Thursday, April 20, 2017

Ahli politik semua sibuk maka rakyat terbiar, Kapitalis terus hisap darah.

Pada tahun 1986, Mahathir memilih untuk menganugerah projek Lebuh Raya Utara Selatan kepada syarikat milik persendirian UEM walaupun pada hakikatnya bahawa tawaran UEM:

– Yang paling mahal,
– Tidak mempunyai pengalaman pembinaan lebuh raya,
– Memerlukan jumlah tertinggi sokongan kewangan kerajaan
– Cadangan kadar tol tertinggi
– Kadar tertinggi kenaikan tol dan tempoh kutipan tol yang paling lama
– Anggaran kutipan tol tertinggi daripada pengguna dua kali ganda berbanding pembida lain.

Konsesi diberikan kepada UEM adalah untuk tempoh 30 tahun dan ia juga membenarkan UEM untuk mengendalikan dan mengenakan tol terhadap pengguna pada bahagian lebuh raya sudah siap dibina oleh Kerajaan.

Daripada 870km lebuh raya, UEM dibayar untuk membina 500km dan diberi percuma 370km yang telah siap dibina menggunakan dana awam untuk mengutip tol.

Sebenarnya. hampir 370km daripada 870km lebuh raya Utara Selatan itu sudah dibina sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sebelum ia diswastakan kepada PLUS. Selain itu kerajaan memberi UEM pinjaman sokongan sebanyak RM1.65 bilion daripada RM3.5 bilion anggaran kos pembinaan, kerajaan juga melindungi UEM daripada kenaikan kadar faedah, kenaikan inflasi, kadar mata wang turun naik dan memberikan mereka jaminan trafik minimum.
Ia adalah satu perjanjian yang sangat baik untuk sebuah syarikat swasta dan sebab atau kriteria untuk memilih UEM oleh Mahathir tidak pernah didedahkan kepada umum.

Sesetengah pemimpin pembangkang kini hanya melawan isu yang mereka anggap besar sahaja, ini mengakibatkan isu korupsi kalangan pemimpin pembangkang seperti korupsi Azmin dan kartelnya disapu dibawah karpet sahaja. Sedar atau tidak cara ini sebenarnya sedikit menjadikan rakyat mula meluat. Mana tidaknya banyak isu rakyat yang terus terkesan dengan rakyat tidak dipedulikan.

Satu perkara contohnya, tidak ada seorang pun pemimpin politik yang bercakap mengenai PLUS sebuah rangkaian lebuhraya terbesar yang tidak lagi menerima bayaran tunai bermula 26 April ini. Ini menyusahkan pengguna. Dalam keadaan duit cukup - cukup ditangan rakyat kini rakyat terpaksa meletakkan duit lebih ditangan PLUS walaupun belum mahu digunakan.

Jika seorang meletakkan lebih RM5 sehari dan berapa juta pengendali sistem ini boleh menyimpan tunai dan berapa 'faedah' boleh diperolehi secara gelap dengan mendera rakyat menyimpan tunai tersebut. Dengan sumbangan simpanan awal ini juga rakyat tetap akan didera dengan kenaikan tol dan tidak ada rebet istimewa diperkenalkan. 

Sudahlah memang berbilion keuntungan setahun disedut kini dengan melaksanakan sistem mengumpul duit rakyat awal secara jahat yang dibenarkan oleh kerajaan ini bukan sahaja pengendali lebih untung tetapi mereka akan untung berganda kerana akan berlaku pembuangan pekerja tol dan tidak akan mengambil pekerja tol baru pula lagi.

Mahathir telah menandatangi perjanjian TOL Lebuh Raya Plus selama 30 tahun bermula tahun 1998  sehingga tahun 2018. Pada tahn 1999 sekali lagi Mahathir membenarkan kutipan tol ini dilanjutkan kepada 12 tahun lagi sehngga tahun 2030 bai mengelakkn kenaikn kadar tol sebagaimana mengikut perjanjian yang telah ditandatangi pahun 1998. Pada tahn 2005 Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi terpaksa melanjutkan sekali lagi kada tol  selama  8 tahun berakhir pada tahu 2038 bagi mengelakkan kenaikan kadar tol sebagaimana seperti perjanjian yang telah ditandatangai oleh Tun Mahathir pada tahun 1998. 

Ini semua kerja gila , kini Mahathir tanpa akui sikap zalim dan penyamunya, dia kudakan pembangkang untuk jatuhkan Najib untuk apa ? Untuk legasi korup dan polisi membuat perjanjian untuk kapitalis menyedut darah rakyat diteruskan ? 

Najib pun tak payah poyo poo nak lawan Mahathir kalau dasar Mahathir ni kamu tak berani tukar dan kini kamu ada kuasa bukan setakat PLUS mencekik rakyat kini nak kena ada tourch n go pula simpan duit awal dengan PLUS sebelum guna lebuhraya. 

Pembangkang terus perjuang isu terpilih dan bertekak sesama mereka, kapitalis terus sedut cekik darah rakyat.


lanjut mengenai UEM dan rompakan awal klik https://www.facebook.com/SudahlahMahathir/posts/1058307527578235

Wednesday, April 19, 2017

YTL Group dan Kezaliman penguasaan IPP yang ramai tidak tahu

BAGAIMANAPUN, legasi Penyedia Tenaga Bebas (IPP) Tun Mahathir telah berkubur. Akhirnya IPP ciptaan Mahathir sebagai pembekal tenaga kepada TNB yang dianggap paling kejam di dunia tutup buku.

Perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) bersama YTL berusia 21 tahun ditamatkan pada 30hb September 2015 yang lalu. Dan orang yang bertanggungjawab menamatkan perjanjian yang tidak adil kepada TNB itu adalah Najib Razak dan itu antara punca kemarahan Mahathir padanya.



Ia perjanjian paling kejam kerana TNB dipaksa membeli "Tenaga" dengan harga paling mahal daripada YTL yang menyebabkan Tarif Elektrik di Malaysia mahal dan membebankan rakyat. Ini bermakna YTL selepas ini tidak akan memiliki sebarang IPP lagi di Malaysia.
Bos YTL sebelum ini dalam satu majlis forum pernah dgn angkuh menyatakan kejayaan YTL adalah kerana ia tidak pernah mendapat projek dari kerajaan. Semuanya diperolehi melalui merit dan bidaan di luar negara.

YTL yang merupakan kroni Tun M semasa dia jadi PM memang pembohong besar.
  1. Apakah IPP bukan projek kerajaan?
  2. Bagaimana dengan keretapi laju ERL dari KLIA ke KL Central?
  3. Apakah projek 1Bestarinet yg melibatkan kos hampir RM1 Bilion itu juga bukan projek kerajaan.

(Sekarang terbukti, projek 1Bestarinet yang terkait Muhiyuddin Yassin gagal terutama untuk sekolah di kawasan pendalaman.)

Semua pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil dalam sejarah dunia. Tun M membenarkan syarikat tycoon Cina YTL mengaut "wang percuma" selama 21 tahun.

Disinilah pertembungan antara Mahathir dan Najib bermula apabila 1MDB mengganggu mangkuk emas YTL iaitu bila perjanjian IPP diganggu 1MDB

Dalam perjanjian PPA zaman Mahathir,  TNB dipaksa membeli "tenaga" dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak perlu tenaga tersebut atau jika TNB sudah pun mempunyai "lebihan" tenaga. Beli tetap kena beli walaupun tidak digunakan.

Sebab itu perjanjian PPA ciptaan Mahathir itu dianggap paling kejam di dunia. Paling kejam sekali ialah dalam PPA tersebut ada klausa yg mengatakan YTL dijamin dengan kadar harga minyak yang tetap dan tidak berubah.

Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar pampasan kepada YTL.

TS Arne Arope mendedahkan kos sebenar kepada TNB untuk mengeluarkan "tenaga" ialah RM0.08 sen sahaja. Tetapi EPU melalui Mahathir memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak RM0.23 sen.

Akibatnya Arne Arope bersemuka dgn Mahathir dan menyatakan "Sir, your Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic Plundering Unit. So i will not signing it". 

Dianggarkan YTL untung RM 1 Bilion setahun untuk selama 19 tahun. Apakah Tun M buta terhadap perkara ini?

1 Oktober 2015 sepatutnya hari terakhir jalinan kontrak antara TNB dan YTL. Matlamat awal Najib kononya sekiranya apa yg dirancang menerusi 1MDB berjalan lancar maka TNB akan tidak lagi sambung lesen YTL Energy. Namun, gara-gara reputasi 1MDB yang teruk tercalar angkara musuh kerajaan, di dalam dan di luar menyebabkan 1MDB dan Najib Razak terpaksa membatalkan perancangannya itu, dan hanya menumpukan kontrak-kontrak dari luar Malaysia.

Mengikut laporan terkini, hanya 3 syarikat yang membida untuk mendapatkan lesen dari TNB, antaranya sudah tentulah YTL Energy, MALAKOFF dan sebuah lagi syarikat..seperti dijangka dan seperti yg dikehendaki oleh ramai musuh Najib dan kerajaan, YTL berjaya memenangi bidaan untuk kontrak sementara..

SUMBER lain pula menyatakan bahawa IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni Mahathir dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996.

Namun tindakan Najib Razak menghapuskan subsidi untuk IPP itu telah menyebabkan kroni-kroni belaan Mahathir 'naik minyak'.

Mereka kemudiannya telah menghasut agar mantan Perdana Menteri itu mengunakan seribu satu cara untuk memastikan Najib 'disingkirkan' agar pendekatan dan sistem lama yang digunapakai sebelum ini dapat dikembalikan.

Ini kerana tindakan 'berani mati' yang dilakukan Najib Razak untuk menyelamatkan kewangan negara dari terus mengalir kepada golongan yang tidak sepatutnya itu telah menyebabkan mereka kehilangan 'saluran kewangan'.

Atas sebab itu 'gerakan' perlu dilakukan agar Najib Razak berundur dan individu yang paling layak melaksanakan tugas tersebut ialah Mahathir.

Dengan populariti yang ada pada Mahathir ditambah dengan 'jasa' beliau mentadbir negara selama 22 tahun, rakyat sudah pasti akan percaya bulat-bulat apa yang keluar dari mulutnya.

Ditambah dengan ayat-ayat manis Mahathir 'saya lakukan ini untuk rakyat dan negara' sudah pasti masyarakat akan menelan bulat-bulat setiap butir perkataan yang keluar.

Sedangkan pada hakikatnya semua tindakan yang dilakukan oleh Mahathir ini adalah untuk menjaga 'periuk nasi' kroninya dan bukannya untuk rakyat.

Kepada rakyat perlunya cerdik dan membuka mata pertempuran kali ini ialah pertempuran lanun lawan perompak... dua dua sama....

Tuesday, April 18, 2017

Akuan bersumpah respon Rafizi dan Takiyuddin



Saya telah membuat akuan bersumpah ekoran nama saya (che'GuBard) telah disebut dengan jelas) dalam sidang media Rafizi Ramli di hadapan Ibu Pejabat SPRM dan oleh Takiyuddin Hassan dalam kenyataan dia bertarikh 13 April. Bagi saya kedua - dua individu ini merupakan ahli politik yang gopoh dan tidak pun membaca sumber asal tulisan saya yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/04/tiba-tiba-nama-john-soh-diseru-ketika.html .



Saya tidak ada kena mengena dengan tuduhan Rafizi atau mana - mana individu dalam PKR menerima dana dari tokoh korprat bernama John Soh yang kini dalam penjara di Singapura. 

Yang saya tegaskan dalam artikel tersebut ialah keperluan untuk Rafizi dan beberapa individu yang dinamakan Petra termasuk Azizah dan Anwar menjelaskan peranan dan sumbangan John Soh berapa jumlah dan bagaimana digunakan, jika tidak ia bakal menjadi fitnah dan bakal melemahkan jentera khususnya menjelang pilihanraya umum. Jumlah RM26 juta yang disebut itu malah dinyatakan jumlah yang diberikan kepada Anwar dan Azizah jauh lebih banyak amat perlu ditangani dengan bijaksana jika tidak ia akan dipercayai umum. Jika tidak benar nyatakan jumlah sebenar dan bagaimana wang tersebut digunakan perlu dimaklumkan.

Ia tidak boleh dijawab dengan penafian, serangan label negatif kepada Petra dan mustahil orang mempercayai individu yang dinamakan termasuk Rafizi tidak mengenali John Soh kerana sememangnya dia berperanan dan pernah menjadi antara penyumbang kewangan utama dalam PKR.

Artikel itu saya tulis bila nama John Soh diseru dan dalam keadaan ramai pimpinan PKR bukan saja tidak mengakui sumbangan John Soh malah tidak mengakui mengenalinya, ini sangat tidak baik sudahlah tidak ada usaha membantu dia yang dalam tahanan di Singapura. Apa pun kritikan kita kepada John Soh kena akui apa yang dirasai sedikit kejayaan PKR hari ini ada melibatkan sumbangan John Soh.


Saya nasihatkan semua khususnya kepada Rafizi dan Takiyuddin supaya membaca penuh tulisan saya yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/04/tiba-tiba-nama-john-soh-diseru-ketika.html sebelum memberikan sebarang komen khususnya bertindak jahat mengaitkan saya.


Saya bersedia mempertahankan setiap patah perkataan dalam tulisan saya yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/04/tiba-tiba-nama-john-soh-diseru-ketika.html , jika ada yang tidak puas hati atau merasakan saya menipu boleh membuat laporan polis dan saya bersedia diambil tindakan undang - undang.


Dalam tulisan saya juga saya nyatakan dengan tegas  sumbangan John Soh tetap berbeza dengan isu Pas mendapat dana 'gelap' dari Najib kerana menerima dana dari musuh politik dengan menerima dana dari penyokong sangat - sangat berbeza.

Kita melawan Umno Bn dari aspek korup dan gagal mengurus dana dengan baik namun adakah bila kita nampak ia berlaku di keliling kita maka kita kena diamkan ? Jangan kita mengata ke Umno Bn tetapi kita sama sahaja orang dedahkan korup kita pecat tapi korup antara kita kita diamkan itu munafiq namanya.

Saya juga meminta Takiyuddin dan Rafizi menarik balik kenyataan mengaitkan saya secara salah dan jahat. Saya menyifatkan taktik kedua - dua ini memetik nama saya dengan cara salah bagi menutup saranan dan maksud tulisan saya yang sebenar. Saya rakamkan ayat coretan terakhir saya dalam artikel yang dimaksudkan "Catatan ini dicoret dalam penuh menjaga adab agar tidak tercatat perkara yang terlalu bersifat dalam 'kelambu'. Catatan ini hanya bersifat saling mengingatkan bukan menyerang sesiapa."

Catatan oleh che'GuBard, SAMM
18 April 2017, Kuala Lumpur

Wawancara Khas : Cadangan Lanjutan Perkhidmatan Awam Idea Porpulis


Wawancara Khas : Cadangan Lanjutan Perkhidmatan Hanya Idea Populis
jika tak boleh menonton di sini sila klik tajuk di bawah

Wawancara Khas : Cadangan Lanjutan Perkhidmatan Hanya Idea Populis

Cubaan penipuan menggunakan nama SAMM

Catatan Umum
18 April 2016

CUBAAN MENGGUNAKAN NAMA SAMM OLEH SINDIKET PENIPUAN PERNIAGAAN  ANTARABANGSA  BERJAYA DIPATAHKAN 

Semalam menerima email dari Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India yang membuat pengesahan mengenenai satu lagi cubaan penipuan sindikit penipuan peniagaan antarabangsa menyalah gunakan nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).


SAMM mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India kerana membuat pengesahan tersebut. Ini bukanlah kali pertama , sebelum ini terdapat percubaan penipuan dengan mempergunakan nama SAMM melalui satu transaksi perniagaan di Hong Kong, China, Singapura dan Indonesia namun berjaya digagalkan apabila dikesan awal.

Amat kesal dengan sindiket yang mengambil kesempatan dengan populariti SAMM sebagai NGO serantau yang dikenali. SAMM turut meminta semua pihak berhati - hati dengan perkara tersebut.

che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

Thursday, April 13, 2017

Sokong tindakan akuan bersumpah Rafizi namun apa ertinya jika Pas terus dijadikan teman bermukah di Selangor

Kenyataan Media

13 April 2013

1. Sebaik sahaja Abdul Hadi Awang bangun membacakan usul pindangan RUU 355 di parlimen yang mana kemudian ditangguhkan oleh speaker untuk didebatkan, Rafizi Ramli telah memulakan serangan baru ke arah memperkuatkan kepercayaan orang ramai bahawa Hadi Awang dan Pas itu sedang diperkuda Umno - Bn (lebih tepat lagi Najib Razak). Rafizi menyatakan akan mengumumkan seorang pemimpin Pas (kemudian mengubah kenyataannya kepada bekas pemimpin Pas) yang menerima dana terus dari akaun Najib Razak.

2. Sebaik sahaja pengumuman Rafizi tersebut saya telah menulis bahawa sangat tidak pelik kerana sejak dari awal jauh lebih awal dari beberapa pihak che'GuBard sudah mengumumkan bahawa Hadi Awang, Azmin Ali malah Shafie Aphdal sudah ada rundingan sulit dengan kem Najib kerana itu tampil lah apa bukti dan laporan bagi membongkar penyelewengan bersangkutan mereka pasti buakn sekadar tidak disiasat malah agensi seperti SPRM akan tampil membersihkan mereka. Bayangkan berkilo wang tunai ditemui di Sabah namun SPRM nyatakan tidak rasuah sebaliknya pendakwaan bawah pengubahan wang haram (AMLA) sahaja. Bukti korupsi balak Kelantan disenyapkan, bukti korupsi di Selangor kaitan MB SPRM tampil membersihkan. Namun kalau di Pulau Pinang tak perlu tunggu lama dengan bukti kabur SPRM bertindak mengepung, serbu dan tahan.

3. Saya telah awal lagi sebut nama yang Rafizi akan sebut ialah Nasaruddin Mat Isa. Walaubagaimana pun tindakan pendedahan Rafizi tersebut saya sokong dan tindakan membuat surat akuan bersumpah itu tepat. Surat Akuan Bersumpah tertakluk kepada undang - undang siapa sahaja yang punya bukti akuan tersebut palsu boleh melaporkan kepada polis untuk yang bersumpah ditangkap dan didakwa. Ia sama seperti tindakan saya membawa Azharuddin Othman pengatur cara komputer yang muncul terlibat dalam membekalkan pengkalan data bagi memalsukan senarai sokongan atas talian terhadap deklarasi Mahathir pada Jun 2016. Selepas terdedah akuan bersumpah membuktikan Deklarasi Mahathir menipu, ramai yang melompat kemarahan tetapi selepas dicabar siapa tidak berpuas hati sila tampil buat laporan polis kerana membuat akuan bersumpah palsu ialah jenayah namun semua menikus terus melalak di media sosial dan pentas ceramah tidak ada seorang pun pendokong deklarasi Mahathir berani tampil buat laporan polis. Maka tuduhan deklarasi mahathir menipu itu terbukti benar. Begitu juga juga dakwaan Rafizi dalam akuan bersumpahnya tersebut akan kekal benar sehingga ada yang tampil membuat laporan polis membuktikan akuan bersumpah yang didedahkanya itu palsu dan dia didakwa kerana akuan bersumpah palsu.

4. Namun dari aspek politik domestik apa ertinya tindakan Rafizi ini ? Ia hanya memeningkan dan mengelirukan rakyat lagi. Di kebanyakan negara demokrasi ahli politik seharusnya memikirkan masalah rakyat namun di Malaysia rakyat yang sudah banyak dihimpitkan banyak masalah dipaksa memikirkan masalah ahli politik yang tidak sudah sudah. Pemimpin pembangkang seperti PKR tampil atas beberapa pentas khususnya bersama AMANAH menyatakan Pas alat Bn tetapi dalam masa sama ada pula sekumpulan pemimpin PKR lain muncul atas pentas Pas meminta rakyat terus menyokong Pas.

5. Tindakan Rafizi  bagi membuktikan usaha pembentangan RUU 355 Hadi Awang merupakan 'permainan' politik Bn. Itulah yang 'dinyanyikan' oleh kebanyakan ahli politik pembangkang sejak beberapa lama kebelakangan ini. Namun rakyat sendiri keliru kalau sudah majoriti pemimpin Pakatan Harapan yakini Pas menjadi alat Bn kenapa di Selangor mereka terus seronok 'bermukah' ?

6. Selepas Rafizi dan beberapa ahli parlimen Bn siap membuat sidang parlimen olok - olok bagi menolak usul Hadi Awang tiba - tiba Anwar mengeluarkan surat  menyatakan menghormati hak Hadi Awang dalam membentang usul tersebut yang mana kemudian PKR membuat pusingan U dengan menyatakan atas semangat surat dari penjara itu maka PKR menyatakan pendirian menyokong usul Hadi Awang. Rakyat makin pening nak sokong ke nak bantah ? Tindakan Hadi Awang ni betul atau hanya dia sekadar boneka Bn ?

7. Hari ini sekali lagi Rafizi cuba menyakinkan rakyat Pas merupakan boneka Bn tetapi apa erti pendedahanya kerana di Selangor Pas masih bersama dalam kerajaan. Pendedahan Rafizi yang juga selaku Naib Presiden PKR nampaknya turut menunjukkan kepada rakyat Pkr itu sendiri terpecah kepada dua kem yang sangat serius.

8. Jom kita bayangkan kalau dalam Umno Timbalan Presiden dan beberapa pemimpin Umno sokong tindakan Mca tetapi Naib Presiden dan Setiausaha Agong Umno pula menentang tindakan Mca pasti gegak gempita kita dendangkan Umno berpecah.... tetapi kini majoriti pemimpin Pakatan Harapan mengutuk Pas dengan menyakinkan kepada rakyat Pas itu alat Bn tetapi di Selangor Pakatan harapan bermesra bermukah bersama. Rakyat akan keliru, bila tiba PRU 14 maka berlaku 3 penjuru apa akan jadi ? Sejarah kemenangan bertambah besar Bn dalam PRK Sungai Besar 2016 pasti akan berlaku di banyak tempat sebab rakyat keliru.

9. Tindakan sewajarnya kini ialah tegas dan berprinsip, keluarkan Pas dari Kerajaan Negeri Selangor dan istihar Pas ialah alat Umno secara serius. Rakyat akan jelas kalau berlaku 3 penjuru maka undi yang akan pecah ialah undi Bn tetapi undi pembangkang akan padu memilih calon Pakatan Harapan. Namun yakinlah ia tidak akan berlaku keadaan akan terus tergantung seperti ini meletihkan rakyat maka bila tiba pilihanraya Bn akan menang lebih besar. Bukan Najib atau Bn tu kuat tetapi kebijakan Najib membuat hubungan sulit dengan orang seperti Hadi Awang, Azmin Ali dan Shafie Apdhal akan menyelamatkan dia.

10. Sekali lagi che'GuBard tegaskan laporkanlah korupnya kartel Azmin atau korupnya Kelantan atau bongkarlah skandal sindiket kaitan Safiee Apdhal pasti SPRM akan tampil membersihkan kerana peranan mereka penting dalam memastikan pembangkang tidak siap bersatu untuk PRU maka selagi itu keselamatan mereka terjamin. Jika kemenangan Bn masih tidak lebar dan besar, mereka yang ada rundingan sulit dan beberapa kerat kartel mereka yang menang PRU nanti akan membentuk kerajaan campuran. Analisis Bn telah membayangkan, Bn akan menang hampir majoriti kawasan Melayu, kawasan bukan Melayu Bn akan tewas dikebanyakan kawasan. Maka Kerajaan majoriti besar Melayu dan pembangkang majoriti besar bukan Melayu. Isu perkauman dan agama lebih mudah terbakar. Maka Akta MKN akan digunakan, darurat mula diumumkan dibeberapa kawasan. Ketika inilah mereka yang punya rundingan pintu belakang akan ditawarkan memasuki kerajaan campuran demi #negaraku.

11. Ramai pasti mengatakan perkara tersebut tidak akan terjadi sebab tidak mungkin Najib boloeh diterima. che'GuBard tegaskan ingatkah kita dengan kezaliman Mahathir ? Namun demi negara Mahathir sudah menjadi pejuang kerana diterima majoriti pimpinan pembangkang. Begitulah kita sudah dilatih demi negara kononya kita kena ketepikan sentimen dan prinsip tetapi kita kena bersatu. Begitulah temanya nanti BERSATU #NEGARAKU akan berlaku.

Akhirnya rakyat hanya alat !!! Orang politik yang bijak menjilat dan letak tepi prinsip, orang politik pakar spin keliling akan terus hidup mewah menyedut keringat dan jeritan rakyat.

catatan che'GuBard SAMM

jemput baca juga dan klik http://chegubard.blogspot.my/2017/04/azmin-agen-najib-yang-dilindungi-sedang.html

Adam yang dikatakan proksi Zuraidah dan kartel Azmin akan dibawa ke mahkamah esok ?

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.
Sumber SPRM memberitahu The Star, Adam, 28 digari dan disoal siasat untuk beberapa jam di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, Khamis.
"Dia dilihat digari ketika berada di lobi SPRM pada kira-kira pukul 4.10 petang," menurut sumber.

Adam yang dikatakan proksi kepada Zuraidah dan rapat dengan kartel Azmin mula menjadi perhatian apabila rumah' Disneyland' nya di Ampang mula didedahkan dan kemudian koleksi rumah mewah dan kenderaan mewahnya mula didedahkan. 

Dia yang secara sombong sebelum ini menyatakan semua kemewahanya adalah hasil kebijaksaan dia berniaga dikatakan akan didakwa esok (14 April 2017) bersangkutan Anti-Money Laundering Act (AMLA) kerana gagal atau menipu dalam pengisytiharaan sumber kememawahannya.

Namun semua diminta jangan keliru ketika serangan dan pembongkaran terhadap korupsi Kartel Azmin seseorang perlu dicari untuk dijadikan korban. SPRM seperti yang saya pernah katakan tidak akan mengusik kartel Azmin tetapi ketika serangan memuncak SPRM juga harus menunjukkan mereka buat kerja dan bukan alat politik. Maka Adam yang juga merupakan Naib Ketua AMK Selangor dan pernag mengaku selaku penaung Gabungan Kelab Penyokong Bolasepak Selangor merupakan entiti kartel paling lemah maka dia terpilih menjadi korban tersebut. Pendakwaan Adam dibawah 'AMLA' dilihat cara selamat dalam 'menggulai' kambing hitam kerana jika sabit akta rasuah maka ia akan melibatkan pemberi, sumber dan ramai pihak yang pasti akan mendedahkan jaringan kartel.

Jika SPRM benar - benar buat kerja kenapa tiada siasatan dalam kes peranan proksi Azmin dalam kes pertukaran status tanah Paya Indah, kes melibatkan peningkatan berbilion RM dalam rundingan SPLASH - Kerajaan Selangor yang jelas punya bukti dan keraguan munasabah.

Sama seperti SPRM membersihkan korupsi balak Kelantan terkait pemimpin Pas, Korupsi melibatkan Shafie Apdhal dan semua pemimpin yang punya rundingan pintu belakang dengan Najib Razak.

jemput juga baca klik http://chegubard.blogspot.my/2017/02/surat-terbuka-buat-sprm-dan-yb-rafizi.html

Tuesday, April 11, 2017

Tiba - tiba nama John Soh diseru ketika dia dipenjara.

Catatan umum
11 April 2017

Tiba - tiba nama Datuk John Soh Chee Wen menjadi sebutan selepas dipetik oleh Raja Petra dalam tulisan terbarunya. 

Jon Soh kini sama seperti Anwar Ibrahim iaitu sedang terpenjara. Dia dalam penjara Singapura kerana sedang menghadapi 188 pertuduhan di mana dia disifatkan sebagai mastermind of Singapore's 2013 penny stock crash. Untuk itu dia juga dinafikan ikat jamin dan ditahan di penjara sementara selesai perbicaraan yang melibatkan nilai hampir $9 billion keseluruhannya.




Aku tak berminat nak ulas berkenaan Raja Petra kerana  memang lama kredibeliti Petra diragui selepas dia lari ke London (dikhabarkan hidup mewah) yang mana membuat pusingan U selepas membuat kenyataan berkenaan pembunuhan Altantuya.

Namun Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar tuduhan Petra John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya. Malah menurut tuduhan Petra lagi Anwar dan Azizah juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya.

Kini John Soh sudah tidak boleh dihubungi kerana dia dalam penjara Singapura.

Siapa dia John Soh ? Jujurnya, saya kenal John Soh secara peribadi. Saya pernah beberapa kali duduk bersama untuk makan tengahari, minum petang dan naik kereta bersama ketika saya menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Peranan John Soh pada satu ketika dalam 'circle Anwar' amat kuat sehingga dia pernah beberapa kali hadir dan duduk dalam mesyuarat MPP PKR. Perkara ini saya pernah tegur secara terbuka dalam mesyuarat kerana bagi saya MPP ialah medan tertinggi PKR dan seharusnya tidak terbuka kepada kawan - kawan nak hadir suka - suka. Selepas itu Anwar secara peribadi memanggil saya meminta saya memahami keadaan kerana kononya John Soh punya 'networking' tertentu yang sangat diperlukan bagi strategi politik pada ketika itu. Malah selepas teguran saya John Soh secara rasmi dilantik sebagai anggota Biro Politik bagi menghalalkan kehadiran beliau dalam semua mesyuarat parti.

Memang bukan misteri, John Soh menjadi penyumbang kepada PKR. Seingat saya sebahagian besar perbelanjaan menyiapkan pengubahsuaian Ibu Pejabat Parti ketika itu ditanggung John Soh, malah ketika Datuk Salehuddin Hashim menjadi Setiausaha Agung PKR kertas cadangan menyiapkan pejabat PKR negeri seluruh negara diajukan kepada John Soh dan John Soh bersetuju menyumbang dana. Ketika itu imej dan pengurusan perjalanan pengurusan PKR sangat berimej korporat dan sangat baik.

Ketika Anwar diserang dengan kemunculan Saiful Bukhari , John Soh muncul menenangkan beberapa orang yang dilihat berisiko kepada Anwar termasuk orang yang membawa Saiful masuk bekerja iaitu Rahimi Osman yang sangat kelihatan dijaga oleh John Soh ketika itu.

Zaid Ibrahim masuk PKR dan dia kemudian rapat dengan kelompok 'circle Anwar' sebelah John Soh ini. Namun Anwar punya kerektor yang pelik, Zaid Ibrahim diherokan sehinggalah ketika pemilihan parti 2010 ketika Zaid membuat keputusan melawan Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden tiba - tiba Anwar memanggil che'GuBard dan meminta che'GuBard menyokong Azmin konon kerana katanya Zaid Ibrahim sedang dibantu (didanai) oleh orang yang rapat dengan Daim dan Mahathir bagi mengambil alih PKR. Saya berhujah sehingga mengheret nama John Soh , yang mana saya sebut ketika saya mempersoalkan kenapa John Soh hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi Anwar sendiri memanggil dan meminta saya yakini bahawa John Soh ikhlas mahu menjatuhkan Bn.

Tiba - tiba hanya kerana Zaid melawan Azmin semua jadi salah dan berdosa. Anwar tidak menjawab hujah saya dan mengalihkan kepada perkara lain perbualan ketika itu. Saya tegaskan bahawa John Soh marah kepada Azmin sebab John Soh tahu permainan politik Azmin dan  menjadikan Mahathir tempat rujuk dan hubungan baik Azmin dengan pemimpin Umno sejak awal, Anwar tersentak dengan ketegasan saya dan segera menamatkan perbualan di rumah ayahandanya di Kajang ketika itu.

Tulisan ini juga bertujuan meminta pemimpin - pemimpin hebat dalam PKR untuk sedikit melihat nasib John Soh yang sedang terpenjara di Singapura, dia pernah muncul dan membantu banyak PKR dan sebahagian apa yang kamu perolehi kini adalah usaha dan sumbangan John Soh, kini dia berdepan kesukaran cubalah membantu yang termampu.

Menerima dana dari orang yang mahu menumbangkan Bn itu tidak nampak apa salahnya. Cuma jika jumlahnya sehingga melibatkan puluhan juta seorang maka salahnya ialah kenapa parti masih bergerak dengan perbagai kesusahan khususnya aktivis di peringkat bawah. Celaka jika benar apabila mengenang nasib aktivis yang sangat payah sejak penubuhan parti di peringkat akar umbi. Maka nama yang disebut wajar memberikan penjelasan sebenar bukan sekadar menjawab dengan menyerang Petra semata - mata. Ya pasal Petra kita sudah arif tetapi jangan nafikan sepenuhnya peranan dan sumbangan John Soh. Jelaskan pada akar umbi jika tidak pasti akar umbi kecewa dan kesunggguhan berkorban akan menjadi rendah sebab bagi mereka apa guna berkorban jika di atas penuh kemewahan.akan muncul hujah jika hendak tenaga mereka maka bayarlah dengan setimpal....

Mungkin cadangan semua nama yang disebut Petra perlu mengajukan saman fitnah juga harus dipertimbang secara serius kerana itu yang dicabar oleh kita ketika Pas dan Hadi berdepan dengan pendedahan menerima dana besar yang terkait Najib.

Namun sumbangan John Soh tetap berbeza dengan isu Pas mendapat dana 'gelap' dari Najib kerana menerima dana dari musuh politik dengan menerima dana dari penyokong sangat - sangat berbeza.

Untuk rekod tambahan John Soh ini juga merupakan 'pendana' yang mengasaskan salah satu portal berita di Malaysia.

Namun yang kesianya rakyat, terhimpit dengan perbagai kepayahan tetapi ahli politik kiri dan kanan sama sahaja kaki telan sebab itu dari awal saya tegaskan dana politik harus dicatat paling tidak dedah sepenuhnya namun kena ada tatakelola peringkat tertentu parti yang mengesahkan dan meluluskan rekod penerimaan dan perbelanjaan.

Catatan ini dicoret dalam menjaga adab agar tidak tercatat perkara yang terlalu bersifat dalam 'kelambu'. Catatan ini hanya bersifat saling mengingatkan bukan menyerang sesiapa.

catatan oleh che'GuBard, SAMM

jemput baca juga http://chegubard.blogspot.my/2017/04/azmin-agen-najib-yang-dilindungi-sedang.html

Tuesday, April 04, 2017

Merusuh dalam Parlimen denda RM100, hantar memorandum luar parlimen denda RM6,000 atau 9 bulan penjara

Catatan Umum

4 April 2016

1. Umum pasti akan terus mentertawakan sistem keadilan dalam negara ini dengan perkembangan terbaru iaitu perusuh dalam kawasan 'keselamatan' Parlimen Malaysia didenda RM100 sahaja manakala orang dalam cubaan menghantar memorandum di luar kawasan Parlimen didenda RM6,000 atau 9 bulan penjara.

2. 28 Mac 2017 yang lalu, Hakim Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan menolak rayuan che'GuBard dan 11 yang lain untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud pada 31 Mei 2016 lalu.

3. Pada 24 Jun 2013, saya dan hampir 1000 yang lain berada diluar (hadapan) kawasan Parlimen Malaysia untuk menghantar memorandum membantah penipuan PRU ke 13. Beberapa ahli parlimen sudah pun bersetuju menerima memorandum "BLACK OUT 505" yang kami sediakan termasuk tandatangan jutaan rakyat yang dikumpul melalui jelajah BLACKOUT 505 di seluruh negara.

4. Sekitar sebelum 9.00 pagi kami tiba dikawasan luar (hadapan) parlimen Malaysia. Saya sendiri bersama beberapa teman bertemu dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) bagi menyatakan hasrat dan matlamat kami berada di situ. Ternyata OCPD membenarkan himpunan diadakan dan meminta kami menyediakan wakil bagi menghantar memorandum tersebut. Kebenaran OCPD ini diakui beliau sendiri dan disiarkan melalui rakaman polis di Mahkamah.

5. Suasana semua aman sehinggalah sekitar 11 pagi (lebih) polis memulakan tolakan dan berlaku tolak menolak. Polis masuk merempuh dan menahan beberapa himpunan aman tersebut. Maka suasana seperti hilang kawal. Beberapa peserta ditahan termasuk Safwan Anang. che'GuBard sendiri bertemu OCPD meminta penjelasan OCPD meminta penyerahan memorandum dipercepatkan kerana sebaik sahaja memorandum diserahkan maka kami diminta bersurai. Selepas bersurai Safwan dan yang lain ditahan OCPD janji akan bebaskan. Semua bersetuju. Kira - kira 11.30 pagi trak polis yang menahan Safwan dan beberapa kawan lain bergerak cuba meninggalkan kawasan depan parlimen. Beberapa individu ke depan mempertikaikan tindakan tersebut yang dilihat melanggar janji OCPD. Ketika itu polis masuk merempuh lagi, malah kali ini memukul peserta himpunan aman. Keadaan agak luar kawal. Demi menenangkan keadaan dan kecewa dengan janji tipu OCPD saya dan beberapa orang rakan menjerit menyerah diri naik ke trak polis secara aman. Ternyata tindakan ini menghentikan huru hara yang cuba dictuskan ekoran rempuhan dan tindakan memukul peserta himpunan aman oleh polis.

6. Kemudian di Mahkamah kami didakwa dengan dua pertuduhan iaitu menyertai perhimpunan itu bagi melakukan mudarat awam di Jalan Parlimen antara 9.15 pagi dan 11.25 pagi pada 24 Jun 2013, mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan pertuduhan kedua,  didakwa merusuh di persimpangan jalan masuk ke bangunan Parlimen pada 11.25 pagi pada tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Ternyata pertuduhan tersebut sendiri salah kerana jelas dibuktikan dalam video rakaman polis dan pengakuan OCPD sendiri menyatakan dari sekitar jam 9.00 pagi OCPD membenarkan himpunan malah peserta himpunan dengan baik membantu pihak polis menyelia lalu lintas. Merusuh di Jalan Parlimen juga satu perkara yang lucu kerana jelas dalam Video dirakam dan disiarkan dimahkamah bagaimana che'GuBard dan kawan - kawan menyerah diri bagi menenangkan keadaan,

7. Namun seperti yang kita tahu dan maklum semenjak zaman Mahathir merogol sistem keadilan dalam negara dengan mengawal insitusi Mahkamah dan Peguam Negara maka sistem keadilan negara susah hendak diharapkan. 

8. 24 November 2016, sekumpulan penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak yang diketuai oleh dua anak lelakinya sendiri masuk ke dalam kawasan 'keselamatan' Parlimen Malaysia 'merusuh' dan menyerang Ahli Parlimen Shah Alam mujur berjaya dihalang pasukan keselamatan parlimen. Berlaku aksi tolak menolak dan pukul memukul yang mana jelas kelihatan melalui video yang tersebar di internet. Namun lawaknyahanya  lapan individu didakwa dan lapan individu itu hanya didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100.

9. Nampak tak bagaimana umum mahu menghormati sistem keadilan di Malaysia ? Untuk Najib Razak, kamu nak lawan Mahathir konon kamu lebih baik. Namun sehingga kini kamu hanya menunjukkan kamu merupakan anak murid terbaik Mahathir.

10. Kesempatan ini che'GuBard ucapkan terima kasih kepada Peguam Haijan Omar dari Firma Guaman YB Gobind Sigh kerana membantu mewakili saya dan beberapa teman - teman lain dari pendakwaan sehingga rayuan. Saya sehingga kini hilang hak untuk menyertai PRU ke 14, hanya ada satu lagi peringkat rayuan namun sedang difikirkan secara serius adakah saya mampu kerana sejak mengkritik korupsi Azmin Ali PKR sendiri tidak membantu dalam bentu guaman. 

11. T.kasih kepada yang penyumbang dan yang meminjamkan che'GuBard dan beberapa teman - teman SAMM yang turut dijatuhkan hukuman sama. Seperti janji che'GuBard yang meminjamkan saya sedang bayar dan ia hutang saya pada anda.

12. Kepada koruptor yang datang dari mana parti sekali pun ini che'GuBard bisikkan ke telinga kamu "kamu boleh ambil semua termasuk nyawa namun kamu tidak mungkin mengambil maruah dan prinsip harga diri yang saya akan bawa sampai mati".

catatan umum tulisan : che'GuBard, SAMM

Monday, April 03, 2017

Azmin agen Najib yang dilindungi sedang memainkan peranan yang sangat baik ?

Catatan Umum

3 April 2017

1. Tulisan bertajuk Azmin antara beban terbesar pembangkang telah dicetak oleh pegawai Azmin Ali dan diberi baca bosnya sendiri. Seperti yang kita maklum Azmin Ali mudah hilang kawal emosi terus marah dan meminta budak - budaknya memulakan serangan lebih agresif kepada che'GuBard. Untuk pengetahuan Azmin Ali kalau dia terlupa che'GuBard tak ada jawatan apa, cuma orang biasa malah mahkamah telah menjatuhkan hukuman dan menghilangkan kelayakannya bertanding pilihanraya pun. jadi seranglah semahu mu. Seperti yang pernah che'GuBard katakan kau boleh ambil semua dari diri ini termasuk nyawa sekalipun tetapi tidak mungkin kau mampu ambil maruah dan harga prinsip diri.

Tulisan ini juga mohon pegawai yang sama tolong cetak dan beri Azmin Ali baca lagi. Tulisan sebelum ini dibaca oleh 50,000 pembaca di blog ini sahaja dan tulisan ini pasti lebih banyak.

2. Azmin marah kerana mula terdedah permainan politik banyak kolam demi kepentingan diri semata - mata. Semua harus diingatkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) - yang kini dikenali sebagai SPRM telahpun melengkapkan kertas siasatan ke atas Azmin sejak 1998 lagi. Namun kerana dia menjadi 'duri Mahathir' dalam kem Anwar Ibrahim maka ketika Anwar termasuk semua yang ada kena mengena dengan Anwar dipijak Mahathir tetapi Azmin yang punya kertas siasatan lengkap tiudak terusik oleh Mahathir. Sila klik sini baca kertas siasatan BPR ke atas Azmin Ali.



3. Sebaik sahaja dia menjadi Menteri Besar budak - budak keliling dia mula menempatkan diri merebut kekayaan.



4. Ketika Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor bukan satu kegiatan korupsi terdedah antaranya:
dan banyak lagi. Pendedahan bukan sekadar cakap dengar tetapi siap dokumen dan bukti berkaitan, namun satu pun tidak diberikan perhatian sama ada oleh PDRM mahupun SPRM. Ini kerana Azmin memainkan peranan seperti Hadi Awang dan Shafiee Apdhal yang mempunyai peranan tersendiri masing - masing dalam memastikan pembangkang terus tidak tersusun dan berkecamuk. Selagi mereka memainkan peranan itu maka mereka akan terus buakn sekadar dilindungi tetapi dibersihkan oleh agensi seperti SPRM dan PDRM.

5. Tulisan kali ini mengajak semua untuk sedikit 'zoom in' ke dalam sedikit rangkaian kekeluargaan Azmin. Satu team sedang mengumpulkan dan menyusun perbagai maklumat kehidupan mewah mereka antaranya anak saudara Azmin yang dipanggil Boy yang telah pun bertukar memandu Jaguar. Begitu juga anak - anak Azmin sendiri yang hidup mewah yang mana malamnya menghabiskan duit di kelab - kelab mewah bersama anak - anak hartawan. Azmin dan keluarga pun kerap bercuti mewah ke kota besar dunia seperti di London (sila klik)


6. Di sini kita rakamkan pertanyaan untuk Azmin jawab benarkah Kenderaan mewah yang dimiliki Azmin Ali pun didapati atas nama syarikat dan abang Shamsidar ? Semakan menunjukkan hanya dua kenderaan sahaja atas namanya. Kenderaan Toyota Camry 2.5V bernombor BBM3 pernah menjadi isu berhubung status nombor itu satu ketika. BBM3 adalah nombor kereta BMW 325i yang pernah disiasat SPRM suatu ketika. Nombor ini dipindahkan kepada Toyota Camry. Setakat ini dalam rekod terbaru BBM3 masih belum dipindahkan ke kenderaan lain.



7. Netizen pernah kecoh tentang dakwaan Azmin Ali memiliki Ferrari F430 Scuderia berharga RM1.9 juta. Ingin meminta pengesahan Azmin Ali adakah benar memaklumkan menyatakan kereta Ferrari ini bernombor AL14 adakah benar AL14 didaftarkan atas nama Jamil Taharin abang Shamsidar. Kami mahukan kepastian ....

Tidak mungkin keluarga Shamsidar kaya-raya melainkan benar dakwaan sebelum ini Shamsidar memiliki berjuta saham dan harta. Namun mengejutkan AL14 tidak didaftarkan atas Ferrari tetapi kenderaan lain. Ini satu penipuan sama ada kenderaan klon atau lari dari membayar cukai. Apatah lagi didakwa sindiket sedemikian pernah berleluasa di Negeri Perak. Jika tidak benar mohon Azmin membuat pengesahan dan kami sedia menarik balik pertanyaan ini....



8. satulagi soalan yang ingin ditanyakan kepada Azmin Ali ialah mengenai satu lagi kenderaan mewah yang biasa digunakan Azmin Ali sering kelihatan di rumahnya ialah sebuah Range Rover Sport V8 Supercharge. adakah benar kenderaan tersebut didaftarkan atas nama sebuah syarikat iaitu Softbox Sdn Bhd beralamat di No 6-1 Jalan 3/4A Desa Melawati Kuala Lumpur. Apa hubungan Azmin Ali dengan syarikat Multimedia ini? Ada beberapa data dalam simpanan cuma akan didedahkan selepas respon Azmin mengenai perkara ini. 

syarikat yang mendapat projek besar dari Kerajaan pusat ?!?!


9. Azmin Ali juga memiliki kenderaan Toyota Vellfire nombor pendaftaran WRJ8383. Semakan menunjukkan ia didaftar atas nama Syarikat Qaswa Auto Sdn Bhd dimiliki keluarga Azmin Ali. Dari mana mereka sumber kekayaan ini? Azmin dahulu hanya seorang bekas penjawat awam dan Ahli Parlimen Gombak. Hanya sekarang sebagai Menteri Besar.


berikut hanya sebahagian kecil... banyak lagi... soalnya kenapa semuanya terus tersimpan rapat dan tanpa siasatan... ??

Ingat fakta yang che'GuBard sebutkan, sebaik naik menjadi MB Azmin Ali muncul di kediaman Najib dan dia bertemu Rosmah Mansor meminta 'damai'... begitu liciknya Azmin... dia kini sama seperti Hadi Awang dan Shafie Apdhal. Dia boleh sahaja memecat Pas dari Kerajaan Selangor tetapi dia memilih membuat kecoh di media sosial supaya kemelut pembangkang berpanjangan dan ini skrip mereka yang sudah siap tersusun.

Tidak akan ada sebarang perubahan.... selepas PRU Bn akan menang tipis. Kerusi kerajaan 80% kerusi Melayu dan kerusi pembangkang majoriti kerusi bukan Melayu. Api perkauman agama akan disemarakkan. Najib akan menggunakan MMKN sepenuhnya dan akhirnya bagaimana skrip (Tun) Razak  menukar Kapal Layar ke Dacing ... skrip tersebut akan digunakan semula tetapi dengan lebih licik sebab adanya Shafie Apdhal, Hadi Awang dan juga Azmin Ali...

Yang tidak mahu 'kauwtim' seperti Anwar, Guan Eng dan lain lain jeriji besi menanti mereka.


catatan oleh che'GuBard.

*** selepas membaca jika anda setujusila share artikel ini dengan menghantar link http://chegubard.blogspot.my/2017/04/azmin-agen-najib-yang-dilindungi-sedang.html artikel ini melalui whats app, sms, email juga mohon share di fb dan seumpamanya.

IKLAN , jemput klik link ...

- http://chegubard.blogspot.my/2017/03/promosi-maya-vr-box-2nd-generation.html

- http://chegubard.blogspot.my/2017/03/keluaran-sulung-pusaka-tok-ayah.html