Friday, October 12, 2012

Umno PP baling batu sembunyi tangan

Kenyataan Umum
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Cabang Nibong Tebal
12 Oktober 2012


Umno Pulau Pinang Baling Batu Sembunyi Tangan

Membaca kenyataan Datuk Zainal Abidin Osman yang menyalahkan kerajaan negeri kononya meniup api kebencian sehingga menimbulkan suasana kurang senang dikalangan rakyat negeri Pulau Pinang. Zainal yang merupakan Pengerusi Umno Pulau Pinang yang juga Ketua Umno N.Tebal mengatakan kempen seharusnya mempromosi polisi, tawaran untuk rakyat dan seumpamanya. (Klik sini)

Memang sedap bunyinya tetapi itulah dia pemimpin Umno berimej ular dua kepala dan cukup hiprokrit. Ambil sahaja siri ucapan dia sendiri adakah dia berucap dalam kerangka manual politik yang dia sebutkan tersebut ? Malah dikawasan dia sendiri Nibong Tebal politik tidak bertamadun dimainkan. Fitnah bertaburan maka Angkatan Muda PKR N.Tebal dengan bantuan che'GuBard mengambil langkah mendirikan beberapa 'billboard' bagi menerangkan beberapa isu secara tidak langsung menangkis fitnah Umno N.Tebal yang dipengerusikan Zainal.

Antara isu yang dinaikkan di 'billboard' tersebut ialah peruntukan pembangunan Agama Islam yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Sudah ada 5 'billboard' besar ini dinaikkan disekitar N.Tebal. Mungkin cemas dengan fitnah mereka dijawab secara fakta yang jelas dan dapat dilihat oleh hampir semua pengundi maka dua 'billboard' dirosakkan dan ada yang terus hilang dicuri.

Jelas kerja ini dibuat oleh golongan yang bacul dan tidak berani untuk berdepat politik baru berasaskan fakta dan berlawan tawaran polisi. Mereka yang terus bermain politik perkauman , adu domba, fitnah peribadi tentu kepanasan apabila diajak bermain lapang politik baru.

AMK N.Tebal dengan ini mengecam tindakan bacul ini dan menegaskan tidak akan kecewa dan teralih fokus untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat N.Tebal untuk mempertahankan kemenangan 'rakyat' di N.Tebal malah bukan itu sahaja turut bertekad untuk mendapatkan kemenangan ke atas ke tiga - tiga DUN dibawah N.Tebal.

Kesempatan ini juga AMK N.Tebal menjemput semua untuk bersama dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat (Jamuan Rakyat) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Oktober 2012, 11.45 pagi di Padang Pasar Awam, Bandar Tasek Mutiara, N.Tebal.

Sekian.

Arof Yahya
Ketua AMK N.Tebal

No comments:

Post a Comment