Sunday, February 28, 2016

Kecewa respon biadap Azmin kepada rakyat, tak suka samanlah !


Projek kontroversi Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang berharga kira-kira RM5.3 billion yang dibangunkan oleh konsesi lebuh raya kedua terbesar di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PROLINTAS) telah mendapat tentangan hebat terutama sekali daripada Pergerakan ‘Say NO to SUKE’.
Bulan Januari 2016 yang lalu, pergerakan tersebut telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan juga telah memfail aduan sah.
Pengerusinya, Muhammad Agos Abul Hasan Ashari mendakwa, pembinaan lebuh raya itu diteruskan tanpa mematuhi prosedur betul serta pengambilan tanah di kawasan berkaitan di Ampang sudah dilakukan walaupun laporan E.I.A sudah tamat tempoh.
Pagi ini menonton temuramah sebuah media internet bersama Pengerusi NGO yang membantah telah menemukan banyak fakta yang sungguh memeranjatkan.
  • 2012 ketika di bawah Menteri Besar Khalid Ibrahim projek ini telah mendapat kelulusan namun selepas itu projek ini diam namun ia diaktifkan semula baru baru ini dengan penduduk mendapat notis dari pihak berkuasa kerajaan negeri. Malangnya (September 2015) notis yang beralamat lengkap hanya disampaikan dengan meletakkan di surau bukan di rumah penduduk. Adakah ini menunjukkan pentadbiran 'smart Selangor' mesra rakyat ? atau penjawat awam yang terlibat juga sedar mereka melakukan kesalahan dan takut berdepan penduduk jika menghantar terus ke alamat rumah ? Bukankah ketika menjatuhkan Khalid projek ini antara yang dijadikan modal kononya Khalid meluluskan projek memusnahkan alam dan perlu disingkirkan ?
  • Azmin membantah projek ini hanya sebelum menjadi Menteri Besar ? Namun setelah menjadi Menteri Besar dan mungkin berunding semula dengan Kerajaan Pusat dan Kontraktor terlibat maka Azmin dengan sokongan Kerajaan Pusat membenarkan kediaman / tanah rakyat diambil. Maka timbul persoalan adakah bantah ketika tiada 'kepentingan' maka sudah ada 'kepentingan' maka kerjasama dengan pusat dan kapitalis jahat berlaku dengan kebenaran 'langgar' tanah rakyat ?
  • Dalam pelan 2011 (Pelan Rancangan Tempatan) telah diwartakan perlu diadakan projek 'train' (pengangkutan awam) tetapi malangnya semua dibatalkan kerana memberi laluan kepada projek lebuhraya.
  • Bukan sahaja penduduk namun ramai akan kecewa dan marah kerana pengerusi NGO terbabit menyatakan dia telah berjumpa dengan ramai pihak namun respon pemimpin yang terlibat dengan kerajaan negeri amat kurang ajar. Menteri Besar menempelak penduduk dengan menyatakan jika tak puas hati samanlah.
  • YB Kassim ADUN PAS di kawasan terbabit dihubungi dan kemudian selepas berjumpa berjanji akan selesaikan malangnya dia selepas itu bukan sahaja tidak respon tetapi langsung tidak menjawab telefon.Azmin mengelak untuk jumpa, walaupun menempelak seperti sudah berbincang tetapi Azmin tidak jumpa hanya arahkan YB Zaidy bertemu dengan penduduk atas nama MTES yang penduduk sekali lagi ditempelak apabila menyatakan fakta bantahan dengan mengatakan penduduk tidak layak bantah kerana bukan pakar.
  • Menurut Agos , Azmin dalam twitter dia menipu dengan menyatakan dia telah berjumpa dan menjawab semua persoalan. Agos menyatakan Azmin menipu, bila ditanya dalam twitter, Azmin 'block' akaun twitternya.
  • YB Zuraidah (Ahli Parlimen Ampang) pula mengelak untuk berbincang berkenaan dengan projek tersebut. Malah mengelak dengan
  • YB Kassim, YB Zuraidah suruh buat demonstrasi supaya Azmin boleh dengar.
  • Penduduk jelas kecewa dengan politik dan oleh kerana perkembangan ini mereka kecewa dengan politik, mereka menyatakan 'kita' sama dengan Bn.
  • NGO ' Say no to SUKE' ialah gabungan kira - kira 20 Taman Perumahan dan melibatkan 20,000 pengundi. Ingat 20,000 pengundi ini juga ada kawan - kawan dan sanak saudara seluruh negara maka apa akan jadi dengan tindakan biadap watak - watak ahli poltik yang menyamar menggunakan istilah Reformasi !!
Soalnya sekarang dari aspek pentadbiran ini harus dibantah. Dari aspek parti, apa kata pemimpin lain ? Cukuplah bisu, mandul, pondan diam... tolonglah jangan diam sahaja... ketika Anwar terpenjara nampaknya kita hanya berjuang dengan slogan tetapi kita makin melupakan prinsip perjuangan Anwar yang kini sendiri tersudut dalam penjara Sungai Buloh.

Friday, February 26, 2016

Media kerajaan Selangor cuba burukkan Anwar ?

Catatan Umum
26 Febuari 2016

1. Tiba - tiba pagi ini mendapat banyak masej dari teman dikenali dan beberapa nombor yang tidak dikenali. Marah - marah kononya kerana Anwar menyokong Najib. Di tanya dan diteliti man sumbernya, rupanya ia berpunca dari laporan media milik Kerajaan Selangor yang bertajuk "Wan Azizah : Anwar tidak setuju jatuhkan Najib".


2. Setlah dibaca penuh rupanya kenyataan dan garis Anwar Ibrahim sama seperti garis SAMM iaitu krisis negara hari ini bukan hanya krisis menukar Perdana Menteri tetapi perlu dirobah sistem yang jelas gagal menjaga kepentingan rakyat. Berita ini memetik Wan Azizah yang menyampaikan pesanan Anwar Ibrahim.

Pesanan Anwar ini sesuai pada masanya kerana ramai terpesona dengan Mahathir yang sedang giat semula memperkudakan sentimen rakyat untuk menggulingkan Najib dan menyelamatkan kroni dan proksinya supaya berkuasa penuh semula dari aspek politik mahupun ekonomi.

Kita harus ingat Mahathir mempertegaskan berkali kali dia bukan hendak meenjatuhkan Umno jauh sekali menukar sistem , dia cuma mahu menjatuhkan Najib dan memilih PM yang beliau fikir lebih layak kononya. 


Inilah garis Anwar dan inilah garis SAMM iaitu perubahan total dengan menyatukan rakyat mendepani semua unsur Umno bukan ditipu oleh Mahathir buat sekian kalinya. Kali terakhir Mahathir berjaya menggunakan sentimen rakyat mencapai nafsu rakusnya ialah ketika mengembeling kekuatan rakyat menjatuhkan Abdullah dan menaikkan Najib.

3.Apa yang dikatakan oleh Wan Azizah dalam berita itu betul tetapi jJelas tajuk berita ini telah memberikan gambaran salah dan menyebabkan Anwar dan Wan Azizah diserang. Persoalanya adakah ia disengajakan dan terancang ? Bila melihat semua betapa lajunya media - media sosial yang digunakan kartel untuk menyerang che'GuBard beberapa hari ini menggunakan tajuk berita bagi menimbulkan kemarahan ramai pada Anwar seolah Anwar kini duduk bersama Najib Razak maka kemungkinan dirancang itu tidak boleh ditolak.


5. Mahathir makin hilang 'tenaga' untuk mendepani Najib bagi menggulingkan Najib untuk menukar kepada PM yang boleh jadi bonekanya. Rakyat mula sedar siapa Mahathir dengan skrip lamanya  maka perbagai pendekatan baru sedang diusahakan bagi membolehkan Mahathir memperkudakan sentimen rakyat. Adakah ini antara pendekatan barunya melalui anak angkatnya ?

dan percayalah lepas perkara ini kantoi dan selepas tulisan saya mula tersebar maka mereka akan padam berita tersebut atau tukar tajuk lain, namun beratus ribu orang telah percaya dan terpedaya dengan tajuk awal tersebut dan mula marah dengan Anwar dan Azizah.

tulisan  : che'GuBard

Azmin must answer CheguBard's claims

It has been just about a year since opposition PKR deputy president Azmin Ali took over leadership as menteri besar of Selangor, the nation's most prosperous state.

In that short span of time, Azmin's helm is being condemned by some as being Umno-friendly, given Azmin's leanings towards cronyism - he was said to have offered road maintenance projects in the state to Umno-linked companies.

According to PKR life member Badrul Hisham Shaharin, one of the three companies has a track record of not completing projects.

"All three companies are linked to Umno. There is no need to wonder why Umno is not hitting out at Azmin. He also played a role in ensuring Pakatan Harapan is not as strong as it should be."

This damning accusation plus allegation that Azmin, who is also the assemblyperson for Bukit Antarabangsa, practices cronyism in the appointment of local councillors begs clarification from the menteri besar.

Badrul, who is better known as CheguBard, wants answers from Azmin, and he and the people of Selangor have every right to know the truth.

Be it claims that Azmin  was bulldozing appointments of his cronies as local councillors without regard for the party and state guidelines or that the menteri besar had no qualms about spending millions on renovating a mosque, they give rise to the question as to just how capable Azmin is when it comes to striking a balance between power and responsibility.

It was not only the RM65.7 million set aside for the renovation of a mosque that rattled CheguBard. He is also dumbfounded that the Selangor government approved RM32.4 million to change a mosque dome and approved an additional RM33.3 million to renovate the mosque's administration office.

"There is a mosque that was built after waiting 10 years for allocation in Rawang."

So why is Azmin hardly batting an eyelid in wasting away state funds on refurbishment works? Is it a question of need or is it all about the menteri besar flexing his political muscle to supposedly define his leadership?

Azmin must clarify

If these claims made by CheguBard are baseless and defamatory, it becomes all the more necessary for Azmin to take a stand and defend himself.

Until and unless the menteri besar has the wisdom to clarify matters, these one too many allegations that have cropped up threaten to disrepute Azmin's administration.

As for CheguBard, the claims made against Azmin saw him come under attack from the Selangor PKR Youth wing - it wants the party's disciplinary board to re-open its investigation on the former over his continued attacks on Azmin.

Selangor PKR Youth deputy chief Zainol Abidin Mohamed, at a press conference, rubbished claims made by Chegubard and described the latter's antics against Azmin as wild allegations and a publicity stunt.

“We urge the disciplinary committee to reopen the case against Badrul that we lodged last year. We ask that Chegubard’s membership be revoked as we don’t want him to cause cancer to our beloved party,” said Zainol.

Cronyism and wastage of funds aside, there is also the issue of mismanagement of logging contracts in Selangor, the evidence of which CheguBard has submitted to the PKR disciplinary board.
"I have testified and Azmin has been given a chance to defend himself. I was told that I had a case against Azmin. If no action is taken, I will be forced to leak the documents which are protected under the Official Secret Act," said CheguBard.

To make matters worse, the state administration under Azmin has turned egoistic, and according to CheguBard, it dismisses criticism in a typical Umno/Barisan Nasional style.

If Azmin's leadership is all about being a chip off the old block i.e. emulating Umno/BN's way of handling power, the people of Selangor then have every reason to worry.

The trouble is Azmin has shown no interest in negating the claims made by CheguBard. The menteri besar's silence would only confirm the truth behind the saying that 'absolute power corrupts absolutely'
source : http://www.beritadaily.com/news/2016-02-25/34933/azmin-must-answer-chegubards-claims

Dr M Pencetus Dan Pemusnah Wawasan 2020

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pencetus dan juga pemusnah Wawasan 2020, menurut Tun Musa Hitam.
Musa yang memegang jawatan timbalan perdana menteri dari tahun 1981 hingga 1986 berkata bekas ketuanya itu sendiri telah memadam impian itu apabila memilih untuk menyingkirkan pemimpin berpotensi, sebaliknya melatih pengikut-pengikut.
“Pengikut-pengikut itu akhirnya mengambil alih kepimpinan negara selepas beliau melepaskan jawatannya.
“Ironinya wawasan Dr Mahathir kini dilihat akan gagal kerana Dr Mahathir sendiri.
“Sebijak-bijak dirinya, beliau lupa bahawa untuk berjaya, beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat, tetapi yang paling penting, pemimpin politik.
“Rekod kepimpinan peribadi beliau menunjukkan bahawa beliau menjauhkan semua pemimpin berpotensi dan mengekalkan serta melatih pengikut! Sebahagian besar pengikut-pengikut yang dilatih telah mengambil alih kepimpinan negara,” kata Musa pada Sabtu.
Beliau berkata demikian pada satu majlis khas memperingati ulang tahun ke-113 Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman, yang dianjurkan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Musa berkata Malaysia berada dalam keadaan semasa kerana kegagalan kepimpinan, sambil menambah pengikut-pengikut Dr Mahathir telah dipersiapkan dalam tempoh 22 tahun pentadbiran beliau.
“Pengikut-pengikut terlatih ini berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Mereka perlu, untuk terus kekal.
“Bagi saya impian 2020 itu seolah-olah jatuh sedikit demi sedikit tetapi dengan kadar kelajuan membimbangkan. Dengan apa yang berlaku, saya kini yakin kita tidak akan mencapai matlamat Wawasan 2020,” katanya.
Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Dr Mahathir pada tahun 1991, sebagai satu matlamat bagi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
Matlamatnya itu juga menjadi matlamat utama penggantinya, termasuk Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Mahathir, pengkritik kuat Najib bagaimanapun mendakwa tahun lepas bahawa pentadbiran sekarang tidak akan berjaya untuk mencapai Wawasan 2020.

Serangan terbuka Azmin untuk melemahkan PH

PETALING JAYA: Serangan terbuka yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertujuan untuk mengalih tumpuan berhubung isu tender terbuka balak baru-baru ini.
Dakwaan itu dibuat oleh Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seumur Hidup, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard.
Chegubard mendakwa serangan terbuka yang dibuat oleh Azmin terhadap Guan Eng adalah demi kepentingan politik peribadi kartelnya dan ia juga bukan pertama kali dilakukan.
“Umum tidak harus melupakan dia sendiri pernah menyerang Syed Husin Ali (bekas Timbalan Presiden PKR) dan termasuk dia menggerakkan kartelnya menyerang presiden dan keluarga dalam media.
“Pakatan Harapan baru sahaja ditubuhkan dengan dokumen perjanjian lengkap dengan Majlis Presiden, Jawatankuasa Pengurusan (Majlis Setiausaha) juga badan yang bertindak mengawal disiplin, maka kenapa dia perlu menyerang secara terbuka?,” soalnya menerusi kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, serangan terbuka Azmin bukan sesuatu yang pelik kerana ‘anak angkat’ kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah watak yang sengaja menghulurkan tangan kepada PAS yang memang semakin jelas bersama UMNO di samping menidakkan kewujudan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.
Dia juga menyifatkan teguran dan pandangan itu sengaja dibuat secara terbuka tanpa melalui struktur Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu kerana niatnya adalah untuk mengalihkan isu dan melemahkan ikatan PH.
“Serangan terbuka tanpa melalui proses dalaman ini sememang dirancang,” tegasya.
Semalam, Guan Eng melahirkan rasa terkejut berhubung kenyataan secara terbuka oleh Azmin mengenai pemecatan dua Adun PKR, Pulau Pinang sebagai pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Guan Eng berkata, selama ini, isu-isu yang berbangkit dalam gabungan PH dibincangkan secara tertutup dan menteri besar atau ketua menteri tidak pernah campur tangan dalam urusan negeri yang diterajui oleh Pakatan.
sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/02/23/serangan-terbuka-azmin-untuk-melemahkan-ph-chegubard/

Tindak tanduk Azmin buat ahli PKR resah - YB Azan Ismail



 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar

Post PicSHAH ALAM: Rungutan demi rungutan terhadap kepimpinan Datuk Seri Azmin Ali membayangkan tahap keresahan ahli PKR terhadap timbalan presidennya itu, ujar Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.
Enggan mengulas kebolehan Azmin menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, Azan berkata beliau hanya fokus kepada kepimpinan yang ditonjolkan ADUN Bukit Antarabangsa itu terhadap parti.
"Yang merungut sekarang adalah ahli parti kan? Maksudnya (rungutan) kegagalan itu datangnya ahli parti dan parti. Saya tidak mahu dan tidak berminat untuk ambil tahu kegagalan beliau sebagai MB. Saya hanya berminat untuk ambil tahu sekiranya beliau gagal menjalankan tugas mewakili PKR. 
"Sepatutnya sebagai MB yang mewakili PKR, selain daripada menguruskan negeri, Azmin tidak boleh melupakan tanggungjawabnya mewakili PKR untuk membantu PKR," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Azan berkata demikian mengulas beberapa aduan akar umbi beberapa Cabang PKR di Selangor berhubung ketelusannya dalam isu pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga pendedahan penipuan tender balak yang dilakukan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, baru-baru ini.
Azan kemudiannya membidas sikap Azmin yang sentiasa mengelak daripada menjawab dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
"Asas kepada mana-mana pengurusan parti adalah pendekatan konsultatif sebelum pergi ke peringkat seterusnya. Pada saya, langkah konsultatif tidak berlaku sehingga kini. 
"Untuk mengelakkan tanggapan peribadi dalam menguruskan masalah, maka kena panggil Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk bincang dan cari cadangan penyelesaian dalam satu forum yang betul," tegasnya.
Azan, tidak menolak Azmin bakal kehilangan sokongan daripada ahli-ahli parti, yang sekaligus akan melemahkan kedudukannya di dalam PKR. 
"Jika tidak ada tindakan segera maka saya bimbang perkara itu berlaku. Bukan beri kesan kepada beliau sahaja, malah parti secara keseluruhan. 
"Pemimpin boleh datang dan pergi. Parti tetap akan kekal. Yang kita kena pertahankan secara bersungguh-sungguh adalah parti, bukannya individu," ujar Azan.
Sebelum ini Antarapos menyiarkan pendedahan daripada salah seorang pemimpin PKR yang menuduh Azmin kini semakin angkuh dan enggan menerima teguran sehingga menyebabkan ramai pemimpin parti itu mula menjauhkan diri.
Pemimpin yang sinonim dengan 'kem' Azmin itu mendakwa Azmin kini semakin hilang sokongan kerana ramai di kalangan akar umbi dan pimpinan tidak selesa dengan tindak-tanduknya sejak kebelakangan ini.

Aktivis Umno terkenal 'tuduh' Ketua Bahagian Umno pakai daftar kenderaan palsu

Seorang aktivis Umno yang terkenal Hj Zaharin Mohd Yassin telah menaikkan status dalam facebooknya berkenaan seorang Ketua Umno Bahagian di Selangor yang menggunakan daftar kenderaan palsu dan tidak diganggu pihak berwajib kerana berlaku rasuah perlindungan


Thursday, February 25, 2016

S'gor Forestry Department director vindicated me

KUALA LUMPUR: PKR rebel Badrul Hisham Shaharin today claimed that he felt vindicated with the statement from the Selangor Forestry Department director who has indirectly stated that Selangor Menteri Besar Azmin Ali was involved in giving out logging contracts.

Badrul, better known as CheguBard, has been a fierce critic of Azmin, accussing the PKR deputy president and Selangor MB of giving out logging contracts without practising the open tender system.

“Paragraph eight of the statement clearly states that the licence to extract is only given the approval of the exco meeting. Who chairs the exco meeting?” said CheguBard in reference to a statement by the state forestry department director two days ago.

“The director's statement also stated that the logging projects were not given via open tendering,” ChegBard said in a statement.

“I thank the director for his statement as it proves that Azmin lied as he was involved in the logging approval process and there was no open tender.” he said.

CheguBard added that the state forestry department director appeared to be under tremendous pressure to ensure that Azmin was not blamed for the logging fiasco.

He also accused Azmin of using his supporters in the party to urge for action to be taken against him (CheguBard) for criticising Azmin.

“Azmin has been using his cartel to call for my sacking over my attacks. Azmin himself has previously openly criticised other party leaders.

“If I should be booted out for criticising party leaders, Azmin too should be sacked for insulting party leaders and the president.”

CheguBard has asked PKR to take action against Azmin over alleged mismanagement of the state. He had also urged the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate the menteri besar over alleged corrupt practices in the awarding of logging licences in the state.

Selangor exco for tourism, nature, green technology and consumerism, Elizabeth Wong, said in a statement today that Selangor had imposed a 25-year moratorium since 2010 on commercial logging, and that the contracts given out were for clearing.

source : http://www.beritadaily.com/news/2016-02-25/35012/chegubard-sgor-forestry-department-director-vindicated-me

jemput klik kenyataan penuh saya di http://chegubard.blogspot.my/2016/02/terima-kasih-pengarah-jabatan-hutan.html

Terima Kasih, Pengarah Jabatan Hutan Selangor buktikan Azmin menipu

Kenyataan Media
25 Febuari 2016

1. Saya dengan ini merakamkan simpati dengan Pengarah dan semua warga Jabatan Hutan Negeri Selangor yang terpaksa menjadi pencuci kepada kesalahan ahli politik. Merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor bertarikh 23 Feb 2016 nampak jelas beliau terpaksa berpusing berhempas pulas mencuci penipuan Menteri Besar di media.

2. Persoalan yang saya bangkitkan ialah
a. Azmin di media menyerang saya dengan kata – kata kesat untuk menyatakan projek balak yang dimaksudkan diberi secara TENDER TERBUKA
b. Azmin menyebut dia tidak terlibat dalam sebarang proses dalam meluluskan atau memilih syarikat untuk projek balak di Selangor.
c. Apa kriteria pemilihan sebuah syarikat ‘enterprise’ yang mempunyai bidang kerja rojak termasuk kutip sampah, bekal alat tulis, bekal pakaian dan macam – macam lagi yang tidak kena mengena dengan pembalakan dapat kerja membalak nilai puluh juta?

3. Dari kenyataan Pengarah Jabatan Hutan Selangor ternyata dia mungkin dalam keadaan tertekan,dipaksa menjawab. Oleh kerana itu dalam kenyataan perenggan akhir dia memerli hina kerajaan negeri seolah rubber stamp dan konon menerima sahaja cadangan pegawai kerajaan.

4. Namun perlu diteliti perenggan ke 8 kenyataan tersebut yang jelas menyatakan Lesen Mengeluar hasil hanya dikeluarkan selepas kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (mesyuarat Exco). Persoalanya sekarang siapa yang mempengerusikan mesyuarat Exco ? Dan dari kenyataan tersebut juga dinyatakan bahawa agihan projek balak yang dimaksudkan tidak melalui tender terbuka.

5. Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor yang melalui kenyataannya membuktikan sekali lagi Azmin menipu kerana jelas dia terlibat dalam proses kelulusan projek balak yang dimaksudkan dan tidak wujud TENDER TERBUKA. Maka timbul persoalan berapa lagi projek puluhan juta tanpa tender terbuka ?

6. Sekali lagi saya tegaskan semua teguran sudah dilakukan melalui proses dalaman parti sebelum ini dan ternyata tiada apa respon. Faham saya ialah PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA – KATA. Bila tiada pilihan saya TERPAKSA membuat teguran dan pembongkaran terbuka. Ternyata dia bukan sekadar tidak lut teguran malah terus ego bongkak. Dia menggerakkan ‘kartel’nya dalam PKR untuk mengeluarkan kenyataan terbuka meminta saya dipecat dari PKR. Kepada pentaksub Azmin yang mengeluarkan kenyataan konon saya harus dipecat kerana keluar ke media menyerang Azmin, mereka harus ingat saya bongkar masalah pembaziran melibatkan kepentingan rakyat. Namun ingatlah Azmin bukan sekali menyerang sesama pemimpin PKR dan parti sahabat secara terbuka dan Azmin pernah menyerang fitnah presiden Parti sebagai mengamalkan kronisma dan nepotisma hanya kerana dia kecewa tidak dilantik Menteri besar selepas PRU 13. Jadi kalau saya wajar dipecat kerana bercakap soal kepentingan rakyat maka Azmin yang menfitnah presiden kerana kecewa tidak dilantik MB lebih wajar dipecat dahulu.
Kita juga jangan munafik sangat, rakyat sedang memerhati. Kononya kita menyambut Muhyiddin, Shafie malah Mahathir kerana mengkritik secara terbuka Najib, kita serang Najib sebagai penakut bacul kerana menggugurkan mereka dari jawatan. Kita terkinja marah apabila ada usaha memecat mereka dari Umno tetapi bila dalam parti sendiri kita lebih teruk dari Najib. Kita halalkan hampir RM10j wang rakyat ‘mengecat’ pintu gerbang yang kemudian dikatakan derma, kita halalkan RM65.7j hanya untuk tukar kubah dan pejabat pentadbiran sebuah masjid, kita halalkan jutaan duit zakat diagih ke seluruh negara tanpa makenisma pemantauan dan banyak lagi dengan alasan Selangor telah bagi bas percuma , air percuma , pengecualian cukai pintu dan sebagainya, maka apa beza kita dengan pemuja Najib yang menghalalkan semua dengan Kerajaan pusat yang telah memberikan BRIM dan perbagai gula – gula lain kepada rakyat.
7. Ternyata Azmin licik dan bijak. Tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan khususnya pendedahan kertas OSA milik Kerajaan Selangor yang jelas membuktikan dia berbohong di media maka Azmin cuba mengalihkan isu dengan menyerang Ketua Menteri P.Pinang secara terbuka. Pakatan Harapan baru saja terbentuk dengan dokumen perjanjian lengkap siap dengan kewujudan badan yang bertindak dalam perihal disiplin. Teguran Biro Politik PKR sewajarnya disalurkan melalui Seketeriat Pakatan Harapan dan itu sedang dilakukan. Namun demi kepentingan sempit Azmin menyerang Lim Guan Eng secara terbuka dan secara sedar cuba meretakkan hubungan Pakatan Harapan.

8. Tidak cukup dengan itu saya dan Solidariti Anak Muda Malaysia malah Koop SAMM Berhad diserang fitnah oleh beberapa pemuka yang dikenali budak ‘kartel’ Azmin. Malah beratus akaun media sosial yang palsu (tiada identiti) menyerang saya secara peribadi dengan fitnah. Beberapa akaun facebook palsu menggunakan identiti saya juga diwujudkan beberapa hari ini untuk menyerang saya. Begitulah ceteknya politik mereka sama seperti politik regim menyerang pembangkang. Ya, kamu ada duit dan kamu ada kuasa, siapa pun kamu tetapi untuk saya berhenti dan berdiam tidak sama sekali. Pembaziran, salah atau lemah urustadbir melibatkan kepentingan rakyat terbanyak tidak kira siapa pelaku wajib dibongkar dan ditentang. Kamu boleh ugut dan serang saya fizikal dan halus, namun saya yakin kebenaran itu ada kekuatan tersendiri. Selangi (kita percaya) ada tuhan selagi itu ada harapan.

9. Serangan dari media sosial sejak semalam dari kartel termasuk sejak semalam mengaitkan DAP menaja kami berniat jahat dan fitnah. Ini semua agen regim semuanya pasti salah Anwar dan kini semuanya akan jadi salah DAP. Semua harus sedar mereka ini juga musuh dalam gelombang rakyat dalam menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional. Umno dan Barisan Nasional takut jika ada pakatan pembangkang yang kuat, setelah agen mereka berjaya menjahanamkan Pakatan Rakyat yang kini agenya makin mesra Umno kini kita harus halang agen regim dari menghancurkan Pakatan Harapan.

Sekian ;

che’GuBard
anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat

klik juga untuk membaca

Tuesday, February 23, 2016

AZMIN SENGAJA LEMAHKAN PAKATAN HARAPAN, SERANGAN KEPADA GUAN ENG UNTUK ALIH ISU

Kenyataan Umum.
23 Febuari 2016


SERANGAN AZMIN KEPADA LIM GUAN ENG UNTUK MENGALIH ISU 

1.       Ternyata Azmin Ali merupakan ahli politik yang licik. Ketika dia dibuktikan menipu dalam media dengan saya mendedahkan dokumen ‘OSA’ kerajaan Selangor yang membuktikan dia terlibat memberikan kawasan balak TENDER TERBUKA maka dia telah mengalihkan isu tersebut dengan serangan terbuka dia kepada Lim Guan Eng, ternyata setakat ini dia berjaya mengalihkan isu tersebut.

2.       Serangan terbuka demi kepentingan politik peribadi kelompoknya (kartelnya) ini bukan pertama kali dilakukan. Umum tidak harus melupakan dia sendiri pernah menyerang Syed Hussin Ali dan termasuk dia menggerakkan kartelnya menyerang Presiden dan keluarga dalam media.


3.       Pakatan Harapan baru sahaja ditubuhkan dengan dokumen perjanjian lengkap dengan Majlis Presiden, Jawatankuasa Pengurusan (Majlis Setiausaha) juga badan yang bertindak mengawal disiplin, maka kenapa dia perlu menyerang secara terbuka ? Namun ini tidak pelik kerana anak angkat Mahathir inilah merupakan,  watak yang sengaja menghulur tangan kepada Pas yang memang sudah semakin jelas bersama Umno dan menidakkan kewujudan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor.  Teguran dan pandangan Azmin sengaja dilontar secara terbuka tanpa melalui struktut Pakatan Harapan terlebih dahulu hanya kerana niatnya mengalihkan isu dan melemahkan ikatan Pakatan Harapan. Serangan terbuka tanpa melalui proses dalaman ini sememang dirancang.


4.       Azmin bercakap soal ‘demokratik’ tetapi adakah dia faham atau tidak soal hormati amalan praktis demokrasi itu ? Jangan kuman seberang laut Nampak tetapi gajah depan mata tidak nampak. Pentadbiran Azmin sendiri sama ada dalam kerajaan atau parti sendiri tidak demokratik. Lantikan Ahli Majlis di Selangor sahaja menimbulkan bantahan apabila dia mengenepikan peranan Cabang kerana masih berdendam dengan kebanyakan cabang yang tidak menyokong dia dalam pemilihan parti yang lepas. Peraturan kreteria pemilihan yang ditetapkan sendiri tidak dihormati untuk menempatkan kartel dia. 

5.       Bercakap isu ketelusan adakah dia telus, malah ternyata menipu di media apabila dia menafikan pertanyaan saya mengenai tender balak yang mana dia menempelak saya sebagai ‘menyalak’ dan ‘macai umno’ namun dia sendiri tersentak apabila saya mendedahkan dokumen OSA milik kerajaan Selangor yang membuktikan tiada tender terbuka dan dia sendiri mempengerusikan mesyuarat tersebut. Itu belum lagi meneliti mana lagi projek besar yang tidak ada tender terbuka. Bagaimana pula dengan projek Facelift (ubahsuai ringan) Gerbang bernilai RM9.7juta dan tukar kubah serta pejabat Masjid Shah Alam yang berjumlah RM65.7 juta ?

6.       Kepada penggerak PKR jangan tertipu dengan hujah kononya Azmin begitu kerana pertahankan kepentingan parti. Tahu atau tidak berapa banyak projek runding terus di Selangor , peningkatan mendadak 3 – 4 kali ganda jumlah kakitangan MBI yang melibatkan gaji yang besar namun siapa yang dapat ? Majoriti penggerak parti malah ketua – ketua cabang, amk cabang dan wanita cabang masih tercungap – cungap berjuang bagi meneruskan hidup dan perjuangan. Lantikan GLC dan seumpamanya hanya didominsi oleh kartelnya termasuk yang dibawa dari luar Selangor. Malah dari segi projek dan tender yang dilepaskan kepada syarikat berkepentingan Umno Bn juga bukan kepalang banyaknya.


7.       Teguran saya rakam kepada salah seorang ADUN PKR supaya belajar disiplin organisasi. Saya mengajak semua berfikir dengan jujur. Apa pandangan anda apabila anda duduk dalam Jawatankuasa Pengangkutan Awam kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketika mesyuarat dan taklimat penambakan laut (pulau buatan) kamu diam membisu hadir tanpa membuat kajian awal. Dalam mesyuarat jawatankuasa pengangkutan awam jelas dibincangkan projek asalnya diluluskan seluar 3,241ekar oleh kerajaan BN namun setelah perdebatan dan pertembungan panjang kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang hanya meluluskan 744 ekar sahaja untuk ditebus guna. Wakil perbagai pihak termasuk DAP sendiri bersuara dan dalam mesyuarat tersebut sehingga beberapa perkara diubah. Dimaklumkan bahawa jika dibatalkan sepenuhnya maka kerajaan negeri kemungkinan menanggung pampasan  sehigga RM1biliion. 

8.       Ini pernah berlaku sebelum ini di mana kerajaan negeri terrpaksa membayar RM20 juta kepada Bousted Holdings Sdn Bhd untuk menguruangkan ketinggian projek hotelnya dimana sebelum ini diluluskan oleh kerajaan Bn dengan ketinggian tidak munasabah dan kerajaan negeri hilang RM14.7 juta wang rakyat kepada syarikat yang terlibat skandal tanah Tang Hak Ju dimana ia melibatkan keputusan kerajaan Bn sebelum itu.

9.       ADUN PKR tersebut terlibat dalam mesyuarat sehingga keputusan dibuat dan dia diam. Namun apabila Bn datang di dalam Dewan membentag usul membantah maka ADUN tersebut mengambil sikap protes dan berkecuali. Dia yang menjadi sebahagian jawatankuasa yang memutuskan sepatutnya mempertahankan keputusan tersebut. Adakah dia tidak faham apa dalam mesyuarat tersebut dan hanya hadir untuk elaun kehadiran atau ada pihak ‘luar kerajaan P.Pinang’ yang menyusun semua ini agar berlaku. Sepatutnya PKR harus memanggil ADUN ini memberikan penjelasan dan merakamkan teguran kerana jelas prestasinya dalam pentadbiran Pulau Pinang harus dipertikaikan. 



Sekian ;

che’GuBard
Ahli seumur hidup PKR

JEMPUT KLIK http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html BACA KENYATAAN PENUH PENDEDAHAN DOKUMEN OSA KERAJAAN SELANGOR BUKTIKAN PENIPUAN AZMIN BERKENAAN ISU BALAK.

(Video) pendedahan bukti penipuan Azmin di media isu balak TENDER TERBUKA


untuk mebaca kenyataan lengkap dan melihat dokumen yang dimaksudkan sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html

(Video) Azmin fitnah Keluarga Presiden dengan lebih dasyat

Azmin pernah serang Syed Husin Ali secara terbuka...
Berpuluh pemimpin dia serang dan sailang begitu saja ....
Dia kecewa dengan Anwar yang dia sendiri cakap dgn ramai orang yang konon Anwar janjikan dia MB lepas PRU13 tp kecewa sebab masih Khalid jadi MB maka dia serang Anwar dan wan azizah di media sosial.. dia gerakkan budak budak dia sekali maki hamun keluarga Azizah ....dia yang mulakan serangan guna istilah Istana Segambut... dia sabotaj gerakan Black Out 505 dan dia keluar media termasuk tv3 dengan fitnah wan azizah amal kronisma dan nepotisma... hangpa lupa ka... ??
Tak cukup di situ dia non stop gerakkan budak2 dia serang Khalid Ibrahim... termasuk melalui sidang media dan sebagainya...
Parti menyedari ada beberapa kelemahan khalid lepas PRU 13 yg kena di perbaiki maka parti mengeluarkan arahan supaya Saifuddin Nasutiondimasukkan ke pejabat Khalid sebagai pegawai khas (politik) tp malangnya azmin secara terbuka mengeluarkan kenyataan mengajak rakyat menentang keputusan itu kerana katanya pembaziran....
Nota : bila serang Azmin Umno diam... bila serang Azmin penyokong hadi panas.. pelik kan....


untuk mebaca kenyataan lengkap dan melihat dokumen yang dimaksudkan sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html

Umno Selangor baru berbunyi tetapi layakkah ?

Catatan Umum

23 Febuari 2016

terbaca laporan berita portal Antarapos.com yang melaporkan kenyataan (Datuk) Johan Abd Aziz selaku Setiausaha Umno Selangor yang mendesak Azmin Ali memberi jawapan konkrit bukan sekadar penafian dangkal berkaitan pendedahan che'GuBard mengenai tiada tender terbuka dan penipuan di media.

 Pertamanya Bn Selangor sendiri tidak serius mendepani Azmin Ali , umum sendiri boleh melihat perkara ini yang mana cara Bn mendepani Lim Guan Eng yang mentadbir Pulau Pinang jauh lebih ganas dengan serangan tanpa henti.

Perkara ini saya pernah perjelaskan dalam kenyataan penuh saya 16 Febuari yang bertajuk Azmin makin ego tak lut teguran ; projek tukar kubah dan pejabat Masjid negeri bukan sekadar RM32.4 juta tetapi RM65.7 juta (klik tajuk untuk baca lanjut)

saya mengajak semua membaca semula dan meneliti para ke 6 dan ke 7 kenyataan che'Gubard seperti di bawah :
6.Dalam kesempatan ini juga saya sempat meneliti agihan projek penyelenggaraan jalanraya di Selangor. 3 syarikat mendapat tempat selaku Kontraktor utama. Syarikat yang mendapat kontrak ini juga dipertikaikan kerana ada syarikat yang mempunyai rekod projek tidak siap dibawah JKR masih mendapat tempat. Malah sebuah syarikat yang mendapat tempat hanya mengambil alih pejabat, peralatan dan kakitangan sebuah syarikat lain yang ditolak di peringkat awal. Dari segi jumlah harga ia meningkat secara mendadak dan sangat menjolok mata.
7. Tiga syarikat utama tersebut melantik pula, syarikat-syarikat sebagai ‘sub-con’, untuk pengetahuan semua sebahagian besar syarikat tersebut ialah syarikat kaitan dengan UMNO malah ada dimiliki oleh pemegang jawatan dalam UMNO Selangor. Ia tidak salah jika dilihat dari segi prestasi adakah tidak ada yarikat lain lebih layak? Ingatkah kita bahawa Khalid Ibrahim antara alasan disingkirkan kerana ia tidak mempedulikan parti termasuk dalam agihan projek tetapi kali ini bukan sahaja tidak mempedulikan parti malah apabila meneliti senarai agihan projek tetapi kali ini bukan sahaja tidak mempedulikan parti malah apabila meneliti senarai projek tender dan seumpamanya dalam Selangor maka ia lebih teruk sebahagian besarnya disalurkan kepada ‘kaitan’ UMNO. Adakah ini sebahagian dari benda yang disengajakan dan patutlah serangan UMNO pada Azmin sendiri agak tumpul dan tumpuan Azmin kepada Anwar longgar serta ia juga dilihat mengagalkan penubuhan pakatan pembangkang (pakatan harapan) yang kuat untuk mendepani UMNO Barisan Nasional.
Boleh kah Umno menafikan yang Umno Selangor sendiri sedang menikmati 'kenikmatan' di bawah Azmin Ali. Dari Umno pusat mengalir tenang perbagai bantuan dan di peringkat negeri mereka juga masih mampu meraih projek dan lain - lain.

Budiman Zohdi, Adun Sungai Panjang bising sekejap kononya bersungguh isu DEIG namun kenapa sekarang dia menyepi ? Adakah benar dia tidak disenangi bila sekejap itu menyerang tanpa henti Azmin ?

Keduanya, tindakan Johan yang juga merupakan ADUN Semenyih ini umpama menepuk air dalam dulang kena muka sendiri, kerana yang dibangkitkan ialah persoalan tender terbuka yang merupakan janji aspirasi Reformasi dan pembaziran dalam perbelanjaan pentadbiran. Persoalanya Bn melakukan jauh lebih banyak kesalahan dalam perkara ini, beranikah Johan melakukan teguran kepada Kerajaan Bn sama ada di peringkat pusat atau peringkat negeri yang lain ? Soal ketelusan dan integriti pentadbiran juga Bn tidak layak bercakap kerana dalam aspek Selangor sahaja Bn sendiri tidak telus kerana rakyat Selangor sudah memberikan kuasa 2 penggal kepada bukan Barisan Nasional tetapi oleh kerana Bn tidak telus, tiada integriti dan tidak menghormati suara rakyat (demokrasi) maka Bn telah menyekat bantuan dan mewujudkan (menggunakan) perbagai agensi menyalurkan dana (wang rakyat) atas nama rakyat Selangor kononya tetapi ia juga penuh ketirisan dan minima pemantauan.

Noh Omar sendiri rasanya terus diam bukan apa tetapi masih terus tersandar 'kekenyangan' rasanya.

Dan yang terakhir Umno memukul sayang dan tidak bersungguh Azmin kini juga adalah kerana Umno tidak akan mampu mendepani kekuatan pakatan pembangkang yang kuat yang mana kini tertumpu dengan Pakatan Harapan yang mana Azmin Ali terus menjadi faktor kelemahan pemecah perpaduan dalamnya.

Jadi kepada Umno Selangor atau Bn Selangor itu sendiri ingatlah majoriti pengundi atau rakyat Selangor ialah mereka yang cerdik dan bermaklumat. Jangan lah menepuk air dalam dulang ia umpama menutup badan dengan kain perca, tutup sedikit banyak terdedah.

Sekian

che'GuBard

untuk mebaca kenyataan lengkap dan melihat dokumen yang dimaksudkan sila klik http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html

Jawapan kepada cabaran ke SPRM : Isu Balak tanpa tender TERBUKA di Selangor dan penipuan Azmin

Untuk yang sibuk mencabar supaya saya ke SPRM berkaitan pendedahan tiada tender terbuka berkaitan projek Balak di Selangor maka sila baca petikan kenyataan saya 21 Febuari lepas.

Cabaran untuk saya ke SPRM ialah dari mereka yang tidak memahami pentadbiran itu sendiri. (rujuk m/s 4 kedua dua dokumen yang disertakan) Menurut undang – undang  adalah menjadi hak Kerajaan (sama ada pusat atau negeri) untuk memberikan apa juga projek atau kerja secara tender atau runding terus. Tetapi TENDER TERBUKA ialah janji ‘reformasi’ kita kepada rakyat. Tak kan nak buat laporan ke SPRM kerana Azmin menipu dalam sidang media dan Azmin mengkhianati aspirasi reformasi ?

Anda dijemput untuk  klik untuk klik bagi bacaan lanjut iaitu kenyataan penuh dan imej dokumen yang dimaksudkan  http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html?m=1

Monday, February 22, 2016

Apa itu MKN ?

Pada tahun 2008, Kerajaan Barisan Nasional yang ketika itu telah memerintah selama 51 tahun buat pertama kalinya kehilangan majoriti dua pertiga dan lima negeri di bawah kekuasannya iaitu Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
Lima tahun kemudian, pada Pilihanraya Umum ke-13, Kerajaan Barisan Nasional telah hilang undi popular di mana mereka hanya mendapat 47% undi popular berbanding Pakatan Rakyat yang mendapat 52% undi popular. Namun melalui persempadanan (gerrymandering) dan bilangan pengundi (malapportionment) yang tidak adil, kerajaan Barisan Nasional berjaya mendapat 133 kerusi berbanding 89 kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan secara haram dan melanggar undang-undang antarabangsa pada 10 Februari 2015, pelbagai Akta telah diperkenalkan dan diperkuatkuasakan, malah terdapat beberapa Akta yang tidak pernah digunakan sebelum ini digunakan untuk menahan pejuang-pejuang negara. Akta Hasutan telah dipinda dan diperkeraskan dengan hukuman mandatori penjara. Akta POCA dan POTA juga telah diluluskan dan dikuatkuasakan.
Pada Ogos 2015, kajian Merdeka Centre menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional hanya mempunyai sokongan rakyat serendah 31%. Pelbagai skandal terutamanya skandal 1MDB menjolok mata dunia. Ditambah dengan kesusahan rakyat dan peningkatan kos hidup, Rakyat telah terus mengatakan ketidakpuashatian dengan Kerajaan Barisan Nasional.
Ada juga segelintir daripada Panglima-panglima kerajaan BN juga telah turut bangun membantah pemerintahan Perdana Menteri.
Maharaja akhirnya dalam keterdesakan, dalam keterburu-buruan memperkenalkan dan meluluskan Akta Majlis Keselamatan Negara iaitu the National Security Council. Perlu difahami terdapat konotasi yang besar apabila perkataan “Security” digunakan dan bukannya “Safety”.
MKN terdiri daripada 33 muka surat, mengandungi 44 Klausa dan telah diluluskan di Dewan Rakyat hanya selepas perbahasan separuh hari. Ia telah disediakan dan diluluskan secara terburu-buru.
Apakah itu MKN atau NSC dan mengapakah ia dikatakan jauh lebih merbahaya dari ISA serta Akta Darurat yang pernah ada di negara tercinta ini?
Pertama, ia memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri melangkaui kuasa Yang DiPertua Agong, puncak kuasa dan keadilan Negara. Perdana Menteri boleh mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan tanpa sebarang sebab mahupun terlebih dahulu mendapatkan kelulusan parlimen. Malah, harta orang awam juga boleh dirampas!
Apabila sesebuah kawasan diisytihar sebagai kawasan keselamatan, anggota majlis boleh bertindak sesuka hati tanpa perlu mengikut garis undang-undang. Pendek kata, jika berlaku pembunuhan sekali pun, mereka tidak boleh dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan. Mereka kebal! Hatta sekiranya anggota ketenteraan negara terkorban, tidak akan diadakan inkues untuk mengenal pasti sebab berlakunya kemalangan jiwa!
Menurut pakar ketenteraan sendiri, akta ini melanggar ketetapan perlembagaan, melanggar rantaian kuasa sedia ada di bawah yang Dipertuan Agong, justeru mewujudkan keadaan di mana aktiviti keselamatan yang berlangsung tidak dilindungi oleh perlembagaan persekutuan negara!
Kedua, MKN tiada selia kawalan semak dan imbang. MKN tidak perlu melalui Parlimen dan tindak-tanduknya dikuasai penuh anggota MKN yang dikepalai Perdana Menteri.
Ketiga, MKN mempunyai kuasa untuk mengumpul maklumat perisikan serta mencabuli hak privasi rakyat. Pihak askar, polis dan semua agensi perisikan wajib serahkan maklumat kepada MKN.
Keempat, beberapa klausa dalam MKN bercanggah dengan Artikel 9, Artikel 13 dan Artikel 150 Perlembagaan Negara.
Kelima, MKN akan menganggu gugat demokrasi di negara yang dicintai ini.
Ayuh, Fahami MKN dengan lebih lanjut dan nyatakan bantahan anda. Jika anda sayang Negara Malaysia, bangun bertindak. Katakan tidak kepada MKN.
Katakan tidak kepada kuasa semberono yang diberikan kepada Perdana Menteri yang berlagak Maharaja!

Delusi Mahfuz, Rafizi Populis, Warlord Mabuk Kuasa – Harapan Rakyat Kian Pudar

Mahfuz Omar menyatakan bahawa Mahathir bersedia untuk bergabung dengan semua parti-parti politik untuk menggulingkan Najib. Kata Mahfuz lagi, tolak tepi dahulu soal siapa yang akan menjadi Perdana Menteri selepas Najib, tetapi semua parti politik mencari titik persamaan dengan menggulingkan Najib demi menyelamatkan Malaysia.
Kenyataan Mahfuz Omar ini disambut oleh Rafizi Ramli yang memberikan syarat Mahathir dan semua parti politik perlu bersetuju untuk melakukan perubahan sistem.
Gua tak ingin mengulas mengenai Mahfuz Omar ini kerana pada gua Mahfuz ini sedang mengalami zaman delusional. Cuma kenyataan Rafizi itu adalah sangat menarik untuk diulas. Untuk pengetahun Rafizi, 6 bulan sebelum ini, SAMM telah pun menegaskan untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang sebenarnya, ia memerlukan kepada perubahan sistem.
Tidak boleh tidak, perubahan sistem adalah mandatori. Kerosakan sistem pentadbiran negara hari ini telah sampai ke kemuncaknya. Daripada bawah hingga ke atas, ia telah sangat mekar dengan penyalahgunaan kuasa dan korupsi. Itu pandangan SAMM semasa bulan Ogos 2015 dan terus konsisten sehingga hari ini. Walaupun kala itu, orang ramai mengata SAMM ini boneka Najib, tetapi menurunkan satu individu tanpa memperbetulkan akar permasalahan tidak akan menyelesaikan masalah.
Dalam satu segi, gua gembira dengan kenyataan Rafizi ini tetapi gua juga tertanya-tanya sejauh mana parti dan pakatan politik yang dianggotai oleh Rafizi Ramli ini benar-benar mengangkat perubahan sistem? Kerana sehingga ke hari ini, situasinya masih kabur. Apa yang jelas kelihatan, parti-parti Pakatan Harapan juga sedang mabuk kuasa.
Slogan Reformasi, Perubahan Sistem hanya kekal sebagai slogan. Jika sebelum ini, rakyat tidak dapat melihat sejauh mana konsistensi parti-parti selain BN terhadap konsep reformasi tetapi setelah 2 penggal menguasai pemerintahan negeri, rakyat sudah boleh menilai. Ia kabur dan semakin kabur. Seperti juga UMNO dan BN, parti-parti Pakatan Harapan termasuklah PKR masih mengekalkan orientasi menyembah warlord parti masing-masing.
Warlord tidak boleh ditegur atau dikritik. Jika tidak, pasti akan digelar sebagai pengkhianat atau telah dibeli oleh parti lawan. Azmin Ali dikritik kerana pemberian beberapa projek di Selangor, tetapi usahkan PKR ingin mengambil tindakan siasatan bahkan yang mengkritik pula berdepan dengan ancaman pemecatan. Begitu juga nasib Husam Musa. Nasib yang sama di alami oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.
Bukan itu sahaja, bagaimana pula dengan nasib 2 ADUN yang tersingkir daripada GLC Negeri kerana menyokong usul memberhentikan projek tambakan laut? Bagaimana pula dengan kenyataan Aziz Bari yang mengatakan sistem dalam PKR pincang?
Kritik saja pemimpin atau warlord parti, anda akan berdepan hukuman gantung keanggotaan atau pemecatan. Apakah ini tidak sama dengan amalan UMNO/BN? Belum pun menguasai Putrajaya, PAS, PKR dan DAP telah menggunakan modus operandi yang sama untuk menutup mulut si pengkritik. Bagaimana rakyat khususnya anak muda yang mempunyai pemikiran yang terbuka dan menentang kebejatan sistem akan percaya bahawa rejim yang akan menggantikan BN nanti tidak akan melakukan tindak tanduk seperti BN?
Jika Rafizi benar-benar ikhlas untuk melakukan perubahan sistem, Rafizi harus berani juga menegur pemimpin-pemimpin atau warlords politik dalam partinya dan parti sekutu yang sibuk bermain dengan politik kurma dan politik limau. Apakah akan ada harapan perubahan sekiranya parti-parti politik selain BN masih tidak mengamalkan slogan perubahan atau reformasi dalam partinya sendiri. 
..............................................................................................................
Penulis merupakan Pengarah Pusat Pemikir Kaum Muda SAMM dan merupakan anggota DAP yang aktif di Johor. Tulisan - tulisan beluai yang lain boleh dibaca di https://lanunmuar.wordpress.com/ 

Sunday, February 21, 2016

Demi Parti, Kami Desak Secara Terbuka - Setiausaha Cabang Kelana Jaya

http://www.mobtvlive.my/watch.php?vid=14bffc8d5
Demi Parti, Kami Desak Secara Terbuka

Bukti penipuan Azmin di media berkenaan tender terbuka dan dia tak terlibat berkenaan tender balak



KENYATAAN MEDIA
21     Febuari 2016


1.    16 Disember lepas saya telah membuat kenyataan berkaitan isu pembalakan di Selangor dan petikan  kenyataan seperti di bawah :
5.       Terbaru saya telah dibekalkan maklumat wujud, kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak bernilai tinggi telah diserahkan dengan cara meragukan (tanpa proses tender yang betul). Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diluluskan bagi projek jajaran talian penghantaran elektrik yang melalui kawasan hutan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.  Iaitu melibatkan talian penghantaran Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras. Dilaporkan Jabatan Perhutanan Selangor telah meletakkan RM8 juta dan RM13 juta sebagai nilai bayaran bagi kayu balak yang dibersihkan bagi laluan 2 projek tersebut. Berdasarkan beberapa syarikat perkayuan menyatakan nilai kayu balak selalunya 4 kali dari nilai bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Perhutanan. Maka jika ini dikira nilai kayu  2 kawasan projek ini tidak kurang dari RM45juta.

6.       RM45 juta nilai projek (kawasan balak hutan simpan) telah diserahkan kepada dua syarikat  tanpa proses tender ? Hari ini saya akan menghantar surat (serahan pos laju) kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor mengenai perkara ini. Beliau bertanggung jawab penuh atas perkara ini. Tanpa tender ia adalah salah dan dia harus dihukum. Atau beliau perlu tampil mengesahkan maklumat mengenai ‘arahan khas’ yang dia dapat untuk memberikan kepada dua syarikat yang beralamat di Melaka dan Johor ini. Sangat pelik antara syarikat yang mendapat kawasan pembalakan ini ialah sebuah syarikat yang perniagaannya dalam bidang ‘Beuty and Spa’. Selain dari Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor wajar memberikan penjelasan, pihak Pejabat Menteri Besar Selangor juga harus tampil kerana maklumat yang kami perolehi cukup untuk mengaitkan kamu dalam perkara ini.

7.       Untuk ini kami menanti jawapan dan respon dalam masa 14 hari dari Pejabat Menteri Besar dan Jabatan Perhutanan Selangor dalam perkara ini.

2.       Lantaran dari pendedahan tersebut Azmin Ali telah memberi respon kepada media
                                                                  i.      Menghina saya sebagai menyalak dan ‘macai Umno"                                                                 ii.      Dengan penuh emosi beliau menyatakan                                                        ·         tender diberikan secara TENDER TERBUKA                                                        ·        dia  tidak terlibat dalam memutuskan tender

3.       Saya sebut dengan jelas bahawa Azmin MENIPU dalam perkara tersebut kerana keputusan penganugerahan balak tersebut diputuskan oleh mesyuarat yang beliau pengerusikan dan tiada TENDER TERBUKA

Tiada tender terbuka ini juga boleh dibuktikan dengan tiada langsung iklan panggilan tender terbuka dibuat oleh Jabatan Hutan atau mana – mana agensi terbabit.
4.       Malah dalam simpanan kami dua kertas MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) bertajuk :

  
i.                              Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras di dalam Hutan Simpan Kekal yang     melibatkan Projek Jajaran Talian Penghantaran Elektrik 275 / 132 KV dari Mahkota Cheras Hartamas ke PMU Mahkota Cheras seluas 45 hektar   ii.                              Mengeluarkan Kayu Balak dan Jaras di dalam Hutan Simpan Kekal yang melibatkan Projek Jajaran Talian penghantaran elektrik 275KV (1000 MVA) PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak (ubahan Talian) seluas 34 hektar

5.       Dokumen ini berlebel RAHSIA tertera HAK MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR dan menyebut dengan jelas bahawa 2 kawasan balak tersebut perlu diputuskan untuk diberikan kepada 2 syarikat dari 3 syarikat yang mengajukan profil syarikat. Kertas ini telah diajukan ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin dan dalam mesyuarat itulah memutuskan kawasan balak tersebut diberikan kepada dua syarikat tanpa TENDER TERBUKA.

6.       Jelas ini membuktikan Azmin MENIPU dengan responnya kepada media  mengenai  tender diberikan secara TENDER TERBUKA dan dia langsung tidak terlibat dalam memutuskan tender.
7.       Di sini saya tidak mahu menyebut lagi mengenai bisik – bisik dalam pegawai – pegawai yang ditemui yang mengadukan pertemuan orang kanan Azmin dengan pegawai tertentu melobi syarikat tertentu. Namun cukup setakat ini saya mahu mempertikaikan syarikat yang memperolehi projek balak tersebut.
8.       Syarikat yang mendapat projek balak tersebut juga jelas meragukan. Bayangkan sebuah syarikat ‘enterprise’ yang dimiliki oleh pemuda berasal Johor (bukan Sdn Bhd) yang mempunyai bidang kerja perbagai tetapi langsung tidak ada kena mengena dengan pembalakan mendapat  kawasan balak bernilai puluhanjuta. Dari senarai bidang kerja recam jelas corak ‘enterprise’ seperti ini selalunya diwujudkan hanya untuk memburu kerja ‘indent’ projek semata – mata. Sila Azmin perjelaskan bagaimana dalam mesyuarat yang beliau pengerusi meluluskan syarikat seperti  ini ?
9.       Cabaran untuk saya ke SPRM ialah dari mereka yang tidak memahami pentadbiran itu sendiri. (rujuk m/s 4 kedua dua dokumen yang disertakan) Menurut undang – undang  adalah menjadi hak Kerajaan (sama ada pusat atau negeri) untuk memberikan apa juga projek atau kerja secara tender atau runding terus. Tetapi TENDER TERBUKA ialah janji ‘reformasi’ kita kepada rakyat. Tak kan nak buat laporan ke SPRM kerana Azmin menipu dalam sidang media dan Azmin mengkhianati aspirasi reformasi ?
10.   Perlu direkodkan saya telah menggunakan semua saluran dalaman parti dalam membuat teguran tetapi tidak ada pilihan bila tidak ada tindakan diambil. Tindakan yang saya ambil ialah demi memenuhi aspirasi Reformasi sesuai dengan semangat perjuangan Anwar Ibrahim yang mempertahankan prinsip perubahan dan memperjuangkan hak rakyat sehingga ke penjara.

11.   Saya ke media setelah menggunakan semua saluran dalaman demi mempertahankan prinsisp Reformasi. Namun kena ingat Azmin juga sering menggunakan media menyerang pimpinan parti. Azmin pernah menggunakan media selepas PRU 13 menfitnah Presiden mengamalkan kronisma dan nepotisma hanya sebab kecewa kerana tidak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

12.   Saya sedar risiko yang saya ambil dalam mendedahkan dokumen berlebel rahsia yang dikait di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA) ini namun didikan gerakan reformasi ialah jika nampak kepincangan maka menjadi amanah kita untuk membongkarkan dan menentangnya. Faham saya dalam perjuangan ini ialah PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA – KATA.

13.   Panik dengan perkembangan pembongkaran kepincangan kebelakangan ini nampaknya Azmin bukan menerima teguran tetapi beliau terus ego dengan menggerakkan Kartelnya membuat kenyataan demi kenyataan agar saya dipecat dari parti. Ingat ketika Azmin menyerang ramai pemimpin parti di media tidak ada orang pun mencadangkan dia dipecat.

14.   Azmin diseru agar kembali semula ke landasan perubahan dan reformasi yang perjuangkan oleh Anwar Ibrahim buang ego, hentikan kerakusan haloba dan jadilah pemimpin kepada semua bukan kartel dia sahaja.


Sekian.

che’GuBard
Ahli Seumur Hidup PKR