Tuesday, April 23, 2013

Cabaran Debat kepada Calon Bn N21 Sg Acheh

salinan surat yang telah dihantar tangan kepada Calon Bn
dan juga calon PAS pada hari penamaan calon
Sehingga hari ini semua persiapan berjalan lancar. che'GuBard yakin dan percaya Calon Bn yang dikatakan sarat dengan pengalaman sudah tentu sedia membentangkan idea dan tawaran beliau.

Jemput tonton SAMM TV


A day in the life

Sarapan 1 Malaysia

BR1M

AES

Saranan PAS ambil 3 kerusi dan PKR ambil 3 kerusi diterima. PAS sokong PKR di Dun Sg Acheh


Kenyataan Media
23 April 2013

PERSEFAHAMAN DICAPAI, ISYARAT TUNJUK JALAN KELUAR BUAT UMNO DAN BN

22 April 2013, Tuan Guru Presiden PAS dalam satu sidang media telah mengumumkan cadangan bagi mengakhiri masalah pertindihan calon Pakatan Rakyat, termasuklah kerusi DUN N21 Sg Acheh.

Alhamdulillah, cadangan bijaksana Presiden PAS telah diterima pakai oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PR dan secara langsung telah menyatukan Pakatan Rakyat untuk terus berada di posisi terbaik menyerang regim Bn.  Presiden PAS sendiri mencadangkan 6 kerusi yang bertindih PKR dan PAS diputuskan 3 kerusi diambil PAS dan 3 kerusi diambil PKR. Presiden PAS sendiri mencadangkan DUN Sg. Acheh ditandingi PKR.

Saya secara peribadi dan seluruh pasukan jentera PKR kempen PRU N21 DUN Sg., Acheh menyambut baik dan amat terharu dengan perkembangan tersebut. Saya yakin pendokong arus perubahan seluruh negara pasti tenang dan senang dengan keputusan ini kerana ini bukan persoalan Sg. Acheh semata tetapi perubahan keseluruhan peringkat nasional.

Selesainya isu pertindihan calon sekaligus menutup ruang pihak regim untuk terus mengekspoitasi isu remeh ini. Harapan lawan untuk mendapat laluan mudah telah berkecai dan kini masanya bagi Pakatan Rakyat tidak lagi menoleh ke belakang tetapi terus ke depan berjuang untuk rakyat khususnya di Sg Acheh ini.

PR tidak akan terperangkap dengan rentak lawan yang berubah sekelip mata. Pada mulanya pihak lawan berwatak menyerang PAS dari segenap sudut namun sejurus selepas isu pertindihan selesai, Sikap pujian melangit yang tidak ikhlas dihambur kepada PAS lantas memujuk PAS supaya terus bertanding di kerusi bertindih. Ini taktik 'syaitan yang dikenali' yang panik kehilangan kuasa.

Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf dan peristiwa dua-tiga hari di Sg Acheh ini cukup bermana sebagai pengalaman dan pengajaran ke depan. Jentera kempen PKR N 21 mempelawa jentera PRU PAS untuk sama dalam program kempen.

Di dalam kertas undi masih akan muncul ruang 3 calon bertanding, kekeliruan ini InsyaAllah akan ditangani dengan baik oleh PAS dan PKR. Amanat Pimpinan Tertinggi PR hasil kebijaksanaan Tuan Guru Presiden PAS sudah pasti akan diangkat dengan penuh rasa hormat.

Ayuh bersama Pertahan Pulau Pinang menuju Putrajaya - Pakatan Harapan Rakyat.


CHE'GUBARD
Calon Pakatan Rakyat
N 21 DUN Sg Acheh

Cerita Kapal Selam Negara

Saturday, April 20, 2013

N21 Sg Acheh: Pertembungan Berasaskan Politik Baru

Kenyataan Media
20 April 2013

N21 Sg Acheh: Pertembungan Berasaskan Politik Nilai

Selesai penamaan calon, menandakan bermulanya persaingan sebenar menambat hati pengundi di seluruh negara menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Dalam masa kurang dari 15 hari, akan berlaku 'pertempuran' politik di semua peringkat dengan pelbagai pendekatan. 

Namun untuk pertembungan di N21 Sg Acheh menyaksikan che'GuBard memilih persaingan yang berasaskan politik baru - Politik Nilai.

Selain daripada manifesto yang dibentang di peringkat nasional, setiap calon yang bertanding khususnya di Sg Acheh juga wajar membentang tawaran terbaik di peringkat setempat dan ia harus dibandingkan antara satu sama lain. Justeru itu, che'GuBard secara rasmi menjemput calon yang bertanding di Sg Acheh dipertemukan dalam sebuah wacana debat.

Cabaran debat ini merupakan wadah terbaik bagi menjelaskan kepada pengundi tempatan apakah peranan dan komitmen setiap calon sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat. Lebih penting, justifikasi arah tuju DUN Sg Acheh perlu diberi penekanan dan ditonjolkan di atas pentas yang sama. Akhirnya pengundi di Sg Acheh mendapat input kepentingan setempat untuk dijadikan pedoman sebelum membuat pilihan pada 5 Mei 2013.

Di kesempatan ini juga, che'GuBard perkenalkan 10 janji manifesto untuk Sg Acheh;
  • Menjadikan Sg Acheh, N.Tebal hub pertanian
  • Jambatan Kg Tanjung Berembang-pekan N.Tebal (RM20juta)
  • Pusat tuisyen dan pusat latihan vokasional percuma
  • Acara tahunan job fair buka ratusan peluang pekerjaan
  • Pusat aktiviti pembangunan belia dan perpaduan kaum serta agama
  • Pusat khidmat bergerak ke seluruh dun
  • Memanafaatkan kewujudan ipt untuk masyarakat setempat
  • Membangunkan dan merancakkan aktiviti ke arah sg.acheh sebagai pusat perlancongan
  • Memastikan pembangunan infra ke arah sg.acheh membangun seiring pembangunan negeri
  • Penumpunan program pemerkasaan wanita tempatan
Akhir sekali, che'Gubard menyeru kepada semua calon agar memilih pendekatan sihat dalam menjalankan kempen pilihanraya dan tidak menjadikan serangan peribadi sebagai senjata. che'GuBard yakin dan percaya bahawa kini tiba masanya untuk setiap calon mencerminkan kematangan dalam berpolitik dengan menjadikan politik nilai sebagai rencah sajian rakyat khususnya pengundi di Sg Acheh.

che'GuBard
Calon Pakatan Rakyat (PR)

Wednesday, April 17, 2013

Kempen PR di Sg Acheh Giat Dijalankan ; Akur sebarang keputusan pimpinan PR

Kenyataan Terbuka
17 April 2013

Kempen PR di Sg Acheh Giat Dijalankan

che'GuBard hari ini menafikan khabar berita yang mengatakan terdapat masalah di antara PAS dan PKR di DUN Sg Acheh.

Kempen menyantuni rakyat di Sg Acheh sedang giat dijalankan ketika ini oleh semua pihak dari Pakatan Rakyat. Kempen kesedaran juga dilaksana bagi memastikan Pulau Pinang dipertahan dan mendapat mandat lebih besar.

Seperti jaminan awal che'GuBard sebelum ini, tidak akan ada pertembungan 3 penjuru di Sg Acheh. Pasti hanya ada seorang calon PR sahaja akan berdepan dengan BN dan diyakini dalam tempoh 48 jam pimpinan PR (Majlis Presiden) akan putuskan siapa yang bakal mewakili PR di Sg Acheh. che'GuBard yakin pertimbangan yang dibuat adalah secara menyeluruh.

che'GuBard juga menyeru semua jentera khususnya PKR agar bersedia menerima apa jua keputusan itu nanti dan akan terus bekerja malah akan lebih agresif mendekati pengundi saat akhir bagi kemenangan PR.

Agenda kita memperkukuh kerajaan PR P.Pinang yang diiktiraf pentadbiran terbaik harus jelas dan mengatasi semua kepentingan lain. Hasrat Rakyat tidak wajar dikhianati.

Malah jika tidak terpilih che'GuBard tetap akan mengekalkan momentum jentera dan sendiri akan turun berkempen demi kemenangan rakyat. Kita bukan seperti BN yang dikenalpasti banyak tempat berlaku penutupan bilik gerakan kerana kecewa.

Kesempatan ini juga, che'GuBard menyeru untuk semua jentera BN yang kecewa untuk bersama dalam jentera rakyat dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat.

che'GuBard

SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN


Kenyataan Media

17 April 2012

SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN
Regim makin tertekan dengan kesedaran kebangkitan rakyat. Pasca pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat berjaya membawa pertembungan politik dalam negara kepada politik baru, politik ke arah perdebatan polisi dan tawaran. Namun regim terus tenggelam dalam politik kebencian, fitnah dan serangan peribadi. Politik video lucah dijaja bagi mengaibkan dan merosakkan minda rakyat.

Bukan seorang pemimpin musuh regim di fitnah menggunakan taktik ini terbaru ialah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Allah maha kaya, Dia yang mencipta masalah dan Dia juga yang memberikan penyelesaianya.
Hampir sebulan lepas kami telah dihubungi oleh orang hubungan di negara jiran memaklumkan bahawa siasatan rasmi telah dilakukan dan beberapa penemuan mengejutkan telah diperolehi. Simpati apabila melihat betapa fitnah amat jijik dikenakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat maka saksi penting dari negara jiran itu setuju datang secara sukarela menerangkan hasil siasatan yang menggemparkan.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk

SOLAT HAJAT DAN PEMBONGKARAN FITNAH VIDEO LUCAH
Tarikh   :               19 April 2013
Masa     :               8.00 malam
Tempat  :               Pusat Pengajian An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh

Acara akan dimulakan dengan solat hajat dan solat Isya’ berjemaah yang akan di imamkan oleh Ust. Mutalib (An Nahdhoh) kemudian dikuti ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu penerangan oleh che’GuBard (individu yang dijemput menonton video oleh ‘Datuk T’). Kemuncaknya ialah penerangan saksi dari luar negara sebelum penerangan oleh Hishamuddin Rais (graduan perfileman) dan rumusan oleh Datuk Johari Abdul.

Semua dijemput datang awal dengan membawa sejadah sendiri. Hadirlah beramai – ramai menyaksikan pembongkaran fitnah jijik dan bersama untuk mengakhirkan politik kotor ke arah menjadikan PRU ini bermakna dengan meletakkan politik baru yang berasaskan politik nilai dilandasanya.

Program ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia dan Briget Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

Sekian untuk makluman.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Penganut Hindu wajib tolak Umno Bn

MEMPERJUANGKAN MELAYU ISLAM DENGAN MENCARUT ?



SAH UMNO TERLIBAT DEMO HINA AGAMA HINDU PIJAK KEPALA LEMBU

SETELAH DISERANG TERUK ZUL NORDIN CUBA ALIHKAN ISU DENGAN ME NGATAKAN VIDEO LAMA KETIKA DALAM PAS AKHIRNYA DI ADITANGKAP MENIPU LAGI


PAPAN TANDA BN UMPAMA LUDAH KE LANGIT

Tuesday, April 16, 2013

"GERAKAN HARAMKAN UMNO" - LANGKAH SETERUSNYA : INJUNKSI


Adalah dimaklumkan bahawa pada pagi 16 April 2013, SAMM dan kumpulan Revolusi 13 meneruskan langkah 'Gerakan Haramkan Umno' ke fasa seterusnya iaitu memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta melalui pasukan peguam yang dilantik.

Sehubungan itu, pihak kami berhasrat menjemput semua pengamal media untuk membuat liputan ke atas sebuah sidang media yang akan diadakan pada masa dan waktu seperti di bawah;

Tarikh: 16 April 2013 (selasa)
Masa: 12.00 tgh
Lokasi: Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut

Kami juga menjemput semua penggerak blog (blogger) dan juga facebooker untuk hadir bersama dan membantu hebahan ini.

Terima kasih

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Dato Tarmizi Mohd Jam
Pengelola Kumpulan Revolusi 13

Monday, April 15, 2013

MUAFAKAT MEMENANGI DUN N21 SUNGAI ACHEH

K E N Y A T A A N   M E D I A   R A S M I


MUAFAKAT MEMENANGI DUN N21 SUNGAI ACHEH
13 APRIL 2013

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) sentiasa menghormati dan menghargai kesepakatan dan ukhwah yang telah terjalin di antara KEADILAN – PAS – DAP. Semenjak awal penubuhan PAKATAN, perjanjian yang termeterai melalui Dasar Bersama menjadi dokumen penting untuk masa depan politik bangsa Malaysia. Kerjasama yang terjalin menampakkan hasilnya apabila hari ini regim Barisan Nasional berada di kedudukan paling kritikal dalam sejarah.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) yakin dengan momentum semangat rakyat Pulau Pinang untuk mengekalkan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU 13, kita juga yakin PRU 13 ini adalah peluang terbaik kita untuk memenangi beberapa kerusi majoriti Melayu seperti N21 Sungai Acheh dan menenggelamkan UMNO/BN. Namun usaha ini akan terencat jika kita tidak memahami matlamat yang utama iaitu menumbangkan Barisan Nasional.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) berasa terkilan dengan beberapa siri serangan peribadi yang mula dilancarkan pada Saudara Badrul Hisham Saharin yang diumumkan sebagai calon KEADILAN untuk N21 Sungai Acheh pada 9 April lalu. Serangan di media sosial sehinggakan pendedahan maklumat peribadi mengenai Saudara Badrul dikhuatiri akan meletakkan diri beliau dan keluarga di dalam ancaman. Sikap seperti ini harus dihentikan.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru kepada semua pihak, termasuk kepada Calon PAS, Ustaz Yusni Mat Piah untuk sama – sama turun berkempen di Sungai Acheh bersama Calon KEADILAN, Saudara Badrul Hisham. Langkah yang terbaik adalah untuk menyerahkan keputusan kedudukan kerusi N21 Sungai Acheh kepada Majlis Pimpinan Pakatan untuk ditentukan. Memastikan kemenangan siapa pun calon PAKATAN di Sungai Acheh adalah lebih bermakna daripada kita terus membiarkan regim Barisan Nasional terus berkuasa


Sekian, terima kasih.

AHMAD AZRIZAL TAHIR
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

Friday, April 12, 2013

Malaysia is world champion in corruption ?

看着自己的国家被人批评,但又没有资格反驳!真的很心痛

马来西亚是世界贪污冠军!
Malaysia is world champion in corruption!

请全马人民看后记得大力share出去给你们的朋友看share!

看看美国《华尔街日报》报道如何报道大马是全球贪污冠军
U help me,I help U!这次阿Jib Gor总算为大马【吐气扬眉】了!
全世界最腐败贪污的国家, 真的光宗耀祖了!

Washington, December 13, 2012,美国《华尔街日报》报道~

Despite Malaysia's high-profile anti-corruption crusade, half of the corporate executives surveyed by a global corruption watchdog believe that competitors have obtained business in the country through bribery.


Transparency International said Malaysia scored worst in the 2012


Bribe Payers Survey.It asked nearly 3,000 executives from 30 countries whether they had lost a contract in the past year because competitors paid a bribe, and in Malaysia, 50% of them said 'yes'.


Second on the dubious honor roll was Mexico, which was at 48%.


According to the Wall Street Journal, Japan was ranked as the world's least-corrupt place to do business, with just 2% of respondents saying they had lost out due to bribery.


Malaysia's neighbour Singapore was second-cleanest, which was at 9%.


Even Indonesia, with a long-standing reputation for corruption, fared better than more-developed Malaysia.


By comparison, 27% of respondents in China said they thought bribes had cost them business, the report said.


"It shows the attitude of private companies in Malaysia, indicating that bribery in the public sector could be systemic and in a sense institutionalized," Paul Low, president of the Malaysian chapter of Transparency International, said.

Caj tersembunyi dalam bil elektrik (TNB)


Semua diminta rujukcaj tersembunyi dalam bil elektrik (TNB), atas nama 'menyelamat alam sekitar' caj 1 % dikenakan. Banyak caj dan cukai tersembunyi...tengok wayang ada cukai hiburan, makan pun ada cukai.... Bn menang GST sepenuhnya akan dilaksana

Thursday, April 11, 2013

Respon mengenai kerusi DUN Sungai Acheh

Kenyataan Umum

11 April 2013

RESPON KERUSI DUN SG. ACHEH
  1. 27 Mac 2013 che'GuBard telah membuat kenyataan yang mempertegaskan
    • sedia menjadi jentera biasa dalam PRU akan datang, menyeru semua anak muda perbagai peringkat menyatukan kekuatan bagi menumbang regim. PRU 13 merupakan PRU penting untuk membuat perubahan besar.
    • tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 , pasti akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.
      klik sini untuk baca lanjut


  2. Namun pada 9 April lepas Parti Keadilan Rakyat melalui kenyataan Pengerusi MPN Pulau Pinang telah mengumumkan che'GuBard dipilih menggalas amanah parti bagi mewakili PR di DUN Sg. Acheh, P.Pinang
  3. Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che'GuBard. Rumah kedua che'GuBard di N.Tebal,ia merupakan kampung mertua che'GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che'GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che'Gubard punya ramai juga kenalan di sini, pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.
  4. Dari segi perjuangan bersama masyarakat banyak terlibat antaranya memperjuangkan isu tanah penternakan kerang, menggunakan hubungan baik dengan pimpinan kerajaan negeri akhirnya tuntutan penternak kerang di Sungai Udang (dalam kawasan Sungai Acheh) berjaya ditunaikan oleh kerajaan negeri setelah tidak didengari pun oleh kerajaan negeri (Bn) sebelum ini sekian lama.
  5. Awal tahun 2012, che'GuBard sudah mula bermastautin di N.Tebal atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, malah atas pelawaan dan permintaan Datuk Dr. Mansor Othman sendiri secara berdepan untuk che'GuBard turun membantu di kawasan tersebut khususnya kerana ahli parlimen PKR telah meninggalkan parti.
  6. Semenjak itu bukan sedikit program yang dibuat dari sumbangan kebajikan hinggalah kepada program anak muda dipergiat. Bukan sahaja program berbuka puasa tetapi kubu Umno di tembusi dengan ziarah dan bersahur bersama keluarga yang kurang bernasib baik. Jentera PR banyak membantu dari perbagai segi.
  7.  Satu pusat khidmat dan pejabat aktiviti Parlimen N.Tebal telah dibuka dan aktif di rumah kedai dua tingkat. Puluhan aduan tiap minggu diuruskan.
  8. Namun apabila parti mengumumkan Datuk Dr. Mansor yang menjemput che'GuBard ke N.Tebal sebagai calon, che'GuBard menyambut dengan baik. Jentera sedikit sebanyak yang terbina terus bergerak agresif bagi membantu calon PR.
  9. Memahami soal kerusi dan siapa bukan soal utama tetapi pembelaan rakyat dan memperkukuh parti (PR) dalam menumbangkan regim harus dijadikan matlamat utama. Siapa pun dalam beroganisasi harus akur dengan keputusan siapa terpilih mewakili.
  10. Kenyataan 2 April, Pengerusi MPN P.Pinang diangkat sebagai arahan parti dan  akur dengan amanah yang diberikan. Melihat ruang dan peluang untuk mengembeling Suara dan idealisma muda untuk P.Pinang seterusnya menjadikan kawasan paling selatan di Pulau Pinang bangun seiring dengan arus pembangunan negeri yang diiktiraf sebagai antara negeri yang ditadbir dengan cara terbaik berdasar rekod laporan audit negara.
  11. Namun 10 April 2013 PAS pula telah membuat pengumuman nama calon di kawasan DUN Sg. Acheh juga. Respon che'GuBard mudah, yang kita harus hadapi ialah regim bn, cabaran kita ialah memperkasakan kuasa rakyat. che'GuBard sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. che'GuBard meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini. Seperti yang pernah tegaskan bertanding bukan sasaran,  sedia menjadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat.
  12. Semua jentera dan aktivis PR serta rakyat yang cintakan perubahan, che'GuBard memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat. Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir dari keputusan gelombang rakyat 2008, telah teruji dengan perbagai mehnah dan cukup matang untuk berdepan dengan PRU ke 13 sebagai sebuah gabungan yang bakal mentadbir negara.
  13. Semua jentera PR dan aktivis rakyat harus bersekutu demi menghadapi regim. Ini masa terbaik.
Ini kalilah !

che'GuBard





Wednesday, April 10, 2013

(video) Isu Altantuya & Kapal Selam Scorpene

(video) Nak bantu bekas polis Bn ambil komisyen ?

isu ini telah dibuat laporan SPRM, telah dibangkitkan di Parlimen tetapi tiada yang berani menjawab !
Bn zalimi bekas polis.

Video : Rusuhan jika Bn hilang kuasa buktinya Sabah Mahathir arah huru hara.


Skrip Terlewat : Rosmah jadi bibik besan tengok cincin ..!!

rosmah sultan
Skrip Terlewat : Rosmah jadi bibik besan tengok cincin ..!!

Semakin menarik nampaknya cerita cincin permata RM24juta. Isu cincin ni sebenarnya dah pun agak tenggelam dengan pelbagai isu dan skandal yang membabitkan keluarga Rosmah dan isterinya, Najib si bibir merah.

Setelah hampir dua tahun isu ini timbul, barulah muncul Philip Nassimi (gambar bawah) Pengarah Barang Kemas Jacob & Co membuat penjelasan, “Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring” 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.
Selama ini rakyat tidak pernah mendengar Rosmah menyebut mengenai kedatangan Maira, besannya ke Seri Perdana untuk ‘melihat’ cincin berkenaan. Andainya memang betul cincin yang dipersoalkan itu dihantar kepada Maira ketika beliau (Maira) berkunjung ke kediaman Rosmah, logiknya, itulah alasan pertama yang akan diberikan oleh Rosmah apabila isu ini mula-mula ditimbulkan hampir dua tahun lalu. 
Mengapa Rosmah sanggup bersumpah bahawa cincin itu tidak ada pada dirinya, tapi tidak pernah walau sekalipun menyebut cincin berkenaan dihantar kepada Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev? Mengapa baru sekarang, muncul tukang emas membuat cerita bahawa cincin itu ditujukan kepada Maria yang berkunjung ke mahligai Rosmah?
Logiknya, jika penerangan si tukang emas yang mengatakan Maira adalah pelanggan setia, apa perlunya Maira meminta cincin berkenaan dikirim kepadanya ketika beliau mengunjungi Rosmah di Putrajaya? Maira sebagai isteri seorang Presiden sebuah negara, boleh sahaja terbang ke Jacob & Co, Amerika Syarikat untuk melihat sendiri cincin berkenaan. Ataupun, minta cincin berkenaan dikirim kepadanya ketika beliau berada di negaranya, Kazakstan.
Tapi yang lebih menarik, sejak sekian lama isu ini menjadi ‘bualan hingga ke peringkat antarabangsa’ mengapa Maira tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjelaskan isu cincin RM24 ini.
Sepatutnya, Maira sudah sedia maklum bahawa isu cincin yang kononnya ingin beliau lihat, telah menyeret Rosmah, yang bakal menjadi besan beliau. Sepatutnya, beliaulah orang pertama yang akan membuat penjelasan. Bukan tukang emas kedai cincin!!
 Baca kenyataan SAMM klik di sini

Salahguna jentera kerajaan Bn bukti Bn tak mampu ; sudah tak mampu bersikap 'gangster pula.


Pada 8 April 2013 dalam kawasan Pilihanraya Batu jelas kelihatan tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN untuk kawasan parlimen di situ.

Kenderaan ini bagi memasang pembesar suara dan membawa petugas kementerian bagi membantu jentera Bn. Ini satu pencabulan demokrasi dan penyalahgunaan wang rakyat yang serius. Ia bukan kes terpencil tetapi ia merupakan amalan salah yang menjadi budaya oleh regim Bn.

Amat malang sekali apabila budaya amalan salah ini dipertahankan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang dengan jelas mempertahankan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan dalam acara anjuran parti itu dalam, satu temuramah yang dilakukan oleh Malaysiakini.

Beliau berpendapat, salahguna kuasa ini halal kerana BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian.

 Bukan itu sahaja ketika wartawan Malaysiakini hadir meminta penjelasan penganjur program Bn di parlimen Batu yang jelas menyalah guna jentera awam dan harta rakyat, wartawan Malaysiakini diugut ala samseng.

Menurut laporan Malaysiakini, Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.

Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.

Suhaimi: Kenapa?

Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...

Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.

Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.

Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.

Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?

Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."

Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".

Tuesday, April 09, 2013

Terbitan semua Najib Wasatiyyah sambut besday


Pernah didedahkan dan tidak berjawab iaitu pendedahan perbelanjaan mewah hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 di Seri Perdana berjumlah RM79,053.

Majlis tersebut menyajikan 47 juadah istimewa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Berdasarkan ‘Banquet of Order’ (BEO), majlis tersebut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia adalah majlis peribadi Najib.

Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran ‘Batak’ (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.

Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79, 053.

Turut didedahkan bukti baru yang belum disangkal Najib berhubung tempahan majlis pertunangan anaknya di Hotel Shangri-La atas nama pejabat Perdana Menteri.

Salinan BOE Shangri-La Hotel yang dikemukakan menunjukkan pada ruang ‘function’ bertulis ‘Private Dinner hosted by PM’.

Manakala alamat penganjur ialah ‘Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan’, iaitu pejabat Perdana Menteri sendiri.

Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan, tetapi ketelusan dan operasi pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan kepentingan peribadi dengan tugasan rasmi.

Najib menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Tapi gagal menunjukkan contoh,berbeza dengan slogan yang dilaungkan BN seperti dasar ETP (Program Transformasi Politik).



Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung penaja, apakah ia tidak mempengaruhi keputusan Najib selama ini? Dan wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ dan kesederhanaan diperkenalkannya sendiri dalam pentadbiran.

Katanya lagi, sementara rakyat ‘ikat perut’ dan berjimat cermat, purata belanja hari jadi Najib yang mencecah RM800 itu lebih tinggi dari pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang berjumlah hanya RM500.

Tahniah Datuk Seri Najib kerana berjaya menunjukkan contoh wasatiyyah terbaik untuk diteladani oleh rakyat.

Monday, April 08, 2013

Cincin RM24J: Mengapa Plot Hadir Selepas Hampir 2 Tahun?

(no 1) Imelda-Rosmah
Kenyataan Media
7 April 2013

Cincin RM24J: Mengapa Plot Hadir Selepas Hampir 2 Tahun?

Berikutan kemunculan sebuah wawancara mengenai cincin berlian RM24 juta, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menegaskan bahawa kredibililti wawancara tersebut sangsi dan mencurigakan.

Terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan ekoran ‘cubaan’ untuk menutup persepsi besar namun dilihat menimbulkan lebih banyak polemik, antaranya;

1. SAMM pada awalnya mempersoalkan mengapa nama Datin Paduka Rosmah Mansor tertera dalam borang kastam K1, menjadi satu bukti yang tidak mampu disangkal. Namun mengapa penafian pertama rosmah pada 29 Julai 2011, tidak digunakan ruang ini untuk menjelaskan perihal sebenar? Rosmah hanya nafi tanpa penjelasan.
2. Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video hanya setelah hampir dua tahun isu ‘cincin Imelda Rosmah RM24 juta’ menggemparkan negara? Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius.
3. Jika benar cincin tersebut masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran, mengapa borang kastam K1 digunakan dan mengapa tidak guna borang ATA CARNET? Borang ATA CARNET diperuntukkan untuk sebarang bentuk pameran.
4. Bila tarikh sebenar cincin tersebut keluar dari Malaysia? Apakah 20 April 2011 seperti dilaporkan? Parlimen membuat kenyataan bertulis bahawa cincin tersebut dipulangkan semula kepada syarikat ‘pemilik asal’ selepas beberapa hari di Malaysia, sedangkan bulan lalu dilaporkan di media bahawa cincin tersebut dipulangkan setahun selepas masuk ke Malaysia. Mana satu yang betul? Apakah perubahan kenyataan ini berlaku kerana borang kastam K2 yang didedahkan dulu telah dibuktikan oleh SAMM sebagai satu cubaan menipu?
5. Bagaimana besan kepada Perdana Menteri turut terlibat? Apa kena mengena besan Perdana Menteri sehingga terpalit nama Rosmah Mansor dalam dokumen rasmi melibatkan harta bernilai RM24 juta?

Dalam risalah cincin yang diterbit SAMM, terdapat juga pendedahan sekeping gambar yang menunjukkan Rosmah memakai sebuah gelang bertatah berlian. Setelah diperiksa, gelang tersebut dinamakan “Zebra Safari” berharga RM1.65 juta. Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya.

Bagi SAMM, pendedahan isu cincin RM24 juta ini menjadi satu titik tolak penting kerana selepas itu lebih banyak lagi pendedahan membongkar pekung kebobrokan negara seperti pendedahan NFC dan beberapa kes keluarga menteri dianugerah projek. Isu cincin ini menjadi pendorong untuk pegawai kerajaan tampil berani menyalurkan maklumat ketirisan wang rakyat.

Akhir sekali, SAMM tidak menolak kemungkinan pendedahan cincin RM24 juta ini sebenarnya telah menggagalkan pemilikkan cincin tersebut dan seterusnya menyelamatkan wang negara ini dari terus dibazirkan kepada pihak ‘jahat’.

che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia