Friday, January 27, 2012

ABU bukan organisasi dan tidak ada ketua, ABU bukan sokongan bersifat cek kosong

Kenyataan Terbuka
27 Januari 2012

ABU MILIK RAKYAT

Seminggu ini ABU atau Asalkan Bukan Umno telah menjadi perhatian. Bermula dengan insiden serangan bersifat perkauman terhadap Ceramah ABU di Dewan MBSA, Seksyen 30, Kg Jalan Kebun, Shah Alam sehinggalah kenyataan terbuka oleh S.Jayathas yang selepas itu diketahui bertindak atas arahan P. Utayakumar yang merupakan pimpinan Hindraf yang telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Hak Asasi Manusia Malaysia.

Ditegaskan sejak awal ABU bukan sebuah organisasi atau jauh lagi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. ABU ialah mewakili sentimen rakyat yang kecewa dan sedar dengan hakikat banyak masalah negara ini berpunca dari sebuah parti yang dicipta oleh penjajah iaitu United Malay National organisation (Umno). Seingat kami sentimen ABU ini mula wujud sekitar tahun 1998 selepas pemecatan DSAI dan kemudian diporpularkan oleh Hishamuddin Rais melalui blog Tukar Tiubnya.

Namun bermula beberapa bulan lepas beberapa organisasi seperti SAMM, SABM, PSM, PRM dan banyak lagi juga tidak ketinggalan beberapa organisasi mahasiswa serta aktivis-aktivis masyarakat yang bergerak sendirian telah bergabung dan bersetuju menghidupkan kempen ABU untuk menjadikan ia sentimen nasional dalam menyatukan kekuatan rakyat demi menumbangkan Umno dan Barisan nasional khususnya dalam PRU akan datang.

Kempen ABU ini menggariskan 3 perkara kenapa perlu rakyat menolak Umno iaitu
  • Isu sentimen perkauman melampau yang dibawa oleh Umno telah menggagalkan penyatuan rakyat juga sebagai senjata untuk mengalihkan isu apabila satu isu besar muncul dalam negara.
  • Isu Lynas diangkat kerana isu ini menunjukkan ketidak pedulian Umno terhadap suara rakyat sanggup memperjudikan nyawa rakyat demi projek menguntungkan pihak tertentu. Isu ini juga berkait rapat dengan pembaziran, rasuah yang menghilangkan hasil petroleum negara sehingga negara terpaksa mencari industri tenaga baru bagi menggantikan petroleum.
  • Isu harga barang yang melampau dan jelas regim gagal mengawal
Isu - isu ini diangkat kerana ia isu yang dekat dan mudah difahami oleh rakyat. Isu ini juga bersifat fundimental dan dikongsi oleh semua gerakan progresif. Maka dengan isu ini diharapkan dapat menyatukan semua gerakan progresif dan secara tidak lansung mengenepikan isu perbezaan yang tidak menguntungkan gerakan. Selain itu isu seperti keadilan asas dan sistem perundangan juga menjadi tumpuan.

Telah dipersetujui ABU tidak akan punya struktur tetapi hanya penggerak terdiri dari organisasi atau individu sekutu yang bersama dengan sentimen ABU. Maka tidak ada ketua cuma yang ada kemungkinan penyelaras berdasarkan keperluan program.ABU tidak ada hak cipta semua orang boleh bergerak atas ABu tetapi jika bersekutu bersama impaknya akan lebih berkesan.

Semua orang boleh buat t-shirt ABu atau apa sahaja bahan mempromosi ABU tanpa izin sesiapa. ABU milik rakyat.

Menyentuh mengenai Hindraf yang kononya menarik sokongan dari ABU dan kemudian dinafikan oleh Penyelaras Kebangsaannya Sambulinggam dan pimpinan dalam buangannya Waythamoorthy yang menyatakan Hindraf terus bersama ABU dan semua pihak yang menentang Umno dan Barisan Nasional. Menurut mereka kenyataan tidak bersama ABU itu cuma pendapat peribadi Uthayakumar.

Bagi SAMM yang menjadi sekutu bersama ABU kami tidak berminat dengan apa yang jadi dalam mana - mana organisasi. Tanpa atau bersama Hindraf, sentimen ABU akan terus bergerak dan terlekat dihati rakyat. Namun kami amat mengalukan Hindraf atau mana - mana organisasi atau individu yang berkongsi sentimen ini dan bergerak bersama kerana penyatuan kekuatan merupakan kelebihan dalam gerakan menumbangkan regim yang ditunjangi Umno.

Terbaru juga komen Wan Farel, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa dalam isu melibatkan KUIN di Kedah yang sedikit dilihat menyerang Menteri Besar PR Kedah yang kemungkinan dilihat agak kontradik dengan kempen ABU yang didokong SAMM. SAMM secara penuh menyokong kenyataan Wan Farel dan menganggap ia pendirian SAMM secara rasmi.

Perlu ditegaskan dokongan SAMM terhadap ABU bukan 'cek kosong' kepada yang melawan Umno. Sokongan dan sentimen ABU berdasarkan prinsip. ABU ialah sentimen kesedaran rakyat yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka dipuncak kuasa. Namun jika mana - mana pihak khususnya yang baru berkuasa sedikit melakukan perkara yang sama maka sewajarnya ditolak.

ABu ialah milik rakyat. ABU bukan cerita siapa nak jadi YB tetapi penyatuan kuasa rakyat melawan Umno. ABU ialah menefestasi dalam PRU akan datang Umno bukan sekadar berdepan dengan Pakatan Rakyat sebagai lawan politik tetapi akan berdepan sentimen rakyat ; Asalkan Bukan Umno.

Road show ABU dan program - program berimej ABU akan terus diperhebatkan dan akan diumumkan dari masa ke semasa.

Program yang terdekat ialah Ceramah Umum memperkenalkan ABU di NS, 28 Januari 2012, 8.45 malam di Taman Seremban Selatan akan menampilkan pemimpin politik, pemimpin NGO dan aktivis masyarakat. Semua dijemput hadir.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Thursday, January 26, 2012

KEADILAN Rembau meraikan Tahun Baru Cina bersama di Pekan Rantau

Hari ini 26 Januari 2012, Keadilan Rakyat Rembau telah mengadakan sambutan Tahun baru Cina bagi meraikan masyarakat cina khususnya dan seluruh penduduk setempat umumnya.

Sambutan bermula meraikan semua (sarapan pagi) di Food Court Pekan Rantau. Majlis dimulakan dengan tarian 'dua ekor singa' yang begitu meriah dan menarik perhatian. Sambil itu che'Gubard dan teman - teman pimpinan Cabang mengambil kesempatan berkenalan dan bermesra dengan yang hadir sambil mengedarkan ole - ole iaitu limau mandarin, risalah manifesto PR NS (tunggak nan 9) dan DVD terbitan khas. Hari ini PKR Rembau menyediakan 888 set ole - ole untuk diedarkan secara terus di Pekan rantau dan pekan Kuala Sawah serta kawasan sekitarnya.

Sebaik sahaja selesai bertemu semua yang hadir. che'GuBard menyampaikan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Disampaikan bantuan berbentuk barangan makanan asas (seperti beras, gula, kopi, susu, sardin dll) serta sedikit 'angpow' wang tunai. Sempena Tahun Baru Cina, PKR Rembau telah memperuntukan perbagai bentuk bantuan kepada kira kira 25 keluarga.

Sebaik sahaja selesai che'GuBard sendiri telah berjalan kaki bersama teman - teman PKR Rembau keliling pekan Rantau dan kemudian Pekan Kuala Sawah untuk menyantuni peniaga dan orang ramai yang berada disekitar. Program yang bermula 11pagi di Pekan Rantau berakhir jam 2.30 petang di Pekan Kuala Sawah.

Hari ini merupakan sejarah dimana PKR telah berjaya mengadakan program dengan sambutan hangat di kawasan yang ADUNnya MB Negeri Sembilan sendiri. Terima kasih kepada semua.

Segala sumbangan untuk membantu program PKR Rembau khususnya kerja - kerja kebajikan boleh disalurkan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Kesempatan diambil untuk menerangkan secara ringkas mengenai manifesto PR NS
Penerima sumbangan dari perbagai kaum dan latar belakang
Kehadiran 'dua ekor singa' menarik perhatian di tengah - tengah Pekan Rantau
dipeluk oleh seorang peniaga yang amat gembira dengan lawatan PKR Rembau
Antara yang gembira menerima ole-ole yang di edarkan
Setiap rumah didatangi dengan mesra
Keluarga ini merupakan penyokong kuat, mereka sudah berkumpul depan kedai menanti kehadiran kami

Bukan sahaja cina tetapi perbagai keturunan turut hadir memeriahkan sambutan PKR Rembau raikan CNY di Food Court Rantau
ibu tunggal, oku dan yang miskin sentiasa mendapat perhatian PKR Rembau
antara yang hadir dan sempat bermesra


antara anak muda yang hadir
yang tua disantuni


Wednesday, January 25, 2012

Hindraf terus bersama ABU

Hindaf terus bersama ABU dan mendokong usaha menukar parti pemerintah kerajaan Malaysia - Waythamoorthy klik http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/26/brother-its-uthayakumars-personal-view/


GEORGE TOWN: P Uthayakumar’s statement that Hindraf Makkal Sakti has withdrawn its support for the Anything But Umno (ABU) movement is his personal stand, said his brother.

According to Hindraf Makkal Sakti chairman Waythamoorthy, the movement respected Uthayakumar’s view, but had reached a collective stand to the contrary.

He said Hindraf’s official stand was to fully support and cooperate with ABU because “ousting Umno from Putrajaya is a common goal for all.”

“We in Hindraf respect his views though collectively we differ from his personal opinions. Hindraf’s voice is a mix of its grassroots supporters, not based on an individual,” he added.

Yesterday, Human Rights Party (HRP), Hindraf’s political offshoot, information chief S Jayathas issued a statement that a five-member Hindraf supreme council had decided to pull out from ABU.

The statement advised supporters not to attend any future ABU forums, in light of the violent attack on Hindraf activists in Jalan Kebun, Shah Alam on Jan 21.

The statement also listed Uthayakumar as Hindraf’s de facto leader.

However, when contacted this morning, Jayathas failed to clarify who appointed Uthayakumar to this post and when was it done.

Asked why Uthayakumar had previously declared Waythamoorthy as Hindraf’s leader and that he was only a legal advisor, Jayathas said it was to stop certain quarters from manipulating the issue.

A few minutes later, Jayathas uploaded a 2007 Wikipedia posting on the HRP website which referred to Uthayakumar as “Hindraf de facto leader.”

On the five-man supreme council, Jayathas claimed that it was formed well before Hindraf’s mammoth street protest on Nov 25, 2007 and its members were P Karuna, P Siva, K Waran, besides Uthayakumar and himself.

Asked why the supreme council was never publicised before, he said: “We laid low. But now, we want to be active.”

‘We can’t do it alone’

Meanwhile, Waythamoorthy stressed that Hindraf’s collective official stand was to support any third force from the Peninsular, Sabah and Sarawak to “dethrone Umno and its mandores from Putrajaya”.

He said Hindraf would continue to work in tandem and move forward with any force that had a similar agenda to ABU’s.

“We will work with anyone to end Umno and their mandores’ atrocities against society, especially the poor and marginalised communities,” the London-based activist told FMT.

Hindraf’s decision to adopt a multi-pronged strategy and engage with any third party forces to oust Umno was made at the movement’s second annual convention held on Dec 4, 2011.

Uthayakumar did not attend the convention.

Waythamoorthy said Hindraf had consistently fought to end Umno’s rule but realised that it could not do this on its own.

He said Hindraf’s cooperation with third forces against Umno was solely based on a consensus that human rights and equality should be across the board starting with the poorest groups.

He said Hindraf coordinators unanimously agreed that a concerted effort from all parties irrespective of race, religion or creed was the best way to address the issue of the poor and marginalised Malaysian Indians and those in a similar position.

“Hindraf can never do it alone, without cooperating with others who have common goals,” he said.

Sunday, January 22, 2012

Umno harus ambil tanggungjawab ; serangan bersifat perkauman terhadap program ABU

Kenyataan Rasmi

22 Januari 2012

SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN.

Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini semakin tidak terbendung.

Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan.

Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak muda.

Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar.

Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang.

Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat.

Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke

Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012
2.08 pagi

Kes penggantungan Adam Adli dan Kes penggantungan pelajar KUIN sama

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengajak seluruh gerakan termasuk parti politik progresif untuk mengutuk 2 kes penggantungan pelajar satu kes Adam Adli dan satu lagi kes melibatkan penggantungan 5 orang pelajar dari kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah.

SAMM dengan ini mendesak agar kedua - dua IPTA tersebut menarik semula hukuman tersebut yang jelas hanya diambil untuk mengekang aktivisma muda dan menutup ruang berekspresi yang seharusnya wajib diterokai oleh seseorang mahasiswa dalam menuju proses kematangan.

Lebih sedih lagi KUIN terletak dibawah 'kuasa' Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan Pakatan Rakyat. Apa pun alasan yang diberikan tindakan di KUIN akan memunculkan persepsi bawaha PR bersikap hipokrasi PR kerana dalam pada masa PR sedang bersungguh sungguh menentang AUKU iaitu undang - undang lapok mengekang aktivisma pelajar tetapi dalam pada yang sama menggunakan peruntukan serupa bagi mengekang suara pelajar di institusi pendidikan bawah penguasaan kerajaan yang sedia PR kuasai.

SAMM sekali lagi menegaskan pendiraan mendesak pemansuhan sepenuhnya AUKU, Akta 174 dan akta 555. Akta - akta ini digubal atas semangat mengawal aktivisma pelajar dan kakitangan akedemik mana mungkin ia boleh diperbetul dengan pindaan kerana semangat asas akta sendiri itu salah. Maka satu undang - undang baru harus digubal sengan semangat melahirkan modal insan yang sempurna. SAMM mendesak agar penggubalan undang - undang baru ini seharusnya dilibatkan kakitangan akedemik, pelajar itu sendiri termasuk mengambil kira pengalaman dunia luar bagaimana gerakan pelajar memberikan sumbangan positif kepada negara.

Percayalah anak muda khususnya pelajar ialah komponen penting dalam masyarakat, jika ia dimandulkan dengan kongkongan 'mengarut' maka bersedialah negara ini diwarisi oleh kelompok yang hanya mementingkan kepentingan diri seperti pepatah 'enau dalam bulukar melepaskan pucuk masing-masing sahaja'. Sudah tentu kita tidak mahu ini berlaku.

Regim juga harus diingat gerakan anak muda selalunya bersifat seperti air mengalir, kamu sekat ia tetap mengalir terus walaupun dengan ruang yang kecil, tetapi awas kalau diempang keterlaluan ia pasti akan membentuk kekuatan gelombang besar memecah tempok kepungan.

Friday, January 20, 2012

Semangat ABU dapatkan t-shirt ABU

antara logo ABU
depan Kompleks Mahkamah Jalan Duta 901
Bersama YB Dato Jo
Abg Mad Sabu turut menggayakan t-shirt ABU nya
Datuk Paduka Husam Musa tidak ketinggalan
begitu juga Datuk Seri Dr. Wan Azizah dengan tshirt ABu versi khas grafitinya

Dapatkan tshirt ABU dan gayakan dengan semangat ABU anak muda.

Cara dapatkan tshirt ialah
  1. dapatkan di lokasi program ABU atau Program-program melibatkan che'GuBard sila rujuk jadual klik sini.
  2. dapatkan secara pos dengan sms 0123696474 (Norazizi), 0129781707 (Sani)
Untuk yang ingin menjadi penjual tshirt ABU boleh juga sms nombor di atas ....pembelian secara borong boleh dapat murah sedikit.

ABU tidak ada hak cipta sesiapa boleh cetak cuma janganlah melampau ambil untung ..... Tshirt seharusnya boleh dijual (runcit) dengan harga RM15 - RM 20 sahaja. Kalau beli secara pos maka harga pos tu kena lah 'cover' sendiri. Kita mahu mood kempen ABU ini menjalar segera....

Pembeli terus dari SAMM akan mendapat percuma 1 DVD atau VCD khas secara percuma.

Thursday, January 19, 2012

Umno tunjuk dangkal dalam spin isu cheGuBard hina masyarakat India


Di atas ialah keratan paparan yang mengandungi akaun twitter che'GuBard yang disiarkan dalam beberapa laman pro Bn. Kononya menurut mereka che'GuBard menghina kaum India dengan mengatakan masyarakat india kaum tani sebagai kasta rendah.

Kesian melihat kesungguhan blogger pro Bn yang bersungguh membuat 'spinning' dengan setiap apa juga yang diperolehi mereka. Namun mereka tidak sedar bahawa usaha mereka ini menunjukkan secara tidak lansung kedangkalan hujah dan ilmu.

Apa yang saya sebut tidak ada kena mengena dengan kasta tetapi teori sistem kelas yang digunakan pakai dalam banyak tulisan / tesis dalam mengupas atau menggambarkan kelas masyarakat.

Soekanto (1993) dalam ‘Kamus Sosiologi’ dalam mengupas prasangka kelas secara jelas merujuk beberapa kali menyebut kelas bawahan sebagai rakyat tertindas dan kelas atasan sebagai elit yang dekat dengan kekuasaan. Teori Sosiologi yang dicetus Karl Marx yang kemudian dikupas dalam banyak tulisan turut merujuk kelas bawah sebagai kelas pekerja dan kelas atas ialah kelas pemodal atau penindas. Malah dalam silibus tajuk Konsep Hubungan Etnik yang terpakai di banyak IPT tempatan turut merujuk 'kelas bawahan' sebagai kelas masyarakat pekerja dan miskin.

Merujuk semula kepada twitter ucapan selamat Ponggal yang ditulis che'GuBard tidak ada salahnya. Apabila che'GuBard mengajak semua yang merayakan ponggal mengambil kesempatan semangat kaum tani untuk penyatuan 'kelas bawah' bangkit melawan penindasan sistem ekonomi yang kaya semakin kaya yang menindas sekarang ini.

Persoalanya benarkah juak - juak Bn ini begitu bersemangat dalam kononya memperjuangkan perpaduan kaum atau melawan penghinaan mana - mana kaum. Di Negeri Sembilan sendiri dua kali dalam dua sidang berbeza seorang adun Bn yang sama jelas membangkitkan penghinaan kepada masyarakat India dengan mencarut menyebut alat sulit wanita dalam bahasa Tamil. Kejadian ini berlaku apabila YB Ravi (Port Dickson) bangun membangkitkan permasalahan masyarakat khususnya orang India termasuk janji PRU yang tidak ditunaikan, berang dengan fakta yang dibangkitkan oleh YB Ravi seorang adun Umno bangun dan mencarut dalam bahasa tamil secara sengaja untuk menghina. Malah institusi dewan pula menghina seluruh rakyat negeri ini dengan gagal mengambil tindakan terhadap dua kali tindakan kurang ajar Adun tersebut. Tetapi pada ketika mana juak - juak yang bising dengan memusing belit mengenai twitt che'GuBard ???

Tuesday, January 17, 2012

SAMM rayu semua bantu jayakan Hope2walk

SAMM sempat menyampaikan sedikit sumbangan hasil dari penjualan produk SAMM ketika bertemu sdr. Afandi bapa An Nur di Konvensyen PR di Alor Setar baru - baru ini.

Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak), Mitchondrial Disease dan Global Developmental Delay.

Dana ini bertujuan untuk membawa Annisa dan An-Nur ke Erkang Hospital Beijing, China bagi menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan yang intensif. Untuk info lanjut sila layari http://www.hfind.net/

Selepas itu Annisa dan An-Nur akan meneruskan program rawatan dan persekolahan khas Cerebral Palsy di United Kingdom.
Sila layari http://www.scope.org.uk/
http://www.b-i-r-d.org.uk/

Jumlah Sasaran: RM 500,000
Tarikh Sasaran: februari 2012

FB Page dan blog ini dikendalikan oleh sukarelawan dan segala sumbangan boleh disalurkan terus kepada ibubapa Annisa dan An-nur.

sesiapa yang ingin menyumbang ke tabung harapan Annisa dan An-Nur boleh berbuat demikian ke akaun:

Bank Islam
Cik Annisa binti Mohd Affandi
account number : 14 229 02 001975 2

Maybank
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin (ibu)
Account number : 162021363678

Standard Chartered
Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin
Account number : 39 919 49 92754

sebarang pertanyaan sila hubungi :-

FAIZAL RIDUAN - 012 212 4414 (aktivis dan penulis majalah milenia)
NASHITA MD NOOR - 013 209 6373 (aktivis sosial)
ZUMRAH HUSNI - 013-2031355 (aktivis sosial)

SAMM menyeru semua kita menyumbang semampu mungkin bagi menjayakan hasrat murni kempen ini.

Thursday, January 12, 2012

8 dan 9 Januari 2012

rakaman di atas ialah taklimat akhir yang diberikan untuk puluhan ribu penyokong pada jam 11.50 malam , 8 Januari 2012 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru.


Petikan rakaman ketika di hadapan mahkamah pada 9 Januari

Tuesday, January 10, 2012

Keputusan Kes Liwat : Najib dan Peguam Negara harus letak jawatan

10 Januari 2012

Kenyataan Terbuka SAMM

Terima baik keputusan tetapi tidak bermaksud institusi kehakiman bebas

Seperti yang dipertegaskan dari awal dalam isu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh (fitnah liwat) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebenarnya ialah kes konspirasi politik yang memperkudakan hampir semua aparat regim.

Keputusan kes tersebut semalam di mana mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan liwat harus jangan dipandang dari aspek kebebasan kehakiman. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima baik keputusan mahkamah semalam tetapi ia bukanlah petanda bahawa institusi kehakiman bebas.

Jika institusi tersebut bebas maka sejak dari awal lagi pendakwaan tidak harus berlaku ataupun kes ini pasti digugurkan di pertengahan perbicaraan. Namun walaupun terdapat banyak kepincangan ia tetap diteruskan. Namun keputusan semalam harus dilihat sebagai kemenangan rakyat. Ia adalah hasil tekanan dan kesedaran rakyat terhadap kes tersebut.

Bayangkan jika Anwar gagal memastikan maklumat bagaimana kepincangan kes tersebut kepada rakyat terbanyak dan gagal mengumpul sokongan, SAMM yakin Anwar akan didapati bersalah. Keputusan semalam masih didalam kawalan regim kerana sedar jika Anwar didapati bersalah maka tapak sokongan regim yang jelas goyah kini akan terus mereput.

Kes terhadap Anwar ini secara jelas merupakan satu konspirasi dengan bagaimana dari awal lagi hampir semua jentera aparat regim dipergunakan sepenuhnya. Media terus memutar belit dan memanipulasi setiap fakta kes bagi mempengaruhi orang ramai untuk melihat Anwar secara negatif.

Rakyat tidak harus lupa bagaimana kes ini bermula dengan 24 Jun 2008 berlaku pertemuan 'sulit' Najib / Rosmah dan Saiful. Pertemuan ini tidak dinafikan. Hanya apabila kedengaran kali pertama Najib berbohong dengan mengatakan tidak pernah kenal Saiful. Apabila dikeluarkan gambar Saiful di pejabat Najib maka dia cuba menyelamatkan pembohonganya dengan berbohong menyatakan ya memang Saiful berada di pejabatnya kerana urusan mohon biasiswa. Selepas ada pihak yang mengeluarkan bukti bagaimana seorang pelajar yang dibuang kolej kerana gagal peperiksaan boleh diberikan keistimewaan bertemu Perdana menteri untuk urusan biasiswa maka Najib terpaksa mengakui yang ya benar dia dan Rosmah ada berjumpa Saiful konon kerana Saiful mengadu mengalami sakit perut.

Rakyat juga tidak boleh lupa bagaimana 25 Jun 2008, Saiful berjumpa dengan Ketua Polis Melaka, Rodwan Yusof di sebuah hotel secara sulit di Lembah Kelang. Kes ini kes di Kuala Lumpur adakah semua polis Kuala Lumpur bodoh sehingga terpaksa Ketua Polis Melaka jumpa Saiful secara sulit untuk menyelesaikan kes. Pertemuan ini lebih kontroversi memandangkan rekod peranan Rodwan dalam kes fitnah pertama dulu. Rekod mahkamah secara jelas menulis pengakuan Dr. Zahari bahawa beliau dipaksa memalsukan bukti DNA atas tilam kerana dipaksa oleh Pegawai Penyiasat, Musa Hassan (yang selepas itu menjadi Ketua Polis Negara) dan pembantunya Rodwan (yang kemudian menjadi Ketua Polis Melaka).

Hanya selepas bertemu dengan Najib, Rosmah dan Rodwan (24 dan 25 Jun 2008) barulah Saiful kononya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008, ini sudah tentu fakta yang menarik perhatian. Itu belum mengambil kira sehari sebelum pergi ke Hospital, Saiful terlebih dahulu berjumpa dengan seorang yang kini senator kerana jasanya menyerang Anwar kemudian barulah esoknya ke Hospital seperti semuanya dirancang.

Rakyat juga seharusnya tidak melupakan bagaimana peranan peguam negara dalam menafikan banyak proses dan cuba mengukuhkan kes yang penuh keraguan. Kes ini juga ada banyak persamaan dengan kes fitnah yang pertama cuma kali ini kesedaran rakyat berada ditahap tinggi.

Sekali lagi bayangkan jika Anwar gagal mengumpul sokongan rakyat dengan mengenengahkan fakta kepincangan kes maka sudah pasti keputusan kes semalam berlainan.

Ini berpunca dari tindakan penerangan terancang dan belajar dari pengalaman kes lepas. SAMM sendiri turut menerbitkan sebuah buku khas bertajuk "Fitnah" yang menjadi buku tesk paling lengkap mempersembahkan fakta dari kes Fitnah 1, kes Fitnah 2 dan Fitnah video lucah terhadap Anwar. Buku ini mendapat permintaan tinggi sebanyak 12,000 telah habis. Buku ini turut ditempah dan dimiliki oleh pimpinan Bn, kakitangan kerajaan termasuk pegawai - pegawai PDRM yang memesan secara pos atau membeli secara sulit. SAMM percaya ramai akan bersama jika dapat mengetahui fakta sebenar konspirasi ini. (klik untuk mendapatkan buku FITNAH terbitan SAMM)

Percayalah keputusan kes ini akan digunakan oleh regim, melalui agen propaganda mereka untuk menunjukkan kononya sebagai lambang kejayaan transformasi Najib. Maka rakyat cuba akan diperdaya untuk bersama menyokong Najib dalam PRU yang amat dekat.

Rakyat perlu sedar keputusan kes semalam bukan lambang transformasi Najib tetapi satu keputusan terpaksa dan kemenangan rakyat. Jika benar Najib jujur dia harus tampil memperjelaskan peranan dia dalam kosnpirasi ini atau dia harus mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan dengan bermaruah. Rakyat tidak boleh menerima PM yang tampil (menipu) bercakap dengan fakta bercanggah beberapa kali demi melindungi pertemuan sulitnya dengan Saiful.

Rakyat juga ingin melihat Peguam Negara ditukar dan mendapatkan Peguam Negara yang lebih berkualiti.

Sesungguhnya pihak yang bertanggungjawab terhadap konspirasi ini harus dipertanggungjawabkan ke atas bukan sedikit perbagai kerugian dalam dan luar negara kerana konspirasi pihak yang berkepentingan.

Maka cabaran masih menanti didepan gerakan kesedaran rakyat seharusnya diperhebatkan. Selaku penggerak anak muda, SAMM akan terus komited dengan gerak kerja menumpukan kesedaran rakyat agar bangkit menyelamatkan negara.

sekian

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tiga lelaki didakwa conteng 'Turun Tibai Rosmah'


Tiga lelaki hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menconteng harta awam berhubung grafiti dengan tulisan "TTR 901 Turun Tibai Rosmah" yang didakwa dilakukan individu berkenaan, Sabtu lalu.

Tiga lelaki berkenaan, Sidiqin Omar, 30, Mohd Fiqtriey Halimiey Abdul Rani @ Abdul Ghani, 27, dan Ahmad Husni Mohd Ali, 28, didakwa melakukan grafiti itu pada satu struktur bangunan Stesen Komuter Angkasapuri, Kuala Lumpur.
NONETertuduh berkenaan masing-masing merupakan wartawan, artis grafik dan pemuzik itu didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 6.10 pagi hari itu.

Pertuduhan dijalankan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir mengikut Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Zaki Asyraf menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 untuk setiap tertuduh.
Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya sebelum itu meminta jaminan berkenaan ditetapkan RM3,000 untuk setiap tertuduh.

Peguam Mohd Radzlan Jalaluddin bagaimanapun meninta supaya jaminan berkenaan dikurangkan kepada RM500, dengan mengambil kira hukuman maksimum tuduhan berkenaan – penjara tidak melebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000.

Katanya lagi, penjamin juga mempunyai hubungan rapat dengan tertuduh dan boleh menjamin tiga lelaki berkenaan hadir perbicaraan. Sumber: Malaysiakini

Sunday, January 08, 2012

SAMM KOMITED TURUN GELANGGANG 901 BERSAMA GERAKAN MASSA!!

Tarikh 9 Januari 2012 atau 901 adalah suatu detik bersejarah apabila ia menjadi kemuncak kepada perbicaraan kes fitnah liwat yang kedua terhadap Anwar Ibrahim. Tarikh 901 bukan sahaja harus dikenang sebagai tarikh yang menentukan secebis mana saki-baki keadilan sebuah mahkamah, tetapi 901 harus disertai dalam apa jua bentuk penglibatan – termasuklah berhimpun di hadapan mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim yang kita percayai telah lebih sedekad dianiaya oleh kerakusan regim demi mengekalkan kuasa.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sentiasa memastikan gerakan anak muda akan terus menyumbangkan diri untuk menyertai gerakan massa terutamanya dalam isu penindasan ke atas rakyat tanpa mengira apa jua statusnya, warna kulit dan fahamannya, asalkan rakyat itu ditindas dan dianiaya, anak muda harus bangkit menentang kebejatan. Bezanya kali ini, susuk yang keadilannya dinafikan itu telah menjadi faktor utama yang menjadi punca goyahnya regim pemerintah dalam meneruskan aksi menjual negara.

Sebagai penggerak anak muda yang mengambil pendekatan radikal, SAMM juga telah memainkan peranan menjana maklumat kepada rakyat dan terus berkomitmen untuk memastikan rakyat turun dalam aksi 901. Ia termasuklah mengadakan siri ceramah penerangan jelajah seluruh negara, pengedaran risalah dan dvd kesedaran rakyat. Pergerakan SAMM yang terlibat bukan sahaja dalam gerakan surface dan beraksi dalam beberapa siri perhimpunan aman, yakin bahawa perhimpunan 901 adalah gerakan yang wajib disertai oleh rakyat yang cintakan keadilan.

Namun sebelum kita turun berhimpun ke perkarangan Mahkamah di Jalan Duta, SAMM berpendapat setiap seorang daripada kita harus faham dengan jelas mengapa Anwar Ibrahim berada di kandang pesalah. Kita juga harus sedar apakah agenda yang diatur sehingga memaksa Anwar Ibrahim berulang-alik turun-naik mahkamah dan tidak dibenarkan bergerak dengan bebas selagi beliau berada dalam arus utama kancah politik tanahair. Ini semua berlaku ketika Anwar Ibrahim hanya selangkah sebelum mentadbir negara ini secara marhein.

Tahun 1998 memperlihatkan bagaimana Anwar Ibrahim memilih untuk menyonsang arus ketika beliau boleh sahaja bersabar dan berdiam diri terhadap rasuah dan salahguna kuasa bagi menyelamatkan konglomerat milik kroni. Anwar Ibrahim tidak tunduk kepada arahan yang supaya harta negara dan harta awam digunakan sewenangnya untuk kepentingan penguasa. Percayalah jika Anwar Ibrahim turut terlibat bersekongkol sudah pasti bukan Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri hari ini. Tetapi demi rakyat, Anwar Ibrahim bangkit dengan slogan ‘Lawan Tetap Lawan’ yang menyebabkan beliau merengok ke dalam penjara daripada kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri.

Demi untuk selamatkan rakyat dan negara, Anwar Ibrahim terpaksa berdepan sebuah konspirasi jahat yang diajukan terhadap beliau iaitu tuduhan liwat pertama. Perbicaraan kes liwat pertama ini juga banyak kelemahan dalam pendakwaan hingga akhirnya pada tahun 2004 tuduhan liwat tersebut digugurkan dan Anwar Ibrahim dibebaskan setelah enam tahun di bermastautin di penjara Sungai Buluh.

Pengalaman Anwar Ibrahim yang dihenyak dan dipukul dengan niat bunuh di dalam lokap, menyebabkan kesakitan kekal pada tulang belakang, dipenjara, diaibkan adalah kerana Anwar Ibrahim memilih untuk selamatkan rakyat dan negara. Apakah kita sebagai salah seorang rakyat yang pernah cuba diselamatkan oleh Anwar Ibrahim akan berdiam diri?

Kali ini pada tahun 2008, de javu 1998 berlaku setelah perencanaan 16 September untuk membebaskan negara dari kepimpinan negara yang menindas rakyat hampir menjadi kenyataan. Panik dengan perkembangan positif pergerakan 16 September termasuklah beberapa pertemuan Anwar Ibrahim dengan ahli parlimen, perencanaan 16 September harus digagalkan manakala peranan besar Anwar Ibrahim tidak wajar dibiarkan setelah beliau menjadi faktor utama tsunami 8 Mac.

Ketika Anwar Ibrahim sekali lagi selangkah sebelum menerpa kejayaan, maka di atas alasan yang sama hadirlah konspirasi liwat versi kedua. Dalam perlawanan kali ini, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau akan terus lawan dan tiada sebab untuk beliau tunduk setelah melalui seribu dugaan, demi menyelamatkan rakyat dan negara.

Tarikh 901 adalah hari penentu. Berhimpun atas tajuk 901 bukan urusan Anwar Ibrahim semata-mata, ianya adalah tanggungjawab kita rakyat Malaysia yang harus menilai dan menjadi hakim bagi menentukan samada sistem perundangan negara dimusnahkan atau masih boleh diselamatkan. Berhimpun atas tajuk 901 bukan hanya kerana susuk itu Anwar Ibrahim, tetapi bagi memberi sokongan terhadap seorang pemimpin yang selama ini manuver ranjau berduri dan berkorban segalanya demi rakyat. 901 adalah detik untuk rakyat buktikan bahawa mereka bersama Anwar Ibrahim bukan hanya kerana susuk itu adalah Anwar Ibrahim, tetapi kerana menagih keadilan dalam sistem perundangan negara.

Banyak pihak yang bertanya apakah SAMM tidak turun beraksi di 901, banyak pihak juga menunggu apakah tindakkan seterusnya SAMM dalam merealisasikan himpunan 901 yang lebih bermakna. Selaku anak muda, SAMM tidak pernah tertinggal dalam mana-mana aksi arus utama massa malah SAMM cenderung untuk menyeru semua rakyat agar bangkit bangun melawan penindasan dan penganiayaan terhadap rakyat.

Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia menegaskan bahawa selaku penggerak anak muda, SAMM akan bersama dengan rakyat dalam aksi 901 dengan seluruh kekuatan. Komrad SAMM sentiasa bersedia dan ketika ini juga terdapat beberapa hotel telah dipenuhi oleh komrad SAMM yang hadir dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semuanya hadir dengan tekad bersama rakyat menentang keadilan buat Anwar Ibrahim yang sekian lama dinafikan.

Menyelusuri perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim sejak dari awal pertuduhan, hingga ke pendakwaan yang goyah lagi meragukan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab merungkai segala persoalan dengan mengumpul segala maklumat dan fakta. Hasilnya SAMM telah menerbitkan sebuah buku teks lengkap yang menjadi rujukan penting betapa perbicaraan kes liwat ini tidak dijalankan dengan telus dan seterusnya menggambarkan sistem perundangan yang serba pincang bagi menggagalkan gerakan rakyat.

Buku berjudul FITNAH terbitan SAMM ini akan dilancarkan pada 7 Januari 2012 oleh Presiden Keadilan di tempat lahirnya pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim di Ceruk To’ Kun, Bukit Mertajam. Turut bersama dalam melancarkan buku FITNAH ialah Prof A Samad Said dan Hishamuddin Rais. Dengan pelancaran buku ini, ia menjadi bukti betapa SAMM menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membela nasib Anwar Ibrahim dengan peranannya yang tersendiri.

Tanggal 901 kian hampir, keputusan perbicaraan kini berada di penghujungnya. Ayuh bersama SAMM turun memberi sokongan moral dan padu terhadap keperluan sebuah sistem perundangan yang telus tanpa tunduk kepada pihak pemerintah yang terdesak mempertahan kuasa dan tembolok masing-masing. Di kesempatan yang ada ini, SAMM sekali lagi menyeru rakyat melaksanakan sedikit tanggungjawab yang melambangkan bangsa Malaysia yang menolak Fitnah dan Konspirasi jahat.

SAMM akan berada di barisan hadapan dan memastikan 901 menjadi medan persediaan buat rakyat untuk bersama-sama Anwar Ibrahim menuju ke lokap, penjara ataupun menuju ke Putrajaya.

Che’GuBard
Pengasas Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

Tuesday, January 03, 2012

Kerana politik sempit dalaman parti beri ruang PDRM bertindak dibawah telunjuk Umno

Pada 27 Dis 2011 (8.30 pagi) cheGuBard menerima panggilan dari seorang pegawai polis dari IPD Ampang yang memperkenalkan dirinya ASP Wisma. Ini bukanlah kali pertama mendapat panggilan daripadanya. Menurutnya perlu mengambil kenyataan dari che'GuBard berkenaan satu laporan polis. Setelah beberapa kali 'mengelak' kerana sememangnya tidak berkesempatan maka kali ini telah beri ruang dengan syarat dia setuju untuk datang ke Seremban. Maka pertemuan telah disusun pada jam 3.30 ptg di Balai Polis Seremban 2. Persetujuan ini juga mengambil kira esoknya akan ke 'Borneo' maka tidak mahu polis mengambil kesempatan menyekat atau mengganggu perjalanan nanti.

Jam 3.30 ptg tiba di Balai Polis Seremban 2. Sebelum ke Balai Polis telah memaklumkan kepada dua pimpinan tetapi tidak mendapat respon. Bila mula sesi soal siasat barulah dimaklumkan che'GuBard diambil kenyataan sebagai orang yang disyaki dalam satu siasatan berkaitan satu laporan akaun twitter palsu yang menggunakan nama 'AMK Rembau' yang dikatakan menghina raja. Kertas siasatan dibuka dibawah akta hasutan.

Akaun ini akaun palsu yang wujud sejak pemilihan parti yang lepas. Sememang sejak pemilihan lepas taktik jahat membuka akaun palsu FB dan twitter ini menjadi strategi lawan che'GuBard dalam usaha menang dengan menabur fitnah dan memburukkan imej.

Cuma persoalanya sehingga selepas pemilihan perkara ini berterusan.

Ramai mengatakan akaun FB atau twitter palsu ini angkara SB atau Umno tetapi che'GuBard tegaskan kalau ia angkara Umno atau SB ia ialah angkara SB atau Umno didalam parti sendiri yang bermain politik sempit. Kita punya bukti pemilik akaun ini saling berkomunikasi antara penama dalam parti. Malah kami juga mengenal pasti antara akaun tersebut dikendalikan melalui tweetdeck yang dikendalikan melalui 'desktop' yang sama kerana IP yang sama.

Persoalanya sekali lagi kenapa tidak sudah - sudah.

Ketika sesi soal siasat, che'GuBard menghantar sms kepada beberapa pimpinan mohon bantuan seperti penjamin, bantuan guaman atau seumpamanya namun sejam tidak menerima sebarang balasan. Sehinggalah akhir sesi rakaman percakapan menggunakan klausa yang terdapat dalam akta rasuah yang membenarkan pegawai polis merampas barang yang dikira perlu dalam siasatan maka blackberry cheGubard telah dirampas. Malah tidak cukup dengan itu polis turut hendak mendapatkan telefon bimbit lain dan komputer peribadi cheGuBard serta PKR Rembau. che'GuBard berkeras tidak mahu menyerahkan yang lain tetapi blackberry yang ada tidak boleh dielak dari dirampas.

Tidak cukup dengan itu polis terus memburu Ketua AMK Rembau, Sani Md Shah dan Bekas Ketua AMK Rembau, Zairul. Polis masih cuba memasuki Pejabat PKR Rembau.

Sehingga hari ini tiada dari pihak parti yang cuba menghubungi bertanyakan kedudukan sebenar atau cuba menghulurkan bantuan. Kecuali Zulkifli Ibrahim, Bekas Exco AMK yang meminjamkan cheGuBard, blackberry kepunyaannya dan YB Nurul Izzah yang menghantar email borang aduan disiplin untuk che'GuBard buat aduan disiplin.

Polis diperkudakan Umno boleh bertindak melampau kali ini kerana politik sempit sesama kita. Tidak cukup dengan itu muncul lagi beberapa orang yang kononya orang kuat parti (AMK) mula menyerang che'GuBard kononya semua ini perancangan che'GuBard sendiri untuk raih publisiti. Ada antaranya menggunakan IP sama seperti twitter palsu yang menjadi punca laporan.

Malah ada yang berjawatan dalam parti turut bersama dengan 'papagomo' blogger Umno untuk menyerang che'GuBard.

Mereka ini semua menjadi angkuh kerana sejak pemilihan lalu ada yang mengaku terang -terangan menipu dalam pemilihan dalam akaun media barunya tetapi parti terus lindungi.

Apa sebenarnya berlaku ?

Bagi che'GuBard dan kawan - kawan dalam SAMM kami tidak ada masa sebenarnya untuk politik sempit dan jahat ini. Sesungguhnya dengan sumber terhad kami sendiri tak cukup masa dalam melaksanakan perancangan ke depan.

SAMM bersama beberapa sekutu yang menjenamakan semula kempen ABU baru sahaja selesai mengedarkan 30,000 dvd percuma terus ke rumah - rumah. Kami baru sahaja selesai rapat dan keluar dengan modul latihan yang akan bermula bulan Januari. Mencari dana cetak risalah dll, latihan mobilisasi massa semuanya kami terkejar - kejar.

Kami tak punya dana besar tetapi kami masih mahu melakukan kerja-kerja besar menyumbang sama mengubah dan menyelamatkan negara. Kami tak mahu berebut tender kontrak atau peluang kewangan di negeri PR memerintah, tak perlulah disebut siapa kelompok yang terkejar-kejar itu. malah kami juga tidak dengki melihat ada yang mendapat dana seperti air mengalir dengan harapan mereka sama turut berjuang dengan dana mewah perolehan tersebut.

Umno tuduh ketika serangan berangkai kepada Rosmah dilakukan ia ditaja oleh Anwar Ibrahim...tanya sendiri berapa sen kami terima jika ada... kami tidak kisah kerana SAMM telah bulat tekad tumpuan utama jatuhkan regim..

Apa yang didengkikan SAMM bukan front mana - mana parti politik. SAMM dianggotai perbagai latar anak muda termasuk ada ahli dari parti Bn itu sendiri yang bersama berdasarkan program dan isu. SAMM boleh bekerjasama baik dengan PAS dan DAP tetapi kenapa dengan PKR bukan sekadar kerjasama malah ada program SAMM yang disabotaj oleh pimpinan PKR.

Kenapa che'GuBard tidak bergerak atas nama parti ? SAMM wujud sejak 2006 lagi, selama itu SAMM digerakkan dan che'Gubard tetap banyak bergerak atas nama PKR tetapi hanya selepas pemilihan che'GuBard bergerak atas nama SAMM. Ini berlaku kerana untuk elak dari keadaan menjadi lebih keruh. Pernah banyak kali perbagai pemuka parti menggunakan nama Anwar Ibrahim cuba mengganggu program che'GuBard kerana kononya Anwar arah batal.

Salah satu kejadian apabila Johari Kassim menghubungi PAS Kepala Batas untuk membatalkan program che'GuBard konon arahan Anwar kerana che'Gubard dalam tindakan disiplin.

Adakah mereka diamkan jika bergerak atas SAMM ? Jawapannya tetap tidak, contoh Ketua Cabang Sepang cuba melobi ahli majlis lain dalam Sepang untuk membatalkan Program Karnival anak Muda di Cyberjaya.

Semua ini saya sudah adukan kepada beberapa pimpinan tetapi cuma nasihatnya ialah sabarlah.

Di Rembau saya tetap menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Cabang. Semenjak dari belum angin PRU lagi dengan serba payah che'GuBard dibantu dengan beberapa AJK yang komited terus bergerak.

Muncul pula persoalan cabang Rembau bergerak sendirian. Kami tidak sendirian kami sentiasa jalin kerjasama dengan cabang-cabang lain yang juga turut aktif seperti Seremban dan Teluk Kemang. Keputusan untuk meminimakan kerjasama dengan MPN ialah keputusan cabang bukan chegubard secara peribadi.

Antara sebabnya ialah
  1. mesyuarat berjam - jam tetapi perlaksanaan 'zero' contoh hampir 4 jam mesyuarat konon persiap jentera PRK Penanti. Perancangan terperinci namun bila pelaksanaan semua gagal malah delegasi NS 'lari balik' hanya kerana tidak mendapat duit untuk makan. sebaliknya Seremban dan Rembau terus berada di Penanti untuk membuat kerja semampu mungkin.
  2. Pengerusi hanya ego dan menggunakan veto. Contoh menjelang PRK Bagan Pinang dipanggil satu mesyuarat. Namun lansung tidak dibincang hanya ada terus veto pengerusi dengan keputusan, PKR tidak buka bilik gerakan, tidak ada bendera atau banner cuma bantu kempen apa yang PAS dah ada. Ini keputusan seolah sabotaj ..... atau mungkin ada yang tidak mahu pimpinan pusat dengar sendiri rungutan pengundi Teluk kemang yang kecewa dengan prestasi ahli parlimen mereka ?
  3. Wujud agen dari Umno dan Polis. Pada PRU 2004 saya terpaksa bertanding di DUN Rantau kerana dua watak dikenalpasti cuba menjual kerusi Rantau iaitu Nordin dan Ibrahim Yusof. Saya dibiarkan bertanding hampir tanpa bantuan. Namun saya tetap hadapi demi menjaga maruah parti. Memang benar selepas itu tetap ada disusun menggunakan orang parti untuk dipertemukan saya dengan seorang berpangkat Dato' untuk saya menjual kerusi Rantau namun saya tolak dan kes ini dilaporkan kepada BPR serta polis. PRU 2008 pula watak sama Ibrahim Yusof datang bertemu saya memujuk untuk saya menjual kerusi Rembau, malah beliau turut bertemu ramai lagi calon PKR termasuk Aminuddin (ADUN Sikamat) untuk memujuk menjual kerusi. Malah selepas pilihanraya masih terdapat beberapa bukti beliau terus berhubung dengan pihak Umno. Orang seperti inilah yang diberi tempat istimewa dalam parti beberapa kali terlibat banyak kes termasuk kes melibatkan kewangan masih dilantik menjadi Ketua Penerangan Negeri. Dia jugalah punca berbincang kerusi diluar mesyuarat sehingga menyebabkan masalah dalam PAS Negeri Sembilan. Itu belum lagi seorang yang mendapat tempat istimewa hingga mendapat kedudukan dalam jawatankuasa pilihanraya pusat. Masih che'GuBard ingat watak ini yang ketika timbul kes Saiful bagaimana dia sendiri secara terbuka menyatakan percaya terhadap kes tersebut benar berlaku, kini menyelinap sehingga ke ibu pejabat. Ini saya telah tegaskan termasuk depan ketua umum.
Maka atas alasan tersebut wajarlah Cabang Rembau meminimakan penglibatan dengan negeri. Namun dikesali diperingkat pusat terpengaruh dengan negeri tanpa terus bertanya kepada cabang secara terus.

Itu belum lagi propaganda jahat seperti dalam perhubungan negeri sendiri menjadi 'sumber dalaman sulit' yang meminta wartawan arus perdana menulis kononya che'GuBard akan keluar parti dan masuk DAP.

Kepada pimpinan parti khususnya DSAI sendiri jagalah dan belajarlah dari pengalaman. Jangan cepat percaya kata - kata manis sekeliling mu itu. Memang che'GuBard garang dan mungkin tidak hormat tetapi tidak pernah merajuk sehingga terpaksa dipujuk dengan lantikan jawatan GLC tetapi kemudian cakap besar dibawah "Anwar tidak akan berani ambil tindakan dan ikut saja cakap sebab Anwar banyak pakai duit aku".

itu belum lagi persoalan bagaimana ada pihak yang menaja kelompok tertentu untuk memecahkan PKR Rembau. Sekarang sudah ada bilik gerakan PKR yang ditaja terus dari pusat di Rembau. Kami di Rembau di minta untuk ikut protokol kalau mahu sesiapa pimpinan pusat turun ke Rembau pastikan ia melalui negeri. Kami akur semuanya. Namun bayangkan dalam keadaan kami akur dengan segala macam protokol tetapi minggu lepas Timbalan Presiden turun ke Rembau tanpa memaklumkan Cabang lansung. Hasilnya program tersebut gagal mendapat sambutan setaraf dengan kehadiran pimpinan bertaraf Timbalan Presiden.

Dalam angin PRU yang hampir kami bersungguh agar jangan ada program gagal yang mungkin menjadi modal Umno. Malangnya apabila program timbalan presiden tidak dimaklumkan cabang dan gagal maka kita semua menerima impak negatifnya.

Bagi che'Gubard mudah tugasan selaku Ketua Cabang Rembau ialah amanah dan jika parti memikirkan ada yang lebih layak tidak perlu berselindung ambillah kan yang lebih penting ialah kesedaran rakyat menumbangkan regim dan kekuatan parti itu sendiri.

Rasanya sudahlah jari ini menaip dalam keadaan amarah dan biarlah ini kali terakhir cuma persoalanya apa lagi yang dimahukan dari che'GuBard ? Tidak pernah diri ini mengeluh orang menuai hasil ghonimah diri ini bergelut dengan kereta kena tarik, terus terperuk di rumah sewa sempit, anak yang lahir terpaksa dibawa 'lari' dari hospital.... bagi che'GuBard itu semua keseronokan berjuang....

Bagi che'GuBard secara peribadi dan dikongsi bersama teman-teman terus fokus.... regim wajib dijatuhkan sesegera mungkin demi menghentikan segala bentuk kerosakan negara.... Anwar Ibrahim masih penyatu dan meriam terbaik gerakan rakyat untuk berdepan dengan regim zalim... cheGuBard dan teman-teman tidak kisah mengenai tempat, jawatan atau habuan cuma menyeru bersekutulah semua demi menyelamatkan negara. Ambillah semua yang ada pada diri ini tinggalkan keluarga dan adik beradik, che'GuBard tetap akan terus berusaha sedaya upaya mengembeling kekuatan rakyat merobah negara.

Kenapa guna saluran ini ? Jawapannya mudah semua saluran sudah digunakan. Akhirnya saya akan dilihat cuba membuka pekung parti tetapi ini pilihan terakhir yang wujud dalam usaha menghentikan semua karut marut remeh temeh yang menyusahkan perjuangan besar ini.

Yakinlah regim itu tidak kuat tetapi setiap pusingan perlawanan pasti wujud pengkhianatan...ketika disaat berada diambang kemenangan rakyat maka bersatu dan berhati-hatilah...

klik sini untuk baca mengenai bbrp bukti berkenaan akuan twitter palsu.