Wednesday, June 21, 2017

MENDESAK JAWAPAN YB RAFIZI RAMLI, SPRM DAN RESPON TERHADAP SURAT PEGUAM HANS YUSOFF

Kenyataan Media
21 Jun 2017

MENDESAK JAWAPAN YB RAFIZI RAMLI, SPRM DAN RESPON TERHADAP SURAT PEGUAM HANS YUSOFF
1. Pada 2 Febuari 2017, telah dimuat naik satu artikel bertajuk “Surat terbuka buat SPRM dan YB Rafizi Ramli” yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/02/surat-terbuka-buat-sprm-dan-yb-rafizi.html

2. Artikel tersebut merupakan surat terbuka kepada SPRM dan YB Rafizi Ramli berkaitan satu set dokumen yang dikatakan salinan laporan YB Rafizi Ramli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dengan amalan korupsi termasuk kegiatan rasuah seks yang berlaku dalam Pejabat Menteri Besar Selangor.  Surat terbuka tersebut saya panjangkan kepada Rafizi dan SPRM juga melalui email dan secara pos kemudianya, namun sehingga kini kedua dua pihak gagal memberikan respon. Pertanyaan saya adakah dokumen laporan itu benar merupakan salinan laporan Rafizi ? Jika tidak benar Rafizi dicabar tampil mendedahkan laporannya yang sebenar seperti yang sering dilakukan sebelum ini.

3. Namun 24 Febuari 2017, saya mendapat surat dari peguam Fernandez & Selvarajah yang mewakili seleberiti TV, Hans Yusoff yang menuntut saya meminta maaf kerana mengaitkan anak guamnya dengan kegiatan korupsi dan rasuah seks dalam Pejabat Menteri Besar Selangor.

4. Setelah mendapat nasihat dari peguam saya dengan ini menyatakan saya meminta maaf kepada Mohd Hassanal Bolqiah Bin Mohd Yusoff yang juga dikenali sebagai Hans Yusoff, segala kesulitan yang muncul amat dikesali. Saya tegaskan Hans Yusof bukan sasaran saya dalam surat terbuka tersebut malah saya dengan jelas memadam beberapa nama dalam dokumen yang saya siarkan. 

Saya mahukan respon SPRM dan YB Rafizi Ramli. Saya hanya menyiarkan semula dokumen yang saya terima dan saya sendiri tidak mengenali dan bermaksud apa apa terhadap Hans Yusoff.

5. Surat tersebut bertujuan ingin mendapat kepastian dari YB Rafizi Ramli sendiri berkenaan laporan beliau. Apakah status laporan beliau dan kenapa beliau sendiri seolah senyapkan mengenai pendedahan ini selepas gegak gempita awalnya ?

6. Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering beliau lakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan ? Apa pula tindakan parti mengenai kewujudan korupsi termasuk rasuah seks dalam Pejabat Besar yang dikuasai oleh PKR itu sendiri ? Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dia lakukan sebelum ini. Adakah Rafizi melihat korupsi ini punya 'kasta' iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR ia perlu disenyapkan ? Atau Rafizi menerima ugutan dalam parti dan untuk elak tindakan ia terpaksa senyapkan ? atau Rafizi menerima habuan untuk menyenyapkan perkara ini ? 

7. Berdasarkan pengalaman dan maklumat yang saya juga ada , apa yang ada dalam dokumen tersebut ialah hanya sekelumit dari kegiatan korupsi yang berlaku di Selangor.

8. Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula rakyat sangat menanti apa keputusan laporan korupsi yang dibuat oleh Rafizi ? 

9. Setakat ini tanpa berselindung saya mempunyai keraguan terhadap SPRM. SPRM masih menjadi aparat regim yang memilih kes dalam pendakwaan dan pendedahan dan menjadi agen membersihkan korupsi pihak tertentu yang berkepentingan.

10. Seperti mana SPRM mendepani kes MO1 begitu juga SPRM mendepani kes aduan korupsi bersangkutan balak Kelantan. SPRM mengundang ketawa bila menyatakan rampasan tunai bernilai ratusan juta di Sabah bersih dari unsur rasuah hanya untuk menghentikan siasatan dari melibatkan pemimpin politik yang kini cuba menjadi jaguh pembangkang di sana supaya terus dalam kawalan. Begitu juga dalam kes melibatkan Azmin ini laporan korupsi yang saya sendiri pernah buat dengan bukti disenyapkan malah menurut maklumat dalaman SPRM siasatan diberi arahan henti hanya kerana memastikan Azmin terus dalam kawalan dan trek skrip yang diberikan. Jika ini fitnah SPRM sila tampil dengan status dan penjelasan terbuka munasabah dengan semua kes disebut itu, malah saya sedia hadir mendengar dan mengutarakan soalan yang timbul.

11. Ingat dalam kes SkandalAzmin:68054, saya dipecat dua kali oleh PKR dalam masa seminggu dengan salah satunya surat dengan tandatangan yang dipalsukan, Razak Ismail seorang pengadu kes berkenaan kepada SELCAT dipaksa meletakkan jawatan dari tugas Pegawai Khas kepada salah seorang Exco Kerajaan negeri Selangor. Namun korupsi terus dilindungi yang pasti Hutan Simpan Kuala Langat utara musnah digazetkan sebagai kawasan pembangunan Kormersial.

12. Merujuk semula dokumen aduan ini yang saya yakini diperolehi dari sumber dalaman SPRM sendiri. Apakah tahap siasatan SPRM sendiri, kalau bab rasuah seks boleh lah dikatakan saksi pusing tariktuduhan atas sebab tertentu, tetapi bagaimana pula dengan jumlah pegangan aset yang jelas tidak munasabah ?

13. Merujuk kepada kes tuntutan undang - undang pesonaliti TV yang katanya namanya terkait, saya berserah.. secara terbuka saya meminta maaf dan menyatakan dalam surat terbuka saya tidak ada mana mana bahagian saya tulis namanya. Namun jika terpaksa saya mengganggap peluang ke mahkamah ini sebagai peluang bagi membongkar lebih dalam kes korupasi dan rasuah seks dalam Pejabat MB Selangor.



Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia 

RESPON KEPADA KENYATAAN MEDIA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR YANG MENYEBUT NAMA SAYA

Kenyataan Media
21 Jun 2017

RESPON KEPADA KENYATAAN MEDIA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR YANG MENYEBUT NAMA SAYA

1. Pada 6 Jun 2017, saya telah menulis dalam blog saya http://chegubard.blogspot.com satu artikel dengan tajuk ‘Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor’ yang boleh dicapai dicapaian (klik) http://chegubard.blogspot.my/2017/06/pertanyaan-terbuka-buat-istana-selangor.html

2. Tulisan ini berikutan kekecohan mengenai kemarahan Istana apabila seorang ahli parlimen PKR berucap ringkas dan menyampaikan bantuan dalam sebuah masjid. Kononya tindakan tersebut menghina kesucian masjid dan agama Islam. Kejadian ini perlu dianalisis secara jujur dengan melihat respon masyarakat secara majoriti. Bercakap jujurlah adakah ia kejadian pertama dan ada adakah tidak ada ahli politik lain berucap dalam masjid dan menyampaikan bantuan ? Artikel tersebut juga saya tulis bagi menyedarkan rakyat akibat politik menunggang dan berselindung disebalik sentiment Istana oleh ahli dan parti politik, betapa ia perlu dihentikan

3. Maka persoalan saya bangkitkan ialah mengenai wujudnya beberapa keeping gambar sedang viral ketika itu yang merakam aktiviti parti pas dalam sebuah surau al Falah, Jalan Kebun, Selangor. Namun saya setelah mendapat respon dari masyarakat setempat saya menulis semula artikel (8 Jun 2017) bertajuk “Memohon maaf dan menarik balik sebahagian posting "soalan terbuka Istana Selangor" klik http://chegubard.blogspot.my/2017/06/memohon-maaf-dan-menarik-balik.html saya nyatakan secara jelas meminta maaf kerana terlepas pandang fakta bahawa surau tersebut 3 bulan sebelum itu sudah tidak beroperasi.

4. Namun saya tegaskan pertahankan keseluruhan kenyataan saya yang lain dalam tulisan saya. Tanpa saya sedar ketika itu rupanya Majlis Agama Islam Selangor tengaharinya telah mengeluarkan kenyataan amaran menyebut nama saya dan memberikan masa 24jam menarik balik kononya saya menfitnah.

5. Kini 288 jam sudah berlalu, saya tegaskan kepada MAIS ya, saya meminta maaf kerana tersalah menyatakan mengenai aktiviti politik surau yang baru 3 bulan tidak beroperasi namun saya tegaskan sememangnya berlaku banyak aktiviti seperti aktiviti berucap dan menyampaikan bantuan di ruang ibadat agama Islam dalam Selangor tetapi tidak mendapat teguran, adakah ia teguran terpilih ?

6. Maaf dipohon dari saya buat Sultan Selangor, institusi Selangor termasuk seluruh rakyat Selangor kerana menulis kenyataan seperti ini. Bagi saya institusi beraja yang jelas ditanggung dengan duit cukai rakyat juga harus ada tanggungjawab masyarakat dan saya tidak mahu melihat Institusi beraja yang punya peranan penting dalam negara ini dilihat negatif hanya kerana perkara seperti ini. Ada kemungkinan pula laporan polis dibuat atas kenyataan ini, namun saya tegaskan saya pertahankan kenyataan saya ini dalam ruang demokrasi demi melihat institusi beraja di Malaysia terus dihormati dan kukuh.

7. Pendirian saya jelas, bagi saya fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat harus diperbagaikan dan masjid harus sentiasa dimeriahkan. Kehadiran Sivarasa menyampaikan bantuan itu tidak salah cuma dari segi adab sahaja apa salahnya jika tidak digunakan ruang hadapan utama solat kerana ia boleh mengundang perbagai polimik contohnya seperti apa yang berlaku sekarang selain menjaga kesucian ruang solat utama.

8. Namun ini juga seharusnya dijadikan peringatan kepada ahli politik berhenti menggunakan sentimen Istana dan seumpamanya. Bila Umno guna sentimen Istana pembangkang marah tetapi ingatkah kita bagaimana Azmin Ali gunakan sentimen Istana demi melanggar arahan parti. Azmin guna lobi pintu belakang malukan Wan Azizah dan Anwar. Bukan sahaja dia dapat menjadi Menteri Besar tetapi dia menyebabkan hubungan Anwar dan Sultan Selangor 'panas'. Keduanya ketika PKR membuat keputusan Azmin harus bertemu Sultan bagi memecat Exco Pas kerana PAS sudah putuskan hubungan dengan PKR sebaliknya Azmin bertemu Sultan meminta Sultan mengekalkan Exco PAS. Ini jelas dalam kenyataan Istana selepas itu yang menyatakan Istana memperkenankan permintaan Azmin mengekalkan ADUN PAS sebagai Exco.

9. Selepas itu kartel Azmin ke hulu ke hilir menjaja konon jangan ada pertikai Exco Pas dalam kerajaan Selangor kerana ia diperkenan Istana dan siapa pertikai maka seolah derhaka. Antara sekutu kartel Azmin ialah Sivarasa itu sendiri. Kini seolah 'padan muka' Sivarasa kena tempelak balik. Malah lebih memalukan apabila Sultan Selangor menempelak Sivarasa dalam ucapan umum depan Azmin Ali dan Azmin Ali buat 'bodoh' sahaja. Umum juga kena ingat kehadiran Sivarasa di ruang solat menyampaikan bantuan itu ialah kerana mewakili Azmin Ali yang sudah mengesahkan kehadiran tetapi membatalkan saat akhir dan mewakilkan kepada Sivarasa selaku Ahli Parlimen Subang.

10. Bersama ini juga saya dedahkan beberapa kegiatan ahli politik lain dalam masjid termasuk Azmin Ali sendiri untuk respon MAIS.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

** Gambar dari FB ADUN BN Batang Kali





** gambar MB program dalam Masjid yang ada ucapan ringkas dan sampai bantuan



Thursday, June 08, 2017

Memohon maaf dan menarik balik sebahagian posting "soalan terbuka Istana Selangor"

Kenyataan Umum

8 Jun 2017

Memohon maaf dan menarik balik sebahagian posting "soalan terbuka Istana Selangor"

1. Kenyataan ini merujuk tulisan saya bertajuk "Soalan Terbuka Buat Istana Selangor" yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/06/pertanyaan-terbuka-buat-istana-selangor.html yang bertarikh 6 Jun 2017.

2. Setelah mendapat respon dan diperiksa dengan penduduk setempat disahkan bahawa gambar tersebut merupakan ruang solat sebuah surau yang tidak digunakan lagi sebagai surau sejak Mac 2017 setelah Masjid Al Falah Jalan Kebun yang terletak berdekatan mula beroperasi. Sehubungan dengan itu saya menarik sebahagian dari tulisan tersebut yang salah fakta dan memohon maaf kepada pihak berkenaan. Saya memohon maaf juga kepada Istana Selangor berkenaan kesilapan fakta dalam persoalan yang dibangkitkan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan respon berkenaan persoalan tersebut.

3. Berikut ialah ayat persoalan dan perkataan yang saya tarik dari tulisan tersebut dan meminta maaf .
Kini jelas gambar program jentera pilihanraya PAS tersebar kelihatan seolah di ruang solat juga dalam masjid / surau / madrasah di negeri Selangor , adakah Istana Selangor akan turut diam kerana PAS sudah mesra Umno ? Ini bukan tuduhan tapi pertanyaan yang harus mendapat respon pihak penganjur dan Istana juga.
4. Namun saya pertahankan tulisan saya selebihnya. Dilampirkan tulisan saya yang diterbitkan semula dengan membuang / menarik semula perkataan, ayat persoalan yang salah.

Salam Ramadhan ;

che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pertanyaan terbuka buat Istana Selangor


Catatan Umum

6 Jun 2017


Pertanyaan umum buat Istana Selangor

1. Semalam dalam susur masa 'Facebook' saya , muncul beberapa keping gambar yang dikatakan Retreat Pilihanraya PRU 14 PAS Kawasan Kota Raja. Dari gambar tersebut jelas diadakan di ruang solat.

2. Maka terkait dengan kenyataan Sultan Selangor yang marah sangat dengan kehadiran YB Sivarasa Rasiah , Ahli Parlimen Subang yang dikatakan memberikan ucapan ringkas dan menyampaikan bantuan di Masjid An Nur, Subang. Sultan begitu marah.

3. Jika kehadiran Sivarasa menyampaikan bantuan dan berucap sedikit selaku ahli parlimen Subang membangkitkan kemarahan Sultan selaku 'Ketua Agama Islam di Selangor', bagaimana dengan PAS yang menggunakan ruang solat sebagai sebagai retreat Jentera Pilihanraya ? 

4. Pihak Istana Selangor harus segera mengeluarkan pendirian mengenai perkara ini jika tidak jelas akan dilihat berat sebelah dan institusi itu sendiri terlibat dengan politik kepartian. Di Selangor sendiri tentu ramai masih ingat bagaimana ketika satu pilihanraya kecil jentera BN menganjurkan solat hajat dan bacaan yassin bagi memenangkan calon MIC dan perbagai lagi program kaitan politik kepartian kaitan BN namun Istana tetap berdiam. 

5. Maaf dipohon dari saya buat Sultan Selangor, institusi Selangor termasuk seluruh rakyat Selangor kerana menulis kenyataan seperti ini. Bagi saya institusi beraja yang jelas ditanggung dengan duit cukai rakyat juga harus ada tanggungjawab masyarakat dan saya tidak mahu melihat Institusi beraja yang punya peranan penting dalam negara ini dilihat negatif hanya kerana perkara seperti ini. Ada kemungkinan pula laporan polis dibuat atas kenyataan ini, namun saya tegaskan saya pertahankan kenyataan saya ini dalam ruang demokrasi demi melihat institusi beraja di Malaysia terus dihormati dan kukuh.

7. Pendirian saya jelas, bagi saya fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat harus diperbagaikan dan masjid harus sentiasa dimeriahkan. Kehadiran Sivarasa menyampaikan bantuan itu tidak salah cuma dari segi adab sahaja apa salahnya jika tidak digunakan ruang hadapan utama solat kerana ia boleh mengundang perbagai polimik contohnya seperti apa yang berlaku sekarang selain menjaga kesucian ruang solat utama.

8. Namun ini juga seharusnya dijadikan peringatan kepada ahli politik berhenti menggunakan sentimen Istana dan seumpamanya. Bila Umno guna sentimen Istana pembangkang marah tetapi ingatkah kita bagaimana Azmin Ali gunakan sentimen Istana demi melanggar arahan parti. Azmin guna lobi pintu belakang malukan Wan Azizah dan Anwar. Bukan sahaja dia dapat menjadi Menteri Besar tetapi dia menyebabkan hubungan Anwar dan Sultan Selangor 'panas'. Keduanya ketika PKR membuat keputusan Azmin harus bertemu Sultan bagi memecat Exco Pas kerana PAS sudah putuskan hubungan dengan PKR sebaliknya Azmin bertemu Sultan meminta Sultan mengekalkan Exco PAS. Ini jelas dalam kenyataan Istana selepas itu yang menyatakan Istana memperkenankan permintaan Azmin mengekalkan ADUN PAS sebagai Exco.

9. Selepas itu kartel Azmin ke hulu ke hilir menjaja konon jangan ada pertikai Exco Pas dalam kerajaan Selangor kerana ia diperkenan Istana dan siapa pertikai maka seolah derhaka. Antara sekutu kartel Azmin ialah Sivarasa itu sendiri. Kini seolah 'padan muka' Sivarasa kena tempelak balik. Malah lebih memalukan apabila Sultan Selangor menempelak Sivarasa dalam ucapan umum depan Azmin Ali dan Azmin Ali buat 'bodoh' sahaja. Umum juga kena ingat kehadiran Sivarasa di ruang solat menyampaikan bantuan itu ialah kerana mewakili Azmin Ali yang sudah mengesahkan kehadiran tetapi membatalkan saat akhir dan mewakilkan kepada Sivarasa selaku Ahli Parlimen Subang.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday, June 06, 2017

Pertanyaan terbuka buat Istana Selangor

Catatan Umum

6 Jun 2017


Pertanyaan umum buat Istana Selangor

1. Semalam dalam susur masa 'Facebook' saya , muncul beberapa keping gambar yang dikatakan Retreat Pilihanraya PRU 14 PAS Kawasan Kota Raja. Dari gambar tersebut jelas diadakan di ruang solat.

2. Maka terkait dengan kenyataan Sultan Selangor yang marah sangat dengan kehadiran YB Sivarasa Rasiah , Ahli Parlimen Subang yang dikatakan memberikan ucapan ringkas dan menyampaikan bantuan di Masjid An Nur, Subang. Sultan begitu marah.

3. Jika kehadiran Sivarasa menyampaikan bantuan dan berucap sedikit selaku ahli parlimen Subang membangkitkan kemarahan Sultan selaku 'Ketua Agama Islam di Selangor', bagaimana dengan PAS yang menggunakan ruang solat sebagai sebagai retreat Jentera Pilihanraya ? 

4. Pihak Istana Selangor harus segera mengeluarkan pendirian mengenai perkara ini jika tidak jelas akan dilihat berat sebelah dan institusi itu sendiri terlibat dengan politik kepartian. Di Selangor sendiri tentu ramai masih ingat bagaimana ketika satu pilihanraya kecil jentera BN menganjurkan solat hajat dan bacaan yassin bagi memenangkan calon MIC dan perbagai lagi program kaitan politik kepartian kaitan BN namun Istana tetap berdiam. Kini jelas gambar program jentera pilihanraya PAS tersebar kelihatan seolah di ruang solat juga dalam masjid / surau / madrasah di negeri Selangor , adakah Istana Selangor akan turut diam kerana PAS sudah mesra Umno ? Ini bukan tuduhan tapi pertanyaan yang harus mendapat respon pihak penganjur dan Istana juga. 
** tulisan bergaris merupakan ayat yang telah ditarik balik dari tulisan asal klik http://chegubard.blogspot.my/2017/06/memohon-maaf-dan-menarik-balik.html

5. Maaf dipohon dari saya buat Sultan Selangor, institusi Selangor termasuk seluruh rakyat Selangor kerana menulis kenyataan seperti ini. Bagi saya institusi beraja yang jelas ditanggung dengan duit cukai rakyat juga harus ada tanggungjawab masyarakat dan saya tidak mahu melihat Institusi beraja yang punya peranan penting dalam negara ini dilihat negatif hanya kerana perkara seperti ini. Ada kemungkinan pula laporan polis dibuat atas kenyataan ini, namun saya tegaskan saya pertahankan kenyataan saya ini dalam ruang demokrasi demi melihat institusi beraja di Malaysia terus dihormati dan kukuh.

7. Pendirian saya jelas, bagi saya fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat harus diperbagaikan dan masjid harus sentiasa dimeriahkan. Kehadiran Sivarasa menyampaikan bantuan itu tidak salah cuma dari segi adab sahaja apa salahnya jika tidak digunakan ruang hadapan utama solat kerana ia boleh mengundang perbagai polimik contohnya seperti apa yang berlaku sekarang selain menjaga kesucian ruang solat utama.

8. Namun ini juga seharusnya dijadikan peringatan kepada ahli politik berhenti menggunakan sentimen Istana dan seumpamanya. Bila Umno guna sentimen Istana pembangkang marah tetapi ingatkah kita bagaimana Azmin Ali gunakan sentimen Istana demi melanggar arahan parti. Azmin guna lobi pintu belakang malukan Wan Azizah dan Anwar. Bukan sahaja dia dapat menjadi Menteri Besar tetapi dia menyebabkan hubungan Anwar dan Sultan Selangor 'panas'. Keduanya ketika PKR membuat keputusan Azmin harus bertemu Sultan bagi memecat Exco Pas kerana PAS sudah putuskan hubungan dengan PKR sebaliknya Azmin bertemu Sultan meminta Sultan mengekalkan Exco PAS. Ini jelas dalam kenyataan Istana selepas itu yang menyatakan Istana memperkenankan permintaan Azmin mengekalkan ADUN PAS sebagai Exco.

9. Selepas itu kartel Azmin ke hulu ke hilir menjaja konon jangan ada pertikai Exco Pas dalam kerajaan Selangor kerana ia diperkenan Istana dan siapa pertikai maka seolah derhaka. Antara sekutu kartel Azmin ialah Sivarasa itu sendiri. Kini seolah 'padan muka' Sivarasa kena tempelak balik. Malah lebih memalukan apabila Sultan Selangor menempelak Sivarasa dalam ucapan umum depan Azmin Ali dan Azmin Ali buat 'bodoh' sahaja. Umum juga kena ingat kehadiran Sivarasa di ruang solat menyampaikan bantuan itu ialah kerana mewakili Azmin Ali yang sudah mengesahkan kehadiran tetapi membatalkan saat akhir dan mewakilkan kepada Sivarasa selaku Ahli Parlimen Subang.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)





Friday, June 02, 2017

Mahathir bakal PM ke 7 ?

Kenyataan Umum

2 Jun 2017

1. Kenyataan Mahathir melalui laman Facebooknya bahawa dia mempertimbangkan untuk menjadi Perdana Menteri semula sememangnya tidak mengejutkan kerana dari awal lagi saya dan teman – teman sudah menjangkakan dan itulah yang kami beritahu bahawa Mahathir mahu mengambil alih kuasa bagi memastikan Mukhriz anaknya menjadi Perdana menteri bagi memelihara harta kekayaan kroni dan proksinya. Cuma peliknya kelihatan rakan – rakan pembangkang seperti dibutakan fakta ini kerana keghairahan kononya untuk merampas Putrajaya.

2. Kenyataan Mahathir itu sebenarnya semakin mengoyahkan Pakatan Harapan. Majoriti pimpinan dan jentera Pakatan Harapan sebenarnya masih yakin Anwar Ibrahim jauh lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 daripada Mahathir yang terpalit dengan perbagai kes korupsi dan penyelewengan sehingga kekayaan keluarga, kroni dan proksinya yang tidak terhitung. Kenyataan Mahathir ingin menjadi Perdana menteri juga satu yang lucu dan menggambarkan nafsu buasnya kerana Parti Keadilan Rakyat milik Anwar Ibrahim mempunyai jauh lebih banyak bilangan kerusi dari parti Bunga Raya yang hanya ada satu kerusi parlimen sahaja.

3. Malah selaku Presiden PKR dan pengalaman serta rekod  integriti Datuk Seri Dr. Wan Azizah selama ini Wan Azizah lebih layak memegang jawatan selaku Menteri Kewangan dalam kabinet bayangan tawaran Pakatan Harapan.

4. Kita tidak ketandusan pemimpin yang punya rekod perjuangan untuk kita ketengahkan. Saya juga difahamkan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Tuan Haji Mohammad Sabu antara yang dinamakan dalam kabinet bayangan selaku Menteri Pendidikan.

5. Mahathir belum tentu menang bertanding sudah berangan menjadi Perdana Menteri semula. Mahathir perlu istihar mahu bertanding di kawasan mana ? Dengan rekod korup dan jenayah pentadbiran yang tidak terjawab Mahathir akan kalah walaupun bertanding semula di Kubang Pasu pun.

6. Pengumuman Mahathir akan menjadi Perdana Menteri semula akan mengimbau zaman dictator zalimnya khususnya era pemecatan Anwar dimana segala aparat kerajaan dan ruang undang – undang digunakan untuk menindas. Jika dia menjadi Perdana menteri semula dia akan lebih ganas memastikan anaknya menggantikan dia sesegera mungkin. Mahathir ialah manusia tamak dan zalim yang akan memanipulasi semua keadaan bagi keuntungan diri dan kini tumpuanya ialah memastikan anaknya menjadi Perdana Menteri bagi memastikan keselamatan legasi serta kekayaan keluarga , proksi dan kroninya terpelihara.

Kepada semua khususnya mereka yang pernah tampil berjuang sejak 1998, satu persoalan penting……ADAKAH KITA BERJUANG KELUAR MULUT HARIMAU UNTUK LARI KE MULUT BUAYA ?

che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

juga merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Bekas Ketua PKR Cabang Rembau

Obsesi Mahathir Terhadap Proton Adalah Bahana Kepada Negara

29 Mei 2017

Obsesi Mahathir Terhadap Proton Adalah Bahana Kepada Negara

Mahathir, melodrama dan manipulasi adalah satu perkara yang sinonim. Entah Mahathir ini baharu tersedar dari mimpi atau Mahathir ini sudah mengalami masalah ingatan. Mungkin kerana suka sangat berpuisi Melayu Mudah Lupa telah menghakis memori ingatan Mahafiraun ini.

Mahathir hanyalah seorang penipu dan pemanipulasi yang akan mencapai apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Mahathir hanya akan memburukkan keadaan pembangkang. Mahathir hanya memperkudakan pembangkang untuk melawan Najib bagi memenuhi kehendak politiknya semata-mata.

Harus diingat, kebenaran tidak akan tertegak dengan penipuan. Mahathir berduka lara kononnya “anaknya” telah dijual kepada China. Mahathir merintih Proton telah dijual kepada konglomerat China, Kumpulan Geely Holding. Sedangkan rancangan penjualan saham Proton ini bukanlah satu rancangan baharu.

1. 9 Jun 2005, akhbar melaporkan Mahathir sendiri yang menyatakan bahawa Volkswagen boleh beli saham Proton.

2. 13 Jun 2014, Nikkei Asian Review melaporkan pada bulan April 2013, Mahathir sendiri bersama-sama dengan Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang yang mengetuai konglomerat tanahair, DRB-Hicom, yang memiliki Proton telah pergi ke China. Kedua-dua mereka bertemu dengan pemimpin politik dan ahli perniagaan China. Berdasarkan kepada laporan media tempatan, Mahathir ketika itu sedang merundingkan perkongsian di antara Proton dengan syarikat automotif China iaitu Zhejiang Geely Holdong Group.

Nah, betapa munafiknya Mahathir apabila dia sendiri yang merancang untuk memulakan perkongsian atau penjualan saham Proton kepada syarikat asing. Proton lahir pada tahun 1983. 34 tahun lamanya rakyat terpaksa menanggung subsidi untuk sebuah projek anak emas Mahathir yang tidak kompeten ini.

Tidak sekadar itu sahaja, rakyat perlu sedar, akibat dari pengenalan projek anak emas Proton ini, Kerajaan Mahathir ketika itu telah mengenakan tarif import sehingga 300 peratus ke atas kereta asing. Rejim Mahathir mengepung pilihan rakyat kepada sama ada membeli sebuah kereta yang harganya tiga empat kali ganda berbanding harga sebenar ataupun membeli Proton.

Rakyat hidup dalam halusinasi dengan menyangkakan bahawa Proton adalah merupakan projek kereta mampu milik. Walhal, sebenarnya rejim Mahathir telah meningkatkan tarif import sehingga menyebabkan harga kereta asing menjadi terlalu mahal. Proton diberikan keistimewaan yang terlampau banyak – mereka boleh mengawal harga-harga kereta yang akan dikeluarkan.

Rakyat Malaysia sebenarnya membayar harga yang mahal untuk memiliki sebuah kereta yang di bawah standard. Ingat lagi mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh pembeli Proton, yang paling popular adalah masalah power-window.

Keperluan berkenderaan ini adalah untuk meningkatkan mobiliti rakyat. Ia termasuklah menyediakan pengangkutan awam yang efisien. Akan tetapi, obsesi Mahathir terhadap Proton telah meminggirkan pembangunan pengangkutan awam – jajaran laluan pengangkutan awam yang terhad dan rakyat sentiasa dihampakan dengan masa menunggu yang lama. Tidak punya banyak pilihan, rakyat terpaksa untuk membeli kereta dan menanggung beban bayaran bulanan hutang kereta.

Mahathir adalah watak utama yang mempelopori polisi Pandang Ke Timur. Menjadikan Jepun sebagai contoh pembangunan Negara. Ironinya dalam soal kewujudan kereta nasional adalah Jepun membuat kereta untuk dieksport keluar sementara rakyat mereka menikmati sistem rel yang sangat efisien. Di Malaysia, idea Mahathir adalah memaksa rakyat untuk membeli Proton ekoran daripada kegagalan Proton untuk bersaing di pentas global.

Atas nama semangat kebangsaan, kita telah mengeluarkan duit poket kita untuk menyelamatkan anak emas Mahathir ini. Tetapi untuk apa sebenarnya? Sedangkan duit yang kita gunakan untuk memenuhi nafsu Mahathir ini boleh digunakan sebagai bayaran muka untuk memiliki rumah, membayar rawatan kesihatan yang lebih baik, ataupun membuka sebuah perniagaan. Puluhan ribu telah kita habiskan semata-mata untuk memenuhi tuntutan pemerasan automotif Mahathir ini.

Proton mungkin baik kepada Negara sekiranya ia berjaya.Akan tetapi, syarikat ini seperti seekor biawak hidup, yang berterusan memerlukan bantuan daripada pembayar cukai. Tahun 2016, duit pembayar cukai sebanyak RM 1.5 billion terpaksa digunakan untuk menyelamatkannya. Walaupun berbillion-billion Ringgit telah dikeluarkan, agihan pasaran Proton terus menjunam daripada 74% pada tahun 1993 kepada sekitar 15% sahaja hari ini.

Saya juga tidak mahu menafikan Proton mempunyai kelebihan dalam soal melahirkan pekerja mahir seperti jurutera, reka bentuk dan sebagainya. Tetapi kesilapan pengurusan atasan Proton dalam memetakan arah perjalanan perniagaan telah merugikan Proton termasuklah membeli MV Agusta pada nilai 70 juta Euro dan kemudiannya menjual kepada Gevi S.P.A pada nilai 1 Euro.

Pembangkang juga sebelum ini berkali-kali membangkit soal Proton. Tahun 2006 – PKR membuat laporan Polis mendesak BPR menyiasat Proton. Tahun 2012, Lim Guan Eng meluluskan usul CEC DAP untuk menyiasat kerugian Proton melalui Siasatan DiRaja. Apakah kali ini setelah berkawan dengan Mahathir maka Pembangkang sudah terlupa mengenai perkara ini?

The Economist pernah mengatakan pada tahun 2004, Proton mewakili semua kesilapan Malaysia di bawah Mahathir. Sebuah firma yang dipenuhi dengan idealisme nasionalis bukannya rasional komersial, dilindungi pula dengan kronisme dan tidak pernah terdedah dengan persaingan yang sebenarnya. Seperti pencipta, adalah baik jika Proton ini juga bersara.

Saya bersetuju dengan The Economist. Mahathir dan Proton sudah boleh memulakan pakej persaraan mereka sepenuhnya. Cukup-cukuplah Negara ini menanggung biawak hidup Proton yang menyedut bukan sedikit duit pembayar cukai semata-mata untuk memenuhi nafsu dan obsesi Mahathir.

Mahathir bertanya, “Apa lagi yang akan kita jual?” Saya juga ingin bertanya kepada Mahathir, “Berapa billion Ringgit lagi yang Proton mahukan?” Cukuplah berbillion ringgit yang telah rakyat subsidikan kepada Proton selama 34 tahun ini.

#sudahlahMahathir

Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

** bekas anggota MPP PKR dan Ketua Cabang PKR Rembau yang dipecat kerana mendedahkan korupsi berkaitan Azmin Ali.

PKR buat laporan BPR kerana penyelewengan dalam proton 2006 klik https://m.malaysiakini.com/news/54884