When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, December 30, 2010
Najib dan Anwar harus bersatu sambut wira negara demi masa depan anak muda
Kemenangan ini dilihat mampu menjadikan lonjakan kepada kemajuan sukan khususnya bolasepak negara. Ia juga harus diambil kesempatan bagi mengarahkan perhatian yang lebih anak muda negara kepada kegiatan yang berfaedah seperti sukan. Penglibatan anak muda dalam sukan juga mampu memjadikan kelompok ini menjadi lebih produktif serta menjauhi gejala negatif.
Jesteru ini kita semua harus bersama berusaha menjadikan pemain-pemain skuad Harimau Malaya ini sebagai ikon dikenali kelompok muda agar ia menjadi contoh kesungguhan mereka.
Sebagai pemulaan SAMM menggesa satu himpunan sambutan wira negara harus
di adakan di lapangan terbang. SAMM sendiri akan bersama menggerakkan anak muda untuk bersama ke arah itu. SAMM juga menggesa himpunan sambutan wira itu juga diadakan di seluruh negara.
Cuma dalam perkara ini demi menjayakan matlamat besar maka saya nasihatkan diri saya dan semua, himpunan-himpunan ini perlu menjauhi imej perbezaan tetapi perlu melibatkan semua. Adalah bagus kalau Najib selaku PM dan Anwar selaku Ketua Pembangkang turut terlibat agar ia mampu memnaji momento hebat penyatuan negara.
Monday, December 27, 2010
MENOLAK LANTIKAN TSUA KEADILAN DAN MENANTI KEPUTUSAN DAN TINDAKAN SIASATAN
Kenyataan Media
27 Disember 2010
21 Muharram 1431h
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Yg Berbahagia Datuk Seri Dr. Hjh Wan Azizah Bin Dato’ Hj Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat pada 18 Disember lepas telah membuat pengumuman dengan menamakan saya selaku Timbalan Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat.
Seperti yang saya katakan dari awal apa juga jawatan yang diberikan saya anggap ia merupakan amanah besar . Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat.
Seperti yang dijanjikan saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dan mengambil pandangan dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya. InsyaAllah.......
Namun setelah berfikir panjang dan ambil kira perbagai pandangan, saya ingin memohon maaf kepada Dato Seri Dr. Presiden KEADILAN dan teman-teman yang lain kerana saya terpaksa menolak lantikan tersebut.
Penolakan ini adalah atas prinsip yang pengiktirafan Pemilihan Keadilan 2010 akan hanya dibuat setelah hasil siasatan pemilihan dilaksanakan dan dimaklumkan kepada saya. Saya ingin nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung.
Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayangkan negara ini dan kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya. Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN subur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.
Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.
Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti bagi tiap rakyat yang memahukan perubahan kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.
Kita tidak mahu menuruti budaya pemilihan yang kotor, penipu serta korup seperti yang diamalkan oleh sesetengah parti lain. Apabila individu itu diistiharkan menang semua yang bersuara akhirnya diam disogok dengan berbagai habuan, tidak berbunyi lagi kerana anak mudanya mamai disumbat mulut mereka. Semua ini kononya untuk menjaga kestabilan parti dan menyapu semua kekotoran dan penipuan ke bawah karpet. Ini tidak harus berlaku dalam parti reformasi, kewujudan anak muda kumpulan pendesak harus dilihat dari aspek positif kelansungan nafas semangat reformasi.
Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.
kenyataan media ini harus dibaca dengan kenyataan media
Sunday, December 26, 2010
jemputan sidang media khas chegubard : respon kepada lantikan TSUA KEADILAN
Tarikh ; 27 Dis 2010, Isnin
Masa : 11.30 pagi
tempat: No. 9, Lorong Tembikai 1, Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam (rumah Sdr. Amizuddin Ahmat bekas Ketua AMK PP / Ahli Maj. MPSP)
pertanyaan 0164695343
semua dijemput hadir.
Thursday, December 23, 2010
Isu Autonomi : Sokong Azmin tetapi ia harus bermula dari dalam parti
che'GuBard amat menyokong pendapat dan kenyataan Azmin tersebut. Tahun 1963 melalui satu perjanjian yang ditandatangani bersama telah 'mengikat' Sabah dan Sarawak dan kita bersama telah membentuk Malaysia. Namun hari ini semakin hari semakin dilupa semangat dan isi perjanjian tersebut.
Sabah dan Sarawak ialah antara penyumbang besar pendapatan negara Malaysia namun Sabah dan Sarawak juga antara negeri yang jauh ketinggalan dari aspek pembangunan dan kadar kemiskinan rakyatnya tinggi. Ini berlaku kerana semangat perjanjian tidak dihormati. Pimpinan (Regim) Sabah dan Sarawak sengaja membiarkan hak autonomi dicabul untuk menjaga kepentingan mereka. Mereka membenar autonomi rakyat dicabul asalkan Kuala Lumpur menjaga kepentingan mereka. Sebaliknya didepan warga Borneo mereka memainkan sentimen benci semenanjung kononnya semenanjung memunggah harta warga Borneo sedangkan mereka dan pemimpin regim di semenanjunglah yang sama berkongsi hasil 'rompakan rakyat' dan rakyat terus terbiar.
Memberikan autonomi beerti menghormati semangat perjanjian 1963 dan mengangkat semangat 'federalisme'. Ada aspek keuntungan dan kerugian. Namun dari aspek ketelusan, kemanusiaan, maruah dan jiwa besar ia jauh tak ternilai.
Dalam manifestasi anak muda (manifesto) yang diangkat oleh che'GuBard dan teman - teman sebagai tawaran kepada pengundi muda ketika Pemilihan 2010 juga secara jelas telah menyentuh persoalan mengangkat semangat federalisme ini. Semangat ini bukan sahaja perlu dicakap tetapi perlu dilakukan dalam parti kita juga.
Dalam manifestasi Anak Muda secara jelas mempertegaskan perlu diwujudkan Konvensyen negeri yang juga memberi ruang pimpinan negeri dipilih oleh pimpinan tempatan negeri tersebut. Satu pengundian telus dengan semangat demokrasi perlu diadakan. Kata mudahnya jangan kita bercakap soal autonomi kalau kita tidak berani membenarkan pimpinan negeri dipilih oleh negeri tersebut bukan diwahyukan dari pusat.
Kita cakap soal autonomi penuh, beranikah kita kalau sudah memerintah nanti dengan hakikat autonomi penuh ? Sebelum itu yakinkanlah mereka dengan biar anak Sabah memilih pimpinan Sabah, biar anak Sarawak memilih pimpinan Sarawak malah biar anak Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan lain - lain memilih pimpinan mereka.
Hargai tulisan Rahman Shaari tentang che'GuBard dan ulasan Beduk Canang
Kini beliau berkhidmat di Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya sebagai Senior Research Fellow.
Hargai tulisan tersebut, sememangnya che'GuBard amat senang dengan panggilan che'Gu yang berbunyi cikgu. Sesungguhnya pengalaman singkat selaku Pegawai Pendidikan DGA6 banyak mematangkan che'GuBard dalam menyusun perjuangan. Namun gelaran che'Gu itu dipertegas kerana dianspirasikan oleh seorang tokoh revolusi antarabangsa dan diperkukuh dengan rasa senang dipanggil cikgu.
Tulisan Cikgu Rahman ini kemudian telah diulas oleh seorang teman blogger Beduk Canang yang che'GuBard perturunkan dibawah :
Apa kata Kolumnis Rahman Shaari tentang Chegu Bard?
Oleh Nazli Ibrahim aka Beduk Canang
Saya tertarik apabila membaca ruangan Bicara Selasa di akhbar Sinar Harian oleh kolumnis Rahman Shaari pada 14 Disember lalu.
Tulis beliau dalam ruang itu, gelaran cikgu yang ada pada guru yang melibatkan diri dalam politik hari ini tidak lagi menjadi kebanggaan guru-guru ini.
Kebanyakkan guru yang berpolitik ini lebih menunjukkan minat untuk menggunakan gelaran yang datang dari istana.
Keadaannya amat berbeza ketika zaman sebelum merdeka hinggalah ke era 80an dimana guru-guru ketika itu amat berbangga dengan gelaran cikgu yang disandangnya.
Walaupun ada antara guru tersebut yang turut mendapat gelaran lain dari istana tetapi gelaran guru tetap menjadi kebanggaan lantaran status seorang pendidik anak bangsa dan juga pejuang menuntut kemerdekaan.
Tulis beliau lagi, kalaulah ada guru berpolitik hari ini yang dipanggil dan beliau juga merasa selesa dan bangga dengan gelaran cikgu yang ada padanya ianya ialah bekas calon Ketua AMK, Chegu Bard.
Alasan untuk beliau percaya begitu kerana Chegu Bard tentunya tidak akan terkenal dengan gelaran Chegu Bard sekiranya beliau sendiri tidak menggemari gelaran itu.
Beliau turut menulis, seseorang yang sedar akan pentingnya peranan guru dalam kehidupan, akan berasa bangga apabila memikirkan Chegu Bard yang rupa-rupanya ada lagi manusia Melayu yang masih senang hati dengan gelaran 'cikgu'.
Rahman Shaari turut memberikan beberapa contoh personaliti terkenal dikalangan orang-orang terdahulu yang mengekalkan gelaran cikgu walaupun telah menerima gelaran lain.
Antaranya ialah Cikgu Ali Ahmad (MB Perlis) yang menerima gelaran Dato, Cikgu Ishak Arshad (Dato), Cikgu Shahnon Ahmad (Profesor) dan Noordin Hassan dan tidak ketinggalan Allahyarham Ghafar Baba yang entah bagaimana tiba-tiba lebih dikenali dengan gelaran Encik Ghafar Baba.
Biarpun mereka ini tidak lagi bertugas sebagai guru dan menjawat jawatan tinggi dengan gelaran Dato, namun mereka tetap kekal dengan panggilan cikgu dikalangan masyarakat setempat dan mereka amat selesa dengan keadaan itu.
Komennya lagi tentang anak muda yang bernama Chegu Bard ini, beliau melihat Chegu Bard seorang pemimpin muda yang progresif dan tidak mudah mundur dalam mempertahankan pendiriannya.
Rahman turut menyebut jika Chegu Bard dijaga dengan baik oleh pucuk pimpinan parti pasti beliau dapat memberikan jasa terbaik kepada partinya dan rakyat negara ini.
Beliau turut mengulang apa yang disebut oleh Chegu Bard, PKR haruslah membuktikan ketelusannya seperti mana yang dipertikaikan oleh parti itu terhadap ketelusan SPR.
Di akhir tulisannya, beliau titipkan, "Chegu Bard akan terus berkeras, kerana itu ialah sifat pejuang. Kita yakin, dia akan menjadi aset kepada rakyat."
Begitulah antara ringkasan pandangan Rahman Shaari terhadap Chegu Bard dalam artikelnya itu, bukan pandangan saya.
Cikgu Rahman Shaari (Profesor Madya) adalah seorang sasterawan yang juga seorang bekas guru di awal kerjaya beliau. Pernah berkhidmat di IPTA tempatan dan telah melahirkan banyak novel, cerpen, kajian dan lain-lain.
Kini beliau berkhidmat di Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya sebagai Senior Research Fellow.
Tuesday, December 21, 2010
Konvoi Anak Muda Malaysia
Satu sidang media telah diadakan pada 18 Disember 2010, jam 3 petang di Restoran Sup Utara Power di Shah Alam. Seramai hampir 80 orang anak muda dari perbagai kelab motor hadir. Selain che'GuBard, YB ir Khalid Samad, wakil YB Rodziah, Setiausaha United Sharks dan Pengerusi DACS Shah Alam juga telah hadir dan bercakap. Kemeriahan sidang media akan memberi gambaran kemeriahan program yang akan berlansung.
Tentatif program ialah jam 6.00 petang anak muda akan mula berkumpul di Dataran Senawang untuk memulakan Konvoi. Selepas solat Maghrib dan taklimat kira - kira sebelum jam 8malam akan bertolak ke hentian pertama di PJS. che'GuBard akan bersama dengan pasukan konvoi dan pelepasan dijangka akan dibuat bersama oleh YB Antony Loke dan YB Taufek Abd Ghani.
Di Petaling Jaya Selatan akan berlansung malam anak muda bermotorsikal anjuran bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Destinasi Anak Muda (DAM) akan dilancarkan Perlancaran Kelab Motor DAM. Majlis akan berlansung jam 8.30 malam di Pejabat ADUN Taman Medan. Dijangka hadir malam tersebut ialah YB Nurul Izzah, YB Haniza disamping persembahan MEL Wings dan Blank GAMMA. Kumpulan konvoi bermotorsikal bersama che'GuBard dijangka akan sampai sekitar 9.30 malam. Selepas berehat dan Pelancaran Kelab Motor DAM konvoi dijangka dilepaskan semula sekitar jam 10.30 malam.
Serentak dengan itu konvoi DACS dari Shah Alam akan bertolak dan akan bergabung di hentian R & R Sungai Buloh. Di sini dijadualkan peserta akan dipecah-pecahkan dalam kumpulan 30 - 50 motorsikal bagi kelancaran dan keselamatan konvoi.
Di hentian Tapah dan Sungai Perak Konvoi ini akan disertai peserta dari Perak. Sekitar jam 5.30 pagi dijangka Konvoi dijadualkan sampai di Perkarangan Yayasan Aman, Penanti.Di utara serentak dengan itu dengan kerjasama SAMM dan AMK Pulau Pinang akan berlansung EXPO ANAK MUDA pada 24-26 Disember 2010 di tapak Expo Seberang Jaya selain perbagai aktiviti masyarakat dan sukan bersama penduduk tempatan.
Kumpulan anak muda yang dijangka sekitar 500 orang ini akan dipecahkan separuh akan ke Yayasan Aman, Merbok, Kedah untuk bersama dengan aktiviti masyarakat bersama ikon juara cub prix Asia, Yaser Said.
Program konvoi motorsikal ini dijangkakan akan disertai oleh 500 anak muda dan malam kemuncak 25 Disember, 9mlm di Tapak Expo Seberang jaya dijangka tidak kurang dari 1000 anak muda akan berkumpul. Program ini akan men jadi program anak muda terbesar dengan imej reformasi.
Tujuan SAMM melalui program ini ialah untuk menggabungkan dan 'mengorganize' anak muda dari perbagai latar untuk menjadi pemimpin dan menguruskan anak muda itu. Konvoi ini bukan anjuran mana - mana parti politik atau pihak kerajaan tetapi ia 'dikerjakan' oleh anak muda untuk anak muda sendiri.
Program - program dalam konvoi ini juga secara tidak lansung akan menerapkan nilai perjuangan dan semangat kecintaan negara melalui kesedaran betapa anak muda perlu menjadi kumpulan pendesak untuk perubahan.
Keseluruhan program ini menelan belanja yang agak besar, namun masih rendah kerana anak muda yang sama berkonvoi ini hadir atas kesedaran. Mereka mengeluarkan belanja sendiri termasuk membayar yuran. Namun belanja pengurusan seperti lori pengiring, alat ganti dan seumpamanya tetap menelan belanja yang bukan sedikit.
Alhamdulillah ramai yang tampil membantu tetapi tanpa penyumbang besar dana masih diperlukan. Kepada sesiapa yang prihatin diharap dapat membantu. Kepada yg ingin menyumbang, bolehlah menghubungi Yaser (0126794704) atau bank in terus ke akaun Maybank atas nama Angkatan Muda Keadilan Rembau~555126105482. Bantuan semua amat dihargai.
Kepada anak muda yang mahu menyertai konvoi masih ada kekosongan kuota sila hubunig Yaser 0126794704 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kalau 4C syarat wajib, pasti tak akan jadi ahli politik 'besar'
Sayuti mengatakan 4C sebagai wajib ada dalam ahli politik. Analisis beliau che'GuBard tidak matang kerana kurang satu lagi C. Kalaulah benar 4C dijadikan syarat untuk untuk menjadi ahli politik 'besar'
Di jemput membaca tulisan Sayuti.
WALAUPUN ada isu besar yang patut saya ulas hari ini iaitu mengenai penggantungan 4 MP Pakatan Rakyat oleh Speaker, Pendikar Amin Mulia - benar-benar pendikar kali ini, tetapi saya ingin sepikan tragedi memilukan itu. Pada saya apa yang berlaku di parlimen itu tidak memelikkan lagi.
Saya akan ulas dalam akhbar Siasah keluaran pertama di bawah pengurusan baru, insyaAllah akan terbit minggu depan.Petang ini sambil minum tea 'o' saya nak ulas sikit fasal Badrulhisham Shahrin atau cikgu Bard, calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kalah dalam pertandingan dan tidak masuk dewan persidangan kerana mungkin kecewa itu. Tindakan beliau itu nampak wajar tetapi melambangkan akan kekecilan jiwa perjuangnya.Seperti selalunya saya memerhati anak-anak muda bermain politik. Saya melihat dari jauh dan memberi semangat dari jauh. Tidak kira dia dari kumpulan parti mana, Pas, Umno atau PKR saya mendekati diri dan cuba mengenali mereka serta melihat gelombang nafas perjuangan mereka serta bentuk idealisme mereka. Biarpun mereka tidak mesra atau kenal saya, tetapi saya melihat sebagai pemerhati siasah yang kerdil.Saya mengambil sikap itu kerana sedar masa depan negara adalah ditangan mereka. Selepas jenerasi 40-an atau 50-an meninggal dunia negara ini akan digembalai oleh mereka. Maka dari awal mereka ini perlu dilihat potensi dan bakat mereka, ditegur mana yang patut dan dibantu mana yang perlu.Mana-mana yang berbakat, mempunyai kegigihan, semangat juang dan sedikit keikhlasan (sebab semua tak ikhlas), maka harus diberi sokongan. Salah seorang yang saya memerhati dari PKR selepas generasi abang mereka yang kebanyakan jadi penyepak kertas atau tin kosong dijalan ialah, ialah Cikgu Bard ini.Saya masih ingat menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu dia bersama beberapa pemuda PKR yang lain datang ke rumah sekitar jam 2:00 pagi. Tjuannya ialah untuk menerima pendapat mengenai cadangannya untuk berlawan dengan Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau.
Dia bertanya pendapat saya. Saya mengatakan elok beliau berfikir panjang. Sebabnya begitu begitu dan begini begitu. Saya lebih memberi nasihat atas maslahatnya di masa depan dan juga maslahat PKR dan Umno waktu itu, dan umumnya maslahat politik Melayu yang saya nampak ada harapan boleh ditautkan semula.Tetapi katanya, beliau dinasihat oleh seseorang kalau nak lawan biarlah lawan orang besar. Baginya orang besar kerana Khairy adalah pemuda Umno Malaysia. Kerana prinsip itu sama dengan apa yang saya amalkan, saya hanya diam atas isu berkenaan. Saya juga bersikap begitu kalau nak 'bergadug' bergaduh dengan orang besar baru padan.
Saya tidak menyuruh dan tidak melarang cikgu Bard cuma memberi beberapa pandangan kalau beliau tetap juga berdepan dengan Khairy.Kehadiran beliau menemui saya itu menandakan kami ada hubungan baik sehingga dapat bertukar fikiran mengenai perkara yang agak personal seperti soal pilihan raya. Selepas pilihan raya kami jarang bertemu kerana tidak banyak acara parti memungkin saya hadir sama. Sebab saya bukan orang parti. Hanya meneruis Fb ada sekali sekala saya mencelah bila mana ada sesutau yang dimasukkan dalam Fbnya saya rasakan tidak patut.Hinggalah pada satu majlis di rumah Pak Yim, bapa Anwar di Country Heights kami bertemu. Saat itu hawa kempen merebut jawatan sudah bermula. Saya memberi semangat kepadanya akan melawan. Sebab kenapa, saya memberi sokongan kerana pada saya beliau lebih berwibawa, serius dan berstrategis berbanding dengan bakal-bakal ketua pemuda yang lain hatta termasuk ketua AMK yang ada sekarang.
Selepas itu kami tidak bertemu. cikgu Bard nampaknya terus marah. Dia jadi semakin ghairah apabila kerusi itu bakal dikosongkan oleh Iskandar Md Akim. Sebenarnya saya seronok dan yakin kalau Cikgu Bard bertanding tanpa melawan Shamsul. Sudah pasti dia akan menang.
Bagaimana pun politik tidak boleh dipercayai. Ia boleh berubah mengikut masa dan keadaan. Politik adalah palsu. Ishakdar yang mulahnya ingin menarik diri rujuk balik kepada jawatannya. Disinilah menyebabkan cikgu Badr semacam dipermainkan. Apa yang mengecewakan lagi bila mana dia merasakan ada percaturan bagi mengekalkan Iskandar.
Untuk pengetuah Bardul itulah politik. Makanya pada malam cikgu Badr menemui saya itu berpolitik harus bijak harus mengikut rukun-rukunnya. Malam itusaya mengajar badrul agar memahami rukun politik yang mempunyai 4C. Iaini, manipulasi, kontroveri, spekulasi dan hipokrasi. Badrul sudah pun ada memilik sifat-sifat atau ilmu 4C itu kecuali satu tidak hipokrasi. Kerana ketiadaan sifat itu maka belum kalah.
Tadi saya membaca kenyataan dan pengakuan cikgu Badr yang beliau masih bersama Keadilan dan sekligus menolak dakwaan dan tohmahan mengatakan dia akan meninggalkan Keadilan. Sebagai pemerhatinya saya merasa senang dengan kenyataan dan pengakuan cikgu Badr itu. Saya percaya beliau berkataka benar dalam kenyataan itu. Kalau Badrul dapat bersabar seperti mana kata Saifuddin Nasution saya yakin lama kelamaan Badrul akan muncul menjadi tokoh muda keadilan yang kental dan hebat.
Kepada cikgu Badrul saya anjurkan lagi agar terus mempelajari dan mengamalkan rukun 4C dalam politik kerana itulah rukun wajib diguna pakai oleh dunia politik
Tulisan MSO di atas diturunkan untuk berkongsi. Saya menghormati MSO sebagai penganalisis politik negara yang 'tajam'
Sunday, December 19, 2010
Respon terhadap lantikan Timbalan Setiausaha Agong
Pertamanya saya berterima kasih dan amat hargai lantikan presiden tersebut. Saya menganggap ia sebagai satu penghormatan.
Namun saya ditegaskan saya belum memutuskan untuk menerima atau tidak jawatan tersebut. Walau apapun jawatannya saya tetap mengganggap ia satu amanah besar.Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup menapulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu nelakukan apa-apa.Sehubungan itu saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya. InsyaAllah paling awal saya akan umumkan dalam 26 Disember 2010.
Di kesempatan ini juga ingin saya nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung.
Namun juga saya ingin pertegaskan saya akan terus berjuang memperkasakan rakyat demi perubahan negara. Jadual saya saban hari masih penuh dengan aktiviti parti dan bersama rakyat mendesak peubahan.
Friday, December 17, 2010
Lebih 600 Hadir Ceramah Chegubard dan Dato Mahfuz di Muar, Johor !! : edyesdot.com
Tahniah juga diucapkan kepada saudara anak muda Hizwan Ahmad selaku penyelaras PR Parlimen Muar dan juga kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Johor !
Esok (17 Disember) Chegubard akan ke Mersing pula untuk program ceramah seterusnya!
Lebih 600 Hadir Ceramah Chegubard dan Dato Mahfuz di Muar, Johor !! : edyesdot.com
Tahniah juga diucapkan kepada saudara anak muda Hizwan Ahmad selaku penyelaras PR Parlimen Muar dan juga kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Johor !
Esok (17 Disember) Chegubard akan ke Mersing pula untuk program ceramah seterusnya!
che'GuBard setia tetapi demokrasi harus diselamatkan dalam parti
“Beberapa hari ini saya dihujani e-mel, SMS dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan Keadilan dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim.
“Malah ada SMS dari beberapa nombor tak dikenali dengan sengaja menghantar mesej sindiran-sindiran yang agak kasar,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.
Semalam, Zaid dipilih sebagai presiden Akim, yang namanya ditukar menjadi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Katanya, beliau ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononnya akan meninggalkan parti dan dipujuk oleh Zaid dengan bayaran tertentu.
“Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang daripada Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononnya bagi menyokong beliau.
“Mungkin menghormati saya, Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain,” katanya.
“Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada Keadilan tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik ‘menyapu’ semua masalah dibawah karpet.
Bagaimanapun Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih ‘kenderaan’ politik baru.
“Saya dan teman-teman menghormati pendirian yang beliau ambil dengan menyertai Akim dan kemudian melalui mesyuarat agung tergempar beliau terpilih sebagai presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita),” katanya.
Sekurang-kurangnya Zaid melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan mempertahankan prinsip yang beliau yakini, kata Badrul Hisham.
“Sebagai seorang yang prodemokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif.
“Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan kenderaan politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat,” katanya.
Komen Sharpshooter - Belajar dari sejarah, pemimpin tergelincir dari landasan perjuangan sebab orang sekelilingnya asyik membodek..ya boss..ya boss..yes boss...semua ok boss...semua beres bosssss...
Chegubard dan sharpshooter lantang menegur kerana kita tidak mahu ada pemimpin dibuai oleh mimpi indah yang didendang ke telinga Anwar oleh orang sekeliling atau pendewa Anwar yang suka mengampu. Biarlah umno dengan budaya ampu nya, janganlah berjangkit dan merebak kepada Keadilan.
Kita marah kepada Speaker dewan Parlimen kerana tidak adil dalam memberi keputusan, tertuduh tidak diberi peluang membela diri. Adilkah begitu? sudah pasti tidak adil.
Ada juga ahli Keadilan yang digantung 6 bulan tanpa dipanggil membela diri. Adilkah begitu? sudah pasti tidak adil.
Sharpshooter ketika muncul di TV3 kes Fairus dulu, sharpshooter mahu dipecat oleh Zahrain kerana membongkar kes kuari melibatkan Fairus dan seorang lagi orang kanan Zahrain Jamil jari 6 (JJ6) kerana menipu pembayaran royalti kepada kerajaan negeri.
Hasil pendedahan sharpshooter, kerajaan Negeri siasat dan akhirnya memperolehi RM12 juta lebih dan orang kanan Zahrain, JJ6 yang juga pengusaha kuari didenda RM2 juta lebih. Inilah punca sebenar Zahrain terlalu marah kepada sharpshooter hingga mahu dipecat dari ahli Keadilan.
Adakah Fairus dan JJ6 dipanggil dan dikenakan tindakan? Fairus meletak jawatan tetapi JJ6 terlalu kebal disisi Zahrain.
Adakah jawatankuasa disiplin Pusat memanggil sharpshooter untuk membela diri di Pusat? Jawapannya tidak. Adilkah begitu? sudah pasti tidak adil.
Lalu kes sharpshooter dibawa ke mesyuarat MPP Pusat dan ketika itu Chegubard dan Saiful Izham Ramli adalah dua orang pejuang yang berani mempertahankan sharpshooter dan akhirnya sharpshooter digantung 6 bulan secara undi angkat tangan kerana kesalahan muncul di TV3 mendedahkan kesalahan pemimpin Keadilan.
Adakah sharpshooter tidak guna saluran dalaman. Jawapannya sudah digunakan tetapi apa yang berlaku, sharpshooter dipecat sebagai Ahli Majlis MPSP dan mahu dipecat sebagai ahli Keadilan kerana membongkar kes kuari dan akhirnya kerajaan Negeri P.Pinang memperolehi RM12 juta lebih.
Anwar berkata Fairus sambung belajar? benarkah? hanya budak-budak tadika KEMAS yang percaya. Akhirnya Fairus dan Zahrain yang melompat keluar parti. Sepatutnya Anwar ambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku.
Bab sharpshooter difitnah tak payah nak citerlah tetapi mereka bacul kerana tidak berani bercakap secara terbuka terhadap tuduhan liar yang dilemparkan kepada sharpshooter dan begitulah juga kini fitnah terhadap Chegubard umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Kesimpulannya jangan kita "double standard" terhadap hukuman. Jika kita berkata Speaker Dewan Parlimen tidak adil menjatuhkan hukuman kerana tertuduh tidak dipanggil membela diri, kita juga wajib mengaku kesalahan kita yang juga menghukum ahli Keadilan tanpa tertuduh dipanggil untuk membela diri.
Jangan menghukum orang yang mendedah dan membongkar penyelewengan tetapi hukumlah orang yang melakukan perkara tersebut. Inilah politik baru yang rakyat mahukan. Inilah juga politik yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita. Nabi pernah bersabda "Jika Siti Fatimah mencuri, aku sendiri akan memotong tangannya.."
Sewajarnya kita mengambil sikap tegas Nabi itu sebagai panduan dan amalan kita, jika pimpinan kita bersalah, hukum mereka jika terbukti bersalah tetapi jangan menyapu kesalahan mereka di bawah permaidani indah. Barulah rakyat akan hormat dan sokong kita kerana prinsip dan ketegasan kita.
Rakyat benci umno kerana mereka melindungi kesalahan pemimpin mereka dibawah permaidani indah, adakah kita juga mahu mengikut jejak umno? UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH.
Thursday, December 16, 2010
Terus setia dengan KEADILAN dan terus berusaha menegak keadilan
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendiran yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA).
Sekurang - kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan 'kenderaan' politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi , mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat.Saya juga yakin selagi beliau dan teman-temanya berpegang pada prinsip memperjuangkan rakyat maka beliau punya peranan dan kekuatan penting dalam lanskap politik negara. Saya ada sedikit keyakinan beliau bukan seperti kawan-kawan yang lain yang keluar dari KEADILAN yang hanya dijadikan alat regim seperti sebelum ini.
Saya dengan ini ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononya saya meninggalkan parti dan dipujuk oleh Datuk Zaid dengan bayaran tertentu. Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang dari Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononya bagi menyokong beliau.
Mungkin menghormati saya Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain. Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah dibawah karpet.
Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayngkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.
Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.
Saya menerima nasihat YB Setiausaha Agung iaitu sabar dan jangan buat bukan - bukan. Namun sampai bila saya harus menanti.........
Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.
Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu..... mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam KEADILAN, mereka mahu kita lakukan sesuatu tak terkawal untuk mudah mereka mencari alasan menyingkirkan kita.
Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti kita....... kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.
Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.
Wednesday, December 15, 2010
Matlamat perjuangan: Demi kuasa atau menegakkan keadilan?
Oleh Beduk Canang.blogspot.com a.k.a Nazli Ibrahim
Mana satu matlamat perjuangan PKR sebenarnya? Adakah untuk menumbangkan kezaliman sekaligus menegakkan keadilan atau hanya kerana ingin berkuasa semata-mata?
Ekoran kenyataan sokongan reformis terhadap tindakan Chegu Bard yang menuntut agar JPP membuat siasatan telus dan memberikan jawapan terhadap aduan-aduan sepanjang pemilihan parti telah mencetuskan pelbagai pandangan pro dan kontra di blog ini.
Apa pun di atas prinsip kebebasan memberikan pandangan, ia merupakan satu perbahasan yang bagus dan amat tidak wajar bagi mana-mana pihak yang beremosi ketika membahaskan isu ini.
Dalam isu yang dilihat semakin berlarutan ini dan pada masa yang sama pilihan raya DUN Sarawak dan PRU 13 yang semakin hampir, persoalan asas mengapa Umno dan BN harus dinyahkan dari tampuk kuasa patut ditanyakan kepada diri sendiri.
Adakah penolakan terhadap UBN adalah semata-mata disebabkan perasaan benci dan meluat yang meruap-ruap terhadap parti itu semata-mata? Adakah semata-mata bagi memenuhi tuntutan nafsu yang mahu merasai nikmat memegang kuasa? Adakah disebabkan UBN harus ditolak kerana kegagalan parti itu memberikan keadilan kepada rakyatnya?
Penulis percaya tentunya ramai di antara kita yang memilih sebab ketiga iaitu faktor kegagalan UBN menegakkan keadilan untuk semua rakyatnya sebagai penyebab utama yang mendorong kepada kesungguhan untuk menolak UBN dalam PRU kelak.
Bagaimanapun, benarkah kita menolak UBN disebabkan keinginan melihat keadilan dapat ditegakkan untuk semua lapisan masyarakat negara ini? Benarkah prinsip untuk menegakkan keadilan itu adalah paksi utama dalam perjuangan kita?
Jika prinsip menegakkan keadilan merupakan paksi utama perjuangan, maka seharusnya keadilan wajar ditegakkan tanpa mengira siapa mangsa dan siapa pemangsanya.
Keadilan hakiki tidak tertegak seandainya perjuangan hanya digerakkan tatkala pemangsanya adalah UBN sahaja, manakala apabila keadilan dituntut di kalangan sesama sendiri ia hanya dilihat sepi dengan alasan menjejaskan persiapan untuk Putra Jaya.
Sekiranya kita hanya mentertawakan sambil berkata ‘padan muka’ kepada seorang penyokong UBN yang dizalimi oleh parti yang disokongnya itu sendiri tanpa berbuat apa-apa, maka jelas perjuangan kita hanyalah keinginan untuk berkuasa semata-mata. Apatah jika ia berlaku dikalangan kita sendiri.
Jika menegakkan keadilan merupakan misi utama dalam penglibatan seseorang dalam politik, maka seharusnya keadilan harus ditegakkan tanpa mengira masa dan siapa mangsa dan pemangsanya.
Sedangkan asas utama untuk ke Putra Jaya itu sendiri kononnya untuk menumbangkan kezaliman dan memberikan keadilan kepada semua pihak atau rakyat negara ini. Prinsip keadilan juga tidak boleh dilihat secara berpilih-pilih.
Kelompok yang mahukan agar isu penyelewengan dalam pemilihan PKR disenyapkan bagi memberi laluan kepada persiapan menghadapi pilihan raya bolehlah ditafsirkan sebagai kelompok yang meletakkan keutamaan untuk menumbangkan UBN sebagai keutamaan mereka.
Bagaimanapun, amat malang apabila kelompok ini sanggup membelakangkan keadilan yang dituntut oleh kelompok lain apabila melihat tuntutan ini boleh menjejaskan peluang ke Putra Jaya.
Dalam erti kata lain, ianya adalah sama dengan konsep yang diaplikasikan oleh UBN sendiri untuk mempertahankan tampuk kekuasaan mereka iaitu dengan ‘matlamat menghalalkan cara’.
Maka perjuangan seperti ini boleh disimpulkan sebagai perjuangan yang berasaskan untuk menolak UBN dari terus berkuasa semata-mata dan prinsip menegakkan keadilan adalah perkara sampingan yang dijadikan penyedap telinga massa bagi meraih sokongan.
Lantaran itu, sekiranya kelompok ini berjaya menakluki Putra Jaya kelak, lambat laun ia semakin menyerlahkan wajah sebenar yang kelihatan semakin lama makin menyerupai wajah UBN ketika berkuasa sebelumnya. Ini adalah akibat daripada perjuangan yang didasari keinginan untuk berkuasa semata-mata.
Ianya sama keadaannya kita menukarkan Perdana Menteri dari Mahathir kepada Abdullah Badawi dan Abdullah kepada Najib. Perdana Menteri bertukar, tetapi dari sudut keadilan untuk rakyatnya, ia tidak memberikan apa-apa makna.
Sama juga keadaannya dalam isu penyelewengan dalam PKR ini. Keadilan harus ditegakkan atau sekurang-kurangnya memberi peluang kepada pihak-pihak yang merasakan tidak memperolehi keadilan perjuangkan apa yang mereka percayai.
Kesan kemelut dalaman PKR terhadap prestasi dalam PRU
Sejauh mana kesannya terhadap prestasi PKR dalam PRU-13 nanti, ia bergantung kepada kecekapan JPP mentangani isu ini. Makin cepat JPP menyelesaikan aduan-aduan di atas meja, makin minimalah kesan terhadap prestasi PKR dalam PRU nanti dan begitu juga sebaliknya.
Walau apa pun, kesan penyelewengan dalam PKR sedikit sebanyak tetap akan memberi kesan. Cuma beban kini tergalas kepada bagaimana JPP dan kepimpinan parti menyelesaikan masalah ini sekaligus meminimakan kesannya.
Jika PKR menghadapi PRU dalam keadaan kemelut dalaman yang masih tidak diselesaikan lagi, bakal memberikan kesan terburuk sekali terhadap prestasi parti itu sendiri.
Tindakkan cuba menutup mulut para pengkritik atau mengarahkan Chegu Bard jangan buat yang ‘bukan-bukan’ adalah satu tindakkan yang tidak kemana-mana dan jauh sekali menyelesaikan masalah.
Melabelkan kelompok ahli parti yang berani mengkritik parti sendiri sebagai pengkhianat parti adalah sama keadaannya dengan pemimpin UBN melabelkan pengkhianat negara kepada pemimpin-pemimpin PR yang mengkritik pemerintahan UBN. Adakah kualiti pemimpin PKR adalah sama dengan UBN.
Ketika penulis menemubual Profesor Mohd Agus Yusoff ketika Pemilihan PKR telah berada di penghujungnya, beliau berkata, antara sebab utama kemelut yang berlaku dalam PKR disebabkan ketidakcekapan pemimpin parti itu dan JPP menguruskan masalah dalaman parti dalam mentangani aduan-aduan ketika pemilihan.
Katanya, pemimpin PKR dan JPP telah mengambil masa yang terlalu lama atau tidak kelihatan sebarang tindak balas hingga memberi persepsi aduan-aduan tersebut hanya disapu di bawah karpet menyebabkan dari luka kecil menjadi parah.
Malah, beliau juga percaya jika JPP mengambil langkah tegas semenjak mula pemilhan berlangsung bermula dengan aduan pertama yang diterimanya, kemungkinan besar belum tentu Zaid Ibrahim meninggalkan PKR.
Jadi, satu-satunya jalan yang ada buat PKR pada masa ini hanyalah segera menyelesaikan aduan-aduan yang diterima dengan telus dan adil serta mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat dengan isu penyelewengan dalam pemilihan.
Kalau kita mengandaikan Zaid Ibrahim sebagai trojan horse walaupun ia hanya persepsi, sekurang-kurangnya kini beliau sudah menjadi orang luar parti. Apa yang patut PKR bimbangkan sekarang apabila trojan horse yang hanya berjuang untuk kuasa berbanding keadilan, mengaplikasikan kaedah matlamat menghalalkan cara yang seacuan dengan Umno dan masih berada di dalam PKR.
Tuesday, December 14, 2010
Siapa patut jawab JPP atau SUA ?
PETALING JAYA: Bekas exco AMK Zulkifli Ibrahim mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang meminta bekas calon ketua sayap itu, Badrul Hisham Shaharin supaya tidak bertindak bukan-bukan.
Ini berikutan tindakan Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard membuat aduan berkaitan proses pilihanraya parti baru-baru ini.
Dalam kenyataan Zulkifli, beliau mahu Saifuddin menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'bukan-bukan'.
Seterusnya beliau turut menimbulkan persoalan mengapa isu yang diungkitkan kepada jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) dijawab oleh setiausaha agung parti namun apabila ada persoalan terperinci, pengadu disuruh merujuk perkara tersebut kepada JPP.
"Saya berasa hairan, bila kita tampil bertanya kepada JPP atau menghantar persoalan kepada JPP, yang tampil ke depan menjawab ialah YB Setiausaha Agung, tetapi bila tak boleh menjawab bila ditanya butiran lengkap YB Setiausaha Agung akan jawab tak apa kita serah pada JPP..... apakah ini ?
"Undang-undang keadilan apakah ini? Yang diadukan antaranya ialah kepincangan JPP dan JPP diserahkan untuk menyiasat," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Zulkifli turut menyoal bagaimana tata-tertib parti membolehkan JPP menyiasat kepincangannya sendiri.
Beliau juga mendakwa bahawa sistem aduan dalam parti pincang kerana tanggungjawab untuk membuktikan terletak di bahu pengadu dan bukannya JPP.
Beliau turut mendedahkan bahawa beliau selaku penyelaras kempen Badrul Hisham telah mengutuskan surat beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan dari JPP, presiden parti (Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) dan setiausaha agung namun hingga kini masih tidak terjawab.
Selain itu Zulkifli turut menyatakan bahawa kelemahan dalam pemilihan kepimpinan parti berlaku kerana wujud unsur penipuan.
"Saya mahu perkara ini disiasat oleh badan yang bebas dan pihak yang bersalah dihukum. Saya menyokong tindakan Chegu Bard menolak semua perlantikan jawatan kerana jika menerima lantikan maka ia dilihat bersekongkol dengan kabinet yang dibentuk secara penyelewengan demokrasi.
"Tindakan ini seharusnya dilihat dengan aspek positif kerana dalam PKR ada suara anak muda berani menegakkan keadilan demi menjamin proses demokrasi telus. Jauh dari itu ini bukan persoalan jawatan tetapi persoalan ketelusan," katanya.
Badrul Hisham yang kalah kepada penyandang jawatan tersebut, Shamsul Iskandar Mohd Akin menolak tawaran untuk menerima sebarang jawatan secara lantikan selagi pihak berkenaan tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.
PKR faces more legal suits over alleged electoral fraud
By A Sam Lini
SANDAKAN: Members of two PKR divisions in Sabah – Batu Sapi and Sandakan – have filed suits against the party over alleged irregularities in the recent polls to elect the deputy president.
The two suits were filed separately at the Sandakan High Court registry this morning.
The members are asking the court to declare the election results in the two divisions null and void. They also want fresh polls to be held in their divisions for the number two post.
In the Batu Sapi suit, five members from the division – Mohd Suffian Jamal, Amir Hamzah Aliong, Saiful Bahari Rashada Ahmad, Bobong Sakaupal and Amiruddin Abdul Kadir – said they believed there had been electoral malpractices and mismanagement of the election process in the elections held in the division on Nov 13.
They named Batu Sapi division chief Hassanar Ibrahim and PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail as defendants.
In their affidavits, they said that Hassanar had not allowed them to vote as he was unsure when the balloting would begin.
However, they said that they noted about 30 to 40 people had turned up for the election which started at 1pm and ended at about 4pm.
"We were shocked with the result of the election when we were informed that Azmin Ali, one of the three candidates for the post of deputy president, has obtained 1,027 votes between 1pm and 4pm when only 30 to 40 people turned up at the material time," they said.
They added that the party had not taken any action over the increased number of voters.
As such, they want the court to declare the results which favoured Azmin invalid and for fresh polls ordered in the division.
Manipulation in Sandakan
The Sandakan PKR suit was filed by party member Chee Yiu Leong who claimed that the voting process was manipulated in the division during the election on Nov 6.
He said that outsiders were ferried in to vote in favour of Azmin. He added that some voters voted more than once.
Chee, who is also the Sandakan Youth chief, said he discovered someone named Ardat Tusin was involved in organising members and non-members to cast extra votes.
Ardat, meanwhile, in his affidavit, admitted that he was responsible in ensuring Azmin got more votes than the turnout on that day.
He said that although only about 50 members had come, he was responsible in showing that more than 400 members have voted. This was done through extra votes made by individuals through extra ballot papers.
"The extra ballot papers were supplied by the election coordinator for the purpose of casting extra votes for Azmin... " said Ardat in his affidavit.
Chee named division chief Mudry Nasir @ Mazry and Saifuddin as defendants.
No date has been fixed to hear the applications. FMT learnt that at least one other division in Sabah will be filing a similar suit soon.
PKR has won one court action
Both suits filed today want the court to declare the election results in the two divisions – all favouring Azmin – invalid and for fresh polls to be conducted.
The controversy over the elections in these divisions, and in many other divisions nationwide, prompted Zaid Ibrahim to pull out for the race. He subsequently quit the party. The other candidate, Mustaffa Kamil Ayub, contested under protest.
Azmin has been officially announced as the new deputy at the party's national congress on Nov 28.
It is uncertain if the Sandakan court will entertain these applications by the disgruntled members as one such application, by former deputy secretary-general P Jenapala against the party to call for fresh polls, was rejected by the Kuala Lumpur High Court last month.
The High Court ruled that that it had no jurisdiction to hear Jenapala's suit as a result of constraints imposed by the Societies Act.
Email us your comments to comment@freemalaysiatoday.com
Saturday, December 11, 2010
Saifuddin 'nasihat' jangan buat bukan - bukan
Cuma kurang pasti apa yang bukan bukan yang dimaksudkan ?
Ditegaskan che'GuBard juga sayangkan parti ini yang semenjak bersama saat penubuhanya tidak pernah ditinggalkan. che'GuBard masuk parti ini bukan ebagai orang besar tetapi sebagai seorang budak gantung bendera. Melihat parti ini membangun dari bawah maka rasa sayang tak berbelah bagi tertumpah. Maka kerana itulah teguran diberi demi memastikan KEADILAN itu mantap dengan kepincangan tidak disapu dibawah karpet sahaja.
che'GuBard juga rasa amat sayang ke negara ini. Apa pun jadi negara ini tanah tumpah, disini juga che'Nur Zaimah Jahida dan Karl Zameer Adzim akan membesar begitu juga ganerasi seangkatanya. Maka ikrar che'GuBard sudah pasti parti yang nak mengganti Umno Bn pasti jauh lebih baik. KEADILAN harus sesempurna mungkin untuk (sebelum) Putrajaya.
Beginikah derita hai orang yang sabar
Dituduh berdusta walaupun bercakap benar
Nama ku dicemar mana ku pergi orang tak gemar
Iman ku takkan bertukar dari menipu biar terlantar
Mengapakah dunia hai penuh tipu daya
Dosa dan maksiat itulah yang diutama
Si jujur menjadi mangsa pandai menipu lekas berharta
Biarlah aku merana aku tak rela hidup berdusta
Di mana keadilan yang aku harap-harapkan
Mengapa kezaliman menjadi balasan
Yang lemah ditekan yang berharta jadi sanjungan
Padamu oh tuhan aku serahkan tetapkan iman
Wednesday, December 08, 2010
Kenyataan Media : Akur tetapi tidak mengiktiraf keputusan, menolak semua tawaran jawatan lantikan selagi penjelasan bertulis tidak diperolehi.
Saya memohon maaf kepada banyak pihak termasuk media kerana telah mengelak untuk memberikan kenyataan atau sebarang komen pasca pemilihan KEADILAN 2010.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang memberikan sokongan yang amat memberansangkan kepada saya dan barisan calon - calon yang bersetuju dengan dokumen Manifestasi Anak Muda - Penerus Perjuangan Reformasi. Kita telah berjaya menggariskan dengan jelas 3 cabaran terbesar, 3 saran gerak kerja dan 5 pelaksanaan praktikal. Manifestasi Anak Muda Malaysia ialah manifesto yang jelas dan praktikal bagi mereformasi AMK dan seterusnya mampu menyerlahkan politik baru dan reformasi yang dilaungkan.
Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua teman dari Perlis sampai ke Sabah yang bertungkus lumus menjadi jentera kempen dan pemantau proses pengundian. Kita berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan dalam penuh tekanan 'pengaruh' dan kewangan.
Kita telah berjaya membuktikan tanpa politik naungan dan kewangan yang melimpah kita mampu menang jika semua dijalankan secara telus.
Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini.
Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan KEADILAN 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.
Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.
Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.
Melaksanakan agenda 1 anggota 1 undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani'.
Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan. Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu.
Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan. Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan sendiri.
Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti. Saya masih yakin KEADILAN merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun KEADILAN juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti.
che'GuBard
- bekas MPP KEADILAN 2007 - 2010
- calon Ketua AMK, Pemilihan KEADILAN 2010.
email : chegubard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : chegubard
facebook : chegubard SAMM
Monday, December 06, 2010
Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010
Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.
JAWAPAN BERTULIS:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun | Jumlah (RM) |
2000 | 1,958,380,415.89 |
2001 | 1,972,252,986.48 |
2002 | 1,922,115,807.36 |
2003 | 1,797,401,240.15 |
2004 | 1,849,176,119.10 |
2005 | 1,984,615,754.74 |
2006 | 2,266,814,152.52 |
2007 | 2,416,963,021.54 |
2008 | 2,561,892,892.66 |
2009 | 2,606,378,658.57 |
Sehingga 20 September 2010 | 1,952,406,090.08 |
2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.
Sunday, December 05, 2010
Minyak naik, rakyat kena kencing....
Model Ekonomi Baru dan Penarikan Subsidi: Bukti Dasar Barisan Nasional
Yang Berbolak Balik dan Berat Sebelah.
Kenaikan harga sebanyak 5 sen RON 95 merupakan kenaikan kali kedua berturut-turut dalam masa 6 bulan. Pengumuman yang dibuat oleh Dato’ Seri Idris Jala juga meliputi penarikan subsidi terhadap beberapa barang keperluan seumpama gula(kenaikan sebanyak 20 sen), diesel(kenaikan sebanyak 5 sen) dan gas petroleum cecair(kenaikan sebanyak 5 sen).
Manakala Barisan Nasional menegaskan peningkatan harga tersebut adalah kecil dampaknya terhadap rakyat, namun hala tuju dasar negara yang terbentuk kesan dari kenaikan tersebut tidak boleh dipandang ringan. Barisan Nasional melalui PEMANDU telah membentangkan pada sesi Hari Terbuka Rasionalisasi Subsidi bertarikh 27 Mei 2010, bahawa sudah ada rancangan untuk menarik balik subsidi minyak jenis RON 95 pada setiap 6 bulan. Pengumuman semalam mengesahkan akan ada kenaikan harga pada masa hadapan, berkemungkinannya kenaikan yang lebih besar jumlahnya dari yang dicadangkan iaitu kenaikan 10 sen setiap 6 bulan.
Penarikan balik subsidi beberapa jenis barangan juga diusulkan termasuklah subsidi gas yang berkait rapat dengan Janakuasa Bebas yang dimiliki segelintir elit korporat dan kroni Barisan Nasional. Namun sehingga kini kelihatannya kenaikan harga hanyalah terhadap barangan keperluan dan pastinya rakyat keseluruhan yang merasa pedihnya, bukannya kroni.
PEMANDU menganggarkan sejumlah RM 1.12 billion akan dijimatkan pada tahun 2010 sekiranya subsidi gas untuk Janakuasa Bebas serta sektor bukan tenaga dapat dikurangkan. Ini dapat dicapai sekiranya harga gas untuk Janakuasa Bebas dan sektor bukan tenaga naik masing-masing RM 4.65 per mmbtu(million British unit haba) serta RM 2.52 per mmbtu. Sehingga kini, kerajaan melalui PETRONAS, berhasil menyediakan subsidi buat Janakuasa Bebas dan industri lainnya sejumlah RM 19 billion setiap tahun kerana harga gas selepas subsidi hanyalah RM 10.70 per mmbtu(untuk Janakuasa Bebas), harga yang dikira amat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran buat gas yang diimpot iaitu RM 38 per mmbtu (sekiranya negara terpaksa mengimpot akibat dari kekuranganpengeluaran).
Oleh itu kita mahu Perdana Menteri dan pentadbiran beliau memberi penjelasan mengapakah mereka terburu-buru untuk menarik balik subsidi minyak, gula dan gas petroleum cecair, sedangkan kesan dari keputusan tersebut hanya akan membebankan rakyat terbanyak. Pada masa yang sama kita mempersoalkan tindakan mereka kerana kebijakan tersebut tidak menjurus pula terhadap golongan elit korporat terutamanya mereka yang rapat dengan pemerintah.
Tambahan pula sehingga kini kita hanya dihamburi janji sedangkan perubahan yang dijanjikan hanya sekadar suatu wayang dan permainan komunikasi terutamanya berkaitan sistem pengagihan subsidi. Kita berpandangan Perubahan mesti disegerakan kerana ianya mustahak demi memastikan bantuan dari pemerintah sampai kepada golongan berpendapatan rendah sekaligus meringankan beban mereka berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat.
PEMANDU begitu tangkas memastikan subsidi ditarik balik, akan tetapi begitu perlahan mengungkapkan penyelesaian untuk mengagihkan semula subsidi demi kepentingan rakyat terbanyak dan miskin.
Justeru kita ragu keberkesanan serta iltizam untuk melaksanakan perubahan walaupun bahagian terakhir Model Ekonomi Baru baru sahaja dibentangkan. Model Ekonomi Baru diwar warkan sebagai satu rancangan untuk membawa perubahan terutamanya buat sistem ekonomi, namun sejarah menjadi saksi apabila tiba waktu untuk melaksanakannya, mereka sentiasa gagal.
Barisan Nasional cuba meyakinkan kita betapa penarikan balik subsidiadalah perlu demi mengurangkan jurang defisit yang sebenarnya akibatdari keborosan selama ini. Akan tetapi apa yang mereka cuba lakukan hanya mengelak dari persoalan sebenar isu subsidi iaitu harga yang
tidak munasabah buat Janakuasa Bebas, kebanyakannya milik kroni.
Lebih menyedihkan, RM 126 juta yang berjaya dijimatkan dari penarikan balik subsidi gula sebanyak 20 sen pada 16hb Julai lalu itu lebih kecil jumlahnya jika hendak dibandingkan dengan bayaran kepada PEMANDUsebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini (pada 3hb Disember 2010). Di mana letaknya keabsahan moral kerajaan memerintah ini yang mengambil
RM 126juta dari rakyat terbanyak demi untuk membayar RM 66 juta kepada penasihat yang membantu menubuhkan sebuah unit kerajaan dan RM 65 juta pula buat keseluruhan operasi PEMANDU untuk tahun 2010.
Pastinya saya mendengar pengumuman berkaitan dengan Model Ekonomi Baru dengan rasa penuh curiga. Barisan Nasional akan cuba sedaya upaya untuk mengelirukan rakyat dengan segala macam pengumuman kononnya demi kebaikan sektor awam, namun pada masa yang sama boros membayar mereka yang berkhidmat dalam PEMANDU dengan bayaran yang mampu menyaingi sektor swasta.
Dokumen Model Ekonomi Baru menumpu mempromosi liberalisasi dan pembatalan kawal selia, akan tetapi pada masa yang sama memberi lesen kepada YTL untuk menjayakan projek 700MHz tanpa tender terbuka. Berita ini pastinya mendapat cemuhan awam dan kalangan mereka dari industri telekomunikasi.
Pastinya wujud corak ketidaktuntasan di antara pengumuman yang dibuat dan pelaksanaan oleh pemerintah. Ini tidaklah mengejutkan kerana kita sedar pemerintah kini taksub untuk mencipta ilusi indah hasil dari bantuan firma perhubungan awam, yang mana upahnya dibayar dari dana
awam. Bagi mereka yang paling mustahak adalah untuk terus kekal berkuasa.
Justeru Pakatan Rakyat bersama dengan rakyat keseluruhannya bertanggungjawab untuk terus memerhati dan memastikan pemerintah membuat keputusan demi kemaslahatan rakyat serta negara. Kita tidak boleh gagal, kerana akibatnya ialah harga minyak RM 2.10 seliter dalam
masa setahun lagi.
Saturday, December 04, 2010
Himpunan di Masjid Negara tetap diteruskan.
Memang sejak beberapa himpunan besar yang lepas Umno telah menggunakan strategi yang baru iaitu menaja himpunan serentak dengan himpunan yang bakal kita adakan. Kali ini himpunan pemuda baju hitam konon akan diadakan serentak. Menggambarkan seriusnya himpunan tersebut maka mereka mengadakan 'raptai' Jumaat lepas di Masjid Shah Alam dan berarak ke Istana Selangor. Seramai 100 orang berarak termasuk Ketua Umno Shah Alam. Polis mengawal dengan baik, tiada tangkapan aau halangan.
Himpunan yang mereka konon akan adakan serentak pula ahad ini untuk membantu polis menambah alasan bagi mengganggu himpunan kita kononya untuk elak kekocohan. Himpunan baju hitam juga dijangka mendapat liputan media agar menakutkan yang nak turun dengan harapan membina persepsi pertempuran akan berlaku dan tak aman.10,000 kita akan bertembung 100 orang baju hitam (pinjam gelak tukar tiub kah kah kah) maka jangan kuatir petugas kita akan beri laluan kepada mereka untuk hantar memo dulu nanti dalam keadaan aman.
Menurut penganjur Istana juga telah memberi lampu hijau bersetuju menerima memorandum tersebut.
Kepada semua di ingatkan :
- Jangan gusar datang ramai - ramai dengan keluarga dan kawan - kawan, petugas yang cukup disediakan untuk membantu dalam sebarang kemungkinan.
- Peguam yang cukup disediakan oleh Kerajaan Selangor.
- Hakim Mahkamah Seksyen KL , Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu dengan menyatakan adalah salah polis menahan orang yang berada di kawasan Masjid Negara.
- Semua dinasihat datang awal, terus masuk ke masjid negara untuk solat jemaah Zuhor berjemaah dengan pimpinan yang hadir. Nak solat Zuhor tak kan tak boleh juga ??
- Untuk elak halangan, simpan baju merah dahulu. Pakai bila tiba di masjid.
- Bawa garam, towel kecil, air mineral untuk sebarang kemungkinan.
Pimpinan PR di Selangor diwajibkan hadir. Semua jentera negeri wajib hadir. Ahli Majlis kerajaan tempatan, Pengerusi dan JKKK seluruh Selangor juga wajib hadir. Jangan bila nak lobi jawatan bersungguh tapi bila nak bersama MB pertahankan hak takut. Exco dan ADUN sudah pasti wajib hadir.
SAMM dan sekumpulan bloggers akan cuba catat rekod kehadiran. Siapa tak hadir atau hadir dan lari kalau kena tempelak selepas ini mohon maaf dahulu.
Kenaikan '4some' tengah malam tadi juga seharusnya menyemarakkan lagi kesungguhan rakyat untuk hadir.
Esok diharap bukan sahaja pengguna air Selangor dan WP KL sahaja hadir tetapi rakyat keseluruhanya harus hadir. Himpunan esok ialah kuasa rakyat melawan regim.
Wednesday, December 01, 2010
SAMM ajak semua bersama dalam Pesta Merah 5 dis ini
Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEO nya TanSri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.
Bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi Air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.
Himpunan aman merupakan hak rakyat. Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.
SAMM sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi untuk bersama memastikan himpunan aman ini lancar. Sekurangnya 50 org 'marsyal demo' yang berpengalaman akan diturunkan bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini. Mereka ini berpengalaman sejak 1998, mereka ini terdiri dari yang pernah mengendalikan himpunan bersih,kesas dll. Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka.
Samm menyeru semua anak muda untuk turun bersama atas semangat ketuanan rakyat mempertahankan hak asas. Ini juga kali pertama dalam sejarah himpunan anjuran kerajaan negeri.
Seharusnya semua anggota JKKK, ahli majlis dan jentera bawah kerajaan negeri harus hadir bersama mengiringi Menteri Besar. Semua ADUN tidak harus gagal hadir demi pertahan hak rakyat.
Difahamkan kerajaan negeri sudah berhubung dengan pihak istana. Acara 5 Dis 12tgh itu ialah praktik membesarkan institusi beraja, rakyat mengadap raja mengadu masalah... Siapa yg mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka.
SAMM juga merafak sembah ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong ke atas keperihatinan baginda menerima rakyat mengadap. Begitulah seharusnya hubungan raja dan rakyat. Ingat ketika Malayan Union dipaksa kpd bumi ini yang bakal menelan kuasa raja, rakyat bangkit membela.. Maka sewajarnya bila rakyat derita pertahan hak air sebagai hak asas semua pintu istana yang terbuka amat bermakna.
Kesudian tuanku mencemar duli membuka pagar istana utk rakyat mohon mengadap amat dihargai dan sama sekali menghapuskan pandangan persepsi negatif bahawa raja melayu merupakan institusi yang tidak bermaya.
PDRM dipercayai akan bertindak lebih waras lagi terutama selepas keputusan mahkamah tinggi Kuala lumpur yang membebaskan tertuduh himpunan bersih dengan kenyataan hakim yang menyatakan masjid negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.
Ayuh semua datang raikan pesta kuasa rakyat. Warna tema kali ini merah. Datang dengan baju merah,belon merah,payung merah pendek kata serba merah.
Jumpa di sana.
che'GuBard
Penyelaras/pengasas SAMM
1 dis 2010
Thursday, November 25, 2010
Cukuplah kenyataan nak bersihkan ‘kuda trojan’ - FMT
PETALING JAYA: "Hentikan kenyataan mengugut nak bersih kuda trojanlah, nak bersih pengkianatlah," demikian kenyataan sinis Chegu Bard berhubung tindak-tanduk beberapa pemimpin yang masih lagi bermain dengan teori ‘kuda trojan’ dalam Parti Keadilan Rakyat.
"Sebagai pemimpin besar memang betul harus membersihkan parti tetapi kenyataan mereka harus diikuti dengan pelaksanaan yang jujur dan penting juga mereka harus bertindak sebagai penyatu dalam parti.
"Dalam perihal ini nampaknya Shamsul jauh lebih baik dari Azmin di mana kenyataan pertama dia selepas minggu terakhir pengundian ada menyeru agar ahli PKR merapatkan saf kembali," ujar Chegu Bard lagi.
Menurut beliau lagi, walaupun pemilihan PKR telah pun berakhir minggu lalu, namun harapan untuk membersihkan parti dari penyelewengan masih ada.
"Harapan untuk membersihkan parti tetap ada. Tidak mengira samada musim pemilihan atau tidak, berjawatan atau tidak. Apa yang penting perjuangan diteruskan. Selagi ada Tuhan selagi itu ada harapan," kata beliau kepada FMT lagi.
Anwar masih terbaik
Disamping itu, beliau mengakui anak-anak muda tidak banyak pilihan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selain menjadikan PKR sebagai landasan perjuangan.
"Kepada anak muda kita tidak punya banyak pilihan untuk menentang BN secara peribadi. Setakat ini parti ini ialah parti paling progresif untuk perubahan negara.
"Anwar pula ialah kereta kebal terbaik untuk kita berdepan merempuh regim warisan penjajah BN ini. Anwar ada karisma penyatu, setakat ini parti dan Anwar tidak sempurna tetapi masih yang terbaik.
Beliau turut menyeru agar ahli politik muda dalam PKR agar tidak mengamalkan politik naungan sebaliknya bina kekuatan sendiri.
"Anak muda mesti keluar dari kepompong politik naungan, bina kekuatan sendiri dan bersama bangkit merempuh untuk perubahan," kata beliau.
Dari email : Bukti Dato' Zakiah Ibrahim, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta
Berkaitan email terdahulu yang dihantar. Ini bukti-bukti baru yang saya serahkan. Demi menghormati privicy beliau, saya harap sdr tidak siarkan alamatnya dalam blog sdr. Hanya untuk pengetahuan sdr saja.
Deep Throat JPMterima kasih.
Kalau bukan rasuah ini apa?