Monday, August 14, 2006

BERTUDUNG TAPI DIPAKSA JUAL ARAK

Minggu lepas che'GuBard pegi ke Giant Kelana Jaya untuk membeli beberapa keperluan pejabat GERAK. Suasana di Giant di hias sebegitu rupa dengan bendera dan lagu - lagu patriotik juga berkumandang sebagai tanda mengajak seluruh rakyat bangga dengan hari ulang tahun pengisytiharaan kemerdekaan 31 Ogos nanti.

Selepas mengambil benda - benda yang diperlukan che'GuBard telah menolak troli menuju ke kaunter. Semua kaunter ada hiasan bendera, ramai anak gadis melayu menjadi juruwang manis - manis bertudung. Tetapi tiba - tiba che'GuBard terpandang satu aksi yang tak berada menyedapkan hati. Rasa hati ini seperti seolah tercabar apabila melihat satu pasangan (bangsa cina) membeli begitu banyak arak dan gadis bertudung itu terpaksa menjualnya.

Sampai 'turn' che'GuBard membayar, che'GuBard bertanya kepada gadis itu "erm, kesian i tengok u walaupun bertudung terpaksa 'tolong' jualkan arak"

Gadis itu jawab " Biasa la bang dah keje....terpaksalah...saya cari makan yang halal"

erm ....pelik mungkin ini senario biasa dalam negara Islam Hadhari...

GERAK AJAK RAKYAT MELIHAT RASUAH DENGAN JIJIK

GERAK memandang serius kenyataan Presiden IIM Datuk Seri Dr Isahak Yeop Mohamad Shar dalam ucapan perasmian seminar mengenai Peranan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sivil dalam Pengukuhan Integriti di Alor Setar yang menyatakan hampir 30 peratus ganerasi muda sanggup mengamalkan dan menerima rasuah jika mereka mempunyai kuasa dan diberi tanggungjawab terhadap sesebuah organisasi atau institusi. Fakta itu menurut beliau di perolehi menerusi satu kajian yang dilakukan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

GERAK
mengajak seluruh rakyat khususnya golongan muda supaya melihat rasuah sebagai satu jenayah yang boleh menghancurkan tamadun ini. Kajian ini telah menggambarkan betapa masyarakat kita sedang berada di tahap yang begitu teruk sekali. Bayangkan jika 30 peratus daripada golongan remaja tadi memimpin negara dan menjadi pentadbir ataupun pengurus sesebuah institusi, apa akan terjadi kepada negara jika mereka ini diberi kuasa. Kini pun hampir semua gejala negatif berkait rapat dengan rasuah. Contohnya masalah dadah yang di isytihar menjadi musuh nombor satu negara pun berkait rapat dengan rasuah, kerana kebocoran di pintu sempadan dan penguatkuasaan masih menjadi punca kewujudan dadah dalam negara.

GERAK
menjadi lebih gusar dengan perkembangan ekonomi negara yang juga dalam keadaan menekan rakyat juga mampu menjadi punca amalan rasuah. Kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menyatakan bahawa inflasi telah memuncak tetapi Malaysia akan terus melihat pertumbuhan kukuh dalam separuh kedua tahun ini amat menggusarkan kerana ini bermaksud dalam keadaan pembangunan negara dapat diteruskan tetapi rakyat terpaksa berdepan dengan kenaikan kos hidup yang semakin tinggi. Sudahlah masyarakat tidak mempunyai kesedaran yang cukup dalam memerangi rasuah dan kini keadaan akan menjadi lebih sulit kerana masyarakat yang sama juga akan mengalami kehidupan yang makin terhimpit.
GERAK mengajak seluruh rakyat dan kerajaan ini serius dan melihat rasuah dengan jijik.
RASUAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA.
petikan kenyataan rasmi Mohamad Ezam Mohd Nor, Pengerusi GERAKAN DEMOKRASI DAN ANTI KORUPSI (GERAK)* pic gambar Ezam di temuramah oleh berita bernama tv

Thursday, August 10, 2006

ANAK SAYA TAK DAPAT PROJEK ; SAPA TIPU?


Sebentar tadi dalam Buletin Utama TV3 CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Scomi, Shah Hakim telah mengumumkan bahawa Scomi merupakan anggota konsortium yang membida projek monorail Pulau Pinang yang dijangka menelan belanja kira-kira RM1.1 billion.

Antara anggota konsortium tersebut disamping Scomi adalah MRCB dan Mahkota Technology.

Bermakna kiranya berjaya Scomi akan merupakan salah satu player penting dalam projek Mega di Pulau Mutiara ini.

Menurut BERNAMA:

This means that even if the MRCB consortium fails to win the project, Scomi Engineering could still supply the coaches to the winning bidder. Scomi Engineering has gained access to monorail technology via Mtrans Transportation System Sdn Bhd which it recently acquired. Mtrans specialises in manufacturing urban buses and monorail transportation system.

Asked when the results would be known, Shah Hakim said: I am not sure but I think the deadline for companies to submit their bids to EPU (Economic Planning Unit) is next month. We assume it will take three months to evaluate.

Ini bermakna walaupun jika Konsortium MRCB itu gagal di dalam bidanya, Scomi Engineering akan tetap dapat membekalkan gerabak kepada sesiapa sahaja yang memenangi bida ini. Scomi Engineering telah memperolehi akses teknologi monorail ini melalui syarikat Mtrans Transportation System Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluaran bas-bas bandaraya dan sistem pengangkutan monorail yang baru ia perolehi.

Apabila ditanya bilakah keputusan (bida) ini akan diketahui, Shah Hakim berkata: Saya tidak pasti tetaoi saya rasa tarikh akhir penyerahan bida kepada EPU adalah bulan hadapan. Kami anggap ianya akan mengambil masa sekitar tiga bulan untuk kerja-kerja penilaian.

Saya terkedu bila melihat dan membaca kenyataan ini. Baru beberapa hari lepas kita mendegar dan melihat dengan mata kepala kita masing-masing kenyataan Dollah Badawi di TV3. Dalam rancangan khas itu beliau ditemuramah Dato Annuar Zaini dan baba berkenaan Projek Monorail ini dibincangkan iaitu:

ANNUAR ZAINI: Jadi sepanjang menjadi Menteri Kewangan, belum ada satu tender kerajaan yang diperoleh syarikat dimiliki Kamaluddin?

ABDULLAH - Tidak ada sebarang apa yang dia buat itu sampai ke pengetahuan saya yang kerananya saya angguk ke apa. Tak ada langsung. Dan dia pun tidak mengurus secara langsung perniagaan sebab dia ada pengurusan. Dia pemegang saham besar, dia di atas. Dia buat gerakan lain seperti mengambil alih misalnya syarikat Singapura, Choon Hup yang ada 188 buah kapal untuk mengangkut arang batu di Indonesia. Dia ada kapal. Bukan tidak ada syarikat yang bagi dia kemudahan menjalankan satu perniagaan.

ANNUAR ZAINI: Ada yang kata projek monorel Pulau Pinang telah disimpan untuk Kamaluddin?

ABDULLAH: Hanya cakap. Siapa cakap macam itu. Itulah kadang-kadang its hard to be nice.

ANNUAR ZAINI: Mungkin sudah sampai masa untuk tidak menjadi terlalu baik atau gentle?

ABDULLAH - Saya bimbang juga takut kalau terlajak nanti, susah saya.

Dollah semacam menafikan, tetapi hari ini CEO Scomi confirm. Untuk rekod anak lelaki tunggal Dollah iaitu Kamaluddin Abdullah memiliki kepentingan di dalam Scomi.

Mungkin inilah yang membimbangkan Tun Dr Mahathir dan inilah yang cuba beliau bawa kepengetahuan rakyat jelata, sayang beliau dihalang.

Friday, August 04, 2006

Ulangtahun Penggabungan: Parti Keadilan Rakyat

Hari ini, 3 Ogos 2006 menandakan ulangtahun ketiga penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia. Perasmian Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2003 yang lalu merupakan satu langkah yang berani oleh kedua-dua parti.
Parti Rakyat Malaysia(PRM), ditbuhkan pada 11 November 1955, adalah salah satu darpada gerakan politik terawal yang memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan daripada kolonialisme. Parti tersebut mempunyai tradisi yang panjang mempertahankan pihak yang miskin dan tertindas. Parti Keadilan nasional ditubuhkan pada 4 April 1999 semasa pergolakan era-reformasi. Kedua-dua parti itu bergabung tenaga ketika tekanan demi tekanan diberikan oleh pihak rejim autoritarian.

Penggabungan membawa kepada percantuman dua aliran gerakan politik yang berkongsi visi kesaksamaan, bebas dan demokratik. Gerakan politik baru menjadi satu langkah ke hadapan berbanding dengan politik perkauman yang diwujudkan oleh parti-parti pemerintah sejak lima dekad yang lalu.

Misi Parti Keadilan Rakyat membawa kepada progress dan kesaksamaan buat seluruh rakyat Malaysia dengan tidak mengira jantina, kaum dan agama. Bagi mempastikan urustadbir yang sempurna dan demokrasi sihat, rakyat mestilah mengikis kesemua pemikiran sempit dan polisi-polisi diskriminasi. Rangka kerja pembangunan social perlu diasaskan kepada keadilan, hak asasi manusia dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

Parti Keadilan Rakyat komited kepada reformasi menyeluruh kepada sistem kuno meliputi penghakiman, perundangan, pendidikan, ekonomi pembahagian ekonomi dan sebagainya. Malaysia dijunam dengan dalam suasana yang zalim – rasuah, kronisme, dan pembaziran yang menggalang pertumbuhan ekonomi secara lestari.

Ketiadaan ketelusan dan keterbukaan dalam kepimpinan parti-parti pemerintah menyebabkan ketidakharmonian dalam masyarakat. Mereka tidak menggalakkan persefahaman dan penghargaan, bahkan sistem yang sedia ada menjurus kepada sifat antagonisme dan perasaan kurang yakin di kalangan rakyat.

Parti Keadilan Rakyat percaya masa sudah tiba untuk perubahan. Rakyat mendahagakan alternatif politik yang baru berkuasa monopoli oleh satu blok politik sahaja. Percantuman ini menawarkan satu harapan, tetapi apa yang lebih mustahak – parti ini menyediakan satu jentera dalam menyatukan semua lapisan masyarakat dalam satu perjuangan dalam memajukan bangsa.

Walaubagaimana pun, kita mengakui bahawa perjalanan tugas dalam membina dan memperkukuhkan parti masih jauh lagi. Setakat ini, parti berjaya menubuhkan 166 bahagian berdasarkan kawasan parlimen, dengan 19 bahagian yang lainnya masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Kerja-kerja penyusunan mesti diteruskan dan menjadi harapan kami, pada malam sebelum Pilihan Raya Umum yang akan datang, bahagian-bahagian kita nanti mampu untuk menjelajah ke setiap pusat pengundian.

Bagi melaksanakan matlamat tersebut, kita juga perlu untuk menjalankan serta memainkan peranan aktivisme kita di setiap peringkat akar umbi. Kita memerlukan sokongan dan sumbangan daripada rakyat dari segi kecekapan dari pelbagai aspek, kapasiti dan bakat. Untuk itu, kita menyeru kepada rayat dari semua lapisan, yang teruja kepada sebuah perubahan demokratik, untuk ke hadapan. Kami juga menyeru peluang ini digarap dalam memberi kesan kepada proses perubahan,dan menjadikannya satu perubahan yang nyata.