Monday, September 28, 2009

Sumbangan untuk PRK Bagan Pinang

KEADILAN Cabang Rembau bertanggungjawab untuk menggerakkan jentera kempen bagi Daerah Mengundi Bagan Pinang bagi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang yang bakal menjelang dari 3 - 11 Oktober ini.

Perbagai program telah disusun.

Sehubungan dengan itu kami memohon jasa baik semua penyokong / dermawan untuk sama menyumbang sedikit bantuan kewangan bagi menampung kos kempen.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Setelah bank in boleh sms ke 0123696474 (azizi) untuk makluman . Terima Kasih.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua penyumbang dalam Program Jejak Fakir Keadilan Cabang Rembau. Seperti tahun - tahun lepas beberapa kawasan sekitar Rembau juga dilawati dan disampaikan bantuan sempena Ramadhan dan Syawal.

Tahun ini sumbangan dapat dipanjangkan kepada rakyat miskin di Bagan Pinang. Dua kali Konvoi Jejak Fakir berjaya diadakan di bagan Pinang dengan bantuan AMK Teluk Kemang.Sampaikan bantuan tanpa mengira politik, Cabang Rembau bersama AMK Teluk Kemang sampai kepada semua golongan yang memerlukan semampu mungkin tanpa mengira kaum. Ada rumah yang disinggahi jelas ada imej Bn tetapi mereka 'amat susah' tetap diziarahi.... menurut mereka 'imej' Bn itu diletakkan secara paksa oleh jiran Bn mereka....
Berbincang dengan orang kuat AMk Bagan Pinang, Sdr. Amir dan Sdr. Saufi
Wartawan akhbar sinar turut bersama dalam ziarah kali ini
Anak cacat ini dibesarkan oleh keluarga yang amat daif sekali dan keluarga ini tinggal betul - betul di sebelah rumah adik beradik Isa Samad. Kelihatan disamping ibu dan anak cacat tersebut ialah Azizi, setiausaha Cabang Rembau dan Amir, Ketua AMK Rembau

Sunday, September 27, 2009

Gambar - gambar dari Program Ramadhan

Kesempatan Pasar Ramadhan digunakan untuk menemui orang dalam Parlimen Rembau. Maka kebanyakan petang kami akan turun ke pasar - pasar Ramadhan dengan bubur lambuk percuma. Ini 'bengkel' tempat bubur lambuk dikerjakan di Ulu Yoh (sempadan Tampin-Rembau-Kuala Pilah). Terima kasih kepada Ija sekeluarga !
Sambil edar bubur sambil 'lepak-lepak' sempat temui seorang teman bekas pesilat negeri...kami pernah rapat masa cheGuBard aktif dalam PESAKA NS sedikit masa lalu. Rupanya dia juga orang Ghombau
Terima Kasih, penasihat undang - undang KEADILAN NS juga sertai kami dalam salah satu program edar bubur lambuk
Kesempatan berkunjung sempat bertanya khabar dan mendengar rintihan penduduk dan peniaga
selain dari mengedarkan bubur lambuk malam selepas tarawikh turut menjelajah rumah ke rumah menyampaikan bantuan yang berjaya dikumpulkan kepada asnaf yang layak. Sebenarnya terlalu ramai yang kurang bernasib baik terciucir di Rembau..... tercicir dan ada sengaja dicicirkan atas alasan politik dan sebagainya. Namun bantuan kami tak mengira latar belakang asal mereka memerlukan kami cuba sedaya upaya.
Seorang ibu tunggal tidak dapat menahan titisan air mata dengan ziarah yang dilakukan tengah malam itu.
Salah satu surau sempat kami berbuka puasa bersama. Terima kasih dengan AJK Surau Kg. Sentosa yang sudi menyambut kami
Salah satu program edaran bubur lambuk, kami diserbu di Pinggiran Matahari, Senawang dalam DUN Paroi.
Ketika sibuk sepanjang bulan Ramadhan cheGuBard berbuka mana yang sempat. Terima kasih kepada Fauzi dan Ayu pemilik gerai di salah satu Baazar Ramadhan di Senawang yang sudi mengajak cheGuBard berbuka sama dan berkongsi pengalaman dan cerita dengan kehidupan peniaga di bulan ramadhan

Friday, September 25, 2009

Sebahagian dari gambar jejak fakir

Seorang warga emas yang tua dan sakit tidak larat nak buka pintu rumah, turut menerima sumbangan
Bersama Kak Habsah, Pengerusi IBUNITA Rembau yang gigih bersama menjelajah sehingga ke dapur rumah orang susah demi membantu mereka yang memerlukan.
Bekas tentera yang dinafikan pencenya turut diziarah, kelihatan beliau mencuba baju baru yang disumbangkan.
Ibu tua yang uzur tinggal sendirian di Chambong, Rembau
Ibu tua yang uzur turut di ziarah dan disampaikan sedikit sumbangan.
Ibu tunggal yang memelihara anak dan cucu di Rantau
Seorang bapa buta yang menanggung keluarganya dengan kerja - kerja kampung duduk
di Kampung Solok, Rantau

Friday, September 18, 2009

Mantai Rakyat Keadilan Rembau





Sempena Eidulfitri KEADILAN Rembau cuba menghidupkan budaya masyarakat Melayu yang main dilupakan. mantai iaitu kegiatan melapah daging secara bergotong royong menjelang hari perayaan merupakan aktiviti masyarakat lama yang makin terpinggir. Aktiviti ini mampu mengeratkan silaturahim, selain itu mantai anjuran KEADILAN Rembau juga turut memperuntukan sumbangan daging kepada golongan keluarga yang kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka turut menyambut Hari Raya dengan lebih bermakna.

Program "Mantai" Rakyat anjuran Keadilan Cabang Rembau pada 18.09.2009 jam 9 pagi. Sebanyak 33 bahagian telah diagihkan kepada pemilik bahagian dan selebihnya kepada fakir miskin sekitar Rembau

Monday, September 14, 2009

Hantar surat terbuka buat MB NS

Kini giliran Negeri Sembilan pula mendapat anugerah ilihanraya kecil. Ini dilihat sebagai peluang dan ruang terbaik untuk permasalahan yang selama ini dipendamkan akan diberi perhatian dan menuntut penyelesaian.

Esok, cheGuBard akan menghantar surat terbuka kepada YAB Menteri Besar N.Sembilan. Surat terbuka ini akan menyenaraikan persoalan yang perlu dijawab oleh Menteri Besar N.Sembilan khususnya menjelang PRK Bagan Pinang yang akan bermula 3 Oktober ini.

Berkaitan dengan itu satu sidang media akan diadakan seperti berikut ;

Sidang Media Khas " Penghantaran Surat Terbuka Kepada MB NS "soalan yang perlu dijawab menjelang PRK N31"

Tarikh : 16 September 2009 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Depan Pintu Masuk Wisma Negeri, Seremban

Pertanyaan 0123696474 Norazizi Aziz

Saturday, September 12, 2009

Majlis Buka Puasa bersama Gedung Kartun dan Anak Yatim

Autograph Zunar untuk KEADILAN Rembau
Buah tangan Gedung Kartun untuk pemilik Restoran (tuan rumah)


menyampaikan wang zakat bantuan kepada anak yatim dan ibu tunggal
selepas berbuka sempat memberikan semangat untuk anak - anak yatim terus bersemangat menimba ilmu dan berjaya dalam hidup
antara anak - anak yatim yang hadir
YB Taufek, sememangnya tak kisah dan tak kekok.....dia sendiri yan g melayan tetamu hadir
Berbuka puasa dengan Zunar, Faiz (wartawan harakah), Hassan (orang kuat Taufek) dan Husaini (Ketua Penerangan DPPNS)
Zunar melayan anak - anak

YB Taufek juga minta tandatangan Zunar

Friday, September 11, 2009

Misteri pengundi POS


N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos HARAM.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T"bagi membezakan tentera dengan orang awam.

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148,1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.

A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR.

Tahniah DAP buka cawangan Melayu

PUCHONG, 11 Sept : Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.

Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.

"Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP.

"Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.

Image

(Gambar:Ketua cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara menyerah borang DAP kepada Teresa)

Di majlis itu, ketua cawangan DAP di kalangan orang Melayu itu menyerah 50 borang lengkap yang diisi oleh orang Melayu di cawangan itu.

Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau.

"DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah," kata Saiful yang berucap di majlis itu.

Image

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris(gambar)berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP.

"Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP," kata Azli di majlis itu.

Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka.



sebat anak Mahathir macam Kartika..... ??

che'GuBard dihubungi oleh wartawan TVantara yang bertanyakan komen saya mengenai milikan saham anak Mahathir dalam syarikat arak di luar negara. Tertanya juga kenapa baru ini muncul kembali sedangkan che'GuBard telahpun menyiar semula berita anak Mahathir memiliki saham arak sejak 9 April 2009 lagi. sila klik sini untuk baca

Rupanya perkara ini menjadi 'panas' semula kerana artikel terbitan MalaysiaInsider bertarikh 10 September yang menyiarkan fakta yang telahpun lama didedahkan oleh dalam blog ini.

Inilah 'retoriknya pemimpin Umno konon anti arak dan sebagainya...Ketua Pemuda Umno secara peribadi telefon Ketua Pas Pusat menyatakan betapa dia benci arak dan ajak Ketua Pemuda Pas demo dalam isu arak di Selangor..... betulkah isunya arak..... jika isunya Umno benci arak apa jadi di Negeri Sembilan, Johor....dan negeri lain dibawah Bn arak dijual terbuka malah bulan puasa masih ada orang Melayu beli dan minum arak secara terbuka....

Jika isunya arak bagaimana dengan VIP yang sangat rapat dengan Umno yang menjadi kaya - raya kerana memiliki saham arak.... sebenarnya isunya cuma kuasa poilitik....demi kuasa politik arak dijadikan isu untuk membakar sentimen agama dan kaum secara melampau.......

sila klik sini untuk mengikuti berita tvAntara mengenai lantikan Mirzan anak Mahathir dalam syarikat arak.

Kesian orang Umno bahawan yang ditunggang dengan sentimen... pemimpin mereka sedawa mentedarah duit arak yang dibawah melalak tak tentu arah..... Hukuman...? Nak hukum apa anak Mahathir ni nak sebat ? tak mungkin sebab menurut Menteri Dalam negeri yang juga sepupu Najib Malaysia tak ada pakar sebat...hahahaha

Ulang cadangan Din Binjai elok pemimpin Umno ni beli kacang belanja budak tadika kemas dan pi bohong budak tadika ....hahahahahaha

Thursday, September 10, 2009

Majlis Buka Puasa bersama Zunar, Gedung Kartun dan Anak Yatim




Pusat Khidmat DUN Paroi dengan sokongan Pusat Khidmat Rakyat (PKR) Rembau menjemput semua untuk bersama dalam Majlis Buka Puasa meraikan anak - anak yatim. Majlis ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran kartunis terkenal Zunar dan 'team' kartunis Gedung Kartun.

Majlis yang akan diadakan pada 11 September 2009 bermula dari jam 5.45 petang itu akan diadakan di Restoran Ulam Raja, Dataran Senawang.

Promosi khas dan demonstrasi dari Zunar dan kartunis lain akan diadakan. Bersama meriahkan.

Tuesday, September 08, 2009

Koleksi gambar telefon bimbit

Chua Jui Meng berucap di Parit Sulong di depan kira - kira 2,000 orang
Dewan di Ipoh penuh sesak dengan hadirin perbagai kaum dan majoritinya bukan Melayu dan malam itu menyaksikan 600 orang bekas ahli Bn memohon masuk KEADILAN.
Kehadiran Anwar dan Nizar berjaya menarik perhatian bukan Islam yang turut menjadi pendengar tazkirah Ramadhan
Anwar Ibrahim memberikan tazkirah di Surau Taman Sentosa, Kampar