Sunday, June 03, 2007

MENGEMBELING TENAGA MUDA

KENYATAAN TERBUKA
2 Jun 2007


Kemenangan sebagai MPT paling muda dalam sejarah keADILan atau mungkin sejarah parti politik di Malaysia yang menang pemilihan parti (Kongres keADILan, 25-27 Mei 2007 di Seremban) dan lebih lebih lagi tanpa hadir dan tidak berada di dalam negara amat memeranjatkan.

Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan dari seluruh negara kepada saya. Juga kepada sahabat - sahabat yang mendokong.

Pertamanya kemenangan tersebut saya lihat sebagai amanah yang berat yang harus dipikul khususnya dalam keadaan parti yang harus mengharungi perbagai cabaran dalam keadaan negara yang dirundung perbagai masalah.

Kedua dan lebih penting kemenangan tersebut saya lihat sebagai pengiktirafan parti kepada sumbangan anak muda yang diterjemahkan melalui undi perwakilan dari seluruh negara. Ia juga menjadi tanda kepercayaan dan harapan perwakilan kepada anak muda untuk menuntaskan perjuangan membela rakyat yang kita warisi dan sama kita cetuskan semula semenjak peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim.

Selain dari bersedia untuk melaksanakan apa jua tanggungjawab selaku MPT yang bakal diamanahkan oleh parti , tumpuan saya ialah pengembelingan dan pemerkasaan tenaga muda ke arah reformasi total.

Telah tercatat dalam sejarah semua perubahan berlaku di mana peringkat sekalipun telah ditunjangi gerakan yang muda yang aktif.

Meskipun tidak dikenang. Dimana mana , di dunia perubahan, Revolusi 1789 di Peranchis, Kebangkitan 1980 di Korea dan yang terdekat Reformasi 1998 di Indonesia ditunjangi anak muda.

Proses kemerdekaan negara juga sebenarnya ditunjangi oleh anak – anak muda yang progresif namun imej kemerdekaan negara telah di ’culik’ dan diimejkan semula oleh mereka yang mendapat anugerah kemerdekaan dari penjajah. Proses dan siapa yang memberikan tekanan, berkorban sehingga memaksa British memerdekakan negara menjadi sejarah pinggir.

Semenjak itu perbagai usaha memandulkan gerakan anak muda dilakukan. Kemuncak usaha pemandulan ialah selepas kebangkitan mahasiswa 1970an.

Penguasa sedia maklum bahawa kerajaan yang korup dan tidur akan diancam oleh gerakan progresif anak muda kama perbagai usaha pemandulan terus dilakukan. Dari pengubalan undang – undang seperti AUKU sehingglah hampir semua pertubuhan belia termasuk pertubuhan sukan diambil alih oleh orang politik. Akibatnya dapat dilihat pemimpin politik pemerintah yang sudah berada di hujung usia pun masih menerajui pertubuhan – pertubuhan yang belia.

Impak pemecatan Anwar Ibrahim yang seterusnya melancarkan semula Gerakan Reformasi maka anak muda Malaysia selepas 1998 mula bergerak aktif dan lebih progresif namun perkembangan ini cepat dikesan oleh penguasa.

Maka AUKU diperketat dengan aku janji dan majoriti anak muda akan diwajibkan untuk memasuki proses brain wash melalui PLKN. Jutaan wang rakyat terbazir hanya untuk memastikan gerakan anak muda malaysia terus mandul.

Hujah penguasa ialah jangan ganggu anak universiti biarkan mereka belajar dahulu. Penguasa amat gembira jika gerakan mahasiswa hanya bercakap persoalan asrama dan dewan makan sahaja. Penguasa akan lebih gembira jika pertubuhan belia menumpukan sepenuh tenaga menganjurkan pertandigan kompang peringkat kebangsaan.

Tidak dinafikan ada juga kumpulan anak muda yang terus progresif tetapi bilangan mereka mula mengecil dan bercapah.

Namun akhir akhir ini anak muda sekali lagi menjadi sasaran tembakan apabila di tembak dengan keruntuhan akhlak, moral dan seumpamanya. Hasil kajian kononya semua ini berlaku kerana anak muda tidak minat berpesatuan. Jawapan bagi hasil kajian itu sebenarnya ialah anak muda hilang minat menyertai persatua atau apa juga gerakan kerana semua telah diambil alih oleh parti pemerintah dan kelompok tua yang tidak lagi progresif.

Kerajaan pula hanya mengendalikan permasalan dikalangan masyarakat dengan hanya mengeluarkan dan membazirkan peruntukan kerajaan. Rakan Muda sebuah projek propaganda kerajaan semata mata dan membazirkan wang negara dilancarkan oleh Perdana Menteri ke lima dengan peruntukan RM 176 juta dan sehingga kini telah menelan lebih dari RM500 juta wang negara. Apakah hasilnya ? Bagaimana peruntukan ini di salurkan adakah anak muda terlibat dalam penyaluran peruntukan tersebut ?

Negara kini dalam keadaan kelam kabut. Ekonomi tidak menentu rasuah berleluasa. Kenaikan harga tidak terkawal. Masyarakat semakin melemah dan nasib manusia kini hanya ditentukan pasaran dibawah pemimpin negara yang lemah. Isu kecil seperti isu agama dan perkauman gagal ditangani oleh pemerintah malah pemerintah menggunakan isu tersebut sebagai isu politik. Bangsa Malaysia kini semakin melemah kita bakal dijajah...jika kelemahan ini diteruskan. Rakyat marhaen akan terus ditindas.

Ini masa yang paling di tuntut anak muda harus bangkit menyelamatkan bangsanya. Akan tercatat sejarah yang amat memalukan jika ketika bangsa dilanda kegelapan tetapi anak muda berpeluk tubuh tidak menyedari kegelapan yang mula menyelubungi.

Ini cabaran buat kita semua anak muda. Anak muda harus berani bangkit merentasi batas parti politik, perkauman mahupun agama demi memacu semula sebuah tamadun ke arah kegemilangan.

Anak muda, mahasiswa harus berjiwa progresif, kritikal dan berani. Jika semua tenaga muda progresif negara ini disatukan maka tidak mustahil bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang disegani dunia.

Kumpulan – kumpulan serta gerakan anak – anak muda progresif ini perlu didekaki segera. Pendekatan keADILan berbeza dari pendekatan penguasa. keADILan tidak mahu mengubah menjadi kan gerakan anak muda ini alat politik. Jika bercakap soal rasuah dan pembelaan masyarakat biarkan anak muda bercakap dengan bahasa anak muda.

Kita mahu mahasiswa kekal sebagai mahasiswa, gerakan anak muda kekal sebagai gerakan anak muda malah perlu lebih progresif. keADILan juga memerlukan pandangan kritikal bebas mereka.

Tumpuan bukan sahaja anak muda di bandar tetapi anak muda di desa dan pendalaman juga. Anak muda di Sabah dan Sarawak termasuk kaum asal tidak akan ketinggalan.

Sebagai sebuah parti politik masa depan keADILan juga terbuka untuk dikritik oleh anak – anak muda. Apa yang paling penting pemerkasaan dan pengembelingan tenaga muda harus di satukan ke arah merobah dan menyelamatkan masyarakat dan negara yang korup sakit ini.

Kepada anak muda yang berminat keADILan seharusnya membuka pintu seluasnya untuk mereka sama menyumbang idea dan tenaga untuk membentuk sebuah parti politik yang muda dan segar dari segi pemahaman terhadap perjuangan dan isu semasa.

Masa muda ialah tempoh yang harus dinikmati oleh kita dengan mengorbankan diri membina bangsa,menuntut perubahan. Kebahagian kita apabila ganerasi selepas itu mencatat nama kita dalam sejarah sebagai perobah bangsa. Ini cabaran anak muda...

Anyone who stops fighting is old, whether at 20 or 80. Anyone who keeps fighting stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young…and keep fighting for a better world……

Salam perjuangan.

Badrul Hisham Shaharin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi 2007 / 2010

Parti Keadilan Rakyat

2 Jun 2007, 1.45 pagi
Seoul, Korea Selatan.

wajib baca : Anak Muda jangan asyik politiking sempit

nota kaki : Benar pilihanraya merupakan antara titik perubahan tetapi sebenarnya perubahan bangsa sebenar akan berlaku apabila majoriti anak muda mula faham erti kepentingan membina ketamadunan bangsa. Anak muda harus diberikan kebebasan menentukan hala tuju mereka.......lahirlah gerakan anak muda yang berani dan progresif ...perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata...

16 comments:

  1. Anonymous4:30 PM

    Tahniah...Bard...!!! aku sebenarnya antara yang tidak mengundi kau... tetapi jujur nak bagitau kau ...aku kagum dengan cara politik kau dan penyusunan kau...jarang budak muda boleh lakukan macam itu..

    aku perhatikan kau dari N9 lagi macam mana kau bertempur dengan Ust. Jaafar, Ruslan Kassim dan Dilldar... lepas kau menang di Kemaman ...bila timbul krisis dalam pemuda macam mana kau asak Saif ..dalam banyak peristiwa itu mereka senior politician silap perkiraan apa bila anggap kau budak... kau berjaya pelahan - pelahan ketepikan mereka semua...kau menang !!!

    Bard sebagai abang atau boleh kau anggap abah pun...aku harap kau belajar dan matang...jangan terlalu banyak ikut perasaan dan hati...politik ini ada seninya...bak kata OGY dalam Akedemi Fantasia 'air lagu' ... jangan selalu sangat lawan arus...

    Kau ada potensi tetapi perlu matang dan sabar.... InsyaAllah kau ada potensi sebagai pemimpin akan datang.... Perbaiki moral dekati agama...

    dalam banyak perkara aku tak suka kau tapi aku tak boleh nafi kau ada potensi !!!

    ReplyDelete
  2. razali gombak3:07 PM

    bad, ni teguran yg ikhlas.. knp kau marah sangat gan sam sampai nak boikot angkatan muda?Knp.. di manakah keikhlasan kau?Dimanakah semangat kau..Jgn guna isu politiking..Ingatlah bad kita sama-sama berjuang tapi bila nak jawatan bergaduh sampai musnah amk.. itukah kau nak bad..ni tulisan terbuka dari aku zali gombak.. kau nak kata aku gila aku tak kisah sebab aku tak hormati kau sebagai pemimpim sebab kamu yg mulakan sampai hancur angkatan muda. thank...

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:09 PM

    kepada zali buyong...

    aku nie bukanlah nak nak sokong sgt bard or sam...tapi kerana kau nie PA sam (berdasarkan pengakuan hang dan SAM sendiri) maka aku nak menjawab bg pihak bard yg tak ada PA...sebab aku tahu Bard tidak akan jawab ...

    1. Bard boikot AMK apa yg Bard boikot tlg jelaskan ?
    2. Bard tak ikhlas dan SAM ikhlas ? aku nk tanya sapa yg wat claim perjalanan masa duk dlm amk bard atau SAM ? sapa yg main politik selamat cakap dpn ezam belasah Azmin dan depan azmin belasah ezam...sapa yg jumpa SD Jo then kata DSAI tak nak dia sebab ezam dll ... sapa yang jumpa tan s.t kata tian tak nak dia sebab nak johnshon... sam nie lemah so guna nama org lain sebab dia lah parti nie berlaga ...
    3. amk musnah ? takkan tokoh sekuat sam tak leh selamatkan amk...apa yg bard buat sampai amk nak musnah ...? apa yg bard mulakan sampai nak hancur amk ? sapa yg jumpa bebudak tawar jawatan jerk keje sampai amk nak hancur ? kenapa sha tak nak tanding...kenapa nurin tak nak tanding dan keluar amk ?
    4. zali kalau punya kau panjang senjengkal jgn lah...... ingat aku tengok dah kat janda baik...
    5. banyak lagi tapi letih nak tulis...

    ReplyDelete
  4. namaadiksammax4:01 PM

    aku denga nama zali gile dah tergelak....kesiaaan sam dapat PA cam dia..satu lagi, aku ingat Sam dah tak kacau dah..rupanya dia kacau lagi bard ni..tak faham aku ngan sam..dahla tu sam...fokus la pada jawatan kau dan penyusunan anak muda bukan dok kacau bard kitorang ni...cuba korang bayangkan bila sam dibariskan dengan hishamudin husin, khairy, salahudin ayub dan ezam...korang ade rasa nak gelak tak??? kakakakakakakaka (korang ade rasa rasa yak cam sam ni mcm tukang tarik tirai kat atas stage tu..kakakakakakaka)

    ReplyDelete
  5. shenyeeaun6:03 PM

    dalam politik tidak kira siapa sahabat dan siapa tidak. tidak kira seseorang sudah berkuasa atau tidak. kalaulah ada orang yang mampu menyaingi mereka atau memberi ancaman maka siapa akan terus daripada melakukan apa yang dilakukan ?

    ReplyDelete
  6. razali gombak1:37 PM

    relaxlahh bro!! aku bukan pa sam.. tapi kawan.. sebab bukti dah ada yg bard n geng cuba boikot pemilihan amk.Ni diakui oleh abg kamil,norizam n group rasah. Nak cakap apa lagi.Bagi aku tu satu pemboikotan pada parti dan anak muda dengan alasan politiking.Kalau hebat lawan. percalonan tinggi tapi tarik diri.Apa kata perwakilan bahagian masih ikut telunjuk org ker..Dari bard dan jo lagi elok aku respect hasmi berani lawan tetap lawan.
    Aku berani memperkenalkan diriku tapi kamu guna nama sebalik anonymous...

    ReplyDelete
  7. razali gombak1:52 PM

    abg.kamil,norizam dan group rasah telah membongkarkan arahan bard suruh budak2 boikot pemilihan amk. Bahagian rasah juga mula benci dengan bard itu sebab budak - budak bard terpaksa bawa dia lari ke teluk kemang...Aku sokong sam sebab dia jujur dan ikhlas...

    bard dan jo hanya ikut telunjuk ezam... ezam marah sam sebab ezam tak boleh control sam macam mana dia control jo dan bard...

    sapa berani komen gunakan nama sendiri jangan nama samaran...

    aku cabar bard lepaskan komen aku ini kalau kau berani dan ikhlas...

    ReplyDelete
  8. zalikesiankau1:48 AM

    ezam marah sam???? kau tak tau ke baru2 ni anwar marah sam sbb beberapa tindakan bodoh dia...& dok ikut ckp azmin...sbb azmin bela sam..duit keta sam pun azmin bayar..sam pun mcm kerbau cucuk idung la...aku cabar sam jawab dan aku boleh buktikan yang azmin bayar duit keta sam...sam?? kitorang tengok kecik aje budak tu??? tak ade ape pun....

    ReplyDelete
  9. benci bard1:53 AM

    ...tapi dasyat erk..bebudak boleh denga cakap bard sbb undi rosak utk ketua sampai 32..kira hebat la bard..mlm pentas anak muda pun bebudak dia boleh bagi faris berucap sblm azmin bukan sam...nasib baik bard takde sini kalau tak aku tak taula...tu la bard kitorang suruh lwn sam ko taknak...bodoh la kauu ni...

    ReplyDelete
  10. Anonymous10:22 AM

    dah berapa minggu lepas kongres sam masih belum mampu nak lantik kabinet amk hahahaa...lemah2...

    sam kenapa nurin antara exco paling aktif... telah keluar amk dan masuk wanita..... adakah kerana arahan bard atau kau yg lemah .....

    dah lah tu zali (PA sam) atau sam sendiri buat jela keje ... jgn nak merapu.... bard aku tengok cool jerk ...nie hangpa yg kalut pasal apa... pada 'bebudak' bard pun kena belajaq cool dr bard.....aku pernah ikut kursus di janda baik yg dikendalikan oleh bard di bawah bro. Jo... erm walaupun aku nie tak berapa suka bard kadang kadang tapi kita kena akui dia ada kelebihan dan potensi....

    apapun ingat fokus kita.... kemenangan parti....

    ReplyDelete
  11. azizi amkns12:06 AM

    saudaraku zali, amkns sudah bermesyuarah ketika badrul pulang ke malaysia dan beliau memberikan pendapat agar seluruh kekuatan harus digunakan untuk mobilisasi anak muda di seluruh bahagian dan saya masih ada minit mesyuarat tu..tidak timbul cerita boikot di sini..cuba tanya sdr. kamil ada atau tidak amkns desak beliau untuk menyerahkan poster yang masih belum siap walaupun kongres tinggal 4 hari...dan tanya ajk amkns ada atau tidak arahan badrul untuk memboikot kongres..tanya amirudin siapa yang beri arahan pada beliau utk desak sd jo agar adakan mesyuarat segera bagi membincangkan kongres..sahabatku zali, tanya pada orang yang TAHU bukan pada orang yang KECEWA..cukuplah fitnah yang dilempar pada badrul..wslm

    ReplyDelete
  12. shenyeeaun1:54 AM

    Saya tidak sembuyikan nama sebenar.

    Apa salahnya pemilihan diboikot sekiranya tiada demokrasi mutlak dalam negara ?

    Sama juga bila kita boikit pilihan raya di batu talam disebabkan tiada proses demokrasi yang sihat.

    Kalaulah benar arahan bard suruh boikot dan orang ikut kata bard. Mengapa kita tidak lihat dari sudut yang positif ? Maksudnya orang sudi tunduk dan ikut kata bard. Maknanya bard adalah pemimpin yang mampu mengawal orang.

    Kalau tidak mengapa pula orang harus dengar kata bard ?

    Mentaliti apa yang kamu ada ? Tak bertanding maksudnya tak berani ? Kalau begitu DSAI pun penakutlah kerana saat terakhir tarik diri ? Sama juga dengan Jeffrey Kettingan dan Sivarasah .

    Lagipun bard perlu fokus pada pengajiannya di Korea. Pelajaran adalah lebih penting. Apakah kalau bard bermati mati untuk PKR. Isteri dan anaknya akan dijaga oleh PKR ?

    ReplyDelete
  13. Anonymous1:23 PM

    aik...kalu mcm nie susah lahh..melayu pun gaduh sama melayu gak..pastu sape nak bela melayu.....

    ReplyDelete
  14. Anonymous9:24 PM

    diorang ni bkan nak apa...nak kuasa jer...so..boleh tengok sendiri buruknya perangai mereka...kita pun boleh buat mcm bard ni klu nak glamaour...buat reformasi..mengamuk..kene tangkap...glamourla..yang bestnyer DSAI..dia ketawa besar bila dpt buat orang lain mcm keldai dia..diguna-gunakan...last-last sok dia yg dpt kuasa...yg berkokok dan menyalak mcm nak mampus adalah org.bawahan seperti bard...kita tengok je la..setakat mana bodohnya dia...

    ReplyDelete
  15. teruskan perjuanganmu bard...even cameramen yg baru meninggal pun dsai x lupe utk ucapkan terima kasih beliau..apatah lg chegubard...abaikan cybertrooper ameno ni bard....teruskan usaha anda..

    ReplyDelete
  16. Akm Abg Bard.

    Saya simpati dengan apa yang berlaku.

    Saya kenal CikguBard nie macam mana.

    "Ular menyeusuk ke akar takkan hilang bisanya."

    Teruskan perjuangan CheguBard.

    ZAINUL

    ReplyDelete