12 Oktober 2012
grafik dari laman Malaysiakini |
Seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.
Namun berita inidiselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan. Terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh YB Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah.
Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui
- bahawa penyeludupan wang RM 40 juta itu memang wujud, maka apa tindakan undang - undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu ?
- untuk bela Musa, Nazri akui wang itu bukan untuk Muda secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Umno Sabah maka sah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang
Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin Bn. Contohnya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan terkait penyeludupan wang RM 10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku cuma syarikat penghantaran yang ditarik lesen, begitu juga ada kes disebut diparlimen terkait isteri anggota kabinet Malaysia turut terlibat seludup wang negara. (klik untuk baca MB NS seludup RM10juta ? )
Inilah pengkianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara. Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrupkan negara.
Sekian.
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
** klik sini untuk membantu SAMM
No comments:
Post a Comment