Monday, November 30, 2009

Himpunan Anak Muda di Bukit Aman, 3 Disember ini

Atas semangat dan kesedaran anak muda Malaysia maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar laporan 'rasmi' ke Jabatan Siasatan Jenayah Kormersial PDRM berkenaan dengan isu
  • Sogokan oleh proksi Najib Razak kepada Balasubramanian untuk melindungi kebenaran dalam kes ALTANTUYA
  • Rasuah dan salahguna kuasa Setiausaha Perdana Menteri
  • kegiatan mensabotaj ekonomi negara dengan menyeludup wang (jumlah amat besar) oleh Menteri Besar Negeri Sembilan
Untuk itu satu taklimat penerangan media akan diadakan pada 3 Disember 2009, 9.00 pagi, di hadapan pintu utama, I/pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Untuk menyatakan sokongan semua anak muda dijemput hadir.

Gempa Bumi di Kuala Pilah

Gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter berlaku di Kuala Pilah, Negeri Sembilan awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa bumi itu berlaku pada 12.15 pagi dan berpusat di 22km timur Seremban.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasai akibat gempa bumi itu, menurut kenyataan itu.

Penderma sepakat ‘korban darah' sempena hari raya


SEREMBAN - :Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini, ahli jawatankuasa dan pendokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau mengadakan program Kempen ‘Mengorbankan’ Darah Sempena Hari Raya Korban.

:Program yang diadakan di Unit Perkhidmatan Darah Hospital Besar Tuanku Ja’afar (HTJ) Justify Fullitu mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya mengumpulkan lebih 50 individu pelbagai kaum untuk sama-sama menderma darah.

:Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, pada tahun ini pihaknya tidak mampu menyediakan lembu atau kambing bagi mengadakan ibadah korban seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya.

:“Biarpun kami tidak mampu dari segi wang ringgit, namun hasrat kami untuk sama-sama merealisasikan dan menzahirkan semangat pengorbanan sempena hari raya korban kali ini tidak dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana kami sepakat mengadakan kempen menderma darah.

:“Tambahan pula melihat perkembangan kemalangan jalan raya yang semakin meningkat setiap kali musim perayaan dan waktu cuti sekolah, mendorong kami untuk memenuhkan tabung darah yang menjadi elemen penting untuk menyelamatkan :nyawa,” katanya.

:Menurutnya, ajal maut ditentukan Tuhan, namun ini adalah antara usaha yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan nyawa mereka yang terlibat dengan kemalangan.

:Sinar Harian: difahamkan, Pusat Perkhidmatan Darah yang menjadi sesak semasa kempen berkenaan diadakan terpaksa mengehadkan penderma.

:Selain itu, Setiausaha Keadilan Cabang Rembau, Norazizi A Aziz berkata, pihak PKR Rembau terkejut dengan sambutan menggalakkan itu dan amat mengharapkan penyertaan lebih ramai masyarakat jika kempen seperti ini diadakan.

:“PKR Rembau amat berterima kasih kepada pihak HTJ dan semua penderma darah yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.

:“Kami merancang untuk meneruskan kempen ini di tempat-tempat awam dengan kerjasama pihak hospital, selain menggunakan kesempatan ini untuk memberikan penerangan secara terus kepada rakyat tentang pentingnya menderma darah kepada mereka yang memerlukan,” katanya. - petikan Sinar Harian klik sini

Sunday, November 29, 2009

Fikir kepentingan punca konspirasi

SEREMBAN – Golongan tidak sehaluan dengan perjuangan dan manifesto Pakatan Rakyat (PR) serta mendapati kepentingan individu mereka tergugat, dipercayai menjadi punca keretakan dan masalah dalaman parti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, golongan ini akan melakukan apa sahaja asalkan pemimpin yang menjadi penghalang mereka mencapai matlamat individu dalam parti dapat dijatuhkan tanpa menghiraukan amanah diberi rakyat.

Menurutnya, golongan ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat tercapai walaupun sedar ia mengakibatkan perpecahan dalam parti.

“Pemimpin yang menghalang impian golongan ini akan dijatuhkan melalui pelbagai cara sama ada melalui keretakan hubungan pimpinan dalam parti mahupun menabur fitnah.

“Tanpa memikirkan amanah diberi rakyat dalam pilihan raya lalu, mereka bertindak merobek kesefahaman kepimpinan dalam PR untuk ditonjolkan kepada umum.

“Bila diketahui umum sudah tentu pelbagai andaian akan dibuat yang secara tidak langsung menjejaskan imej parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyedari konspirasi pihak tertentu didakwa didalangi ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkannya sudah lama dan berterusan.

Enggan melabelkan siapa golongan berkenaan, Badrul Hisham berkata, dalam politik khususnya Pas, semua pihak terutama Barisan Nasional (BN) pasti ingin melihat perpecahan kalangan pemimpin Pas.

“Pas sudah tentu menjadi sasaran pihak tertentu yang ingin melihat perpecahan parti khususnya isu pengunduran Menteri Besar daripada terus menerajui Kerajaan Negeri.

“Tidak mustahil golongan dilabelkan Menteri Besar Kelantan adalah anggota kepimpinan partinya sendiri yang diperdayakan dan digunakan oleh ejen-ejen tertentu bagi mencapai hasratnya,” katanya.

Menurutnya, pertukaran kepemimpinan Menteri Besar di Kelantan buat masa ini tidak perlu kerana tiada alasan wajar dan kukuh menyebabkan ia perlu dilaksanakan.

“Jika dilihatkan prestasi Menteri Besar sekarang sudah memadai untuk terus menerajui Kelantan dengan sokongan padu rakyat, jadi saya tidak lihat keperluan mendesak perlu diadakan.

“Seandainya berlaku juga, PKR tetap menyokong pemilihan Menteri Besar Kelantan baru menggantikan Nik Aziz dan yakin pemilihan berkenaan akan berjalan lancar, namun saya tetap yakin perkara ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya.

(klik petikan dari Sinar Harian)

Salam eidulAdha

Sani, Timbalan AMK Rembau tak layak untuk derma darah kerana 'darah rendah' namun masih menyumbang tenaga dan masa untuk program
Saufi (SAMM) kelihatan berbual mesra dengan 'misi' untuk alih tumpuan panik terhadap jarum dan Man (AJK Cabang Rembau) turut tak ketinggalan
Norliziam, Ketua AMK Rasah turut hadir 'berkorban'
Antara yang sama menyumbang
Muru bawa 4 orang dari Ranting KEADILAN Taman Koperasi Rembau tetapi cuma seorang sahaja yang layak derma.

Bagi pihak keluarga besar KEADILAN Rembau dan cheGuBard sekeluarga secara peribadi ingin mengucapkan selamat menyambut eid al Adha dan menjalankan ibadah korban kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Ibadah korban mengajar erti taat kepada perintah Allah SWT, sabar dengan ujian, mendidik untuk terus membina keyakinan diri juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Kita diseru untuk mengambil iktibar dari tawarikh para anbiya dan solihin. Ini kerana, pada mereka ada petunjuk buat kita yang mahukan melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Adil, ibarat bintang gemerlapan menunjuki pelayar di lautan luas. Mereka melalui rintangan dan ujian yang dahsyat, namun inshaallah kejayaan akan dikecapi akhirnya.

Di Tanah suci ketika umat Islam menunaikan Ibadah Haji ada bencana yang terjadi. Ia harus dijadikan iktibar buat kita semua.

Kepada kerajaan Saudi pengajaran besar buat mereka, wang yang masuk ekoran ibadah haji harus digunakan untuk menyelia selenggarakan Tanah Suci sebaik mungkin. Jangan terlalu leka dengan pembangunan yang tidak menitik beratkan sistem saliran.

Tahun ini KEADILAN Rembau tidak dapat bersama dalam ibadah Qorban. Ketidak kemampuan dari segi kewangan penggerak utama KEADILAN Rembau menjadi faktor. Malah banner ucapan selamat juga tidak dibuat. Wang sedikit yang ada pada tabung cabang telah di fokuskan untuk aktiviti terdekat dan percambahan ranting juga untuk menampung sewa pejabat.

Namun cheGuBard amat terharu dengan teman sekeliling yang sama sudi mendermakan darah atas nama Kempen Derma Darah KEADILAN Rembau sempena Hari Raya eidulAdha. Walaupun tak mampu membeli lembu kambing dan seumpamanya tidak bermakna roh pengorbanan kami kurang dan sesungguhnya ia tidak menghalang KEADILAN Rembau menzahirkan roh korban yang tinggi dan luhur dalam diri.

Pada 27 Dis 2009 bersamaan 9 Zulhijah lalu, KEADILAN Rembau telah adakan Kempen Derma Darah di Unit Tabung Darah, Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Dari jam 9.30 pagi - 11pg seramai 20 penderma telah menjayakan kempen ini. InsyaAllah moga akan ada nyawa yang mampu diselamatkan. Bagi kami semua ia merupakan pengorbanan yang amat bermakna kerana insyaAllah darah yang dikumpulkan akan mampu menyelamatkan nyawa insan tika amat memerlukan, dan lebih penting yang memberi ikhlas dan yang menerima saling tidak mengenali.

Thursday, November 26, 2009

Port Dickson menjadi mangsa projek runding terus

Negara ini telah mendapat anugerah alam sekitar (bentuk alam) yang amat berharga. Keindahan Port Dickson kelihatan begitu jauh jika dibandingkan dengan jumlah pelancong dan pendapatan hasil industri pelancongan yang berjaya dijana. Banyak alasan namun antara sebab utama yan g tidak boleh dinafikan ialah pembinaan infra yang lemah khususnya jalanraya. Boleh dikatakan dari segi alam Port Dickson ialah permata bertaraf dunia yang gagal kerana persiapan infra yang jauh ketinggalan.

Kegagalan ini berpunca dari sikap tidak serius dan persiapan infra yang hanya mengambil kira untung poket tertentu.

Contohnya projek membina jalan baru dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi telah dimulakan sejak 14 Febuari 2005 dan sepatutnya siap mengikut kontrak pada 12 Ogos 2007.

Projek ini telah dilaksanakan secara RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktornya, Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. Setelah gagal menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap projek (tanpa denda) ke Disember 2009.

Kemajuan fizikal sebenar projek sehingga 30 Oktober 2009 ialah 65.6% berbanding dengan sepatutnya 97.7%. Notis bagi tujuan penamatan kerja kontraktor telah dikeluarkan oleh kementerian atau JKR pada 1 Oktober 2009.

Kelewatan tersebut yang berpunca dari prestasi kontraktor dan birokrasi yang wujud telah menyebabkan kos pembinaan naik. Kerajaan sekali lagi dengan murah hati telah menawarkan bantuan melalui perubahan harga variation of price ( variasi harga ) kepada kontraktor untuk mengatasi masalah tersebut.

Walaubagaimanapun berdasarkan prestasi semasa walaupun dengan bantuan beberapa kali, sudah pasti bukan sahaja kos projek ini akan meningkat, ianya akan mengambil masa lama lagi untuk siap memandangkan hanya 65.6% sahaja kerja telah disiapkan. Inilah yang Pakatan Rakyat bangkitkan dalam membincangkan mengenai belanjawan negara, mengenai pengendalian projek-projek runding terus yang akhirnya mengakibatkan tergendala dan cost-overrun ( berlebihan kos ). Kontrak-kontrak seperti ini menyumbang kepada ketirisan penggunaan dana negara yang akan memuncak diantara 5% ke 10% ( RM 10 billion ke RM 20 billion ) SETAHUN !

Akhirnya kerugian berganda buat rakyat....hilang wang kerana membayar kontraktor lemah, hilang wang masuk hasil industri pelancongan.

Persoalanya siapa punya syarikat ? siapa dapat komisyen ? SPRM kuda kayu, Polis buta bisu...media hilang daya....

BANGKIT !! atau saudara antara rakyat yang lesu, bisu, kayu dan hilang daya.

Wednesday, November 25, 2009

MB NS 'hilang kata - kata' isu pengeludupan RM 10 juta ke luar negara

Isnin lepas, YB Antony Loke telah membangkitkan isu mengenai kaitan Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd sebuah syarikat yang dibatalkan lesen oleh Bank Negara kerana terlibat dalam pemindahan wang 'melanggar undang undang ke luar negara dalam persidangan DUN NS.

Menurut maklumat yang diperolehi dari sumber dalaman Bank Negara cukup untuk mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan terlibat dalam pemindahan wang dalam jumlah amat besar ke luar negara sekitar Mac 2008. YB Tian Chua telah membangkitkan perkara ini dalam Parlimen dan cheGuBard telah menulis surat terbuka mencabar penjelasan Menteri Besar.sila klik untuk baca surat terbuka kepada MB NS

Semalam semasa ucapan penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, Menteri Besar NS kelihatan hilang kata - kata dengan hanya mengatakan dia tak berminat nak jawab soalan pembangkang mengenai penglibatan beliau dalam 'penyeludupan wang' ke luar negara tetapi sebaliknya mengakui beliau kini sedang di sisasat oleh pihak berkuasa.

Tanpa menyebut pihak berkuasa agensi mana yang menyiasat beliau mengenai penglibatan beliau dalam penyeludupan wang tersebut beliau telah diselamatkan dari asakan soalan dengan tindakan 'kurang ajar' beberapa ADUN Bn yang bangun menjerit - jerit malah speaker juga bertindak menyelamatkan Menteri Besar dari terus diasak.

Apa yang penting di sini Menteri Besar jika berani jawab surat terbuka cheGuBard !!

Keduanya yang pasti beliau mengakui terlibat dan takut hendak menafikanya dalam dewan kerana cheGuBard amat yakin Menteri Besar tahu apa bukti yang cheGuBard punya. Jika dia berani menafikan dalam dewan maka dia akan menjadi Menteri Besar pertama yang akan dihadapkan ke Jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan kerana menipu.

Persoalan jauh lebih penting ialah wang siapa yang 'diseludup' keluar ? Wang tersebut 'diseludup' kepada siapa ? Transaksi berlaku sekitar Mac 2008, adakah ia berkaitan dengan wang dana kempen pilihanraya ?

Jika ia transaksi sah kenapa ia perlu diselindungkan sehingga melanggar akta Bank Negara sehingga menyebabkan Salamath Ali Manoy Changer dibatalkan lesen.... jika ia dilakukan secara sah terangkan kepada rakyat Negeri Sembilan segera !!

Walaubagaimana pun seperti biasa media seperti SINAR Harian diganggu tangan ghaib dari menyiarkan berita ini .............

Surat terbuka sebelum ini yang dihantar kepada MB NS sebelum Bagan Pinang tidak dijawab oleh MB malah usaha dari pejabatnya menghalang media melaporkan surat tersebut. sila klik untuk baca surat terbuka menjelang Bagan Pinang.

Namun surat terbuka telah dihantar 16 November, MB diberi masa menjawab sehingga 14 hari. Jangan harap isu ini akan disenyapkan dengan hanya penafian dangkal dan 'penggelapan' media.

Nasionalis Inggeris vs Penjajah Komunis : dari blog lubuk kawah

Maka angkatan Melayu penderhaka yang dipimpin oleh Datuk Bahaman di Pahang telah dikalahkan oleh Puak-Puak Pejuang kemerdekaan yang dipimpin oleh golongan nasionalis dan patriotik Inggeris di Malaya.

Pada 1930-an, datang pula puak-puak Penjajah baru yang menamakan diri mereka komunis menjajah Malaya dan didalam tahun-tahun 1940-an, Penjajah yang ganas ini dibantu oleh puak-puak anti-nasional yang menggelarkan diri mereka PKMM, AWAS dan API dan pertubuhan-pertubuhan pro-penjajah komunis.

Mereka ini telah menjajah Malaya dan menguasai tanah, estet dan Raja-Raja Melayu. Sistem pelajaran, kebudayaan dan militer kesemuanya berdasarkan sistem dan dasar komunis, maka terjadilah pemerintahan Komunis yang sangat zalim di Malaya.

Segala harta Malaya dan kekayaannya dipunggah ke luar Negara oleh komunis ini menjadikan Malaya dan rakyatnya miskin, papa kedana.

Pada waktu itulah timbul kesedaran dan keinsafan dikalangan rakyat Malaya. Mereka bangun bersama-sama dengan pejuang-pejuang Inggeris yang nasionalistik menentang komunis.

Golongan nasionalis Inggeris ini berjaya menyatupadukan rakyat Malaya dan akhirnya penjajah Komunis telah dikalahkan dan pada tahun 1957 Malaya menjadi sebuah Negara Merdeka berkat hasil perjuangan nasionalis Inggeris.

Semasa perjuangan menentang penjajah komunis itu, ramailah anak-anak Melayu yang menjadi Polis dan Askar terkorban; tetapi pengorbanan mereka itu tidaklah sia-sia kerana tanpa mereka Penjajah Komunis tetap berkuasa dan bermaharajalela di Malaya.

Puak Nasionalis Inggeris telah berjasa besar dan merekalah yang memerdekakan Malaya dan akhirnya berjasa lagi apabila puak-puak Nasionalis Inggeris ini berjaya menyatukan Malaya dengan Sabah dan Sarawak didalam Malaysia yang Merdeka.

Setiap tahun rakyat Malaysia merayakan Hari Merdeka pada 31hb Ogos, dan kami memberi penghormatan kepada Nasionalis Inggeris yang berhempas pulas mempertahankan bumi Malaysia ini dari Penjajah Komunis. Kami telah bina Tugu Kebangsaan mengingati jasa Inggeris yang menghapuskan komunis dan setiap tahun Tugu itu dilawati saebagai ucapan terima kasih kami kepada Nasionalis Inggeris.

Dengan sejarah yang sebegini hebat maka sudah tentulah bekas-bekas pemimpin Parti Komunis Malaya seperti Chin Peng tidak akan dibenarkan pulang ke Malaysia, dan kami mengalu-alukan rakan-rakan seperjuangan kami, iaitu puak-puak Nasionalis Inggeris untuk datang ke Malaysia pada bila-bila masa sahaja samada datang untuk melancung, atau berniaga atau menanam modal atau melakukan usahasama dengan syarikat-syarikat kami.

Saya masih ingat apabila kumpulan Chin Peng mengujudkan Malayan Union untuk menarik segala kuasa Raja dan jika tidak kerana keperihatinan Nasionalis Inggeris, Raja-Raja Melayu akan terhapus di Negara ini.

Saya juga masih ingat apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merundingkan kemerdekaan Malaya dari tangan Komunis dan rombongan Tunku telah disambut dengan baik oleh puak-puak Komunis itu dan melalui rundingan tanpa menumpahkan sedikit pun darah, Malaya menjadi sebuah Negara Merdeka.

Itulah sedikit sebanyak catatan sejarah mengenai perjuangan kemerdekaan Malaya dan kita terhutang budi kepada Nasionalis Inggeris kerana tanpa mereka kita tidak akan Merdeka hinggalah ke hari ini.

tul;isan Hj Suhaimi Lubuk Kawah

Tuesday, November 24, 2009

Demi semangat Eiduladha dan mendesak perobahan KEADILAN Rembau akan 'tumpah darah'

Kepada rakyat Rembau khususnya umat Islam, selaku Ketua Cabang KEADILAN Rembau tahun ini tidak dapat kami lakukan seperti tahun - tahun sebelumnya. Tahun ini kami tak punya atau lebih tepat tidak mampu mengadakan lembu atau kambing untuk sama dalam ibadah Qorban sempena Eiduladha yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Allah amat memahami !!

Setelah berbincang dengan beberapa pemuka pendokong KEADILAN di Rembau maka walaupun kami tidak mampu dari segi kewangan namun ia bukan penghalang untuk kami sama merialisasikan atau menzahirkan semangat pengorbanan yang tinggi khususnya di kalangan anak muda pendesak perobahan.

Maka diputuskan bahawa melihat satu perkembangan yang sering terlepas pandang menjelang cuti dan perayaan ialah kecelakaan yang meningkat seiring dengan kemeriahan perayaan tersebut. Maka dalam setiap kecelakaan (khususnya kemalangan jalanraya) tabung darah menjadi elemen penting untuk menyelamatkan nyawa.

Maka pendokong KEADILAN Rembau bersempena keinsafan semangat Eiduladha dengan ini akan tampil ke Unit Tabung Darah, Hospital Seremban, 9.30 pagi pada 26 November 2009 untuk sama mendermakan darah kepada rakyat Malaysia.

Untuk itu kami juga rayu semua yang lain untuk tampil sama mendermakan darah demi niat berkorban menyelamatkan yang amat memerlukan.

'Kami tak ada saham banyak (sila klik sini) atau kami tak mampu untuk hantar RM10 juta ke London (sila klik sini) yang membolehkan kami membeli banyak lembu dan kambing untuk ditangkap gambar keluar media atas nama ibadah Qorban....namun itu tak mematahkan semangat kami.... kami titiskan darah untuk mereka yang benar memerlukan.... kami janji akan terus mendesak perobahan !!! Selamatkan Malaysia!!'

Sunday, November 22, 2009

Bekas Presiden PRm dipelawa sertai KEADILAN

Selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dengan ini mempelawa Saudara Hassan Karim untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Sejarah dan pengalaman perjuangan beliau amat berguna jika digabungkan dengan tenaga muda dalam KEADILAN demi merialisasikan perjuangan yang lebih besar demi kepentingan rakyat terbanyak.

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim meletakkan jawatannya berikutan usul beliau agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat ditolak.

Keputusan meletkkan jawatan itu dibuat Hassan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong baru-baru ini.

Kongres Nasional PRM kali ke-41 pada 15 November dii Kuala Lumpur baru-baru ini menolak cadangan Hassan agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat.

Cadangan itu dibuat oleh Hassan melalui Ucapan Dasar Presiden. Hassan telah menjadi Presiden PRM selama 5 tahun dan lebih 31 tahun sebagai ahli PRM.

(Gambar: Hassan letak jawatan Presiden PRM untuk bersama Pakatan Rakyat)

PRM dihidupkan semula oleh Hassan dan para penyokongnya selepas pimpinan PRM sebelum itu, Dr Syed Husin Ali dan rakan-rakannya memutuskan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pergabungan antara PRM dan PKN telah membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baru-baru ini, Dr Syed Husin telah dilantik sebagai senator oleh Dewan Negeri Selangor.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuatkuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

Hassan juga mengambil keputusan untuk meninggalkan PRM ekoran peristiwa tersebut.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuatkuasa serta merta juga," tulis Hassan dalam surat yang dihantar kepada media itu.

(tulisan mengandungi petikan dan gambar dari Harakahdaily)

Friday, November 20, 2009

Ir. Nizar Jamaluddin di Rembau

antara tetamu yang mengambil kesempatan bersalaman dengan ir. Nizar
Walaupun hujan lebat dan tanah 'lecak' ia tak mematahkan semangat dengan kehadiran yang ramai malam tersebut
Ucapan ir. Nizar yang dinanti - nantikan
che'GuBard sempat memberikan ucapan aluan ringkas
YB Taufek, YDP PAS Rembau banyak membantu gerakan KEADILAN di Rembau
Pn Aishah Lamsah

YB Antony Loke
Perasmian Ranting dan penyampaian bantuan oleh Abdullah Sani
18 Nov. lepas Rembau telah menerima lawatan YB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin (ahli Parlimen Bukit Gantang) dan YB Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat).

Program pertama ialah perasmian Ranting KEADILAN Pedas, Cabang Rembau. Majlis yang diadakan secara sederhana ini di hadiri oleh kira kira 50 orang. Selain YB Abdullah Sani yang sudi memotong reben papan tanda Ranting sebagai simbolik perasmian, turut hadir ialah che'GuBard (Ketua Cabang), Pn Hj Aishah Lamsah (Pemangku Timb. Ketua Cabang / Ketua Wanita Negeri) dan wakil PAS juga hadir. Selepas perasmian sebanyak 3 keluarga menerima agihan bantuan yang diusahakan oleh Pusat Khidmat Khidmat Rakyat Rembau.

Kewujudan ranting KEADILAN di kawasan yang kononya kubu kuat Umno ini menjadikan Umno bertambah resah.

Dalam masa terdekat ini juga akan dirasmikan banyak lagi ranting. Telah dijadualkan 28 Nov, YB Puan Zuraidah akan rasmikan Ranting Pekan Rantau, 16 Dis. Datuk Chua Jui Meng akan rasmi ranting Taman Angsamas dan Ranting Kg. Baru Paroi manakala pada 26 Dis. pula bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abd Rahman akan hadir ke Rembau merasmikan Ranting Sendayan dan Ranting Kg. Batu.

KEADILAN Rembau mensasarkan untuk mewujudkan satu ranting sekurang - kurangnya dalam setiap daerah mengundi.

Selepas majlis ringkas perasmian ranting Pedas.

Satu majlis Ceramah Umum diadakan di Kg. Selemak, Rembau (DUN Kota). Antara pemidato yang mengisi pentas ialah YB ir Nizar Jamaluddin, YB Abdullah Sani, YB Antony Loke, YB Taufek Abd Ghani selain dari cheGuBard dan Puan Aisah Lamsah.

Walaupun hujan hanya berhenti kira kira 30 minit sebelum jam 9.30 mlm, sebelum program bermula tetapi kehadiran pendengar menggalakkan.

Adik Najib harus perjelas pegangan saham hampir 28 juta unit

Gambar : Najib dan adiknya Nazir. Jika tanpa kedudukan Najib adakah adiknya mampu mendapat apa yang dia dapat hari ini ?

Hari ini mendapat email dari seorang kakitangan CIMB yang meminta cheGuBard mendedahkan mengenai pegangan saham adik ipar Rosmah(Adik Najib Razak), Dato Seri Nazir Razak dan Isterinya, Datin Seri Azlina Aziz yang berjumlah kira - kira 28,353,261 unit saham CIMB.

Dalam laporan tahunan CIMB 2008 dalam muka surat 69 menyatakan Dato' Seri Nazir Razak memiliki saham berjumlah 27,953,261 unit dan dalam muka surat 71 dinyatakan Datin Azlina Aziz (isterinya) memiliki 400,000 unit saham. Maknanya mereka suami dan isteri memiliki 28,353,261 unit saham yang dari segi nilaian tunainya sudah pasti lebih RM 30 juta pada kewangan berakhir pada 31 Disember 2008. Itu belum masuk lagi nilai saham yang dilupus atau jual dalam tahun tersebut yang hampir 1 juta unit saham.

Adik Rosmah atau Najib sendiri harus tampil menjelaskan perkara ini.

Sebelum ini timbul isu Obama, Presiden Amerika menghubungi Najib memberi amaran keras berkenaan dengan penglibatan bank Malaysia dalam transaksi kewangan dalam penyeludupan senjata Korea Utara dan Myanmar. sila klik sini untuk baca lanjut.

Tahniah kepada semua murid lepasan UPSR dan ibubapa

Semalam diumumkan keputusan UPSR 2009. Kesempatan ini cheGuBard ingin ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang bersungguh - sungguh mengulangkaji pelajaran dan sesungguhnya semua itu berbalio dengan keputusan yang diperolehi. Kepada yang mendapat keputusan yang agak memberansangkan maka jadikan ia satu pengajaran yang berguna untuk mendepani persekolahan mendatang.

Sudah tentu juga tahniah kepada ibu bapa khususnya yang bertungkus lumus menghadapi tekanan hidup menyara keluarga tetapi masih mampu meluangkan masa untuk bersama anak - anak ke arah melahirkan anak bangsa yang berjaya. Kepada warga pendidik tidak lupa usaha bersungguh semua harus mendapat pengiktirafan juga.

Seperti biasa tiap tahun pasti keputusan akan meningkat. Namun keputusan ini masih diragui apabila sistem Gred Penilaian Nasional (GPN) masih lagi menjadi 'rahsia'. Kita punya sejarah bagaimana GPN boleh diubah demi mendapat keputusan cemerlang bagi kononya 'membuktikan' sistem persekolahan seperti PPSMI kononya berjaya. Gred direndahkan maka sudah tentu pencapaian meningkat.

Namun adakah ini membuktikan peningkatan kualiti pendidikan dan pelajar itu secara realitinya ?

Juga harus masih diberikan perhatian dalam keputusan UPSR ialah masih wujud berbezaan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar. Jika ini gagal diberikan perhatian segera maka sudah tentu ia akan lebih memburukkan jurang masyarakat antara kawasan bandar dan luar bandar dalam negara ini selain dari jurang antara kelas masyarakat yang makin serius dalam negara.

Namun secara keseluruhanya tahiah buat semua.

p.s : hari ini berada di Pulau Pinang dan buat kerja di Pusat Khidmat YB Malek (ADUN Batu Maung), semua petugas Pusat Khidmat sedang sibuk ke semua sekolah dalam kasawan DUN mengumpulkan nama anak cemerlang UPSR untuk diberikan anugeraf inisiatif dan bantuan lanjut pelajaran. Tahniah kepada YB Malek dan pasukan petugasnya harap semua YB Pakatan boleh buat macam beliau.....

Bukan Zul Noordin, bukan Hasan Ali - tukar tiub

Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak.

Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikaitkan dan disangkutkan dengan beberapa tokoh dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak-anak sekolah selalu dipaksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa kejadiannya.

Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh. Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak-babak sejarah agar ia dapat difahami. Hakikatnya, perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas daripada hanya mengenali nama orang, nama tempat dan tarikh berlaku.

Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah. Contohnya, memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.

Tetapi harus disedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifestasi daripada babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini, kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut. Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas daripada peranan sejarah susuk-susuk ini.

Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah tetapi ia hanya sebahagian daripada lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.

Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai. Orang ramai - rakyat jelatalah - yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus dijajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta-juta orang China.

Di Malaysia, terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ia anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tetapi jika rakyat tidak mengambil pot, susuk ini akan terpeleok.

Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam (Mohd Nor) dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi. Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga dia berasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi boleh kecut dan kempis. Congak ini salah.

Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial. Mat Ezam hanyalah manifestasi daripada harapan ini.

Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR, Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam.

Kesian, apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah - untuk bersembahyang Jumaat; kalau dahulu, sepuluh masjid tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai, bukan oleh individu.

Lapan tiga dua kosong kosong lapan (832008) menjadi contoh bagaimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan. Mereka berhasrat untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation yang semakin haprak. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan.

Jika ada politikus, YB atau pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menganggap bahawa susuk - merekalah yang membawa satu anjakan politik ini - maka mereka samalah seperti Mat Ezam.

Mereka tersalah baca dan tersalah congak. Mereka juga akan dibungkus dalam kotak-kotaknya.

Jika Zulkifli Noordin (ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu) atau Hassan Ali (exco kerajaan Selangor) menganggap tanpa diri mereka maka Pakatan Rakyat tidak boleh berjaya, maka mereka juga akan dihanyutkan oleh rakyat.

Jika Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang) menganggap susuk dirinya begitu penting, maka dia juga tersalah baca. Dalam gerakan sosial, tidak ada satu susuk yang penting.

Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus. Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah dibeli, tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin.

Apabila ombak rakyat sudah sampai – semua akan lingkup.

Dalam arus perubahan yang kita lihat pada tanggal 832008 dahulu adalah contoh orang ramai telah membuktikan bahawa mereka ingin berubah. Apabila rakyat ingin melakukan perubahan, tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu.

Betul, rakyat boleh didodoi-dodoikan. Betul, rakyat boleh ditipu dengan pelbagai helah. Betul, rakyat boleh diberi gula-gula dan nasi bungkus. Tetapi akan sampai ke satu tahap di mana semua pembohongan ini akan terbuka. Semua lebong akan dilihat sebagai lebong.

Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu daripada kebenaran, tidak ada yang lebih kompak daripada yang hak. Kebenaran dan hak ini mungkin untuk sementara waktu boleh dikaburkan – boleh dipesong alih – tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.

Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan - ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial. Sesiapa yang memekikan laungan "lawan" dan "berjuang", maka di situlah rakyat akan berkumpul dan berpayung.

Perhatikan dan ingatkan kembali bagaimana pada minggu pertama dan minggu kedua ketika Anwar Ibrahim dibuang daripada kerajaan dahulu. Anwar masih membodek Mahathir dengan kata-kata seperti "dia mentor saya", "saya anggap Mahathir sebagai bapa..." dan lain-lain. Ucapan-ucapan bodek ini tidak menjemput sesiapa pun untuk turun menyokong.

Ketika itu Anwar Ibrahim tidak memekikkan perlawanan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan ambil pot atau bersimpati terhadap apa yang dilakukan oleh Mahathir Mohamad.

Tetapi apabila slogan "lawan tetap lawan" muncul, maka ratusan, ribuan anak muda mula turun ke jalan-jalan raya. Pekikan bangun melawan adalah hukum sejarah tamadun manusia.

Perlawaan adalah hukum dialetika yang saintifik – hukum yang menjadi asas penggerak perubahan apa sahaja dalam dunia ini.

Melaungkan perlawanan terbukti lagi dalam kes Musa Hitam. Ketika Musa dibuang, dia menikus – tidak melawan. Maka hingga ke hari ini Musa akan terus menjadi Tun tikus. Begitu juga nasib Anwar. Jika ketika dibuang dahulu dia tidak melaungkan perlawanan, dia juga akan menjadi Dato Seri tikus-tikus.

Tetapi waspada, jika Musa dan Anwar menikus, ini tidak bererti rakyat tidak memiliki niat untuk bangun melawan. Melawan adalah fitrah semua umat manusia. Jika ada si polan menjadi tun tikus, maka akan muncul susuk baru mengacung tangan membawa gelombang perlawanan.

Individu dan susuk-susuk ini hanya berperanan untuk mengolah fitrah hakiki keinginan rakyat untuk bangun melawan. Tidak lebih daripada itu.

Susuk yang nama mereka disabitkan dengan sejarah revolusi sosial adalah pengolah yang cekap dan pembawa garis politik yang tepat. Susuk ini dapat membetongkan keinginan rakyat yang ingin berjuang untuk mendobrak kezaliman yang sedia wujud.

Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus-putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang-bengok dengan ranjau di sepanjang jalan.

Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis mat malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.

Tetapi yakinlah, tidak ada satupun kuasa yang akan dapat menundukkan ombak rakyat. Hanya rakyat yang melakar sejarah.

Thursday, November 19, 2009

Pelajar ditahan di dewan peperiksaan - kes wanita puaka

Pelajar UM yang dikaitkan dengan kes 'wanita puaka' ditahan di dewan peperiksaan semalam.

'ditahan' sila klik untuk baca lanjut


Pelajar ini kemudian dipaksa bermalam di balai dan dijangka diseret mengadap majisteret hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

'reman' sila klik sini untuk baca lanjut


Inilah kelebihan Najib dan Rosmah mereka dikaitkan oleh media dunia terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi mereka tidak berani saman media dunia, malah membayar jutaan wang rakyat kepada Apco Worldwide sebuah agensi perunding untuk menaikkan imej mereka dalam dan luar negara, sebaliknya menggunakan polis dan segala aparat kerajaan untuk menekan rakyat sendiri, yang bercakap benda yang sama.

hari ini u/tahun peristiwa Memali


Hari ini genap 24 tahun terjadinya Peristiwa Berdarah Memali. Peristiwa kejam yang berlaku di kawasan pendalaman di Baling itu mengakibatkan 13 syahid di tangan pihak polis. Seramai 3600 orang anggota polis terdiri Unit FRU, UTK, Senoi Praq dan anggota dari Bukit Aman terlibat dengan operasi yang di beri nama "Operasi Angkara". Operasi itu di bawah seliaan pegawai Bukit Aman.

Tujuannya menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud untuk ditahan di bawah ISA.

Peristiwa pembunuhan itu berlaku ketika PM Dr. Mahathir melakukan lawatan ke China. Manakala Menteri Dalam Negeri yang menjaga PDRM adalah Musa Hitam. Manakala IGP adalah Hanif Omar..

Pada awalnya pihak kerajaan mendakwa berlaku operasi membasmi pengganas komunis. Kemudian menukar tajuk kepada pembasmian ajaran sesat. Berhari-hari media kerajaan terutamanya RTM, Utusan Malaysia dan Berita Harian "mendendangkan" lagu penipuan keatas rakyat mendakwa Ustaz Ibrahim Mahmod membawa ajaran sesat.

Menteri Penerangan yang menjaga RTM ketika itu adalah Rais Yatim yang kini menjawat semula jawatan itu.

Pembohongan kerajaan UMNO tidak bertahan lama. Sultan Kedah mencemar duli menyiram air mawar keatas 13 pusara syuhada Memali menutup terus "mulut jahat" Rais Yatim dan RTMnya.

Kini 24 tahun sudah berlalu. Banyak perkara boleh kita ambil pengajaran dan renungan :

a) Dr Mahathir masih hidup lagi. Tiada sepatahpun ucapan maaf terbuka kepada keluarga Syuhada Memali dan kesal atas peristiwa itu. Mungkin Tuhan panjangkan umurnya bagi beliau peluang bertaubat.

b) Seratus hari selepas Pembunuhan Memali, Musa Hitam letak jawatan sebagai Timbalan Menteri. Nasib Musa juga bertambah malang kerana kehilangan anak lelakinya dalam Peristiwa Keruntuhan Hightower 1994. Mungkinkah pembalasan Tuhan ?

c) Dua tahun selepas Pembunuhan Memali, UMNO berpecah dua. Team A dan Team B. Kemudian menjadi UMNO Baru dan Semangat 46.

d) Hanya seorang pimpinan UMNO yang memohon maaf atas Peristiwa Memali iaitu mantan SU UMNO Dato' Radzi Sheikh Ahmad (ketika itu dalam S46)meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Memali. Ucapan itu tersiar di muka depan Harakah.

e) Tiga orang anggota polis yang terbunuh adalah ditembak oleh rakan mereka sendiri ketika serbuan. Bukti Ustaz Ibrahim dan pengikutnya tiada senjata api.

d) Tidak diketahui nasib Perwakilan UMNO Baling yang mengusulkan penangkapan Ustaz Ibrahim dalam Perhimpunan UMNO. Adakah hidup mereka bahagia atau sengsara akibat "kejahatan usul" mereka?

f) Juga tiada diketahui nasib anggota-anggota polis yang menyerang dan membunuh Ustaz Ibrahim dan pengikutnya samada bahagia atau sengsara? Kedengaran khabar, ramai diantaranya jadi kurang siuman. Waallahu'alam.

g) Majlis Memperingati Syuhada Memali diadakan setiap tahun. Sejak 5 tahun kebelakangan ini ianya ditiadakan atas permintaan keluarga anggota polis yang terlibat. Mengapa ? Mungkin mereka kesal apa yang telah berlaku.

h) Beberapa anggota Majlis Fatwa Kedah disingkirkan kerana menfatwakan kesyahidan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya.


Beberapa hari selepas peristiwa yang menyayatkan hati itu berlaku, TG Haji Hadi Awang berucap di Markas PAS Taman Melawar. Ucapan beliau tersekat-sekat kerana hiba dan sedih. Ramai hadirin yang menangis dengan tangisan yang kuat ketika itu.

TG Nik Aziz pernah berkata tentang peristiwa tersebut : " Kita akan mengingati peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini seumur hidup. Akan kita ingat dan sebut terus menerus. Akan kita perkatakan hingga Hari Kiamat."

Jika rakyat Palestin mengingati Peristiwa Dier Yasin, rakyat Indonesia mengingati Peritiwa Tanjung Periuk, rakyat Iraq mengingati Peristiwa Fallejah. Rakyat Malaysia sewajarnya mengingati Peristiwa Memali. Satu perjuangan dan pengorbanan menentang ISA.


Berikut mereka yang syahid dalam Peristiwa Memali:


1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak..
14. Haji Abdul Rahmahbin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

saduran - tok pepijat

Wednesday, November 18, 2009

PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU - tukar tiub

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:


Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara ke dua:


Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

Ahkirnya:


Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation

Tuesday, November 17, 2009

Respon Bank Negara terhadap surat terbuka 16 Nov.

email
Encik Badrul Hisham Shaharin,
Kami merujuk emel tuan bertarikh 16 November 2009 yang sangat jelas maksud kandungannya.
Untuk makluman tuan, kami telah memanjangkan emel ini kepada Unit Penyiasatan Khas dan juga Jabatan Pertukaran Wang Asing, Bank Negara Malaysia untuk tindakan lanjut mereka sekiranya perlu.
Sekian, terima kasih.
Faridah Ibrahim
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Email :
bnmtelelink@bnm.gov.my

Masih menunggu respon dari PDRM (Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan/Komersial) dan surat balasan dari MB sendiri..... surat terbuka mendapat ruang liputan dari akhbar berbahasa cina malangnya akhbar berbahasa Melayu walaupun datang wartawanya 'bos' mereka kerat berita tersebut atas 'arahan'....

Takziah Mat Pendang

Mula kenal dia sebagai Mat budak Pendang.... ada blog, rambutnya perang sikit dan pacak-pacak...dia seorang anak muda yang mempunyai kemahiran grafik yang dikira bagus. Kepakaranya telah dicurahkan dengan melahirkan design poster, banner dan bahan kempen yang menarik buat PAKATAN.

Beberapa hari lepas Mat atau namanya MOHD ZUHAIRI B.KHAMIS yang merupakan TIMBALAN KETUA AMK PENDANGtelah mengirim sms ke telefon che'GuBard memaklumkan ibunya menjalani pembedahan, menerima sms tersebut terus membuat panggilan dan ternyata dari suaranya dia cukup risau mengenai ibunya. Jika dilihat dari penampilan 'rangginya' dan perbualan telefon tersebut ia begitu kontra...... dia cukup sayang dan hormat ibunya.

Pagi ini tersentak menerima berita Mat Pendang kehilangan ibu.

Hanya hadiah al-Fatihah dari kejauhan.

Keinginan melihat 'bersih' dibawah Najib umpama mimpi

Membaca blog YB Wee Choo Keong yang dalam perbahasan belanjawan di Parlimen secara jelas membangkitkan nama setiausaha politik, Perdana Menteri Malaysia. Nama ini dikaitkan dalam ucapan Wee sebagai MR Political Toll yang dikatakan mengutip keuntungan dengan menggunakan kedudukan sebagai setiausaha politik Menteri Kewangan.

Beliau dikaitakan dengan agihan projek dan tender DBKL juga. Ucapan Wee ini perlu diberikan perhatian khusus. Dalam rang undang - undang kewujudan SPRM tidak memerlukan laporan rasmi, jika SPRM masih bernyawa sudah tentu pembongkaran seserius ini perlu diambil perhatian. Namun cheGuBard yakin SPRM telah lama mati menjadi bangkai.

Nama setiausaha Najib ini bukan kali pertama terkait dengan rasuah. sila klik sini

Berikut ialah contoh aduan mengenai rasuah politik yang melibatkan setiausaha Najib ini. Siasatan dijalankan dan berdasarkan beberapa maklumat dalaman sah memang boleh disabitkan, namun mungkin oleh kerana dia setiausaha Najib maka ia 'kebal'.....

Nampaknya untuk melihat 'bersih' dibawah Najib ia umpama mimpi yang tidak akan kunjung tiba....

Monday, November 16, 2009

Mohon penjelasan MB NS isu penyeludupan RM10 juta ke luar negara yang dikaitakan dengan beliau

Surat di bawah telah didedahkan dalam sidang media 16 Nov, 10.30 pagi di Pejabat Keadilan NS dan telah dihantar melalui email, pos dan fax ke Pejabat MBNS.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Badrul Hisham Shaharin
d/a Pusat Khidmat Rakyat Rembau,
No. 390, Taman Seri Rembau,
71300 Rembau, N.Sembilan

Tarikh : 16 November 2009

Kepada

YAB Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan,
Pejabat Menteri Besar,
Tingkat 5B, Wisma Negeri,
Seremban, N.Sembilan.

YAB Datuk Seri Utama ;

SURAT TERBUKA : MOHON PENJELASAN ISU 'PENYELUDUPAN' RM10 JUTA KE LUAR NEGARA

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Ini bukanlah kali pertama saya menghantar surat kepada YAB Datuk Seri Utama memohon penjelasan mengenai perkara berkepentingan rakyat. Seharusnya menjadi adab asas untuk menjawab surat lebih lagi selaku pemimpin besar di negeri ini. Amat menjadi harapan kesibukan YAB Datuk Seri tidak dijadikan alasan menjawab serta menjelaskan isu penting demi kepentingan rakyat semua atau tindakan tidak menjawab surat dan hanya menafikan secara dangkal di media kerana YAB Datuk Seri sendiri gagal atau tidak punya jawapan untuk bersoalan yang dibangkitkan.

Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Walaubagaimanapun Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.

Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) dalam mengirim sejumlah wang yang bernilai kira - kira RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,

Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;

Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.

Persoalannya,

  1. Adakah benar YAB Datuk Seri Utama terlibat dalam transaksi seperti maklumat yang diperolehi ? Dan kenapa ia melanggar undang – undang ?

  2. Bolehkah YAB Datuk Seri Utama secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?

Jawapan amat dituntut, khabar ini amat melukakan hati rakyat yang ketika ini teruk dihimpit merintih kerana himpitan hidup.

Amat besar harapan kami rakyat marhaen ini mendengar penjelasan YAB Datuk Seri Utama dalam balasan kepada surat ini. Harapnya YAB Datuk Seri Utama tidak seperti biasa hanya menafikan secara dangkal, mengawal media jangan menyiarkan berita mengenai ini dan kemudian 'terus menyapu ke bawah karpet' isu dibangkitkan.

Melalui surat terbuka ini juga saya juga menyeru kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

Saya telah hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun kesempatan ini saya mencabar SPRM (jika ia bukan perkakas regim penguasa) menyiasat segera secara terbuka terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yangditujukan.

Satu laporan rasmi juga akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial PDRM berkenaan perkara ini.

Dari maklumat yang saya perolehi, terdapat banyak tokoh-tokoh pernigaan serta ahli-ahli politik sering mengguna langkah ini mengirim dana ke luar negara. Saya percaya dana sedemikian datang dari punca-punca yang melanggar undang-undang.

Perniagaan pengurupan wang merupakan bidang perniagaan yang multi-billion yang kalau di dalam negara ini dilakukan oleh mereka yang dekat dengan kekuasaan regim penguasa.

Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan. Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.

Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998. Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006.

Akhir sekali demi kepentingan rakyat harap surat ini mendapat balasan.



BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che'GuBard

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN
juga Ketua KEADILAN Rembau

eMail : chegubard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com

salinan kepada :

  1. Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

  2. Bahagian Jenayah Kormesial, PDRM, Bukit Aman

Sunday, November 15, 2009

Kes Linggam ditutup

Ingat tak sebelum pilihanraya 2004, Pak Lah tangkap dan hadapkan 'perasuah' kononya untuk menutup persepsi rakyat yang regim hanya bertindak terhadap ikan bilis. Pak Lah memulakan kempen 'perang rasuah'nya dengan mengheret seorang bekas Menteri yang bernama Kasitah Gadam dan orang disebalik skandal kewangan terbesar negara pada ketika itu, Perwaja Eric Chia (tetapi hari ini skandal kewangan terbesar ialah PKFZ)

Aksi ini telah berjaya 'menambat' hati rakyat dengan memberikan kemenangan besar kepada Pak Lah dalam PRU 2004. Namun selepas itu semuanya kecewa bukan sahaja dua kes tersebut tidak ada penyelesaianya malah PM dan keluarganya sendiri terperap dalam ruang rasuah dan salah guna kuasa memunggah kekayaan yang lebih parah.

Akhirnya rakyat hampir menghumban Bn dalam PRU 2008.

Namun dosa yang menyembabkan Bn hampir terhumban bukan sahaja sumbangan Pak Lah.... ia juga sumbangan bekas Pm terdahulu seperti Mahathir....

Antaranya ialah kes Linggam yang dicipta zaman Mahathir.... Ia menggambarkan kekacauan dan korupnya institusi kehakiman negara....

Rakaman 'curi' yang menampilkan perbualan Linggam dengan beberapa orang penting dalam menyusun keputusan kehakiman penting tersebar.

Kini Pak Lah telah pergi dan kini hanya sibuk tanam orkid (sehingga tak pergi / ponteng persidangan parlimen). Namun Najib juga mengecewakan...kes Linggam ditutup !!

Kononya kerana Anwar yang mendedahkan video tersebut menyembunyikan saksi utama iaitu siapa perakamnya.....

Nah kini ini saksinya............


Jayanti secretary of Lingam: booked Lingam &Co NZ trip, arranged paymt, scheduled appointmts, etc. How Govt can deny

Pada peringkat awal saksi ini diselindungkan demi keselamatan. Namun kononya SPRM menutup kes in i kerana saksi utama iaitu perakam tidak tampil. Nah beberapa hari lalu saksi ini ditampilkan tetapi malangnya tiba - tiba regim menukar kenyataan kerana kononya Jayanti bukan saksi dicari......

Jayanti ialah setiausaha Linggam yang mengaku dia yang menempah dan menguruskan semua mengenai percutian Linggam dan hakim di New Zealand, dan dia ada banyak bukti lagi...........

Berkaitan dengan Linggam juga Majlis peguam yang mendesak ditubuhkan tribunal menyiasat Linggam dan Yusof Chin (hakim) kerana wujud gambar percutian bersama mereka telah dijatuhkan hukuman membayar RM70,000 kepada Linggam.

Nagara makin kacau....

Pakatan Rakyat sudah didaftarkan

Pertama sekali tahniah buat Datuk Zaid Ibrahim yang mengetuai seketeriat mendaftarkan PAKATAN (Pakatan Rakyat). Usaha menghantar pendaftaran tersebut telah selesai dengan pada 3 Nov. lalu telah dihantar permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan secara sah.

Ini merupakan peristiwa bersejarah. Telah wujud gabungan yang telah di uji sekurang kurangnya 3 pilihanraya umum dan beberapa siri pilihanraya kecil. Kini kali pertama dalam sejarah wujudnya gabungan rasmi menentang gabungan Bn yang diwariskan oleh penjajah untuk meneruskan agenda kolonial mereka.

Kepada Datuk Zaid Ibrahim tahniah kerana usaha gerak kerja yang cukup fokus. Bukan mudah melakukan pendaftaran ini dari aspek teknikal memenuhi kehendak pendaftaran hinggalah menggabungkan manisfesto untuk dipersetujui bersama.

DAP, PAS mahupun KEADILAN memang banyak bezanya tetapi persamaan yang kuat ingin membina negara yang adil telah menjadi ikatan yang tidak ternilai.

Kini bola di kaki penguasa regim ini. Mereka pernah mencabar untuk PAKATAN didaftarakan kini ia sudah direalisasikan. Adakah mereka cukup berani untuk memberikan kelulusan....

Semuanya akan dituntaskan dalam konvensyen PAKATAN dalam bulan Disember akan datang. Kepada semua pemimpin PAKATAN hargailah kelahiran gerakan rakyat ini. Ia satu sejarah yang amat besar jangan kita tenggelamkan sejarah besar ini dengan persengketaan 'sengal' yang tidak perlu.

Ingatan juga kita perlu bekerja keras.... bagi yang mendapat sedikit tempat ingatlah.... rakyat yang memilih kita rakyat juga berkuasa menjatuhkan kita...maka kembalilah dan lakukan perkhidmatan yang terbaik...InsyaAllah akan berjaya....

Saturday, November 14, 2009

Bank Negara Siasat Segera MB Negeri Sembilan

KENYATAAN AKHBAR

13hb Nov 2009, Jumaat

BANK NEGARA MALAYSIA MENYIASAT SEGERA TERHADAP MOHD HASSAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN YANG MENGIRIM DANA SEBANYAK RM 10 JUTA KE LUAR NEGARA

Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.

Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.

Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,

Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;

Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.

Persoalannya, adakah MB Datuk Seri Mohd Hassan bersedia menjelaskan sama ada transaksi ini dijalankan melalui saluran sah mengikut Undang-undang Malaysia? Bolehkah beliau secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?

Saya menyeru kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.

Saya turut menyeru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yangditujukan.

Dari maklumat yang saya perolehi, terdapat banyak tokoh-tokoh pernigaan serta ahli-ahli politik sering mengguna langkah ini mengirim dana ke luar negara. Saya percaya dana sedemikian datang dari punca-punca yang melanggar undang-undang.

Perniagaan pengurupan wang merupakan bidang perniagaan yang multi-billion. Berikut merupakan statistik yang diperolehi daripada BNM

Jumlah Kes yang disiasat oleh Bank Negara Malaysia yang disyaki melanggar seksyen 30 adalah seperti berikut:

Tahun
No. Kes

2006
3

2007
7

2008
12

2009
92

Jumlah
144

Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan. Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.

Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998. Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006.

Saya ingin tahu kenapa BNM tidak menyiasat kes-kes yang lain dan tiada sebarang perkembangan dalam siasatan semua ini. Saya harap Gabenor BNM menjelaskan perkara ini.

Akhir sekali, saya menegaskan sekali lagi BNM dan SPRM harus ambil tindakan undang-undang yang tegas untuk melindung kedudukan ekonomi negara kita daripada korupsi dan kegiatan jenayah. Hanya siasatan yang adil dan telus dapat mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi-institusi pentabiran negara.

YB TIAN CHUA
AHLI PARLIMEN BATU

1 Malaysia undang-undang berbeza, TPm tak pakai helmet

sumber gambar klik sini
Kata 1 Malaysia tetapi undang - undang berbeza.....

Gambar dibawah ialah bagaimana TPM menunjukkan contoh tidak baik iaitu menaiki motorsikal dengan tidak memakai helmet.

Masih ingat lagi sebuah filem box office yang dilakukan penyanyi terkenal dipotong adegan bermotorsikal oleh pihak pemotong dan penapis filem hanya kerana watak utama dalam filem tersebut menaiki motorsikal tetapi tidak memakai helmet kononya jangan beri contoh tak baik pada orang ramai..... tetapi kali ini semua akhbar utama siarkan pula gambar TPm tak pakai helmet.....

kedua tak ada ke polis dio kawasan itu yang nak tangkap dan saman kerana kesalahan undang - undang jalanraya.....

haha.... lepas nie ada tak anak muda berani buat report polis ke atas TPM kerana salah langgar undang - undang..... hahaha ...

kalau makcik pergi kedai naik motor tanpa helmet disaman tetapi ini...? Atau apakah pemakaian topi keledar hanya di kuatkuasakan secara berpilih-pilih!

The Return Of Bala: "Bala" Kepada Najib..!

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.

Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.

Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.

Balasubramaniam (gambar kanan) ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.

Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.

Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah.




STATUTORY DECLARATION

I, Balasubramaniam a/l Perumal (NRIC NO: xxxxxx-xx-6235) a Malaysian Citizen of full age and residing at [deleted], Selangor, do solemly and sincerely declare as follows :-

1. I have been a police officer with the Royal Malaysian Police Force having joined as a constable in 1981 attached to the Police Field Force. I was then promoted to the rank of lance corporal and finally resigned from the Police Force in 1998 when I was with the Special Branch.

2. I have been working as a freelance Private Investigator since I left the Police Force.

3. Sometime in June or July 2006, I was employed by Abdul Razak Baginda for a period of 10 days to look after him at his office at the Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, between the hours of 8.00 a.m. to 5.00 p.m. each working day as apparently he was experiencing disturbances from a third party.

4. I resigned from this job after 2 ½ days as I was not receiving any proper instructions.

5. I was however re-employed by Abdul Razak Baginda on the 05-10-2006 as he had apparently received a harassing phone call from a Chinese man calling himself ASP Tan who had threatened him to pay his debts. I later found out this gentleman was in fact a private investigator called Ang who was employed by a Mongolian woman called Altantuya Shaariibuu.

6. Abdul Razak Baginda was concerned that a person by the name of Altantuya Shaariibuu, a Mongolian woman, was behind this threat and that she would be arriving in Malaysia very soon to try and contact him.

7. Abdul Razak Baginda informed me that he was concerned by this as he had been advised that Altantuya Shaariibuu had been given some powers by a Mongolian ‘bomoh’ and that he could never look her in the face because of this.

8. When I enquired as to who this Mongolian woman was, Abdul Razak Baginda informed me that she was a friend of his who had been introduced to him by a VIP and who asked him to look after her financially.

9. I advised him to lodge a police report concerning the threatening phone call he had received from the Chinese man known as ASP Tan but he refused to do so as he informed me there were some high profile people involved.

10. Abdul Razak Baginda further told me that Altantuya Shaariibuu was a great liar and good in convincing people. She was supposed to have been very demanding financially and that he had even financed a property for her in Mongolia.

11. Abdul Razak Baginda then let me listen to some voice messages on his handphone asking him to pay what was due otherwise he would be harmed and his daughter harassed.

12. I was therefore supposed to protect his daughter Rowena as well.

13. On the 09.10.2006, I received a phone call from Abdul Razak Baginda at about 9.30 a.m. informing me that Altantuya was in his office and he wanted me there immediately. As I was in the midst of a surveillance, I sent my assistant Suras to Abdul Razak Baginda’s office and I followed a little later. Suras managed to control the situation and had persuaded Altantuya and her two friends to leave the premises. However Altantuya left a note written on some Hotel Malaya note paper, in English, asking Abdul Razak Baginda to call her on her handphone (number given) and wrote down her room number as well.

14. Altantuya had introduced herself to Suras as ‘Aminah’ and had informed Suras she was there to see her boyfriend Abdul Razak Baginda.

15. These 3 Mongolian girls however returned to Abdul Razak Baginda’s office at the Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang again, the next day at about 12.00 noon. They did not enter the building but again informed Suras that they wanted to meet Aminah’s boyfriend, Abdul Razak Baginda.

16. On the 11.10.2006, Aminah returned to Abdul Razak Baginda’s office on her own and gave me a note to pass to him, which I did. Abdul Razak Baginda showed me the note, which basically asked him to call her urgently.

17. I suggested to Abdul Razak Baginda that perhaps it may be wise to arrange for Aminah to be arrested if she harassed him further, but he declined as he felt she would have to return to Mongolia as soon as her cash ran out.

18. In the meantime I had arranged for Suras to perform surveillance on Hotel Malaya to monitor the movements of these 3 Mongolian girls, but they recognized him. Apparently they become friends with Suras after that and he ended up spending a few nights in their hotel room.

19. When Abdul Razak Baginda discovered Suras was becoming close to Aminah he asked me to pull him out from Hotel Malaya.

20. On the 14.10.2006, Aminah turned up at Abdul Razak Baginda’s house in Damansara Heights when I was not there. Abdul Razak Baginda called me on my handphone to inform me of this so I rushed back to his house. As I arrived, I noticed Aminah outside the front gates shouting “Razak, bastard, come out from the house”. I tried to calm her down but couldn’t so I called the police who arrived in 2 patrol cars. I explained the situation to the police, who took her away to the Brickfields police station.

21. I followed the patrol cars to Brickfields police station in a taxi. I called Abdul Razak Baginda and his lawyer Dirren to lodge a police report but they refused.

22. When I was at the Brickfields police station, Aminah’s own Private Investigator, one Mr. Ang arrived and we had a discussion. I was told to deliver a demand to Abdul Razak Baginda for USD$500,000.00 and 3 tickets to Mongolia, apparently as commission owed to Aminah from a deal in Paris.

23. As Aminah had calmed down at this stage, a policewoman at the Brickfields police station advised me to leave and settle the matter amicably.

24. I duly informed Abdul Razak Baginda of the demands Aminah had made and told him I was disappointed that no one wanted to back me up in lodging a police report. We had a long discussion about the situation when I expressed a desire to pull out of this assignment.

25. During this discussion and in an attempt to persuade me to continue my employment with him, Abdul Razak Baginda informed me that :-

25.1. He had been introduced to Aminah by Datuk Seri Najib Tun Razak at a diamond exhibition in Singapore.

25.2. Datuk Seri Najib Tun Razak informed Abdul Razak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.

25.3. Datuk Seri Najib Tun Razak wanted Abdul Razak Baginda to look after Aminah as he did not want her to harass him since he was now the Deputy Prime Minister.

25.4. Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda and Aminah had all been together at a dinner in Paris.

25.5. Aminah wanted money from him as she felt she was entitled to a USD$500,000.00 commission on a submarine deal she assisted with in Paris.

26. On the 19.10.2006, I arrived at Abdul Razak Baginda’s house in Damansara Heights to begin my night duty. I had parked my car outside as usual. I saw a yellow Proton Perdana taxi pass by with 3 ladies inside, one of whom was Aminah. The taxi did a U-turn and stopped in front of the house where these ladies rolled down the window and wished me ‘Happy Deepavali’. The taxi then left.

27. About 20 minutes later the taxi returned with only Aminah in it. She got out of the taxi and walked towards me and started talking to me. I sent an SMS to Abdul Razak Baginda informing him “Aminah was here”. I received an SMS from Razak instructing me to “delay her until my man comes”.

28. Whist I was talking to Aminah, she informed me of the following :-

28.1. That she met Abdul Razak Baginda in Singapore with Datuk Seri Najib Tun Razak.

28.2. That she had also met Abdul Razak Baginda and Datuk Seri Najib Tun Razak at a dinner in Paris.

28.3. That she was promised a sum of USD$500,000.00 as commission for assisting in a Submarine deal in Paris.

28.4. That Abdul Razak Baginda had bought her a house in Mongolia but her brother had refinanced it and she needed money to redeem it.

28.5. That her mother was ill and she needed money to pay for her treatment.

28.6. That Abdul Razak Baginda had married her in Korea as her mother is Korean whilst her father was a Mongolian/Chinese mix.

28.7. That if I wouldn’t allow her to see Abdul Razak Baginda, would I be able to arrange for her to see Datuk Seri Najib Tun Razak.

29. After talking to Aminah for about 15 minutes, a red Proton Aeroback arrived with a woman and two men. I now know the woman to be Lance Corporal Rohaniza and the men, Azilah Hadri and Sirul Azahar. They were all in plain clothes. Azilah walked towards me while the other two stayed in the car.

30. Azilah asked me whether the woman was Aminah and I said ‘Yes’. He then walked off and made a few calls on his handphone. After 10 minutes another vehicle, a blue Proton Saga, driven by a Malay man, passed by slowly. The driver’s window had been wound down and the driver was looking at us.

31. Azilah then informed me they would be taking Aminah away. I informed Aminah they were arresting her. The other two persons then got out of the red Proton and exchanged seats so that Lance Corporal Rohaniza and Aminah were in the back while the two men were in the front. They drove off and that is the last I ever saw of Aminah.

32. Abdul Razak Baginda was not at home when all this occurred.

33. After the 19.10.2006, I continued to work for Abdul Razak Baginda at his house in Damansara Heights from 7.00 p.m. to 8.00 a.m. the next morning, as he had been receiving threatening text messages from a woman called ‘Amy’ who was apparently ‘Aminah’s’ cousin in Mongolia.

34. On the night of the 20.10.2006, both of Aminah’s girlfriends turned up at Abdul Razak Baginda’s house enquiring where Aminah was. I informed them she had been arrested the night before.

35. A couple of nights later, these two Mongolian girls, Mr. Ang and another Mongolian girl called ‘Amy’ turned up at Abdul Razak Baginda’s house looking for Aminah as they appeared to be convinced she was being held in the house.

36. A commotion began so I called the police who arrived shortly thereafter in a patrol car. Another patrol car arrived a short while later in which was the investigating officer from the Dang Wangi Police Station who was in charge of the missing persons report lodged by one of the Mongolians girls, I believe was Amy.

37. I called Abdul Razak Baginda who was at home to inform him of the events taking place at his front gate. He then called DSP Musa Safri and called me back informing me that Musa Safri would be calling my handphone and I was to pass the phone to the Inspector from the Dang Wangi Police Station.

38. I then received a call on my handphone from Musa Safri and duly handed the phone to the Dang Wangi Inspector. The conversation lasted 3 – 4 minutes after which he told the girls to disperse and to go to see him the next day.

39. On or about the 24.10.2006, Abdul Razak Baginda instructed me to accompany him to the Brickfields Police Station as he had been advised to lodge a police report about the harassment he was receiving from these Mongolian girls.

40. Before this, Amy had sent me an SMS informing me she was going to Thailand to lodge a report with the Mongolian consulate there regarding Aminah’s disappearance. Apparently she had sent the same SMS to Abdul Razak Baginda. This is why he told me he had been advised to lodge a police report.

41. Abdul Razak Baginda informed me that DPS Musa Safri had introduced him to one DSP Idris, the head of the Criminal division, Brickfields Police Station, and that Idris had referred him to ASP Tonny.

42. When Abdul Razak Baginda had lodged his police report at Brickfields Police Station, in front of ASP Tonny, he was asked to make a statement but he refused as he said he was leaving for overseas. He did however promise to prepare a statement and hand ASP Tonny a thumb drive. I know that this was not done as ASP Tonny told me.

43. However ASP Tonny asked me the next day to provide my statement instead and so I did.

44. I stopped working for Abdul Razak Baginda on the 26.10.2006 as this was the day he left for Hong Kong on his own.

45. In mid-November 2006, I received a phone call from ASP Tonny from the IPK Jalan Hang Tuah asking me to see him regarding Aminah’s case. When I arrived there I was immediately arrested under S.506 of the Penal Code for Criminal intimidation.

46. I was then placed in the lock up and remanded for 5 days. On the third day I was released on police bail.

47. At the end of November 2006, the D9 department of the IPK sent a detective to my house to escort me to the IPK Jalan Hang Tuah. When I arrived, I was told I was being arrested under S.302 of the Penal Code for murder. I was put in the lock up and remanded for 7 days.

48. I was transported to Bukit Aman where I was interrogated and questioned about an SMS I had received from Abdul Razak Baginda on the 19.10.2006, which read “delay her until my man arrives”. They had apparently retrieved this message from Abdul Razak Baginda’s handphone.

49. They then proceeded to record my statement from 8.30 a.m. to 6.00 p.m. every day for 7 consecutive days. I told them all I knew including everything Abdul Razak Baginda and Aminah had told me about their relationships with Datuk Seri Najib Tun Razak but when I came to sign my statement these details had been left out.

50. I have given evidence in the trial of Azilah, Sirul and Abdul Razak Baginda at the Shah Alam High Court. The prosecutor did not ask me any questions in respect of Aminah’s relationship with Datuk Seri Najib Tun Razak or of the phone call I received from DSP Musa Safri, whom I believe was the ADC for Datuk Seri Najib Razak and/or his wife.

51. On the day Abdul Razak Baginda was arrested, I was with him at his lawyers office at 6.30 a.m. Abdul Razak Baginda informed us that he had sent Datuk Seri Najib Tun Razak an SMS the evening before as he refused to believe he was to be arrested, but had not received a response.

52. Shortly thereafter, at about 7.30 a.m., Abdul Razak Baginda received an SMS from Datuk Seri Najib Tun Razak and showed, this message to both myself and his lawyer. This message read as follows :- “I am seeing IGP at 11.00 a.m. today …… matter will be solved … be cool”.

53. I have been made to understand that Abdul Razak Baginda was arrested the same morning at his office in the Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.

54. The purpose of this Statutory declaration is to :-

54.1. State my disappointment at the standard of investigations conducted by the authorities into the circumstances surrounding the murder of Altantuya Shaariibuu.

54.2. Bring to the notice of the relevant authorities the strong possibility that there are individuals other than the 3 accused who must have played a role in the murder of Altantuya Shaariibuu.

54.3. Persuade the relevant authorities to reopen their investigations into this case immediately so that any fresh evidence may be presented to the Court prior to submissions at the end of the prosecutions case.

54.4. Emphasize the fact that having been a member of the Royal Malaysian Police Force for 17 years I am absolutely certain no police officer would shoot someone in the head and blow up their body without receiving specific instructions from their superiors first.

54.5. Express my concern that should the defence not be called in the said murder trial, the accused, Azilah and Sirul will not have to swear on oath and testify as to the instructions they received and from whom they were given.

55. And I make this solemn declaration conscientiously believing the same be true and by virtue of the provisions of the Statutory Declaration Act 1960.

SUBCRIBED and solemnly )

declared by the abovenamed )

Balasubramaniam a/l Perumal ]

this 1st day of July 2008 )

Before me,

………………………………….
Commissioner for Oath

Kuala Lumpur