Thursday, January 31, 2013

Sidang media : Jelajah persiap rakyat "tipu PRU : Rakyat bangkit humban kamu"

Kenyataan Umum
31 Januari 2013
JELAJAH SAMM-ABU Dilancarkan Dengan Tema - AMARAN: TIPU PRU RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU!

Beberapa minggu yang lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan satu kenyataan media yang menyentuh pengakuan Tun Mahathir dalam penipuan pilihanraya dalam soal pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Perenggan terakhir kenyataan tersebut yang membayangkan satu Roadshow akan dilancarkan oleh SAMM adalah seperti di bawah;

"Demi rakyat dan kecintaan terhadap negara ini, SAMM dengan kerjasama pelbagai organisasi massa akan sekali lagi menjelajah ke seluruh tanahair termasuk Sabah dan Sarawak bagi meniup kesedaran awam dalam isu babitkan warga asing dan juga menggerakkan massa untuk mengekang warga asing daripada menjadi pengundi talibarut regim pemerintah.

 1 Febuari 2013 menjadi tarikh penting bermulanya Roadshow anak muda demi pecutan akhir sebelum PRU-13. Menyedari PRU ke 13 ialah peluang terbaik menumbangkan regim warisan penjajah (Umno/Bn), maka Roadshow dijayakan oleh SAMM dengan bekerjasama rapat dengan sekutu-sekutu ABU, organisasi mahasiswa serta anak muda dan berkerjasama rapat dengan perbagai peringkat Pakatan Rakyat.

SAMM sebuah ormas muda bebas, bukan kerajaan atau front mana – mana parti politik tetapi mengambil sikap politik dan antara objektif jelas SAMM ialah mempersiapkan rakyat untuk perubahan dan menyedarkan hakikat perubahan hanya boleh bermula dengan jatuhnya Umno/Bn, maka untuk itu SAMM sentiasa berusaha bersungguh – sungguh menjatuhkan Umno/Bn dengan apa cara sekalipun. Untuk itu SAMM membuat keputusan untuk menjatuhkan Bn, PR seharusnya dibantu. SAMM bersekutu mendokong idea ABU iaitu bersekutu ke arah perubahan.

Sememangnya peluang untuk menang berdasarkan tapak sokongan amat cerah. Namun penipuan PRU menjadi musuh utama. Jesteru itu regim harus diberi amaran, rakyat harus dipersiap minda, berlaku saja penipuan yang memenangkan Bn maka dalam tempoh 24 jam rakyat harus turun ke jalan tanpa arahan.

Maka, Roadshow kali ini sememangnya khusus untuk menyampaikan 'signal' yang jelas kepada setiap kawasan tumpuan di seluruh tanahair selain menjadi medan pecutan akhir demi memberi fokus penyebaran maklumat semaksima mungkin terus kepada rakyat. Juga turut akan diedar di sepanjang Roadshow (dalam program pagi dan petang di setiap lokasi) ialah set risalah yang diterbit oleh gerakan ABU dan SAMM sendiri selain memastikan maklumat PR dapat turun terus ke tangan rakyat. Ia adalah Roadshow dengan strategi 'serampang beberapa mata'.

Sempena Roadshow SAMM-ABU, beberapa sidang media juga akan berlangsung pada tarikh dan masa berikut;

Sidang Media: Pelancaran Roadshow SAMM-ABU "AMARAN: TIPU PRU, RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU"
Tarikh: 4 Febuari (Isnin)
Masa: 10 pagi
Lokasi: Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH

Kepada semua editor, mohon jasa baik semua rakan media agar dapat menghantar wakil membuat liputan untuk semua sidang media di atas.

Disenaraikan juga dalam kenyataan ini, jadual ringkas Roadshow SAMM-ABU;

1 Feb – Kg Parit Perawas, Sg Rambai, Melaka (Pertanyaan 012-2478016)
3 Feb – Jalan Seroja 1, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor (Pertanyaan 012-3312364)
4 Feb – Kg Bahagia Teluk Intan, Perak (Pertanyaan 012-5595258)
5 Feb – Dewan Sepak Takraw Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor (Pertanyaan 012-3312364)
6 Feb – Dataran Pasti Bandar Putra, Kulai, Johor (Pertanyaan 012-7030747)
7 Feb – Taman Kenanga, Jalan Bakri, Muar, Johor (Pertanyaan 017-3563823)
9 Feb – Felda Palong 2, Gemas, N.Sembilan (Pertanyaan 0123696474)
11 Feb – Depan Kem Pga Kubang Badak, Kuala Terengganu, Terengganu
12 Feb – Perkarangan Stadium Kota Bharu, Kelantan (Pertanyaan 019-9317608)
13 Feb – Pej Keadilan Paya Besar, Permatang Badak, Kuantan, Pahang (Pertanyaan 017-9573855)
18 Feb – Depan Pasaraya C-Mart Arau, Perlis (Pertanyaan 019-4342244)
19 Feb – Kg Sungai Layar Hujung, Sg Petani, Kedah (Pertanyaan 017-5568557)
20 Feb – Bukit Panchor, Nibong Tebal, P.Pinang (Pertanyaan 012-4702074)
21 Feb – Upu Pas Teluk Sarih Kg Gajah, Perak (Pertanyaan 012-5595258)
22 Feb – Palm Grove, Persiaran Raja Muda Musa, Klang, Selangor (Pertanyaan 019-9809974)
23 Feb  Kemuncak: Sebuah Konvensyen Di Kuala Lumpur (Pertanyaan 010-2675872)

selain program rapat rakyat umum, siri jelajah ini juga akan menumpukan pertemuan tertutup sukarelawan dan aktivis. Maklumat lanjut akan diumum dalam sidang media 4 Febuari nanti.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
email peribadi: edyesdotcom@gmail.com
twitter: @edyesdotcom

SAMM bersama pimpinan bekas Polis dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri

Kenyataan Umum

31 Januari 2013


Jemputan Taklimat Media: Khas pimpinan Persatuan Bekas Anggota Polis Malaysia dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri

 Bermula 20 Disember 2011 apabila SAMM mengiringi Tn Hj Mohamad Sabu bertemu dengan sekumpulan pimpinan Persatuan Bekas Polis Malaysia berkenaan kebajikan mereka yang terabai. Namun peringkat itu penerimaan mereka terhadap Hj.Mohamad Sabu agak sedikit terganggu mungkin kerana terpengaruh dengan media isu 'Mat Indera - Komunis' lebih lagi rata-rata masih kuat pro Umno. Perkongsian maklumat amat terhad pada ketika itu.

Berikutan satu set dokumen yang diperolehi dalam peti surat rumah che'GuBard di N.Tebal berkaitan penyelewenganwang kebajikan bekas polis. Dokumen tersebut menyebut dengan jelas bagaimana setiap bantuan kebajikan Jabatan Perdana Menteri untuk bekas Polis terpaksa dibayar komisyen dan dalam dokumen yang membongkar kegiatan ini menyebut dengan jelas nama pimpinan tinggi Bn sebagai orang tengah. Maka 16 September 2012, SAMM telah tampil membuat laporan SPRM yang sehingga kini tiada khabar tindakan susulan. klik sini untuk membaca berkenaan laporan SPRM

Pada 11 Januari 2013, salah seorang pimpinan Persatuan Bekas Polis telah membuat kejutan apabila muncul di Pentas Rakyat, countdown #KL112 di Kg. Baru, K.Lumpur, namun kerana masa agak terhad 5minit maka tidak banyak pendedahan boleh dibuat. Namun perkongsi maklumat bersama wakil tersebut menyedarkan Persatuan Bekas Polis ini sememangnya ada banyak isu dan masalah yang berpanjangan dan tidak selesai. Bukan itu sahaja malah dalam hieraki persatuan jelas menyebut peranan beberapa Menteri namun penyelewengan sememangnya terang - terang wujud dalam persatuan yang akhirnya secara tidak langsung kezaliman berlaku terhadap ratusan ribu bekas polis yang terabai.

Sehubungan dengan itu semua pihak media dijemput untuk satu sesi taklimat media ;

Tajuk     : SAMM bersama pimpinan bekas Polis dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri

Tarikh    : 4 Febuari 2013 (Isnin)

Masa     : 10.45 pg - 11.45 pg

Tempat  : Bilik Mesyuarat, Tingkat bawah, Dewan Perhimpunan Cina Selangor, KL

Taklimat media ini bertujuan untuk menerangkan masalah kemelut persatuan yang berpanjangan, korupsi yang berlaku dan peranan Menteri dalam perkara ini. Taklimat media ini akan disertai oleh pimpinan Persatuan Bekas Polis peringkat Kebangsaan dan Negeri.

Sekian

Norazizi Abd Aziz
Pengarah Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia
0123696474


(Rayuan) : SAMM memerlukan kenderaan 'double cab' untuk program pecutan akhir menjelang PRU

SAMM sudah merancang untuk program jelajah negara bagi pusingan akhir menjelang dan ketika PRU ke 13. Sejuta bahan ABU sudah tersedia untuk terus turun ke tangan rakyat khususnya kawasan yang payah untuk ditembusi maklumat. Siri jelajah ini memerlukan sebuah double cab seperti hilux, triton, ranger untuk memudahkan logistik risalah dan bahan kempen yang perlu diedar ke seluruh pelusuk negara. Kami rayu jasa baik kepada sesiapa yang berkenaan untuk menyumbang pinjam kami kenderaan seumpama diatas. Kami berjanji akan memulangkan kenderaan tersebut selepas PRU dalam keadaan baik seperti mana kami pinjamnya.

Mohon rayu sesiapa tampil meminjamkan kami untuk membantu usaha kecil kami sama menumbangkan regim ini. Anda boleh terus hubungi saya melalui email : chegubard@gmail.com

Sekian.

SAMM simpati dengan PDRM dan cabar Peguam Negara bertindak

Kenyataan Umum

31 Januari 2013

ISU BAWA KANAK - KANAK : SAMM SIMPATI PDRM DITEKAN HEBAT DAN TINDAKAN PENDAKWAAN AKAN PERCEPAT JATUH REGIM
#KL112 mencatatkan sejarah tersendiri. Tidak ada siapa yang boleh memberikan angka  tepat mengenai berapa ramai yang berhimpun dalam dan di sekeliling stadium pada 12 Januari lepas.Namun seperti biasa angka ini akan dijadikan bahan oleh regim untuk perkecil himpunan rakyat ini. Mulanya regim mengumumkan tidak lebih dari 30000 orang sahaja, namun jumlah ini disentak dengan pengumuman polis yang menyatakan pihak penganjur bersalah langgar syarat kebenaran iaitu melebihi 30,000 oran. Apapun penafian kebangkitan rakyat dengan regim bermain nombor mudah dipatahkan dengan gambar himpunan. Apapun tahniah buat akhbar seperti Sinar Harian dan Akhbar berbahasa Cina yang memainkan gambar sebenar himpunan yang menunjukkan kekuatan rakyat.

Isunya bukan sekadar jumlah, bagi regim ini makin panik ialah dimanakah agensi seperti PDRM berada ? Di mana - mana sejarah kebangkitan rakyat menghumban regim tua, di mula kebangkitan pasti Polis atau Tentera alat penting regim untuk mematahkan kebangkitan rakyat tetapi apabila hakikat sebenar bahawa betapa regim membawa kerosakan dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi maka saat kemenangan kebangkitan rakyat akan ditandakan dengan bermulanya (selalunya sebahagian) dari polis atau tentera sedia untuk 'mengkhianati regim' dan duduk bersama rakyat. Tanda ini agak jelas ketika Himpunan #KL112 atau HKR baru - baru ini.

Bagaimana ketika Najib diluar negara, pimpinan utama polis selesa duduk berbincang dengan pimpinan rakyat di Bukit Aman sehingga persetujuan untuk mencipta sejarah himpunan rakyat paling aman dan paling ramai sejak merdeka. Namun setelah Najib pulang dari luar negara 'mungkin' polis ditekan dan dipertikai mengapa PDRM berani memberi jaminan sedemikian, maka sedikit gangguan dimunculkan iaitu surat cadangan mengalih lokasi himpunan ke Bukit Jalil.

Akhirnya semua berjalan sempurna. Ini membuktikan selama ini jika tanpa campur tangan regim (baca : Umno/Bn) memperdaya PDRM pasti semua himpunan aman dan baik dan hubungan PDRM dan rakyat akan terpelihara juga dihormati. Depan mata saya bagaimana selepas himpunan ada yang mengutip sampah, ramai yang berjalan berkumpulan tua / muda mendekati anggota polis dan bersalaman.

Masih ingat gelak tawa gurauan anggota polis yang berdialek Borneo di stesen LRT Stadium yang mengatakan 'macam hari raya' apabila semua orang bersalaman dengannya dan kawanya pula bercakap 'aik macam menteri pula rasa'. Semua jadi tertawa.

SAMM bergerak dari Kg. Baru ke Stadium Merdeka. Kami sudah putuskan satu perarakan yang meriah dengan lagu - lagu bermasej 'rakyat', selawat, nasyid dan sebagainya. Ribuan yang bersama perarakan SAMM ke Stadium Merdeka pasti bergembira sebagai sinambungan program mengira detik di Kampung Baru, KL malam sebelum itu. Masih teringat lagi demonstran mengambil gambar sambil sama menari dengan anggota trafik mengikut muzik lagu Korupsi (one buck short) dan bongkar (iwan Falls) diselang seli lagu Ubah Jang Ubah. watak yang sama tetapi iemj berbeza ketika BERSIH 3.0, yang bezanya ialah campur tangan jahat Bn.

Namun regim ini tidak pernah akur dengan kebangkitan rakyat. Isu bawa kanak - kanak pula dinaikkan. Ada maklumat dari dalam PDRM menyatakan keluhan mereka kerana dipaksa melakukan kerja bodoh iaitu meneliti gambar peserta #KL112 dengan kanak - kanak. Semalam Polis mula mengedarkan kononya gambar peserta yang membawa kanak - kanak.

SAMM menyeru semua peserta himpunan yang terlibat supaya mendapatkan nasihat guaman dahulu sebelum bertindak. Namun jauh dari itu SAMM bersimpati dengan polis yang dipaksa regim untuk bertindak sedemikian. Sehari dua ini apabila pimpinan PDRM WP muncul dengan pengumuman iba - bapa bawa anak ini ramai yang tertawa dan tidak kurang kecewa. Ada yang mengatakan dari cari ibu bapa yang bawa anak lebih baik PDRM guna masa tersebut untuk cari ibu bapa yang buang anak atau anak hilang.
Namun SAMM mengajak orang ramai jangan menyalahkan PDRM 100% dalam perkara ini, mereka sedar tindakan mereka ini bakal ditertawakan dan buang masa tetaoi mereka dipaksa oleh regim Bn yang sudah hilang punca.

Persoalan mudah ; adakah Bn tidak menggunakan kanak - kanak dalam program libat Bn atau PM sendiri.

 Gambar atas dan bawah ini jelas program Bn tetapi saksikanlah mereka anak - anak sekolah yang diupah.

 Hari yang sama 12 Januari 2013, Najib juga melaukan himpunan di Semenyih. Untuk mengumpulkan ramai orang maka bertrelar beras diagih percuma , ibu bapa ramai yang membawa anak. Dalam berebut beras ada yang pengsan dan terhimpit.

 SAMM bersimpati dengan PDRM dan menyeru untuk PDRM khususnya pimpinan utama mereka agar punya sedikit lagi keberanian untuk terus berdiri bersama rakyat. SAMM amat yakin PDRM mendapat maklumat lengkap mengenai betapa tapak sokongan Bn amat goyah kini. Bn akan kalah dalam PRU akan datang (jika PRU itu adil). Paling penting pimpinan utama PDRM sendiri tentu sedar betapa Bn makin membawa kerosakan pada negara, pendedahan Musa Hasan bekas Ketua Polis Negara mengenai campur tangan pemimpin politik Bn dalam urusan PDRM selama ini sudah tentu menyentap imiginasi keseluruhan PDRM yang semala ini punya persepsi berbeza.

Yakinlah Malaysia tanpa Bn pasti lebih baik untuk semua. Yang lebih penting menjatuhkan Bn kali ini beerti kita sama menghidupkan suis demokrasi dalam negara. Apabila demokrasi itu diaktifkan maka kerajaan yang takut dengan rakyat akan wujud. Jika PR tidak baik kita ganti semula.

Mitos menyatakan pertukaran parti pemerintah merosakkan negara perlu ditinggalkan. Semua negara maju sering bertukar kerajaan. Huru hara akan muncul apabila sistem demokrasi mati dan regim terlalu zalim memperkuda agensi yang sepatutnya bebas menjaga kepentingan rakyat.

Kepada Peguam Negara dalam perkara ini ketahuilah kamu boleh terus melakukan pendakwaan tetapi yakinilah tindakan pendakwaan tersebut merupakan sabotaj besar kepada regim Bn kerana akan mempercepatkan kejatuhan mereka.

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

nota : keratan berita dari mStar online ini yang melaporkan remaja umur 16 tahun meninggal selepas hadir prog.himpunan Bn.

Wednesday, January 30, 2013

KJ Kena Jawab Pinjaman Mudah Jutaan Ringgit Bank Pertanian Dilupuskan?

Chegu-Bard and khairy
SHAH ALAM, 30 DIS: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin(KJ) digesa menjawab dakwaan isu pinjaman jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad yang dikaitkan dengan beliau ketika bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Pinjaman masih tertunggak itu juga dikatakan mungkin bakal dilupuskan sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pegawai bank yang menguruskan pinjaman mudah itu.

Demikian menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard kepada TV Selangor hari ini.

“Saya ada datanya, pinjaman itu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2008 lagi, tetapi Khairy tidak pernah membayar sekali pun,” kata Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.

Chegu Bard yang belum mahu mendedahkan jumlah pinjaman tersebut turut mempersoalkan tujuan pinjaman tersebut dibuat.

“Kalau petani biasa, nak pinjam cuma beberapa ribu ringgit, tetapi pelbagai syarat perlu dipenuhi seperti ‘proposal’ (kertas cadangan) dan sebagainya, tetapi apa ‘proposal’ Khairy beri sehingga membolehkan dia dapat pinjaman yang bukan sedikit.

“Lazimnya rakyat kebanyakkan kalau tak bayar pinjaman seperti pinjaman kereta contohnya, kelam-kabut sorok kereta di belakang rumah, bimbang kena tarik.

“Adakah Bank Pertanian beri layanan berbeza dengan VIP seperti Khairy hinggakan pinjaman berjuta ringgit boleh dilupuskan begitu sahaja, sedangkan bank itu milik kerajaan dan fungsinya untuk membantu golongan petani untuk memajukan diri mereka dalam bidang pertanian” ujar beliau lagi. - http://www.selangorku.com/?p=20575 

Sila klik sini untuk layari kenyataan penuh mengenai pinjaman Bank Pertanian libat Khairy Jamaluddin

SAMM Dakwa Syarikat 'kaitan' Menteri Monopoli Kontrak Petronas Punca Syarikat Bumi Mati?

KUALA LUMPUR 29 Jan: Kontraktor pengangkutan kepada syarikat Petronas Dagang Berhad (PDB) mendedahkan, perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kontrak pengangkutan syarikat itu kini dimonopoli oleh syarikat Shaziman Transport Sdn Bhd.
Shaziman Transport Sdn Bhd (STSB) yang didakwa ada kaitan dengan seorang Menteri Kabinet dikatakan memonopoli lebih 90 peratus kontrak pengangkutan di sesetengah tempat menyebabkan beberapa syarikat bumiputra lain gulung tikar dan menanggung kerugian.
Perkara ini dibongkar kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Menurut kumpulan pengusaha pengangkutan lori yang ditemui Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, semua syarikat kontraktor lori lain tidak diberikan ‘trip’ perjalanan tanpa notis awal dengan alasan kononnya untuk menguji kemampuan STSB.
Justeru, Badrul Hisham dalam sepucuk suratnya yang dihantar kepada PDB, 26 Januari lalu, menuntut agar PDB dapat menjelaskan isu ini.
“Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori, menjadi 3 lori sahaja kerana lorinya ada yang dijual dan ada ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan ‘trip’ mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada STSB.
“Ini menyebabkan rata-rata syarikat bumiputra lain di Melaka bukan sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50,000 ke RM60,000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos berkaitan.
“Di Johor dilaporkan monopoli syarikat STSB yang diberikan oleh PDB hampir 90 peratus menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar,” menurut kandungan surat itu.
Menurut Badrul, surat tersebut dihantar melalui faks dan emel dan beliau akan menyerahkan salinan asalnya kepada pejabat PDB di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) minggu ini.
Mengulas isu sama, Badrul Hisham berkata, kontraktor terlibat yang beroperasi di Melaka juga ada memberitahu beliau bahawa monopoli kontrak PDB akan berlaku ekoran mereka mungkin dikehendaki mengambil sub-kontrak pengangkutan PDB melalui STSB.
“STSB ini naik dengan cepat sekali, dari cuma beberapa lori kini dikatakan sudah memiliki 80 lori sehingga STSB disenaraikan sebagai antara peneraju dalam syarikat pengangkutan negara,” katanya dipetik MediaSelangorku.
Menurutnya, dasar monopoli yang diamalkan ini mampu mengundang risiko bahaya kepada ekonomi negara sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini terhadap syarikat yang menguasai pasaran.
“Dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun dua ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100 peratus PDB bergantung kepada satu syarikat sahaja.
“Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat mogok, menyebabkan berapa banyak stesen minyak akan putus bekalan minyak dan beberapa sektor dalam negara pasti lumpuh,” katanya lagi.
STSB yang dikaitkan dengan Menteri Kabinet ini bukan sahaja mendapat kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat berkepentingan kerajaan lagi.
Badrul Hisham yang enggan menyebut nama menteri yang dimaksudkan, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan isu ini melibatkan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

[Wajib Fikir] Perbandingan Yang Paling Anda Tidak Senangi !!!

KDNK/kapita kita telah meningkat sejak tahun 1978 dan kita sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 (mengikut PEMANDU) TETAPI berapa banyak kita boleh membeli kembali seperti pada tahun 1978 dan berapa banyak yang kita boleh membeli SEKARANG?!

Adakah GDP/kapita benar-benar dicerminkan dalam realiti kehidupan harian kita? Adakah Malaysia bertambah baik secara keseluruhannya atau hanya dicerminkan dalam TOP 10%? Adakah perkara-perkara yang lebih baik dan lebih mudah sekarang berbanding 40 tahun yang lalu? Jika tidak, apa silapnya? Apa yang kita boleh lakukan untuk perkara yang betul?

Tuesday, January 29, 2013

MISTERI BERKENAAN PENGANUGERAHAN KONTRAK KEPADA Samsung Engineering & Construction UNTUK MEMBINA PERAI POWER PLANT, PULAU PINANG




Kenyataan Media
29 Januari 2013

MISTERI BERKENAAN PENGANUGERAHAN KONTRAK KEPADA Samsung Engineering & Construction UNTUK MEMBINA PERAI POWER PLANT, PULAU PINANG

Merujuk laporan media bertarikh 22 Januari 2013 yang melaporkan Majlis Tandatangan Penganugerahan Pembinaan Prai Power Plant yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing iaitu Samsung Engineering & Conctruction.

Keputusan untuk menganugerahkan projek bernilai RM2.47 billion ini kepada sebuah syarikat asing dengan mengenepikan sepenuhnya syarikat tempatan yang berkemampuan mengundang seribu satu persoalan. Ini jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender dan menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung (JV) dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan memperkukuhkan korporat tempatan.

Menurut semakan ringkas yang SAMM lakukan Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia, antara projek besar yang syarikat ini pernah terlibat di Malaysia ialah  2nd tower KLCC, namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 % menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih Samsung sendiri. Langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini beerti hampir 100% wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan kalau ada pun ia amat minima dalam negara lagi.

Selepas itu nama syarikat Korea Selatan ini senyap sehinggalah wujud tawaran pembinaan menara warisan 118 tingkat. Samsung mula mendekati beberapa mereka yang berkedudukan penting dalam negara.

Dirakamkan juga pertemuan telah dilakukan di Korea Selatan bersama Perdana Menteri dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Malah lobi bukan sahaja berlaku dikalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah turut libat anak PM sendiri.

Nampaknya mungkin kerana usaha lobi sudah terlalu giat akhirnya walaupun menara warisan 118 tingkat masih belum tentu hujung pangkal namun Samsung Engineering & Construction  mendapat anugerah projek Prai Power Plant yang bernilai keuntungan jauh lebih besar dari menara Warisan.

Namun seribu satu persoalan muncul atas penganugerahan tersebut ;
 
•    Mengapa syarikat tempatan seperti Ranhill Berhad / Malakoff / Paremba yang jelas berkemampuan dan berpengalaman yang menawarkan diri serta ada yang menawarkan harga yang lebih murah gagal mendapat kontrak tersebut. SAMM mungkin banyak tidak bersetuju dengan sykt tempatan dinyatakan tetapi dengan memberikan anugerah kepada sykt asing dengan mengenepikan sykt tempatan berkelayakan adalah sesuatu yang salah.
•    Mungkin panel selective tender yang membuat keputusan tersebut berfikiran dijajah iaitu hanya syarikat asing boleh buat projek besar mengapa tidak dipilih syarikat asing yang menawarkan JV dengan syarikat tempatan bagi membantu ekonomi tempatan
•    Prai Power Plant berkapasiti 1000 MW sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun mengapa perbezaan kos agak keterlaluan.
•    Diingatkan Prai Power Plant tidak seperti Manjung dan Tanjung Bin ketika proses tender dan dan pembinaan beberapa kali kenyataan media dibuat mengumumkan kos dan peringkat proses bersesuaian dengan ia projek berkepentingan negara.
•    Sewaktu pembinaan Manjung Power Plant 40% bahan adalah dari dalam negara, boiler steel works dibuat di Malaysia. Maka secara relatifnya kos dalam dimanafaat dalam negara.

Persoalan paling utama ialah berdasarkan laporan media pada 20 Mac 2012 menyatakan secara jelas Jawatankuasa tender telah mengumumkan 9 pembida telah disenarai pendek. Ini agak sedikit mengejutkan kerana sebelum ini hanya 5 -6 syarikat sahaja yang disenarai pendek.

Antara syarikat pembida yang telah disenarai pendek berdasarkan artikel yang disiar media pada20 Mac 2012 itu ialah ;

•    1 Malaysia Development Bhd yang berusaha sama dengan Hyundai Engineering & Conctruction
•    YTL Power International Bhd berusa sama dengan Marubeni Corp of Japan
•    CI Holding Bhd bergabung bersama Teknologi Tenaga Perlis Consortium yang berusaha sama dengan Daelim Industrial Co. Limited
•    Amcorp Power Sdn Bhd yang berusaha sama dengan Mitsui & Co Limited
•    Malakoff Corp Bhd bergabung dengan Petronas Power yang berusa sama dengan Mitshubisi Corp.
•    Pendekar Power Sdn Bhd yang dimiliki oleh Powertek Sdn Bhd.
•    Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dimiliki Genting Berhad
•    Genting Sanyen Power Sdn Bhd 
•    Sime Darby Power Sdn Bhd

Langsung tidak wujud nama Samsung dalam 9 yang disenarai pendek. Namun apabila diumumkan Samsung yang langsung tidak ada dalam senarai pendek telah mendapat projek ini yang bernilai RM 2.47 billion berdasarkan laporan media 1 Disember 2012.

SAMM mengajak rakyat agar memerhatikan perkembangan ini dari dekat kerana ;

•    TNB sebuah agensi penting negara, perbelanjaan TNB melampau seperti pembinaan janakuasa dengan harga tidak munasabah akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada rakyat.
•    Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsi syarikat tempatan adalah pengkianatan kepada ekonomi negara.
•    Akur dengan dunia makin hilang nilai sempadan namun dalam perkara ini kerajaan harus memastikan kewujudan gabungan asing dan tempatan bagi memastikan aliran kewangan terkawal, peluang pekerjaan, perniagaan & kemahiran, serta kemahiran teknologi disalurkan pada warga negara setimpal dengan kos wang rakyat yang diguna pakai.
Melalui sidang media ini juga SAMM ini menimbulkan persoalan ;
•    Projek bernilai RM2.47 billion ini seolah diluluskan bukan sahajakepada syarikat tidak disenarai pendek tetapi agak tergesa – gesa dan dalam keadaan cuba berselindung. Majlis penganugerahan kontrak sebesar RM2.47 billion ini tidak diberikan perhatian sewajarnya media dan tidak dihadiri oleh Menteri seperti mengelak perhatian rakyat seperti ada yang cuba diselindungkan ?
•    Adakah ia tergesa – gesa ada kaitan dengan cubaan mencairkan dana bagi tujuan membantu kewangan pihak tertentu  menjelang PRU ke 13.

SAMM meragui mungkin ada ‘sesuatu’ dibelakang semua ini. SAMM telah mendapatkan kerjasama dengan beberapa sumber dari Korea Selatan juga berkemungkinan menghantar pasukan ‘carian’ ke sana dan dalam masa terdekat akan membuat pendedahan usaha lobi melibatkan syarikat Korea Selatan tersebut.

Untuk peringkat ini SAMM bagi pihak rakyat Malaysia yang menggunakan elektrik dan membayar tarif yang mahal dan semakin meningkat saban masa mendesak agar TNB dapat tampil memberikan penjelasan dalam isu ini.

Sekian.

che’GuBard
Penyelaras Kebangsaan,
Solidariti Anak Muda Malaysia

Web Rasmi       :    www.anakmudamalaysia.com
Email Rasmi     :    samm4anakmuda@gmail.com
Blog Peribadi   :    http://chegubard.blogspot.com
Email Peribadi  :    chegubard@gmail.com
Tweeter             :     @chegubard
Fanpage FB      :    http://www.facebook.com/pages/CheGuBard/

** kenyataan media dibacakan dalam sidang media 29 Januari 2013, jam 11.30 pagi di SCAH

Friday, January 25, 2013

Adakah PDB juga terlibat menggunakan nama 'perjuangan Melayu' untuk pijak Melayu kayakan segelintir Melayu

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com / samm4anakmuda@gmail.com
-----------------------------------------------------------------------

Tarikh : 26 Januari 2013

PETRONAS Dagangan Berhad
Commercial Business Division
Level 33, Tower 1
PETRONAS Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 KUALA LUMPUR

Tuan ;

MOHON PENJELASAN MENGENAI ADUAN PENGUSAHA / KONTRAKTOR LORI BERKAITAN PDB

Perkara dia atas dirujuk.
Sudah sebulan mendapat email dan sms mohon berjumpa oleh beberapa kumpulan usahawan Bumiputera Melayu yang terlibat peniagaan pengangkutan. Oleh kerana fokus dengan mobilisasi #KL112 yang mana SAMM terlibat secara langsung maka pertemuan ini tertangguh sehinggalah 24 Januari lepas kami bertemu dalam sesi sarapan pagi. Nampak serius kerana ada yang hadir sejauh dari pantai timur dan utara semenanjung pagi itu.

Mereka ini ialah kontraktor lori yang selama ini terlibat sebagai penyedia perkhidmatan hantaran bahan dari pusat simpanan minyak Petronas seperti di Pasir Gudang, Kuantan, Kerteh, Melaka, Dengkil, Lumut dan Perai, melalui PDB. Pada peringkat awal mungkin idea membantu ekonomi bumiputera baik. PDB sayap Petronas telah melantik banyak syarikat bumiputera sederhana kecil untuk menguruskan penghantaran bahan petroleumnya. Berpuluh usahawan bumiputera berjaya dilahirkan melalui cara ini. Namun akhir - akhir ini suasana bertukar beza. Mula berlaku monopoli.

Menurut kumpulan pengusaha lori yang ditemuni, nama Shaziman Transport Sdn. Bhd sebuah syarikat yang terkait seorang anggota kabinet Malaysia mula memonopoli urusan pengangkutan bawah PDB. Syarikat tersebut naik dengan cepat sekali dari beberapa buah lori kini syarikat ini dikatakan sudah memiliki 80 buah lori sehingga menyenaraikan Shaziman Transport sebagai antara peneraju dalam syarikat pengangkutan negara. Bagus syarikat bumiputera berjaya tetapi oleh kerana memberi laluan kepada Shaziman Transport telah menyebabkan banyak syarikat bumiputera lain mati. Sebuah syarikat di Melaka yang berurusan dengan PDB sebelum ini memiliki 12 buah lori telah menjadi 3 lori sahaja kerana bakinya ada yang dijual ada yang ditarik bank kerana masalah kewangan ekoran penurunan 'trip' mendadak oleh PDB yang memberi laluan kepada Shaziman Transport. 

Di Johor dilaporkan monopoli syarikat Shaziman Transport yang diberikan oleh PDB telah hampir 90%, banyak syarikat bumiputera lain gulung tikar. Menurut pengusaha yang ditemui lagi, di Melaka bulan Disember lepas tanpa notis awal semua syarikat kontraktor lori lain tidak mendapat trip konon kerana untuk membuat ujian kemampuan kepada Shaziman Transport. Ini telah menyebabkan rata - rata syarikat bumiputera lain di Melaka bukan sahaja hilang pendapatan tetapi terpaksa menanggung kerugian RM50000 ke RM60000 bulan lepas untuk membayar gaji pokok pemandu lori dan kos berkaitan. Selain kontraktor lori itu sendiri kini terjejas ialah ratusan pekerja yang kebanyakanya bumiputera Melayu yang terlibat dalam industri hiliran berkaitan. Di Melaka sudah kedengaran akan berlaku monopoli dan syarikat lain jika mahu terus hidup perlu mengambil trip yang diberi kepada Shaziman Transport dan perbagai syarat bakal dikenakan. Pengusaha yang kecewa mengatakan semua ini hanya hujungnya memastikan syarikat pengusaha lori bumiputera Melayu mati dan hanya ada Shaziman Transport.

Polisi PDB sebelum ini mengagihkan kepada banyak syarikat pengusaha pengangkutan dan berasaskan negeri, contoh di Pantai Timur cuma syarikat di Pantai Timur sahaja yang diberikan keutamaan. Namun semua ini sudah berbeza Shaziman transport mula menguasai trip/perjalanan di hampir seluruh semenanjung Malaysia.

Dibangkitkan juga persoalan bagaimana dengan mudah kebenaran Shaziman Transport dibenarkan membeli lori baru dan menukar lori yang mana syarikat berdaftar dengan PDB harus mendapat kebenaran PDB dahulu yangmana syarikat lain susah hendak dapat. Malah apabila diperkenalkan lori 'double tanker' kebenaran terus dengan mudah dapat kepada syarikat Shaziman.

Tahu atau tidak dasar monopoli ini juga punya risiko keselamatan, bayangkan setahun dua ini jika ini berterusan, syarikat lain pasti mati dan 100% PDB bergantung kepada satu syarikat sahaja. Bayangkan jika sesuatu berlaku seperti syarikat 'mogok' berapa banyak stesen minyak tidak punya bekalan minyak dan beberapa sektor dalam negara pasti lumpuh.

Bila dipersoalkan beberapa ikon bumiputera Melayu berjaya seperti Shaziman Transport maka akan ditujukan pula persoalan dengki Melayu berjaya. Persoalanya bukan dengki tetapi adakah hanya beberapa kerat itu sahaja Melayu yang cerdik ? Tahu atau tidak kejayaan memberikan monopoli dan 'payung emas' kepada ssegelintir melayu untuk mengaut kekayaan telah menzalimi banyak melayu yang lain.

Dilaporkan Shaziman Transport syarikat terkait Menteri kabinet ini bukan sahaja mendapat kontrak dari PDB tetapi juga dari Proton, Perodua dan banyak syarikat berkepentingan kerajaan lagi. Muncul persoalan adakah kerana syarikat ini bernama Shaziman Transport iaitu nama Menteri Kabinet Malaysia ?

SAMM bertindak bagi pihak kumpulan pengusaha lori yang menemui kami untuk itu kami memohon penjelasan pihak tuan mengenai perkara ini. kami yakin selaku sebuah syarikat korporat besar dan sudah tentu mempunyai keperihatinan terhadap usahawan bumiputera sudah tentu melihat aduan ini sebagai serius.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
chegubard@gmail.com
http://chegubard.blogspot.com

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul

Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434H/24 Januari 2013 kepada semua muslimin/muslimat..

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah..

Sesungguhnya Rasullullah SAW Adalah Contoh Tauladan Sebenar-benar PEJUANG yang harus kita semua contohi..

ALLAHUAKHBAR dan selawat ke atas RASULULLAH..

“Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata”
smr

Tuesday, January 22, 2013

pegawai yang lulus 40,000 IC Biru keluar beri amaran


Sah Mahathir terbabit, barua ini jual negara !! Kepada bekas pegawai kerajaan yang terlibat ini tak payah gimik-gimik dedah terus saja !!

Amaran anak muda : Tipu PRU , rakyat bangkit humban kamu !!

Petikan kenyataan SAMM semalam ;
Memetik semula kata - kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia  menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan.Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini.

Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya. klik sini untuk baca lanjut.

Sunday, January 20, 2013

Bersihkan daftar pemilih sebelum PRU

Kenyataan Umum

21 Januari 2012

BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH SEBELUM PRU.

Dijumpai dalam You Tube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah. Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara pada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk , wajah - wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu. Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika Pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih. Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk.

Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara. Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata. Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau.

Memetik semula kata - kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia  menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan.Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini.

Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya.

Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor. Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkausa mula menjual kedaulatan seluruh negara. Jumlah pengundi asing yang diseludup masuk ini amat ramai, akhirnya mereka akan bersatu dan akan ada MP wakil Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan jika cerdik sikit mereka akan mula desak kerusi menteri bagi kelompok mereka.

Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa.

Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya mati dalm lahir di sini.Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka. Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia.

Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas.Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan menccetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa.

SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU. Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai.

Bangkit, Bangkit, Bangkit ! Selamatkan negara.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

Rosmah, saya bukan fitnah kamu tapi persoal nama kamu dalam borang kastam

Kenyataan Terbuka

20 Januari 2013

ROSMAH, KENAPA NAMA KAMU DALAM BORANG KASTAM SEBAGAI PENERIMA CINCIN RM24.45 JUTA ?

8 Julai 2011 kali pertama che'GuBard mendedahkan dokumen dan resit berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24.45 juta yang tertera nama 'Datin Paduka Seri Rosmah Bin Mansor' sebagai penerima. Pada peringkat awal pendedahan Rosmah diam dan cuma juak - juaknya menjawab dengan tuduhan dokumen yang didedahkan itu palsu. Malah ada Menteri yang berucap dalam majlis terbuka membela Rosmah dengan menyatakan cincin RM24juta tidak ada dalam dunia.

Namun setelah che'GuBard membuat laporan SPRM di Ibupejabat SPRM Pulau Pinang, maka apabila ditanya oleg wartawan Rosmah hanya kata itu fitnah dan maka timbul pula isu cincin itu untuk pameran. Dengan bantuan sumber yang memberikan maklumat menerangkan jika untuk pameran borang dan prosedur berbeza harus digunakan, akhirnya mereka panik dan menyatakan cincin itu sudah keluar semula. Banyak misteri berlaku sehingga adakah ia kebetulan kerana laporan SPRM dan serbuan SPRM maka sistem kastam di KLIA juga 'down' secara tiba-tiba.

Nampaknya seperti tidak ada jalan keluar maka strategi mendiamkan diri digunakan untuk melupakan orang ramai terhadap cincin ini. Sehinggalah mutaakhir ini pergeseran dalaman Umno telah menyebabkan Najib diserang dan Rosmah menjadi antara 'soft-point' serangan dalaman Umno terhadap Najib.  Maka tertekan dengan perkembangan itu Rosmah terpaksa muncul menggunakan strategi Najib menafikan kenal Altantuya dengan bersumpah. Rosmah menggunakan majlis makan malam bekas tentera untuk 'bersumpah yang cincin itu sekarang tiada ditanganya'. Dalam majlis yang sama Rosmah ambil kesempatan kononya (walaupun tidak menyebut nama) che'GuBard seolah ditugaskan untuk menyerang dia setelah gagal menyerang Najib. Rosmah mengangkat dirinya konon diserang kerana Rosmah seolah dia aset Bn.

Ditegaskan di sini :
  1. pendedahan cincin bukan fitnah tepi longkang sebaliknya bersandarkan dokumen dan fakta, memang ramai pelik seharusnya Rosmah bawa sahaja cincin itu dijarinya tetapi sememangnya wujud kemasukan secara berdokumen. Rosmah kena menjawab. Kemungkinankah benar teori ada kegiatan 'salah' lain yang wujud dari kemasukan cincin secara dokumen ini dan cincin hanya mengaburi kegiatan sebenar yang lebih menguntungkan ? Kerana itu Rosmah tidak mahu menjawab secara detail untuk mengelakkan persoalan lain muncul ?
  2. Jika ia untuk pameran kenapa prosedur membawa masuk barang pameran seperti biasa tidak diaplikasikan ?
  3. Rosmah menjadi sasaran ? Ingat Rosmah Mansor, pembangkang pernah bertempur dengan banyak Presiden Umno sebelum ini, sebegitu hebat bertembung dengan Mahathir tetapi kami tidak pernah menyerang Siti Hasmah kenapa ? Serangan kepada Rosmah bukan serangan peribadi tetapi serangan kerana sikap boros dan tamak Rosmah itu sendiri dan kebanyakanya sudah dibuktikan seperti resit hotel, beg tangan , jam dan lain eksesori. Contoh terbaru pendedahan Deepak mengenai pembelian barang kemas juta bernilai belasan juta untuknya. Rosmah menjadi sasaran serangan juga kerana sikap campur tangan banyak dalam urusan yang sepatutnya dia tidak campur tangan. Tanyalah pimpinan Umno itu sendiri mereka sendiri bercakap Najib lemah dan harus mula bertegas mengawal Rosmah.
Apapun Rosmah Mansor kamu boleh berkata apa sahaja, rakyat sudah muak dengan sikap kamu. Serangan pada kamu bukan serangan peribadi tetapi persoalan pembaziran wang negara ketika rakyat menderita.

Saya che'GuBard mengajak rakyat menolak sumpah 'olok-olok' Rosmah. Jika sumpah dalam ucapan , sumpah di rostrum boleh membersihkan maka mahkamah pun boleh tutup kerana semua yang dituduh akan bersumpah.

Mungkin cincin tidak ada ditangan dia sekarang tetapi terlalu banyak misteri yang perlu dijawab mengenai cincin RM24.45 juta itu. Bukan sekadar cincin tetapi gaya hidup yang bermewah memboros dan mencampuri urusan banyak perkara yang tidak sepatutnya.

untuk ikuti dan fahami lagi isu cincin ini sila klik
che'GuBard tetap pertahankan pendedahan yang dibuat. InsyaAllah dalam masa dua minggu dari sekarang akan menerbitkan satu buku kecil khas berkenaan isu ini dan berkaitan yang lain.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia


video hiasan sahajatidak ada kena mengena dengan SAMM atau artikel di atas