Saturday, July 30, 2016

Penafian palsu : Exco diberi sehingga Isnin

SHAH ALAM – Exco Kerajaan PKR Selangor Elizabeth Wong diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk membuktikan status tanah di Paya Wet Land tidak ditukar.
Aktivis politik, Badrul Hisham Shahrain atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, Elizabeth perlu memberi penjelasan bagaimana tanah di Lot 68504 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat ditukar status dan kegunaannya.
“Saya beri masa kepada dia sehingga Isnin ini untuk membuktikan status tanah tersebut. Jika beliau gagal, saya akan keluarkan semua bukti yang ada dan rakyat akan tahu penipuan Kerajaan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya.
Kata Chegubard, sepatutnya status tanah itu tidak boleh ditukar kerana lot tanah tersebut terletak di dalam kawasan Paya Wet Land yang telah diiktiraf sebagai kawasan hutan warisan dunia dalam Perjanjian Ramsar 1995.
“Dia menipu, bukan setakat geran tanah yang telah ditukar status, dalam simpanan saya ada dokumen kronologi status itu ditukar.
“Dia sebagai exco sudah tentu tahu lot tanah itu pernah ditolak permohonan penukaran status sejak zaman Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar,” katanya kepada.
Apa yang dikesalkan, Chegubard berkata, penafian yang dilakukan Elizabeth secara tergesa-gesa dan pantas ini menunjukkan seperti ada sesuatu yang disorokkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat.
“Exco itu jawab tergesa-gesa sehingga membuat penafian palsu.
“Kita tunggulah dia buktikan. Jika dia gagal, saya cabar dia untuk meletakkan jawatan sebagai exco kerana menipu terhadap rakyat Selangor,” katanya lagi.

Wednesday, July 27, 2016

PEMBANGUNAN PAYA INDAH WETLANDS BERISIKO TINGGI, KERAJAAN NEGERI PERLU DEDAH LAPORAN

KENYATAAN MEDIA
26 JULAI 2016
Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk mendedahkan semua laporan berkaitan keputusannya membenarkan status tanah Paya Indah Wetlands ditukar kepada "pembangunan" daripada "pertanian".
Semua rakyat Selangor terutama penduduk di sekitar Lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat berhak mendapat penjelasan terperinci mengenai pelan pembangunan yang dirancang dalam sessi penerangan yang juga boleh menjadi platform bagi mereka menyuarakan pendapat atau bantahan.
Orang awam juga berhak mendapat akses kepada semua laporan dalam apa jua bentuk terutama laporan penilaian impak sosial dan alam sekitar tanpa sebarang sekatan.
Akses awam penuh kepada semua laporan dan pelan pembangunan ini penting memandangkan kawasan terbabit bukan sahaja telah digazetkan sebagai hutan simpan warisan dunia malah ianya juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air utama bagi negeri Selangor.
Pembangunan luar kawalan di kawasan ini berisiko tinggi kerana jika berlaku sebarang bencana, kita bakal berhadapan dengan implikasi alam sekitar buruk yang besar terutama banjir dan pencemaran sumber air.
Hasil penelitian pelbagai unjuran risiko semasa berkhidmat sebagai Dato' Menteri Besar, saya yakin kata putus yang saya ambil untuk menolak permohonan penukaran status ini amat wajar, tanpa mengendahkan tekanan atau cubaan mempengaruhi keputusan oleh ramai pelobi korporat dan politik.
Rakyat maklum bahawa "pen sakti" yang dipegang oleh YAB Menteri Besar mempunyai kuasa besar untuk menandatangani mana-mana permohonan dan urusan berkaitan tanah. Namun, kuasa ini harus digunakan dengan penuh berhemah, telus dan bertanggungjawab serta berdasarkan adab dan tata kelola pentadbiran yang baik.
Dalam hal ini, saya menyeru agar Dato' Menteri Besar bersikap matang dan mengenepikan politiking keterlaluan kerana rakyat bukanlah pengemis tetapi pemberi mandat kepada wakil rakyat untuk memastikan aset negeri yang hakikatnya hak rakyat diurus sebaik mungkin.
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG

Kerajaan negeri menipu dalam penafiannya



Kenyataan Umum
27 Julai 2016
KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENIPU DALAM PENAFIANNYA
1. Pertama sekali terima kasih atas respon segera Kerajaan 
Negeri pada hari yang sama atas kenyataan saya yang bertarikh 26 Julai 2016. Namun kenyataan penafian tersebut yang kelihatan agak panik dan tergesa - gesa hanya bersifat penafian dan palsu.

2. Dalam kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal berita menyatakan Exco yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar menafikan Selangor ubah status tanah Paya Indah Wetlands bukan sahaja tidak ubah status malah Exco terbabit menafikan ada pelengkungan semua (re zone) dikawasan tersebut. Ternyata ini satu penipuan.

3. Tanah yang dibincangkan ialah tanah pada lot 68054, Mukim Tanjung 12, Kuala langat, Selangor. Untuk rujukan semua pada 26 Febuari 2014 , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland. 

petikan minit mesyuarat rasmi Kerajaan Negeri
ketika MB Khalid Ibrahim jelas menyatakan
Lot 68054 terletak di dalam 
kawasan Paya Indah


4. Namun di bawah Menteri Besar, Azmin Ali sekitar Febuari 2015 usaha pelengkungan semula (re zone) telah dimulakan bukan sahaja kawasan Paya Indah Wetland sahaja ditukar kepada zon kawasan perumahan malah turut terkesan ialah kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Dalam laporan ulasan teknikal direkodkan Jabatan Alam Sekitar telah membantah namun ia tetap diteruskan. 17 Febuari 2015 Lot 68054 telah diluluskan pertukaranya oleh MMKN yang sudah tentu dipengerusikan oleh Menteri Besar.

5. Jelas setakat data ini penafian tidak berlaku pertukaran status dan pelengkungan semula (re zone) adalah tipu.

Tahukah kita puluhan kes permohonan kerja tanah dan pembangunan tertangguh selama bertahun - tahun lamanya di perbagai kawasan di Selangor kerana kononya kerajaan tidak punya peruntukan dan keupayaan cukup dalam melaksanakan pelengkungan semula (re zone) dan ia mengakibatkan bukan sedikit kerugian individu juga syarikat perumahan malah ada yang terpaksa gulung tikar tidak mampu menunggu. Kenapa berbeza dengan tanah ini yang terpaksa mengorbankan kawasan khazanah alam seperti Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seolah disegerakan ?



6.  Kawasan yang dinamakan Paya Indah ini besar dan bukan sahaja terletak dibawah Selangor tetapi turut berada di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya.  Namun sebarang pembangunan yang berlaku disekitar kawasan bersangkutan pasti memberikan kesan kepada keseluruhan kawasan Paya Indah Wetland termasuk di Putrajaya .

Wetland Putrajaya itu merupakan kawasan simpanan atau pusat wetland yang keenam di negara ini selepas Tasik Bera di Pahang, Taman Alam Kuala Selangor dan Kawasan Perlindungan Wetland Paya Indah di Selangor, Wetland Likas di Sabah dan Kawasan Perlindungan Burung Kuala Gula di Perak dan ia merupakan kelangsungan ikrar Ramsar yang Malaysia tandatangani. 

4 Menteri Besar menolak permohonan menukar status tanah tersebut, kenapa Menteri Besar sekarang menukarnya walaupun dengan bantahan dalam ulasan teknikal Jabatan terbabit ? 

Kenapa ketika banyak kerja tanah dan pembangunan tertangguh kerana usaha pelengkungan semula tertangguh di banyak kawasan sehingga ada syarikat perumahan bumiputera gulung tikar tidak mampu menunggu, kenapa tiba - tiba dikawasan tersebut ia seolah disegerakan ?

Apa pentingnya atau apa sebenar yang mahu diselindungkan sehingga Kerajaan Negeri segera respon pada hari yang sama sehingga terpaksa memberikan penafian yang palsu ?

Kepada yang mahu memberikan respon dalam perkara ini diminta lebih berhati - hati kerana berbulan lamanya telah dibentuk satu pasukan kecil khas untuk meneliti aduan yang diperolehi. Maka dengan itu dokumen - dokumen dan maklumat yang kami perolehi agak lengkap termasuk yang diperolehi dari dalam bangunan SSAAS itu sendiri. 

SAMM tidak berganjak dengan tuntutan Kerajaan Negeri perlu menarik balik pertukaran status ke atas tanah tersebut. 

Oleh ;

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

web rasmi SAMM : www.anakmudamalaysia.com
twitter rasmi SAMM : @sammalaysia
fB rasmi SAMM : www.facebook.com/SAMMKebangsaan 
blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : @chegubard

Tuesday, July 26, 2016

PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA

KENYATAAN TERBUKA 

26 JULAI 2016

Kami telah mendapat maklumat beberapa bulan lalu mengenai pertukaran syarat tanah dan kegunaan tanah Lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat. SAMM telah membentuk satu pasukan bagi meneliti aduan dan siasatan termasuk lawatan tapak dan bertemu pegawai kerajaan serta pakar dalam bidang alam sekitar.

Berdasarkan beberapa dokumen kerajaan Lot 68054 ialah terletak di kawasan Paya Indah WetLand iaitu sebuah kawasan yang termasuk dalam perjanjian Ramsar di mana Malaysia telah menjadi anggota ke 84 dengan menandatangani perjanjian Ramsar pada 1995. Kelangsungan ikrar tersebut Malaysia telah mengistiharkan 6 kawasan hutan sebagai warisan dunia Ramsar termasuklah Paya Indah Wetland. Kawasan Paya Indah Wetland ini diistiharkan sebagai warisan dunia kerana ia menjadi habitat perlindungan penting spesis terancam yang jarang ditemui malah menurut rekod ada burung hijrah yang hanya berhenti sekali dalam penerbangan hijrahnya iaitu di Paya Indah Wetlands. Ini beerti selain pengekalan suhu, penampan kepada pencemaran dan bencana maka sebarang gangguan kepada Paya Indah Wetland boleh bukan sahaja menjejaskan alam sekitar sekitar tetapi turut mengganggu ekosistem dunia.

Tanah di Lot 68054 seluas 619 hektar ini milik sebuah syarikat , Salak Park. Menurut rekod Syarikat ini milik Dato’ Tan Leong Min telah memiliki tanah ini pada tahun 1994 ketika Selangor dibawah Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.  Semenjak itu Salak Park beberapa kali cuba menukar status tanah tersebut termasuk ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar tetapi ditolak atas alasan tanah ini terletak di kawasan Paya Indah Wetland dan sebarang usaha pembangunan akan menjejaskan kawasan warisan dunia ini. Dibawah 4 Menteri Besar kawasan itu kekal terpelihara dengan alasan sama.

Menjadi persoalan sangat besar melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Azmin Ali,Menteri Besar telah meluluskan penukaran status tanah tersebut dari pertanian (terhad) kepada kawasan pembangunan. Dalam keadaan bencana alam bersambung dan keadaan cuaca dunia tidak menentu kenapa perkara ini boleh dilakukan ?

SAMM menuntut Kerajaan Negeri Selangor dan Kementerian Sumber Asli  & Alam Sekitar menarik semula kebenaran pembangunan kawasan tersebut. Ingatlah keuntungan singkat ini akan memberi kesan negative ke pada alam sekitar untuk ganerasi akan datang. Kepada Kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR dan sekutu tolong jangan menjadi hopokrit kita menentang pencabulan hutan (alam sekitar) di negeri seperti Sarawak, kita tolak alasan mereka (bn) kononya kerana pembangunan namun adakah kini kita mahu memberikan alasan yang sama. Ingatlah kita melawan Umno Bn dan mengambil alih kuasa dari mereka bukan sebab untuk buat perkara yang sama seperti mereka tetapi kita mahu berbuat lebih baik untuk rakyat dan alam sekitar.

SAMM akan mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa bertindak bersama dengan melibatkan NGO alam sekitar, aktivis, cendiakawan dalam bidang berkaitan ke arah mendesak menyelamatkan khazanah dunia ini serta meneruskan melakukan kerja – kerja penyiasatan. Kami sangat yakin ia akan membawa kepada pembongkaran yang lebih besar.

Sekian dan terima kasih ;

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
web rasmi SAMM : www.anakmudamalaysia.com
twitter rasmi SAMM : @sammalaysia
fB rasmi SAMM : www.facebook.com/SAMMKebangsaan
blog : http://chegubard.blogspot.com
twitter : @chegubard

Petikan minit mesyuarat ini merupakan salah satu dokumen kerajaan yang ada dalam simpanan (minit ketika Khalid Ibrahim,MB) membuktikan Lot 68054 terletak di kawasan warisan dunia, Paya Indah Wetland dengan syarat guna tanah terhad, bagaimana ia boleh tiba – tiba dipinda dan bertukar ?

Sunday, July 24, 2016

Mahathir terus fitnah Anwar, mana maruah pemimpin pembangkang khususnya PKR

Sila klik dan tonton temuramah terbaru Mahathir dengan media asing.
Dia terus pertahankan fitnahnya terhadap Anwar Ibrahim. Mana maruah pemimpin pembangkang khususnya PKR yang menjilat Mahathir kini atau mereka memang tidak pubya maruah keran obses kuasa semata tak ubah seperti 'political animal'

Sudah 24 jam Anwar dikejarkan ke hospital mana kenyataan atau usaha desakan pemimpin pembangkang khususnya PKR.... adakah sibuk beraya bersama Mahathir ?

Fitnah Tuan Ibrahim perdaya peneroka , apa kesudahannya kes saman ?

Catatan Umum

24 Julai 2016

1. Ingatkah kita pilihanraya kecil Kerdau 2011, dimana Bn menang majoriti besar iaitu 2724. Antara isu besar yang dimainkan dan disiarkan Utusan Malaysia ialah mengenai bagaimana Pesuruhjaya Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan memperdayakan seorang peneroka (klik htp://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm) Peneroka Felda bernama Mahmud A. Rahman berusia 54 tahun di Felda Jengka 13 untuk menjual tanah kebun seluas kira-kira 10 ekar dan rumah serta tapaknya sekali seluas suku ekar dengan harga keseluruhan hanya RM80,000, jauh daripada nilai pasaran akibat terdesak.

2. Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya wartawan ketika cerita yang disiarkan Utusan itu menjadi antara bahan kempen utama Barisan Nasional Umno telah mempertegaskan akan menyaman TV3 & Utusan Malaysia klik http://www.keadilandaily.com/fitnah-beli-tanah-peneroka-tuan-ibrahim-failkan-saman-utusan-tv3/ namun sehingga kini apa sudah jadi dengan ketegasan untuk melakukan saman bagi membersihkan nama tersebut.

3. Menurut arkid laporan berita menyatakan 1 Januari 2008 seorang peneroka (Mahmud) telah menemui Tuan Man bagi meminjam wang. Secara sedar Tuan Man telah membuat satu perjanjian dengan menjadikan tanah yang diterokai sejak hampir 30 tahun itu sebagai cagaran. Dalam arkid berita tertulis bayaran peguam perjanjian telah ditolak dari jumlah bayaran bermaksud penama yang tersepit berhutang RM30,000 dan akhirnya mendapat pinjaman bukan sahaja dengan 3 kali ansuran malah tidak cukup pun RM30,000 tetapi dipotong yuran guaman pula. Penama akhirnya terpaksa pulang ke Kampung Luit, Maran, Pahang selepas tanah hasil titik peluhnya selama hampir 3 tahun terlepas milikan.

4. Kini Tuan Ibrahim sudah pun kini bergelar Timbalan Presiden Pas, sekadar bertanya apa jadi dengan saman tersebut dan apa sebenar kedudukan perkara tersebut, berlaku atau tidak ? Harap bertanya dan meminta penjelasan bukan kesalahan.

oleh : che'GuBard, SAMM

Timbalan Menteri bela BERNAS tuduh pemborong sebelum siasat

Catatan Umum

24 Julai 2016

SAMM KECEWA MENTERI BELAS BERNAS TUDUH PEMBORONG SEBELUM SIASAT

1. Terima kasih kepada semua pihak yang memanjangkan kenyataan SAMM (19 Julai lepas) mengenai pendedahan peranan BERNAS dalam menjadikan bekalan beras kepada rakyat mahal di atas harga pasaran dunia dan penipuan kualiti beras. Klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/harga-beras-kawalan-segera-elak-rakyat.html

2. Kenyataan itu di blog http://chegubard.blogspot.com sudah diakses sebanyak lebih 50,000 kali maka jika dicampur dengan sebaran melalui whats apps, disiar semula oleh blogger lain, fB dan lain lain maka tidak kurang dari 1/2 juta pembaca. Mungkin di atas tekanan besar itu maka hari ini Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul Rahman terpaksa menjawabnya. Jawapan beliau telah disiarkan Buliten TV3 sebentar tadi.

2. Malangnya jawapan Timbalan Menteri tersebut jelas bersifat dangkal dan melambangkan sikap Umno - Bn yang sentiasa menjaga kepentingan pemodal besar dalam apa jua keadaan.

Dalam jawapan beliau nyatakan pihaknya AKAN MENYIASAT dakwaan yang diperkatakan namun walaupun dia mengakui AKAN MENYIASAT (bermaksud belum siasat) tetapi dia mengakatan kalau terbukti maka ia kemungkinan berlaku kerana pemborong beras.

Untuk pengetahuan Timbalan Menteri, dakwaan mengenai penipuan kualiti beras ini dibuat oleh Persatuan Pemborong Beras Bumiputera dan yang didakwa ialah BERNAS, bagaimana pula jika terbukti berlaku maka ia dilakukan oleh pihak pendakwa ?

Kenyataan Timbalan Menteri ini menunjukkan sikap  dangkal pimpinan Umno. BERNAS kini dikuasai oleh Syed Mokhtar yang merupakan kroni (proksi) Dr. Mahathir tetapi oleh kerana sikap Umno yang membela pemodal besar maka SyedMokhtar terus selamat memeras di BERNAS dan puluhan cabang perniagaan kepentingan rakyat.a

untuk memahami isu ini sila baca kenyataan http://chegubard.blogspot.my/2016/07/harga-beras-kawalan-segera-elak-rakyat.html

Dimaklumkan SAMM bersama dalam usaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sedang membuat kaji selidik isu permasalahan industri beras negara dan kesan pengurusan BERNAS terhadap pengguna, petani, pengguna dan pengusaha kilang. Dapatan Kaji selidik akan diumumkan dalam masa terdekat.

oleh : che'GuBard, SAMM


Komrad Mazuan (SAMM) berbaju coklat bersama aktivis PSM
ketika lawatan ke Kilang Beras di Pendang, Kedah

dalam antara aktiviti kajian soal selidik berkenaan industri beras negara.



Petikan Buliten TV3

MIMOS menjadi tempat kianat Melayu dan ekonomi negara ?

Catatan Umum

24 Julai 2016

1. Pada 24 April 2014 carian Utusan Malaysia menyiarkan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia berkata Ketirisan jejas pendapatan ekonomi negara. Kemudian carian Awani 7 Febuari 2016 menyiarkan Najib sekali lagi mengatakan ketirisan menjadi masalah ekonomi. Nampaknya Najib serius dalam bab ketirisan sehingga carian Google menemukan ratusan ucapan rasmi Najib mengenai ketirisan. Namun ketirisan yang dimaksudkan banyak tertumpu kepada masalah 'under decleration'. 

Tahu atau tidak dalam bab ketirisan ini, ketirisan dalam agensi kerajaan seperti Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan Bahasa Inggerisnya iaitu MIMOS.

2. 1985 MIMOS mula beroperasi dengan melanjutkan idea dan kehendak Mahathir seiring dengan kewujudan Cyberjaya dan yang sewaktu denganya. Semenjak itu ratusan juta wang negara teralir untuk idea 'bombastik Mahathir' namun hampir semuanya gagal. Contohnya 1992 MIMOS melancarkan Penyedia perkhidmatan ISP Malaysia (jaring) yang akhirnya tutup dengan rekod kerugian tinggi.


Abdul Wahab Abdullah
3. Mungkin ramai tidak perasan MIMOS antara agensi yang mendapat peruntukan ratusan juta setahun. Walaupun bertaraf GOC (govt. owned company) yang diletakkan dibawah Kmenterian Kewangan (dibawah pengawasan Kementrian Sains, Inovasi & Teknologi, MOSTI) namun ia hampir tidak pernah menjana kewangan tetapi setiap tahun menyedut puluhan, ratusan juta wang rakyat.

4. Sebulan SAMM lalu telah membentuk pasukan siasatan menemui perbagai pihak untuk meneliti bagaimana ketirisan agensi kerajaan merupakan antara musuh utama ekonomi negara. MIMOS dipilih kerana ia contoh terbaik peruntukan besar, tanpa untung, laporan palsu, lantikan kakitangan palsu, tuntutan palsu dan semua tertutup kerana disebarkan 'gossip' betapa CEO dan Presiden MIMOS yang merupakan bekas pimpinan Umno Pulau Pinang dan ada hubungan yang rapat dengan Perdana Menteri. Berdasarkan siasatan ditemui beberapa kali wujud usaha menukar kepala MIMOS ini tetapi kerana 'gossip' hubungan baiknya dia terus kekal hingga kini walaupun Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sendiri amat maklum mengenai ketirisan MIMOS.

5. Tulisan mengenai ketirisan MIMOS sebagai contoh ketirisan agensi kerajaan yang menjahanamkan wang rakyat ini akan ada 3-5 siri dan mendedahkan aspek berbeza dengan bukti. Amat diharap media dan semua yang menyokong integriti serta usaha menyelamatkan wang rakyat dapat sama menghebahkan. Sasaran kami ialah rakyat sedar apa akan berlaku, watak antagonisnya ditukar dan diambil tindakan segera jika tidak rakyat perlu tumbangkan yang melindungi mereka.

6. Kita mulakan dengans sekecil - kecil pendedahan. MIMOS sebuah agensi kerajaan yang ketika diwujudkan bangga sebagai pusat kemajuan teknologi (ICT) yang memberi ruang dan warga Malaysia khususnya Bumiputera. Namun kini berbeza dibawah seorang Presiden & CEO yang merupakan bekas pemimpin Umno yang mendapat lindungan Perdana Menteri ratusan pakar ICT Malaysia khususnya Melayu telah disingkirkan. Kebanyakan kerana bertindak menegur ketirisan dan penipuan yang dilakukan di MIMOS. Pekerja Melayu kini merupakan minoriti, masalahnya bukan Melayu sedikit tetapi MIMOS kini dibanjiri warga asing. 


Peruntukan untuk gaji (ABM - Anggaran Belanja Mengurus) tidak dibayar kepada kumpulan sasar yang sepatutnya menerima peruntukan tersebut tetapi disimpan untuk membayar gaji (Emolument) kumpulan yang kebanyakkannya membuat penyelidikan di bidang perisian (software) sedangkan mandat utama ialah untuk membuat penyelidikan dibidang Electronic (MIMOS = Malaysia Institute of Micro-ELECTRONICS and Operating System) dan pembangunan perisian hanyalah mandat tambahan kepada MIMOS berdasarkan keputusan kabinet pada tahun 2006 yang masih kekal sehingga sekarang.

Kumpulan sasar terpaksa menggunakan peruntukan pembangunan (RMK-11) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai aktiviti penyelidikan seperti membeli bahan untuk ujikaji, kelengkapan, mesin dan sebagainya untuk membayar gaji.

Lebih dari itu, peruntukan pembangunan (RMK-11) juga digunakan (lebih kurang sebanyak RM20juta) untuk membayar gaji (Emolument) tenaga kerja kontrak termasuk buruh asing.

Sebuah syarikat (third party) sedang menikmati keuntungan dengan membawa masuk pekerja yang diragui kelulusan, pengalaman dan kepakaranya sebagai programmer pakar dibayar gaji besar yang sebahagian dari gajinya dipotong sebagai caj syarikat. Kenapa ini dibiarkan sedangkan ribuan anak Malaysia dalam bidang ini terbiar. Adakah kerana syarikat ini ada kena mengena dengan pihak atasan ? Maka tercungaplah pihak berkenaan berusaha meletakkan nilai matawang negara naik tetapi antara musuh yang tidak disedari ialah puluhan juta wang negara teralir keluar hampir tiap bulan seperti di MIMOS terus dilindungi.

Malah ramai pakar anak Malaysia terpinggir akhirnya tersingkir atau meninggalkan MIMOS. 2016 satu jabatan dibubarkan dalam MIMOS hanya kerana tidak cukup peruntukan sedangkan dalam masa yang sama peruntukan sedang dibazirkan untuk satu keperluan yang tidak penting.

7. Ada warga MIMOS yang menegur hasilnya  baru baru ini, penagihan bonus telah menyaksikan ketidakadilan yang belum pernah berlaku di dalm sejarah MIMOS, yang mana satu jabatan telah dianiayai kerana mendapat hanya 0.3 bulan ada jabatan yang rapat dengan CEO boleh mencecah sampai 3 bulan  bonus.  Mengejutkan kerana tali ukur yang berbeza telah digunakan hanya kerana untuk memberikan bonus kepada Jabatan yang melindungi jenayahyang berlaku. 

Keadaan yang sama digunakan untuk kenaikan pangkat. Jabatan  yang tersebut diatas adalah terdiri dari 100% anak tempatan yang mana 98% adalah Melayu.  Salah seorang yang ditemui melahirkan rasa dianaktirikan di tanah air sendiri manakala segala dana dijuruskan kepada warga asing .   Kemarahan dan kekecewaan pekerja tempatan sedang memuncak setelah menyaksikan kerakusan ini sejak beberapa tahun lalu.  Malah MIMOS telah lari dari manadat asal penubuhan.  Amanah Kerajaan memperturunkan dana besar untuk menguruskan kepakaran tempatan telah dikianati. Teraamat menyedihkan kerana semua ini berlaku dengan puncak pimpinan (CEO) adalah rakyat tempatan.  Warga MIMOS amat mengharapkan supaya semua masalah ini dapat diperbetulkan kembali dan amat mustahil untuk dilakukan oleh CEO sekarang.  

watak nama yang rata - rata staff tak kenal


8. Bukan sahaja ketirisan berlaku dengan pembayaran gaji tinggi kepada warga asing malah di MIMOS juga terdapat kakitangan tidak wujud tetapi dibayar gaji yang tinggi. Satu contohnya ialah nama Jeevaratnam Ratnam, nama yang tertera sebagai Pengurus di Jabatan Strategi Korporat. Ketika siasatan dibuat ramai warga MIMOS ditanya tidak ada yang mengenai watak ini. Ini bermaksud ia dibayar tanpa perlu muncul, adakah ini amalan betul ? Siasatan lanjut dibuat ada kemungkinan penama tersebut merupakan orang yang rapat dengan ahli Parlimen Tuaran yang juga merupakan Menteri MOSTI iaitu Kementrian yang mengawal selia MIMOS. Adakah ini bagi melancarkan dan menutup apa yang berlaku di MIMOS ?




jika watak ini sama maknanya dia baru bergraduasi 2013, adakah pengalaman beliau atau
 jaringan politik melayakkan beliau duduk disitu ?


berdasarkan carian adakah watak ini mungkin watak sama dengan pekerja
yang dibayar gaji tetapi tidak dikenali warga MIMOS ?
Tulisan ini dihantar kepada semua pihak media, Perdana Menteri, Menteri MOSTI, CEO MIMOS untuk respon semua. Nantikan tulisan seterusnya yang menyentuh berkenaan bagaimana penipuan laporan dibuat termasuk kepada audit.

oleh che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia

p/s : sebarang maklumat atau respon sila terus hubungi chegubard@gmail.com respon warga dan bekas MIMOS juga amat dinantikan. Mohon semua sebarkan termasuk orang Umno, lihatlah bagaimana Umno hebahkan pada anda dibawah perlunya pertahankan Melayu dan sebagainya tetapi seorang bekas pimpinan Umno yang dikatakan dilindungi oleh Pemimpin utama Umno sekarang meminggirkan Melayu dalam sebuah GOC yang menjadi tempat menyedut wang.

Tuesday, July 19, 2016

Selepas tuduh Kafir Harbi, Mufti berselindung disebalik Istana

Catatan Umum

19 Julai 2016 (6.00 petang)

1. Bulan lepas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman telah mengeluarkan tuduhan yang membawa kegelisahan kepada rakyat dengan membawa tuduhan bahawa DAP merupakan 'kafir harbi'. Kenyataan ini sangat bahaya kerana menurut pandangan kebanyakan rakyat Malaysia pandangan atau kenyataan mufti ialah fatwa dan kafir harbi ialah kelompok kafir yang wajib diperangi sehingga ada yang beranggapan halal darah bagi kelompok tersebut.

2. Kenyataan Mufti ini sangat dangkal dan bagi SAMM yang sentiasa berusaha membawa kematangan masyarakat ini adalah peluang yang harus digunakan sebaiknya. SAMM melihat perlunya perkara ini dibawa kepada perbincangan dan pertembungan hujah supaya rakyat akan lebih matang. Maka pada 27 Jun lepas delagasi SAMM Pahang telah muncul di Pejabat Mufti Pahang bagi membawa surat perlawaan diskusi terbuka melibatkan Mufti Pahang, pimpinan DAP dan beberapa cendiakawan bidang berkaitan. Sudah tentu Mufti punya hujahnya, begitu juga pimpinan kanan DAP yang dituduh malah cendeiakawan dari perbagai latar belakang juga akan menampilkan hujah dan bahas berdasarkan sejarah dan keadaan semasa. Dengan cara ini rakyat akan lebih matang dan Islam itu sendiri akan lebih dihormati.



 3. Dalam pertemuan dengan pegawai Jabatan Mufti Pahang mereka menyambut baik dan berjanji akan memberikan respon segera secara bertulis. Malah melalui deligasi SAMM kami selaku penganjur telah menyampaikan bersedia berbincang format, lokasi malah meminda tarikh berdasarkan keselesaan Mufti Pahang.


4. Malangnya beberapa hari lepas telah sampai surat dari Jabatan Mufti Pahang yang ditandatangan oleh Mufti sendiri yang menyatakan tidak boleh kerana perlu mendapatkan perkenan Istana Pahang dahulu. Ini amat mengecewakan dan nampaknya mufti tidak ubah sikap sesetengah pemimpin politik pengecut, dia yang melontarkan isu bila diundang berdiskusi dia berselindung dibalik Istana pula. Bagi SAMM jelas mufti tidak bertanggungjawab dan melepaskan peluang terbaik menjelaskan pandangannya dihadapan orang yang dituduh dan rakyat khususnya kelompok muda.


5. SAMM menasihati Mufti Pahang selepas ini agar lebih berhati - hati mengeluarkan pandangan, selaku orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam Agama Islam seharusnya di menunjukkan contoh yang baik iaitu berani tampil mempertahankan kenyataan dengan hujah, jika tidak lebih baik diam. Dengan kegagalannya ini ia akan dilihat lebih menjadi alat politik semata - mata.

6. Kepada semua rakyat kita harus terus mengekalkan keharmonian negara, kepada bukan Islam jangan terkeliru Islam bukan agama yang suka bermusuhan dan melebel sesuka hati. Islam ialah perdamaian dan rahmat kepada semua. Seperti mana Rasulullah SAW yang diakui semua bangsa dan agama sebagai tokoh yang membawa perdamaian dengan contoh akhlak yang sangat baik.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

rujuk juga kenyataan berkaitan klik link bawah :


Kita perlu berbeza tetapi hakikatnya ?

Catatan umum

19 Julai 2016 (9.00 pagi)

16 Julai 2016 portal berita menyiarkan laporan berkenaan seorang peniaga kecil,  Jayee Sury Rajoo yang mengadu MajlisDaerah Kuala Selangor (MDKS) akan merobohkan gerainya pada 23 Julai nanti. Lebih parah lagi kedai kecil itu satu - satunya sumber pendapatan keluarga dia menyara anak - anak selepas suaminya seorang pengendali kren terlantar kerana angin ahmar sejak sebulan lalu. Jayee bukan seorang peniaga haram dia bukan sahaja memiliki lesen perniagaan MDKS malah dia turut memiliki permit menduduki premis tempat dia berniaga. Dia membayar cukai kepada kerajaan.

Secara tiba - tiba dia menerima notis dari MDKS memaklumkan dia menceroboh tanah rizab peparitan dan perlu mengosongkan segera atau berdepan tindakan pengusiran. Dia dikatakan telah merayu kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan tempat ganti dan ditangguh perobohan tetapi nampaknya kerajaan negeri langsung tidak mendengar walaupun dia telah hadir sendiri ke pejabat Menteri Besar.

che'GuBard teringat memori bersama penduduk mempertahankan Berembang, bersama abang Mad (Segambut) mempertahankan kampung Sungai Udang dan banyak lagi kes mempertahankan hak penduduk yang dikatakan setinggan yang mahu dihalau oleh regim Bn yang mana hampir semuanya berkahir dengan che'GuBard, kawan - kawan dan penduduk akan bermalam di lokap.

Kita mengatakan regim Bn zalim , pampasan harus setimpal kerana kebanyakan penduduk yang diusir sudah duduk berbelas malah berpuluh tahun. Lebih teruk lagi ada antaranya merupakan pembayar cukai kepada regim Bn dan tetapi secara tiba - tiba apabila ada pemodal besar yang kaya datang hendak membuat projek , rakyat kecil dihalau dan dipanggil penceroboh. Kerajaan diam dan kutip cukai selama ini dan tiba - tiba memanggil mereka penceroboh menggunakan jentera dan undang - undang zalim menzalimi usir rakyat.

Malangnya kini apa bezanya dengan kita bila kisah Jayee peniaga kecil ini diangkat ?

Kisah Jayee bukan kisah terpinggir, 153 rumah di Kampung Paya Jaras Hilir yang sudah berpuluh tahun menduduki kawasan tersebut telah disergah dengan surat pengusiran ketika eidulFitri begitu hampir. Diyakini ada projek besar sedang memasuki kawasan itu maka rakyat kecil dihalau begitu sahaja. Kisahnya sama tiba - tiba mereka dipanggil penceroboh sedangkan sebahagian besar dari mereka dikutip cukai dan ada yang mempunyai permit sah menduduki tanah tersebut.

Ketika semua pemimpin politik (tidak kiralah hipokrit atau ikhlas) menghantar ucapan Selamat hari Raya kepada pengundi, Kerajaan yang naik atas nama rakyat dibawah Azmin menghantar notis arahan pengusiran. Adakah kerajaan yang tak pasti status, yang sah ia bukan PH ini layak dipanggil regim juga ?

catatan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

jelas penduduk yang ditemui mempunyai kebenaran menduduki dan dikutip cukai oleh kerajaan


kosongkan dalam tempoh 30 hari atau hadapi tindakan, apa beza kita dengan regim Bn ?


Sejarah yang sedang dilupakan

Sejarah Yang Tak Mungkin Terpadam
1) Bila Anwar kata dia maafkan Mahathir, cukuplah untuk aku kata Anwar memang berhati besar.
2) Bukan sikit kezaliman Mahathir pada Anwar. Pasal isu liwat tahun 1998 tu, kita anggap je lah kita tak tahu siapa betul siapa salah (walaupun fakta kes bercanggah teruk).
3) Kesalahan jelas Mahathir pada Anwar ialah persepsi jahat yg dijual Mahathir dalam kes mata lebam Anwar.
4) 20 September 1998 Anwar ditahan polis. Lepas 9 hari, Anwar dibawa ke mahkamah. Semua terkejut sebab mata sebelah kiri Anwar lebam. [1]
5) Apa andaian yg dimainkan Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu apabila polis yg di bawah kuasa beliau membawa seorang tahanan polis dalam keadaan macam tu?
6) 2 andaian Mahathir mainkan:
i) Anwar cederakan diri sendiri
ii) Anwar dipukul polis kerana provokasi Anwar sendiri

7) Walaupun ni hanya andaian, tapi Mahathir cuba menjual imaginasi seolah olah logik itu lebih ke arah Anwar cederakan diri.
"Ini bukan sesuatu yg mustahil kerana dia akan dpt mileage kalau dpt tunjukkan dirinya dicederakan polis. 
Daripada satu segi, ini satu keuntungan baginya. Ternampak bahawa dia sudah mengalami apa yang telah awal-awal lagi yang dia ramalkan. Ramalannya ialah bila dia ditangkap, dia akan diseksa dan ini akan meraih simpati kepadanya". 
8) Dan Mahathir cuba pula buat andaian kedua iaitu kalau polis pukul pun kerana provokasi Anwar.
"Tapi ada kemungkinan dia sengaja menimbulkan kemarahan pihak polis atau membuat sesuatu sehingga menyebabkan polis terpaksa cuba menahannya daripada memberontak atau membuat sesuatu yang menyebabkan polis menggunakan kekerasan, mungkin dalam proses itu juga akan terjadi kecederaan seperti yang kita lihat". 
9) Dah lah buat andaian yg kedua-duanya menghalakan kesalahan pd Anwar, Mahathir cuba meyakinkan lagi seolah olah logiknya itu lebih kepada Anwar cederakan diri sendiri dan bukannya dipukul polis.
"Dalam kes Anwar, saya tidak nampak satu faedah pun bagi polis untuk berbuat sesuatu kepada Anwar kerana mereka tidak mendapat pengakuan daripadanya.
Dan polis tahu bahawa mereka akan menghadapkan Anwar ke mahkamah dan sudah tentu apabila dibawa ke mahkamah dan dia didapati cedera, ini akan menimbulkan tuduhan-tuduhan terhadap polis". 
10) 2 andaian Mahathir yg cukup jelas membunuh kredibiliti Anwar. Dah lah kena belasah, dimainkan pula persepsi yg negatif.

11) Allah Maha Besar. Akhirnya terbongkar rahsia di sebalik mata lebam Anwar. Siapa puncanya? Ketua Polis Negara ketika itu, Rahim Noor. Jelas andaian pertama Mahathir, iaitu Anwar cederakan diri sendiri jauh tersasar.

12) Adakah andaian kedua Mahathir, Anwar dibelasah kerana provokasi Anwar terhadap polis itu tepat? Ini situasinya.
"Kira-kira pukul 10.45 malam, Abdul Rahim turun berseorangan dari tingkat 30, bangunan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ke lokap yang menempatkan Anwar.
Menurut fakta lagi, setibanya di lokap, Abdul Rahim mengarahkan melalui isyarat supaya beberapa anggota yang berkawal diam dan menutup mata serta menggari tangan Anwar. 
Tertuduh kemudian memasuki lokap berkenaan dan menyerang mangsa dengan menumbuk dahi kiri serta menamparnya beberapa kali.
Anwar menjerit kesakitan menyebabkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof, meluru masuk dan menahan Abdul Rahim dari terus memukulnya manakala Pengarah JSJ, Datuk Yaacob Md. Amin menarik tertuduh keluar". 
13) Inilah situasi yg berlaku terhadap insan yang bernama Anwar. Dipukul separuh mati (Doktor sendiri sahkan pukulan terhadap Anwar boleh menyebabkan maut) [5], kemudian dimainkan pula persepsi negatif terhadap beliau. Jelas tiada provokasi drpd Anwar. Anwar ditutup mata dan digari kebelakang. Provokasi apa yg Anwar lakukan?

14) Walaupun terbukti andaian rasmi seorang Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri ketika itu jauh meleset, apakah beliau memohon maaf kepada Anwar sekeluarga? Apakah beliau memohon maaf kepada Anwar sekeluarga setelah mengetahui KPN yg di bawah port folio beliau ketika itu membelasah Anwar separuh mati? Tidak.

15) Nasihat buat Mahathir, sebelum kamu menghembuskan nafas yang terakhir, mohon maaf lah secara terbuka kepada Anwar, keluarga Anwar, dan reformis yang dizalimi kamu dan polis di bawah kawalan kamu ketika itu. Mati itu pasti.

#BebasAnwar

p/s: Kalau ambik sumber MKini, Harakah, KeadilanDaily, dll penyokong Mahathir tak percaya pula nanti. Semua petikan tu adalah drpd Arkib Utusan Malaysia.

cuplikan dari fb Farhan Zulkefly

Harga beras : kawalan segera elak rakyat teraniaya

Catatan Umum

19 Julai 2016


1. Padi Beras Nasional (BERNAS) telah ditubuhkan bagi menjaga kepentingan negara dalam perihal Beras. Pesawah, pengilang, pengimport, pemborong, peruncit sehinggalah kepentingan pengguna dibawah tanggungjawab BERNAS. Dengan hasrat yang baik BERNAS ditubuhkan dan sahamnya dimiliki oleh NAFAS dan NEKMAT iaitu dua organisasi yang menjaga kepentingan masyarakat asas tani. Isu bekalan beras ini merupakan isu penting dan sensitif kerana ia melibatkan soal keselamatan negara.

2. Namun oleh kerana campur tangan politik maka BERNAS yang ditubuhkan dengan maksud yang baik mula berdepan perbagai masalah. Akhirnya Mac 2014, seorang taikun kroni Mahathir yang sangat kaya telah memiliki 90 % saham BERNAS dengan membeli kepentingan NEKMAT dan NAFAS. Ini sebenarnya sudah dikira meletakkan negara dalam risiko, bagaimana seorang individu boleh dibenarkan menguasai industri beras negara.

3. Terbaru Presiden Persatuan Pemborong Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) dalam kenyataannya yang disiarkan di membangkitkan mengenai harga beras yang tidak masuk akal. Ismail Awang menyatakan bagi setiap 1 tan, mereka perlu membayar RM2,100 kepada BERNAS sedangkan harga sepatutnya hanya pada sekitar RM1,350, satu beza yang begitu jauh menyebabkan harga beras di pasaran meningkat. Ini memberi maksud BERNAS menyebabkan harga beras Malaysia mahal dari harga pasaran.

4. Dalam laporan berita yang sama juga BARIM mendedahkan wujud penipuan terancang dilakukan BERNAS iaitu dengan menggunakan label 5 peratus hancur sedangkan kandungan di dalam setiap beg adalah 15 peratus hancur. Ini menyebabkan pengguna membayar harga yang mahal untuk mendapatkan bekalan beras 5 peratus iaitu pada kadar RM26 setiap 10 kilogram sedangkan mereka mendapat beras 15 peratus hancur yang sepatutnya dibeli pada harga hanya RM18 setiap beg 10 kilogram.

5. Ini perlu tindakan dan respon kerajaan segera kerana tuduhan BERNAS mengambil untung melampau sehingga harga beras kita menjadi lebih mahal dari pasaran tetapi turut menipu.  Beza RM8 setiap beg. Menurut Presiden BARIM, bila ditanya, mereka kata pemborong yang memanipulasi keadaan sedangkan pemborong tidak mendapat keuntungan jika beli beras dari BERNAS dengan harga RM21 dan jual pada pengguna dengan harga RM18. Harga itu pula ada tertera di dalam akta iaitu 15 peratus hancur dijual pada harga RM18 sekampit,

6. Syed Mokhtar ialah kroni dan ramai yakin dia proksi Mahathir. Dia kaya raya, selepas dia mengambil alih Raja Gula dari Robert Kouk harga gula naik, rakyat susah tetapi dia terus kaya. Dia juga mengawal pelabuhan pelabuhan penting negara, dia juga mendapat anugerah mengendalikan IPP yang menjerut TNB yang akhirnya menyusahkan rakyat. Bukan sahaja zaman Mahathir tetapi sehingga sekarang dia begitu berkuasa, apakah Najib begitu lemah zahir dan batin dengan melihat sahaja ?

7. Perlu tindakan segera. Kerajaan harus campur tangan dan selesaikan masalah ini segera kerana akhirnya rakyat makin dijerut masalah yang di asaskan di zaman Mahathir semakin parah kini. Ssistem negara ini hancur dan kehancuran dimulakan Mahathir

tulisan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

rujukan : http://watan-online.com/?p=26316


Syed Mokhtar kroni Mahathir terus kaya kuasai BERNAS tetapi rakyat apa khabar ?

Bila BERNAS dikuasai kroni Mahathir (Syed Mokhtar) HARGA beras Yang Di Jual BERNAS Tak Masuk Akal.

Siapa tipu siapa ?

 Itu persoalan dibangkitkan Persatuan Pemborong Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) selepas mendapat aduan daripada ahlinya di seluruh negara yang mempertikaikan harga beras yang dijual Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Dalam satu kenyataan yang dilaporkan di Media BARIM menyatakan masakan tidak, bagi setiap 1 tan, mereka perlu membayar RM2,100 kepada BERNAS sedangkan harga sepatutnya hanya pada sekitar RM1,350, satu beza yang begitu jauh menyebabkan harga beras di pasaran meningkat.
Presiden BARIM Ismail Awang berkata, bukan itu saja, pihaknya juga mendapati wujud penipuan terancang dilakukan BERNAS iaitu dengan menggunakan label 5 peratus hancur sedangkan kandungan di dalam setiap beg adalah 15 peratus hancur.
Ia menyebabkan pengguna membayar harga yang mahal untuk mendapatkan bekalan beras 5 peratus iaitu pada kadar RM26 setiap 10 kilogram sedangkan mereka mendapat beras 15 peratus hancur yang sepatutnya dibeli pada harga hanya RM18 setiap beg 10 kilogram.
Katanya, BARIM juga terkejut dengan aduan berkenaan dan siasatan awal mendapati memang beras yang dijual di pasaran dalam negara ialah bers 15 peratus hancur, namun ada pihak yang mengambil kesempatan meletakkan label 5 peratus hancur untuk memperdaya pengguna.
"Kita kecewa dengan hal ini kerana BERNAS sepatutnya tidak mengaut untung dengan cara begini apatah lagi ketika rakyat sedang terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat.
"Bagaimana mereka tergamak menipu pengguna. Beza RM8 setiap beg. Bila ditanya, mereka kata pemborong yang memanipulasi keadaan sedangkan pemborong tidak mendapat keuntungan jika beli beras dari BERNAS dengan harga RM21 dan jual pada pengguna dengan harga RM18. Harga itu pula ada tertera di dalam akta iaitu 15 peratus hancur dijual pada harga RM18 sekampit," katanya.
Ismail berkata, isu penyelewengan beras juga pernah didedahkan sebuah akhbar tempatan tahun lalu dan ketika itu hanya berkisar kepada tindakan pemborong yang mencampurkan beras bersubsidi dan dijual pada harga tinggi.
Katanya, waktu itu, pemain industri berasakan akan berlaku perubahan dalam industri beras negara kerana mereka yang mengaut untung mudah termasuk mengambil toci berdepan tindakan tegas oleh kerajaan.
"Ia satu keadaan yang bagus kepada industri. Namun, kita dikejutkan lagi dengan penipuan oleh pihak yang sepatutnya bersama-sama pengguna. BERNAS sepatutnya tidak mengambil untung yang begitu tinggi dan menekan orang ramai. Jadi kita minta kerajaan melihat perkara ini dan jika benar, wajar kaji semula konsesi kepada BERNAS kerana penipuan ini," katanya.

artikel ini bukan nak sesah Mahathir saja tapi nak tunjuk Najib lemah zahir batin juga

Sanjeevan Di Tahan Di Bawah PoCA : Apa Yang Cuba Disembunyikan?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Kenyataan Umum
11 Julai 2016
Sanjeevan Di Tahan Di Bawah PoCA : Apa Yang Cuba Disembunyikan?
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hairan dengan tindakan menahan Pengerusi MyWatch, Datuk R. Sri Sanjeevan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PoCA) kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut. Penahanan Sanjeevan di bawah PoCA ini menimbulkan persoalan mengapakah beliau tidak di dakwa di mahkamah terbuka dengan segera?
Beliau telah pun ditahan oleh pihak Polis semenjak 22 Jun 2016, apakah Polis masih tidak mempunyai cukup masa untuk mencari bukti dan membina kes yang kukuh untuk perbicaraan di mahkamah terbuka? Adakah terdapat usaha-usaha untuk melindungi pihak-pihak berkepentingan yang terkait dengan sindiket kongsi gelap, perjudian dan pelacuran ini?
Tindakan tidak mendakwa di mahkamah terbuka ini akan menguatkan persepsi masyarakat berkaitan hal perlindungan kumpulan sindiket ini yang telah menjadi rahsia umum sejak sekian lama. Bahkan menurut laporan media, beliau ditangkap dengan sejumlah wang yang didakwa sebagai wang perlindungan hasil peras ugut jenayah tersebut.
Persoalan ini akan terus bermain di dalam minda masyarakat jika pihak berkuasa gagal untuk mendakwa Sanjeevan di mahkamah terbuka. Sama ada Sanjeevan benar-benar melakukan perbuatan jenayah tersebut, biarlah kebijaksanaan hakim untuk menilainya nanti.
SAMM juga berpandangan, pendakwaan Sanjeevan di mahkamah terbuka juga akan turut mengheret beberapa individu yang mungkin terlibat sama dalam aktiviti melindungi jenayah sindiket. Ia juga akan menjadi bukti keseriusan Kerajaan dan PDRM untuk memerangi aktiviti perjudian.
Dalam perkembangan yang sama juga, Malaysia mempunyai pelbagai akta untuk mengawal aktiviti perjudian “gelap”. Hingga ke hari ini, terdapat sebegitu banyak aktiviti perjudian “gelap” yang berlaku. SAMM sebelum ini pernah menerima begitu banyak “screenshot” mesej promosi judi secara maya yang dihantar kepada orang awam. Sepanjang tempoh kejohanan bola sepak EURO 2016 ini, jika kita membuat carian di aplikasi WeChat juga, kita boleh terjumpa dengan begitu banyak akaun pengguna yang menawarkan aktiviti judi bola sepak.
Ini menunjukkan bahawa kita masih lagi gagal untuk mengekang aktiviti perjudian “gelap” ini walaupun kita mempunyai pelbagai undang-undang. Sebaliknya, akta yang ada ini telah dimanipulasi oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab untuk memeras keuntungan peribadi.
SAMM dengan ini mendesak PDRM untuk mendakwa Sanjeevan di mahkamah terbuka dan memulakan usaha memerangi sindiket perjudian, kongsi gelap dan pelacuran dengan lebih serius.
Zulkifli Hj Ibrahim
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Monday, July 18, 2016

Seruan bersatu yang palsu

Catatan Umum

19 Julai 2016

SERUAN BERSATU PALSU

1. 13 Julai 2016 yang lalu beberapa media melaporkan kenyataan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang menyatakan pembangkang perlu insaf dan perlu bersatu untuk menyelamatkan negara. Laporan berita ini seolah menunjukkan jiwa besar Azmin namun yakinlah ia hanya palsu dan hipokrit semata mata.

2. Kenyataan Azmin ini kononya menyambut seruan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas yang kononnya sehari sebelum itu melontarkan seruan bahawa perlu adanya gencatan senjata dan usaha menyatukan semua pembangkang. Pemimpin Pas sememangnya terkenal dengan sikap berbolak balik mereka, siang cakap lain malam cakap lain dan inilah menjadi punca pecahnya Pakatan Rakyat sebelum ini. Ini dibuktikan sekali lagi hanya beberapa hari Tuan Ibrahim melontarkan seruan murni dia sendiri bertindak liar apabila mengeluarkan gesaan agar AMANAH dibubarkan kerana kononya AMANAH akan menjadi punca masalah dalam pembahagian kerusi menjelang PRU akan datang.

3. Seruan hipokrit konon berjiwa besar Tuan Ibrahim ini disambut juga dengan sambutan hipokrit. Azmin nak suruh semua bersatu, nak bersatu macam mana apabila di Sarawak semua maklum bahawa Azmin adalah punca pertembungan sesama pembangkang sehingga ditertawakan lawan dan kawan serta menghilangkan keyakinan pengundi.

4. Jika Sungai Besar dijadikan sandaran maka ia adalah perkiraan salah. Ramai tidak sedar Pas tidak kuat tetapi kerana Azmin menyimpan Pas dalam kerajaan Selangor maka sebagai duri dalam daging. Kesuluran Parlimen Sungai Besar ada 35 Ketua Kampung (Pengerusi JKKK) dan dari jumlah tersebut 23 disandang oleh Pas, PKR 11dan DAP cuma 1. Amanah langsung tidak punya akses. Bayangkan ketika kempen yang kebetulan berlaku bulan Ramadhan berapa banyak bantuan bawah Kerajaan Negeri tersalur kepada pengundi melalui Ketua Kampung Pas, berapa banyak projek -projek kecil melalui Ahli Majlis Pas dan jentera Pas yang berselindung dalam kerajaan negeri. Itulah kunci undi yang  Pas perolehi jika tidak yakinlah kemungkinan Pas akan hilang wang pertaruhan dan AMANAH yang mewakili PH akan memenangi Pilihanraya tersebut, namun semuanya kucar kacir kerana Azmin yang pentingkan kerusi MBnya tidak tergugat. Sudahlah turun kempen secara terang - terang bawa calon Pas dan menghantar masej keliru iaitu sokong calon AMANAH tetapi doa calon PAS berjaya.

5. Sekarang masa yang penting, rakyat mahukan perubahan namun ia perlu dilakukan secara serius. PH perlu ada seketeriat tetap yang dilihat secara fizikal dan menyakinkan. Isu - isu negara perlu dihadapi secara PH bukan sendirian lagi, usaha satu logo baru satu kemestian. Turun kepada rakyat program - program PH namun sehingga ini ia tidak berlaku yang rakyat ingat PH dalam pilihanraya Sarawak pun berlawan sesama sendiri. Lupakan Pas dan sedeqahkan sahaja Pas kepada Umno jangan buang masa yang sudah tidak berbaki banyak. Luaskan gabungan PH dengan parti - parti tempatan khususnya Sabah dan Sarawak, buka keanggotaan organisasi kepada NGO - NGO supaya semua lapisan massa rakyat berperanan. Selangor dan P.Pinang wajar menjadi wajah Pakatan Harapan. Pas harus disingkir dan diulang sedeqahkan sahaja pada Umno. Perlawanan akan datang ialah satu sahaja calon geng baik yang lain semua geng jahat ia lebih mudah.

Kalau Mahathir nak tubuh parti biarkan dan biar dia mohon masuk PH dan putuskan secara organisasi bukan hantar pemimpin tergegeh tersengih iring Mahathir ke sana sini. PH Perlu serius atau pusingan penting ini berlalu begitu sahaja dan selepas PRU kita laung semula penipuan pilihanraya.

tulisan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pemakan dedak Mahathir dalam PKR sedang menghapuskan Anwar

Catatan Umum

18 Julai 2016 (11.00 malam)

1. Beberapa hari lepas Mahathir Mohammad bekas diktator yang korup dan zalim telah mengumumkan akan tertubuhnya satu parti baru dan akan mengetuai pakatan pembangkang baru bagi menghadapi PRU ke 14. Pengumuman ini dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

2. Bagi saya dan SAMM semua kekuatan pembangkang (baca : rakyat) sememangnya wajar disatukan bagi menghadapi regim dan membawa pembaharuan ke arah menyelamatkan negara dari perbagai aspek. Gerakan besar rakyat ini harus hadir dengan suara padu semua dari akar umbi. Ia seharusnya dielakkan dikumpulkan sekumpulan elit manusia dalam dewan berhawa dingin membuat keputusan dan rakyat hanya dipergunakan namanya sahaja. Jika ini berlaku maka ia hanya mengulangi kegagalan deklarasi rakyat yang kononya gah tetapi akhirnya kerana tidak bersifat akar umbi, disergah dengan pembongkaran pemalsuan akuan sokongan terus mereka buat buat lupa cadangan berarak ke Istana bagi mempersembahkan 1juta (tandatangan) sokongan rakyat bagi membolehkan Agong memecat Perdana Menteri akhirnya semua sia -sia.

3. Satu sidang meja bulat harus diadakan dari perbagai latar terdiri ahli politik, cendiakwan, aktivis dan sebagainya, satu draf preliminary common frame work harus dihasilkan dan semua pihak yang terlibat harus membawa turun draf ini bagi mengumpul pandangan. Malah PKR, Amanah, DAP juga harus kembali ke akar umbi parti masing masing termasuk perlu mengadakan Kongres Khas bagi membahaskan draf ini supaya ia benar - benar masak dan mengakar.

4. Namun malangnya pemulaan mula gagasan ini sendiri tidak cantik kerana bagaimana dalam keadaan semua tokoh yang berjawatan kanan dalam parti masing - masing boleh hadir dalam mesyuarat dipengerusi Mahathir dan pengumuman serta sidang media diketuai Mahathir. Ini menampakan ia hanya satu lagi versi deklarasi rakyat yang gagal.

5. Hak untuk menubuhkan parti itu adalah hak asas demokrasi namun tindakan Mahathir menubuhkan parti ini menunjukkan ia seorang yang sememangnya tidak tahu nilai kompromi organisasi dan hanya mahu orang ikut dia semata - mata. Kalau Mahathir benar hanya mahu menjatuhkan Najib dan Umno apa salahnya dia masuk mana mana parti pembangkang sedia ada ? Parti aliran apa yang hendak ditubuhkan, adakah satu lagi parti dalam wajah dan aliran Umno ? Adakah Pakatan Pembangkang nanti boleh menerima parti perkauman cerminan Umno dalam versi lain ? 

6. Rakyat bukan bodoh, pembaharuan ke arah menyelamatkan negara perlu datang dengan prinsip jelas bukan sekadar perebutan kuasa. Sejak 1998 kita menyajikan kepada rakyat betapa negara ini hancur kerana sistem yang dihancurkan oleh Mahathir dan kuncunya. Betapa Mahathir, anak beranak dan kuncunya melanun harta negara, namun hanya untuk menghadapi Najib kita minta rakyat lupakan semua itu ? Adakah kita obses kuasa semata atau kita benar mahu menyelamatkan negara ?

7. Bayangkan satu ketika nanti ketika Zahid Hamidi menjadi PM, Najib tidak berpuas hati membuat teguran dan berdasarkan skrip sama kita akan sekali lagi mengangkat Najib sebagai hero kerana hujahnya Zahid Pm dan masalahnya berpunca dari yang pegang kuasa bukan yang dah pencen. Bagaimana dengan samunan berbilion duit negara oleh Najib adakah ia halal ? 

8. Sekali lagi tigaskan pendiran Mahathir punya hak sebagai rakyat untuk mengkritik siapa sahaja lebih - lebih lagi Perdana Menteri, namun untuk dia diangkat dipentas rakyat dia perlu memulangkan semua harta rompakan yang dicurinya, bertanggungjawab atas semua jenayah pentadbiran dibawahnya, mengakui fitnahnya terhadap Anwar sehingga menghumban negara dan rakyat ke dalam krisis politik yang dasyat. Ini wajib !

9. Sama seperti hadir ke deklarasi rakyat tandatangan dan nyatakan sokongan parti tanpa kelulusan parti dan sekali lagi pemimpin kem Azmin lalukan bila hadir ke sidang media dan mesyuarat bincang tubuh pakatan pembangkang baru. Ini kesalahan disiplin serius, namun adakah PKR mampu bertindak dengan Azmin dan kemnya yang jelas tidak ada displin organisasi ? Mereka sedang mengkianati Anwar dan gerakan reformasi yang diasaskan dengan deklarasi Permatang Pauh.

Ketika saya dan teman - teman mengkritik Mahathir maka geng Azmin anak angkat Mahathir yang setia akan bangkit menyerang, malah Azmin dihadapan seorang ahli Parlimen PAS pernah menfitnah saya dibayar Najib hanya kerana menyerang Mahathir, saya cabar Azmin ulang fitnahnya secara terbuka tetapi dia takut. Namun bila Mahathir serang Anwar beberapa bulan lepas di media Australia dan Indonesia menyambung fitnah salah laku seks Anwar semua mereka itu bisu (mulut penuh dedak?) Ingat Mahathir pernah disapina untuk hadir di Mahkamah oleh pasukan peguam Anwar tapi dia menikus mengelak dan syarat paling lawak dia mahu tahu apa soalan bakal ditanya sebelum dia ke mahkamah. Terbaru Mahathir sekali lagi menggunakan media luar negara menyatakan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri, malah lebih teruk kenyataan itu dibuat selepas Anwar menyatakan keterbukaan menerima parti baru Mahathir. Mahathir tetap Mahathir diktator zalim sombong ego yang sama. Penubuhan gabungan baru dan parti baru hanya untuk memastikan legasi politik dan jaringan perniagaannya terpelihara dan dengan tindak tanduk pengkianatan orang PKR sendiri ternyata Mahathir akan menang kali kedua dengan Anwar. Pertama menyingkirkan Anwar dari dalam Bn dan kedua dia hampir berjaya menyingkirkan Anwar dari gagasan pembangkang pun.

Bayangkan beberapa minggu lepas YB Nurul Izzah Anwar, mengeluarkan surat terbuka mengenai kesihatan Anwar yang teruk dalam tahanan langsung tidak ada pemimpin pembangkang termasuk PKR menyambut kenyataan Izzah itu. Tetapi jika Mahathir berdehem sahaja kini berlumba mereka menyambut.

10. Sekali lagi ditegaskan, mood penolakan rakyat terhadap regim sangat berbeza kini. Kekuatan rakyat perlu disusun, kuatkan Pakatan Harapan selesaikan kerja - kerja house keeping seperti penubuhan seketeriat tetap yang ada pejabat dan organisasi fizikal yang jelas. Susun program - program PH turun ke rakyat dan jangan lupakan perlu ada satu logo PH. Mahathir nak tubuh parti masuk pembangkang, patut dia tubuh dan mohon masuk PH, Majlis Presiden PH putuskan bukan dia panggil dan pemimpin kita terhegeh - hegeh tersengeh dalam mesyuarat yang dia pengerusikan.

Ingat masej kena jelas dan prinsip kena teguh, rakyat sedia untuk berubah tapi sajikan mereka dengan sajian segar bukan sajian yang kita sendiri pernah yakinkan mereka bahawa ia sajian sangat kotor lagi berpenyakit.

tulisan : che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

rujukan 1 : Fitnah terbaru Mahathir , Anwar tidak layak jadi PM kerana salah laku seks klik http://www.theaustralian.com.au/news/world/anwar-did-not-have-the-moral-fibre-to-be-pm-says-mahathir-mohamad/news-story/8e418727190d919d3bbf3786eede0a30

rujukan 2 : Serangan terbaru Mahathir, Anwar tidak layak jadi PM kerana sudah tua https://www.malaysiakini.com/news/337328

rujukan 3 : Azmin akui dia dididik dan anak angkat Mahathir klik http://chegubard.blogspot.my/2015/12/13-disember-buka-mata-ramaiikatan-azmin.html

rujukan 3 : sejarah yang sedang dilupakan klik http://chegubard.blogspot.my/2016/07/sejarah-yang-sedang-dilupakan.html