Banyak fokusumat Islam dalam mendepani perbagai isu seperti konflik penyelesaian konflik di Syria dan seumpamanya teralih kepada isu kewujudan filem pendek 13 minit menghina Rasullullah. Konflik Syria sebenarnya bukan sekdar konflik gama tetapi konflik ciptaan Amerika untuk memusnahkan negara penentangnya ke arah laluan menghancurkan Iranbagi menjadikannya negara kuasa tunggal dunia.
Tidak langsung menafikan kepentingan untuk mengecam dan menghentikan sebarang bentuk penghinaan terhadap Rasullulah namun ia seharusnya dalam bentuk lebih praktikal. Di banyak dunia kebangkitan rakyat khususnya umat Islam seperti kelihatan terarah kepada mobilisasi rakyat semata.
Malah di Malaysia keadaan lebih parah apabila sentimen mobilisasi anti filem 13 minit itu diperkuna pemuda Umno apabila perhimpunan itu turut melaungkan anti DAP dan menggesa PAS meninggalkan PR kerana ramai orang cina (klik sini untuk baca lanjut)
Namun berbeza perkembangan di negara bekas blok Kominis Rusia yang lebih praktikal dalam berdepan isu filem menghuna Nabi ini.
Menurut laporan media Mahkamah Rusia membuka jalan bagi potensi penutupan You Tube, sebuah
laman web perkongsian video dengan mengharamkan video hina Nabi Isnin
lalu yang mencetuskan protes ganas di seluruh dunia Islam.
Mahkamah
Tverskoy di Moscow memutuskan bahawa video yang dibuat di Amerika
Syarikat dan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai bodoh dan kasanova,
adalah "ekstrem".
Pendakwaraya, Viktoria Maslova memberitahu
mahkamah bahawa video tersebut "memburukkan agama Islam dan menyebabkan
peningkatan sikap tidak bertoleransi terhadap agama di Rusia," lapor
agensi berita Itar-Tass.
Di bawah undang-undang yang akan berkuat
kuasa pada 1 November ini, laman-laman Internet yang kandungannya
diharamkan di Rusia akan diletakkan di dalam suatu daftar, dan
pembekal-pembekal internet akan menyekat akses kepada laman-laman
tersebut.
Pemilik YouTube, Google Inc, berkata mereka akan
menyekat akses filem kepada pengguna di Rusia sejurus selepas mereka
menerima keputusan mahkamah itu, lapor agensi RIA.
Namun, Google tidak memberi sebarang komen apabila dihubungi Reuters.
Google
telah menyekat video selama 13-minit itu di beberapa negara-negara
Islam termasuk Mesir dan Libya, dua negara di mana konsulat Amerika
Syarikat telah diserang oleh penunjuk perasaan.
Namun di Malaysia kerajaan cuma seperti biasa regim hanya menggunakan sentimen luar untuk tujuan meraih keuntungan politik domestik semata - mata. Seperti isu Palestin kononya regim Umno Bn diperlihat pro Palestin dan begitu anti Israel tetapi hakikatnya regim ini tidak pernah berani melawan Israel atau Amerika sebaliknya Malaysia menghalalkan perdagangan membantu ekonomi Israel agar terus berdaya saing menindas Palestin.
asslam,harap dapat membetulkan kenyataan bahawa amerika dalam rangka menghancurkan iran, adakah amerika bersengkata dengan Syiah yang membunuh ahli sunnah di syria dan iraq selama ini.
ReplyDelete