Thursday, November 30, 2017

Anak saudara ditahan SPRM dengan jutaan wang tunai, Azmin bertanggungjawab. PH terus bisu ?

Kenyatan Umum

30 November 2017

ANAK SAUDARA AZMIN DITAHAN SPRM DENGAN JUTAAN WANG TUNAI

1. 29 November 2017 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menahan seorang individu yang punya kaitan rapat dengan Azmin Ali (Menteri Besar Selangor). Azmin tidak boleh sekadar menafikan dia terkait kerana selain dari punya pertalian persaudaraan dimana yang ditahan merupakan anak saudaranya tetapi individu tersebut juga sering berada denganya termasuk dalam mesyuarat penting. Semalam SPRM telah melakukan tangkapan individu terbabit di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari tadi  bagi siasatan kes rasuah projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

2. Menurut sumber dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta tunai ditemui dan beberapa akaun dibekukan bank turut dibekukan. Bayangkan itu baru dalam tangan 'anak saudaranya' berapa banyak pula dalam budak - budak muda kelilingnya atau dikediaman dia sendiri. Individu tersebut hanya berumur 34 tahun merupakan antara anak muda jutawan segera yang sering berada rapat dengan Azmin Ali


sering bergambar mesra bersama

dalam mesyuarat penting dia tetap hadir bersama, apa peranannya

sentaiasa bersama Azmin termasuk di Parlimen

untunglah muda dan mampu hidup mewah,
kesian dekat macai PKR yang hidup kais pagi petang

lihat betapa dia hidup mewah motor cup diletakkan nombor plat mahal, sombong...
macai Azmin ada yangmotor pun tak bayar bulan

ciri budak mudajutawan segera kaya keliling Azmin kaya dan sombong

3. Azmin Ali harus bertanggungjawab atas segala kegiatan korupsi yang sangat berleluasa di Selangor hari ini. Azmin telah berjaya melahirkan jutawan muda segera di sekelilingnya dalam keadaan majoriti rakyat sedang terhimpit dengan masalah kehidupan seharian. Dia menggunakan slogan PEDULI RAKYAT mengaburi mata rakyat dalam meneruskan dan melindungi kemunafikan kegiatan jahat dia dan kartelnya. Simpati dirakamkan kepada 'macai - macai' parti dia di bawah yang bersusah payah bekerja untuk parti namun terus hidup susah sedangkan budak muda keliling Azmin muncul terus mewah tanpa bersusah payah. Dikatakan tangkapan kali ini hanya meneliti satu dari aspek banyak kegiatan korup menggunakan anak saudaranya ini, yang terbongkar baru satu iaitu melibatkan 'lombong batu' di Hulu Langat yang telah bermula sejak akhir 2014.

4. Parti Keadilan Rakyat khususnya dan parti - parti sekutu harus memberikan penegasan dalam isu ini. Untuk pengetahuan semua isu ini antara ratusan isu yang pernah dibangkitkan oleh che'GuBard dan teman - teman SAMM sebelum ini yang mana sebelum itu butiranya sudahpun terlebih dahulu diberikan kepada pimpinan - pimpinan parti PH.

5. Kepada semua juga diingatkan jangan terpedaya dengan berita penangkapan ini. Ia hanya amaran kepada Azmin Ali bagi mengingatkan dia terhadap skrip perjanjian antara dia dan Najib Razak. Semua dijemput klik http://chegubard.blogspot.my/2017/04/azmin-agen-najib-yang-dilindungi-sedang.html tulisan lengkap saya siapa Azmin Ali yang sedang selesa 'bermain banyak kolam'. Seperti tangkapan Adam Rosly sebelum ini (sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/04/adam-yang-dikatakan-proksi-zuraidah-dan.html) yang tidak jadi apa hanya sebagai amaran dan ingatan untuk Azmin terus berada dalam skrip selain dari menunjukkan seolah SPRM buat kerja dan telus.

6. Azmin sememangnya licik. Dia punya kertas siasatan lengkap BPR ketika 1998 namun kerana kelicikan dia tidak diusik malah ditangkap pun 1998. Sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/09/kertas-siasatan-bpr-ke-atas-azmin.html untuk membaca dan melihat sendiri kertas siasatan terhadap Azmin yang telah dilengkapkan tetapi Mahathir arah jangan dakwa.

catatan oleh che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

** penulis merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang dipecat kerana mendedahkan korupsi kaitan Azmin Ali.

Monday, November 27, 2017

Istana Pahang sebalik kemusnahan alam di Pahang ?

Berkongsi masej bergambar dari seorang aktivis alam sekitar Saudara Meor Razak yang memang saya kenal berjuang mengenai isu alam sekitar sekian lama.

Saya mendapat pesanan dia yang berkongsi gambar dan beberapa masej yang merakam lawatan dia dan pasukanya pada 26 November 2017 meninjau kegiatan perlombongan dan pembalakan di Rabub, Pahang.


Untuk makluman cikgu Badrul Hisham Shaharin, no lesen usahasil (pembalakan) seperti yg tertera ialah: CC bermaksud negeri Pahang dan Daerah Raub, 01 bermaksud lesen pembalakan dalam kawasan HSK, no siri ke 2 dlm tahun 2016. Manakala (KP)(P) ialah utk tujuan lain-lain guna-tanah tetapi status tetap HSK. Warna papan-tanda bewarna hijau bermakna kelulusan lesen di kawasan HSK, kalau biru di kawasan tanah kerajaan manakala kalau warna hitam ialah tanah milik.


Kegiatan pembalakan di kawasan HSK yg hendak dilaksanakan xtvt lain2 guna-tanah tidak tertakluk kpd amalan pengurusan hutan secara mampan iaitu menggunakan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS), tidak tertakluk kpd Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dan tidak tertakluk kpd pensijilan hutan.




 dikawasan pembalakan berdiri megah papan tanda kawasan Hutan Simpan Kekal, apa guna dan maksud papan tanda ini jika pembalak dan pelombong bersimpang siur melintasinya.



 Paling menarik dan ia pemandangan biasa sebenarnya papantanda kerja kebanyakanya akan bertanda nama kaitan Istana Pahang



Masih ingat pendedahan SAMM yang meninjau terus ke kawasan perlombongan Bauksit pada Januari 2016 yang lalu, dimana menemukan berpuluh papan tanda kerja yang dimana pelesenya jelas kaitan Istana Pahang. Klik http://chegubard.blogspot.my/2016/01/laporan-samm-ziarah-marikh.html 


Gambar Januari 2016, sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/01/laporan-samm-ziarah-marikh.html untuk membaca lanjut


sebelum ni SAMM pernah dedahkan terletak hanya beberapa meter di belakang Pejabat Hutan Daerah Kuantan tetapi penggondolan Hutan Simpan Bukit Galing, Kuantan, Pahang seakan-akan tidak dipedulikan langsung klik

Kerajaan negeri bakal banjiri Gombak dengan warga China, Pegawai MPAJ dikatakan terima rasuah

Catatan Umum

27 November 2017

PROJEK TERBENGKALAI DI KAWASAN AZMIN, PROJEK BAWA MASUK WARGA CHINA DAN PEGAWAI MPAJ MINTA / TERIMA RASUAH

1. Selain sebaran kepada media tulisan ini bersama salinan video telah dihantar ke hamid@mpaj.gov.my (YDP MPAJ),  kpn@rmp.gov.my (Ketua Polis Negara) , info@sprm.gov.my (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), azminali@selangor.gov.my (Menteri Besar Negeri Selangor) dan aduan@eaic.gov.my (Suruhanjaya Integriti Malaysia) untuk melihat respon dan tindakan bertanggungjawab pihak terbabit.

2. Pada 21 November 2017 yang lalu saya dan rakan dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bersama pihak media turun ke Taman Melawati yang terletak dalam kawasan dimana Azmin Ali (Menteri Besar Selangor) merupakan ketua Parti Keadilan Rakyat (Gombak) dan juga dimana dia mewakili parlimen kawasan ini iaitu Parlimen Gombak. Lawatan ini telah disambut oleh tuan rumah Sdr. Razman Hakimi Abdullah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk kawasan terbabit. Tumpuan ialah dua isu iaitu kawasan projek terbengkalai (KK Club) dan penipuan / penyelewengan dalam isu taman rekreasi.

3. Tulisan ini memberi fokus mengenai isu projek terbengkalai dulu. Kami (SAMM) bersama media telah dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk ke lokasi projek pembinaan MM Residency Taman Melawati. Tapak projek ini mengambil alih kawasan yang dahulunya dikenali sebagai KK Club seluas 18 ekar.

4. Menurut Razman projek ini telah dimulakan lebih 3 tahun lepas, lebih awal dari projek Melawati Mall yang kini sudah siap dan beroperasi sepenuhnya pun. Projek kediaman mewah. Milik TS Land ini sangat pelahan malah amat merisaukan kini sudah 4 bulan kerja pembinaan terhenti. Kedudukan kediaman yang hanya berjarak kurang 20meter dengan projek besar yang terbengkalai amat merisaukan penduduk. Risiko tapak projek yang dihentikan kerja menjadi pusat pembiakan nyamuk Aedes sangat merisaukan. Malah kehadiran dan lambakan pekerja asing tanpa kerja juga membawa kepada kegusaran risiko keselamatan. Razman dalam taklimat medianya memberitahu Jawatankuasa penduduk bersama dia sendiri telah ke pejabat pemaju di tapak pembinaan dan menghubungi MPAJ namun tidak ada jawapan diberikan. Setelah beberapa kali menghubungi akhirnya dapat bercakap dengan individu yang dikenali sebagai Khairul, Timbalan Pengarah Kejuruteraan MPAJ yang mana pada mulanya menyatakan projek yang tertangguh akan dimulakan segera, namun selepas beberapa siri komunikasi terbaru Khairul hanya menyatakan paling awal pun mungkin bulan Januari baru syarikat terbabit mampu meneruskan projek pembinaan tersebut.

5. Dalam taklimat media Razman turut menyebut dengan jelas beliau sendiri ada bertemu dengan beberapa pekerja (warga asing) yang keluar dari tapak projek dalam beberapa minggu lepas menyatakan ramai pekerja sudah lari kerana tidak dibayar gaji lebih dari 4 bulan. Malah pekerja yang ditemui hanya menggunakan tapak projek sebagai tempat tinggal namun untuk menyara hidup dia terpaksa bekerja di tempat lain.

5. Oleh kerana tidak mahu kegusaran menjadi risiko sebenar yang lebih besar maka Razman telah memanggil media untuk memberikan tekanan kepada pihak berkenaan supaya bertindak. Namun sebaik sahaja kira - kira selepas 5 minit taklimat media dijalankan seberang jalan berhadapan tapak projek datang sekumpulan lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari syarikat pemilik projek tersebut. Mereka bertindak kasar malah mengugut Razman secara jelas. Ugutan tersebut juga dirakam dalam bentuk video dan satu laporan polis telah pun dibuat pada hari yang sama oleh saudara Razman.

6. Namun apa yang menariknya apabila meminta penjelasan mengenai terhentinya kerja pembinaan mereka menafikan kerja dihentikan. Apabila dinyatakan nama Sdr. Khairul Timbalan Pengarah Kejuruteraan juga mengakui ia kerja pembinaan ada masalah dan dihentikan terus kakitangan syarikat tersebut menyebut dengan jelas menyatakan Sdr.Khairul MPAJ yang dimaksudkan kaki rasuah dan kaki minta duit. Ia diulang beberapa kali dan sebahagianya dirakam dalam rakaman yang disertakan. Bila ditekan dengan menunjukkan langsung tidak kelihatan kegiatan kerja pembinaan sedang berlaku, barulah seorang yang perkenalkan diri sebagai salah seorang pengurus (berbangsa Cina) mengakui memang ada masalah dan beberapa urusan dengan MPAJ sedang dilakukan. Bila ditanya sekali lagi mengenai tuduhan MPAJ minta rasuah lelaki Cina yang perkenal diri sebagai pengurus itu cuba mengelak menjawab atau menafikan.

7. Bila ditanya adakah syarikat mengalami masalah kewangan kerana ada pekerja yang ditemui menyatakan kerja dihentikan kerana gaji tidak dibayar beberapa bulan, lelaki Cina itu menjawab projek dan kedudukan kewangan syarikat tidak ada masalah. Malah Kondominium yang dibina sebahagian besarnya (blok 1) telah habis dijual di Macau. Kenyataan ini amat mengejutkan kerana ini membawa erti kawasan kejiranan Taman Melawati (kawasan Azmin Ali) akan menerima kebanjiran ribuan warga China yang memiliki hartanah mereka sendiri dibawah projek yang diluluskan kerajaan negeri. Nampaknya hipokritnya Kerajaan Negeri yang diterajui Azmin Ali ini, bila projek pembinaan lain melibatkan pihak asing khususnya dari China maka Azmin dan kuncunya akan mengatakan ia menggadai kedaulatan tetapi bagaimana dengan projek yang kerajaan Azmin sendiri luluskan.

8. Setelah mendapat maklumat ini saya telah membuat carian mengenai projek ini jelas sememangnya promosi penjualan projek kediaman mewah ini ditumpukan kepada golongan elit di Macau, China. Malah untuk tujuan itu laman sesawang promosi projek tersebut juga dalam bahasa China klik http://tsaland.com/cn/property.html. Beberapa carian juga jelas menyebut kediaman mewah ini akan berstatus pegangan bebas dan kekal. Ini membawa maksud kerajaan Azmin Ali telah meluluskan projek yang akan membawa ribuan warga China akan menjadi 'warga Gombak' dan memiliki hartanah mereka sendiri. Dalam keadaan janji rumah mampu milik yang masih belum tertunai nampaknya kerajaan Azmin Ali menumpukan aspek keuntungan semata dengan penjualan kediaman mewah kepada warga asing.

9. Isu pegawai kerajaan Selangor ambil / minta rasuah dan isu bakal ada lambakan warga China di Selangor ini terbongkar hanya apabila serbuan media yang dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk. Ia tidak harus didiamkan begitu sahaja. Selain agensi kerajaan diatas tulisan dan video - video berkaitan turut dihantar kepada semua parti gabungan Pakatan Harapan untuk melihat respon mereka sendiri. Saya turut rakamkan tahniah buat Razman Hakimi Abdullah.


catatan oleh che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

antara liputan media yang diperolehi

Laporan polis oleh Razman Hakimi

Monday, November 20, 2017

Hairani Nafiz, anak buah yang Husni Tambun fitnah kata pernah diliwat Anwar dikesan bekerja di UKM

Kenyataan Umum

20 November 2017

1. Pada 1.11.2017 ( Rabu ) dalam jam sekitar 12.40 pm , Yb Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah iaitu Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada Tambun, Perak telah berbahas Bajet 2018 di Dewan Rakyat.  Semasa ia berbahas bajet tersebut, Antara lain, YB Tambun telah menyatakan di dalam ucapannya tersebut perkataan-perkataan berikut :-

 ".. Do you know who is Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim. I left him.Selepas dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri, I helped him pergi ke rumah dia di Bukit Damansara. For 10 days i was watching him, I said, no.

 Bila dia terlibat dengan liwat. Liwat, dia terlibat dengan anak buah saya. We are brought n tears. I went to Jordan, saya baca kitab.Kalau orang libat dengan liwat, dilaknati Yang Mahakuasa and the whole population will suffer macam di sodom di Jordan..."

 Dalam ucapannya itu juga, Yb Tambun juga kemudiannya menyebut nama individu yang dikatakan tersebut sebagai Hairani Nafis.

2. Satu tulisan panjang mengenai ini telah che'GuBard tulis sebelum ini sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/11/u-turn-husni-tuduh-anwar-liwat-sepupu.html (untuk tonton video) dan bukti kemungkinan kenapa Husni boleh U Turn.

3. Maklumat terbaru ialah hasil carian oleh pasukan SAMM mendapati anak saudara Husni yang dinamakan sebagai Hairani Nafiz memang merupakan nama dan identiti betul dan merupakan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia. Maka dengan ini SAMM mendesak Hairani Nafiz untuk muncul menyatakan kebenaran. SAMM tidak menolak akan menghantar pasukan ke UKM bagi menemui Hairani Nafiz bagi dia menyatakan kebenaran.

4. Difahamkan satu laporan Qazaf juga telah dibuat ke atas Husni dan dengan ini didesak Pihak Bertanggungjawab harus menjalankan tindakan segera kerana ini melibatkan kepentingan negara juga.

che'GuBard (SAMM)



Mahathir akan minta maaf dan akui fitnah Anwar

Catatan Umum

20 November 2017


1. Minggu lepas Malaysia dikejutkan dengan kemunculan gambar di mana Perdana Menteri Malaysia serta isterinya melawat Anwar Ibrahim di hospital. Sehari selepas itu pula muncul sekeping lagi gambar Timbalan Perdana Menteri dan isteri pula melawat Anwar Ibrahim. Jelas dalam gambar tersebut Anwar memegang tangan Zahid sambil keduanya tersenyum.  Anwar Ibrahim kini berada di Hospital Kuala Lumpur kerana menjalani pembedahan bahunya. Cedera di bahu Anwar semakin parah sebelum ini kerana mengalami kecederaan selepas konvoi beliau ke penjara mengalami kemalangan jalanraya. Walaupun dalam tahanan namun atas beberapa faktor Anwar telah diberikan hak pembedahan dan rawatan penuh selepas pembedahan di HKL.

2. Keluarga Anwar melalui anak lelaki sulongnya telah mengeluarkan kenyataan berterima kasih dan menghargai lawatan Najib dan isteri, namun kewujudan gambar tersebut telah mengundang perbagai respon. Ada yang menyerang Najib serta Zahid dengan mengatakan ini semula lakonan menjelang pilihanraya. Ada pula kelompok yang melihat ini tindakan politik matang. 

3. Jujurnya kepada semua perlu dilontarkan diketika dibawah Perdana Menteri Mahathir, bukan kata nak ziarah tetapi Anwar dipukul lebam mata dengan tujuan untuk dibunuh (berdasarkan Laporan Siasatan Di Raja) malah Mahathir dan Menteri Kabinetnya sendiri buat sidang media kata Anwar pukul diri sendiri. Bukan untuk dapatkan rawatan sempurna sebaliknya Anwar diracun dengan racun arsernik. Juga ketika itu dibawah arahan Mahathir sendiri penjara mengenakan perbagai sekatan terhadap Anwar dan keluarga.

4. Di sini saya ingin berkongsi satu makluman kerana satu lagi kejutan akan berlaku dalam masa terdekat. Mahathir sangat tertekan dengan perkembangan lawatan PM dan TPM ke atas Anwar Ibrahim. Pasukan Mahathir sedang memikirkan masa dan pendekatan yang sesuai bagi Mahathir keluar dan mengakui bahawa apa yang berlaku pada 1998 merupakan fitnah semata - mata.Akan diumumkan nanti kononya Mahathir mendapat maklumat yang salah sehingga menyebabkan kejadian pemecatan tersebut berlaku. Kumpulan sekeliling Mahathir berpendapat jika ini dilakukan ia akan menenggelamkan terus pengaruh Najib khususnya dikelompok simpatisan Anwar. Kumpulan ini sudahpun bergerak dan ada beberapa anggota keluarga Anwar dan pimpinan kanan PKR ditemui bagi membincangkan perkara ini. Mahathir akan meminta maaf pada Anwar dan rakyat Malaysia mengakui kesilapan 1998 dan mengajak seluruh rakyat membuka lembaran baru.

5. Cuma rakyat perlu ingat mengenai 1998 bagaimana seluruh instrument dalam negara diperkudakan Mahathir. Ingat Mahathir memperkudakan pasukan Polis dalam mencipta bukti dan pengakuan palsu. Rakyat perlu ingat bagaimana seorang pemandu biasa mampu menjadi kaya raya selepas mengaku diliwat Anwar. Azizan mampu memiliki syarikat pemaju perumahan sendiri selepas kes Anwar selesai. Begitu juga tidak boleh dilupakan bagaimana Munawar Anees seorang penulis teks ucapan diseksa dalam tahanan untuk mendapatkan akuan palsu bahawa dia diliwat Anwar, begitu juga anak angkat keluarga Anwar iaitu Sukma yang ditahan dan diseksa dalam tahanan mujur Munawar dan Sukma cekal dan tahan siksaan terus untuk tidak mahu memberikan kenyataan palsu. 

6. Rakyat juga kena ingat Mahathir menggunakan polis, pejabat peguam negara malah mahkamah apabila Nalla Karupan diugut dengan pendakwaan yang boleh libatkan hukuman mati. Nalla merupakan kawan bermain tenis Anwar yang diseksa untuk memperolehi pengakuan palsu bahawa dia membekalkan pelacur kelas atasan kepada Anwar. Mujur Nalla berkeras tidak mahu terlibat dengan pengakuan palsu.

7. Semua perlu ingat ketika Mahathir panik kerana masyarakat tempatan dan luar negara negara tidak percaya dengan tuduhan dia terhadap Anwar maka dia sendiri membuat sidang media depan wartawan asing mengatakan dia punya bukti Anwar benar peliwat malah kaki 'pelacur'. Mahathir juga memulakan tuduhan Anwar merupakan agen asing. Mahathir memecat editor media yang tidak mahu melaporkan fitnahnya. 

8. Anwar secara konsisten dari awal menyatakan dia dipecat kerana mempertahankan harta negara. Selaku Menteri kewangan Anwar tidak mahu membenarkan wang negara digunakan untuk baik out syarikat perkapalan milik Anak Mahathir dan baik out beberapa syarikat lain milik proksi dan kroni Mahathir. Maka selepas Anwar dipecat Mahathir telah melantik dirinya sendiri menjadi Menteri Kewangan dan berbilion wang negara hancur kerana digunakan bagi baik out anaknya, proksinya serta kroninya. 

9. Tidak puas hati ramai bangkit melawan maka kezaliman terhadap Anwar merebak dan melebar kepada rakyat biasa. Ditangkap, dibuang kerja, dipukul, disepak dan diterajang menjadi perkara biasa buat rakyat yang menyatakan kebenaran. Rakyat terus kuat melawan. Desakan untuk Mahathir berundur dan tangkap Mahathir berkumandang sejak 1998 menjadi semakin kuat , maka takut kalah PRU dan berisiko hancur legasinya maka Mahathir berundur dan memberikan kuasa kepada Abdullah Badawi menjadi PM. 

10. Sepanjang pemerintahan Mahathir senarai jenayah pentadbiranya panjang, rompakan wang dan harta negara, kehancuran sistem seperti sistem beraja, sistem parlimen juga sistem kehakiman tidak boleh dikompromi. Menjatuhkan Mahathir merupakan desakan dan kesedaran rakyat yang betul. 

11. Kini soalnya bukan mempertahankan Najib tetapi dengan membawa Mahathir serta legasinya dalam ikatan pembangkang merupakan kesilapan besar PH. Mahathir seharusnya dibiarkan melawan sendirian bukan bergabung dan akhirnya jika menang maka kuasa perlu dikongsi bersama legasi Mahathir. Persoalanya kini rakyat sedang diperbodohkan... rakyat dipaksa memilih pepsi cola atau coca cola, yang mana kedua duanya jika diambil berlebihan bahaya untuk kesihatan.

12. Satu lagi sebelum terlupa catat, Mahathir makin panik kerana Najib telah nyatakan secara jujur kepada Anwar betapa Mahathir hampir setiap hari memberikan tekanan kepada Najib untuk Najib 'selesaikan' kes Anwar dengan Saiful segera. Mahathir desak agar Najib campur tangan. Perlu direkodkan hubungan Saiful dan Mahathir sangat rapat sehingga Saiful menganggapnya penasihat. Rupanya ia perancangan jahat jangka masa panjang politik Mahathir. Penjarakan Anwar sebelum dia berdepan Najib bagi memastikan legasi politiknya ditampuk kuasa. Ini bukan benda luar biasa, Mahathir membawa masuk KuLi, bubar semangat 46 sebelum pecat dan serang Anwar. Bayangkan jika ketika Anwar dipecat parti Semangat 46 masih ada tentu kesanya sangat mengerikan Mahathir.


Sesungguhnya Mahathir sangat licik politiknya tetapi kali ini dia akan gagal kerana ramai telah sedar. Namun jangan pandang kecil ia sanggup melalukan apa sahaja bagi memastikan legasi politiknya serta kekayaan dia, keluarga, proksi dan kroni terus terpelihara selamat. 

Soalnya sekarang rakyat perlu bijak !


catatan oleh che'GuBard, SAMM

Wednesday, November 15, 2017

MPAJ celaru, Taman Rekreasi Awam bertukar menjadi Pusat Konvensyen gara -gara pen sakti Pejabat MB

Catatan Umum

15 Novermber 2017

1. Azmin Ali merupakan Menteri Besar dalam sejarah negara paling korup malah segala aturan mampu diubah hanya dengan minit pen saktinya. Untuk pengetahuan semua satu laporan SPRM sudah dibuat mengenai satu lagi penyelewengan yang sangat jelas melanggar undang undang dan membazirkan wang rakyat.

2. Merujuk kepada kawasan hijau yang asalnya dijanjikan CENTRAL PARK di Taman Melawati, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak. Lot ini secara jelas berdasarkan perancangan Rancangan Tempatan MPAJ dan telah dipersetujui pemaju dan penduduk merupakan kawasan hijau (rekreasi) yang dijanjikan akan dibina kawasan rekrasi "Central Park". Rancangan Tempatan (RT) ini ialah dokumen rasmi yang terikat dengan undang - undang Kerajaan Tempatan, untuk menggubal sesuatu RT, PBT harus melalui banyak proses termasuk pendengaran awam. Sebarang perubahan atau pindaan seharusnya melalui proses yang sama khususnya pendengaran awam dimana penduduk punya hak membantah. Merujuk Lot 19189 & Lot 19022  merupakan syarat jelas penduduk tidak membantah pembangunan sekitar pada ketika digubal kerana kawasan rekreasi dikekalkan dengan janji membina "Central Park". Malah kawasan hijau itu merupakan juga kawasan gantian kepada satu kawasan rekreasi yang diganti apabila satu kawasan hijau berdekatan diberikan kebenaran dimajukan.

3. Malangnya sekitar pertengahan tahun 2017 penduduk sekitar telah digemparkan apabila secara tiba - tiba MPAJ telah mengiklankan akan membina satu pusat konvensyen mega di tapak yang dijanjikan 'Central Park'. Ini satu perkara yang sangat pelik. Bagaimana persatuan penduduk yang berdaftar secara sah tidak mengehui langsung mengenai cadangan pembangunan yang melibatkan belanja puluhan juta.

4. Menggunakan 'orang dalam' MPAJ dimaklumkan dalam peta Rancangan Tempatan MPAJ (pengubahan 2) kawasan lot 19189 &  lot 19022 masih merupakan kawasan hijau dan perancangan 'Central Park' masih ada. Maknanya telah berlaku sesuatu yang sangat salah kerana satu tender pembangunan telah dibuka dikawasan yang masih bertanda hijau. Menurut sumber dalaman MPAJ yang ditemui menyatakan RM3 juta wang (pembayar cukai MPAJ) telah dibayar kepada jururunding (consultant) bagi menyiapkan dokumen bagi panggilan tender. Bukan itu sahaja dokumen panggilan tender pertama telah dibatalkan kemudian dan dipanggil tender kali kedua dengan pindaan. Menurut sumber dalaman MPAJ yang ditemui penyediaan dokumen panggilan tender yang kedua juga telah melibatkan bayaran jurunding yang harganya mencecah juta.

5. Soalnya kini tender yang dipanggil itu 'tender haram', menjadi satu kesalahan dimana kawasan hijau dibuka tender untuk pembangunan dan lebih celakanya kesalahan itu dibuat oleh PBT sendiri. Bukan itu sahaja lebih dari RM4 juta wang rakyat terbuang untuk membayar konsulotan untuk penyediaan dokumen tender haram tersebut. Sudahlah begitu dokumen tender pertama didapati ada kesalahan dibuat kali kedua pula juga dibayar juta... siapa lah yang kaya sekurang kurangnya menjadi orang tengah dalam bab jururunding sahaja. Semua dilanggar proses 're zonning' dalam RT tidak selesai tetapi PBT sendiri langgar.

6. Difahamkan semua mampu berlaku begini hanya kerana satu minit tulisan tangan dari Pejabat Menteri Besar mengarahkan perkara ini terjadi. Saya akui telah melihat salinan surat dengan minit pen sakti pejabat MB itu. Saya difahamkan menurut satu lagi sumber salinan surat itu juga telah diserahkan kepada SPRM. Pada 10 Oktober 2017 lalu satu laporan SPRM telah dibuat oleh Sdr. Razman Hakimi Abdullah yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Zon A, B & C.

7. SPRM harus bertindak segera. Selangor bukan sahaja menjadi lubuk korupsi yang melahirkan jutawan muda keliling Azmin yang menjadi pengampunya malah lebih teruk lagi sistem aturan pentadbiran menjadi celaru malah sudah ramai penjawat awam menjadi sangat tidak selesa. Contohnya pegawai MPAJ yang mendedahkan perkara ini, malangnya menurut sumber dalaman MPAJ itu selepas selepas laporan SPRM oleh Pengerusi Persatuan Penduduk itu MPAJ diletakkan dalam keadaan berjaga jaga dan banyak dokumen dan fail mula disaring dan diletakkan ditempat 'selamat'. Keseluruhan projek ini bernilai RM27 juta siapalah orang keliling Azmin yang kaya hasil projek ini ? Itu belum lagi menyentuh soal banjir kilat dikawasan perbandaran yang semakin serius di Selangor. Lihat sahaja bagaimana kawasan UIAM dilanda banjir lumpur minggu lepas dalam keadaan UIAM sedang mengadakan majlis konvokesyen

8. Rakyat perlu buka mata bagaimana Selangor sedang menjadi negeri cacamerba. Sehari dua ini saya akan dedahkan pula bagaimana satu Pejabat Daerah dalam Selangor yang menganugerahkan tanah dengan mengenepikan penduduk asal kawasan tersebut. Kroni MB yang bukan penduduk tempatan dapat, tauke kaya yang punya banyak tanah dan rumah juga dapat, bukan itu sahaja lebih malang lagi 18 penerima lot tanah tersebut dikesan kad pengenalanya tidak wujud.

9. Kepada kepimpinan PH kamu kena bertindak segera, jika Azmin terus menjadi MB Selangor PH sendiri akan menerima impaknya. Kes ini contohnya persatuan penduduk telah membuat Mesyuarat Agong Luar biasa berkenaan perkara ini. Jika tidak ada tindakan ribuan pengundi Taman Melawati yang menjadi kubu kuat sebelum ini akan pasti melakukan undi protes.


Catatan oleh che'GuBard (Pengasas SAMM)

Dalam satu majlis dengan Persatuan Penduduk, YDP MPAJ gagal menjawab dengan penuh
emosi bukan sekadar elak menjawab tetapi program tersebut ditamatkan awal

kawasan yang dijanjikan sebagai Central Park (taman rekreasi awam)


Pemaju diarahkan menurunkan papan iklan yang tertera projek Central Park
kononya supaya penduduk sekitar lupa, ia satu pembodohan yang bodoh


TENDER DIKELUARKAN DUA KALI DENGAN PINDAAN
RT pengubahan dua tidak diterbitkan dan gambar ini diambil oleh sumber dalaman MPAJ yang mencatatkan secara jelas lot yang dimaksudkan masih hijau

Friday, November 10, 2017

U TURN HUSNI TUDUH ANWAR LIWAT SEPUPU SEHARUSNYA MENYEDARKAN PH AGAR LEBIH BERPRINSIP

Catatan Umum

10 November 2017


1. Minggu ini kita digemparkan dengan Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN-Tambun) bangun dalam Dewan Rakyat melakukan 'u-turn' dengan memuja muji Perdana Menteri Malaysia. Dia yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan sebelum ini begitu menarik perhatian pembangkang apabila kelihatan mengkritik Najib Razak khususnya dalam isu 1MDB. Dia berbohong dengan mengatakan dia tak tahu apa pun mengenai 1MDB walaupun dia hadiri banyak taklimat mengenainya sebelum itu.

2. Umum tahu tindakan dia mengkritik Najib apabila dia tidak lagi dilantik di lubuk duit selaku Menteri Kewangan 2 dan beberapa permintaan beliau dan keluarga beliau terhadap beberapa projek tidak tertunai. Saya sendiri pernah menulis mengenainya dengan tanpa selindung menyiarkan keratan Minit Mesyuarat Majlis Ekonomi yang membincangkan projek RM2 billion bersangkutan kepentingan anak Husni. Malah ketika itu beberapa laman yang dikenali Pro Umno turut menyiarkan perihal rupanya wujud laporan terhadap Husni yang dikaitkan dengan gangguan seksual. klik http://chegubard.blogspot.my/2016/11/skandal-seks-husni-skandal-seks.html . Saya tanpa berselindung mengingatkan semua jangan terlalu ghairah dengan Husni kerana orang yang punya rekod seperti ini hanya 'merajuk' sebab tak dapat nanti dipujuk maka u turn nya lebih dasyat.

jemput klik dan baca juga http://www.malaysiaoutlook.com/2016/11/08/so-easy-to-become-pakatuns-hero/

3. Namun malangnya pada ketika itu Husni diherokan pembangkang tanpa memikirkan soal prinsip. Dia jadi wira suci. Semua media milik pembangkang memuja muji dan nama Husni bermain di mulut beberapa pemimpin utama pembangkang. DAP Perak mengeluarkan kenyataan rasmi memuja muji keberanian Husni klik https://dapmalaysia.org/statements/2016/06/28/23429/  tidak cukup dengan itu AMANAH pula menawarkan Husni memasuki parti itu klik https://malaysiadateline.com/dap-perak-sifatkan-ahmad-husni-berani-pemuda-amanah-tawar-sertai-parti/

4. Seperti yang saya telah katakan u turn orang yang tidak berprinsip ini akan menjadi lebih dasyat terbukti benar. Minggu ini dia bangun berucap dalam Dewan Rakyat bukan sahaja memuja muji Najib malah menyatakan dengan jelas Anwar pernah meliwat anak buahnya, Husni menamakan Hairani Nafiz sebagai anakbuahnya yang pernah diliwat Anwar.

5. Soalnya kenapa Husni selama ini diam jika perkara ini benar ? Husni diminta jangan berlindung disebalik kekebalan Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan. PKR khususnya 2 ahli keluarga Anwar yang berada dalam Dewan Rakyat wajib menghadapkan Husni ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana tuduhan fitnah tersebut. Husni juga jika 'jantan' harus mengulang tuduhan diluar Dewan Rakyat supaya boleh disaman fitnah ke mahkamah. PKR dan keluarga Anwar wajib memfailkan aduan QAZAF ke pihak berkuasa agama kerana fitnah tersebut.

6. Namun melihat riak dan respon ahli - ahli parlimen PKR yang sangat pasif menyambut fitnah Husni sangat mengecewakan dan menimbulkan persoalan adakah era dan pengaruh Anwar dalam PKR sememangnya benar telah menghakis ? Ini berbeza apabila bila Mahathir diserang maka ramai pembangkang termasuk ahli parlimen PKR bangkit membidas.


8. Tindakan Husni ini seharusnya menjadi peringatan tegas buat semua rakyat Malaysia khususnya pemimpin dan penyokong pembangkang. Kamu sanggup ketepikan pemimpin kamu yang berprinsip hanya sebab tidak bersetuju dengan sikap kamu menyucikan jenayah dan tidak bersama memuja muji bekas Bn yang tidak berprinsip. Kebenaran bagi kebanyakan orang politik bukan betul atau salah tetapi dimana orang itu berada. Jika untung kamu sokong tak kiralah dia penyamun atau perompak. Inilah sikap yang menghancurkan negara ini sebenarnya.

Catatan umum oleh cheGuBard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)