari blog zul mamak..

- semalam saya cuba tapi tak jadi apa maknanya benda ini amat diragukan - cheGuBard -

Tuesday, December 30, 2008

Merafak sembah Tahniah ; Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 11

Gambar sumber BERNAMA - Kelihatan Tuanku Mukhriz bersalaman dengan Tuanku Naqiyuddin selepas dimasyurkan sebagai Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan ke 11 semalam di Istana Besar Seri Menanti.

keADILan merafak sembah Tahniah kepada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada petang semalam sebelum upacara pemakaman Almarhum.

Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Pelantikan Yang Dipertuan Besar itu dilakukan mengikut Adat Perpatih Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar daripada antara Putera Yang Empat menurut perlembagaan negeri dalam satu majlis ringkas di sini.

Tiga putera lagi, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar turut hadir.

Menurut agensi berita semalam, empat Undang iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau bersama-sama Tunku Besar Tampin mengadakan persidangan tertutup bagi memilih Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.
Sepanjang 3 hari ini rakyat diperlihatkan praktik adat Pepatih yang sebenarnya mampu dan lengkap untuk menjamin keadilan dan mentadbir dengan baik. Namun sistem beradat ini telah lama ditinggalkan. Mungkin ini masa yang sesuai sistem adat / kerajaan beradat ini mendapat pengiktirafan dan memainkan peranan pentingnya semula di tengah masyarakat.

Dilahirkan pada 14 Jan 1948, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-'Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.

Jenazah Almarhum selamat disemadikan

Sementara itu jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, 86, selamat disemadikan di Makam Diraja Seri Menanti dekat sini, petang semalam.

Jenazah Almarhum dibawa dari Istana Besar Seri Menanti dengan menaiki Maharaja Diraja (kenderaan khas untuk membawa jenazah) selepas solat Asar, ke Makam Diraja dengan penuh kebesaran dan adat istiadat Raja-Raja Melayu sebelum disemadikan.

Pergerakan kenderaan yang membawa jenazah Almarhum ke Makam Diraja itu diiringi 86 das tembakan meriam.

Almarhum yang ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 dan memerintah selama 41 tahun, selamat disemadikan pukul 5.30 petang.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad membacakan talkin dan tahlil.

Turut berangkat ke istiadat pemakaman itu ialah Tuanku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.

Antara tetamu kehormat yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rakyat jelata turut memenuhi perkarangan Makam Diraja untuk memberikan penghormatan terakhir. (dipetik daripada agensi berita)

Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih...

Kini anda boleh mendaftar menjadi pengundi atau pemilih untuk pilihanraya di Hypermarket Giant , Senawang. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kini membuka kaunter setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga 3 petang. Kaunter SPR di Giant Senawang terletak antara kaunter POS Malaysia dan Pizza Hut. Juga disediakan perkhidmatan menukar alamat tempat mengundi.

Untuk maklumat lanjut hubungi :
Pejabat Pilihan Raya Negeri Sembilan
Tingkat 6 , Wisma Persekutuan
70000 Seremban
Tel : 06-7639975 , Faks : 06-7632029

Kepada anak - anak Rembau.... ayuh balik Kampung mengundi......tukar alamat dan pindaf daftar pengundi ke Parlimen Rembau. Anda mampu mengubahnya !!

PLKN tersungkur di kaki Diana....


Ketika membaca berita seorang pelakon cantik Diana Danielle Danny Beeson, 17 tahun telah tersenarai dalam 'panggilan' wajib menyertai Program Khidmat Negara (PLKN) terbayang di fikiran che'GuBard bahawa betapa program ini akan 'di naik taraf' dan bagaimana PLKN akan mempergunakan Diana untuk mempromosikan PLKN dan menghalalkan jutaan wang rakyat untuk terus dibazirkan lantas mampu menutup cerita kesedian keluarga kehilangan anak akibat kelemahan beberapa faktor PLKN.

Namun tekaan ini nyata meleset apabila Diana telah berjaya mengenepikan 'perintah wajib' untuk menyertai PLKN kerana kononya terikat dengan kontrak berlakon. Berita ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dalam satu kenyataan tersiar dalam media arus perdana. Dalam satu kenyataan berasingan pula pihak Majlis Latihan Khidmat Negara menyatakan tidak memilih kasih dan tidak ada yang akan terkecuali dari 'perintah wajib' menyertai kecuali dengan tiga alasan. Tiga alasan itu ialah bakal pelatih berada di institusi pengajian, sedang mengambil peperiksaan yang diiktiraf kerajaan dan mempunyai kesusahan luar biasa.

Maka alasan yang mana satu termasuk dalam pengecualian Diana kali ini ? mungkin mempunyai kesukaran luar biasa.

Berbeza pula dengan kisah Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, yang berasal dari Perlis pada 2005 telah dijatuhkan hukuman penjara kerana gagal menyertai PLKN. Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad telah menjatuhkan hukuman penjara 14 hari kepada beliau setelah beliau gagal membayar tawaran denda sebanyak RM 600 ekoran kemiskinan yang dialami oleh beliau dan keluarga. Beliau yang pada masa itu tidak mampu untuk mencari peguam bagi mewakilinya telah dibicarakan dengan menggunakan Akta 628 Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003;

18. (1) Mana-mana orang yang tidak menghadirkan dirinya bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki supaya dibuat olehnya menurut kuasa pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Majlis di bawah subseksyen 17(2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Dalam rayuan yang dikemukakan di mahkamah ketika itu , beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis telah memaklumkan mahkamah bahawa beliau gagal hadir ke PLKN ekoran kesempitan hidup yang memaksa beliau bekerja dibendang untuk membantu menyara keluarga. Namun hakim tidak melayan hujah tersebut sebaliknya terus menjatuhkan hukuman.

Nampaknya berbeza dengan layanan JLKN terhadap Diana, seorang pelakon glamour. Pada 27 Disember 2008 jelas Pengarah JLKN dilaporkan mengatakan 'jabatan perlu melihat kepada kontrak - kontrak itu' maksudnya JLKN masih belum melihat kontrak tersebut sebaliknya Diana sudah tidak mendaftarkan diri.

Layanan 'antara dua darjat JLKN' ini amat dikecam.

Sekali lagi che'GuBard mengulang pendirian betapa program ini masih banyak kelemahan, perlunya program ini ditangguh dan dibentuk jawatankuasa yang terdiri dari perbagai pihak untuk meneliti kelemahan dan memperbaiki program ini. JLKN harus men jelaskan perbagai perkara dalam silibus PLKN seperti latihan menembak dan sebagainya. Perbelanjaan yang keterlaluan tinggi juga seharusnya di semak semula. Agihan kontrak dan tender berkaitan dengan PLKN juga telah terpalit dengan amalan korupsi mengikut kepentingan politik.

Bagi che'GuBard bukan Diana sahaja tidak harus pergi tetapi semua anak Malaysia. Anak - anak Najib pergi tak PLKN....? Khabarnya bukan sahaja PLKN anak - anak Najib juga bersekolah di Sekolah Swasta......

DAP anti Melayu ? DAP anti Islam ?


che'GuBard telah menerima email tulisan seorang teman ; YB Antony Loke yang menyentuh mengenai DAP Anti-Melayu?. Rasanya ramai perlu berkongsi artikel ini.

DAP anti-Melayu! DAP anti-Islam!

Inilah tohmahan-tohmahan yang sering disumbatkan oleh propagandis UMNO ke dalam pemikiran masyarakat Melayu Malaysia selama lebih 40 tahun ini. Memang saya memperakui bahawa propaganda UMNO begitu effektif sekali selama ini sehinggakan DAP berjaya digambarkan sebagai “musuh” orang Melayu dan justeru itu orang Melayu memerlukan UMNO untuk mempertahankan hak-hak mereka daripada “dirompak” oleh kaum lain khasnya DAP.

Mengapa mereka berjaya sebelum ini?

Media arus perdana Bahasa Melayu yang menjadi agen propagandis kepada UMNO memainkan peranan utama ini. Rata-rata masyarakat Melayu bergantung kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai akhbar paling utama mereka. Untuk media elektronik pula, saluran RTM dan Buletin Utama TV3 merupakan sumber informasi yang paling utama. Bayangkan, pernahkah sesiapa membaca atau mendengar apa-apa berita yang positif mengenai parti ataupun pemimpin DAP dalam media-media ini? Kebiasaannya, DAP ditonjolkan sebagai sebuah parti chauvinis Cina yang sering kali mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu. Tambahan pula, rencana-rencana yang ditulis dalam Mingguan Malaysia mengemudi pemikiran masyarakat Melayu ke arah itu.Apa sahaja yang dilakukan ataupun penerangan daripada DAP selalunya akan berkesudahan dalam tong sampah di pejabat editor. Ini yang menjadi modus operandi parti UMNO selama ini untuk cuba menguburkan DAP daripada berkembang menjadi sebuah parti yang mendapat sokongan berbilang kaum rakyat Malaysia. Namun, transformasi masyarakat Malaysia dalam sedekad yang lalu yang dipacu melalui gelombang teknologi internet telah membantu sedikit sebanyak memecahkan tembok pemikiran negatif tersebut terhadap DAP di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini.

Apakah falsafah perjuangan DAP?
Adakah kebangkitan DAP dalam arena politik negara dan pentadbiran kerajaan yang disertai oleh DAP akan menghakis kedudukan orang Melayu dan justeru itu kepentingan dan kebajikan mereka akan tergadai? Saya merasakan persoalan-persoalan ini perlu diperjelaskan untuk menyakinkan masyarakat Melayu sekiranya kita ingin melihat kewujudan sistem pentadbiran dua parti di Malaysia. DAP bertunjangkan ideologi sosial demokrasi. Apa maksudnya? Di antara prinsip-prinsip penting yang diperjuangkan ialah keadilan sosial, kesamarataan peluang (equality of opportunity), kebebasan dan solidariti. Demokrasi maksudnya kita membawa obor perjuangan kita melalui sistem pilihanraya dan bukannya melalui sebarang cara yang tidak mengikut lunas perlembagaan.

Hakikatnya, DAP bertanding dalam sistem pilihanraya di Malaysia sejak tahun 1965 lagi dan walaupun sering kali bersaing di atas padang yang tidak samarata, kami tetap menerima setiap keputusannya.Mungkin prinsip-prinsip yang saya perkatakan tadi terlalu abstrak bagi masyarakat umum. Namun keadilan sosial boleh ditakrifkan sebagai keadilan untuk masyarakat dari segi layanan, pertimbangan dasar dan bantuan kepada mereka yang miskin dan terpinggir tanpa melihat warna kulit dan latarbelakang agamanya.

Adakah prinsip-prinsip ini bertentangan dengan ajaran agam Islam? Jawapannya tentu tidak!

Perdebatan dalam perkara ini sering menjadi hangat di Dewan Rakyat. Setiap kali Ahli Parlimen DAP bangun menimbulkan isu ini, ada sahaja YB dari UMNO yang bangun yang cuba memutar-belitkan bahawa DAP menentang bantuan kerajaan untuk orang Melayu. “Smash” ini cukup mudah dibalas. Sekiranya prinsip ini dipratikkan, kan ramai yang mendapat bantuan itu terdiri daripada masyarakat Melayu juga yang benar-benar memerlukannya.

Perbezaannya, golongan Cina dan India atau apa-apa kaum yang lain yang juga memerlukan bantuan tetap diberi perhatian. Adakah masyarakat Melayu di akar umbi akan berasa dengki? Saya cukup yakin tidak. Kita juga mengejar kesamarataan dari segi peluang. Peluang untuk belajar di universiti, peluang untuk mendapat biasiswa, peluang untuk berniaga, peluang untuk menduduki apa-apa jawatan penting dan peluang untuk berjaya dalam segala aspek hidup. Orang UMNO menggunakan alasan bahawa orang Melayu masih di belakang dalam pelbagai aspek dan tidak mempunyai daya saing dengan kaum-kaum lain dan justeru itu memerlukan “perlindungan” daripada kerajaan. Yang pertamanya, persepsi seumpama ini seolah-olah merendahkan keupayaan masyarakat Melayu sendiri. Masyarakat Malaysia hari ini telah banyak berubah.

Kini sudah wujud satu kelas menengah Melayu yang besar dan anak-anak Melayu mempunyai akses dan kapasiti untuk bersaing dengan sesiapa sahaja tanpa apa-apa “handicap”. Bukankah itu semangat yang cuba dihidupkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan slogannya “Malaysia Boleh”? Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pemikiran UMNO inilah yang akhirnya akan membantutkan perkembangan dan kebangkitan masyarakat Melayu dalam persekitaran global zaman ini. Keduanya, alasan memberikan peluang untuk orang Melayu sebenarnya telah lama “diperkosa” oleh orang UMNO sendiri dengan menganugerahkan sebarang kontrak kerajaan kepada kaum-kerabat dan sahabat handai mereka yang dalam pengertian ekonomi ditakrifkan sebagai kronisme. Saya nak tanya rakan-rakan Melayu yang langsung tidak ada “kabel” dengan pemimpin UMNO, mampukah saudara mendapat sebarang projek kerajaan dengan usaha sendiri? Memang tidak dinafikan bahawa masih ada golongan yang kurang mampu untuk bersaing dalam padang yang samarata.

Kemungkinan juga mereka ini sebahagian besarnya dari masyarakat Melayu di luar bandar. Namun, mereka yang tergolong dalam kategori ini juga meliputi anak-anak India yang membesar di ladang dan estet, budak-budak Cina di ratusan kampung baru di pekan-pekan kecil dan mereka-mereka yang dilahirkan di pendalaman Sabah dan Sarawak.

Memang kami bersetuju golongan ini perlu diberikan sedikit kelonggaran dan perhatian khusus untuk turut mendapat peluang dalam segala aspek mobiliti ke atas (upward mobility) seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan mereka di kawasan Bandar. Namun, kayu pengukur untuk diberikan “diskriminasi positif” ini tidak seharusnya berdasarkan warna kulit tetapi sebaliknya berlandaskan taraf sosio-ekonomi keluarga mereka. Persoalannya, adakah masyarakat Melayu yang miskin akan terpinggir dan dilupakan dalam pelaksanaan dasar seumpama ini? Sudah tiba masanya kita melihat setiap insan manusia yang lain itu sebagai kaum manusia (humankind) terlebih dahulu dan bukannya warna di atas kulitnya. Sekiranya setiap rakyat Malaysia mempunyai daya pemikiran tersebut ditambah pula dengan pelaksanaan segala dasar kerajaan berasaskan prinsip ini, maka Malaysia tidak memerlukan Kementerian Perpaduan Nasional untuk mencapai perpaduan yang sejati di kalangan rakyat berbilang kaum kita.

Kesimpulannya, tidak ada alasan langsung bagi DAP untuk melihat orang Melayu sebagai musuh atau sebaliknya? Apa yang boleh kita kecapai daripada itu? Kita tidak pernah mempertikaikan beberapa perkara yang asas seperti Islam sebagai agami rasmi, Perkara 153 kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja Berlembagaan. Yang kita perjuangkan ialah supaya dasar-dasar kerajaan bersifat lebih Malaysia dan supaya setiap rakyat Malaysia merasakan “semangat kepunyaan” atau “a sense of belonging” dalam negara kita ini.

tulisan ; YB Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Rasah dan Pengarah Pendidikan Politik DAP

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430



Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah semoga semangat Hijrah menyemarakan nafas perjuangan menegakan keADILan dan kebenaran.

Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya diallui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran. Tetapi bagi posting kali ini che'GuBard ingin memperingatkan diri ini dan semua yang ingin berkongsi mengenai betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sistem 'kasta' dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.

Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Mari kita dalami bait2 lagu Ma'al Hijrah di bawah:

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..

Sunday, December 28, 2008

Sembah Takziah dari DSAI

Kami tambah terharu manakala baginda berdua berangkat menziarah saya di Klinik Alpha, Munich sejurus satelah saya dibebaskan pada tahun 2004. Kali terakhir saya dan Azizah mengadap kebawah duli Tuanku berdua ialah beberapa bulan dahulu di Seremban.

sila klik sini untuk membaca lanjut

sila klik sini pula membaca sambutan di Kompleks Bunga Raya

Sehubungan itu, Norzam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok.

Sembah Takziah

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau dengan ini merakamkan sembah takziah ke atas kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Walaupun kami redha dengan pemergian banginda tetapi sesungguhnya pemergian baginda amat mengejutkan dan merupakan satu kehilangan yang amat bermakna. Berita pemergian baginda pada Sabtu 27 Disember 2008 jam 11.47 pagi di Hospital Besar Seremban benar - benar telah menggugat ketenangan kita semua.

Baginda yang di kenali sebagai Yang Di Pertuan Besar kepada Negeri Sembilan yang moden. Sepanjang menjadi pemimpin sama ada sebagai Yang Di Pertuan Negeri Sembilan ke sepuluh sejak 18 April 1967 atau semasa menjadi Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada 26 April 1994 – 25 April 1999 beliau merupakan seorang pemimpin yang disegani dalam dan luar negara.

Secara peribadi saya melihat baginda merupakan seorang yang tidak sombong dan amat mudah di dekati. Baginda juga seorang yang berani dan berpendirian. Telah terekod dalam lipatan sejarah juga bagaimana Baginda beberapa kali menyatakan ketegasan dalam banyak hal yang melibatkan agama, politik dan pentadbiran negeri walaupun kadang kala kelihatan bertentangan dengan kehendak parti pemerintah atau individu politik tertentu.

Masih terkenang pertemuan terakhir ketika menyambut Baginda di Kompleks Bunga Raya di mana ketika ramai pegawai begitu sibuk menyusun protokol dan memberikan perbagai amaran kepada kami yang sedang menanti dan ingin menyambut kepulangan baginda dari luar negara, namun semuanya terkejut apabila Baginda Tuanku dan Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pula dengan mesra mencemar duli bersalaman dengan hampir semua kami yang hadir.

Kepada DYMM Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dan seluruh keluarga besar Istana Negeri Sembilan sembah takziah dari keADILan Rembau. Sesungguhnya kami bersedih atas kehilangan ini.

Kami juga memanjatkan doa agar roh Almarhum ditempatkan di sisiNya bersama orang - orang yang solleh. Semoga juga pengganti alMarhum mampu meneruskan ketegasan dan keberanian Almarhum dalam membela kepintingan rakyat.

Sehubungan dengan ini keADILan Rembau mengistiharkan berkabung 9 hari dengan menangguhkan kesemua majlis rasmi termasuk semua mesyuarat dan program terbuka.

sekian ; Sembah Takziah

Badrul Hisham Shaharin (che'GuBard)
Ketua Bahagian Rembau
merangkap Majlis Pimpinan Tertinggit (MPT)
Parti Keadilan Rakyat.

Tuesday, December 23, 2008

Tahniah buat lantikan Ketua Perhubungan baru dan Salam hangat buat Kapten (B) Datuk Zahar Hashim

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan baru - baru ini telah membuat keputusan merombak sebahagian besar pengerusi perhubungan negeri. Ini demi memberikan nafas baru dan memperbaiki tahap pentadbiran ke arah memperkasakan parti. Malah usaha serius menawan Sarawak akan diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau sendiri akan menjadi 'care taker' bagi dua negeri di Malaysia Timur ini. Berikut ialah senarai pengerusi perhubungan.

1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah

Tahniah buat yang baru terlantik dan kepada yang dinamakan semula gunakanlah kepercayaan ini untuk memperbaiki lagi pencapaian kita. sila klik untuk baca kenyataan penuh DSAI

Dalam perkembangan lain pula begitu kuat khabar angin mengatakan kononya Ketua Umno PJ Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim akan menyertai Pakatan Rakyat. Namun berdasarkan beberapa portal berita pula melaporkan bahawa tokoh ini tidak menafikan khabar angin ini tetapi cuma berkata sedang memikirkan dengan serius. Kepada Datuk Zahar, kalau benar tekad di hati melangkahlah dengan berani. Salam hangat buat Datuk Zahar.

Selaku MPT keADILan penyertaan Datuk Zahar dan teman - temanya amat di alu alukan. Sesungguhnya pengalaman Datuk dan teman - teman akan dihargai dan bakal membantu memperbaiki lagi Kerajaan bawah PR (khususnya Selangor) serta memperkukuhkan perjuangan Pakatan Rakyat.

keADILan amat mengalukan kemasukan sesiapa sahaja sama ada telah berparti atau tidak berparti untuk bersama mendokong cita - cita 17 matlamat perjuangan keadilan. Namun perjuangan ini tidak menjanjikan apa apa habuan selain kenikmatan bersama menegakkan keadilan. sila klik untuk membaca berkenaan berita ini

Monday, December 22, 2008

Bukti Rasuah dalam Umno (BPR terlibat ?)


Gambar sidang media 16 Disember yang dihadiri oleh ramai teman media tetapi hanya Sinar Harian dan Akhbar berbahasa Cina sahaja yang menyiarkan. Dari kiri Sani, S.Muliadi dan (bertshirt merah) Azhar selaku Naib - Naib Ketua AMK Rembau. 2 dari kanan ialah NorAzizi A.Aziz, Setiausaha keADILan Rembau.

Ketika majoriti rakyat menderita akibat kemelesetan ekonomi, hampir kesemua pemilihan Umno di peringkat bahagian telah dicemari dengan politik wang. Penggunaan wang yang banyak untuk memperolehi jawatan, maka sudah tentu apabila mendapat jawatan tersebut mereka akan membuat wang yang lebih banyak kerana untuk mendapatkan semula modal yang telah dikeluarkan untuk mendapat jawatan dan mengumpulkan wang untuk mempertahankan jawatan dalam pemilihan akan datang pula.


Rasuah Politik dalam Umno ini makin parah umpama sebuah pohon yang mempunyai pucuk yang segar dan akar tunjuang yang mencengkam teguh dan dalam. Ini perkara serius kerana kepimpinan yang naik melalui rasuah ini akan mendapat tempat dalam pemerintahan negara yang akhirnya menggunakan tempatrnya untuk melakukan korupsi. Ini menjadi lebih parah apabila berjaya membonekakan sekali institusi negara yang sepatutnya membenteras rasuah itu malangnya kelihatan terlibat sama.

Hujung November lepas beberapa media (termasuk media utama) telah menyiarkan mengenai kejadian rasuah (politik wang) yang terjadi semasa pemilihan Umno Bahagian Jempol. Beberapa orang Pimpinan Puteri Umno Peringkat Bahagian telah tampil membuat laporan bahawa mereka telah disogokan wang untuk memastikan undi mereka untuk calon yang bertanding. Selepas laporan dibuat anggota puteri tersebut telah di panggil oleh BPR disoal siasat berseorangan dalam sebuah hotel murah di Bahau. Selepas sesi soal siasat ini Puteri ini sekali lagi tampil menyatakan bahawa mereka dipaksa menandatangani surat akuan palsu yang kononya mereka mengaku menerima rasuah dari calon yang bertanding dalam pemilihan Umno peringkat bahagian Jempol.

Tidak diketahui mana yang betul tetapi sebetulnya PUTERI Umno ini telah membuat dua kenyataan yang bercanggah. Dia harus disiasat dalam membuat laporan palsu. Dan yang paling penting ialah kelihatan penglibatan BPR yang telah menjalankan siasatan tidak mengikut prosedur dalam keadaan amat meragukan. Maka semua ini boleh mengundang perbagai persepsi.

Amat mengharapkan suatu penjelasan dan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang bersalah, maka Saudara Norazizi A.Aziz, Setiausaha keADILan Rembau telah tampil untuk membuat laporan Polis terhadap BPR berdasarkan kenyataan media tersebut. Laporan tersebut, tiga ahli Puteri Umno Jempol membuat satu laporan polis berhubung tindakan pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyoal siasat mereka di sebuah bilik hotel tanpa ditemani pegawai wanita dan diugut supaya membuat pengakuan menerima wang sogokan daripada calon tertentu dalam pemilihan parti. Mereka memaklumkan dipaksa duduk di atas katil dengan dikelilingi oleh lapan hingga 10 pegawai BPR.

Sehari selpeas laporan polis dibuat, beberapa pegawai BPR telah membuat laporan balas terhadap Azizi kononya kerana menghina BPR. Malah dalam ada media yang melaporkan BPR akan menyaman Azizi juga.

Tindakan BPR ini amat dikecam kerana selaku penjawat awam yang seharusnya bukan sekadar memastikan semua proses dalam negara bersih tetapi perlu kelihatan bersih tetapi malangnya tidak sanggup dikritik, malah gagal tampil dengan penjelasan sebaliknya mengugut pula.

Paling menarik beberapa hari selepas itu di siarkan di Harian Metro gambar salah seorang Puteri Umno tersebut dengan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dalam laporan tersebut dinyatakan semua laporan dan siasatan berkenaan kes tersebut di tarik balik.

Ini sesuatu yang amat mengelirukan. Dengan kejadian tersebut BPR dan Umno tidak boleh menyalahkan kewujudan tuduhan dan persepsi rakyat terhadap Umno sememangnya lubuk rasuah dan BPR terlibat sebagai boneka.

Pada 16 Disember yang lepas, che'GuBard dan keADILan Rembau telah memanggil satu sidang media khas untuk menjawab ugutan BPR terhadap Setiausaha keADILan Rembau dan mendedahkan satu lagi bukti rasuah politik dalamn Umno dan kali ini melibatkan bakal Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media tersebut didedahkan dokumen 27 muka surat yang mengandungi aduan lengkap berkenaan kegiatan rasuah Dato' (Dr.) Mohd Shafie Abdullah (merupakan Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak). Mohd Shafie dilaporkan mengedarkan RM1000 kepada perwakilan untuk memastikan kemenangan beliau sebagai Ketua Bahagian Umno. Laporan tersebut yang telah diserahkan kepada Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan Ketua Pengarah BPR, Putrajaya mengandungi wang tunai sogokan yang diterima pengadu dan rakaman perbualan yang jelas boleh mensabitkan kesalahan. Semua ini telah diserahkan pertengahan Ogos namun sehingga kini masih senyap.

Menurut satu sumber dalaman Umno juga ahli Umno yang berpotensi melawan Dr. Shafie juga telah dipanggil (oleh pihak Kementerian Kewangan) untuk diberi amaran untuk menarik diri jika tidak (beliau yang merupakan kontraktor) akan mengalamai masalah perniagaan kerana akan disenarai hitam malah pembayaran yang dibawah kawalan Kementerian Kewangan akan diganggu.


Ini menunjukkan bahawa kata - kata Najib mengenai memerangi rasuah politik hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja. Harapan ahli Umno untuk melihat Najib memulihkan Umno pasti akan kecewa. Najib akan menjadi pelengkap kemuncak kemusnahan Umno itu nanti.

Dalam sidang media tersebut che'GuBard telah ingatkan bahawa ini hanya satu dari lebih daripada 10 dokumen berkaitan rasuah Umno yang dimiliki. Kebanyakan dokumen yang mengandungi rasuah melibatkan pemimpin Umno Negeri Sembilan akan didedahkan dalam masa yang sesuai.

Mungkin kerana kenyataan ini telah menggusarkan pemimpin Umno Negeri Sembilan, maka dua hari ini memenuhi Sinar Harian edisi Melaka / NS ugutan pemimpin Umno Negeri Sembilan yang menyarankan che'GuBard boleh ditangkap kerana menyimpan maklumat rasuah. Persoalanya kenapa che'GuBard yang menyimpan maklumat rasuah didesak ditangkap mengapa yang menjalankan rasuah tidak didesak untuk ditangkap.

Jika BPR menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan berani sudah tentu kerajaan Bn Di Negeri Sembilan pasti tumbang kerana Bn hanya punya majoriti 4 kerusi DUN untuk memerintah Negeri Sembilan sedangkan lebih dari 4 wakil rakyat Bn mempunyai rekod rasuah sama ada tertangguh diperingkat siasatan mahupun pendakwaan. Maka tidak salah dikatakan bahawa kerajaan 'rasuah' Bn Negeri Sembilan kini hanya berjaya dipertahankan dengan sumbangan penguatkuasaan yang tidak efisyen.

Dalam perkembangan, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, che'GuBard secara peribadi mengatakan ia hanya perubahan kosmetik yang membazirkan wang rakyat. Penubuhan SPRM ini memerlukan buget tambahan yang banyak tetapi ia tidak akan bermakna kerana masih diletakan di bawah kuasa Perdana Menteri. lantikan pesuruhjaya dibawah PM bukan dibawah Parlimen. Apa jaminan PM tidak memilih hanya mereka yang mampu menutup rasuah PM dan keluarganya ? Malah tidak punya kuasa pendakwaan juga amat mengecewakan, kerana jelas BPR pernah membuat siasatan lengkap dan mencadangkan Rafidah Aziz dan Rahim Thambi Chik didakwa tetapi proses pendakwaan terhenti kerana kertas siasatan telah diperap di Pejabat Peguam Negara.
ikuti pendedahan penuh dokomen rasuah dalam Suara Keadilan akan datang (kata Zunar esok siap cetak)

Membantu seadanya.


Pusat Khidmat Rakyat yang diuruskan oleh keADILan Bahagian Rembau terus membantu. Sempena Tahun Persekolahan Baru 2009 ini Pusat Khidmat Rakyat Rembau telah dan akan terus mengumpulkan dana bantuan untuk membantu anak - anak yatim dan miskin dalam Rembau untuk dibantu. Pada 19 Disember lepas che'GuBard telah menyerahkan barangan sekolah seperti beg dan kasut sekolah untuk 15 anak yatim dan miskin kepada Sdr. Umar, Pengerusi,PEYAKIN NS untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
keADILan Rembau akan terus komited membantu, bagi yang ingin menyumbang sila hubungi 0123696474 atau email chegubard@gmail.com. sila klik sini untuk makluman lanjut kempen.

keADILan Lanang telah bersedia !!




Seramai 70 orang yang kebanyakanya terdiri dari ahli baru telah mengikuti Kursus Induksi Parti Keadilan Rakyat. Kursus sehari yang diadakan pada 20 Disember 2008 bermula dari jam 8.30 pagi dan tamat jam 5.00 petang. Dua tenaga pengajar terlibat iaitu Dr. Nicholas Bawin dan che'GuBard. Selain sesi pengenalan sejarah dan pengenalan mengenai prinsip idealisma parti, sesi perancangan pelan strategi tawan Sarawak telah diadakan. Di akhir kursus yang dijalankan dengan kerjasama Biro Latihan keADILan Pusat ini, peserta dalam keadaan cukup bersemangat dan sesi pembentangan akhir menyaksikan peserta telah membentangkan candangan strategi dan gerak kerja praktikal untuk memenangi pilihanraya negeri akan datang. Malah mereka juga telah menyatakan komitmen mereka dalam pelaksanaan startegi kempen.

Malamnya satu ceramah kelompok dan majlis dialog anjuran Jawatankuasa DUN Nangka (Bahagian Sibu) telah diadakan di Rumah Abang Ismail. Majlis yang bermula sekitar jam 8.30 malam itu dihadiri oleh puluhan aktivis dan penggerak parti termasuk kakitangan kerajaan. Penggerak parti yang hadir gembira apabila dikhabarkan che'GuBard bahawa Keadilan begitu serius dalam usaha mengambil alih Sarawak ke arah memerdekakan rakyat Sarawak dari isu isu yang tak kunjung padam. Serangan kepada keADILan seperti mengatakan keADILan parti semenanjung nampaknya semakin tidak menjadi.

Wednesday, December 17, 2008

PAC berjaya kelirukan rakyat (selamatkan Najib) !!

che'GuBard menerima kritikan agak hebat juga dari pembaca blog ini termasuk teman dikenali berkenaan dengan penulisan dan serangan che'GuBard terhadap pembelian Eurocopter.

Kononya 'pembangkang' (istilah yang digunakan oleh kebanyakan komen) hanya tahu bercakap tetapi tidak berani bertindak. Ini berikutan pengumuman suami Normala Samsudin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Selamatkan Wang Negara (PAC) yang mengistiharkan tiada penyelewengan dalam pembelian Eurocopter. Ramai yang terkejut dengan pengumuman tersebut. Malah ada yang mula bertanya 'adakah wakil PR yang berada dalam PAC tidur dan tidak bersuara ?'

Namun setelah diselidiki rupanya, suami Normala ini selaku pengerusi PAC telah menjalankan tugas dengan tidak mengikut prosedur. Hasil laporan perlu dibentangkan di parlimen sebelum di terima dan di umumkan. Tetapi suami Normala ini selepas selesai sesi siasatan sebelum pun siap laporan penuh untuk dibentangkan di parlimen beliau telah membuat pengumuman 'membersihkan Najib'.

Setelah sekian lama selepas pengumuman suami Normala ini (setelah dipastikan isu ini agak sejuk) maka pada 4 Disember lepas barulah laporan penuh siasatan PAC diberikan kepada ahli - ahli parlimen. Sekali lagi mengejutkan apabila laporan siasatan sedikit berlainan dengan pengumuman tergesa - gesa suami Normala uintuk membersihkan Najib. Pengumuman yang dibuat suami Normala memberikan persepsi kepada umum kononya semuanya baik dalam urusan pembelian Eurocopter.

Nasmun dalam laporan PAC ternyata mempersetujui wujud 'masalah' dalam urusan pembelian Eurocopter apabila mencadangkan kewujudan sebuah badan panel penilai bebas yang terdiri dari individu yang pakar dalam hal berkaitan untuk menyiapkan cadangan (nasihat) sebelum pembelian dibuat. Malah laporan tersebut mencadangkan keperluan tempoh ujian dan penilaian yang cukup dan menyeluruh sebelum sebarang pembayaran dibuat. Ini mengkritik tindakan cadangan pembelian hanya dengan melihat 'katalog' yang dilakukan sebelum ini.

Walaupun dengan perbagai kekakangan nampaknya ahli parlimen PR didalam PAC telah memainkan peranan sepatutnya. Cuma suami Normala yang mempengerusikan PAC bertindak tidak mengikut prosedur dengan membuat pengumuman awal. Kemungkinan usaha sanggup melanggar prosedur dengan membuat pengumuman awal ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Najib untuk memancing jawatan Menteri semula.

Jenayah membelakangkan proses parlimen dengan memanipulasi media untuk memberikan persepsi salah kepada umum ini nampaknya mula menjadi trend kebiasaan. Najib juga sebelum ini telah cuba membelakangkan undang - undang dengan cuba membawa berbilion wang rakyat dalam buget negara dengan dikenali sebagai pakej ransangan. Namun setelah diserang hebat oleh ahli Parlimen PR akhirnya Yang DiPertua Dewan juga mengakui bahawa Najib tidak boleh membawa berbilion wang rakyat tersebut tanpa pembentangan yang sempurna, maka parlimen telah menolak pelan ransangan Najib.

Namun penolakan parlimen ini tidak diumumkan sebaliknya Najib terus menggunakan media mengumumkan pelan peransangan yang melibatkan kemasukan baru berbilion wang rakyat ke dalam buget negara berjalan lancar. Ini pengkhianatan terhadap kemuliaan dewan rakyat.

Tidak mampu dibayangkan jika ini menjadi trend jika Najib sempat menjadi PM.

Tuesday, December 16, 2008

Rayuan : Kembali ke sekolah & permainan lama senyuman bermakna


Dalam keadaan kita memilih antara beg biru atau beg hitam.....antara kasut Bata atau kasut canggih ...itu suasana yang selalu kita lihat anak - anak kita...atau anak kenalan kita yang diketahui .....persoalan yang sering timbul hanya memilih jenama atau warna pakaian atau peralatan untuk kembali ke sekolah.
Namun pada masa yang sama terlalu ramai sebenarnya yang terpaksa memilih untuk menggunakan beg plastik ke sekolah, menjahit kasut dan pakaian lama untuk melangkah semula ke alam persekolahan. Malah ada yang masih berkongsi kegusaran ibu bapa atau bagi yang yatim mungkin nenek mereka untuk bagaimana hendak membayar Yuran ketika sekoilah dibuka nanti.........

Permainan lama kadang kala menyemakkan... lontarkan sahaja ke dalam stor atau mungkin ada yang dibuang begitu sahaja.
Yakinlah setiap permainan yang kita atau anak kita sudah bosan dan buang sahaja tetapi mungkin boleh membawa senyuman kepada wajah anak - anak miskin dan yatim yang sudah lama tidak tersenyum atau bayangkan gelak tawa mereka apabila mendapat permainan terpakai anda kerana selama ini mereka hanya bermain periuk lama di dapur mereka.

Menyedari dan menginsafi perkara ini keADILan Rembau melancarkan dua kempen
  • Rayuan : Bantu mereka kembali ke sekolah dengan senyuman

Para dermawan boleh menyumbangkan buku, peralatan sekolah, buku, pakaian sekolah terpakai (yang masih elok) ataupun menyatakan kesanggupan untuk menaja yuran sekolah. Semua sumbangan ini akan disalurkan kepada anak - anak yatim dan miskin dalam Parlimen Rembau dan jika ada lebihan akan dikongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik di tempat - tempat lain. Jika penyumbang berminat boleh turun sampaikan sendiri atau wakilkan kepada kami.

  • Permainan lama , senyuman bermakna

Kumpulkan segala permainan lama anda yang masih elok untuk kami kumpulkan dan sampaikan kepada anak-anak yatim dan miskin.

Cara sumbangan

Sumbangan barangan boleh di bungkus dalam kotak atau plastik dengan di labelkan "Sumbangan anak yatim/miskin keADILan Rembau" dan boleh dihantar di pusat pungutan kami seperti di bawah

  • Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
    A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1
    47410 Petaling Jaya
    Malaysia ...........Sila rujuk peta ke Ibupejabat
  • Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan, 433, Tingkat 2,Jalan Tuanku Antah, 70100Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Pusat Khidmat Rakyat keADILan Rembau, Taman Seri Rembau (atas mini Market Jalil), Rembau
  • atau hubungi Azizi 0123696474 untuk koordinasi sumbangan.

Monday, December 15, 2008

cheGuBard tak terlibat dan tak berminat terlibat

mask head sebuah blog yang dikaitkan dengan che'GuBard

che'GuBard dapat beberapa email dari orang tak dikenali dan malah blog ini pun cuba di linkan dengan satu blog (mati) yang dikenali sebagai http://anti-ezam.blogspot.com/

ada email minta bergabung untuk bangunkan blog anti Ezam dan ada blog yang minta bergabung dalam anti Ezam yang dah ada.Malah ada email yang menyerang dengan mengatakan che'GuBard menerima upah untuk menyerang Ezam.

sini che'GuBard tegaskan tidak berminat dengan semua ini. Sememangnya diakui beberapa 'tentera' Ezam telah dilepaskan untuk menyerang che'GuBard dan keluarga melalui blog-blog ciptaan mereka dengan fitnah yang kononya che'GuBard sudah kaya raya dengan membolot harta Selangor dan seumpamanya. Bagi che'Gubard ini kerja orang yang terdesak. kalau mereka masih nak anggap cheGuBard kawan, mereka tetap dianggap kawan namun kalau selabliknya terpulang. Blog kendalian bekas setiausaha Shah Alam iaitu yang menggunakan nama 'medan info kita 'adalah yang paling hebat menyerang che'GuBard.

Sememangnya Ezam umpama abang kandung saya dia banyak membantu dan menyumbang dalam hidup saya. Namun bagi cheGubard perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata. Banyak lagi isu rakyat dan negara ini perlu difokuskan dari memberi fokus kepada seseorang individu.

Saturday, December 13, 2008

MB NS salah eja jawi

Petikan dibawah ialah petikan dari blog seorang blogger di Negeri Sembilan. Bila terbaca posting beliau saya ingat lagi bagaimana Umno P.Pinang hebohkan katanya Ketua Menteri Pulau Pinang menghina agama dan bangsa apabila guna dan salah eja "Amal Makruf Nahi Mungkar" di banner ucapan Eidulfitri. Tetapi bagaimana pula dengan MB Negeri Sembilan ini...



Eidul Adha kali ini basah dengan hujan rahmat dari-Nya.Tetapi, hati ini lebih basah dengan perasaan sedih atas sebab kurangnya keprihatinan kita semua dalam hal tulisan jawi.Lihat sahajalah bunting di sebelah. Bagaimanakah ejaan Eidul Adha dalam tulisan jawi?Lihat juga bagaimana angka 1429H disusun menggunakan huruf Arab.Saya sudah lama meninggalkan kelas Bahasa Arab sejak di tingkatan 5 lagi. Saya sudah lupa-lupa ingat.
Apabila saya pergi ke Jawi Converter, ini ejaan yang saya temui : عيدالاضحى
Ini juga ejaan yang saya ingat sewaktu saya belajar Bahasa Arab.Angka 1429H juga ditulis dari kiri ke kanan dalam tulisan Arab, dibaca juga dari kiri ke kanan sama seperti rumi, tidak perlu ditukar dari kanan ke kiri, seperti ini :١٤٢٩هInilah yang saya tahu. Tapi, entahlah. Barangkali ada sistem ejaan jawi baharu yang saya tidak dapat maklumat? Atau pun cara menulis nombor menggunakan angka-angka tulisan Arab yang saya ketinggalan maklumat.Oh, pakar jawi dan Bahasa Arab sekalian... Bantu saya.Tiba-tiba saya rasa tebal muka untuk duduk di Seremban

Wednesday, December 10, 2008

Sokong kenyataan Khairy : Baitulmal harus bantu tanpa kira latar politik

29 November lepas beberapa media perdana telah melaporkan kenyataan YB Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau) yang menggesa Baitulmal Negeri Sembilan mengagihkan bantuan tanpa pilih kasih. Kenyataan ini dibuat kerana beliau telah mendapat banyak aduan mengenai permohonan bantuan khususnya dalam DUN Paroi di tolak.

che'GuBard selaku Ketua Bahagian Rembau dengan ini menyokong sepenuhnya kenyataan Ahli Parlimen Rembau ini.

Namun untuk pengetahuan YB Khairy, pemimpin Umno lah yang sering mengganggu proses agihan bantuan tidak kira dari Baitulmal atau mana - mana agensi yang mengagihkan bantuan termasuklah TEKUN , Mara dan seumpamanya. Kami punya rekod aduan ketika pemohon membuat permohonan ada agensi yang bertanyakan keahlian parti politik pemohon. Malah berdasarkan agihan bantuan zakat ketika Perdana Menteri menyampaikan cek ketika melawat Negeri Sembilan pada Ramadhan lepas, agihan diberikan berdasarkan kepentingan politik juga.

Contohnya dua pertubuhan bukan kerajaan yang menfokuskan kegiatan mereka membantu anak yatim dan ibu tunggal di Rembau ini di sisihkan dan diberi amaran kerana terlibat dalam aktiviti membantu rakyat susah di Rembau bersama keADILan. Dua organisasi ini tidak terlibat dalam aktiviti / kegiatan politik bersama keADILan tetapi hanya bersama dalam program kemarasyakatan namun pihak Umno khususnya pihak ADUN Chembong memberikan amaran kepada mereka. Ini amat menyedihkan.

Jika benar YB Khairy jujur dalam mengeluarkan kenyataan tersebut, keADILan Bahagian Rembau sanggup bekerjasama dalam mengumpulkan data rakyat miskin dan agihan bantuan. Harapnya ia bukan hanya kenyataan retorik menjelang pemilihan Umno untuk meraih undi semata.

Tuesday, December 09, 2008

Kebangkitan rakyat tidak terhenti setakat 8 Mac

Ramai yang beranggapan kebangkitan rakyat terhenti setakat 8 Mac yang lepas. Regim yang menyedari hakikat kebangkitan rakyat terus mencengkam media dan mengkhayalkan rakyat dengan perbagai isu 'hiliran' bukan isu penting yang melibatkan kehidupan rakyat. Malah anggapan ini menjalar sehingga ada yang beranggapan Umno atau Bn mula memulih selepas cedera parah dalam PRU ke 12.

Jika ini anggapan regim penguasa maka mereka sebenarnya bermimpi. Jaringan rakyat tertindas (JERIT) dengan sokongan perbagai pertubuhan termasuk parti politik di bawah Pakatan Rakyat telah memulakan kempen berbasikal dari Kelantan, Johor dan Perlis menjelajah ke seluruh negara dan kemudian tamat dengan perhimpunan di depan Bangunan Parlimen.

Kempen ini untuk menyedarkan rakyat mengenai isu sebenar yang masih tidak diselesaikan oleh Bn malah dalam banyak hal ia bertembah buruk. Rakyat di ingatkan supaya tidak termakan dengan isu yang sengaja ditimbulkan Bn untuk mengumpul sokongan rakyat seperti isu perkauman.

Sepanjang perjalanan mereka akan berhenti mengedarkan risalah dan menyertai beberapa aktiviti ceramah dan kebudayaan yang telah dirancang bersama penganjur tempatan. Malangnya regim Bn telah menggunakan kesemua 'aparat' mereka untuk menggagalkan program ini. Ada pengayuh yang ditahan, basikal dibakar dan banyak lagi halangan yang mereka tempuhi. Setakat ini semua berjaya dihadapi dengan jayanya.

ikuti perjalanan mereka dengan klik http://www.jerit.org/

keADILan Rembau akan menyambut kumpulan pengayuh ini pada 11 Disember dan kami akan berkayuh bersama mereka bermula di Kota, Rembau.

Salam eidulAdha ; rayuan bantuan peralatan sekolah untuk anak miskin dan yatim

antara ahli IBUNITA yang hadir
antara anak Yatim dan Miskin yang hadir
Antara tetamu yang hadir
Di kesempatan ini che'GuBard dan seluruh keluarga juga mewakili keluarga besar keADILan Rembau mengucapkan Selamat Hari Raya Eiduladha kepada semua yang membaca posting ini. Maaf zahir dan bathin ; Moga Eiduladha ini memperkukuhkan semangat juang dan berkorban dalam diri kita semua.
Meraikan pagi Eiduladha di Bangi bersama keluarga mertua sebelum malam raya bersama keluarga di Seremban. Pagi raya selepas solat Angkatan Muda Rembau telah bersama mengerjakan ibadah korban bersama Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal dan wanita (IBUNITA), Rembau dan Persatuan Anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (Peyakin).
che'GuBard sempat untuk solat zuhor berjemaah sebelum bertahlil sama di Masjid Jamek Pekan Rembau tempat majlis diadakan. Seekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya dimask secara gotong royong dan bakinya diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
Selain che'GuBard turut hadir memenuhi undangan meraikan anak yatim ialah Dato Rais Dzainuddin (bekas ADUN Chembong).
Sdr. Umar, Pengerusi PEYAKIN telah menyuarakan permintaan untuk mencari sama sumbangan bagi anak - anak yatim dan miskin ini untuk memasuki semula sekolah awal Januari depan. che'GuBard telah berjanji ingin menyumbang sebanyak 20 beg sekolah. Kepada dermawan lain yang ingin menyumbang apa jua peralatan sekolah bagi membantu anak ini kembali ke sekolah dengan senyuman boleh berhubung terus dengan Azizi, 0123696474 atau email chegubard@gmail.com.

Sambutan kepulangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar Ibni AlMarhum Tuanku Abdul Rahman



















Kebelakangan ini institusi kerajaan beradat Negeri Sembilan mendepani perbagai cabaran, malah yang lebih sedih cabaran itu tidak dilihat sebagai cabaran anak Negeri ini tetapi kelihatan DYMM Tuanku kelihatan kesorangan mendapani cabaran tersebut.


Menginsafi juga kemelut dikalangan masyarakat seolah tidak kesudahan ini memerlukan Institusi Raja - Raja Melayu atau (dalam konteks Negeri Sembilan) Institusi Kerajaan Beradat memainkan peranan semula sebagai penyatu dan payung kepada rakyat


bergerak dari kesedaran tersebut, pada 6 Disember 2008, sekumpulan anak Negeri Sembilan telah berkumpul di Kompleks Bunga Raya, KLIA untuk menyambut kepulangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar Ibni AlMarhum Tuanku Abdul Rahman dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Ampuan Najihah Binti Tunku Besar Burhanuddin yang telah berada di luar negara sekian lama.



Himpunan sambutan yang bertemakan "Memperkasa kuasa rakyat mengangkat Daulat Kerajaan Beradat" ini telah dihadiri oleh tidak kurang dari 300 orang anak Negeri Sembilan berbilang bangsa.


"Ini kali pertama dalam sejarah (rasanya) tanpa arahan orang berkumpul menyambut Raja dengan sepenuh hati menyatakan sokongan. Lebih istimewa turut hadir anak negeri yang bukan Melayu ini melambangkan kami merupakan kelompok yang faham Institusi Kerajaan Beradat sebagai payung negeri ini dan rakyat negeri ini bukan sahaja melayu. Institusi raja bukan milik melayu sahaja dan jauh sekali milik Umno sahaja" memetik kata - kata Mohd Kamil Yasin sebelum menyembahkan memorandum "memperkasa kuasa rakyat mengangkat Daulat kerajaan beradat kepada DYMM Tuanku Ja'afar.


Baginda telah perkenan menerima memorandum tersebut yang turut mengandungi petikan ucapan dasar Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan ucapan YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang turut menyentuh mengenai memperkasakan kedaulatan Institusi Raja dalam Kongres keADILan ke 5 yang lalu.


Selepas menerima memorandum tersebut baginda serta Tuanku Ampuan berkenan mencemar duli bersalaman dengan hampir semua yang hadir. Kompleks Bunga Raya malam itu gempita dengan laungan Daulat Tuanku !!! Baginda Tuanku dan Tunku Ampuan sempat melambai beberapa kali kepada yang hadir sebelum kenderaan berlalu pergi.


Semua berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden kecil. Semasa menunggu , kumpulan kami dihalau keluar dari dewan sambutan kononya kerana berpakaian tanpa protokol dan kemudian setelah kami berada di luar dewan sambutan kami mahu dihalau keluar dari kawasan kompleks. Kami faham arahan ini mungkin datang dari beberapa kerat pemimpin Umno yang turut hadir dan kelihatan seolah tidak senang dengan kehadiran kami. Malah menurut teman yang menyertai sambutan tersebut, menyatakan Sdr. Marvin telah di ugut oleh seorang ahli keluarga MB supaya diam dan jangan ganggu tempat orang. Malah secara sinis mengeluarkan perkataan dah lah menumpang...bukan Melayu tak sedar diri.....


Himpunan diketuai oleh Sdr. Kamil Yasin dan turut disertai oleh YB Chai Tong Chai (Chua), YB Ravi (P.Dickson), YB Rashid (Ampangan), YB Taufek (Paroi), Sdr. Zulkifli (PAS NS) dan pemimpin di perbagai peringkat.

Tahniah Unit Ehsan ; anak muda terus berbakti !!!

Berikut ialah petikan email yang diterima dari Unit Ehsan. cheGuBard menyiarkanya semula dalam blog ini kerana kagum dengan kerja amal berterusan anak muda Malaysia.


Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan izin dan limpah kurniaNya, semua konvoi Unit Ehsan Pulau Pinang dan syarikat korporat CAB Cakaran Corporation Berhad (2 buah MPV & 1 lori 'bonded' 3Tan) selamat bertolak pulang pada jam 01:15 pagi hari Jumaat 05hb Disember 2008, dari perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Parlimen Tumpat.

Barang-barang bantuan berbentuk kain selimut, kampit beras, gula, minyak masak, daging nugget, daging burger dan sosej telah berjaya diterima pada awalnya oleh ADUN Limbongan, Pasir Puteh merangkap Timbalan Presiden Kelab 'Backbancheur' ADUN Negeri Kelantan, Yang Berhormat Drs. Zainuddin Awang Hamat.

Beliau yang juga sebagai Pengerusi Briged Kebajikan Perdana Negeri Kelantan telah menyambut ketibaan delegasi Unit Ehsan dan syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad di Pusat ICT ADUN Limbungan untuk sesi pengenalan dan kemaskini isu-isu semasa di kawasan yang dilanda banjir dan seterusnya mengiringi ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Tumpat yang sedia menanti kehadiran delegasi bantuan.

Delegasi bantuan terdiri dari 4 orang sukarelawan Unit Ehsan, 2 orang exco AMK Malaysia, 2 orang exco AMK Pulau Pinang dan 5 orang dari syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad yang diketuai oleh Group Executive Director, Sdr. Victor Loo Choo Ghee.

Sejurus tiba di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, wakil Y.B Mohamad Zaki Ibrahim ADUN Kelaboran, menerima bagi pihak Yang Berhormat semua barang bantuan untuk disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang yang sedang dilanda banjir ketika ini.

Jutaan terima kasih kepada Sdr. Asrol Affendi selaku moderator Kelatekito.com dan
BloggerNetwork@Kelantan yang bertungkus lumus menyelaraskan program dari awal ketibaan delegasi bantuan di Tanah Merah hinggalah selesai di DUN Kelaboran, Tumpat.

Tidak lupa juga terima kasih kepada petugas di Pusat Khidmat yang sudi menyediakan makanan dan minuman untuk delegasi petugas bantuan, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh & Tumpat serta Unit Amal PAS Pasir Puteh dan Kelaboran, Tumpat Kelantan yang sudi memberikan kerjasama.

Kesibukan, tragedi.....

Ada beberapa email, komen dan sms tidak kurang juga rungutan kawan - kawan yang merungut mengenai blog yang sudah lama terbiar tidak di kemaskini.

che'GuBard mohon maaf....ini kerana selepas sahaja kongres beberapa kesibukan atau kerja bertindih telah berlaku. Bukan sahaja blog tidak dikemaskini malah kerana pertindihan yang tidak dapat dielakan che'GuBard juga gagal hadir di dua jemputan ceramah.

Kongres keADILan berjalan berjalan lancar. Alhamdunillah ia merupakan 'show force' kekuatan parti kali pertama selepas gelombang kebangkitan rakyat melalui peti undi pada 8 Mac lepas.

Sepanjang 3 hari Kongres diadakan tidak kurang dari 45,000 pengunjung yang terdiri dari perwakilan dan pemerhati yang hadir sama ada memenuhi stadium mahupun menjengok ke Karnival Rakyat yang diadakan serentak dengan Kongres di luar Stadium Malawati.

keADILan Rembau membuka gerai walaupun tidak memenuhi sasaran dari segi jualan ataupun kutipan sumbangan barangan namun jumlah kunjungan tetap tinggi. Kemungkinan keadaan kewangan peribadi yang rata - rata meruncing menghadkan perbelanjaan masing - masing. Terima kasih kami dari Bahagian Rembau kepada YB Amir (Batu Caves) kerana sokongan dan bantuan kepada Gerai Rembau.

Dari segi mutu perbahasan bercampur - campur ada yang dilihat begitu serius sebelum berdiri di pentas menunaikan amanah untuk berbahas tetapi tidak kurang ada yang hanya hadir dengan melafazkan retorik mengharapkan tepukan. Ini perlu diperhatikan dengan serius.

Keletihan selepas kongres belum pulih sudah kena disambung dengan penglibatan mengepalai seketeriat Latihan Kejurulatihan yang diadakan di PULAPES, Jugra. Latihan yang diadakan oleh Institut Kecemerlangan Pentadbiran (InsKep) dibawah seliaan Pejabat Menteri Besar Selangor ini bertujuan melahirkan sekumpulan jurulatih untuk mengendalikan siri latihan dibawah Pejabat Menteri Besar Selangor. Latihan ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya kerja baru dalam merialisasikan manifesto dan 17 matlamat ke arah pemantapan pentadbiran kerajaan reformasi.

YB. Azmin sedang memberikan penerangan dalam sesi AEM diperhatikan oleh Sdr. Razlan (Pengerusi sesi), YB Fuziah Saleh (Pengarah Kursus), YB Sivarasa dan YB Saifuddin.


Seramai 47 orang peserta dari perbagai latar belakang hadir. Malah kebanyakan peserta ialah mereka yang terlibat dalam dunia latihan secara profesional dan ada juga antaranya yang tidak punya latar belakang terlibat dengan parti PR dengan serius. Antara yang menarik ialah sesi pembentangan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM), sebenarnya diakui hakikat terlalu ramai tidak memahami atau termakan 'hasutan' regim BN bahawa AEM menindas Melayu. Perdebatan dalam sesi pembentangan AEM begitu disambut baik. Akhirnya setelah memahami apa sebenarnya AEM dan dasar 17 matlamat serta konsep urustadbir baik, maka di akhir kursus kesemua peserta telah bersedia untuk menjadi jurulatih bagi mengendalikan kursus kecemerlangan pentadbiran bagi pihak Pejabat Menteri Besar Selangor.

Di akhir sesi para peserta mengakui tugas yang digalas bukan mudah ingin membetulkan budaya kerja yang sudah terbiasa selama 50 tahun, namun mereka juga amat gembira pendekatan PR cukup berbeza bukan indoktrinisasi tetapi mencerna dan menanam pemikiran kendiri dan bebas berdasar prinsip urustadbir baik di kalangan pentadbir kerajaan negeri.



Minggu lepas juga hanya dua hari sebelum menjelang ulangtahun mengenang tragedi Highland Tower. Kawasan itu ditimpa malang sekali lagi 4 nyawa diragut runtuhan tanah. Malaysia seperti tersentak dengan apa yang berlaku. Malah tak sampai 24 jam selepas peristiwa itu Malaysia tersentak lagi dengan kemalangan bas awal pagi yang meragut 10 nyawa.

Ini semua berlaku kerana kita (dibawah Regim BN) tidak pernah serius. Selepas peristiwa Highland Tower sememangnya sudah di ikrarkan tidak akan bangunkan tebing tinggi dan cerun tetapi apa jadi dengan ikrar itu. Malah ingatkah kita apabila .berlaku kemalangan bas yang bertembung dengan bas yang turut melibatkan beberapa kenderaan di Pahang ketika awal pagi maka seiring dengan itu dengan nada sedih pemimpin Regim BN mengumumkan bas tidak boleh bergerak selepas tengah malam.

Namun apa jadi dengan ikrar dan kesediahn itu apabila regim ini dihimpit permintaan dan tawaran kapitalis. Semua tragedi dilupakan.... itulah kita gagal belajar dari sejarah....

Pada tahun awal 2004 saya, bersama Anuar Mohd Nor sudah menulis dalam Suara PRM mengenai betapa Bukit Antarabangsa tidak selamat. Kami sudah masukkan gambar mata air, retakan yang terdapat perbezaan hanya dalam masa dua minggu. Dalam laporan tersebut dimasukkan juga cadangan inventori cerun dan bukit yang amat diperlukan. Laporan tersebut juga dihantar kepada beberapa pihak berkuasa tetapi seperti biasa ...selagi belum ada yang mati selali itu kalam kapitalis bahawa tempat itu selamat akan diterima.

Setelah tragedi menimpa maka berbondonglah pemimpin regim akan hadir dengan muka tapai menunjukkkan simpati. Malah parti melayu paling prihatin di dunia juga tidak ketinggalan membuka gerai dengan bekerjasama dengan restoran mamak meriahnya khemah mereka ini sehingga TV3 lupa lapor ada juga khemah yang dikendalikan secera sukarela memberikan bantuan makanan oleh anak muda keADILan.