Saturday, February 28, 2009

Selamat pengantin baru

Secara peribadi dan mewakili keluarga besar KEADILAN Rembau mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada 'wartawan skuad Sinar Rembau'

Thursday, February 26, 2009

Video sidang media : Upacara hantar sijil mati pada SPRM

Video dipetik dari TVPAS.




dibawah ialah video arkib dari YouTube - Laporan SPRM pertama semenjak diwujudkan.




terima kasih kepada TVPAS, Malaysiakini, NTV 7 dan hanief

Keadilan untuk mangsa Zahid Hamidi


tidak banyak media yang berani menyiarkan berita pendedahan beliau.


Jika benar polis jujur dan tidak salah guna kuasa maka sudah pasti ada kerusi Umno yang dikosongkan kerana ahli parlimenya terpenjara ataupun Jika BPR / SPRM benar berani dan adil sudah pasti ada 'kelompok' polis yang sudah ditahan kerana tidak menjalan tugas dengan betul ?

Kenapa ?

Buktinya sila dapatkan VCD dan buku pendedahan Skandal Jenayah, Zahid Hamidi yang didedahkan oleh mangsa cubaan bunuh beliau Amir Bazli. Seorang anak Kelantan yang aktif dalam kumpulan pemilik motorsikal berkuasa besar yang turut disertai Zahid Hamidi. Namun satu peristiwa telah mengubah segalanya.... melibatkan skandal sulit dan jenayah.

laporan polis Amir Bazli

Amir Bazli yang kini hidup dengan kecatatan kekal, tanpa tempurung kepala yang sempurna telah membuat laporan polis tetapi tiada tindakan, telah membawa ke mahkamah namun masih gagal, telah meletakkan rakaman videonya di internet tetapi pemilik server membuangnya.....dia perlukan keadilan... !!!! Negara ini sudah menjadi cerita Hindustan..wang boleh beli segalanya...

cheGuBard nak kongsi satu vcd dan buku (yang diperolehi dari teman Umno) yang menerangkan jenayah Menteri Islam Hadhari. Menteri Islam Hadhari ini telah memukul sehingga separuh mati dan ingin menanam hidup-hidup (mujur dapat larikan diri) seorang pemuda yang berkawan dengan anaknya yang baru berpisah dengan suaminya ketika itu. Kes ini dilaporkan kepada polis tetapi disenyapkan.... pemuda ini kini hidup tanpa tempurung kepala yang telah dihancurkan oleh Menteri Islam Hadhari ini yang juga calon Naib Presiden Umno....dapatkan buku dan VCD ini yang merakamkan peristiwa, pengakuan dan perbagai maklumat 'sulit lagi selit'............

Buku dan VCD pemberian teman Umno ini hanya ada sekitar 50 set sahaja. Kepada yang berminat sila hantar cek atau wang pos bernilai RM 25 atas nama Angkatan Muda Keadilan Bahagian Rembau (sila hantar bersama alamat untuk urusan penghantaran VCD dan buku) hantar ke alamat Pusat Khidmat Rakyat Rembau, No.390, Taman Seri Rembau, 70301 Rembau, Negeri Sembilan.

Jika stok habis kami akan pulangkan wang pos dan cek anda ! sila klik sini untuk baca tulisan blog lain mengenai kes menteri Islam Hadhari ini atau klik sini

kenapa tindakan ini diambil ? sila baca dengan klik sini

Hujah TV9 : Prof. Agus bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak ....

gambar dari minaq_jinggo semasa tengah iklan.

Pernah juga beberapa kali menonton rancangan Hujah di Tv9. Rancangan ini dikira menarik dengan kehadiran provokator cum moderator yang baik iaitu Prof. Agus. Baru - baru ini rancangan ini telah berjaya menghimpunkan 3 calon ketua pemuda Umno Malaysia. Walaupun tak sempat menonton secara live namun ada teman yang sudi buat salinan VCD dan akhirnya berjaya menonton.

Jujurnya tiada hujah baru, semua hujah politik. Mungkin ada sedikit harapan kepada Khairy tetapi malangnya dia mampu berhujah tetapi rasanya dia terlalu jauh dari aspek perlaksanaan kata-kata.

Tidak minat komen panjang cuma rasanya komen 'cheahmad' mungkin boleh dikongsi. sila klik untuk baca

Debat, Forum ialah budaya politik matang. Cuma agaknya berani tak Prof Agus atau pihak Tv9 memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri rancangannya. Dan yang lebih penting beranikah Najib hadir....kalau Shabri Chik meleleh dan berbuih air liur takut Najib meleleh air mata saja....

PKR Youth stages 'fiery' protest outside MACC headquarters

Angkatan Muda Keadilan lead by Badrul Hisham burn
the corruption report and picture of the Malaysian
Anti-Corruption Commission Chief, Datuk Seri Ahmad Said
Hamdan infront of MACC Head Office in Putrajaya today.

PUTRAJAYA (Feb 25, 2009) : Two days after lodging a police report against the newly-minted Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth yesterday staged a "fiery" protest outside the MACC headquarters here today.

The 100 protesters, led by PKR supreme council member Badrul Hisham Shaharin, arrived at the the MACC office shortly after 11am.

Under the watchful eye of scores of policemen deployed there to prevent any untoward incident, the protesters brought out boxes of documents and copies of reports lodged with the MACC since 1990 and started burnt them at the MACC entrance.


They also burnt an enlarged photograph of MACC chief Datuk Seri Ahmad Said Hamdan and the MACC logo.

At this juncture, officials from the Environment Department arrived and threatened action against the protesters for open burning if they continued.

Badrul Hisham then walked into the MACC headquarters to hand over a "death certificate" to an MACC staff.

"This symbolically shows that the MACC must be buried because it has been manipulated and used by Barisan Nasional politicians to 'frame' Opposition leaders," he said.

"We believe the MACC has become a tool for Barisan Nasional," said Badrul.

"Action seems to be taken very swiftly on Pakatan Raykat (PR) leaders while hundreds of complaints against BN and Umno members have never seen the light of day," he said.

He added that the protest served as reminder that MACC should act on all complaints and not be biased in its investigations.

Badrul also expressed disappointment with the manner Ahmad Said disclosed in the press conference in Penang last week that Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim was under probe for the issues involving the "car and cows".

Police reports against the MACC were lodged nationwide by PKR members on the same issues.

About an hour later, the protesters dispersed without any untoward incident.

PKR Youth stages 'fiery' protest outside MACC headquarters

PUTRAJAYA (Feb 25, 2009) : Two days after lodging a police report against the newly-minted Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth yesterday staged a "fiery" protest outside the MACC headquarters here today.

The 100 protesters, led by PKR supreme council member Badrul Hisham Shaharin, arrived at the the MACC office shortly after 11am.

Under the watchful eye of scores of policemen deployed there to prevent any untoward incident, the protesters brought out boxes of documents and copies of reports lodged with the MACC since 1990 and started burnt them at the MACC entrance.


They also burnt an enlarged photograph of MACC chief Datuk Seri Ahmad Said Hamdan and the MACC logo.

At this juncture, officials from the Environment Department arrived and threatened action against the protesters for open burning if they continued.

Badrul Hisham then walked into the MACC headquarters to hand over a "death certificate" to an MACC staff.

"This symbolically shows that the MACC must be buried because it has been manipulated and used by Barisan Nasional politicians to 'frame' Opposition leaders," he said.

"We believe the MACC has become a tool for Barisan Nasional," said Badrul.

"Action seems to be taken very swiftly on Pakatan Raykat (PR) leaders while hundreds of complaints against BN and Umno members have never seen the light of day," he said.

He added that the protest served as reminder that MACC should act on all complaints and not be biased in its investigations.

Badrul also expressed disappointment with the manner Ahmad Said disclosed in the press conference in Penang last week that Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim was under probe for the issues involving the "car and cows".

Police reports against the MACC were lodged nationwide by PKR members on the same issues.

About an hour later, the protesters dispersed without any untoward incident.

Wednesday, February 25, 2009

Di saman kerana pembakaran terbuka

Kira - kira 100 orang anak muda dari perbagai latar belakang telah berhimpun di depan Ibupejabat SPRM putrajaya 11 pagi tadi atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia. Ketika cheGuBard sampai, sudah penuh di depan pondok jaga Kompleks wartawan dan anak - anak muda serta pegawai kerajaan yang yang turun hendak menyaksikan peristiwa tersebut.

Ramai juga anggota polis, penguatkuasa PBT dan jelas kelihatan beberapa pegawai beruniform Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menghampiri pondok jaga dimaklumkan bahawa hanya beberapa orang yang dibenar masuk. Lantas membuat keputusan terus membuat sidang media. Setelah menerangkan maksud himpunan dan membacakan kenyataan media cheGuBard bersama teman hendak membakar dokumen yang dibawa.

Datang beberapa pegawai JAS, katanya kehadiran mereka kerana mendapat laporan akan berlaku pembakaran terbuka. Setlah ditanya jika terus membakar apa kan jadi, mereka menerangkan boleh disaman dan didakwa dimahkamah. Hukumanya denda atau penjara atau kedua - duanya sekali.

Secara baik-baik cheGuBard memberitahu akan terus membakar kerana tindakan itu tidak jauh bezanya dengan pembakaran bendera Israel, Amereka atau membakar patung Bush dan pemimpin zionis di depan keduataan atau di luar masjid. Harap JAS tidak mengganggu dan selepas ini kalau nak saman teruskan.

Sebaik sahaja mula membakar terus berlari, seorang 'jaga' menyiram air dari bekas airnya. Tindakan spontan dari seorang dari kami ialah mencurah lagi minyak. Kemudian ketika mula membakar logo dan gambar Najib serta Ketua Pesuruhjaya SPRM seorang 'jaga' berlari membawa air sebaldi dan mencurahkan.

Ramai yang berhimpun kelihatan marah. Namun ditenangkan. Kemudian datang pula dua orang jaga membawa 'alat pemadam api', malangnya pemadam api itu gagal berfungsi, semua yang hadir termasuk wartawan tertawa melihat gelagat mereka.

Selepas selesai, teman - teman cheGuBard terus membersihkan tempat tersebut dari kotoran dan saki baki yang dibakar dikutip dan dimasukkan kedalam kereta. Ketika itu cheGuBard bersama tiga lagi teman melangkah masuk ke dalam Kompleks menuju pejabat SPRM. Menurut seorang yang memperkenalkan diri sebagai Ketua Keselamatan hanya yang profesional yang layak masuk. Sambil berseloroh cheGuBard bertanya profesional tu apa...lawyer, doktor, majisteret atau ahli muzik....semua yang berada di situ tertawa...

Terkejut rupanya lebih ramai Polis termasuk FRU di kawasan depan pintu pejabat SPRM. Kelihatan semua muka 'tegang'....sambil berseloroh cheGuBard minta semua tenang sebab ini bukan demo tapi upacara hantar sijil permit menguburkan.

Dua orang pegawai mengunggu dan memberhentikan kami di depan pintu pejabat SPRM, sambil meminta kami menunggu. cheGuBard tidak hendak menunggu lama langsung memberikan sijil Permit Kebenaran Menguburkan 'SPRM' kepada pegawai tersebut.

Selepas keluar dari Kompleks satu sidang media ringkas dibuat. Selepas itu Pegawai SPRM terus mendekati kami dan meminta kad pengenalan cheGuBard dan Musliadi untuk dicatat butiran. Katanya dia tidak bawak surat saman, nanti akan dipanggil semula untuk disaman.

Kenyataan Media Penuh SSAMM : SPRM Mati di hari kelahiran

SEKETERIAT
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA


Tarikh : 25 Febuari 2008

Kenyataan Terbuka

SPRM MATI DI HARI 'RASMI' KELAHIRANYA.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia secara rasminya telah di rasmikan 'kelahiranya' oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Febuari 2009, di PWTC, Kuala Lumpur.

Namun meneliti beberapa perkembangan serius mutaakhir ini maka dengan ini bagi kami Anak Muda Malaysia mengistiharkan bahawa SPRM sudah mati rohnya di hari 'rasmi' kelahiranya.

Gendang perang rasuah yang dipalu kerajaan 'sejak berundurnya Dr. Mahathir' amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BPR iaitu
  • masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.
  • masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleh didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.
Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Sememangnya laporan ini bertujuan menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah hampir masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Kes 1
10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.

Kes 2
Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno

Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes hampir berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.

Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak Bn
.
Kes a
Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes b
Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN (walaupun tanpa ada laporan). Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk Bn, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.

Kes c dan seterusnya berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat beberapa tahun kebelakangan ini kepada BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.

Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti (palsu) dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan. Malah dalam kes melibatkan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki, SPRM langsung tidak menunjukkan minat walaupun YB Karpal Sigh telah mendedahkan bukti rakaman suara Tun Zaki mengaku menerima rasuah.

Pendedahan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen juga memeranjatkan dimana beliau punya bukti bahawa SPRM punya bukti dan tangkapan ketika urusan rasuah dijalankan oleh Bn Kedah ketika sedang dalam operasi membeli ADUN (KEADILAN) Kulim.

Di Selangor tentu ramai yang mempertikaikan kerajaan PAKATAN kerana sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan? Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.

Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan Bn tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam Bn.

Sehubungan dengan itu, atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia, sebuah badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan (tanpa kira latar politik, kaum dsb) hadir di depan Ibupejabat SPRM Putrajaya ini bagi tujuan memprotes dan memberi amaran kepada SPRM. Di istiharkan juga hari ini kewujudan SPRM hanya membazirkan wang rakyat, memalukan negara dan lebih baik di tutup sahaja jika dua tuntutan rakyat tidak dilaksanakan.

  1. Letakkan SPRM terus dibawah Parlimen dan semua lantikan dibuat dibawah cadangan Parlimen kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong.
  2. Setelah SPRM bebas berikan kuasa penyiasatan, tangkapan, penguatkuasaan dan pendakwaan penuh dibawah SPRM

Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM. SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia.

Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.

Badrul Hisham Shaharin
Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://chegubard.blogspot.com


p/s : Solidariti anak muda Malaysia terlibat menganjurkan banyak forum diskusi dan aksi politik. Seperti menghantar bantal kepada Abdullah sempena tahun baru, menyerbu dan mengepung Tun Mahathir di Mahkamah, forum ISA dan banyak lagi yang semuanya menjadi perhatian media dunia.

Permit kubur untuk 'jenazah SPRM

Gambar dari The Malaysian Insider. klik untuk baca lanjut

Berikut ialah senarai salinan laporan dan bukti berkaitan rasuah yang dimusnahkan sebagai manifestasi rasa kecewa dengan SPRM.

Najib Tun Razak
  • Kes Altantuya
penglibatan Najib terdedah melalui penyiaran sms Najib yang berkomunikasi dengan seorang peguam berkenaan kes Altantuya
bagaimana rekod imegresen Altantuya hilang ?
Kenyataan bersumpah Balasubramaniam yang jelas nyata melibatkan Najib yang tidak di siasat ...
  • Kes pembelian senjata
tercatat sudah dalam laporan audit negara selama 3 tahun bagaimana penyelewengan dan kelemahan urus Kementerian Kewangan menyebab negara rugi berbiliion ringgit
terlibat dalam kegiatan komisyen (ratus juta ringgit) dalam urusan pembelian senjata.
  • Kes melindungi setiausaha politik
merujuk kes rasuah politik pemilihan Umno bahagian yang melibatkan Setiausaha Politik Najib dan penglibatan instrumen Kementrian Kewangan untuk memberikan ugutan kepada calon lawan.Datuk Dr. Shafie (Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Pertahanan)
  • Isu pembelian ahli politik
Fauzi Muda telah membuat akuan bersumpah berkenaan penggunaan wang yang banyak.
pendedahan perbelanjaan melampau Rosmah (isteri Najib) yang melampau di luar negara dan menggunakan kedudukan untuk mengelakan cukai
dokumen mengenai Kerugian KOBENA RM80 juta yang dimana Najib terlibat secara tidak langsung

Rafidah Aziz

  • dokumen berkenaan kes permit import kereta
dokumen kertas siasatan BPR yang diklasifikasi sulit dengan jelas menyatakan Rafidah Aziz bersalah mengagihkan saham milikan bumiputera kepada menantunya. BPR mengatakan Rafidah bersalah dan cadang didakwa. Malangnya kertas siasatan BPR juga mencadangkan jika Rafidah meletakkan jawatan dalam parti ia boleh tidak didakwa dan malang lagi Peguam negara tidak mendakwa kerana campurtangan atasan

Rahim Thambi Chik

  • dokumen kertas siasatan BPR dengan jelas memperincikan bagaimana Rahim mengumpulkan harta yang tidak masuk dek akal kerana mempergunakan kedudukanya sebagai Ketua Menteri. BPR dapati dia bersalah tetapi menyatakan boleh tidak didakwa jika letak jawatan politik.
Dr. Khir Toyo

  • mengarahkan pembelian kereta Mercedes s350 bernilai RM 1juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)
  • membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglow' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.

  • dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

  • Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan Bn sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma kepada sebuah syarikat swasta.

  • A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get

  • Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).
  • Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.
  • Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
  • meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
  • Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
  • Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
  • Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
  • Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
  • Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
  • Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
  • Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
  • Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
  • Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
  • Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
  • Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
  • Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
  • Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
  • Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
  • Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
  • Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
  • Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
  • Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”
  • Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
  • Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
  • Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.
Abdullah Badawi

  • laporan salah guna kedudukan untuk kepentingan politik oleh Bekas Exco Pemuda Umno, Dato' Mazlan Harun
  • dokumen berkaitan skandal Yayasan Bumiptera Pulau Pinang - RM500 juta
  • penglibatan anaknya melalui Scomi yang meraih kontrak kerajaan dan membuat hubungan perniagaan di luar negara menggunakan pengaruh kerajaan
  • dokumen 'antarabangsa' penglibatan keluarga Abdullah Badawi dalam Oil For Food
  • Skandal ECM Libra
Dr. Mahathir Mohamad

  • skandal VK Linggam
  • skandal perwaja yang mati ditanam bersama Eric Chia
  • dokumen berkaitan skandal bail out
  • selepas George W Bush dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2000, Dr Mahathir didakwa terlibat membayar sekurang-kurangnya 5.3 juta ringgit kepada Heritage Faundation bagi melobi sokongan kerajaan Amerika kepada pentadbirannya. Perkara tersebut didedahkan kali pertama di muka depan akhbar harian berpengaruh Amerika, Washington Post, 17 April lalu.
Khalil Yaakop

  • dokumen berkaitan korupsi berkaitan tanah dan balak. Kegiatan rasuah Khalil terlalu jelas sehinggakan untuk menyelamatkan Khalil, dia dilantik menjadi Yang Di Pertuan Negeri Melaka.
  • Tiga laporan rasuah telah dibuat. Nilai rasuah dianggarkan berbilion ringgit. Dan bekas Menteri Besar Pahang, Tun Khalil Yaakob dikatakan terbabit. Tetapi yang menjadi persoalannya, ketiga-tiga laporan tersebut tidak sampai ke pengetahuan Badan Pencegah Rasuah (BPR)
Muhammad Muhamad Taib

  • dokumen mengaitkan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila bercerai dengan adik beradik tiri DYMM Sultan Selangor kini. Persoalanya mana Muhammad Taib dapat mengumpulkan harta sebanyak itu ?
  • Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Bagaimana beliau mengumpul wang itu?
  • Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.
  • Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan BM Taib di Singapura, iaitu adik kepada Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dengan harga $520,000 pada 1990.

  • Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.
  • Dokumen berkenaan harta melampau bukan perolehan beliau dari gaji dan elaun sebagai Menteri Besar. Dari kes beliau PP vs Tan Sri Muhammad Muhd Taid (Criminal Trial 45-28-98) yang diadili oleh Hakim Abdul Wahab Patail [abang kepada Abdul Ghani Patail-Peguam Negara sekarang]menyebut : “BAHAWA NILAIAN HARTA YANG DIISTIHAR OLEH MUHAMMAD MUHD TAIB ADALAH RM 30,831,306.15”. Ini adalah harta yang dimaklumkan dalam kenyataan bersumpah beliau. Harta pegangan beliau melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan pegangan saham beliau. Tidak syak lagi kekayaan beliau bukan datang dari harta turun menurun keluarga tetapi lebih dari harta turun dari perlakuan rasuah dan pengunaan kedudukkan beliau. Permainan beliau di Selangor amat ketara sekali sehinggakan orang kanan beliau ketika itu DATUK AINI TAIB tersungkur bersama-sama beliau.
Ir. Mohd. Zin Mohamad (Menteri Kerja Raya)

  • Satu laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap beliau pada 2001 kerana didapati menjalankan pemindahan wang secara haram (money laundering) di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Bangladesh.
  • Syarikat Silkway Cargo yang dipengerusikan oleh Mohamed Zin telah pun diambil tindakan undang-undang oleh kerajaan Bangladesh pada tahun 2007.
  • Pengarah Urusan Silkway Cargo (agen kepada Syarikat Penerbangan Malaysia, MAS), SK Farid Ahmed (Manik) juga telah mengaku memberi rasuah kepada dan memindahkan wang secara haram kepada Mohamed Zin sebanyak lebih daripada 50 crore dari Bank Negara Bangladesh.
  • Menurut pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Urusan Silkway Cargo itu, melalui laporan akhbar Prothom Alo (31 Julai 2007), Bhorer Kagoj (12 November 2007), Daily Star (30 November 2007), Daily Ittefaque (3 Ogos 2007) beliau sememangnya telah menjalankan pemindahan wang secara haram kepada Mohd Zin melalui sama ada setiausaha Mohd Zin, Hasnita binti Ahmad Bastaman (di Maybank, Cawangan Shah Alam melalui akaun nombor 512101058235) mahupun adiknya Mustafa Zain di Maybank, EON Bank dan Public Bank Berhad bagi mengelak sebarang bukti.
  • Wang juga dipercayai diseludup oleh Manik ke negara ini melalui beg pakaian setiap beliau melawat negara ini. Pemindahan wang tersebut dijalankan dari 21 September 2000 sehingga 2 Ogos 2007.
  • Manik juga mengaku bahawa beliau telah membiayai semua perbelanjaan kedua-dua anak Perdana Menteri Bangladesh; Tareque dan Arafat Rahman (Coco) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Zin di Malaysia.
  • Manik kini sudah pun dibebaskan pada 10 Disember lalu dengan dikenakan denda sebanyak 50 crore Taka (RM25 juta). Manik juga didapati kes yang masih tertangguh dengan aset yang tidak diisytiharkan berjumlah 150 juta crore Taka (RM 75 juta).
  • Wang tersebut dipercayai dipunyai oleh Tariq Zia dan Arafat Rahman (Coco). Kedua-dua mereka merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh, Khaleeda Zia.
  • Zin memiliki 49% saham Sikway Cargo dan bahagian tersebut telah dipindahkan ke akaun Zin secara haram.
  • Sebagai Pengerusi Silkway Cargo, Mohd Zin yang memegang 49 peratus saham syarikat sepatutnya berkongsi liabiliti yang ditanggung itu. (rujuk Deed of Agreement of Joint Venture Company yang ditandatangani pada 18 September 2000).
  • Sungguhpun memegang jawatan Timbalan Menteri sebelum ini, Zin berterusan menjalankan urusniaga melalui sebuah syarikat asing yang mana perbuatan ini bertentangan dengan sumpah yang dibuat apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.
  • Sehingga kini, Zin sudah pun menerima wang secara haram melebihi RM10 juta daripada Silkway Cargo.
  • Pemindahan wang haram itu bercanggah dengan peraturan Bangladeshi Bank dan Bank Negara Malaysia. Kaedah yang digunapakai oleh Zin dikenali sebagai ”hundi” kadang-kadang dibawa melalui beg pakaian melalui KLIA.
  • Zin juga dipercayai tidak pernah mengisytiharkan pendapatan yang beliau perolehi dari sumber asing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Jenayah ini telah dilaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Zin.
  • Mohd Zin juga diketahui bersubahat dengan Badul, seorang yang amat dikehendaki oleh pihak berkuasa Bangladesh iaitu Directorate General Forces Intelligence (DGFI). Mohd Zin dipercayai memberi perlindungan kepada Badul yang kini berada di Malaysia.
  • Bersama-sama Badul, Mohd Zin mengendalikan perniagaan pembekalan buruh-buruh Bangladesh ke negara ini yang melibatkan seramai 5000 pekerja yang kini menjadi masalah menyediakan pekerjaan untuk mereka. Mohd Zin dibayar RM20 juta bagi meluluskan pembawaan itu melalui kerajaan Malaysia di atas pengaruh beliau.
  • Sehingga 23 Ogos 2006, KeADILan mendapaat maklumat bahawa Zin dan/atau isteri-isterinya memiliki harta seperti berikut:
a. Sebuah banglo beralamat di No 1, Jalan 8/8 Shah Alam.
b. Sebuah banglo beralamat di No 19 Jalan Tepian 8/2 Shah Alam.
c. Sebuah banglo yang terletak di belakang pejabat IPS Shah Alam.
d. Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 29, Jalan USJ 22/2 UEP Subang Jaya.
e. Sebuah kereta Mercedes S Class bernombor plat BEQ 19
f. Sebuah kereta Toyota Harrier
g. Sebuah kereta BMW 318i
h. Sebuah kereta Hond CRV
i. Sebuah Volvo S 70
j. Sebuah Porche
k. Sebuah Mercedes E-Class
l. Sebuah motosikal Harley Davidson berkuasa tinggi

  • Dato Mohd Zin bin Mohamed juga sudah membuat pengakuan kepada media bahawa apa yang beliau lakukan selama ini ialah bayaran untuk kerja ’melobi’
Skandal SPRM / BPR
  • dokumen berkenaan Bekas Pengarah BPR yang terlibat korupsi yang didedahkan oleh bekas pegawai BPR
Ghani Patail, Peguam Negara dan Musa Hassan, Ketua Polis Negara
  • dokumen berkaitan pemalsuan bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim
ini setakat carian yang terdapat dalam simpanan. Terlalu banyak lagi dokumen rasuah dan salah guna kuasa yang pernah diserahkan kepada BPR, SPRM mahupun Polis.

Dokumen – dokumen ini melibatkan laporan selaku individu, pemimpin parti dan juga mewakili pertubuhan seperti GERAK, SAMM..

Tuesday, February 24, 2009

Esok himpunan tetap diteruskan !

Pertama sekali terima kasih kepada seorang anak Negeri Sembilan yang sudah lama menetap mencari rezeki di Selangor atas sumbangan beliau 'RM 100' yang disalurkan terus ke A/c Bank Hong Leong 19951001018 (Badrul Hisham Shaharin). Menurut sms nya RM 100 itu untuk bantu buat banner, risalah atau apa sahaja untuk program esok. Memanglah banyak pakai dana untuk esok dan kempen seterusnya Perang dengan SPRMdan orang politik (bn) yang berselindung dibaliknya. Terima kasih atas sumbangan tanpa diminta tersebut.

Program himpunan esok akan diteruskan.

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu
11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Ibu Pejabat SPRM Putrajaya




Tidak dapat dipastikan kebenaranya, namun maklumat diperolehi Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah mengarahkan laporan polis dibuat kerana wujud 'ancaman' kepada SPRM esok.
Kepada semua ingat ini bukan keganasan tetapi amaran keras dan tegas !! Bangkit.... sila klik sini untuk membaca lanjut
Kemungkinan sekatan jalan raya. Tidak kira berapa orang yang akan hadir esok.Protes tetap diteruskan! Esok juga ada 'hadiah' buat pertubuhan bukan kerajaan 'GERAK'

Mana lebih hina raja Karpal atau calon Timbalan Presiden Umno ?


Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib ialah Ketua Penerangan UMNO dan sejak Mac 2008, beliau menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kini beliau merupakan calon Timbalan Presiden Umno (paling tidak porpular).

Beliau merupakan pemimpin Umno yang paling 'sayangkan Raja-Raja Melayu sehingga sanggup 'memanjat pagar Istana dan membawa lari, Tengku Zahariah (adik beradik tiri Sultan Selangor sekarang ini) . Almarhum Sultan Selangor amat murka namun kemurkaan baginda terpaksa ditelan kerana Umno lebih membela pemimpinya dari raja Melayu.

Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) merupakan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Dikatakan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila mereka bercerai. Persoalanya mana Muhammad Taib dapat mengumpulkan harta sebanyak itu ?

Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong Takbai, Narathiwat, Thailand pada 17 Julai 1987 . Lokasi tersebut di antara Rantau Panjang dan terpaksa menyeberangani Sungai Golok, sebelah Thailand. Sebenarnya Sultan Selangor tidak setuju dengan perkahwinan ini walaupun Kuyah pernah berkahwin sebelum itu dengan Syed Amir Zainal-Abidin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 23 September 1971 dan mempunyai anak seperti Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail.

Muhammad Taib juga pernah ditangkap kerana membawa wang keluar negara.

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia.

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.

Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan BM Taib di Singapura, iaitu adik kepada Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dengan harga $520,000 pada 1990.

Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.

Beliau bukan sahaja pengkhianat terhadap raja atau bangsa tetapi beliau ialah pengkhianat kepada negara.

Muhammad Muhd Taib pernah mengkritik kuat penulis blog dan menggelar mereka yang menggunakan alamat web luar negara sebagai pengecut dan bersifat pondan.[5]

"Why I say they are coward? Because they are afraid of using (web) addresses in the country but use overseas addresses to slam our country leaders. Is this the character of a man? This is not a man, this is a 'pondan'."

Pada 15 April 2008, dia telah menubuhkan blognya dengan menggunakana nama sebenarnya. cheGuBard baru sebentar tadi menulis satu surat cabaran untuk beliau berdebat isu derhaka dan kianat....dan telah di hantar ke blog beliau...adakah beliau berani ? atau menjadi pondan apabila menjadi blogger seperti yang beliau pernah katakan ...?

Monday, February 23, 2009

Pengumuman : Perhimpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM yang kelihatan 'seronok' menjadi kuda

Gendang perang yang dipalu kerajaan amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BRP iaitu
  • masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.
  • masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleg didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.
Namun ramai yang masih cuba melihat positif. Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Laporan ini menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Kes 1
10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.

Kes 2
Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno

Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.

Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak Bn.

Kes 1
Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes 2
Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN. Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk Bn, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.

Kes 3 dan seterusnya berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat semenjak BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.

Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan. Malah dalam kes melibatkan Ketua Hakim Negara SPRM langsung tidak menunjukkan minat walaupun YB Karpal Sigh telah mendedahkan bukti rakaman suara Tun Zaki mengaku menerima rasuah.

Pendedahan terbaru Datuk Seri Anwar di parlimen juga memeranjatkan dimana SPRM punya bukti pernah memerangkap Bn Kedah ketika sedang dalam operasi membeli ADUN Kulim.

Di Selangor tentu ramai yang pertikaikan sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan. Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.

Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan Bn tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam Bn.

Sehubungan dengan itu, atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia, sebuah badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan (tanpa kira latar politik, kaum dsb) mengajak anak - anak muda Malaysia un tuk hadir di depan Pejabat SPRM Putrajaya memprotes dan memberi amaran kepada SPRM.

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu
11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM. SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai tawan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia.

Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.


23 Febuari 2009

Badrul Hisham Shaharin
Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://chegubard.blogspot.com

p/s : Solidariti anak muda Malaysia terlibat menganjurkan banyak forum diskusi dan aksi politik. Seperti menghantar bantal kepada Abdullah sempena tahun baru, menyerbu dan mengepung Tun Mahathir di Mahkamah, forum ISA dan banyak lagi yang semuanya menjadi perhatian media dunia.

Pesta Char Kue Teow


Program Pesta Char Kue Teow & Ceramah Penerangan : Pertembungan di 3 Buki ?

28hb 02.2009, 845 Malam
Tempat ; No. 419, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, Seremban. (Rumah Fauzi)

Penceramah
  • YB Abdullah Sani ( MP Kuala Langat)
  • Chegubard ( MPT Keadilan & Ketua Bahagian Rembau )
  • YB Taufek ( ADUN Paroi )
  • YB Anthony Loke ( ADUN Lobak & MP Rasah )
Pertanyaan : Azizi 012 3696474

Sunday, February 22, 2009

Kepala SPRM terima rasuah dari JPM ??? - malaysiakini

Ini berita paling menggemparkan kami terima melalui email dari seorang sahabat di luar negara. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah “fitnah” atau “omongan kosong” semata-mata.

Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan. Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba “menyeludup secara haram bahan-bahan lucah” ke Australia.

Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan.

Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai “jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu” dan seterusnya berjaya “menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM” itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini.

Dibawah ini adalah bukti email yang telah dikirimkan oleh pihak berkenaan untuk didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia :-

Malaysian pilot caught for child pornography is ACA DG’s son? Damn! WTF is wrong with these dumb pilots man! In one week we get three of them getting arrested for smuggling pornographic material into Australia. 2 are Malaysians: 41 year old Capt Ng Kok Yauw and co-pilot Ahmad Shauqi B. Ahmad Said. The other person is a Singaporean. Making things even worse was the fact that Ahmad Shauqi was caught with possesion of child pornographic materials. What a disgrace! Anyways that’s not why i’m writing this post.

The email is apparently addressed to zakaria@mot.gov.my. Here’s a copy of the e-mail: From: Captain Reinu To: zakaria@mot.gov.my Sent: Monday, February 11, 2008 8:56 AM

Subject: MAS CHILD PORN PILOT PROTECTED BY PM’S OFFICE

Dear Datuk, Hope you are well . Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines , ‘ not to take disciplinarry action as required in the company policy ‘ against his son for his criminal conviction.

I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government’s declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ? I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA.

Kini baru rakyat Malaysia sedar tentang kenapakah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan begitu terhutang budi kepada Kerajaan Malaysia. Terutamanya dalam kes“rasuah dan penyelewengan” yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat mutakhir ini. Terbaru kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Spekaer DUN Perak.
Sila rujuk artikel di bawah untuk maklumat lanjut:-
Di bawah ini dipaparkan maklumat tambahan yang menyokong kebenaran laporan tentang perkara ini. Biarpun kejadian ini sudah lama berlalu, namun ia terpaksa dibongkar demi membuktikan kepada rakyat Malaysia tentang penglibatan Pejabat PM dalam kes ini jelas membuktikan yang wujudnya amalan “rasuah dan penyelewengan kuasa” yang nyata dalam hal ini.

file image
A Malaysian Airlines pilot arriving in Adelaide was
found to have child sex videos on his laptop computer.
Artikel dari ABC News (Australia) 8 Feb 2008
Visiting Pilot Find Over Child Porn

petikan Laman Parlimen Ampang

senarai penderhakaan Umno terhadap Raja Melayu - Malaysiakini

1.Pada tahun 1978, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletakkan jawatan sehingga mendorong Sultan Perak, Sultan Idris Shah menyimpan janggut dan jambang. Baginda bernazar akan mencukurnya setelah Ghazali meletakkan jawatan.

2. Tan Sri Annuar Musa tahun 1993 berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan dalam kawasan padang sekolah, sedangkan Sultan sebenar masih ada.

3. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib (juga sekarang Tan Sri) ketika menjadi Menteri Besar Selangor pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah.

4. Umno juga pernah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983. Kerakusan mahu terus berkuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk meminda peruntukan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Pindaan yang dikemukakan pada pertengahan tahun 1983 itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) itu setelah baginda berbincang dengan raja-raja lain.

Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu pada 23 Mac tahun lalu itu, para pemimpin Umno negeri dan Pusat menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka berdemonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan menteri besar.

Penyokong Umno/BN mahu Idris Jusoh kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.Mereka menyanggah pihak istana yang diwakili Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.Tindakan biadap Umno itu memang mengundang kemarahan pelbagai pihak serta menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat umum, termasuk Istana Tuanku.

Antara slogan pada kain rentang yang menimbulkan ketegangan itu adalah seperti Kami Nak Idris, Natang(binatang) yang disiarkan secara meluas oleh beberapa buah stesen TV negara kita.

5. Pada tahun 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan raja-raja selepas ia kalah teruk di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-8. Dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 1991, Umno telah melemparkan kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

Istana Kelantan dibidas secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah.Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan kata-kata tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan serta mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.

6.Pindaan Perlembagaan tahun 1993 menunjukkan percubaan Umno untuk menghapuskan kekebalan raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi Umno.

Akibatnya, media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang menteri mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja serta anggota kerabat diraja tertentu.

sumber:http://angkasanuri. blogspot. com

p/s : itu belum masuk bagaimana Md Taib panjat istana Selangor curi Ku Yah (adik beradik tiri Sultan Selangor sekarang) bawa kahwin sambil lari.

Friday, February 20, 2009

Membakar bukti rasuah di depan SPRM - malaysiakini

Telah beratus laporan rasuah dan salah guna kuasa yang cheGuBard telah buat sejak 1998. Maka dengan ini pada 25 Febuari 2009, akan hadir di depan Pejabat SPRM untuk membakar semua salinan dokumen dan bukti rasuah yang pernah dihantar. Seluruh rakyat Malaysia dijemput menyaksikan !!!

Khir ; Ingatkah kamu pernah pertahankan senator wanita yang 'main' dengan ahli parlimen - malaysiakini

Khir Toyo dibidas suami kepada seorang pemimpin Umno akibat tidak mengambil tindakan keatas kes skandal yang melibatkan isteri beliau, Norhayati Oon beberapa tahun lepas.

Suami Norhayati, Mohd Suffian Abdul Aziz menyifatkan Khir Toyo mengamalkan sikap “cakap tidak serupa bikin” apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto beliau.

Menurutnya, Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya walaupun telah dibuktikan melalui rakaman suara, mesej SMS, video dan foto yang diserahkan kepada bekas menteri besar itu.

“Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?” kata Suffian seperti dilaporkan Malaysiakini.

Walaupun kontroversi beliau semenjak 2007, jawatan Norhayati sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas.

Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno, bulan depan.

Berikut adalah cabutan laporan polis yang dibuat oleh suami Ketua Wanita Umno Bahagian Klang, Mohd Suffian Abdul Aziz berkenaan di Balai Polis Shah Alam bertarikh 8 Oktober 2006:

‘Terkandung di dalam telefon bimbit berkenaan (milik isterinya) ada beberapa gambar-gambar yang tersimpan yang menunjukkan gambar-gambar Dato’ Dr Rahman bin Ismail, Ahli Parlimen Gombak, berpelukan dengan isteri saya di dalam bilik-bilik hotel iaitu di Hotel Riverview, Kota Bharu, Kelantan semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan dan dalam bilik tidur di Hotel Eastin, Kuala Lumpur.’

Thursday, February 19, 2009

Pak Lah ; nak berhenti tak nak...nak berhenti tak nak...nak berhenti tak nak...- malaysiakini


Ini ialah satu papantanda gergasi yang merentangi jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Papantanda ini rasanya baru dinaikkan dalam seminggu dua ini.

Papantanda yang bermaksud "Abdullah sebagai Perdana Menteri menghargai semua cadangan dan mengalukan semua cadangan dengan meminta semua melayari www.warkahuntukPM.com.my"

Cuma terfikir menjelang Abdullah yang akan pergi bulan Mac ini adakah tidak terlalu lewat untuk semua ini. Apa gunanya iklan bernilai jutaan ringgit ini diletakkan ketika waktu di hujung seperti sekarang.

Atau ada muslihat sebaliknya. Kem Abdullah mengharapkan orang ramai mengakses laman tersebut dengan menghujani ruang komen dengan masej mendesak Abdullah supaya kekal....?

Jika ini taktiknya cheGuBard nak ucapkan tahniah kepada Abdullah dan Khairy (& co.) kerana sekurang kurangnya mula berbuat sesuatu ketika waktu senja walaupun nampak tak berapa cerdik.

Akhirnya nanti Abdullah boleh kekal sebagai Perdana Menteri menyelesaikan masalah negara seperti SPRM yang masih tak tentu arah, sistem kehakiman yang masih parah dan banyak lagi. Oleh kerana Umno makin tenat maka Najib akan diminta demi kelansungan parti melayu terbesar di dunia itu, maka sewajarnya Presiden Umno menumpukan pembaikan Umno dahulu maka pelan peralihan kuasa fasa satu hanya melibatkan jawatan presiden Umno dan fasa dua 2010 akan melibatkan jawatan Perdana Menteri.

Abdullah (menurut sumber dalaman yang rapat dengan beliau) mula merasakan tertekan dengan kerakusan Najib. Orang - orang di JPM pun sudah mula menganggap Abdullah 'bakal bekas PM' dan melayan Najib sebagai 'bakal PM'. Malah susun atur pejabat PM mula nak diubah.

Kata teman - teman Abdullah tak akan berani nak buat begitu kerana ia akan diserang, namun secara peribadi apa yang Abdullah rugi sekarang ini pun apa yang orang tak kata kat dia. Malah mutakahir ini populariti Abdullah naik sedikit dengan menjunamnya populariti Najib. Menyedari hakikat ini juga Najib tidak akan diam. Selaku ahli politik dia cekap membuat 'deal' ada khabar dia sudah mula bincang dengan Kem Khairy Jamaluddin - berdamai Najib disokong sebagai Presiden dan Khairy akan disokong sebagai Ketua Pemuda. Ceritanya juga menantu Abdullah juga mula khayal dengan janji manis Najib ini, Abdullah makin tertekan kerana menantunya mula jauh sedikit dan banyak berahsia dengan Abdullah. Namun jika ini berlaku nescaya KJ akan tertipu 'tegak-tegak'. Najib tidak akan meninggalkan Mukhriz itu janji Najib kepada Mahathir.

Namun di saat akhir ini juga cheGuBard faham Abdullah mungkin keseorangan, namun sekurang kurangnya Rezal Marican masih setia padanya. Rezal yang pernah diketepikan sedikit kerana kehadiran menantu kesayangan jugalah yang setia kembali kepada Abdullah ketika susah. Menurut kata teman - teman UIA Rezal ini memang dari sebelum Abdullah menjadi TPM memang sudah setia memuja dan terpesona dengan susuk Abdullah.

harap Rezal dapat nasihatkan Abdullah di saat - saat seperti ini berhentilah buat kenyataan berbau jenaka. Contohnya ketika ditanya komen Abdullah dengan perkembangan MB 'Bn' Perak yang digantung oleh Speaker dari memasuki Dewan Undangan Negeri Perak. Abdullah dengan yakin menjawab bahawa PAKATAN Rakyat nak tumbangkan Kerajaan Bn Perak.

Seperti tulisan seorang teman dalam blognya.

Hairan bin Ajaib.

Tapi itulah kata-kata yang diungkapkan oleh bapa mertua Khairy, Abdullah Badawi.

Abdullah dalam sidang akhbarnya hari dengan nada “marah-marah” mengatakan tindakan Speaker DUN Perak menggantung MB dan Exco-exco haram sebagai satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan Haram BN di Perak.

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! (meminjam gelak Tukar Tiub).

Abdullah terlupa ke yang BN yang rampas kuasa dari Pakatan Rakyat beberapa hari yang lalu?

Ke dia tertidur masa rampasan kuasa tu berlaku?


Apapun harap Abdullah lakukanlah yang terbaik untuk survival terakhirnya..? Najib juga berdepan dengan kesukaran...selain dari dihantui Roh Altantuya yang makin jelas kelihatan terutama selepas Sirul (tertuduh) ketika dalam mahkamah mendedahkan bahawa dia kambing hitam dan pembunuh sebenar masih bebas di luar, Najib juga menghadapi kesukaran politik.

Masalah antara Bn yang makin renggang, masalah pemilihan Umno. Jawatan timbalan contohnya dia lebih mahukan Ali Rustam tetapi takut nak istihar sokongan kerana kalau Muhiyuddin menang dia akan dirojak. Muhiyuddin terpaksa disokong (pura - pura) kerana ia pilihan Mahathir. Pemanjat pagar istana (Md Taib) pula seperi hari raya meriahnya mengedarkan 'ang pau' raya.

Semalam di kedai kopi Rembau, seorang penyokong kuat Menteri Besar Negeri Sembilan cuba bagi tahu cheGuBard. Sembangnya " gambar YB Wong ni betul - betul selamatkan Najib....pandai betul Najib keluarkan gambar tu masa dia sedang diserang isu Perak dan polis yang bunuh Altantuya tu..."

Lalu cheGuBard teringat...tiba - tiba orang lain tak jawab tetapi Najib lak lantang mencabar untuk dibuktikan yang Bn (dia) terlibat dalam edar gambar Adun Bukit Lanjan..... pedas cili akan terasa oleh pemakanya..

Isu 'air' Kerajaan Selangor harus bertindak cepat !

Semalam ada satu proses 'pendengaran dan penjelasan awam' mengenai isu air di Negeri Selangor yang diadakan di Auditorium Dewan Jubli, Bangunan SSAAS, Shah Alam.

Pertemuan terbuka kepada semua rakyat ini dihadiri oleh Ahli - ahli Jawatankuasa Penel Penilaian Air bagi Kerajaan Selangor yang dianggotai oleh mereka dari perbagai latar belakang seperti ahli politik, wakil rakyat, aktivis NGO juga pakai ekonomi. Antara tokohnya ialah pakar ekonomi Subramaniam Pillay, Aktivis YB Charles Santiago, YB Tony Pua, YB Dr Dzulkifli Ahmad dan William Leong.

banyak persoalan dibangkit dan cuba dirungkai. Esok che'GuBard akan cuba memperturunkan di blog ini antara perdebatan dalam isu air ini.

seperti
  • perjanjian konsesi yang membunuh pengguna, dan seperti cek kosong kepada pemegang konsesi
  • apa peranan kerajaan, rakyat dan syarikat dalam misi ini ; Gamuda, Syabas, Splash, Abbas dll
  • taktik pemegang konsesi kini dan sedikit kelembapan kerajaan mungkin merugikan lagi rakyat
Cuma kesimpulan awal yang dapat dibuat ialah Kerajaan Selangor kena cepat, jika tidak akan lebih merugikan dan takut tidak sempat.

Terbitan semula : 20 Kes rasuah Khir Toyo

di bawah ini diterbitkan semula mengenai 20 kes rasuah melibatkan Khir Toyo. 20 ini diamb il yang terbesar yang kecil - kecil terlalu banyak.

20 kes rasuah Khir Toyo

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Cabar Khir Toyo kalau berani buka mana - mana pentas terbuka akan terlondeh bersama bukti...