Sunday, April 15, 2007

Black sudah pergi, cheGuBard baru di sini.....

April 8, 2007 jam 5.00 petang, kali terakhir aku memeluk dan bersalaman dengan Black sebelum dia melangkah masuk ke pintu 4, keberangkatan antarabangsa, Incheon International Aiport untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Aku kenal anak muda yang dikenali sebagai Black ini lama dulu. Tahun 1999 dia hadir berceramah menjelang Pilihanraya di Negeri Sembilan mewakili kelompok mahasiswa anak muda yang mengegelarkan diri mereka UBU. Ketika itu aku aku umpama tentera gurkha tampal poster, edar risalah, pasang pentas dan perbagai kerja gerila aku lakukan.

Selepas 2000 aku mula membaca artikel Hishamuddin Rais, adalah dua tiga kali aku hadir kelas falsafah kendalian Hishamuddin Rais di UBU, Bangsar Utama. Di situ aku mula berkenal rapat dengan Black.

Semenjak aku mula berhijrah ke Kuala Lumpur (selepas tidak tinggal bersama Dato’ Sanusi ketika itu Exco Pemuda keADILan) aku sering melepak dan bermalam di rumah Black di atas Restoran Mydin. Di rumah itu walaupun sempit dan tidak selesa tetapi kerana keramahan Black dan line internet (wireless) yang laju boleh didapati maka aku menjadi senang di situ.

Black pernah bermalam dirumah aku di Seremban. Aku pernah travel ke perbagai tempat dengan Black tetapi dia tidak pernah beri peluang aku berkenal keluarganya...aku juga tidak tahu kenapa ?

Hasil dari membaca dan pendedahan sekitar aku mungkin berjiwa revolusi (kerana itu aku pakai nama che’GuBard). Kalau aku cakap begitu ramai kata aku syok sendiri, tetapi lantak mereka itu hak mereka tetapi hak aku juga untuk berjiwa seperti aku.

Maka dengan anak – anak UBU aku agak senang bercerita dan berkongsi angan – angan revolusi aku ini, kerana dengan mereka aku bukan hubungan politik, tiada cerita kejar jawatan pangkat atau glamor...bagi aku mereka marhaenis yang hanya nak hidup dengan cara mereka dan berbakti pada massa.

Ada juga terkecewa apabila aku tersilap hitung membawa seorang anak muda UBU ke kancah politik, menjelang pemilihan di Ipoh aku bawa dia bertemu pimpinan pertengahan AMK untuk memastikan kemenanganya. Mungkin ada benar kata orang politik ini kotor (walaupun aku tak setuju). Anak muda itu entah aku tidak sedar bila garis mulanya tiba – tiba memusuhi aku mungkin kerana cita politik yang terlalu tinggi dan tebal. Aku kini hilang ’dia’ untuk berkongsi angan – angan revolusi.

Masih aku ingat tengahari yang aku bawa Era Hanem belanja Black makan tengahari ketika hari dia nak berangkat setahun ke Korea. Dalam masa makan tengahari itu perbagai cerita dikongsi. Black kelihatan teruja sekali hendak hidup lama di bumi asing. Katanya dia akan pastikan langkah dia merupakan pembuka pintu anak Malaya terdedah kepada dunia.

September 2006, selepas Kongres AMK di Pulau Pinang aku terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan ke Korea Selatan. Aku terpilih antara ratusan permohonan dari seluruh Asia untuk menyertai 2006 Gwangju Asian Human Right Folk Scholl selama sebulan. Program ini anjuran May 18 Gwangju Memorial Foundation, tempat Black bertugas sebagai intern.

Ramai juga anak Malaysia yang memohon malah ada yang marah kepada Black kerana tidak dipanggil. Ada yang tuduh aku dapat kerana rapat dengan Black dan ada yang cuba perkecilkan dengan mengatakan esei dan borang permohonan aku ’dia’ yang sediakan. Walauapapun aku nak ucap terima kasih kepada Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman ’Shasha’ kerana aku tulis semua dalam Bahasa Melayu dan dia yang translate semua dalam English.

Walaupun sebelum itu aku sudah banyak sertai program luar negara melalui parti dan aktiviti belia serta kebudayaan yang aku sertai namun program Folk School itu paling lama dan benar mendedahkan aku dengan networking peringkat Asia. Memeranjatkan juga apabila aku terpilih peserta terbaik dikalangan aktivis seluruh Asia. Untuk itu aku ditawarkan biasiswa penuh melanjutkan pelajaran di SungKongHoe University.

Dalam program ini jugalah aku terpaksa panggil nama Black dengan nama rasminya Amin Iskandar. Kadang – kadang kami sama tertawa kerana tidak pernah aku panggil dia dengan Amin Iskandar dan bercakap ”English” denganya.

Aku tinggalkan Korea dalam minggu pertama Ramadhan dalam tahun 2006, Black aku tinggalkan dengan perbagai masalah ketika itu. Aku kacau dengan tawaran setahun di Korea.

Mulanya aku berbelah bagi tetapi atas sokongan Ezam dan Era serta desakan keadaan semasa aku ambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Berat hati juga nak tinggalkan sahabat rapat seperti Azizi dan Amir serta lain - lain di AMNS dalam keadaan yang belum siap....(maaf tapi kali cepat dewasa bersama keadaan yang menekan)

Aku sampai lewat untuk daftar diri di SungKongHoe University. Aku perlu beri masa pada Era dan persekitaran kerana aku baru kahwin ketika itu. Dalam bab ini aku puji Era dia pendokong aku nombor satu. Aku tahu dia berat tapi dia tetap sokong semua yang baik untuk aku.

Febuari 27, 2007 sekali lagi aku jejak kali di bumi Kimchi ini. Kali ini untuk tinggal lebih lama sebagai pelajar dan aktivis antarabangsa. Sepanjang hampir dua bulan aku bukan sahaja sibuk untuk sesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang pelajar tetapi aku di seret oleh Black untuk bertemu dengan rangkaian aktivis yang telah disusunnya setahun di Korea. Aku lihat Black sudah berbeza, mungkin setahun di Korea mendewasakanya.

Rangkaian dalam dan luar Korea mula terbina tugas aku ialah rebaknya. Malam terakhir sebelum dia pulang, kami disertai oleh Maz Irwan dan beberapa aktivis dari perbagai negara Asia tidak tidur semalaman. Banyak yang kami bualkan khususnya pasal penyusunan anak muda serantau dan bagaimana menuntaskan kerja revolusi di Malaysia.

Black kata ”hang kena belajar dulu setahun, mantapkan networking kemudian baru pulang bina anak muda dari pengalaman yang ditimba...politik sempit tak kemana”

Walaupun Black lebih muda dari aku tapi malam itu kami bincang hingga tuntas. Aku sedar selama ini mungkin kami banyak buang masa. Ada beberapa peranan yang perlu dia dan teman – teman lakukan segera....dia perlu pulang segera ke negara...tahun ini juga beberapa anak muda yang berada di luar negara juga akan pulang..kita akan mulakan kerja...

Hari ini Black telah pulang...tetapi che’GuBard masih di sini....menyambung kerja menimba pengalaman.

April 27, 2007 ini aku akan pulang sebentar hingga Mei 8,2007....aku ingin bertemu teman – teman berkongsi pedoman sebelum ke Bangkok untuk mendapatkan beberapa maklumat untuk menyelesaikan kajian.

Dalam masa itu aku juga akan buat keputusan besar berdasarkan pendapat dan nasihat teman – teman.

Lahirlah Gerakan Anak Muda pewaris pejuang negara...dengan nyawa dan nafas baru....hancurkan fahaman tua...ke arah dunia yang lebih sempurna dan adil kepada semua.

* pic 1 ialah cover Gwangju News majalah terbitan GIC keluaran MAC dan pic 2 ialah cover Majalah Mahasiswa Progresif terbitan 15 April - 15 Mei

15 comments:

  1. Anonymous1:59 AM

    budak UBU yang masuk politik tu sapa ? Jonah ke ? ... dia tu perasan jerk...

    ReplyDelete
  2. ya, buangkan fahaman tua. gantikan dgn yg baru. seksa aku tengok sekarang ni. especially student yg baru grad. dah berape thn dah statistik graduan menganggur tak dikeluarkan. keep up the good work

    ReplyDelete
  3. And one more thing. do you mind if I list you as one of my bashers list in my blog? Already did it.

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:59 PM

    tulisan yang bagus tahniah Bard... harap mereka yang membaca artikel ini dapat membaca masej sebenar yang nak disampaikan bukan baca selapis jerk macam org baca utusan malaysia..

    jangan nak hakimi anak muda dari segi penampilan... orang tua perlu tahu ini... aku lihat DSAI dan org2nya juga ada perangai seperti ini nilai anak muda dari segi penampilan dan gulungan sijil....petah cakap omputeh..itu semua tidak menjadi jaminan kemenangan gerakan...

    itu permerhatian aku lah... cuma ezam bila dia 'pungut' bard dlm gerak aku tengok ezam mula berubah...ezam juga sudah mula dekati anak muda yang kiri dan tidak pentingkan penampilan tetapi gerak kerja....(sori bard aku pakai istilah pungut)...

    bard ..pedulikan perebutan jawatan kita ada tugas lebih besar....

    hang mungkin tak berapa rapat dengan aku tapi hang adalah antara harapan anak muda negara....

    apa guna rambut kemas tapi kerja asyik mengampu...apa guna rambut panjang kalau tak berani mati...

    bard dan black bukan persoalan individu ia persoalan suara anak muda

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:13 AM

    bard..steady la lu...mat2 rempit kat malaysia perlukan lu brader..kita terus meREMPITtttt..lantakla org2 tua gila pangkat tu...tak ade makna...

    ReplyDelete
  6. Salam Ijoy....

    aku akan letak link hang nanti ok..tq..dan salam perkenalan..

    pada yang lain harap tenang ... cuba fikir positif...untuk gerakan... maaf jika ada yang tersinggung...

    ReplyDelete
  7. ghostrider11:52 AM

    Assalamualaikum...

    aku rasa malaysia memerlukan lebih ramai lagi manusia mcm lu Bard....baru BN boleh goyah!!!!

    Iran maju selepas revolusi...mengapa tidak Malaysia...BN sahaja batu penghalang yg ada...

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan utk hang jugak bard. tulisan hang baguih2 jugak. Aku jumpe pun lepaih si black forwardkan. keep up the good work ha.

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:00 PM

    BAGUS,,,BALIK MALAYSIA JOIN NUTP...CIKGU2 MLSIA SUDAH DILEMBUKAN

    ReplyDelete
  10. muxisme12:07 AM

    me @ youtube:muxisme
    me @ fotopages:
    http://muxsyahmi.fotopages.com
    me @ friendster:
    http://profiles.friendster.com/muxsyahmi

    - lawan tetap lawan -

    ReplyDelete
  11. Anonymous10:22 AM

    Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.
    HOw about Sept 16th?
    Don't be a hypoccrite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:53 PM

      kenapa pm tak berani membubarkan parlimen untuk buat usul undi tak percaya,surat telah pon dihantar...just answer ur self?

      Delete
  12. sy sukakan dunia politik. bagaimana caranya untuk sy menceburkan diri dlm bidang politik?
    tk pun hanya ekadar berkawan dgn org2 politik.
    bagaimana caranya?

    ReplyDelete
  13. Anonymous12:05 AM

    Chegu Bard mendapat pembiayaan dan latihan daripada yayasan Kristian Jerman Friedrich Ebert Foundation (FEF) - Sebuah yayasan yang dibiayai oleh CIA

    ReplyDelete
  14. Anonymous1:45 PM

    Very inspiring. Dont ever give up, coz if you do I'm afraid we will too.

    ReplyDelete