Wednesday, March 20, 2024

KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN

Nota  Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan bersetuju bahawa kita kena sama sama melindungi Institusi Raja Raja Melayu. Sesi rakaman percakapan saya dan Zahid berjalan serentak sekitar sejam lebih. 

-----------------
Kenyataan Media.
 
6 Mac 2024 

KOMPLOT AHLI POLITIK KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS RAKUS HINA RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN. 

Saya (che’GuBard) dan Sdr. Zahid Md Arip hari ini hadir kerana dipanggil Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman ekoran tular rakaman video perbualan spontan kami. 
 
1. Bukanlah rahsia, majoriti rakyat Malaysia kini kecewa dengan Regim Campuran yang diketuai oleh Anwar Ibrahim yang gagal dalam perbagai segi. Bukan sahaja gagal khususnya dalam mengendalikan ekonomi domestik malah rakyat mengecam kerana siri janji bohong Anwar. Regim Campuran ini dikenali sebagai kerajaan NATO (No Action Talk Only) atau kerajaan sembang kari hanya pengumuman itu dan ini. 

Dari segi korupsi juga regim campuran ini banyak kes korupsi dan salah guna kuasa. Contoh paling kecil ialah bila orang lain lantik anak (rujuk kes terbaru Halal Hub Melaka S/B & Panorama Melaka S/B) menjadi kesalahan sebaliknya Anwar lantik anak sendiri berjawatan dalam kerajaan tak salah. Bukan sahaja Anwar malah Speaker Dewan Rakyat lantik anak sendiri jawatan bergaji dan fasaliti sebagai pegawai Parlimen Malaysia. SPRM sudah menjadi buta terpilih. 

Penjilat Anwar Ibrahim sangat lemas dengan kecaman orang ramai. Namun mereka telah menggunakan berita Yang Di Pertuan Agong (YDPA) ‘hadiah’ kenderaan mewah kepada Anwar sebagai benteng bagi hadapi kecaman. Kononnya rakyat perlu henti kecaman kerana YDPA sangat baik dengan Anwar. Namun ini boleh dilihat di hampir semua media khususnya media sosial di mana berita itu telah menyebabkan YDPA turut terpalit kecaman rakyat terhadap Anwar. Tindakan menggunakan YDPA sebagai benteng kecaman itu tindakan biadap dan kurang ajar.  
 
2. Tidak ada mana mana bahagian dalam 5.46 min dalam rakaman perbualan spontan itu menghina YDPA. Malah dalam rakaman itu membela YDPA dengan menjelaskan kepada orang ramai bahawa YDPA ialah harapan rakyat yang ada dalam menyelamatkan negara yang kelihatan menuju negara gagal ini. 
 
Maka jelas siasatan ke atas kami merupakan intimidasi dan bertentangan dengan perlembagaan negara yang menjamin hak dan kebebasan rakyat bersuara.  
 
Kami disiasat dibawah akta hasutan yang mana Anwar serta PH janji mansuhkan. Kini bukan sahaja tidak mansuh sebaliknya digunakan oleh regim ini secara melampau sesuka hati.  
 
Ditegaskan perbualan spontan itu bukan dirakam atau ditularkan oleh kami, maka siasatan di bawah Akta SKMM dan jika gadget kami dirampas ia merupakan satu intimidasi dan salahguna kuasa yang jelas. Maka saya tidak akan serahkan gadget walaupun saya ditahan pihak berkuasa.
 
3. Di kesempatan ini bagi pihak PEMBELA TANAH AIR (PETA) saya ingin menggesa komplot taikun kapitalis tamak dan ahli politik korup yang mengheret dan melantik Raja Melayu dan kerabat dalam syarikat mereka bagi halalkan rompakan adalah tindakan hina Instutusi Raja Melayu. 
 
Contohnya 6 Febuari 2024, Redtone Engineering & Network Services S/B (Rens) telah mendapat kontrak bernilai RM398.1 juta untuk laksana kerja komunikasi kerajaan. Namun pada 13 Febuari 2024, Rens telah sub kerja tersebut kepada sebuah syarikat lain Awantec dengan harga RM294.27 juta. 
 
Rens beri projek itu pada Awantec dan buat untung  “atas angin” RM 103.83 juta wang rakyat dalam seminggu. Rens beri kepada Awantec (berdasarkan pengumuman di BSKL) dengan spek kerja yang sama kerajaan beri pada Rens. Jelas Rens seolah tak mampu  buat kerja itu maka kenapa kerajaan bagi kepada Rens ? Istimewanya hubungan Anwar dengan Vincent Tan membenarkan perkara ini berlaku ? 
 
Namun kerjasama ahli politik korup dan taikun kapitalis tamak ini mereka cuba lindungi dengan melantik dan mengheret Raja Melayu dan kerabat terlibat dalam syarikat induk kepada syarikat tersebut. Seolah ia strategik mengelak kecaman umum. Namun sebenarnya ia merupakan satu pengkhianatan terhadap Institusi Raja Melayu kerana akhirnya mengundang kecaman dan fitnah terhadap Raja Melayu. 
 
Dibawah kerajaan lepas, ketika perang Covid 19, Perikatan Nasional telah mengangkat martabat Raja Melayu. Tidak pernah lagi dalam sejarah Malaysia moden, YDPA diangkat sebagai Ketua Barisan Hadapan (main frontliner) sehingga nama dan wajah YDPA tersemat dalam hati rakyat ketika itu. Namun usaha itu kini cuba dihancurkan oleh komplot ahli politik korap bersama taikun kapitalis tamak. 
 
4. PETA menyokong ahli parlimen Pasir Gudang (PKR) yang pernah menegaskan Raja Raja Melayu khususnya YDPA tidak boleh terlibat aktif dalam perniagaan atau aktiviti Perusahaan kormersial sejajar dengan perlembagaan negara perkara 43 (4). Ini bagi mengelak fitnah dan sangkaan jahat. Institusi Raja Melayu, Raja berperlembagaan perlu terus dipelihara dengan tempat yang istimewa dalam masyarakat agar terus boleh memainkan peranan sebagai pengikat keharmonian dan payung kepada rakyat. 
 
Sekian. 
 
che’GuBard 
Sekreteriat Pembela Tanah Air - Peta