Saturday, April 30, 2016

Siapa dalang konflik PKR DAP ?

Siapa dalang konflik DAP PKR ? Klik https://youtu.be/q-9gik4gH0w

Baca artikel penuh klik http://chegubard.blogspot.my/2016/04/tiba-masa-untuk-pkr-bertindak-ke-atas.html?m=1

Thursday, April 28, 2016

Tiba masa untuk PKR bertindak ke atas Azmin

Catatan umum

28 April 2016

SPR HARUS TAMPIL PERJELAS BAGAIMANA CALON PKR DIBENAR BERTANDING TANPA WATIKAH TANDATANGAN PRESIDEN, AZMIN PUNCA KECELARUAN.

1. Pilihanraya negeri Sarawak ini diifatkan dari awal lagi ia antara kemuncak kematian demokrasi di Malaysia. Dari tarikh pilihanraya yang SPR ikut telunjuk Adnan hinggalah halagan kemasukan dan seumpamanya ternyata Pilihanraya ini hanya medan untuk sembelih parti pembangkang. (klik sini untuk baca lanjut). Sangat sedih semua tengah ghairah dengan melupakan fakta ini, hanya selepas kalah nanti baru sekian kalinya semua tersentak dan sedar ditipu ia skrip pembodohan yang berulang - ulang. Sepatutnya sekarang ini mulakan isu penipuan demokrasi ini, hantar dan hentikan proses pilihanraya tarik perhatian dunia tapi malang ia hanya muncul lepas kalah teruk nanti.

2. Lebih malang lagi wisel permulaan PRU Sarawak ditanda buruk dengan pertembungan sesama pembangkang di sejumlah banyak kerusi.

PAS - AMANAH 5 kerusi
DAP - PKR 6 kerusi 
DAP - PAS 1 kerusi
PAS - PKR 2 kerusi 

Ini mengundang ketidak keyakinan pengundi kepada pembangkang malah lebih mengundang senyum sinis apabila dalam berebut kerusi,pembangkang telah gagal meletakkan calon di dua kerusi dan memberi laluan mudah kepada calon Bn. 

3. Watak dibelakang kecelaruan ini ialah Azmin Ali (anak angkat Mahathir, klik untuk baca lanjut). Isunya dia yang memberi nyawa dengan Pas untuk terus selesa sebagai pembangkang. Ingatkah kita dengan tindakan Azmin menghina Presiden PKR, apabila  Dr. Wan Azizah Wan Ismail umumkan kewujudan pakatan politik baru 'PAKATAN HARAPAN' (PH) tanpa Pas tetapi Azmin secara biadap pada hari yang sama mengumumkan Selangor tidak ada kena mengena dengan PH sebaliknya mujur Lim Guan Eng menyelamatkan maruah Azizah dengan mengumumkan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan. Tindakan Azmin ini adalah kerana tidak yakin mampu pertahankan diri sebagai MB tanpa Pas setelah majoriti dalam PKR mula tidak puas hati denganya kedua ada strategi libatkan rundingan 'atasan' yang ramai sudah boleh meneka. Apa pun tindakan Azmin tidak menyingkirkan Pas dari pentadbiran negeri terus menjadikan Pas duri dalam daging dan kini Pas berkempen di Sarawak selaku kerajaan memerintah Selangor dan bertembung PKR maka pengundi akan hilang kepercayaan. Ini akan berlaku lebih dasyat lagi pada PRU akan datang dan ia memang sudah dirundingkan sebagai peranan sehingga PRU akan datang kerana itu Azmin yakin lakukan salah laku tanpa gangguan penguat kuasa dibawah kuasa Putrajaya.

Ya kita mudah boleh katakan Pas bukan Pakatan Harapan (Amanah, DAP, PKR) tetapi ia tidak diterima kerana Pas ada dalam Kerajaan Selangor yang komponen PH terlibat.

4. Pertembungan PKR dengan DAP juga berpunca dari Azmin Ali. (sila klik sini untuk kenyataan Setiausaha Agong PKR) Jelas melalui jalur masa yang diterangkan oleh Setiausaha Agung PKR menyatakan bagaimana Azmin selaku Timbalan Setiausaha Agung telah menyerahkan kerusi yang bertindih dengan DAP dengan siap nota bertandatangannya. Malangnya bila diketahui oleh PKR Sarawak mereka marah dan Azmin dengan selamba menyalahkan Azizah dan lain - lain. Dia mahu menjadi hero, Dalah yang kononya nak pertahan maruah parti memprovokasi PKR di Sarawak untuk terus bertanding dan cuba memerangkap Dr.Wan Azizah untuk menandatangani watikah kosong. Namun Dr.Wan Azizah yang sudah mengetahui strategi Azmin enggan menandatangani watikah kosong, Azmin melalui kaki kakinya menyebarkan bahawa Kak Wan lembik dan takut dengan DAP tak layak jadi presiden. Inilah strategi Azmin dia yang berunding siap tandatangan, dia provok pemimpin Sarawak supaya siap diri bertanding dan akhirnya dia salahkan Wan Azizah dan yang lain seolah dia hero dan mangsa keadaan. Demi dirinya dia sanggup PKR dikatakan pengkhianati janji dan menipu. Kepada umum ketahuilah bukan PKR tapi Azminlah pengkhianat itu.

5. Kini ramai yang melupakan faktor bagaimana calon tanpa watikah Wan Azizah boleh bertanding. Azmin menipu apabila mengatakan ada mandat bertulis dan Wan Azizah kononya bagi dia kuasa untuk menghantar calon berlawan sesama Pakatan Harapan. Yang ada cuma 'whats app' dari Wan Azizah yang turut memberikan dia kuasa berunding mengenai calon dan kerusi bertindih sahaja. Jelas Azmin menipu apabila mengatakan dia diberi kuasa oleh Presiden untuk memberikan kuasa kepada PKR Sarawak mengeluarkan watikah sendiri dengan tandatangan Pengerusi Negeri.

6. Menjadi tandatnya besar kerana ia jelas menyalahi perlembangaan parti apabila watikah itu dikeluarkan selain dari Presiden atau Setiausaha agong juga bagaimana SPR boleh menerima watikah parti tanpa tandatangan Presiden, ini hampir mustahil... Adakah wujud surat dengan tandatangan palsu Wan Azizah ? Pengerusi SPR harus tampil menjelaskan bagaimana SPR boleh menerima watikah tanpa tandatangan Presiden Parti atau tandatangan Presiden dipalsukan ?

7. Teringat saya cerita seorang ahli parlimen bertemu Menteri Besar Selangor untuk bawa seorang orang korporat yang mencari tanah di Selangor. Azmin secara jelas sebut che'GuBard dibayar oleh Bn untuk menyerang dia. che'GuBard jawab mudah saja kalau soal duit Azmin sendiri sudah membuat tawaran namun tak dilayan pun. Bn pun tak serang Azmin kecuali dengan peluru kapur. Dia kata dia ditahan ketika mulanya gerakan Reformasi pun bohong kerana dia 'hilang' bukan ditahan tetapi diberi perlindungan istimewa di kediaman seorang pemimpin Bn sebenarnya ketika itu. Ini semua kerana apa kerana peranan besarnya dalam menjamin 'atas' terus selamat. Dia bijak bermain 2 - 3 kolam.

Maka PKR kini dipersimpangan, ambil tindakan terhadap Azmin atau akan terus gagal. Masalah utama PKR ialah punya Timbalan Presiden yang tidak berdisiplin.

Pasukan SAMM telah pun berada di Sarawak dan memulakan gerak kerja, che'GuBard akan sekali lagi ke Sarawak 1 Mei untuk meneruskan pendekatan menggunakan mood piliharaya bagi mendekati kelompok muda bagi memperkasakan pendidikan politik dan hak warga. Walaupun kelihatan sangat sukar namun amat berharap Sarawak mampu gunakan peluang kali ini untuk sedikit mengengsot ke arah perubahan.

oleh : che'GuBard SAMM 

Pegawai Imigresen pukul warga asing dalam tahanan ?

Satu video rakaman CCTV telah disiarkan di satu laman berita Facebook di (klik) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1726459597592258&id=1686726681565550



Rakaman CCTV ini menurut sumber merupakan rakaman tangkapan warga India yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen kemasukan dan kebenaran kerja yang sah di negara ini. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah bagaimana warga asing ini di layan.

Apapun alasan selaku pegawai penguatkuasa undang - undang tidak berhak memukul dan melayan manusia (yang ditangkap) sebegitu rupa. Kelihatan jelas pegawai wanita memukul berkali kali warga asing yang ditahan.

Itu yang terakam, bayangkan yang tidak dirakam. Jika rakaman ini benar maka ia sangat menyedihkan dan memalukan negara Malaysia.

Pihak Imigresen wajib menyatakan pendirian mengenai ini.

lagi pendedahan salah laku Selangor selepas PRN Sarawak

Catatan Umum

28 April 2016

1. Segmentasi Integriti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) baru sahaja selesai meneliti dan membuat pengesahan dokumen dan fakta berkenaan salah laku terbaru Kerajaan Selangor dan kali ini ia melibatkan tanah lebih 500 hektar dan bekepentingan pemimpin politik yang rapat dengan Menteri Besar Selangor sendiri dengan melibatkan syarikat multi nasional.

2. Selain itu sudah ada di tangan sekeping kontrak bertarikh November 2015 melibatkan DEIG yang mengandungi jumlah menjolok mata dan kenaikan yang amat tidak munasabah jika dibezakan ketika dibawah Menteri Besar Bn dan Menteri Besar PKR sebelum ini.

3. Namun setelah berbincang panjang dengan 'Majlis Adik Beradik Tua' SAMM maka kita membuat keputusan untuk hanya membuat pendedahan lengkap selepas Pilihanraya Negeri Sarawak kerana tidak mahu pendedahan yang dilakukan disalahguna Barisan Nasional.

4. SAMM juga telah membuat keputusan akan memulakan usaha membukukan semua pendedahan berkaitan Azmin Ali dengan tajuk "Wajah Sebenar Azmin Ali". Pilihanraya umum akan berlangsung dalam setahun lebih lagi, masih ada masa untuk PKR atau Pakatan Harapan membuat pembetulan di Selangor sebelum kita dihukum oleh rakyat. Ya, kita melawan Umno Bn tanpa kompromi tetapi itu bukan lesen apabila ada kuasa sikit kita nikmati sokongan rakyat dengan membuat perangai ala Umno Bn juga.

5. Tindakan menggantung keanggotaan saya kerana mendedahkan salah laku tidak akan mensenyapkan saya. (klik sini untuk baca berkenaan penggantungan semula saya)

oleh ;

che'GuBard,
Pengasas SAMM

PRN Sarawak : Azmin burukkan imej PKR

PETALING JAYA : Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu dipersalah kerana berlaku pertindihan enam kerusi antara parti itu dan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Ahli PKR seumur hidup dan bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard membuat dakwaan itu kerana mendakwa Menteri Besar Selangor itu sudah bersetuju untuk menyerahkan enam kerusi tersebut kepada DAP.
Enam kerusi yang menyaksikan DAP dan PKR bertembung sesama sendiri ialah Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang, Murum dan Batu Kitang.
“Bila dia dah terperangkap, orang bawah marah dan sebagainya, dia perangkap Presiden keluar watikah (tandatangan surat kebenaran calon-calon PKR bertanding di enam kerusi) dan sebagainya.
“Padahal kamu (Azmin) yang dah bersetuju, kamu dah tandatangan dan dah terdedah dalam media sosial di mana jelas ada nota yang Azmin tandatangan yang menyerahkan kerusi kepada DAP. Maknanya kita mungkir janji, kita khianat.
“Yang menjadikan parti PKR itu khianat ialah Azmin Ali,” katanya kepada FMT, hari ini.
Semalam, media melaporkan Mohamed Azmin sebagai berkata, beliau diberi mandat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk ‘menyelesaikan’ pertindihan tuntutan kerusi itu.
Mohamed Azmin dikatakan mengarah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada enam calon parti itu untuk bertanding.
Chegubard yang diketahui ‘tidak sehaluan’ dengan Azmin berkata, sudah tiba masa Pakatan Harapan dan PKR untuk menyelesaikan masalah Timbalan Presiden PKR.
“Dia (Mohamed Azmin) kena ambil tindakan, kalau tidak rakyat akan ketawa dengan Pakatan Harapan. Nak rampas Putrajaya macam mana, Sarawak pun kamu bertarabur.
“Kebenaran untuk bincangkan calon dan selesaikan kerusi bertindih tidak bermaksud kamu boleh arahkan dan beri kebenaran kepada Baru Bian keluar watikah. Ini menyalahi Perlembagaan parti.
“Jika PKR ada integriti dan mempunyai ketelusan, Azmin harus diambil tindakan disiplin segera,” tegasnya.
Sementara itu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, parti itu mengharapkan PKR dan DAP mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi agar ‘satu lawan satu’ berlaku.
“Saya yakin pemimpin DAP dan PKR berupaya melakukan yang terbaik untuk Pakatan Harapan di Sarawal dan Malaysia.
“Saua juga yakin penuh dengan fikiran waras jalan penyelesaian terbaik dicari supaya pakatan Harapan dapat merealisasikan harapan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/04/26/pertindihan-kerusi-chegubard-akui-pkr-azmin-salah/

CheguBard Dakwa Kontrak Bersih SUK Cecah RM300,000 Sebulan



Bayaran bulanan kontrak pembersihan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor era Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meningkat sebanyak 89 peratus, dedah Badrul Hisham Shaharin.
dipetik dari facebook akaunnya, Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard mendedahkan kontrak bulan pembersihan bangunan SUK Selangor era Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya sebanyak RM33,000 sebulan tetapi meningkat menjadi RM300,000 sebulan pada era Azmin.
“Bayaran bulanan kontrak pembersihan Bangunan SUK Selangor semasa Menteri Besar (Tan Sri)  Mat (Muhamad) Taib adalah RM27,000 dan Khalid Ibrahim pula RM33,000.
“Tapi kini semasa Azmin Ali, telah jadi RM300,000 sebulan, betulkah ? Siapa dapat ?
“Wow! Cuci jamban guna berus dawai emas ka?” dedah CheguBard dalam Facebook miliknya.
CheguBard berkata beliau mendapat maklumat itu berdasarkan bukti dokumen yang diserahkan oleh orang dalam di SUK Selangor kepadanya.

Sunday, April 24, 2016

Hanya Azizah dan keluarga mendepani fitnah terbaru Mahathir

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendesak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar tampil memohon maaf ekoran insiden yang menimpa keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman pemerintahannya.

Kata Chegubard, Wan Azizah dan keluarga seolah terkapai keseorangan menjawab fitnah Mahathir ketika hampir semua pemimpin yang bergaji dan berkedudukan besar naik guna nama Anwar berpeluk dengan Mahathir. 

Mahathir terus serang fitnah Anwar Ibrahim

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa ketika bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menaikkan penggantinya, Datuk Seri Najib Razak, rakyat memang sudah menolak idea itu.

Kata Chegubard, Mahathir tetap meneruskannya kerana percaya Najib mampu menjadi bonekanya, tetapi gagal.




Khalid mesti tampil perjelas anak miliki syarikat senjata api dan SPRM harus tampil nyata pendirian

Catatan Umum

24 April 2016

Khalid mesti tampil perjelas anak miliki syarikat senjata api dan SPRM harus tampil nyata pendirian. 

Terbaru heboh terbongkar  mengenai pendedahan portal kontroversi Sarawak Report yang mendakwa anak perempuan Khalid, Juwita dan iparnya Mohd Isa Hussin adalah pemilik Nilai Arms & Ammunition (NAA).

Setelah dibuat carian maka maklumat tersebut benar apabila  carian menngenai butiran syarikat NILAI ARMS benar - benar menamakan anak perempuan Ketua Polis itu dan iparnya juga sebagai pemilik. Yang menggusarkanb menurut pendedahan portal tersebut kononya syarikat tersebut menawarkan orang awam boleh memiliki senjata api dan lesen dengan mudah.

Ini menimbulkan kegusaran dan perniagaan milik anak Ketua Polis ini jelas ada konflik kepentingan kerana senjata api sangat dikawal di negara ini dan bukan mudah untuk mendapat kebenaran memilikinya. PDRM (dibawah kuasa Ketua Polis) mempunyai kuasa hampir mutlak untuk sama ada meluluskan atau menolak kelulusan permohonan pemilikan senjata api. 

Soalnya sekarang Ketua Polis Daerah mana yang mampu menolak permohonan senjata api yang diajukan melalui syarikat milik anak dan ipar Ketua Polis Negara ? Hujah beberapa pihak kononya membela keadaan ini dengan menyatakan kuasa pemberian senjata api dibawah kuasa Menteri KDN ialah salah kerana KDN hanya memproses rayuan setelah ditolak PDRM sahaja. (sila rujuk laman web KDN).



Jelas sekali lagi milikan perniagaan anak Ketua Polis ini menimbulkan seribu satu kesangsian dan konflik kepentingan. Ketua Polis Negara sendiri harus tampil menjelaskan perkara ini dan SPRM harus menyatakan sikap dan siasatan perlu dibuat sama ada syarikat ini juga terlibat dalam sebarang urusan pembekalan dibawah kerajaan Malaysia.

Tentu akan ada hujah membela dengan mengatakan semua pihak berhak berniaga termasuk anak dan ipar Ketua Polis Negara. Hujah ini lemah kerana dalam perihal keadilan dan ketelusan ia bukan sahaja perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat dilaksanakan. Dalam perihal ini SAMM menyarankan anak Ketua Polis dan iparnya tidak boleh terlibat dalam perniagaan berkaitan bidang kuasa Khalid itu sendiri. Kami bersimpati tetapi inilah pengorbanan demi melihat keadilan dan ketelusan dipertahankan.



  • Ketua Polis Negara perlu muncul perjelaskan
  • SPRM perlu nyata pendirian dan siasat sama ada syarikat ini terlibat dalam pembekalan kepada kerajaan
  • Anak dan Ipar Ketua Polis perlu segera menutup perniagaan dan mendedahkan kepada umum sama ada terlibat transasksi pembekalan dengan kerajaan.
Ini sangat serius kerana jawatan Ketua Polis Negara ialah jawatan penting dalam melaksanan hukum di negara ini.

oleh ; che'GuBard, SAMM

Tuesday, April 19, 2016

Reformasi bukan deklarasi

Kenyataan Umum
19  April 2016
1.       Menginsafi betapa negara dalam perbagai masalah dan memerlukan perubahan. Peluang untuk menuntut perubahan hari ini amat cerah kerana majoritI rakyat sudah sedar dan sedang terhimpit dengan perbagai masalah bersangkutan kerosakan sistem dalam negara. Namun kesal dengan tindakan sesetengah pemimpin yang atas nama gerakan progresif telah memperkudakan mood rakyat demi kepentingan politik sempit dan singkat.
2.       Mahathir mewakili pemikiran tua, diktator dan sebahagian dari kerosakan system. Dia tidak layak langsung walaupun berlakon berada di pentas rakyat menuntut perubahan. Malangnya dia kini sedang memperkudakan gerakan perubahan progresif melalui sesetengah pemimpin yang bergerak mempergunakan nama rakyat. Mahathir tidak pernah berubah dan hanya mempertahan kerosakan sistem dan ‘hi jack’mood perubahan rakyat.
3.       Mahathir tidak pernah berubah. Ingat, dia punca kehancuran sistem negara ini dari sistem kehakiman hinggalah sistem ekonominya. Dialah punca penswastaan yang mengakibatkan sehingga kini kos kesihatan, pendidikan dan kemudahan asas menggila tingginya. Bukan sedikit harta rakyat yang dipunggah oleh kroni, proksi dan anak beranaknya.[1] Apa yang kita tanggung kini ialah hasil kedurjanaan sejak pemerintahanya. Beliau mencatur politik Negara mengikut kehendaknya termasuk lah Najib dinaikkan dia dan kini ketika Najib gagal menjadi bonekanya maka rakyat ditunggang untuk mencapai kehendak politiknya.
4.       Dia bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai – ramai Memali (termasuk Lubuk Merbau). Bukan sedikit aktivis termasuk pelajar diterpenjara, pegawai kerajaan menjadi mangsa. Adakah Mahathir sudah meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan berdepan hukuman atas semua kesalahan, kezaliman dan rompakan yang dilakukan ?
5.       1998, Anwar Ibrahim dipecat kerana pertembungan idea pengurusan ekonomi. Anwar disingkir kerana menghalang penggunaan wang rakyat untuk bail out kroni termasuk Mirzan anak Mahathir.  Selepas Anwar dipecat, Mahathir guna wang rakyat untuk bail out anaknya diikuti kroni dan proksinya yang lain[2]. Bukan sekadar dipecat Anwar difitnah, dipukul untuk tujuan membunuh. Keluarga Anwar dimalukan dan semua yang ada kena mengena dengan Anwar ditekan dan dimangsakan. Mahathir umpama singa mengaum ketika menfitnah Anwar tetapi lari menikus bila dipanggil ke mahkamah. Akhirnya Mahkamah membebaskan Anwar dari fitnah tetapi Anwar terus dipenjara kerana konspirasi politik jahat Mahathir. Malah untuk rekod buku 50 Dalil yang melibatkan Khairuddin (macai Mahathir) turut diputuskan mahkamah (2004) sebagai fitnah konspirasi menjatuhkan Anwar
6.       Anwar Ibrahim tetap berdiri mempertahankan prinsipnya, episod demi episod dihadapi. Anwar korban diri demi membuka mata rakyat menuntut reformasi sehingga ke tahap hari ini. Tidak keterlaluan dikatakan baik Azmin, Rafizi juga ramai lagi malah parti – parti pembangkang yang mana akuilah tanpa pengorbanan Anwar tidak akan sampai ke tahap hari ini.
7.       Ketika Mahathir menaikkan Najib rakyat memang sudah menolakidea itu, namun Mahathir meneruskannya kerana percaya Najib mampu menjadi bonekanya. Namun kini Najib gagal menjadi boneka yang baik buat Mahathir.  Mahathir memanggil pembangkang duduk bersama ketika Anwar terpenjara. Pemimpin pembangkang berselingkuh dengan penjenayah Mahathir dalam keadaan dia terus menfitnah Anwar. Mahathir terlibat disebalik saiful watak utama fitnah liwat 2. Terbaru di depan media Indonesia dan Australia dia terus menyerang fitnah Anwar.
8.       Wan Azizah dan keluarga seolah terkapai keseorangan menjawab fitnah Mahathir ketika hampir semua pemimpin yang bergaji dan berkedudukan besar naik guna nama Anwar berpeluk dengan Mahathir.
9.       Anwar sedang dilupakan dan dikianati. Kebanyakan kami bukan Anwaris, kebanyakan kami punya 1001 kritikan terhadap Anwar secara individu tetapi untuk menyambut tangan jijik Mahazalim yang terus menfitnah Anwar dan keluarga merupakan satu yang hina. Ia bukan soal Anwar secara sosok tubuh tetapi Anwar merupakan simbol perjuangan dan pengorbanan banyak pihak dalam mengasak perubahan.
10.   Kami sangat kesal dengan perkembangan ini dan mendesak semua pemimpin yang mempergunakan nama rakyat bermuhasabah segera. Mahathir harus tampil memohon maaf dan memulangkan semua rompakannya.  Anak beranaknya tidak layak hidup semewah keluarga raja dengan hasil rompakan Negara dan menyamar muncul sebagai hero perubahan palsu.
11.   Sampai bila negara ini tidak henti berkonflik hanya kerana memenuhi nafsu politik Mahathir. Terus pertahan prinsip reformasi bersama Anwar Ibrahim dan perjuang rakyat yang lain menolak deklarasi Mahathir mengasak perubahan Negara. Negara di ambang perubahan, membenarkan mood rakyat diperkuda Mahathir akan menggagalkanya.
Reformasi bukan deklarasi.
............
Kenyataan Media ini dibacakan oleh che’GuBard (Solidariti Anak Muda Malaysia) bagi pihak aktivis yang sama mendesak tindakan Mahathir memperkuda dan memperdaya mood perubahan rakyat.
[1] Time Magazine memetik Morgan Stanley (ekonomis) yang mengatakan negara hilang sekitar US$100b semenjak Mahathir menjadi PM
[2]  Berdasarkan Far Eastern Economic Review hutang syarikat perkapalan anak Mahathir yang dibail out berjumlah RM 1.6 billion

Memorandum HENTIKAN EKVE, SUKE & DASH SELAMATKAN WARISAN HUTAN SELANGOR

Kami dari organisasi2 yang bertandatangan dibawah ini menyeru kepada YAB Dato Seri Azmin Ali untuk menghentikan segera projek pembinaan Lebuhraya EKVEdan juga Lebuhraya SUKE dan DASH .

Jika YAB meneruskan kelulusan projek sedemikian, maka ianya akan merupakan suatu keputusan yang akan memusnahkan Hutan Simpanan Selangor yang amat dasyhat kerana pembinaan lebuhraya-lebuhraya ini SEKALI GUS  akan memperlihat kan kemusnahan hutan dan warisan alam flora dan fauna di

1.    Hutan Rimba Ambang
2.    Hutan Ulu Gombak
3.    Klang Gates Quartz Ridge- pembentukkan kuarza yang terpanjang dan tertua didunia hampir 200juta tahun.
4.    Hutan Bukit Cerakah
5.    Hutan Sg Buloh
6.    Hutan Bukit Sungei Puteh Utara/Selatan

Pada 16hb.Mac, 2016 yang lepas akhbar harian utama telah menyiarkan pengumuman mengikut Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014 dengan tujuan mendapatkan maklumbalas rakyat mengenai de gazet hutan simpanan Bukit Cherakah, Hutan Simpanan Sg Buloh dam Hutan Simpanan Bukit Sungeri Puteh untuk pembinaan Lebuhraya DASH dan SUKE.

Kini projek lebuhraya bernama East Klang Valley Expressway (EKVE) pula sedang dimulakan dengan alasan sama. 106.6 hektar tanah Hutan Simpan Ampang telah di de-gazett demi memenuhi "keperluan" pembinaan lebuhraya ini. Hutan simpan yang cecah jutaan tahun bakal diratakan dalam masa empat tahun.

Kami mengungkitkan persoalan berikut untuk maklumbalas pihak YAB Dato Menteri Besar ;

1.    Kenapa musnahkan lokasi tadahan air? Tidak terhitung berapa banyak spesis flora dan fauna yang bakal dimusnahkan. Malah hutan simpan ini juga merupakan tempat tadahan hujan yang menjadi sumber empangan air utama yang menyalurkan air ke kawasan kritikal seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Lebuhraya EKVEakan memusnahkan hutan yang merupakan tadahan air yang membekalkan hampir 19juta liter air kepada 9,225 keluarga dikawasan Ampang (Sumber- Khairiah Mohd Talha, Malaysian Institute of Planners)

2.    Bolehkah Ekosistem Hutan diganti? Pertemuan kami dengan pegawai Jabatan Hutan Selangor Tengah, Cheras- mengatakan rezab hutan simpanan tidak akan dimusnahkan, sebaliknya akan diganti bagi setiap tempat yang digunakan untuk projek pembangunan dikawasan lain sama luas atau lebih luas dari kawasan hutan

Betapa terkilannya kami kerana pegawai di sebuah Jabatan Hutan gagal membezakan antara penggantian pokok dengan penggantian hutan. Pokok boleh ditanam semula namun hutan bukan setakat terdiri daripada pokok sahaja, ada sistem kehidupan merangkumi pelbagai jenis dari sekecil makhluk hingga yang besar. Proses mengganti hutan seperti asal akan mengambil masa beratus tahun sama seperti hutan sediakala. Ekosistem hutan yang dimusnahkan disuatu lokasi tidak boleh diganti, ianya akan hilang  selama-lamanya !

Kami tegas menyatakan, hutan tidak lagi boleh diusik demi apa tujuan sekalipun.

3.    Apakah polisi jangkamasa panjang Kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga warisan Hutan Negeri ‘The Selangor State Park’? Adakah YAB Dato Menteri Besar dan Exco Alam Sekitar Kerajaan Negeri Selangor sekarang mempunyai apajua perancangan menyeluruh yang konkrit untuk mengekal Hutan Simpanan Selangor . Hutan Simpanan Taman Warisan Selangor digazetkan oleh DS Khir Toyo Kerajaan BN yang dahulu pada tahun 2007.  Amat terkejut Kerajaan Pakatan yang memperolehi mandat majority rakyat Selangor dari PRU13 melakukan sebaliknya !

4.    Apakah sudah jadi dengan bantahan rakyat ?

-       Dalam proses de gazet Hutan Simpanan untuk projek EKVE yang dilaksanakan pada tahun 2014, sebanyak 700 lebih surat bantahan diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor.
-       Kesemua organisasi penting alam sekitar seperti Malaysian Nature Society, World Wide Fund for Nature (WWF), Trees, Save our Sungai(SOS), Selangor membantah pembinaan EKVE !
-       Sebanyak 16,000 petisyen tandatangan bantahan telah dikemukakan  menolak lebuhraya ini .
-        
-       Malaysian Institute of Planners- “MIP representative Khairiah Mohd Talha.
As planners, we uphold the National Physical Plan, wherein the Selangor State Park is classified Rank 1 Environmentally Sensitive Area. Also, the highway will destroy the Central Forest Spine masterplan aimed at linking up forest complexes in peninsular Malaysia,” she explained.
Adakah suara bantahan rakyat.,organisasi alamsekitar dan para pakar pernacangan itu sia-sia sahaja ?


5.    Kerajaan negeri patut memikirkan alternatif lain seperti memperkasakan pengangkutan awam dalam skala besar bagi menghadapi masalah kesesakan jalanraya. Ini dilakukan di negara-negara maju sehingga rakyat mereka tiada rasa keperluan untuk memiliki kereta. Namun pengangkutan awam yang tidak efisyen, lambat dan mahal sentiasa akan meningkatkan kebergantungan untuk memiliki kenderaan sendiri lantas menyebabkan kesesakan jalanraya.

Kesimpulannya, menghapuskan hutan untuk masalah kesesakan jalanraya adalah solusi jangka masa pendek, masalah sama akan berulang lagi di masa hadapan. Saat itu menyesal tidak berguna lagi bila udara negeri semakin kotor dan titik panas makin banyak.

Hentikan projek EKVE, SUKE dan DASH!  Selamatkan hutan Selangor.


Kami  organisasi yang bertandatangan dibawah ini menyokong kenyataan diatas;

1.    Pemuda Sosialis
2.    Parti Sosialis Malaysia
3.    JERIT
4.    Community Development Centre
5.    Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
6.    National Indian Right Action Team (NIAT)
7.    JIHAD for JUSTICE
8.    We Are Malaysians
9.    One Race -  Human Race
10. Projek Dialog
11. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
12. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
13. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

14. OHSMI

Friday, April 15, 2016

Bagaimana anak muda menyambut mahathir

Di temui di sekitar Jalan Genting Kelang dan Pasar Seni... yakin ia mula akan merebak.... Mahathir lawan Najib...
bullocks
A young male cow, British slang meaning "Bullshit" or "non-sense", also used to man "Bully" or "enemy", and lastly, is used as an exclamatory for mistakes.
"Ye shall offer 2 newborn bullocks..."
"That's bloody Bullocks, no such word as alouicious!"
"The Gin-- Awww bullocks!"
by Eva 02 December 08, 2003
bullshit; nonsense; balderdash
Slang from Britain that means bullshit
I can't believe they lost the game! That's such bullocks.
by Guy McDonovan Dec 2013
Lanjut klik http://chegubard.blogspot.my/2016/04/anak-muda-mahukan-perubahan-4?m=1

Thursday, April 14, 2016

PRN Sarawak Kemuncak Kematian Demokrasi Negara

Kenyataan Umum
14 April 2016

PRN Sarawak Kemuncak Kematian Demokrasi Negara

1. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak.

2. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan PRN Sarawak ini sebagai kemuncak kematian demokrasi negara. Lama sebelum ini, Ketua Menteri, Adenan Satem telah mengumumkan tarikh PRN Sarawak akan diadakan. Tindakannya yang mendahului SPR itu menyerlahkan betapa SPR hanyalah satu aparat rejim Pemerintah dan kini ia hanyalah sebagai satu formaliti sahaja walaupun tarikh yang diumumkan oleh SPR itu sedikit berbeda daripada yang diumumkan Adenan. Hakikat yang perlu disedari bahawa segalanya telah disusun atur untuk memenangkan BN.

3. Tindakan Pemerintah Negeri Sarawak yang menghalang kemasukan pemimpin-pemimpin oposisi juga adalah simbol kepada kematian demokrasi. Malah, kenyataan Adenan bahawa beliau tidak akan membatalkan larangan itu dan pemimpin pembangkang hanya boleh masuk ke Sarawak selepas PRN selesai membuktikan sikap kuku besi Adenan. Mengapa Adenan tidak menghalang pemimpin-pemimpin UMNO dan parti sekutu yang mengamalkan politik perkauman daripada memasuki Sarawak jika benar Adenan mahu melindungi negeri itu daripada elemen yang tidak baik?

4. Pengerusi SPR dalam satu pengumuman menyatakan bahawa hari ini beliau mendapat permohonan PBDS baharu untuk bertanding  dalam PRN kali ini dan beliau juga membuka sampul surat di atas pentas, dan mengumumkan lulus sebaik sahaja sampul surat dibuka juga adalah tindakan yang amat pelik.

5. Inilah perkara sebenar yang patut di lawan oleh Parti-Parti Pembangkang dan gerakan masyarakat sivil. Akan tetapi, nampaknya pihak pembangkang sibuk bersekongkol dengan Mahathir dan berebut kerusi. Tanpa disedari, mereka sebenarnya sedang berebut untuk disembelih dalam padang demokrasi yang pincang dan berat sebelah.

6. PRN Sarawak ini juga menyerlahkan kemunafikan kartel Mahathir. Sanggupkah Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin ke Sarawak, berkempen untuk menumbangkan Najib dan penyokongnya. Seperti yang diketahui, Adenan dan Sarawak adalah penyokong setia Najib.

7. SAMM yang sememangnya bergerak sejak lama di Sarawak melalui komrad tempatan akan terus mempertingkatkan aktiviti di sana. PRN kali ini diambil kesempatan sebagai peluang menyebarluaskan dan memperkukuh pendidikan politik warga tempatan.

Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

cheGuBard@gmail.com

Tuesday, April 12, 2016

Latest from Kak Wan on Mahathir

Dr.Wan Aziah Wan Ismail
Kesal dengan sikap Tun Mahathir yang tidak berhenti menyerang dan memburuk-burukkan DSAI, walaupun Anwar sudah 'berbesar hati' memaafkan dan tidak berdendam dengan beliau..

Answers from DSWA:I regret DrMahathir should choose to continue to express rancor and venom against Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

This persists despite Anwar's magnanimity in forgiving Mahathir's previous excesses.
But when he chose to repeat the scurrilous attacks on Anwar’s character using the same institutions he now chooses to attack - I think that is nothing short of being unacceptable.
Q: do you want Anwar to be the next PM?
This isn't about personal ambition. If it were I would not have asked him to slave away his freedom in defence of his principles and beliefs. I reiterate our sincere commitments to reforms and not personal vendetta by any individual.
Q: do you think his statements was a reaction to your absence during the Citizens' Declaration?
First I believe the declaration should be expanded to one that meets people's demand for institutional reforms and concrete actions to see the
end to endemic corruption.
Secondly DrM must understand in any meaningful collaboration with the opposition and civil society we cannot opt for autocratic methods

because we have worked throughout based on consensus ; prioritising the welfare of the people particularly affected by the current economic malaise and flawed governance.
DrM must learn to accept a vibrant democracy that we opt for and demand that the people eventually decides on the future they want.
Controlling mindsets only represent the old order.
Click and read also http://chegubard.blogspot.my/2016/04/anak-muda-mahukan-perubahan-tetapi.html?m=1

Monday, April 11, 2016

Anak muda mahukan perubahan tetapi tolak Deklarasi dikepalai Mahathir


telah disebut banyak kali dan sudah beberapa kali terbukti. Sabtul lepas sekali lagi membuktikan anak muda mahukan perubahan tetapi menolak pakatan yang dikepalai Mahathir. Sabtu lalu Program  anjuran kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai ‘Anak Muda Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Tinjauan pihak media yang hadir ketika membuat liputan program yang di adakan di dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru itu mendapati, anggaran kehadiran hanya sekitar 30 orang.

Program yang diadakan itu turut dihadiri oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Program ini difahamkan diterajui Dr.Afif, sekutu kuat Azmin Ali.


Dalam perkembangan yang lain pula Mahathir dalam temuramahnya dengan sebuah media Australia dia dengan tegas menyatakan bahawa Anwar mempunyai masalah moral.

Apakah komen semua penjilat Mahathir dalam perkembangan ini. Mahathir dalam keadaan dia yakin mula boleh menyingkirkan Najib kononya dengan bantuan pembangkang namun dia tetap memperkukuhkan persedian untuk kembali kepada Umno sebaik sahaja Najib jatuh untuk memastikan Umno tetap menang dan pembangkang dihalang dari memenangi PRU akan datang.

Kerana itu Mahathir bijak dia hanya berkongsi khalayak pembangkang dengan pembangkang mendengar masejnya sebaliknya tidak membenarkan masej pimpinan pembangkang sampai ke telinga orang Umno. Yang orang Umno perlu tahu cuma Najib perlu dijatuhkan dan jika Najib jatuh imej Umno akan pulih sebab Mahathir gambarkan pembangkang sudah diperdaya hanya fokuskan kepada Najib semata - mata.

Ini bukan temuramahnya yang pertama dengan media Mahathir tanpa berselindung tidak langsung menyatakan rasa bersalahnya kepada Anwar dan negara kerana pemecatan Anwar yang mempertahankan wang negara dai digunakan untuk membail out anak Mahathir ketika krisis kewangan 1997 - 1999.


Video temuramah dengan media Indonesia baru baru ini jelas Mahathir menipu dengan menyatakan Anwar menulis surat menyokong dia. Bila di tanya sikapnya terhadap Anwar dia menegaskan Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah dan semua harus menghormati sistem yang ada dalam negara. Inilah sikap munafiq Mahathir apabila dia untung dia akan kata sistem negara baik dan apabila dia tak untung dia akan kata semua rosak dan perlu dijatuhkan.

che'GuBard sendiri sudah berdepan dengan Mahathir dalam dialog bagi bincangkan dkelarasi Mahathir dan ternyata Mahathir gagal menjawab soalan malah lari balik awal meninggalkan Ambiga dan Maria untuk menjawab setelah diasak dengan soalan - soalan yang jelas tidak menyokong dia. Klik untuk baca lanjut http://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html 

Apa kata mereka yang memuja muji Mahathir selaku negarawan, siap minta maaf kerana rakyat menjerit di depan Mahathir ? Kini pula terdapat perkembangan siapa tak puji Mahathir akan difitnah mendapat bayaran Najib ? 

Soal saya kini berapa Mahathir bayar kamu sehingga kamu lupakan asas prinsip perjuangan dan kamu sudutkan Anwar ke penjara dan melupakanya lalu menjunjung Mahafiraun tua.


nota kaki : tahukah anda dari Selasa lepas Anwar berada di Hospital dan kesihatan dia teruk dan hari ini walaupun masih belum sihat dia akan dihantar semula ke penjara. PKR sendiri tidak buat apa pengumuman selepas mereka sibuk sangat dengan Mahathir ini. 

Klik kenyataan terkini Kak Wam berkenaan serangan terbaru Mahathir kepada  Anwar  http://chegubard.blogspot.my/2016/04/latest-from-kak-wan-on-mahathir.html?m=1

Anwar is not a partner, Dr M tells Aussie media

KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has denied to the Australian media the existence of any real relationship with Anwar Ibrahim despite the fact that they appear to be working together to force Prime Minister Najib Razak to step down from office.
“The question of liking or not liking does not arise here,” Mahathir was reported to have told The Australian. “I am not in partnership with him.”
“We have similar views with regard to Najib,” Mahathir added. “He agreed to support the removal of Najib. I cannot afford to reject any support.”
Last month, Mahathir and his disgraced former deputy appeared to have had two decades of enmity patched up when they both joined a coalition of opposition leaders attempting to secure Najib’s resignation as prime minister.
However, any suggestion of a real alliance between the two was put to rest by Mahathir who told the Aussie news organisation that Anwar does not have the morals to lead Malaysia.“The fact is, people complained about his moral behaviour,” Mahathir claimed.
“For me that behaviour is not acceptable as a person who was about to succeed me as a president of the party,” Mahathir explained. “I had to expel him from the party.”
Mahathir also claimed that Anwar, at 68, was now “too old” to take over the mantle as prime minister if the opposition successfully overthrew the present government.
According to the report, the coalition set up to overthrow Najib was “a fragile and fragmented alliance with no discernible uniting force beyond Dr Mahathir.”
“One of the problems we have is the lack of direction,” says lawyer Ambiga Sreenev

source : 

Sunday, April 10, 2016

PKR akan dilabel 'mungkir janji' jika pinda skim air percuma

SHAH ALAM: Pengumuman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bersabit kemungkinan untuk mengkaji semula skim pemberian air percuma dikhuatiri akan menyebabkan Pakatan Harapan dilabel sebagai mungkir janji pada rakyat negeri itu.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Pakatan Harapan harus ingat, skim air percuma adalah janji paling besar dalam manifesto dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

"Kita cukup khuatir ruang atas nama kaji semula ini akan sebabkan pelaksanaan  (skim pemberian air percuma) itu diganggu dan kita tak tunaikan manifesto kita pada rakyat," tegas Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard.

Skim pemberian air percuma 20 meter padu yang dicetuskan Menteri Besar terdahulu itu, Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi kebanggaan Pakatan Harapan (dahulu Pakatan Rakyat) dan amat dihargai rakyat Selangor.

Namun pada sidang DUN Selangor minggu lalu, Azmin berkata kemungkinan kerajaan negeri akan menimbang semula skim tersebut dan hanya akan memberikan air percuma kepada golongan sasaran, sebagaimana yang dicadangkan ADUN Hulu Klang, Sa'ari Sungib.

Chegubard yang juga bekas Ketua Cabang PKR Rembau berkata Azmin harus sedar, Pakatan Harapan mahu atau tidak terpaksa teruskan skim itu tanpa mensasarkan golongan sasaran kerana rakyat Selangor tidak kira kaya atau miskin bertindak memberi undi pada gagasan itu semasa PRU 2008 dan 2013.

"MB kena perjelas, kaji semula ini dalam termanologi apa? Isu air percuma diperingkat pilihan raya..ia merupakan manifesto pada rakyat.

"Dalam bab manifesto tak boleh kompromi dan ia perlu dilaksanakan dalam bentuk yang paling minima sekali atau ia perlu diperitingkatkan. Malah kerajaan Selangor pernah janji nak beri milikan saham air kepada seluruh rakyat Selangor," tegas Chegubard.
Azmin sebelum ini memberitahu kerajaan negeri terpaksa menilai semula skim air percuma itu selepas membelanjakan sejumlah dana untuk menjayakan pengambilalihan empat syarikat konsesi air.

Mengulas lanjut, Chegubard berkata, Selangor sebagai negeri yang mempunyai simpanan rizab yang amat banyak sepatutnya tidak perlu berdepan dengan masalah seperti yang dibangkitkan Azimin.

"Peninggalan rizab MB sebelum ini sangat besar malah dalam belanjawan terbaru Selangor dikatakan punya rizab yang sangat besar walaupun menyusut sedikit. Tapi bajet ini harus dicairkan pada rakyat ini bukan satu masalah untuk kerajaan negeri Selangor sehingga perlu naikkan kos air untuk tampung projek-projek lain.

"Janganlah buat kubah dan masjid sampai RM60 juta lebih, cat pintu gerbang sampai RM10 juta. Kalau bajet ini diselenggara dengan baik maka tidak ada masalah kewangan seharusnya timbul," tegasnya lagi.

Chegubard sebelum ini mendesak Azmin menjawab beberapa projek yang diluluskan kerajaan negeri membabitkan jumlah yang dakwanya tidk munasabah.
Antaranya pengubahsuaian kubah dan penambahan bangunan Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam yang menelan belanja lebih RM60 juta dan projek mengecat semula pintu gerbang Darul Ehsan di Jalan Persekutuan yang dilaporkan bernilai sekitar RM10 juta.
Azmin bagaimanapun enggan melayan tuntutan Chegubard.


Ezam ada peranan dalam fitnah liwat 2 – Chegubard

KUALA LUMPUR – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menggesa bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor memberi penjelasan terbuka terlebih dahulu sebelum kembali menyertai parti Keadilan Rakyat (PKR).

Badrul atau dikenali sebagai Chegubard ketika dihubungi berkata, walaupun PKR ketika ini memerlukan ‘ikon’ baharu bagi mengantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun itu tidak bermaksud Ezam layak untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Saya tidak nafikan, PKR ketika ini memerlukan ‘ikon’ yang kuat untuk meneruskan perjuangan menentang UMNO/BN (Barisan Nasional) namun itu tidak bermaksud kami telah melupakan dosa beliau (Ezam) terhadap Anwar.
 
“Malah tindakannya yang meninggalkan parti (PKR) dan terlibat secara langsung dalam kes ‘fitnah liwat 2’ masih terkesan hingga kini, kita jangan lupa Anwar terpenjara disebabkan ‘dosa’ Ezam itu.

“”Malah saya dimaklumkan dia antara orang yang pergi berjumpa dengan saiful dan turut memainkan peranan tersebut,” katanya sebentar tadi.

Chegubard turut mengakui walaupun Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memerlukan ‘panglima perang’ untuk menghakis kekuatan politik Datuk Seri Azmin Ali, namun gerakan untuk membawa Ezam kembali ke dalam PKR adalah satu tindakan yang tidak kena.

“Saya tidak nafikan secara keseluruhan wujudnya permasalahan di dalam PKR antara kem Wan Azizah dan Azmin namun pada saya ia merupakan masalah dalaman parti.

“Ia juga tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk menerima Ezam begitu sahaja kerana pada saya apa yang penting dia perlu terangkan terlebih dahulu mengenai tindakan dan kerosakkan yang pernah dilakukan dahulu,” ujarnya lagi.

Terdahulu sumber SuaraTV mendedahkan, Ezam dijangka akan kembali menyertai PKR dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik Wan Azizah sebagai presiden parti.

Malah sumber itu turut menjelaskan Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan dengan Ezam berhubung perkara itu. – SuaraTV