Friday, February 23, 2018

Fitnah sudah menjadi 'senjata rasmi' PH ?


Kenyataan Media

19 Febuari 2018

TIDAK TAHAN DENGAN ASAKAN PEMBONGKARAN KORUPSI MEREKA ALIH ISU DENGAN SERANGAN FITNAH

1.       Sehari dua ini tersebar dengan luas di media sosial berita fitnah ke atas saya dan keluarga konon isteri saya ditahan SPRM kerana menyogok atau membeli ahli parti bunga raya. Sangat menjengkelkan fitnah ini disebar secara terancang malah ada yang sanggup membeli iklan di media sosial untuk menyebar luaskan posting fitnah mereka.

2.       Fitnah ini disebar oleh mereka yang sangat dikenali sebagai pendokong malah ada kalangan bergelar kepimpinan Pakatan Harapan. Setelah meneliti dan mencari punca fitnah ini ia dimulakan oleh mereka yang sangat rapat dengan pimpinan PH dan merupakan kelompok yang menjadi cybertrooper berbayar oleh PH. Tidak pelik kerana dikalangan mereka ini buangan umno yang tidak mendapat bayaran lagi menjadi cybertrooper Umno dikutip dan mendapat upah di Pakatan Harapan.

3.       Saya dengan ini menafikan dan menyatakan sepenuhnya ia adalah fitnah saya atau isteri atau mana – mana anggota keluarga saya ditahan SPRM kerana sebarang siasatan korupsi lebih lagi membeli ahli parti bunga raya. Fitnah ini tersebar secara sangat luas dalam pengetahuan pimpinan PH namun semuanya bisu. Maka persoalan timbul adakah ini taktik ‘rasmi’ PH iaitu menyerang orang yang membongkar korup dengan fitnah terancang ? 

4.       Kepada Azizah saya ingin bertanya kamu tahu isu fitnah tersebar ini kamu diam dan hanya nikmati, adakah fitnah hanya perlu bersuara atau dijawab jika kamu, suami atau keluarga kamu terlibat sahaja ? Kepada Mohd Sabu dan rakan – rakan Amanah, kamu melawan hadi kononya atas prinsip kebenaran tetapi apabila kamu nak tunjuk kesetiaan membela kawan yang korup kamu turunkan pasukan fitnah siber untuk menyerang dan mengalih isu.

5.       Antara pemula fitnah ialah Mohamad Yahaya dimana dia juga pimpinan AMANAH peringkat pertengahan dan dia juga pernah ditugaskan membuat laporan polis membela Mohd Sabu pada 11 Sept 2017 kerana Mohd Sabu dituduh ada kaitan ISIS dan DAESH. Antarayang terlibat ialah pasukan bekas cybertrooper Umno yang kini diupah PKR. Selain itu ada beberapa page fb dan no telefon digunakan untuk menyebarkan fitnah.

a.       Facebook atas nama

  • Kamarul Anuar Mohameddi
  • Lina atau namanya Shalina Shamsuddin (0199993825)
  • Mohamad Yahaya boleh dikesan dengan laporan polis PANDANINDAH/016065/17
  • Abu bakar alMuari
  • Azizan Abdul Shukor (group FB Pakatan Harapan)
  • Kelab Che Det
  • Srikandi Malaya
  • Najib Hassan
  •  Mohd Ajit Hussin
  • Mahathir The Legend
  • Aimi Jarr
  • Mazrul Hisham
  •  Lina Ina
  • Nor Badariah
  •  Muhamad Nur Ismail
b.      No whats app
  • Ariffin iskandar – 012 3303529 (whats app group PH Pakatan Harapan)
  • 012610 5045(Diskusi Rakyat)
  • 013331 4707
  • 019 576 7779 (Lid Ahmad)
  • Norezam Mazalan (whats app group) 
  • Norezam Mazalan (whats app Group HARAPAN P145 – BAKRI) 011 2763 4277
  • Iman Ali 013 292 0001 (sembang Politik)  
  • Ramadhan 016 754 4010 
  • 012 601 5787 (whats app group HAK RAKYAT)
  • 016 772 1340 (MBB POLITICS OF HOPE)
  •  016 332 5266 (MBB politics of hope)    
  • 017 474 9093 (KELAB PENYOKONG AMANAH) 
  • Ruby  010 235 5871 (AMANAH)

Dan semuanya hampir 100 penama yang maklumat butiran nama juga ada antaranya no kad pengenalan saya hantar dalam laporan saya, ia hanya sebahagian dari lebih 500 yang terkumpul. Malah ada juga yang berstatus pimpinan pusat parti PH. 

Tidak ada alasan untuk PDRM mahupun SKMM untuk tidak bertindak.  Pemimpin tertinggi PH wajib respon, ini merupakan taktik rasmi PH dan patutlah takut sangat kea rah kewujudan undang – undang mengekang fitnah.

Saya juga menuntut SPRM sendiri yang terkait dengan fitnah ini untuk membuat penjelasan. Jika mereka lakukan ini untuk menghentikan saya , ternyata mereka kecewa. Saya berjanji sama sekali tidak akan berhenti membongkar penyelewengan rasuah korupsi tanpa mengira siapa pelakunya.

BADRUL HISHAM SHAHARIN

klik link di bawah untuk maklumat lanjut 

Fitnah yang disebar melalui Invoke Melaka klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/2275553605803479  


Fitnah yang disebar melalui akaun FB Lina Ina (geng bekas siber trooper upahan Umno yang dikutip PKR,  siapa Lina Ina klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/2275537299138443
  


butiran fitnah dari Ust Amanah klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/2275485245810315

Fitnah yang disebar melalui group Invoke N9 klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/2275483462477160

ada yang mula padam fitnah takut lepas lapor polis tanpa rasa berdosa dengan sebar fitnah klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/2274593365899503

Fitnah keluar dari mulut Mukhriz sendiri dalam Mesyuarat PH di Kedah klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/2276886662336840


Tuesday, February 13, 2018

Laporan SPRM oleh Pemuda Umno Sungai Besar

Catatan Umum

13 Febuari 2018


Berdasarkan laporan media saya dimaklumkan satu laporan SPRM ke atas pendedahan blog che'GuBard mengenai Korupsi Ketua Cabang PKR Sungai Besar dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam ( klik http://chegubard.blogspot.my/2018/02/jenayah-korupsi-paling-kecil-libat.html ) telah dibuat oleh Khairulnaem Abu Samah selaku Pengerusi (NGO) Nadi Rakyat Cawangan Sungai Besar, saya juga difahamkan beliau merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Sabak Bernam.

Dalam sidang media sebelum membuat laporan  ( klik https://www.facebook.com/tawanselangor/videos/145596156111019/ ) Khairulnaem telah mencabar saya supaya tampil ke SPRM dengan menunjukkan cetakan termasuk bukti imej pendedahan dari blog che'GuBard. (http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/30489-sprm-digesa-siasat-kes-rasuah-libatkan-ketua-cabang-pkr-sungai-besar.html)

Lewat petang tadi ada beberapa teman media mula menghubungi untuk mendapatkan respon. Saya berjanji akan menjawabnya secara bertulis.

Selama ini Umno Selangor begitu 'lembab' dalam pick up isu berkaitan pendedahan korupsi kaitan kartel Azmin dan inilah kali pertama ada pihak Umno bertindak pro aktif, tahniah. Seperti saya sebut semua pendedahan saya , sebelum didedahkan saya telah beri kepada pimpinan kanan parti komponen PH khususnya PKR untuk meneliti dan bertindak namun selalunya bila berdepan isu kartel Azmin Ali mereka pasti gagal bertindak. Inilah yang mengundang lucu kerana bagaimana nak percaya janji mereka akan mengawal Mahathir ketika dijadikan PM semula nanti kerana Azmin baru jadi MB semua menikus untuk menjaga periuk nasi masing - masing.

Untuk pengetahuan semua sebelum Khairulnaem membuat laporan SPRM semalam, bukti - bukti berkaitan pendedahan korupsi Ketua PKR Sungai Besar dan Sabak Bernam itu telah sampai ke SPRM Selangor hampir setahun lalu melalui aduan orang dalam PKR Sabak Bernam sendiri yang menyedari dan benci dengan korupsi yang berlaku. Laporan yang dibuat turut sampai salinanya kepada pimpinan parti termasuk Menteri Besar sendiri. Malangnya pimpinan parti bukannya bertindak atas jenayah yang diadukan sebaliknya terus melindungi dan memberi amaran kepada pengadu supaya jangan hebahkan. Watak yang diadukan pula bukanya takut dengan aduan malah dengan bangga menyatakan dia tidak takut seolah dilindungi termasuk oleh tangan ghaib yang mengawal peringkat tertentu dalam SPRM.

Saya sedia untuk tampil memberikan kerjasama kepada SPRM namun SPRM itu sendiri harus tampil memberikan penjelasan bagaimana dengan laporan yang berusia hampir setahun tidak ada tindakan sehingga kini. Malah saya difahamkan pengadu turut menyerahkan beberapa gadget dan peralatan elektronik miliknya yang menyimpan bukti korupsi sehingga kini masih dalam simpanan SPRM, pegawai penyiasat dikatakan menyatakan ada bukti tetapi sehingga kini tidak ada tindakan.

Adakah semua ini ada kaitan dengan kerjasama Azmin dengan Peguam Negara ? Adakah ini ada kena mengena dengan Faridah Begum (isteri Peguam Negara) yang memiliki media pro pembangkang yang mana didedahkan baru - baru ini di mana akaun syarikat media ini mendapat jutaan ringgit kemasukan yang tidak dikenal pasti sumbernya ?

Isu korupsi diperingkat PBT (ahli majlis MDSB) melibatkan ketua cabang PKR ini hanya secebis kecil dari jenayah rompakan atau korupsi oleh Kartel Azmin Ali di Selangor ini. Namun isu korupsi ini menjadi jawapan kenapa sewaan tapak perniagaan di Lembah Kelang khususnya Selangor menjadi mahal. Untuk menampung kos korupsi, sewaan tapak perniagaan menjadi berlipat kali mahal. Kos tapak perniagaan yang mahal akan mengakibatkan barang atau perkhidmatan terpaksa dinaikkan harga, maka pengguna akan menanggung beban akhirnya.

Kepada pihak media, mohon untuk bertanyakan kepada Azmin Ali ataupun Presiden PKR mengenai isu ini, tanyakan juga kepada YDP yang sangat sedar mengenai perkara ini tetapi melindungi. Mohon juga bertanyakan kepada SPRM Selangor apa jadi dengan aduan kes ini yang jelas Ketua cabang PKR berada dalam mesyuarat yang mana projek diluluskan kepada syarikat ada kepentingan dia, juga dia terlibat membayar Ketua Cabang PKR Sabak Bernam wang tunai sebagai habuan membantu meluluskan projek. Dalam kerajaan #smartKorupsi Selangor pesalah bangga kerana jaringan Kartel Azmin yang #smartKorupsi bijak melindungi.

Tahniah kepada Khairulnaem dan diharapkan tidak terhenti sekadar laporan SPRM itu sahaja. Dalam isu ini insyaAllah che'GuBard akan mencetak risalah mengandungi bukti korupsi yang dinyatakan (termasuk yang belum didedahkan), jika PH gagal mengambil tindakan ke atas dua Ketua Cabang PKR ini maka rakyat akan melihat PH melindungi perasuah.

catatan oleh che'GuBard, Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Monday, February 05, 2018

Jenayah Korupsi paling kecil libat Ketua Cabang PKR Sungai Besar & Sabak Bernam

Catatan Umum

5 Febuari 2018


Jenayah Korupsi paling kecil libat Ketua Cabang PKR Sungai Besar &  Sabak Bernam

1. Sebaik sahaja che'GuBard mendedahkan dan membuat laporan mengenai sindiket pasir di Selangor ( klik https://chegubard.blogspot.my/2018/01/laporan-sprm-mengenai-pecah-amanah.html ), Kartel Azmin telah melancarkan fitnah dengan menggerakkan ketua - ketua Cabang pro Kartel Azmin untuk menyerang che'Gubard dengan fitnah. Tidak mampu menjawab maka mengalihkan isu dengan fitnah ialah strategi terbaik biasanya buat pasukan koruptor. Melalui Mohd Faizi Ahmad, Ketua Cabang PKR Sungai Besar dalam group whats app 'Sahabat Ketua Cabang' iaitu group paling besar yang menghubungkan ketua ketua cabang PKR seluruh negara telah mengarahkan ketua - ketua cabang PKR untuk menyerang che'GuBard dengan fitnah.

Watak Fauzi yang sama juga tanpa selindung ketika Azmin menyerang Amanah dengan menyebut Parti Amanah tidak amanah dan penipu maka dia turut mengarahkan budak - budaknya menyerang dan menghina Amanah Selangor klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/2249011451791028 .

2. Sejak beberapa hari lepas saya telah dihubungi beberapa orang yang saya sendiri tidak kenali secara berasingan menyerahkan kepada saya 3 fail korupsi libat terus Fauzi dan beberapa rakaman serta gambar dia asyik berhibur malah turut melibatkan beberapa ahli politik PKR yang juga Ketua Cabang dalam Selangor. Begitulah hebatnya orang politik munafik. Dalam perihal gambar dan rakaman dia berhibur saya tidak mahu terlibat langsung kerana bagi saya politik selak kain ini politik murahan yang langsung tidak mendidik. Saya hanya memberikan fokus perihal korupsi yang dia terlibat.

3. Hari ini saya dedahkan satu dari fail - fail berkenaan korupsi yang mana menyebut jelas nama Fauzi (Ketua Cabang Sungai Besar) dan seorang lagi bernama Abu Talib (Ketua Cabang Sabak Bernam) . Fail pertama ini sengaja dipilih yang nilai paling kecil sekali.

Kejadian korupsi ini berlaku ketika Fauzi dan Talib merupakan ahli Majlis Daerah Sabak Bernam. Sangat jelas terbukti Fauzi berada dalam Mesyuarat Majlis yang telah meluluskan syarikat Ligat Bina Enterprise yang mempunya kepentingan dia untuk mengendalikan Ekspo Raya dan Bazaar Ramadhan MDSB 2016. Dia juga membayar RM10,000 kepada Abu Talib Bujang (Ahli Majlis - Bahagian Perlesenan) sebagai habuan untuk membantu meluluskan.






4. Bukti slip bank in dan perbualan whats app seperti di bawah. Gambar pesanan whats app ini dikatakan diperolehi dari handphone yang pernah digunakan oleh Fauzi sendiri. Sangat yakin melalui sumber sama juga banyak kegiatan korupsi lain dan perkara perkara lain termasuk gambar dan rakaman turut diperolehi. Keuntungan yang diperolehi syarikat hasil kelulusan yang korup ini menjangkau jumlah ratusan ribu. Sekali lagi ditegaskan ini jumlah paling kecil. Bayangkan untuk projek kecil ini pun Ketua Cabang sanggup berkompromi dan melakukan korupsi dan ketika menjadi ahli Majlis berapa banyak projek peruntukan dengan nilai jutaan lalu dan memerlukan kelulusan manusia - manusia seperti ini.

5. Kepada kartel Azmin Ali saya ingatkan jangan berlagak suci menjawab isu korupsi dengan mengalihkan isu dengan menfitnah. Saya tegas isu menyelak kain saya tidak akan mainkan namun isu korupsi kepentingan rakyat ialah perjuangan saya tidak kira anda parti mana. Kepada Presiden PKR dan pimpinan PKR serta Pakatakan Harapan lihatlah betapa kartel Azmin Ali menjadikan Selangor sebagai negeri #smartKorupsi. Maka sangat lucu apabila kamu mengatakan kamu akan mengawal Mahathir bapa Koruptor negara apabila menjadi Perdana Menteri nanti kerana Azmin baru menjadi Menteri Besar kamu semua bisu tidak bersuara. Saya sangat yakin dengan pendedahan ini serangan fitnah terhadap saya akan dipertingkatkan.

Kartel Azmin Ali mungkin sangat yakin tidak akan terusik oleh undang - undang kerana bos mereka sudah kawtim dengan AG. Pertemuan di London sudah jadi 'rahsia umum'. Anak saudaraAzmin yang SPRM sudah siapkan kertas siasatan pun masih tidak didakwa kerana apabila fail sampai ke meja AG ia disimpan begitu sahaja. Namun rakyat akan sedar melihat ketamakan kamu akan menghumban kamu, insyaAllah.


Fauzi terima kasih atas serangan fitnah anda yang telah membuka satu lagi pendedahan korupsi. Kamu antara watak kartel Azmin yang merosakkan rumah perjuangan. Ketika pejuang Reformasi bekerja dan bekorban menjatuhkan Khir Toyo , kamu masih bersama Khir Toyo berlagak sombong. Selepas Khir Toyo jatuh kamu putus rezeki kamu masuk PKR. Inilah majoriti watak yang bersama Kartel Azmin kini. Rumah perjuangan PKR semakin kotor kerana watak - watak buangan Umno seperti ini.


catatan oleh che'GuBard, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Kenyataan Media : Rayuan AG kes Black Out 505, ugutan saman oleh ADUN Selangor & #undiRosak

KENYATAAN MEDIA
30 Januari 2018

PEJABAT PEGUAM NEGARA FAILKAN RAYUAN BERKENAAN PERTUDUHAN KE ATAS SAYA

Minggu lepas saya telah dapat surat makluman Pejabat Peguam Negara buat rayuan ke atas keputusan rayuan kes Penganjuran Blackout 505 di Padang Timur, PJ selepas PRU ke 13.
12 Disember lepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen PJ pada 14 Oktober 2017 yang membebaskan che'GuBard dalam pertuduhan menganjurkan Blackout 505 yang dihadiri hampir 50,000 org pada Mei 2013 lalu.
Dalam kes yang panjang ini dua kali saya dilepas tanpa bebas dan tiga kali didakwa semua. Peringkat awal kes peguam dari PKR hadir membela namun hilang ditengah jalan kerana saya mendedahkan korupsi kaitan Azmin. Amat lucu parti yang melaungkan keadilan bertindak berdasarkan sentimen politik demi pertahan kartel Azmin.

Mujur YB Gobind Singh Deo bersama Sdr.Haijan hadir membela secara "proBono"  dan kali ini saya amat hargai kesediaan YB Gobind dan Sdr. Haijan untuk terus membantu mewakili saya
Mahkamah Malaysia banyak kes tertangguh dan bagi saya kesungguhan Pejabat Peguam negara dalam hal ini hanya dipandu dengan sentimen dan arahan politik semata.

UGUTAN SAMAN OLEH ADUN SELANGOR

Merujuk kepada kenyataan YB Mat Suhaimi Shafie dan kenyataan kenyataan YB Xavier Jayakumar  yang disiarkan perbagai media antaranya di https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/381121/chegu-bard-diberi-amaran juga https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/380595/adun-pkr-nafi-ada-rasuah-lombong-pasir-haram yang menyatakan ugutan untuk saman saya berikutan pendedahan dalam laporan SPRM saya mengenai sindiket pasir di Selangor.

Di sini saya tegaskan kepada dua individu tersebut jangan ugut sahaja tetapi saya mencabar mereka jika anak jantan sila saman saya. Saya nyatakan saya pertahankan setiap perkataan yang saya tulis dalam kenyataan pendedahan saya sbelum membuat laporan SPRM pada 25 Januari lepas seperti yang saya siarkan di https://chegubard.blogspot.my/2018/01/laporan-sprm-mengenai-pecah-amanah.html  termasuk perenggan yang menyebut nama Xavier dan Suhaimi.

Pendedahan yang dilakukan ini merupakan hanya sebahagian kecil dari skandal korupsi perihal pasir dibawah payung Kartel Azmin Ali.


KARTEL AZMIN PANIK MEMPERGUNAKAN POLIS , GERAKKAN CYBERTROOPER UPAHAN SERANG MEDIA SOSIAL SAYA DAN KERAH KETUA CABANG PKR FITNAH SAYA

Saya telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir bagi rakaman percakapan kerana ada beberapa laporan polis telah dibuat oleh pihak Pakatan Harapan berkenaan satu posting facebook saya mendedahkan akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan perbagai harta lain milik Azmin dan isteri. Tindakan ini hanya tindakan bacul. Selaku ahli politik penjawat awam beliau seharusnya berani tanpil membuat penjelasan awam atau saman saya jika ia fitnah bukan berselindung dan menggunakan perbagai cara untuk menekan saya.

Tidak cukup dengan itu posting saya di fB yang menaikkan dokumen berkenaan akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan perbagai harta Azmin & isteri serta butiran pendedahan sindiket pasir Selangor telah diserang oleh ratusan laporan serentak kepada pengendali Facebook sehingga posting posting tersebut dipadamkan dan akaun saya digantung sehingga saya menulis email kepada pengendali Facebook merayu akaun saya diaktifkan semula.

Bukan itu sahaja melalui Group Whats App yang diwujudkan bagi menghubungkan Ketua Ketua Cabang PKR seorang pendokong kartel Azmin yang dikenali,  Fauzi yang juga Ketua Cabang PKR Sungai Besar melalui nombor 017 - 3030346 telah menyebarkan gambar saya yang sedia diedit untuk tujuan fitnah kononya duduk rapat bersandar dengan seorang wanita.
Nampaknya kartel Azmin makin terdesak dan panik sehingga sanggup berbuat apa sahaja.

#undiRosak

Merujuk laporan berita yang melaporkan komen Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR mengenai kempen #undiRosak yang dalam laporan berita itu menyebut nama saya seolah sayalah penggerak kempen #undiRosak.  Laporan boleh diakses di https://www.nst.com.my/news/politics/2018/01/329362/wan-azizah-tells-undirosak-movement-accept-dr-m-pm-candidate dan turut ada dalam versi cetaknya.

Nampaknya semua pihak sedang panik mendepani kempen #undirosak ini. Hampir semua pemimpin politik memberi komen sama ada dari Bn atau Ph. Ia turut mengheret pimpinan kanan SPR juga turut berkomentar.

Saya tegaskan sama ada saya secara peribadi atau Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara rasmi tidak terlibat sama sekali dengan kempen #undiRosak. Mohon Azizah atau sesiapa sahaja yang memetik nama saya atau SAMM itu sendiri menyemak jika mana – mana kenyataan saya atau SAMM yang menyokong #undiRosak.

Pendirian rasmi SAMM menolak Mahathir itu sangat jelas namun setakat ini kami hanya memerhati secara rapat kempen #undiRosak secara dekat. Tidak dinafikan ada penggerak SAMM terlibat namun ia penglibatan mereka secara peribadi dan SAMM masih belum membuat keputusan.
Cuma setakat ini saya sangat kecewa dengan semua ahli politik yang menyerang kempen #undiRosak dengan perbagai serangan peribadi dan sangat tidak menghormati ruang demokrasi. Malah dalam keghairahan menyerang itu mereka menyerlahkan betapa paniknya mereka malah wajah sebenar mereka juga terserlah. Bila laungkan ‘suara rakyat suara keramat’ memang sedap namun bila rakyat bersuara maka dilabel bermacam label negatif.

Mahathir baru sahaja mengatakan kempen #undiRosak ini dibuat oleh orang Umno namun selepas itu sahaja Wan Azizah pula menyatakan kempen #undiRosak ini didalangi oleh oleh mereka yang benci Mahathir dan meminta kelompok ini jangan rosakkan undi demi menjadikan Mahathir Perdana Menteri dengan memenangkan Pakatan Harapan. Jadi bakal PM dan TPM ‘sementara’ ini sendiri bercanggah dalam kenyataan semudah ini.

Kenyataan beberapa pemimpin menghina kononya kelompok yang mempersetujui kempen #undiRosak ini sekitar 1% sahaja dari pengundi Malaysia dan tidak perlu didengar. Baiklah, jika 1% sahaja kenapa perlu diserang setiap hari ? Cara pemimpin politik ini mendepani kelompok yang muncul dengan kempen #undiRosak ini menunjukkan betapa Mahathirisma menguasai pemikiran masing masing. Suara minoriti tidak penting,pinggirkan saja dan tekan minoriti supaya mengikut sahaja majoriti. Satu lagi pemikiran Mahathirisma ialah siapa sahaja bertentangan pandangan maka labelkan sahaja mereka pihak musuh.

Memahami betapa paniknya sesetengah pemimpin politik mendepani kempen #undiRosak ialah kerana ini kali pertama dalam sejarah siasah Malaysia dimana satu kempen tanpa ada organisasi bergerak dan berkembang secara organik dengan sangat cepat. Tanpa pimpinan mereka berkongsi sentimen yang sama iaitu bila rakyat disajikan dengan pilihan pepsi dan coca cola maka rakyat memilih menolak semuanya.


che’GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)