Tuesday, October 30, 2012

SAMM rakam pujian buat kerajaan negeri yang tangguh/halang AES dan SAMM terus ajak rakyat desak henti AES

Kenyataan Umum

30 Oktober 2012
AES celaru, ramai bantah khususnya dilokasi mengarut seperti 30km/j
  1. Pelaksanaan AES terus mendapat bantahan termasuk beberapa pihak dari sebelah regim penguasa namun regim terus berkeras untuk melaksanakan. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memuji tindakan Kerajaan Negeri Kedah, P.Pinang, Selangor dan Kelantan yang telah mengumumkan penangguhan sistem ini dilaksanakan di negeri - negeri tersebut. SAMM juga mencabar negeri lain untuk mengikuti langkah berani negeri yang menghalang pelaksanaan AES demi menjaga kepentingan penduduknya.
    kenapa bazirkan wang rakyat ? hujah AES tak guna wang rakyat tipu !
  2. Regim berhujah tidak ada wang negara (wang rakyat) digunakan dalam perlaksanaan AES, ini satu pembohongan. Lihat gambar yang didedahkan oleh seorang peguam KASE, Zul Hazmi dalam laman sosialnya wujud kenderaan JPJ khusus untuk perlaksanaan AES. Adakah kenderaan ini tidak guna wang rakyat, seharusnya 'mobile unit AES' ini diwujudkan oleh syarikat yang membuat  untung beratus juta itu bukan habiskan peruntukan wang rakyat melalui JPJ lagi.

    dah terlaksanan AES baru nak bagi tender advokasi ? Kenapa tidak syarikat yang untung juta itu saja yang keluar peruntukan sedikit untuk membayar propaganda mengenai AES ini
    Itu belum lagi melihat bagaimana Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah membuka tender advokasi media untuk membuat propaganda bagi rakyat menerima AES, berapa banyak pula wang rakyat akan terbazir lagi ? Kenapa bukan syarikat itu saja mengeluarkan bajet kempennya sendiri ?
  3. sebelah kiri saman lama yang minta maklumat pemandu dan disebalh kanan ialah
    saman AES yang tidak boleh pertikai terus kena maksima
  4. Pengguna jalanraya juga perlu tahu bagaimana sistem saman AES ini dilakukan. Ia bukan lagi notis seperti POL107A seperti yang dihantar selalu yang meminta butiran siapa pemandu untuk dikeluarkan saman, jika tidak dijawab baru pemilik akan disaman. Tetapi memlalui AES saman terus dikeluarkan atas nama pemilik kenderaan dan kompoun maksima ditawarkan RM300 terus. Jika ada masalah tidak ada ruang rayuan terpaksa terus hadir ke mahkamah dan rayuan atau masalah diutarakan dalam mahkamah sahaja. Bertambah sibuklah mahkamah negara.

    Kamera AES di Slim River rosak kerana tapak nya yang tak kukuh, kalau dah pakar rasuah dan ketirisan bukan stadium runtuh pasang kamera pun runtuh.

  5.  Regim ini nampaknya begitu terdesak untuk mengutip wang rakyat dengan menggunakan sistem yang lemah seperti AES, mungkin benar ini semua kerana regim benar - benar terdesak dan bermasalah dalam aliran tunai maka rakyat menjadi mangsa. Maka sekali lagi SAMM tegaskan jangan salahkan rakyat jika ada yang mula bertindak merosakkan kamera AES yang jelas menganiaya rakyat. Sudah pun kelihatan beberapa imej kamera AES ini tumbang dan rosak tersebar dalam internet. Cuma sebab tidak kenalpasti sama ada dirosakkan atau kenapa ? 
Sekian 

Yaser Sheikh Abd Rahman
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia
 

Selamatkan Persatuan Bolasepak Melaka

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Melaka

20 Oktober 2012

Pada 20 haribulan yang lalu seluruh rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Kelantan bertemu dengan pasukan ATM. Perlawanan telah dibawakan secara langsung oleh rangkaian TV terpilih terus  dari Stadium Shah Alam Selangor. Perlawanan akhir yang sangat berkualiti dan cukup mendebarkan dengan kedua-dua pasukan saling menyerang yang akhirnya dimenangi oleh pasukan Kelantan. SAMM Melaka mengucapkan syabas kepada pasukan dari pantai timur tersebut.

Apa yang menjadi persoalan dan tanda tanya yang bermain di benak pemikiran seluruh rakyat dan anak muda negeri Melaka khususnya, di mana kedudukan pasukan Bola Sepak Negeri Melaka? Apakah yang telah terjadi dengan Pasukan Bolasepak Negeri Melaka?
 

Apabila disemak jadual perlawanan kempen liga bola sepak Malaysia pada tahun ini, nama Negeri Melaka tersisih dari saingan piala Liga Super Malaysia malah tiada juga dalam senarai pasukan liga nombor dua negara iaitu Liga Super. Melaka hanya terletak dan tersenarai dalam liga FAM iaitu liga tercorot di persada Liga Bola Sepak Negara. Liga FAM juga telah berakhir dan pasukan Melaka sekadar di tempat yang ke 7 daripada 9 pasukan  yang bertanding. Ini bermakna pasukan Melaka terus  kekal di liga FAM untuk edisi 2013 dengan kedudukan yang langsung tidak dibanggakan.

Ketua Menteri Melaka iaitu Dato’ Ali Rustam sekali lagi telah diangkat sebagai Presiden Mafa bagi menggantikan , Datuk Md Yunos Husin. Dari episod pengunduran Ali Rustam sebagai Presiden Mafa sebelum ini (sesi 2007/2008) dan sekembalinya Ali Rustam memegang Presiden Mafa, Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) tetap berada ditahap terendah dan rekod terburuk bagi MAFA. Menjadi persoalan ialah mengapa individu yang sebelum ini telah gagal mengemudi MAFA terus diangkat sebagai Presiden? 

Bolasepak Melaka seumpama gagal sebelum tiupan wisel perlawanan bermula di atas perlantikan 're-cycle' ini. Apakah tiada anak negeri Melaka yang lebih berwibawa untuk diangkat sebagai Presiden? Atau ada agenda tersembunyi menyentuh perihal peruntukkan yang besar untuk bolasepak negeri Melaka dalam edisi kali ini?

Mengikut kenyataan Presiden MAFA sebelum ini, masalah utama MAFA adalah kerana masalah kewangan dalam pembayaran gaji dan elaun pemain serta pihak pengurusan MAFA. Turut menjadi persoalan adakah masalah kewangan ini disebabkan oleh salah urus pentadbiran kewangan ataupun MAFA sendiri tidak pernah serius dalam menangani isu kemerosotan prestasi pemain dan persatuan bola sepak yang dianggap “hidup segan mati tak mahu”?

Sebagai anak jati Melaka, SAMM Melaka memandang serius masalah yang melanda bolasepak Melaka memandangkan bolasepak tetap menjadi minat utama anak muda negeri Melaka walaupun bolasepaknya hancur berderai. Jelas sekali ungkapan yang sering dilaunkan kononnya Melaka menuju negeri Maju, tetapi tidak maju langsung dalam sukan bolasepak.

SAMM Melaka juga mendesak agar Dato Ali Rustam mengakui permasalahan bolasepak Melaka terutamanya jika ia melibatkan masalah peruntukkan wang. Berapa jumlah peruntukkan untuk musim yang baru? Apakah ia memadai untuk sebuah pasukan yang bersaing dalam liga tercorot dalam pertandingan bolasepak tanahair? Apakah ada unsur penyelewengan duit peruntukkan bolasepak Melaka maka menyebabkan bolasepak Melaka tidak pernah bangkit sejak puluhan tahun?

Sebelum ini Solidariti Anak Malaysia Negeri Melaka (SAMM Melaka) telah pun mendedahkan tentang Skandal, Penyelewengan dan Pembaziran DI Bawah pentadbiran Ali Rustam dan UMNO/BN  sehingga terhasilnya risalah BONGKAR. Klik di sini :-  http://anakmudamalaysia.com/2012/04/pelancaran-risalah-bongkar-mewarnai-program-ceramah-jelajah-anak-muda-samm-bersih-3-0-peringkat-negeri-melaka/  Punca utama masalah kewangan negeri Melaka adalah disebabkan salah urus tadbir kewangan yang dianggap membazir di tahap melampau tanpa memikirkan pulangan kepada rakyat Melaka itu sendiri. Ini disahkan lagi dengan sambutan Majlis Perkahwinan Anak Ketua Menteri merangkap Presiden Mafa yang jelas membazir dan sehingga kini Ali Rustam gagal untuk menyebut angka sebenar kos Majlis tersebut untuk pengetahuan rakyat. Klik disni :- http://anakmudamalaysia.com/2012/10/samm-melaka-akan-lapor-sprm-isu-perbelanjaan-melampau-perkahwinan-anak-ali-rustam/
SAMM Melaka juga merujuk kepada tanggal 12 September 2004 stadium Hang Jebat yang bertempat di Paya Rumput telah dirasmikan dan stadium Hang Jebat yang mampu menempatkan 40 000 orang penonton itu dianggap antara stadium termaju dan terbaik di Malaysia. Mampu berbanggakah kita sebagai rakyat negeri Melaka dengan fasiliti yang sebaik itu (sehingga kini kos sebenar pembinaan stadium tersebut terus menjadi tanda tanya) tetapi mutu pasukan bola sepak negeri kita berada diantara pasukan yang tercorot. Sekali lagi SAMM Melaka ingin menegaskan dan perlu jawapan dari Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA) “Inikah yang dikatakan dan dibanggakan dengan bertaraf “Negeri Maju ? “

Mengikut sejarah ucapan Ali Rustam beliau adalah individu yang paling gemar membuat perbandingan iaitu membandingkan di antara negeri Kelantan dan Melaka? Di dalam konteks Bola sepak ini kita cabar Dato Ali Rustam mengulangi ucapannya dan membuat perbezaan reputasi Bolasepak negeri Kelantan dan Melaka? Kenapa beliau mengambil sikap mendiamkan diri?

Kami di Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM Melaka) juga mendesak agar MAFA harus bebas dari cengkaman politik yang memusnahkan bolasepak Melaka.  
Ghazale Muhammad, Adun Barisan Nasional Serkam itu cuba mengaitkan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan melawan ATM sebagai PAS melawan tentera di laman social beliau. Namun komen yang dianggap sangat kebudak-budakan melalui akaun facebook itu dihujani kutukan demi kutukan sahabat-sahabatnya di facebook.

Oleh sebab yang demikian, kami Solidariti Anak Muda Malaysia (Melaka) mengambil keputusan, mendesak dan membuat beberapa ketetapan yang mana MAFA perlu mengambil pendirian tegas melakukan reformasi secara total demi menyelamatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka. 
Terdapat 4 ketetapan yang kita putuskan di sini.
1)    Presiden Mafa, Dato Ali Rustam telah gagal dan tidak layak mengemudi Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA)   dan beliau harus letak jawatan dengan segera.
2)    Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA)   mesti bebas dari cengkaman politik dan kami menolak orang politik dalam mengemudi MAFA.
3)    Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA)   yang ada sekarang mesti bangkit menyatakan hal ataupun kemelut sebenar Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA)   kepada rakyat dan harus memohon maaf kepada seluruh rakyat Negeri Melaka.
4)    Setelah bebas dari cengkaman politik Pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA)   yang baru harus lebih drastik dalam proses membaik pulih pasukan bola sepak dan pengurusan, mengambil pemain dan jurulatih yang baik dan seterusnya meletakkan negeri Melaka standing dan sebaris dengan pasukan yang lain.

Di sini juga kami anak muda menegaskan seandainya desakan kami tidak diendahkan, kami tidak teragak-agak untuk mengajak anak muda mengadakan demonstari bantahan dan desakan sehingga Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka (MAFA)  dipulihkan dengan segera.

“Perubahan itu wajib didesak!”
Sekian,

Zuraidi bin Abdullah
Penyelaras SAMM Negeri Melaka.

Menjelang Jelajah Le Tour De Scorpene-Johor2012 : Hormati Keluhuran Perlembagaan, Hentikan Provokasi Murahan.

Kenyataan Umum
30 Oktober 2012

Menjelang Jelajah Le Tour De Scorpene-Johor2012 : Hormati Keluhuran Perlembagaan, Hentikan Provokasi Murahan.

Masalah fundamental Negara ketika ini adalah sistem perlaksaanan Kerajaan Pemerintah yang berhadapan dengan wabak ketirisan, pemberian komisyen dan salahguna kuasa. Masyarakat tidak pernah lupa akan pembayaran komisyen RM 500 juta lebih kepada syarikat PERIMEKAR dan pembunuhan kejam Altantuya Sharibuu berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Atas kepedulian dan rasa bertanggungjawab cintakan tanahair,  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan SUARAM akan menganjurkan siri Ceramah Perdana Le Tour De Scorpene Zon Selatan pada 04 November 2012 bertempat di Perkarangan Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Pasir Gudang, Jalan Betik 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

SAMM Johor menjangkakan akan berlaku tindakan provokasi murahan dari pihak tidak bertanggungjawab ekoran daripada sikap UMNO yang mencetuskan provokasi pada program Pakatan Rakyat pada 27 Oktober 2012 di Bandar Seri Alam, Masai, Johor yang dengan sengaja memasang lagu-lagu dengan speaker yang kuat bertujuan untuk mengganggu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari mendengar ucapan dan amanat Pimpinan Pakatan Rakyat pada malam tersebut.

Maka, SAMM Johor turut mengharapkan pasukan keselamatan, Polis DiRaja Malaysia untuk menjalankan tugas dengan penuh professional tanpa ada pilih kasih. Atau sekadar terus mencalar imej dan nama pasukan. Alangkah sedih nama pasukan Polis DiRaja Malaysia itu dipermain oleh Rejim Pemerintah yang kian resah melihat asakan bertali arus Pakatan Rakyat. Polis DiRaja Malaysia tidak harus membenarkan imej mereka ditunggang dan dijadikan aparat Rejim Bacul seperti yang berlaku semasa program Pakatan Rakyat di Bandar Seri Alam, Masai tempohari.

Apa yang berlaku di Bandar Seri Alam tempohari adalah merupakan sesuatu yang amat mendukacitakan dan mencalar teruk imej pasukan Polis DiRaja Malaysia. Sejarah mencatatkan bagaimana anggota pasukan PDRM berlalu meninggalkan kawasan program Pakatan Rakyat tanpa mengambil peralatan kamera rakaman ekoran daripada tekanan dan ketidakupayaan pasukan PDRM dalam menjalankan tugas dengan penuh etika dan professionalisme apabila melibatkan Rejim UMNO/BN dan sekutunya. Ini menunjukkan krisis identiti yang maha dahsyat apabila PDRM tidak lagi mampu memisahkan antara garis perlaksanaan penguatkuasaan undang-undang dengan menjadi aparat parti UMNO/BN. Sehinggakan SAMM terpaksa menyelamatkan kamera rakaman tersebut daripada menjadi mangsa kemarahan orang ramai.

Malah, tambah mendukacitakan apabila PDRM bertindak menahan beberapa aktivis DAP sedangkan seharusnya PDRM bertindak terhadap kelompok yang melakukan provokasi tersebut sedari awal program ataupun sebaik selesai program tersebut. Tindakan menahan beberapa aktivis DAP menunjukkan bahawa terdapat amalan "double standard" dalam penguatkuasaan undang-undang. Anak muda terus di didik dengan idea bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja walaupun ia merupakan kesalahan selagi mana mereka berlindung di bawah payung UMNO/BN hinggakan pasukan PDRM turut tidak mampu mengambil sebarang tindakan. Adakah ini mesej dan harapan pasukan PDRM dalam membina modal insan negara ini?

Program Jelajah "Le Tour De Scorpene" akan menjadi ukuran benchmark sama ada pasukan PDRM Kontijen Johor secara umum dan pasukan PDRM Daerah Pasir Gudang akan bertindak berlandaskan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang atau terus bersekongkol dengan rejim UMNO/BN dalam melakukan perkara-perkara yang tidak beretika serta memangsakan segelintir anak muda yang tidak mengerti apa-apa demi memuaskan nafsu tamak kuasa & kebaculan pemimpin mereka.

SAMM Johor turut menasihatkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Datuk Seri Khaled Nordin untuk tidak memperkudakan anak-anak muda bagi menimbulkan provokasi. Bersikaplah sebagai seorang pemain politik yang berpengalaman, apatah lagi YB Datuk Seri merupakan seorang Menteri. Sikap dan tindakan keterlaluan pengikut-pengikut YB Datuk Seri yang kerap menimbulkan provokasi setiap kali program Pakatan Rakyat di Pasir Gudang telah menunjukkan tahap ketakutan melampau terhadap kemaraan Pakatan Rakyat di Parlimen Pasir Gudang. SAMM Johor berikrar sekiranya berlakunya sebarang provokasi murahan sepanjang program kami berlangsung, kami akan terus bekerjasama erat dengan parti-parti Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan YB Datuk Seri dalam Pilihanraya Umum akan datang. SAMM Johor tidak akan teragak-agak untuk mengambil pendekatan progresif dan agresif dalam menyebar maklumat dan menghasut rakyat Pasir Gudang untuk menolak Khaled Nordin dari terus menjadi wakil mereka.

Khaled Nordin harus menasihati ahli-ahli UMNO, PERKASA dan pengikut-pengikut beliau untuk tidak melakukan sebarang tindakan provokasi. Hormati keluhuran Perlembagaan yang membenarkan hak bersuara dan berhimpun. Hujah lawan hujah. Mari kita bermain di pentas politik yang matang, bukan bertindak mengikut emosi untuk menutup ketakutan yang maha dahsyat itu.

SAMM Johor bersama-sama pasukan Unit Amal, AMK, DPP dan DAPsy akan memperkemaskan dan memperketatkan kawalan keselamatan pada malam tersebut. Persediaan telah pun kami ambil bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara tidak diingini. Namun begitu, sekali lagi kami memohon pasukan Polis DiRaja Malaysia untuk bertindak profesional bagi mengelakkan berlaku tragedi tidak diingini. Adalah baik sekiranya kita dapat menghindar perkara-perkara tidak diingini kerana amat sukar untuk mengawal kemarahan orang ramai yang hadir ke program itu nanti sekiranya berlaku provokasi dari pihak tidak bertanggungjawab. SAMM Johor turut menyeru setiap hadirin yang akan hadir ke program ini nanti untuk tidak melayani dan termakan dengan cubaan-cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk menggagalkan program penerangan ini.

SAMM Johor dengan ini menjemput sekalian rakyat Negeri Johor untuk bersama-sama hadir dalam program yang julung kali diadakan ini. Mendengar apa cerita sebenar skandal pembelian kapal selam Scorpene dari panel Pasukan Scorpene SUARAM. Apa misteri disebalik pembunuhan Altantuya. Mengapa ratusan juta dibayar kepada PERIMEKAR sebagai komisyen. Segala persoalan mengenai skandal Pembelian Kapal Selam Scorpene ini akan terjawab di Jelajah "Le Tour De Scorpene" Zon Selatan, Ahad, 4 November 2012, 9 malam di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Ceramah Perdana Jelajah "Le Tour De Scorpene" Zon Selatan turut menampilkan Yang Berbahagia Saudara Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Negeri Johor, Saudara Che'gu Bard, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama-sama dengan tiga tokoh politik anak muda yang sedang meningkat naik di Johor iaitu Saudara Suhaizan Kayat ( Ketua Dewan Pemuda PAS Johor), Saudara Tan Hong Pin ( Ketua Pemuda DAP Johor) dan Saudara Nor Hizwan Ahmad ( Penyelaras Parlimen PKR Muar) yang akan bergandingan sepentas dengan barisan Peguam Pasukan Scorpene SUARAM bagi membongkar misteri di sebalik pembelian Kapal Selam Scorpene.

Semua rakyat yang cintakan Tanahair dijemput hadir.

"Perjuangan adalah Perlaksanaan Kata-Kata"

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras
SAMM Johor

Monday, October 29, 2012

Rakaman Ucapan Penuh di Balik Pulau

Kabinet Bayangan , Najib menipu atau ditipu ; Tun dan syaitan yang dikenalinya


Pembelaan AES oleh MP Kota Belud menyerlahkan sikap mengampu tanpa mengkaji

Kenyataan Umum SAMM

29 Oktober 2012

Merujuk kepada laporan Sinar Harian (klik sini) bertarikh 27 Oktober 2012 yang menyiarkan komen Ahli parlimen Kota Belud YB Datuk Abdul Rahman Dahlan membela pelaksanaan AES.

Setelah meneliti laporan berita tersebut jelas Rahman Dahlan sendiri tidak memahami AES. Menurutnya pelaksanaan AES dapat elak polis amal rasuah kerana menurutnya operasi saman perangkap laju tidak wujud polis duduk dalam semak samun dan polis juga dapat elak potensi menerima rasuah.

Dia juga mengatakan AES dapat mengurangkan kemalangan kerana sistem berteknologi tinggi ini ditempatkan di kawasan risiko tinggi kemalangan. Malah Rahman dalam kenyataannya cuba memusing fakta dengan mengatakan penolakan terhadap AES merupakan pembelaan terhadap persalah trafik.

Ini satu hujah dangkal oleh ahli parlimen Bn.

Mudah untuk mematahkan hujah Rahman Dahlan ini.

  1. Rahman Dahlan jelas punya tanggapan negatif terhadap anggota polis pangkat biasa yang terlibat operasi di jalanraya dengan mengatakan merekalah punca indeks persepsi rasuah khususnya dikalangan polis meningkat. Tahu atau tidak kamu polis berpangkat rendah ini antara yang paling kurang rasuah dan korupsi tetapi pegawai atasan polis yang melindungi kegiatan jenayah besarlah yang mencorak kuat perspsi indeks rasuah terhadap pasukan polis.
  2. Mungkin terlalu ghairah nak mengampu lupa mengkaji. AES ini bukan dibawah PDRM khususnya Trafik. AES sistem dibawah kawalan JPJ. Walaupun AES wujud trafik akan terus membuat operasi, memasang kamera perangkap laju seperti biasa kerana AES dibawah JPJ bukan Trafik.
  3. AES berteknologi tinggi ? Sejak dari awal kecekapan AES ini dipertikaikan,  Jelas sistem ini lemah dan penyelarasan berada pada tahap minima. Bayangkan syarikat boleh membekalkan maklumat berbeza mengenai imej kesalahan yang dirakam. Ketua Pengarah JPJ nyatakan sebanyak 2,952 imej dirakam pada 23 & 24 September 2012 dalam taklimat khas kepada media selama hampir dua jam tetapi Kementerian Pengangkutan dalam jawapan kpd YB Tanah Merah di Dewan Rakyat maklumkan sebanyak 3,344 imej dirakam pada tempoh yg sama iaitu pada 23 & 24 September 2012. (percanggahan angka imej kesalahan dirakam Menteri tipu atau ditipu klik untuk baca lanjut. Maklum balas dan sumber dalaman pula mengatakan bahawa sistem pengesanan kamera AES ini pula terdapat kelemahan dari segi membezakan beberapa nombor yang keluhatan hampir sama. Ini akan lebih merumitkan. Berapa banyak pemandu tidak bersalah akan mendapat surat saman, mungkin selepas itu ada ruang untuk membantah dan menyatakan alibi bukan ditempat kejadian kesalahan dirakam tetapi ia tetap akan menyusahkan pemandu yang tidak bersalah.
  4.  Hujah AES mampu mengurangkan kemalangan juga mengarut berdasarkan lokasi kamera AES itu ditempatkan. Secara kasar melalui pemerhatian  SAMM hampir 40 % kamera AES diletakkan dijalan jalan berhad laju 60 atau 80 km/j. Bukan di lokasi yang sering terjadi kemalangan. Ini satu tindakan mengarut dan sengaja mencari untung dengan memperbanyakkan saman. malah beberapa sumber menyatakan kemalangan hampir berlaku kerana 'kilat' cahaya kamera AES yang tiba-tiba memancar kuat cukup menyilaukan.
  5. Mendesak AES dihentikan bukan membela pesalah trafik tetapi ia adalah usaha untuk mengelakkan kroni tertentu terus kaya memunggah kekayaan dengan menyusahkan rakyat terbanyak. 
  6. AES bukanlah satu idea baru tetapi idea lama yang ternyata gagal. Melalui Carian SAMM satu keratan Utusan Malaysia Ogos 2007 telah membuktikan bahawa ketika itu lagi sistem seumpama AES sudah dibangkitkan tetapi ditolak kerana ia satu sistem yang gagal menangani kemalangan jalanraya.(klik sini untuk membaca lanjutkeratan Utusan tersebut)
  7.  Kemalangan jalan raya tidak boleh ditangani dengan hanya sistem kamera AES tetapi ia perlu perlibatan semua. Contohnya kerana tidak ada gaji minima munasabah pemandu Bas atau kenderaan kormersial akan cuba mengejar masa untuk membuat sebanyak mungkin trip bagi menampung kehidupan kerana itu keletihan mereka mungkin boleh merisikokan nyawa ramai. Berapa ramai pula pesalah jalan raya yang dilindungi kerana rasuah masih berleluasa, kenderaan yang tidak sepatut berada dijalanraya terus boleh digunakan kerana rasuah juga. Itu belum lagi keadaan jalanraya yang tidak baik seperti berapa banyak kenderaan mengalami kemalangan di lebuhraya kerana lopak air bertakung, jika di negara yang kesedaran hak rakyat tinggi mungkin sudah beribu saman kepada pengendali lebuhraya kerana pengguna membayar tol tetapi lebuhraya berlopak air sehingga akibat kemalangan.
 Sekalilagi SAMM menegaskan AES perlu dihentikan segera. Jika regim ini terus berkeras untuk melaksanakan sistem yang jelas akan memangsakan dan mengainaya pemandu ini maka semua pemandu Malaysia diseru menggunakan undi anda untuk menghukum rejim yang tidak mahu mendengar suara rakyat ini. Jika rakyat bosan maka tidak boleh disalahkan mereka nanti jika ada pemandu yang akan mula merosakkan kamera AES di tepi jalanraya seperti menyembur cat di muka kamera tersebut.
Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

3 jam untuk 1 laporan dan 2 rakaman kenyataan di IPD Seremban

Kenyataan Umum
29 Oktober 2012

Seperti mana yang telah dilaporkan awal dalam blog ini (klik sini untuk baca Polis Lari hilang bila Umno buat kecoh,SAMM selamatkan kamera Polis) mengenai kekecohan yang berlaku ketika Program PR di Masai Johor pada 27 Oktober 2012 waktu malam.

Pada 28 Oktober 2012, sekitar jam 11.35 pagi che'GuBard dengan diiringi Sdr Saufi, Penyelaras bersama SAMM NS bersama 4 teman SAMM yang lain telah tampil ke Balai Polis Seremban 2 (IPD Seremban) untuk membuat laporan polis dan menyerahkan handycam yang diselamatkan oleh SAMM semalam.

Laporan polis (serialam/009753/12) telah diterima oleh Lanskopral Siti Noorasishah Bt Ishak, dalam laporan dua muka surat yang ditaip sendiri saya tegaskan semua kronologi kejadian yang berlaku. Laporan saya bertujuan untuk polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian provokasi oleh Umno yang jelas mahu mencetuskan keadaan kacau dan pergaduhan kedua saya nyatakan dalam laporan saya mendesak tindakan diambil kepada anggota polis yang sengaja mendiamkan provokasi Umno berlaku termasuk pegawai polis pengendali handycam yang jelas hadir dan mendiamkan diri bila kekecohan berlaku.

Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran sekumpulan anggota polis dari Johor telah berada di IPD Seremban sejak awal pagi lagi.

Kemudian saya telah dibawa oleh ACP Hj Ghaffor Hj Yunus Pegawai Siasatan Jenayah IPD Seremban untuk dirakam percakapan. Sekali lagi saya ceritakan semua kronologi yang berlaku dan menjawab semua soalan yang berkaitan yang diajukan kepada saya. Dalam kenyataan saya juga saya mohon tindakan ke atas pegawai polis bernama Inspektor Chin (jika tidak salah nama penuhnya Chin Mui Fatt) yang jelas telah bercakap melalui telefon lebih dari sekali dan saya ulang jaminan yang turut saya bagi kepada pegawai tinggi polis yang lain yang menghubungi malam itu bahawa saya akan serahkan kamera dengan satu laporan polis berkaitan kejadian. Namun saya terus dihubungi oleh beberapa anggota DAP (penganjur) memujuk saya patah semula dan memulangkan handycam tersebut malam itu juga. Saya pelik, setelah diselidik rupa - rupanya pegawai polis bernama Chin ini telah menahan mereka untuk memujuk saya memberikan dia handycam pada masa itu juga. Tindakan ini jelas tidak mengikut prosedur, apakah ada SOP polis bertindak umpama Abu Sayaf menculik orang untuk mendapatkan tebusan (handycam) ?

Ketika itu jam hampir 4 pagi, saya hubungi Inspektor Chin mengingatkan mengenai jaminan bersama berkenaan penyerahan handycam yang telah dipersetujui dan mempersoalkan apa kuasa dia menahan anggota DAP tersebut. Dia terus mengatakan "Saya tak tahan, cuma panggil tanya - tanya saja.."

Dimaklumkan oleh teman - teman di Johor beberapa minit selepas jam 4 pagi ke semua anggota DAP yang ditahan di Balai Seri Alam itu dibebaskan.

Selepas itu dihadapan ACP Ghaffor saya telah menyerahkan Handycam tersebut dalam keadaan baik dan mendapat salinan borang bongkar.

Selepas itu saya diminta oleh Polis untuk dirakam pula percakapan oleh salah seorang polis yang datang dari Johor iaitu Inspektor Mohd Shahril. Soalan lebih tertumpu kepada siapa yang mula ambil dan serah kamera dan seumpamanya. Rupanya ada 3 laporan polis ke atas saya kerana peristiwa di Masai malam itu dan jelas laporan tersebut ada berbeza dengan kejadian sebenar yang berlaku yang disaksikan oleh beratus hadirin. semua sesi 1 laporan polis dan dua rakaman kenyataan tamat dalam masa 3 jam dan pihak polis kelihatan amat profesional dan mesra dalam mengambil laporan polis dan rakaman percakapan saya.

Isunya cuba dialih pasal handycam. Handycam hanya wujud dan mungkin menjadikan perkara ini isu sedikit besar, tetapi isu sebenarnya ialah
  1. Penganjur PR dah dapat kebenaran polis tetapi mengapa polis diamkan Umno buat kacau dengan pasang speaker besar mainkan rakaman ceramah dan menjerit terlolong ? Kalau program Umno dan ada PR yang buat begitu bagaimana tindakan polis ?
  2. Polis ada tetapi terpaksa diamkan kejadian tersebut. Ada beberapa kemungkinan pertama polis tidak berkuasa didepan Umno atau sememangnya kejadian tersebut disusun sebegitu untuk menyundang pergaduhan kerana jika bergaduh media akan main isu ini secukupnya ?
  3. Umno - Bn jangan bacul tampil berdepabat secara matang. Ketua Pembangkang cabar PM berdebat, takut...tetapi hantar kaset ganggu program PR.
  4. Kami tuntut asas demokrasi dalam perkara ini ruang berkempen tanpa diganggu
Ini amat jarang berlaku di Johor, diyakini ini berlaku dan ia akan menjadi trend kerana dengan perkembangan mutakahir ini menunjukkan Johor bukan lagi kubu Umno bn seperti dulu.

SAMM memberi masa dua minggu untuk PDRM mengambil tindakan kepada pihak yang membuat provokasi juga anggota yang mendiamkan diri melihat provokasi jahat Umno jika tidak kami akan ke bahagian tatatertib Bukit Aman mengadu hal ini dan pengaduan kepada SUHAKAM juga akan difailkan.

4 November 2012, 9mlm di lokasi berhampiran iaitu di Jalan Betik 1, Taman Kota Masai akan diadakan Ceramah Umum 'le tour de Scorpene Scandale' yang menampilkan peguam Scorpene bersama penceramah PR kami amat berharap agar program boleh berjalan lancar tanpa gangguan.

Saya tidak menyalahkan pihak polis 100% dalam perkara ini, dengan rasa penuh simpati dan memahami bagaimana campur tangan politik mengekang dari polis kebanyakanya bertindak berdasarkan ruang undang - undang sebenar dan inilah janji PR jika ditakdir ke Putrajaya maka institusi polis ini perlu dibebaskan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

Negeri Sembilan makin lemah dibawah pentadbiran Umno Bn

Kenyataan Umum
29 Oktober 2012

Merupakan rahsia umum kelewatan laporan audit negara ada kemungkinan dikaitkan dengan usaha cubaan menyelindungi skandal besar terdedah lagi khususnya menjelang PRU ke 13 yang amat dekat. Namun begitu kerana terlalu banyak kelemahan yang berlaku dibawah pemerintahan Umno Bn ini maka sudah tentu tidak mampu dilindung semua.Bak kata pepatah 'Bangkai Gajah manakan bisa ditutup dengan nyiru'.

Merujuk laporan Audit Negeri Sembilan 2011 contohnya telah membongkarkan banyak kelemahan berikut ialah sebahagian kecil disenaraikan.

  • Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri Sembilan punya 'aset' berjumlah RM23.40 juta dalam bentuk saham di beberapa syarikat seperti Telekom, TNB, Malaysia Airport tetapi menjelang tahun 2011 pegangan tersebut cuma menjadi RM590,000 sahaja. Penjualan mendadak ini memerlukan penjelasan ?
  • Media propaganda Bn sering mengatakan bahawa P.Pinang mengenepikan pembangunan Islam namun semua ini berjaya dipatahkan dengan peningkatan tiap tahun peruntukan Hal Ehwal Agama Islam dari RM 25.7 juta (2008) dibawah Bn dan kini RM64.03 juta (2012) dibawah PR. Namun di Negeri Sembilan dibawah pemerintahan Umno-Bn beruntukan untuk Hal Ehwal Islam menurun dari RM 7.15juta (2010) menurun kepada RM5.63juta (2011). Pengurangan serius ini akan mengakibatkan banyak program pembangunan dan keagamaan akan terbantut.

  • Penurunan buget Hal Ehwal Agama ini berkaitan dengan kelembapan ekonomi dan berkuarangan pendapatan kerajaan negeri. Peruntukan pembangunan agensi kerajaan bawah Kerajaan Negeri dari RM85 juta jelas berkurangan ke RM 82.49 juta yang akan memberi kesan secara langsung terhadap keselesaan hidup rakyat,
  • Kerajaan negeri jelas makin hilang kemampuan untuk mengumpul pendapatan negeri. Pendapatan kerajaan negeri dari hasil utama seperti cukai tanah, terimaan dari agensi, perkhidmatan, perolehan dari segi lesen dan permit dari tahun 2010 berjumlah RM326.99j menurun dengan serius ke angka RM280.11j
  • Ketika Laporan Audit memuji negeri bawah PR seperti Selangor walaupun memberikan air percuma dan perbagai bentuk kebajikan pada rakyat namun masih mampu catat lebihan hasil RM60 juta dan Kelantan dalam keadaan pusat menafikan banyak haknya tetapi Kelantan tambah aset RM90 juta tetapi NS terus bergelumang dengan kelemahan pentadbiran bermain pada angka pendapatan kecil hanya dipasti terus bernafas kerana hutang kerajaan pusat.
  • Meneliti isu perumahan jelas Kerajaan negeri lemah, dalam keadaan ramai memburu untuk memiliki rumah tetapi di NS masih terbiar sekurannya 33 unit rumah awam harga rendah (RAHR) masih terbiar kosongs edangkan ada permohonan tidak diproses. Itu belum lagi meneliti bagaimana pemilik RAHR yang telah melangsaikan pembayaran 7 tahun lepas tetapi masih belum mendapat geran hak milik lagi.Malah ada antara pemilik tersebut telah meninggal dan menyukarkan proses tuntutan kelak
  • Kerajaan Negeri berbangga dengan Program pembangunan Industri Lembu dan Kerbau. Namun ia sebenarnya terbuka dengan penyelewengan dan salah guna kuasa. Hampir 3 ratus penternak menurut rekod telah menerima bantuan ternakan tetapi perjanjian masih belum disiapkan untuk ditandatangani. Persoalanya siapa penerima ini yang boleh menerima tanpa penjanjian ?
  • Pentadbiran Kerajaan Tempatan direkod amat lemah oleh Laporan Audit. Contohnya Pejabat Daerah dan Tanah Rembau telah membuat kelemahan ketara iaitu antaranya banyak kemudahan awam dibina atas tanah milik individu tanpa kebenaran, tiada rekod penyelenggaraan kemudahan awam berkala dan daftar inventori kemudahan awam berterabur. Ini amat memalukan, cukai dikutip dan ada berlaku kenaikan tetapi malangnya pentadbiran terus lemah.
  • YNS Management Sdn Bhd (YNSM) sebuah syarikat dibawah Yayasan Negeri Sembilan dilaporkan terus mengalami kerugian berjumlah RM0.43j berbanding modal berbayar RM0.50j.Ini berlaku kerana YNSM tidak punya aktiviti perniagaan yang memberansangkan. Rekod tadbir urus korporat terus gagal dalam jelas tidak mematuhi perkeliling pembendaharaan dalam perihal pembayaran bonus, elaun Lembaga Pengarah yang kebanyakanya lantikan politik.

Sekarang sudah tiba masanya untuk rakyat berfikir dari segi rekod jelas 4 tahun berturut - turut pencapaian dan rekod pentadbiran negeri di bawah PR cemerlang dibezakan dengan negeri di bawah Umno Bn seperti Negeri Sembilan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Sunday, October 28, 2012

SAMM sama meriahkan mobilisasi 3 Nov, Seremban

29 Oktober 2012

Kenyataan Umum


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui SAMM NS telah menggerakkan jentera secara serius untuk sama menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan melibatkan ramai pimpinan rakyat pada 3 November 2012 bertempat di Seremban Jaya.

SAMM NS telah mengeluarkan 30 kain rentang, 10,000 risalah dan 5,000 poster untuk sama membantu hebahan ke arah mobilisasi 3 November nanti.

Selain itu SAMM NS bekerjasama dengan PAS NS telah melancarkan program jelajah Pra Himpunan. Iaitu program ceramah umum dan edaran risalah terbuka dengan maksud mengajak rakyat bersama pada 3 Nov nanti.

Antara yang telah disusun ialah :

Ceramah Umum
'mobilisasi menjelang 3 Nov'

29 Okt 2012, 9.00 mlm
Kg. Jambatan Serong, Ulu Klawang
(pertanyaan 0133102082)

Ceramah Umum
"mobilisasi 3 Nov"
30 Okt 2012, 9.00 mlm
Kg. Bkt Changgang, Sepang
(pertanyaan 0166858558)
Ceramah Umum
'mobilisasi menjelang 3 Nov'

31 Okt 2012, 9.00 mlm
Pasti Al Asanah, Fasa 1,
Bandar Seremban Selatan
(pertanyaan 0192171942)

Ceramah Umum
'Mobilisasi menjelang 3 Nov'

1 Nov 2012, 9.00 mlm
Putrajaya
(pertanyaan 0132196789)

Ceramah Umum
'mobilisasi menjelang 3 Nov'
1 Nov 2012, 9.00 mlm
Kg. Sg. Dua, Gemencheh, Tampin
(pertanyaan 0178050938)

Selain dari itu SAMM juga terlibat secara langsung dalam menjayakan beberapa cara penting dalam acara Himpunan Kebangkitan Rakyat. Bersama dengan Dewan Pemuda PAS dan beberapa organisasi massa muda (Ormas Muda) telah dirancang konvoi perdana yang dijangka libatkan lebih 500 buah motorsikal petang itu ke pelusuk Seremban dan kawasan sekitar sebelum tamat di tapak program.

Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menjelajah ke beberapa lokasi dalam tanah air sebelum himpunan kemuncak yang akan menyaksikan jutaan rakyat bersama. SAMM mengajak semua warga Malaysia khususnya anak muda untuk bersama dalam Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 November 2012 ini.

Sekian.

Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia

Chegubard angry at police for pulling disappearing act

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) chief Badrul Hisham Shaharin is upset at the police which he said pulled a disappearing act after a Pakatan Rakyat ceramah was heckled in Johor.

Badrul Hisham, or more popularly known by his blog name Chegubard, said he was a speaker at a DAP-organised ceramah at Sri Alam PAS headquarters in Masai last night.

However, he said that as soon as the programme started at 9pm, a group of 10 to 12 youths locked themselves in a community hall some 50 metres away and drowned their ceramah by blasting recordings of other ceramah.

“The locals identified them as being linked to Umno and the community hall had already been converted to a BN operations room,” he claimed when contacted.

At this, Badrul Hisham said he had repeatedly used his microphone on stage, calling out for the police to act against the provocation but both plainclothes and uniformed police officers mysteriously faded away.

“I called out thrice for the police to come forward and the crowd also called for them but none came forward.
NONE“I was sure there was police there because a plainclothes police officer had set a video camera in front of the stage,” he said.
He added that the harassment had taken place despite the Pakatan ceramah having received the go-ahead from the police two weeks prior to the event.

‘Missing’ video camera stirs police

As anger at the provocation mounted, Badrul Hisham said he had the camera carted away for safety as some in the angry audience had approached it.

Despite the apparent ‘absence’ of police, Badrul Hisham said he later received a call that night from Johor special branch chief Ramli Hassan while en route to Seremban for another event, asking that the camera be returned.

“I explained that I did not steal the camera, I was merely worried for its safety and that I would return it to the police the next day,” he said.

He added that one Inspector Chin from the Sri Alam district police headquarters had also contacted him and he again assured the police that the camera would be returned.

However, Badrul Hisham said he was vexed to find out that police had detained four DAP ceramah organisers until 4am, asking them to convince him to return the camera immediately.
Supporters had also gathered outside the police station in solidarity.

“I called Chin and told him that he was behaving like (Filipino terrorist group) Abu Sayaf, and that he was holding hostage the organisers for the camera but he claimed that they were only there on their own free will… who simply hangs out at the police station?” he said.

Badrul Hisham said he made good on his word and returned the camera at the Seremban Two police station at 11.45am today and was also greeted by a team of police officers from the Sri Alam district headquarters.

“I also lodged a police report about the provocation, the police inaction and the police officer who set up the camera but disappeared when called upon,” he said.

He added that both the Negeri Sembilan and Johor police also recorded separate statements from him which took approximately three hours.

“The police admitted that there were shortcomings that night and have promised to take action.
“If there no action is forthcoming within a week, I will have to lodge a complaint with the Bukit Aman disciplinary division,” he said.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=52998

Sidang media che'GuBard laporan polis sengaja biar Umno tindak melampau dan serah kamera video PDRM yang diselamatkan

Terkini 2.20pg bbrp org penganjur terdiri dari anggota DAP ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pasir Gudang.

Ada dapat panggilan telefon dari pegawai polis Johor minta kamera dipulangkan mlm ini dan tidak membuat laporan tatatertib di Bukit Aman.

Apa alasan menahan anggota DAP, pegawai polis pada peringkat awal dan setuju kamera akan dipulang melalui satu laporan polis. Kini nak pula pulangkan malam ini juga ? PDRM terus langgar prosedur dan undang-undang untuk tutup tindakan mereka bertindak dibawah telunjuk Umno.

Sidang Media Laporan Polis & serah video kamera PDRM oleh che'GuBard yg diselamatkan ketika provokasi Umno dlm prog PR di Masai,Johor
28 Okt, 11.30pg, Balai Polis S2.
Pertanyaan +60126937908

sila baca dengan kenyataan penuh sebelum ini klik sini
 
 che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Polis lari hilang bila Umno buat kekecohan, kamera video diselamatkan SAMM

28 Oktober 2012
Kenyataan Umum SAMM

Pada 27 Okt.kira kira jam 8.45mlm saya hadir ke MARKAS PAS Bandar Seri Alam,Masai. Program Ceramah Umum PR anjuran DAP-PR

Ketika saya sampai dan duduk dikawasan yg dijadikan Pentas seorang yg saya pasti anggota Polis datang memasang kamera di depan rostrum.

Sebaik sahaja prog hendak dimulakan jam 9mlm dari Balai Raya berdekatan (50meter) mereka yg dikenali oleh penduduk tempatan sebagai orang Umno memasang speaker besar dgn kuat memainkan rakaman ceramah. Dengan jelas cuba ganggu ceramah.

Menurut penganjur mereka telah memaklumkan kpd polis dua minggu awal secara bertulis dan program PR mendapat kebenaran pihak polis.

Jelas tindakan memasang speaker dgn nada amat kuat utk ganggu ceramah PR dan membuat provokasi. Kami cuba berbincang,namun malangnya hanya ada sekitar 10-12 org remaja termasuk seorang perempuan menguncikan diri mereka dalam balai raya membalas dengan teriakan dan perkataan lucah.

Penganjur membuat panggilan kpd polis, saya sendiri cuba menelefon polis tp jaminan utk datang tidak ditunai. Malah anggota polis dicari dikawasan ceramah yg beruniform semua hilang, ada yg tidak beruniform hanya membatukan diri.  Tiba masa saya berucap,umno tinggikan lagi volume suara.

Keadaan mula tegang..saya bertanya kepada anggota polis sila muncul kita perlu bincang. Ada org yg menunjukkan kamera dengan mengatakan mesti ada polis dia pasang kamera ini tadi.

Saya tanya 3 kali dan waktu jarak untuk minta polis tampil ke depan. Org ramai sahut dan turut teriak panggil polis. Seorang pun tak muncul. Ada yg mula rapat dgn kamera polis dlm keadaan marah.

Saya minta semua petugas SAMM kedepan kawal keadaan. Provokasi umno berterusan tp saya kawal kerana jika bergaduh tentu remaja yg dibuat umpan oleh Umno itu teruk dipukul malah kamera polis juga mungkin dirosakkan.

Saya minta kamera polis itu ditutup/lipat dan diselamatkan. Saya meninggalkan lokasi ceramah awal utk ke satu lagi lokasi di Taman Dahlia.

Saya akan menyerahkan kamera tersebut melalui satu laporan polis siang nanti. Dalam perjalanan pulang ke Seremban saya dihubungi perbagai anggota Polis dari Pegawai bertugas, Timbalan OCPD, Datuk Ramli (KCK Johor). Meminta saya memulangkan kamera. Mereka kebanyakan tidak ada di lapangan keliru. Isunya bukan saya curi tp semalamatkan. Mereka kata ada anggota lihat saya yg bawa kamera pergi. Ini bermakna ada anggota polis yg sengaja biar dan diamkan provokasi umno maka bila termakan provokasi PR akan dipersalahkan.

Saya rakam simpati dgn anggota polis yg kena bertugas ikut telunjuk Umno. Ramai yg hadir dan semua rasa kecewa Umno diberi peluang dan dilindungi untuk membuat kecoh.

Laporan polis saya menyerahkan kamera video tersebut akan membuktikan anggota polis hadir ttp diam saja melihat provokasi Umno...

Saya simpati dan InsyaAllah dibawah PR nanti institusi polis akan dibebaskan dari tekanan politik.

Sekian

cheGuBard
Dalam perjalanan pulang melepasi ayer keroh. 2.10pg
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, October 27, 2012

Klip video kuasa rakyat ! kongsikan



SAMM kesal MB enggan jumpa warga Port Dickson yang menjadi mangsa kerakusan pembangunan tidak terancang

Kenyataan Umum
24 Oktober 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan bersama seluruh peniaga, pengusaha pantai dan Persatuan Peniaga Kecil Melayu Port Dickson telah hadir dalam satu siri demo bantahan di hadapan Wisma Negeri di Seremban, N.Sembilan. Bantahan adalah berkisar isu penambakkan pantai Teluk Kemang dan isu persatuan peniaga kecil melayu yang ditindas oleh pemimpin Umno setempat termasuklah YDP Majlis Perbandaran Port Dickson. Sebuah memorandum turut sedia untuk diserahkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Seramai hampir 100 orang muncul di depan Wisma Negeri pada jam 11 pagi untuk bertemu Menteri Besar N.Sembilan untuk mengadu nasib dan menyampaikan memorandum. Namun MB N.Sembilan tidak sudi untuk mendengar rintihan rakyat di atas kesibukan mengurus negeri, hanya diwakili oleh sdr Zulkifli Awang yang juga pegawai khas kepada Menteri Besar. 

Demonstrasi bantahan berpunca daripada isu penambakkan pantai Teluk Kemang, telah menimbulkan suasana yang menjejaskan periuk nasi mereka yang saban tahun berniaga di Teluk Kemang. Penambakkan pantai juga merosakkan rupa bentuk muka bumi pantai teluk kemang yang selama ini menjadi pilihan nombor satu pelancong tempatan terutamanya dari bandaraya Kuala Lumpur di atas faktor pantainya yang landai dan lokasinya yang strategik. 

Penambakkan pantai di atas alasan 'pantai sempit' tidak releven. Ia akan menjurus kepada kerosakkan ekosistem dan secara tidak langsung mengubah rupa bumi pantai Teluk Kemang yang diiktiraf antara pantai selesa yang selamat berbanding pantai di tempat lain yang berselut lumpur, dan terdedah kepada bahaya air pasang surut yang jauh dari gigi pantai. 

Seperti yang berlaku di pantai Batu 4 dan Batu 5 Port Dickson selepas penambakkan, kecerunan pasir yang ditambak telah mengubah kedalaman lantas direkodkan telah banyak nyawa pengunjung yang melayang. Akhirnya pantai tersebut dihindari oleh pengunjung. Inilah yang amat dikhuatri akan berlaku di pantai Teluk Kemang. Nescaya dalam jangka masa panjang negara akan kehilangan satu pusat pelancongan yang paling digemari dan dalam jangka masa pendek pula, peniaga akan mengalami kerugian yang berterusan dan ramai yang bakal hilang mata pencarian di atas projek yang terburu-buru ini.

Dalam demonstasi yang sama, Persatuan Peniaga Kecil Melayu juga ingin memohon kepada Menteri Besar supaya segera menyelesaikan kemelut persatuan mereka yang kini telah disebotaj oleh beberapa pimpinan umno setempat bersama pihak berkuasa tempatan bagi menutup segala kemungkaran dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pengerusi persatuan yang terdahulu.

Antara lain perkara berbangkit yang menyebabkan demonstrasi dianjur adalah seperti berikut;

* Perancangan pembangunan yang tidak menepati spesifikasi banyak menimbulkan tandatanya
* Membantah pembinaan longkang besar yang menyebabkan air laut Teluk Kemang menjadi keruh dan kotor
* Mohon gerai lama, tandas awam dan bangunan buruk diganti dengan fasiliti yang baru
* Memastikan setiap premis perniagaan memperolehi CF tepat pada masanya supaya perniagaan tidak terhenti lama
* Pampasan yang setimpal sekiranya projek penambakkan ini diteruskan

Maka dengan ini SAMM N.Sembilan berperanan menjadi platform bagi rakyat yang tertindas bagi menyelesaikan masalah yang tidak dihiraukan oleh mana-mana kerajaan pemerintah samada di peringkat negeri atau negara. SAMM N.Sembilan akan mengaturkan satu sidang media dan pertemuan di antara semua mangsa yang terlibat dengan beberapa menteri yang berkaitan di parlimen pada minggu hadapan.
Sekian,

Azizi Abd Aziz
Pengarah Seketariat
(bp SAMM Negeri Sembilan)
Solidariti Anak Muda Malaysia


Aidiladha, Pengorbanan dalam Bernegara dan Kepedulian Anak Muda

Simbolik kedatangan 10 Zulhijjah atau Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam diseluruh dunia saban tahun wajar dihayati dalam aspek pengorbanan dalam bernegara dan kepedulian anak muda terhadap masa depan tanahair.

Anak muda seharusnya tidak terperangkap dengan janji-janji atau omongan-omongan pemain-pemain politik tempatan tidak mengira pihak Pemerintah atau Pembangkang. Anak muda seharusnya memiliki fikrah yang utuh dan juga jiwa yang besar dalam menilai setiap janji yang diungkapkan oleh politikus. Malah, tidak keterlaluan anak muda harus menjadi vocal dalam menilai setiap tindak tanduk mereka-mereka yang berada di Koridor Kuasa sementelah kita ini merupakan pewaris masa depan negara.

Pengorbanan pejuang-pejuang Kemerdekaan adalah tidak bermakna sekiranya kita terus menerus menutup mata, membiarkan wabak korupsi dan penyelewengan kuasa terus menjangkiti system pemerintahan Negara.

Persoalan utama yang harus kita muhasabahkan sempena dengan kehadiran Aidiladha ini adalah system pengurusan dan penyampaian Kerajaan yang telah dihinggapi wabak ini selama 55 tahun hasil pemerintahan UMNO/BN. Ia adalah sesuatu yang sangat busuk lagi membusukkan hingga mengakibatkan daya saing kita terus merosot.

Wabak korupsi ini semakin membusukkan sewaktu pemerintahan Tun Mahathir, di kala Dasar Penswastaan dilaksanakan hingga muncul beberapa konglomerat UMNOputera yang segera mendaki puncak kekayaan dengan berselindung di sebalik Dasar Ekonomi Baru memunggah hasil khazanah Negara untuk memenuhkan kantung sendiri. Hendak jalan mudah, beri rasuah sana, duit kopi sini, komisyen sana, komisyen sini, daripada Menteri hinggalah Pembantu Tadbir, semuanya rosak ibarat sinki bocor yang mengalirkan untung kepada orang yang terpilih.

Ketirisan, kepincangan dan ketidakteguhan prinsip telah di dedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Segenap lapisan aparat Pemerintahan Negara berhadapan dengan keadaan ini. Bekalan Peralatan yang dihantar ke rumah individu, bekalan bahan makanan untuk pelajar yang rendah mutu hinggalah pendedahan beberapa GLC milik Kerajaan Negeri yang memiliki saham dalam industry yang disifatkan sebagai memeras kantung rakyat. Pemberian komisyen juga semakin parah. Bukan setakat pembelian Kapal Selam dikaitkan dengan pemberian komisyen malah kini ia melarat kepada pemberian Geran Kebajikan untuk Persatuan Bekas Polis Malaysia. Inilah masalah fundamental utama Negara, janji ditepati, janji manismu, segalanya memerlukan komisyen.

Di sebalik pelbagai janji cakerawala Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri tempohari, Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah menyatakan secara jelas akan kemungkinan tariff elektrik akan dinaikkan. Inikah janji mensejahterakan rakyat yang gah disebut Najib dalam Bajet 2013? Rakyat khasnya anak muda perlu terus menolak BN dalam PRU 13 agar usaha terancang Rejim BN dalam memperdayakan rakyat melalui gula-gula Bajet 2013 dan kemudiannya menarik semula segala nikmat itu melalui kenaikan harga gula, kenaikan tariff utility dan juga pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Rakyat patut sedar sehingga kini RUU GST tidak pernah ditarik balik, sebaliknya ditangguhkan dari perbahasan di Dewan Rakyat. Najib dan kroni sedang menunggu masa yang sesuai untuk menyedut kantung rakyat.

Manakala, mereka-mereka yang sedang mengintai peluang dan ruang untuk berada di Koridor Kuasa juga tidak harus lupa akan jeritan rakyat. Polisi yang sedang dirangka tidak harus indah di mata tetapi perlaksanan fizikal itu juga haruslah indah. Sikap seperti Rejim BN yang gemar memberi janji indah tanpa perlaksanaan rapi haruslah diubah.

Pendedahan berhubung pegangan saham sebuah GLC milik Kerajaan Negeri dalam syarikat IPP dan konsesi Tol harus segera diperjelaskan. Apakah “Lucrative Investment” itu terus menenggelamkan prinsip dan janji-janji yang dimeterai di dalam beberapa dokumen? Alasan, bahawa ia diwarisi daripada Pemerintah lama juga merupakan satu alasan tipikal atau “Lame Excuses” yang sekadar hanya untuk melepaskan diri semata-mata.

Sudah sampai masanya, anak muda harus bangkit menegur politikus-politikus di Koridor Kuasa ini untuk melaksanakan prinsip yang diperjuangkan. Bukannya sekadar retorika jalanan menyedapkan halwa rakyat. “Walk the Talk” harus dibisikkan di telinga mereka.

Banyak lagi yang boleh dicoretkan, Kadar Hutang Negara yang mencecah RM 500 billion, terus meningkat tanpa diperlihatkan langkah-langkah untuk mengawalnya. Sudah pasti kita tidak mahu melihat Negara tercinta ini mengalami nasib yang sama seperti Greece. Kesan kebankrapan itu pasti akan menyebabkan situasi Negara kucar kacir dan rakyat akan terpaksa menghadapi bahana tersebut. Kesan kenaikan kos sara hidup semasa Negara turut menghimpit pemikiran kita. Anak muda ketika ini, sudah menjadi umpama robot. Keluar setiap hari mencari rezeki agar dapat digunakan untuk membayar kos-kos sara hidup harian. Bekerja pagi hingga ke petang untuk melunaskan tuntutan bil utility, PTPTN, kereta, rumah sewa, makan dan minum hinggakan ada di antara kita yang tidak dapat menghulurkan sedikit wang tanda ingatan dan menghargai jasa kedua ibu bapa yang telah membesarkan kita selama ini.

Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha ini dapat kita bersama-sama insafi pengertian sebuah pengorbanan agar masa depan Negara ini terus bergemerlapan tanpa penindasan terhadap mana-mana entity di dalamnya. Anak muda juga perlu berani untuk bersama-sama di dalam pertempuran terhebat dalam sejarah tanahair iaitu PRU 13. Anak muda harus keluar menjadi agen-agen penyampai maklumat. Rejim yang korup dan menindas rakyat harus kita singkirkan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Ahmad Anwar Asyraf Ismail
Penyelaras
SAMM Johor

Peniaga serah memorandum, kecewa dengan projek naik taraf pantai

SEREMBAN – Lebih 100 peniaga kecil termasuk pengusaha bot di pantai Teluk Kemang kecewa terhadap projek naik taraf pantai di pantai Teluk Kemang Batu 8, Port Dickson.

Sinar Harian difahamkan, projek tersebut yang kini dihentikan sementara memberi kesan kepada peniaga terbabit.

Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Teluk Kemang, Shaharudin Abd Talib ketika ditemui berkata, mereka gembira sejak dimaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa pantai tersebut akan dinaik taraf dan dijadikan pusat utama pelancongan antarabangsa.


Namun katanya, mereka tidak menyangka projek tersebut memberi kesan kepada laut dan juga pendapatan diperoleh berikutan kerja yang dilaksanakan itu memberi gambaran kurang menyenangkan.

“Indah khabar daripada rupa, lain yang diberitahu lain pula yang jadi. Kami tidak menjangkakan projek ini memberi kesan buruk kepada semua penjaja kecil mahupun pengusaha bot di sini.

“Lebih memburukkan keadaan, pantai yang dikorek menjadi semakin dalam dan kita bimbang ia akan memberi impak kepada pengunjung, seperti yang berlaku di pantai Batu 4 yang kerap terjadi kes lemas kerana pantai yang  semakin dalam," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru katanya, pihaknya membantah projek berkenaan kerana tidak mahu keaslian pantai tercemar. "Biarlah pantai Teluk Kemang ini tidak ‘disentuh’ bagi membolehkan keaslian dan kecantikan pantainya kekal seperti  sebelumnya," katanya.

Serah memorandum bantahan

Pendapat sama turut dipersetujui peniaga, Mariah Bachik, 67, yang membantah projek tersebut sejak awal lagi.

Menurutnya, sejak awal perbincangan bersama PBT lagi, mereka tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri yang cuba mengubah keadaan pantai berkenaan.

“Bagi saya, daripada mereka mengubah keaslian pantai ini, lebih baik mereka (PBT) mengubah struktur bangunan gerai niaga kami yang kini uzur dan perlukan perubahan.

“Jangan buang masa buat perkara yang tidak berfaedah semata-mata mahu melebarkan pantai kerana kesannya, peniaga di sini yang gigit jari,” katanya.

Sehubungan itu, satu memorandum bantahan telah diserahkan kepada wakil Menteri Besar, Zulkifli Awang di Wisma Negeri semalam, bagi mendesak supaya Kerajaan Negeri menghentikan projek tersebut, sekali gus  membantu peniaga kecil terbabit.

Tiada isu kemusnahan laut

Dalam pada itu, Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendesak supaya isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera kerana ia membabitkan banyak pihak.

Katanya, bukan setakat alam sekitar tercemar tetapi hak peniaga juga terjejas akibat daripada projek yang dilaksanakan itu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tidak pernah timbul isu kemusnahan laut berlaku kerana setiap projek yang dijalankan mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Alam Sekitar mahupun pihak  berkaitan.

Katanya, keadaan di kawasan berkenaan nampak terganggu berikutan projek dihentikan sementara kerana masalah kekurangan pasir. “Apabila semuanya telah selesai dan berjalan semula, maka keadaan pantai akan  menjadi lebih cantik.

“Kita hanya mahu memberi wajah baru kepada pantai yang sedia ada dan mengindahkan lagi pantai Teluk Kemang, tidak pula timbul isu peniaga teraniaya, kemusnahan pantai atau sebagainya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, October 25, 2012

Laporan Audit Kerajaan Negeri Sembilan serlahkan lemahnya pentadbiran Bn


Penemuan mengejutkan Laporan Audit Negara 2011 untuk N.Sembilan


Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011 untuk N.Sembilan
Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.
A. UNIT PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI - Pengurusan Program Rumah Awam Harga Rendah (RAHR)
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah di luar bandar dan pinggir bandar disamping kemudahan asas dan sosial. Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk program RAHR berjumlah RM11.54 juta di mana sejumlah RM9.65 juta telah dibelanjakan untuk projek sedia ada.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga November 2011 mendapati secara amnya pengurusan program RAHR adalah kurang memuaskan. Terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1.  Terdapat 33 unit rumah yang masih kosong semenjak tahun 2005.
2.  Rumah yang belum diagih didapati tidak disenggarakan dengan baik.
3.  Tunggakan sewa semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya.
4.  Terdapat rumah yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.
5.  Terdapat tapak tanah program Rumah Awam Harga Rendah yang masih belum didaftar sebagai hak milik Kerajaan Negeri walaupun pampasan telah dibayar kepada pemilik asal seawal tahun 1982 hingga 2004.
B. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah
Bagi tahun 2009 hingga 2011, nilai hartanah yang dimiliki oleh MAINS seperti yang dilaporkan di dalam penyata kewangan beraudit pada akhir tahun 2011 berbaki sejumlah RM45.04 juta. Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki seperti berikut:
1.  Tunggakan sewa premis mencapai 25.0% daripada jumlah hasil sewa yang sepatutnya diterima.
2.  Empat projek usaha sama yang ditandatangani oleh MAINS di antara tahun 2000 hingga 2002 dengan syarikat pemaju telah mengambil masa yang lama selepas tempoh perjanjian untuk mendapatkan pulangan yang dijanjikan kerana pelbagai masalah.
3.  Satu daripada projek usaha sama tersebut masih belum bermula walaupun perjanjian telah ditandatangani pada tahun 2002 dan menyebabkan baki pulangan kepada MAINS sejumlah RM7.9 juta masih tertangguh.

C. JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR - Pengurusan Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2011 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Program Pembangunan Industri Lembu Dan Kerbau di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana:
1. Sejumlah 254 (77.4%) perjanjian Skim PINTAF dan 27 (26.7%) perjanjian Skim TRUST masih belum disediakan walaupun bantuan ternakan telah diagihkan.
2.  Sebanyak 227 ekor anak lembu atau 79.4% agihan Skim PINTAF bagi tempoh tahun 2004 hingga 2009 belum dipulangkan oleh penternak kepada Jabatan.
Bagi tahun 2009 hingga 2011, Jabatan telah diperuntukkan sejumlah RM2.23 juta bagi Skim PINTAF di mana kesemua jumlah tersebut telah dibelanjakan untuk membeli 782 ekor lembu dan 130 ekor kerbau.
Manakala bagi Skim TRUST dalam tempoh 3 tahun tersebut, sejumlah 1,242 ekor lembu bernilai RM6.63 juta telah dibekalkan oleh Jabatan PerkhidmatanVeterinar Putrajaya.
Sehingga tahun 2011, Jabatan mempunyai 2,037.72 hektar kawasan padang ragut dan sejumlah RM1.79 juta telah dibelanjakan bagi tahun 2009 hingga 2011 untuk membangunkan kawasan padang ragut tersebut.
D. PEJABAT DAERAH DAN TANAH REMBAU DAN KUALA PILAH - Pembinaan Dan Penyenggaraan Kemudahan Awam Di Mukim-Mukim
Bagi tahun 2009 hingga 2011 Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sejumlah RM15.13 juta untuk tujuan pembinaan dan penyenggaraan kemudahan awam di mukim-mukim luar bandar di Negeri Sembilan di mana sejumlah RM14.12 juta telah dibelanjakan.
Pengauditan yang dijalankan di Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan Kuala Pilah antara bulan Julai 2011 hingga Oktober 2011 terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkaitan. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
1. Terdapat pembinaan kemudahan awam dalam kawasan tanah milik tanpa dokumen kebenaran daripada pemilik.
2.  Tiada penyenggaraan kemudahan awam secara berkala.
3.  Daftar inventori kemudahan awam di mukim luar bandar tidak diselenggarakan bagi tujuan rujukan untuk penyenggaraan dan baik pulih.
Bagi memperbaiki kelemahan yang dibangkitkan adalah disyorkan supaya Pejabat Daerah Dan Tanah memberi pertimbangan kepada perkara berikut:
1.  Kemudahan awam yang dibina di kawasan tanah milik perlu mendapatkan kebenaran izin guna tanah atau izin lalu secara bertulis dari pemilik tanah untuk mengelakkan pertelingkahan di masa hadapan.
2.  Pejabat Daerah Dan Tanah perlu memastikan Pengerusi JKKK bertanggungjawab menyelia kemudahan awam di kawasan masing-masing.
E. MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN - Pengurusan Program Pengindahan Dan Landskap
Peruntukan bagi program pengindahan dan landskap bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 masing-masing berjumlah RM1.69 juta, RM0.75 juta dan
RM4.46 juta.
Terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan program ini seperti berikut:
1. Sejumlah 79.6% bilangan kompaun di bawah Undang-undang Kecil Taman bagi tempoh 2009 hingga 2011 masih tertunggak.
2. Undang-undang Kecil Vandalisme sukar dilaksanakan menyebabkan meningkatnya kejadian vandalisme terhadap landskap yang dibangunkan.

F. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Pengurusan Hartanah
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) sebagai sebuah agensi pembangunan yang diberi tanggungjawab bagi memimpin, menyertai dan menggalak penyertaan proses perubahan sosioekonomi ke arah mencapai matlamat pembangunan negeri. Nilai hartanah PKNNS bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011 masing-masing RM45.36 juta, RM43.12 juta dan RM42.18 juta.
Terdapat beberapa kelemahan dan tindakan terdahulu yang perlu diberi perhatian supaya tidak berulang, antaranya adalah seperti berikut:
1. Empat lot tanah masih belum dimajukan, 3 daripadanya telah dimiliki PKNNS melebihi 20 tahun menyebabkan PKNNS telah menanggung bayaran cukai sejumlah RM0.33 juta tanpa sebarang hasil.
2. Tanah milik masih dalam kaveat pihak ketiga telah tertangguh pembangunannya sedangkan sejumlah RM91,368 perlu dibelanjakan untuk cukai tanah dan cukai pintu setiap tahun.
3. Pulangan projek sejumlah RM1.99 juta masih belum diperoleh akibat projek terbengkalai yang mana sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007.

G.  YAYASAN NEGERI SEMBILAN - YNS Management Sdn. Bhd.
YNS Management Sdn. Bhd. (YNSM) merupakan sebuah syarikat milik penuh Yayasan Negeri Sembilan (Yayasan) dengan modal saham diterbitkan dan modal berbayar berjumlah RM0.50 juta. YNSM ditubuhkan pada 15 September 1988 dengan nama N.S. Concentrate Rubber Sdn. Bhd. dan ditukar nama kepada YNS Management Sdn. Bhd. Pada 22 Februari 1992.
Pada awal penubuhannya, fungsi syarikat ini adalah untuk menyediakan kakitangan bagi perkhidmatan pentadbiran dan teknikal kepada Yayasan serta syarikat subsidiari Yayasan. Di samping itu, YNSM juga menjalankan perniagaan urus niaga saham, menyediakan perkhidmatan pembersihan, pengurusan tempat letak kereta dan percukaian.
Aktiviti YNSM bagi tempoh tahun 2008 hingga 2011 lebih menjurus kepada perkhidmatan pembersihan, sewaan kenderaan, pembekalan komputer dan perkhidmatan sewaan papan iklan elektronik.
Pengauditan yang dijalankan pada bulan Mei hingga Jun 2011 mendapati pengurusan YNSM secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan. YNSM masih mempunyai kerugian terkumpul yang agak tinggi iaitu sebanyak RM0.43 juta pada tahun 2010 berbanding modal berbayar RM0.50 juta. 
Kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
1. Pengurusan aktiviti YNSM tidak memuaskan kerana aktivitinya semakin berkurangan.
2. Tiada pertambahan kontrak baru dan tiada penetapan kadar harga bagi aktiviti khidmat pembersihan yang merupakan aktiviti utama syarikat.
3. Tadbir urus korporat berkaitan pematuhan YNSM kepada Pekeliling Perbendaharaan mengenai tatacara pembayaran bonus serta kekerapan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah adalah kurang memuaskan.
H. PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN - Negeri Roadstone Sdn. Bhd.
Negeri Roadstone Sdn. Bhd. (NRSB) ditubuhkan pada 22 April 1974. NRSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM10 juta dan modal berbayar berjumlah RM4 juta pada RM1 sesaham yang mana Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) memegang 51% saham.
Objektif penubuhan NRSB adalah untuk menjalankan aktiviti penggalian, jualan batu-batan, kerja-kerja pembinaan/kontrak, penurapan jalan dan infrastruktur. NRSB mempunyai sebuah syarikat subsidiari iaitu Roadstone Construction & Development Sdn. Bhd. (RCDSB) yang telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 10 April 1991. RCDSB mempunyai modal saham dibenarkan berjumlah RM0.50 juta dan modal berbayar berjumlah RM0.10 juta bernilai RM1.00 seunit dan 100% milik NRSB.
Terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki seperti berikut:
1. Berlaku kelewatan kutipan hasil jualan batu-batan daripada pelanggan antara 7 hingga 58 bulan.
2. Tiada pemantauan Unit Audit Dalam dan Jawatankuasa Audit
3. Pembayaran bonus tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.