When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Saturday, February 27, 2010
Umno hina Hari Keputeraan Rasulullah
Umno sebenarnya tidak pernah serius mengangkat sunnah namun hanya sibuk dengan cogankata dalam sambutan tersebut. Ketika Rasullullah dihina oleh Presiden Umno, Mahathir Mohamad hampir semua pemimpin Umno hanya membisu.
Umno sibuk dengan Kerajaan Pulau Pinang yang konon tak buat perarakan tetapi apabila didedahkan Johor, Pahang dan Perlis didedahkan turut tidak membuat perarakan maka Umno tersipu senyap. Kemudian setelah kerajaan Pulau Pinang meneruskan agenda perarakan sambutan Maulidur Rasul, regim Bn pula sibuk cuba menggagalkan dengan perbagai usaha. Jabatan Penerangan Negeri dibawah Menteri Penerangan dengan sengaja tidak menghantar alat siaraya.
Di kebanyakan negeri pula Sambutan Maulidur Rasul telah dipolitik dengan membawa bendera Umno sama berarak. Ini sudah melampau mempolitikkan program keagamaan. Ini satu penghinaan terhadap Rasullullah. Gambar di atas yang dipetik dari Utusan ialah bukti jelas.
Dan sedar atau tidak Sure Heboh atau Jom Heboh yang pernah ada Mufti Kerajaan Negeri tegur dan kata haram diadakan di Bukit Jalil oleh TV3 mula 26 Feb. (hari Keputeraan Rasullullah) .....bayangkan kalau Tv3 itu punya negeri bukan dibawah Bn nescaya bergegarlah seranganya... tapi yang pro Bn buat semua halal...
Saturday, February 20, 2010
Promosi teater ANTARA
Harap kita sama dapat bantu menyokong dunia seni pentas negara. Erma sebelum ini pernah mengangkat karya SIRAH JUNJUNGAN, walaupun mempunyai masej yang baik dan digarap dengan bagus namun sambutan agak dingin.
Di sini cheGuBard sama bantu sedikit promosi menggunakan ruang blog ini.
Karya Antara... yang dibawakan oleh Antipop Event Solutions Sdn. Bhd. dengan kerjasama Istana Budaya itu bakal dipentaskan di Panggung Sari pada 26, 27 dan 28 Februari ini.
Peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250 dengan menghubungi talian 03-4149 8600 atau layari www.ticket2u.biz.
Jawatan PM Najib Lonjak Nazir Antara Individu Terkaya Malaysia
KUALA LUMPUR, 20 Feb - Tindakan Umno-BN bersama kroni mengumpul kekayaan melalui penyalahgunaan kuasa bukan sahaja melambangkan 'kerakusan' untuk terus mempertahankan kuasa serta kedudukan tetapi sebaliknya bertujuan menambah beban rakyat.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shahrin atau CheGuBard menyelar demikian ketika mengulas pendedahan senarai Malaysian Business yang melaporkan adik Perdana Menteri Datuk Seri Nazir Razak tersenarai antara 40 individu terkaya di Malaysia.
Nazir yang menguasai CIMB Group muncul dalam senarai itu kurang setahun abangnya Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri.
Seperti tahun lepas, kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham individu di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari tahun ini.
"Ketika zaman Dr Mahathir dahulu berapa banyak kekayaan yang disonglap beliau bersama kroni-kroninya termasuk anak beliau Mokhzani. Begitu juga Pak Lah yang begitu rakus membenarkan kaedah yang sama digunapakai untuk kepentingan anaknya, Kamaruddin sehingga pernah tersenarai antara yang terkaya di Malaysia. Sekarang, Najib pula berjaya memasuki dalam kategori sama mengaut harta secara gelap untuk diberikan kepada adiknya, Nazir, bersama ribuan kroni-kroni mereka," kata beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.
Beliau juga membidas kepimpinan rejim Umno-BN yang mementingkan kekayaan namun tegar mengenepikan kepentingan rakyat termasuk menghancurkan masa depan orang Melayu walaupun memerintah negara selama 50 tahun.
"Kita lihat sendiri bagaimana mereka sanggup meminggirkan bangsa sendiri menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada mulanya diwujudkan untuk membela orang-orang Melayu, tetapi gagal.
"Bukan itu sahaja, kekayaan mereka terus bertambah tetapi rakyat yang miskin semakin dihimpit beban yang tidak mampu lagi ditanggung berikutan kenaikan harga barangan termasuk harga minyak akan turut dinaikkan," jelas Badrul lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa rakyat untuk merubah lanskap kehidupan mereka bersama Pakatan Rakyat supaya jauh lebih baik berbanding di bawah pemerintahan BN.
Sementara itu Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkota “Raja Gula” tahun lepas masih mendahului senarai dengan kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion setahun lalu. - petikan suara keadilan
Demo KJ depan kedutaan Australia penuh kontroversi
Demontrasi tersebut tidak didokong oleh Mca dan Gerakan. Ini kemungkinan kerana Mca dan Gerakan lebih memahami peranan negara - negara lain dalam dunia globalisasi ini. Bukan sahaja 2 komponen ini rakyat juga seharusnya sedar dalam satu masa KJ protes kononya campur tangan asing dalam mendesak pelaksanaan keadilan, namun KJ membisu apabila sistem pertahanan Malaysia dicampuri oleh Amerika. KJ membisu apabila pesawat perang Amerika membuat latihan perang bebas dalam negara yang jelas mencemar kedaulatan. KJ membisu apabila PM melantik APCO (syarikat perunding imej Zionis) yang merupakan syarikat perunding imej PM Israel. Najib dan Umno terpaksa juga sanggup melantik syarikat perunding Zionis ini demi mematahkan imej dan penghormatan dunia terhadap Anwar. APCO yang dibayar jutaan (menurut sumber RM20 juta) wang rakyat juga berperanan kononya mampu membersihkan imej Najib yang terpalit perbagai skandal dan rasuah khususnya kes Altantuya.
Umno tidak pernah hilang dengan sentimen perkauman sempit, dibawah ialah petikan blog pro Umno yang telah mengambil kesempatan ketidak hadiran gerakan dan mca dengan membakar sentimen perkauman.
Keduanya banyak blog pro Umno mengakatakan demo tersebut ialah anjuran 'bloggers' pro Umno tetapi telah dirampas oleh KJ. Ramai 'bloggers' pro Umno telah mengatakan kekecewaan mereka apabila KJ hadir dan 'merampas' program yang mereka rancang.
Ketiga, inilah demontsrasi atau program bertujuan menarik perhatian media dunia yang paling banyak bahan 'pameran' salah eja. Menurut sumber dalaman mengatakan kain pemidang yang dibawa ke depan kedutaan tersebut memang banyak, malah hampir semua sengaja disalah eja untuk sabotaj imej KJ.
Kesian dengan KJ rupanya demo depan Kedutaan Australia itu lebih menyerlahkan dan memparahkan serangan dalaman Umno yang kamu berdepan.
Moga KJ tabah berdepan dengan serangan 'geng Mahathir' dalam Umno, namun cheGuBard percaya dan yakin KJ mampu berdepan kerana 'geng Mahathir' yang nak benam KJ termasuk bloggers hanya hangat - hangat tahi ayam.
Friday, February 19, 2010
di Perlis, Pahang dan Johor juga tak ada perarakan Maulud Nabi....media sentiasa nak bodohkan
Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.
"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.
Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.
"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.
"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.
"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.
Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.
Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.
Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.
"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.
Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.
Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.
"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.
Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.
Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran
"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.
Terima kasih dan tahniah pada semua yang menjayakan Majlis Zikir dan Ya'sin Munajat
Pada 18 Mac yang lalu SAMM telah berjaya mengadakan Majlis Zikir dan Ya'sin Munajat di luar Mahkamah sementara kes perbicaraan DSAI berlansung. Majlis yang di imamkan oleh Ust. Badrul Amin ini telah diikuti lebih 70 orang penyokong yang hadir yang kebanyakanya ialah aktivis SAMM dan ahli KEADILAN dari Rembau yang digerakkan untuk hadir pada hari tersebut.
SAMM turut menginfaqkan/menghadiahkan 70 surah Yasin percuma kepada yang menyertai majlis tersebut.
Majlis ini diadakan sebagai tanda 'penyerahan' kepada Allah memohon DSAI diselamatkan dari fitnah dan perancangan konspirasi jahat lalu seterusnya memohon agar Malaysia diselamatkan.
SAMM mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan menjayakan majlis tersebut.
SAMM juga merakamkan rasa kecewa dengan 'cacian' terutamanya dari bloggers upahan pro Umno yang mencaci majlis tersebut. Sedarlah walau apapun kita sama makhluk kejadian tuhan dan seharusnya kepada Allah jua kita memohon.
Thursday, February 18, 2010
Anwar terus fokus bantu rakyat
Seramai 300 penduduk di Hulu Kelang dan Puchong merupakan kumpulan terawal yang berjaya memiliki rumah di Selangor melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.Penduduk berkenaan akan menerima kunci rumah masing-masing di Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong dari Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, demikian kenyataan pejabat penasihat ekonomi Selangor itu.
Skim berkenaan dimulakan tahun lalu melalui pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM5 bilion, bagi memulihkan hampir 5,000 unit rumah terbengkalai di 141 kawasan perumahan di Selangor."(Pemulihan rumah terbengkalai ini bertujuan) membantu pembeli yang kebanyakannya golongan berpendapatan sederhana dan rendah, yang tidak dibela sejak sekian lama, akibat menanggung hutang pinjaman walaupun rumah belian mereka tidak dapat disiapkan.
"Kerajaan negeri akan menyuntik bantuan dalam bentuk underwriting (jaminan bayar balik) bagi projek yang tidak dapat dipulihkan oleh pihak swasta dengan melibatkan kontraktor baru melalui tender terbuka.
"Kerajaan negeri menyediakan geran bayar balik kepada perunding perumahan yang berminat untuk menyelamatkan projek perumahan yang terbengkalai," kata kenyataan itu lagi.Program itu diselia oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib (kanan) dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran dari syarikat swasta.
Jawatankuasa itu pula diletakkan di bawah jawatankuasa induk yang akan turut dianggotai exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.
Menurut kenyataan itu lagi, lapan projek perumahan berjaya disiapkan, manakala 42 lagi diambil alih dari pemaju dan kontraktor bermasalah sehingga Jun tahun lalu.
"Kerajaan Selangor mensasarkan 20 peratus daripada jumlah keseluruhan unit, dapat dipulihkan dan diserahkan kepada pembeli bagi tahun 2010," katanya.
Wednesday, February 17, 2010
Chegubard's family home raided over Altantuya book-VCDs
According to Badrul, popularly known as Chegubard, two police cars swooped down at his family home earlier this week, creating unnecessary noise and attention in a bid to embarrass them in front of their neighbours.
“But strangely the police didn’t have any warrant - the document they needed to have the most," Chegubard told Harakahdaily.
"Where is their respect for proper procedure and civilian rights? They also threatened to return with a warrant after my parents refused to entertain them."
Pussycat overseas, autocrat at home
A member of the PKR supreme council, Chegubard is a prominent human rights activist. He has often irked the Najib administration with his bombshell ceramahs or political lectures containing vivid details of how and why Altantuya had to be killed.
Altantuya was a 28-year Mongolian translator who was shot in the head and her body blown up with explosives by two former bodyguards of Najib and his wife Rosmah Mansor. The gruesome murder, which has been splashed on international headlines across the world, took place in Selangor in 2006.
A private investigator P Balasubramaniam hired by Najib’s close associate Razak Baginda has gone on record to say that Altantuya was the PM’s mistress at one time. Both Najib and Rosmah have however denied ever knowing her.
Nevertheless, the rumour mill has continued to churn as till now, no one can explain why the two bodyguards – who had never met Altantuya before - would want to kill her.
“The police harassment is obviously an act of intimidation. Najib is afraid of the truth contained within the book-and-video set," Chegubard said.
“In front of the foreign media when they grill him about Altantuya, he is like a pussycat. But here at home with his own citizens, he behaves like an autocrat using the full might of the government machinery to go after them and cover up his misdeeds.
Behind the Altantuya Murder Mystery a bestseller
Chegubard had put on sale a package containing a book entitled 'Behind the Altantuya Murder Mystery' and two VCDS. The first VCD is a compilation of the Altantuya murder trial and a series of lectures on Rosmah’s alleged role in it.
The second VCD is a recording of three statements made by Najib with regard to his meeting with Saiful Bukhari Azlan and their alleged plot to topple Opposition Leader Anwar Ibrahim by framing him for sodomy.
The package priced at RM15 per set has been selling like hot cakes on the political lecture circuit.
Saturday, February 13, 2010
berita bergambar dari SAMM blog
Malam itu YB Nurul Izzah, YB Nik Nazmi, YB Lih Kang (DUN Teja), YB Dr. Lee Boon Chye, YDP PAS...ramai berucap cheGuBard mula ceramah 11.35 mlm dan 'makan lajak' tamat 12.25 tgh malam.....
Ceramah Umum dan taklimat Kes DSAI di Teluk Intan
selepas ceramah sekarang tak boleh terus beredar, kena sign buku
Pulau Pinang teruskan perarakan Maulidur Rasul
Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.
"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.
Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.
Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.
Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.
Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.
Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.
Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.
What sort of probe is Hisham conducting against RPK's son?
Hishammuddin had a day ago said that he had already instructed the Prisons Department to lodge a report so that a full-scale police probe could be launched. However, according to Raja Petra, the police are not investigating the torture allegations against the prison authorities but whether his son had tried to committed suicide - an offense punishable by imprisonment.
“In fairness to all parties involved, I would urge Malaysians not to accept the words of our Home Minister at face value. Who gave Raja Azman the razor blade, how come he had a hand phone while in prison,” Badrul Hisham Shaharin, PKR supreme council member, told Harakahdaily.
“There have been too many cases of abuse and even deaths under government custody. Remember the police also initially denied Kugan Ananthan had been tortured to death. Now they admit one of their black sheep officers was involved.”
Holding RPK to ransom
Raja Azman, the 34-year second son of Raja Petra, was in remand at the Sungai Buloh prison on suspicion of theft. News had leaked earlier in the week that he had to be rushed to hospital with injuries on his wrist and may have been forced to swallowed a razor blade.
He has since confirmed to his lawyers that he was beaten by prison guards with a metal rod for possessing a hand-phone. He also said he could not tolerate the physical and mental torture anymore and had swallowed a razor blade, which is still lodged inside his stomach.
The revelations sparked a huge outcry that Prime Minister Najib Razak’s government was torturing Raja Azman to get back at his father.
Raja Petra, the editor of the popular Malaysia Today news portal, has long been a thorn in the flesh of the ruling Umno-BN government. He has frequently exposed misconduct and corruption at the highest echelon in the administration and within Umno, the biggest political party.
One of his biggest bombshells involved Najib and his wife Rosmah Mansor and their alleged links to the Altantuya Shaariibuu murder case.
Forced to flee the country because of his ‘hot’ news, Raja Petra is now afraid the government may be trying to hold him to ransom by convicting his son for attempted suicide. In a bid to shut him up, the authorities have already launched a global manhunt to extradite him for sedition charges.
“The police, however, are investigating his ‘attempted suicide’, which is a crime. This means they can charge him and, if found guilty (which would be easy to do), he can be sent to jail,” Raja Petra wrote in his blog.
“He is already in jail, although merely under remand while awaiting trial. Now he can be kept in jail to serve a sentence for the crime of attempted suicide as well. So the issue of bail may be academic after all. If my son is convicted of attempted suicide the issue of bail no longer applies.”
Proper medical care and undue delay
Raja Azman's lawyers plan to refer the case to Suhakam, the Malaysian Human Rights Commission.
Raja Azman had in May 2009 pleaded guilty at the Magistrates Court to four separate counts of theft, receiving stolen property and criminal trespass. He was then unrepresented and a month later changed his plea to 'not guilty' after his family secured legal counsel for him.
“We do not understand the delay in his case. Why has he been under remand for so long,” asked PAS vice president Salahuddin Ayub."We hope the authorities will extend to him due and proper medical care while they carry out their probe."
Thursday, February 11, 2010
Arahan kepada yang ingin memiliki buku 'di sebalik misteri pembunuhan Altantuya'
Semalam PDRM (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman) sudah 'berkunjung' ke rumah ibu bapa che'GuBard. Mereka janji datang lagi dengan waran geledah kerana mereka pulang hampa kerana dihalau oleh ibu cheGuBard. Jika dengan waran geledah mereka juga pasti hampa kerana buku itu tiada di situ. sila klik untuk baca mengenai 'sebuan' polis.
Memang arahan penghantaran cek atau wang pos menggunakan alamat rumah tersebut tetapi ia hanya menjadi tempat penerimaan wang pos atau cek segala urusan lain di uruskan oleh pihak lain dan di tempat lain.
Makanya kepada yang hendak membeli buku tersebut, harap elakkan juga terus 'terjah' ke rumah tersebut. Ingat hanya hantar cek atau wang pos.
Buku ini akan dijual dengan set
- 1 buku 'Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya'
- 1 vcd - menerangkan pertikaian kes Altantuya, kompilasi rakaman 'Perempuan Puaka', kompilasi ceramah mengenai Rosmah
- 1 dvd - merakamkan 3 kenyataan Najib yang jelas berbeza dan menipu mengenai Saiful, dvd ini juga menerangkan apa yang dikatakan konspirasi fitnah 2 dan mengandungi fatwa Yusuf Qardawi
Sila ikuti dengan teliti cara pembelian di bawah.
cara 1
- hantar wang pos / cek bernilai RM 17 (untuk satu set) - Sabah dan Sarawak sila tambah RM5- atas nama BADRUL HISHAM SHAHARIN ke alamat 338, Taman Bukit Chedang, 70300 Seremban. (ingat hantar cek atau wang pos sahaja, datang sendiri tak dilayan malah akan kena marah dengan mak cheGuBard hahahaha)
- jangan lupa hantar sertakan nama, alamat dan bilangan buku untuk penghantaran.
- Bank in ke akaun Hong Leong Bank no. akaun 19951001018 atas nama BADRUL HISHAM SHAHARIN. RM 17 bagi tiap set.
- Kemudian sms ke 0176688404 butiran seperti tarikh, masa, cawangan bank, seq. no. , jumlah RM, jumlah tempahan dan jangan lupa nama dan alamat untuk penghantaran.
- hubungi wakil di Pahang, Ust. Suhaimi 0199319231, wakil kami di Pulau Pinang 0174991469 * wakil mungkin hanya ada buku tetapi tidak punya set lengkap iaitu dua VCD/dvd sila hubungi dan tanya dahulu.
Bertindak SEGERA !!!
Petikan dari 'Thingking of Book'
Petang semalam (10 Februari) sekitar jam 5 petang, cheGuBard melaporkan dalam blognya bahawa beliau telah dimaklumkan melalui panggilan telefon oleh ibunya mengenai sekumpulan anggota polis telah datang ke rumah. Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman,
Mereka ingin memasuki rumah menggeledah dan ingin merampas Buku Di Sebalik Misteri Altantuya. “Untuk pengetahuan pihak PDRM yang ditunggang Najib Tun Razak, ketahulilah cheGuBard tidaklah bodoh sangat ingin simpan stok buku tersebut di rumah. Memang alamat rumah ibu bapa di Seremban digunakan sebagai alamat untuk menerima tempahan tetapi tempahan semuanya di uruskan di tempat lain,” jelas cheGuBard.
Satu lagi ialah komik berjudul 1Funny
Justeru itu, kartunis kontroversi Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya memulangkan semua buku karya dan terbitannya yang dirampas sebelum ini.
"Saya percaya tindakan (rampasan) itu benar-benar bermotifkan politik. Saya pasti tiada tindakan dikenakan sekiranya kandungannya menyebelahi parti pemerintah," Malaysiakini melaporkan beliau (Zunar) berkata.Sesungguhnya mendiang Altantuya terus menjadi hantu mengejar orang-orang politik teratas negara. Seandainya tidak berkaitan dengan isu Altantuya, mengapa takut?
“Inilah bukti antara tulisan dalam buku tersebut.... hampir lebih 20 media dunia menulis dan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya namun Najib menikus takut untuk menyaman mereka.... sebaliknya terus 'keras' menggunakan segala kuasa dan jentera kerajaan untuk membelasah rakyat sendiri yang membangkitkan 'pertanyaan' mengenai pembunuhan Altantuya,” jelas cheGuBard dalam blognya.
Sebelum ini (baca sini) saya katakan, “Baik beli cepat sebelum buku ini kemungkinan ‘diharamkan’ oleh pihak-pihak yang terkena pedas cili yang berdesing.” Dan ternyata ianya tidak meleset.
Buku Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya akan diharamkan?
Rumah Bapa che'GuBard diserbu Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman
Mereka ingin memasuki rumah menggeledah dan ingin merampas 'Buku Di Sebalik Misteri Altantuya'.
Untuk pengetahuan pihak PDRM yang ditunggang Najib Tun Razak, ketahulilah cheGuBard tidaklah bodoh sangat ingin simpan stok buku tersebut di rumah. Memang alamat rumah ibu bapa di Seremban digunakan sebagai alamat untuk menerima tempahan tetapi tempahan semuanya di uruskan di tempat lain.
Persoalanya kini, siapa yang membuat laporan polis sehingga PDRM dari Bukit Aman terpaksa terhegeh - hegeh untuk datang jauh ke Seremban mencari jejak buku tersebut.
Keduanya, cheGuBard sendiri telah membuat beberapa laporan polis kepada Jabatan Jenayah Komersial, Bukit Aman dan yang terbaru mengenai penyeludupan wang RM 10 Juta oleh MB Negeri Sembilan namun tiada sebarang tindakan. Kenapa pula kini begitu sekali hebat mereka bekerja.
Semua pegawai yang datang tidak dibenarkan masuk oleh ibu cheGuBard. Tetapi mereka mengugut akan kembali semula dengan waran geledah.
Inilah bukti antara tulisan dalam buku tersebut.... hampir lebih 20 media dunia menulis dan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya namun Najib menikus takut untuk menyaman mereka.... sebaliknya terus 'keras' menggunakan segala kuasa dan jentera kerajaan untuk membelasah rakyat sendiri yang membangkitkan 'pertanyaan' mengenai pembunuhan Altantuya.....
sila klik sini.
Wednesday, February 10, 2010
Culik Altantuya: 'Nasir Safar di tempat kejadian'
Suara Keadilan memetik emel Sidhu kepadanya yang mendakwa Bala, mengenali bekas pembantu khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak itu apabila melihat gambar Nasir (kiri, bertali leher) di blog.
Nasir diheret dengan kontroversi apabila minggu lalu dia membuat ucapan yang berbaur perkauman pada seminar 1Malaysia di Melaka.
Dia didakwa sebagai berkata kaum Cina dan India sebagai pendatang.
Akibat bantahan dan kemarahan pemimpin dan rakyat, Nasir kemudiannya meletakkan jawatannya.
Kedua-dua Bala dan Sidhu kini tinggal di luar Malaysia kerana bimbang dikenakan tindakan.
Beberapa minit sebelum Altantuya dibawa ke kereta, Bala mendakwa “sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui jalan itu secara perlahan. Tingkap pemandu tidak dinaikkan dan pemandu itu memandang ke arah kami.”
Bala tidak tahu siapa lelaki Melayu itu tetapi berjaya memberitahu polis mengenai raut wajah lelaki itu ketika disoal siasat.
Menurut Sidhu, polis yang menyoalnya cuma memberitahu lelaki itu adalah jiran Abdul Razak (bawah, tengah).
Bagaimanapun, Bala mengecam pemandu Melayu yang berkereta biru itu sebagai Nasir apabila melihat wajahnya di Internet, kata Sidhu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga tidak mahu mengulas.
"Saya tidak mahu komen. Perkara itu telah dibicarakan di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini. Pada April 2009 lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung terhadap dua anggota polis yang dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia itu. Bagiamanapun Abdul Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah berkali-kali menafikan dia mengenali Altantuya ataupun pernah berjumpa dengan wanita itu.
Monday, February 08, 2010
Eksploitasi media: Pemimpin PKR akui ketinggalan
Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, Feb 8 — Walaupun secara relatif saluran komunikasi bertambah berbanding satu dekad yang lalu, pemimpin PKR mengakui pihaknya agak ketinggalan berbanding media arus perdana dalam menyebarkan maklumat peringkat utama mengenai prosiding kes liwat kedua ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam menggunakan media, banyak elemen yang kita tertinggal berbanding media arus perdana... kali ini kami nampak agak ketinggalan dalam menampilkan imej dan gambar-gambar (yang memihak) berkaitan kes Anwar ini,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Saharin kepada The Malaysian Insider.
Badrul yang mengikuti dengan dekat kes liwat pertama Anwar akhir 1990-an dan yang terbaru berkata, pada tahun 1998 pendekatan yang diambil mereka lebih tersusun berbanding sekarang.
Sebagai contoh, beliau memetik penggunaan gambar muka depan Utusan Malaysia pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menunjukkan katil di bilik tidur utama di Kondominium Desa Damansara, tempat dia mendakwa diliwat Anwar.
Gambar-gambar sebegini membentuk persepsi di kalangan orang ramai, kata beliau tetapi menafikan sokongan orang ramai kepada Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat menurun.
“Semalam saya menghadiri ceramah di Kemaman, saya mendapati kehadiran orang masih ramai, dalam lingkungan 3,000 orang... ini menunjukkan sokongan pengundi kepada Anwar tidak berubah,” katanya.
Kini selain laman web dan blog, perkembangan semasa kes Anwar juga diikuti menerusi ruangan mikro twitter.
PKR juga menganjurkan perarakan dari Masjid Wilayah Persekutuan ke kawasan mahkamah selepas solat Jumaat lalu, hanya disertai dalam lingkungan 30 hingga 50 orang. Ketika itu prosiding sudah diputuskan untuk ditangguhkan sehingga ke hari ini.
PKR juga menganjurkan sesi penerangan setiap hari di premisnya di Tropicana, Petaling Jaya.
Malam tadi Pengarah Strategi PKR Tian Chua menemui sekumpulan mereka yang terlibat dalam gerakan reformis sejak 1998 sehingga perhimpunan anti-ISA tahun lalu.
“Pertemuan malam ini (semalam) bertujuan mendapatkan pandangan mereka menggerakkan momentum sokongan kali ini dan menyusun strategi,” kata Badrul ketika ditemui di Rembau.
Badrul juga berkata kehadiran penyokong yang tidak ramai mungkin disebabkan orang ramai boleh melihat dan mengikut pergerakan Anwar bila-bila masa berbanding satu dekad yang lalu.
“Dulu Anwar ditahan di penjara dan apabila beliau pertama kali muncul di mahkamah, orang ramai melihat mata lebam beliau... ini menimbulkan perasaan simpati... kali ini elemen simpati tiada,” katanya.
“Suasana dulu macam organik, ada elemen simpati... kalau hendak tengok Anwar, orang ramai kena datang ke mahkamah,” katanya.
Sebelum kes Anwar ini bermula, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan menggerakkan kempen penerangan yang lebih tersusun kali ini berbanding dengan ketika kes liwat pertama.
“Bayangkan kita mempunyai sejumlah blog dan laman web yang begitu banyak berbanding tahun 1990-an... ini akan digunakan dengan baik,” katanya.
Malah pada akhir prosiding Jumaat lalu, peguam utama Anwar, Karpal Singh juga menyentuh penggunaan gambar yang disebutkan oleh Badrul.
Karpal memohon mahkamah supaya mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini dengan keterangan gambar “Saiful menunjukkan katil tempat diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah”.
“Bagaimanakah maklumat ini boleh bocor. Begitu juga dalam Sinar Harian,” kata Karpal.
Bagaimanapun Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata: “Saya percaya ada jurugambar yang masuk ketika prosiding melawat di tempat kejadian di kondominium itu, tetapi apa yang dipersetujui, apa yang diberitahu oleh saksi pendakwa pertama (Saiful) telah tiada bantahan.”
Karpal berkata akhbar berkenaan menggunakan perkataan “katil” dan bukan “tempat” dan itu bukanlah apa yang berlaku semasa prosiding mahkamah terbuka.
Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak nampak sebarang tindakan menghina mahkamah berhubung laporan Utusan Malaysia dan Sinar Harian itu memandangkan perkataan “katil” telah pun disebut semasa prosiding mahkamah terbuka.
Sehari sebelum itu, pasukan pembelaan Anwar juga mahu agar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu pada hari Khamis mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.
Karpal berkata mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.
Di Negeri Sembilan Hanya 24.8% Pengundi Baru mendaftar - Jom Cari yang 65% belum mendaftar
PUTRAJAYA, Feb 9 — Sambil mengakui usaha-usaha diambil untuk menarik pengundi baru masih gagal, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya sedang mengkaji pendaftaran online dan berwajib.
“Saya boleh katakan kita gagal...,” kata beliau ketika ditanya sama ada segala pendekatan tambahan yang diambil sejak satu dekad lalu tidak membuahkan hasil atau gagal mencapai sasaran yang diharapkan suruhanjaya itu.
Sejak tahun 2003 SPR memperkenalkan pendaftaran pengundi baru sepanjang tahun dengan daftar pemilih dikemaskinikan setiap suku tahun. Sebelum itu pendaftaran hanya dijalankan setahun sekali.
Selain itu SPR menggunakan khidmat 696 pejabat pos, kaunter statik di pejabat-pejabat SPR, kaunter bergerak dan penggunaan khidmat seramai 2,418 penolong pendaftar membabitkan wakil parti-parti politik.
Setiap pendaftaran dibayar komisen RM1 dan kadar itu dikaji untuk dinaikkan menjadi RM3.
Aziz yang mengambil alih kepimpinan SPR awal Januari 2009 memberitahu beliau secara peribadi meletakkan sasaran 70 peratus pengundi baru mendaftar tetapi bilangan mereka yang diperoleh jauh lebih kecil.
“Mungkin tahap harapan saya terlalu tinggi iaitu 70 peratus daripada mereka yang belum mendaftar tetapi kita hanya mencapai dalam lingkungan 10 peratus.
“Saya berharap jika dapat mencapai separuh daripada itu pun sudah cukup bagus,” kata beliau dalam pertemuan dengan wartawan di sini.
Menurut Aziz, walaupun seramai 15,470,032 orang layak untuk menjadi pengundi sehingga 14 Okt lalu tetapi jumlah mereka yang mendaftar hanya seramai 11,085,863 orang.
Bermakna seramai 4,384,169 orang ataupun 28.3 peratus masih belum berbuat demikian.
Peratusan paling tinggi tidak mendaftar melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya (50.5 peratus), dan disusuli oleh Wilayah Persekutuan Labuan (35.3 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (33.7 peratus), Sarawak (33.6 peratus), Selangor (32.8 peratus), Johor (31.3 peratus) dan Perak (30.3 peratus).
Kedah (26.6 peratus), Sabah (25.5 peratus), Negeri Sembilan (24.8 peratus), Kelantan dan Pahang (24.5 peratus), Pulau Pinang (23.3 peratus), Perlis (20.8 peratus), Melaka (20 peratus) dan Terengganu (13.4 peratus).
Mengulas lanjut, Aziz mengakui bahawa pihaknya sedang mengkaji keperluan untuk menggunakan pendekatan pendaftaran secara online dan automatik.
Bagaimanapun beliau mengakui jika pendaftaran secara automatik atau berwajib diperkenalkan ia boleh menimbulkan beberapa implikasi lain.
“Mungkin orang akan menimbulkan persoalan mendaftar dan mengundi sebagai hak seseorang... hak asasi fundamental seseorang rakyat, tidak boleh dipaksa,” katanya.
Aziz berkata pendaftaran automatik atau berwajib perlu disusuli dengan pengundian berwajib.
“Kedua-duanya mesti berjalan sekali,” katanya.
Kajian itu jika diterima Kabinet ia akan membabitkan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan.
Satu lagi implikasi disebutkan beliau ialah penguatkuasaan ke atas mereka yang tidak keluar mengundi pada hari pengundian.
“SPR tidak ada hak penguatkuasaan... bagaimana hendak mencari dan mengesan mereka yang enggan keluar mengundi jika pendaftaran dan pengundian diwajibkan,” katanya.
Bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri ini merujuk kepada kesukaran yang pernah dialami polis untuk mengesan mereka yang melakukan kesalahan trafik satu ketika dulu.
SPR berharap kajian mengenai pendekatan baru itu akan selesai sebelum pilihan raya umum akan datang.
Mandat semasa sepatutnya berakhir Mei 2013.
Bagaimanapun Aziz juga sangsi sama ada pendaftaran dan pengundian berwajib benar-benar boleh meningkatkan peratusan keluar mengundi.
Ini kerana kedua-duanya berkait rapat dengan sikap pengundi.
Kini purata pemilih yang mengundi dalam pilihan raya umum adalah dalam lingkungan 75 peratus.
SAMM terbit buku kecil ‘hidupkan’ misteri pembunuhan Altantuya
PETALING JAYA, Feb 8 — Buku berjudul “Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya” — wanita Mongolia Altantuya Shariibuu yang dibunuh kira-kira empat tahun lalu secara senyap-senyap — mula diedarkan di seluruh negara.
Sebanyak 3,000 naskhah dikeluarkan sebagai cetakan pertama, tetapi ia tidak boleh diperoleh di kedai-kedai buku yang normal.
Sebaliknya, ia diedarkan menerusi pos atas pendekatan kenalan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) , sebuah gerakan muda bukan berstruktur yang menghimpunkan anak-anak muda Malaysia dari pelbagai latar, yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan.Salah seorang anggota SAMM, Badrul Hisham Saharin memberitahu buku ini dikeluarkan kerana tidak mahu menganggap kes Altantuya sebagai kes pembunuhan biasa dan sudah berakhir.
“Ia perlu dirungkai kerana ia menggambarkan isu krisis kehakiman, persenjataan dan keselamatan negara, rasuah, kronisme dan seumpamanya yang semakin bejat dalam menghimpit hidup rakyat yang smemangnya terhimpit,” kata beliau.
Buku setebal 80 halaman ini menghimpunkan ringkasan peristiwa pembunuhan Altantuya dengan menyatakan latar belakang kes, terjemahan laporan akhbar Perancis, kenyataan penyiasat persendirian dan temu bual dengan P. Balasubramaniam.
Ia diakhiri dengan surat terbuka SAMM.
Muka depan dihiasi dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Balasubramaniam dan kenyataan tertuduh-tertuduh kes pembunuhan Altantuya.
Ia dijual dengan harga RM13 senaskhah.
“Kes Altantuya belum tamat selagi mereka yang terbabit selain dari mereka yang membunuh dihumban ke penjara dan menerima hukuman setimbal,” kata Badrul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat ketika ditemui di Rembau baru-baru ini.
Kata beliau, rancangan untuk menerbitkan buku itu sudah lama dimulakan tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan masalah kewangan.
Urusan percetakan selesai fasa pertama akhir bulan lalu.
“Sehingga kini kami telah mengedarkan hampir 1,000 buku... sasaran kami ialah mereka bukan kalangan ahli PKR semata-mata, tetapi di luar lingkungan penyokong PKR,” katanya.
Menjawab soalan sebab perlunya mengeluarkan buku sedemikian, Badrul yang juga editor buku memberitahu, “ramai tertanya kenapa isu Altantuya menjadi pilihan kerana ia menjadi isu besar yang penuh misteri”.
Dalam kata-kata aluannya Badrul atau dikenali sebagai Che’guBard berkata, isu itu melibatkan imej negara.
“Isunya terkait sehingga perdana menteri dan persoalan keselamatan negara.
“Ramai yang masih tidak faham. Ketika beberapa teman dari SAMM ditahan kerana terlibat membangkitkan isu ini ada yang memandang sinis dengan persoalan kenapa perlu membela pelacur.
“Ada yang menyokong pula sehingga melihat isu ini isu skandal seks semata-mata. Namun ia jauh dari itu...,” kata beliau sambil menambah, ia dihasilkan semudah mungkin bagi pemahaman rakyat biasa - the malaysian insider.com
Sunday, February 07, 2010
OKU tagih janji pilihan raya kecil
Yusof berkata, kencing manis dialaminya menyebabkan kaki kirinya dipotong, sekali gus membantutkan pergerakannya.
Kini, sudah empat bulan berlalu, kehidupannya masih seperti biasa, walaupun ketika pilihan raya lalu, ramai datang berjanji untuk menghulurkan bantuan bagi mengurangkan bebannya, namun mendakwa, semuanya sekadar tinggal janji sahaja.
“Waktu itu, pelbagai bantuan ditawarkan kepada saya setelah mereka melihat penderitaan saya alami. Ketika itu, saya rasa bertuah dan merasakan nasib saya akan bertambah baik daripada sekarang.
“Tetapi, kini sudah hampir empat bulan, semua tawaran bantuan tidak kunjung tiba dan kehidupan kekal berliku seperti dahulu,” katanya.
Selain itu, Mohd Yusof berkata, sekalipun menyedari pelbagai bantuan disediakan kerajaan, namun dia masih tidak tahu cara untuk memperolehi bantuan terbabit.
Menurutnya, dia mendengar kewujudan bantuan dan fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi tidak tahu cara membuat permohonan.
“Saya memang tidak tahu bagaimana untuk memohon bantuan daripada pusat kebajikan. Bagaimanapun, pada PRK Bagan Pinang lalu, baru saya tahu bagaimana cara hendak membuat permohonan bantuan.
“Itu pun selepas ramai menteri turun padang,” katanya ketika ditemui di Bandar Sunggala, di sini.
Kehidupan Mohd Yusof sejak dua tahun lalu terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda berikutan kaki kirinya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.
Menurutnya, semua akibat alahan setelah makan durian dan se-luruh badannya membengkak dan bahagian kaki kirinya mengalami masalah serius dan terpaksa dipotong.
Sejak itu, kehidupannya bergantung kepada isterinya, Fatimah Syam Ayob, 50, untuk meneruskan kehidupan.
Wanita tabah itu baru dikahwini empat tahun lalu menganggap semua itu sebagai dugaan paling besar dalam hidupnya dan tidak pernah sesekali merungut.
“Ini adalah tanggungjawab perlu dipikul dan amanah Allah yang diberikan kepada saya dan saya yakin pasti perkara lebih baik akan menanti suatu hari nanti,” katanya.
Fatimah berkata, dia perlu menyewa kereta setiap kali suaminya menjalani rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di sebuah hospital swasta dekat Seremban.
Menurutnya, kosnya tinggi dan pernah satu ketika dia terpaksa berhutang.
“Selain kos sewa kereta, sudah pastinya rawatan suami mencecah ribuan ringgit. Beberapa pembedahan dilakukan semuanya memakan kos ribuan ringgit. Yang pasti semua kos itu adalah hasil usaha berniaga barang pantai di kedai Batu 4, di sini.
“Kami ada menerima bantuan daripada Baitulmal RM1,000 untuk rawatan hemodialisis, tetapi beribu ringgit lagi terpaksa ditanggung sendiri untuk rawatan pembedahan dan sebagainya.
“Kerusi roda digunakan suami juga adalah kerusi roda arwah ayahnya. Walaupun sudah mengalami beberapa kerosakan kecil, tetapi masih boleh digunakan kerana kami tidak berkemampuan membeli kerusi roda baru,” katanya.
Ini kerana, suaminya turut menghidap penyakit buah pinggang tahap kritikal.
Keperluan juga perlu dipenuhi seperti lampin pakai buang, makanan dan sabun khas untuk rawatan penyakit ku:litnya.
Untuk menambah pendapatan dengan menambah waktu bekerja iaitu berniaga lebih masa, Fatimah mengakui tetap tidak boleh memberikan pulangan baik.
Menurutnya. sambutan terhadap barang diniaga juga bermusim, apabila cuti umum sahaja pembeli akan ramai dan jika hari biasa sukar mendapat pembeli.
“Kebiasaannya pada hari cuti kedai akan dibuka 15 jam sehari bermula jam 8 pagi berbeza dengan hari biasa kedai hanya dibuka jam 10 pagi.
“Untuk ke kedai, saya terpaksa menyewa kereta untuk membawa suami. Tidak mungkin saya meninggalkan suami bersendirian di rumah kerana dia tidak mampu mengurus dirinya sendiri. Saya tidak pandai memandu ditambah kami tidak mempunyai kereta,” katanya.
Fatimah mengakui suaminya adalah pemegang kad OKU dibekalkan JKM, sejak dua tahun lalu, tidak tahu mengapa tidak memperoleh bantuan selayaknya sehingga kini.
“Sekarang ini, saya berharap permohonan dilakukan sejak empat bulan lalu akan segera disalurkan untuk meringankan kesusahan ini kerana selain membiayai kos rawatan suami, kedai mereka berniaga juga perlu dibayar sewa,” katanya.
Sementara itu, jurucakap JKM Port Dickson ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan bahawa permohonan dilakukan Mohd Yusuf telah diluluskan dan selewat-lewatnya bantuan akan disalurkan hujung bulan ini.
http://www.sinarharian.com.my/
Friday, February 05, 2010
Nasir Safar, si 'lelaki misteri' pada hari Altantuya meninggal dunia
Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar. Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?
"Azilah bertanya kepada saya adakah wanita itu Aminah dan saya menjawab, 'Ya'. Dia kemudiannya beredar dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit kemudian, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui kawasan itu dengan perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu terbuka dan pemandu itu memandang ke arah kami.”
Anda boleh membaca teks penuh Akuan Bersumpah Bala di bawah ini.
Ya, lelaki di dalam Proton Saga biru itu adalah Nasir Safar. Namun pihak polis yang mengambil keterangan Bala menafikannya dan mengatakan bahawa lelaki berkenaan adalah penduduk kawasan itu dan bukannya Nasir Safar. Bagaimanakah polis tahu akan perkara ini tanpa melakukan siasatan lanjut dan tanpa mengambil keterangan daripada Nasir Safar?
Pelik… mengapakah Pegawai Khas Perdana Menteri berada di tempat kejadian? Adakah kerana dia ingin memastikan bahawa Altantuya ditangkap dan dihapuskan dengan segera?
Dengan pendedahan ini, maka dua daripada kakitangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya, yang mana seorang lagi adalah ADC-nya, Musa Safri yang tidak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan pembunuhan Altantuya.
Anda masih ingat pada Norhayati Hassan, iaitu ADC Rosmah? Bukankah dia dan suaminya, Abdul Aziz Buyong juga terlibat dalam pembunuhan itu? Pegawai senior mereka dalam angkatan tentera mengesahkan bahawa dia telah melatih pasangan suami isteri itu tentang cara mengendalikan C4. Adakah itu suatu kebetulan, bukti berdasarkan keadaan (circumstantial), ataupun mungkin hanya pembohongan yang diuar-uarkan oleh RPK dan Malaysia Today?
Sebelum ini, kami memaparkan buku log polis pengawal yang menunjukkan bahawa dua pegawai tentera yang tidak disebutkan namanya pergi ke rumah Najib sekitar tengah malam pada malam Altantuya meninggal dunia, dan mereka tidak keluar hingga fajar keesokan harinya.
Okeylah, mungkinlah kot dia orang melepak di sofa Rosmah sambil berborak dari tengah malam hingga fajar. Mmm… atau adakah mereka meninggalkan rumah tu dengan menggunakan kereta Rosmah dan pergi ke suatu tempat, di mana tiada catatan dibuat dalam buku log berkenaan? Kalau betul mereka meninggalkan rumah tu dengan menggunakan kereta Rosmah, maka ke manakah mereka pergi dan apakah yang mereka lakukan selama lima hingga enam jam?
Ya, plotnya makin rumit. Mula-mula sekali, nama ADC Najib, Musa Safri muncul. Selepas tu, timbul pula nama ADC Rosmah, Norhayati Hassan dan suaminya, Abdul Aziz Buyong. Nah, sekarang pula, nama Nasir Safar pula disebut-sebut sebagai orang yang memandu kereta secara perlahan-lahan di depan rumah Razak Baginda. Mungkin dia nak pastikan bahawa Altantuya, ‘si pengacau’ tu, ditangkap.
Adakah Najib nak cabar kami dalam hal ni? Kalau nak, silakan. Dengan demikian, peguam Bala dapat melakukan segala yang perlu supaya saksi berkenaan dapat memberikan keterangan kepada SPRM di London, iaitu seperti yang ditawarkan sebelum ni. Masalahnya adalah SPRM tak nak bertemu dengannya di London. Mereka nak bertemu di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
SPRM ingat kita ni bangang sangatkah? Kalau nak jumpa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, lagi bagus kita jumpa di Bukit Aman saja. Alang-alang, apa kata kita jumpa di Kamunting. Senang kerja semua orang. Gitu?
Oh ya, jangan lupa tentang adik Najib yang berjumpa dengan Bala untuk mengugutnya dan memaksanya menarik balik Akuan Bersumpahnya yang begitu menjahanamkan (karier politik Najib) tu.
baca versi penuh dalam Bahasa Inggeris dengan klik sini.
Konspirasi kedua terhadap Anwar
Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.
Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru – skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.
Kes hairan yang benar-benar pelik
Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.
Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur (”HKL”) yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya. Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya “si mangsa”yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.
Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.
Umum juga telah didedahkan “si mangsa” ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.
Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.
Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan “plastik” yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.
Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, “tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur …” sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.
Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.
Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.
Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.
Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.
Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar
Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.
Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.
Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.
Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:
”Dalam keadaan ini, apakah beliau (”Anwar”) dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?”
Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!
Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan – laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku “bersalah” hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya (Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden).
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan:
“Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang.”
Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar. Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan. Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.
Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya. Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.
Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini
Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar.
Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan. Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.
Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya. Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.
Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung. Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.
Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual). Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat. Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.
Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil
Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.
Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan. Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010. Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.
Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan. Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.
Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan. Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung. Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.
Konspirasi politik
Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.
Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.
Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.
Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998. Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.
Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.