Sunday, September 28, 2008

Cikgu Razak, Timbalan Ketua Rembau dalam Majlis bersama Peyakin




Terus sampaikan bantuan walaupun diugut dan diganggu

Nampaknya Umno tidak pernah mahu berubah, malah makin parah kejahatanya ! Bermula sebulan lalu YB ADUN umno Chembong telah menghubungi pemilik rumah kedai tempat keADILan Rembau menyewa ruang Pusat Khidmat Rakyat. Beliau melahirkan rasa kurang senang kepada pemilik rumah kedai tersebut kerana menyewakan kepada keADILan. Malah ada orang Umno Rembau yang menawarkan kepada pemilik rumah kedai tersebut bayaran yang lebih tinggi dari apa yang kami bayar asalkan Pusat Khidmat Rakyat tersebut boleh ditutup.

Tidak tahan dengan perbagai aktiviti yang mendapat liputan akhbar harian tempatan ada ahli politik setempat juga telah menghubungi beberapa wartawan akbar tersebut untuk memberikan 'amaran lembut' agar jangan beri ruang sangat kepada kami.

Alhamdunillah bulan Ramadhan ini keADILan Rembau melalui Tabung Jejak Fakir berjaya mengumpulkan beberapa ribu wang derma dan zakat untuk kami agihkan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan. Sememangnya di Rembau sendiri banyak golongan yang memerlukan. Tabung Jejak Fakir juga telah membantu bukan sahaja di Rembau tetapi hampir seluruh Negeri Sembilan malah sehingga ke golongan miskin di Utara Semenanjung, Gelang Patah, Johor dan bantuan juga teragih sampai ke Sarawak.

Ini mungkin sedikit merimaskan Umno Rembau. Rumah Anak Yatim yang kami salurkan sedikit bantuan dihubungi oleh ADUN Chembong bertanyakan 'Kenapa bekerjasama dan terima bantuan keADILan?'..... Beberapa teman wanita Umno yang turut membantu kami mengesan golongan miskin, anak yatim dan warga emas juga turut menerima padah apabila diberi amaran dan mula disisihkan oleh Umno.

Alangkah buruknya cara berpolitik sebegini...?

Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan terpaksa mengumumkan akan melantik Pegawai Khas di setiap Daerah untuk mengenal pasti golongan miskin. Ini juga pembaziran kenapa perlu di bazirkan wang rakyat untuk membayar gaji dan pencen lantikan pegawai yang tidak perlu. Masalahnya bukan mengesan tetapi agihan bantuan secara pilih bulu dan ketirisan dalam agihan.

Contohnya Abdullah Badawi, Perdana Menteri datang ke Negeri Sembilan sampaikan cek agihan zakat yang dikutip Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kepada semua wakil rakyat BN sahaja. Dilaporkan media gambar ADUN KOTA, Rembau menerima replika cek sebesar pintu bernilai lebih RM100,000. Malangnya bagaimana dengan fakir miskin yang turut berada dalam DUN yang diwakili PAKATAN seperti Paroi, Ampangan ataupun Sikamat ? Hari ini sekali lagi SINAR HARIAN melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan berbuka puasa di Kota bersama 500 orang dan menyampaikan lagi wang zakat kepada ADUN KOTA dengan jumlah wang lebih RM166,000. Ini sudah melampau.... acara yang dipenuhi bendera Umno ambil wang zakat yang dibayar kepada kerajaan Negeri.

Pengarah Majlis Agama ataupun Mufti Negeri Sembilan perlu menjelaskan perkara ini, jika tidak che'GuBard menyeru supaya umat Islam di Negeri Sembilan memboikot dari membayar zakat di Negeri Sembilan. Wang zakat juga terguna untuk anjur program Umno...?

Pembayar zakat atas nama Kerajaan bukan Umno...yang bayar zakat juga ada bukan penyokong Umno.... Ada persoalan cheGuBard juga guna lambang parti.... jawapanya ialah cheGuBard terang terang kumpulkan wang sedekah, derma dan zakat dari teman - teman atas nama parti...malah ada penyumbang yang minta resit kami beri resit parti... tetapi di Majlis Agama mereka tidak berani beri resit Umno.

Walaupun apa ugutan dan tekanan yang diberikan InsyaAllah kami tidak akan gentar cuma sedikit kesian dengan teman dari Umno ada yang ikhlas bantu kesan golongan memerlukan yang tidak dibantu Umno (kerana tak glamor mungkin) telah diberikan tekanan.

Hari ini seawal jam 10 pagi, telah menjelajah sekitar DUN Chembong naik ke rumah golongan yang memerlukan ini. Ada yang menitiskan air mata kerana terharu dengan kehadiran kami...








Singgah sahur : budaya gotong royong terus subur

Malam semalam dalam kesibukan sempat meluangkan masa bersama teman - teman Taman Jasmin, Senawang dalam DUN Paroi/ Parlimen Rembau. Persatuan penduduk di sini begitu aktif menghidupkan semangat bergotong royong. Berlatar belakangkan Skim Kepolisian Masyarakat mereka sentiasa mengadakan perbagai program gotong royong.

Malam tadi mereka mengadakan aktiviti memasang peliti, membakar lemang sambil memasak sup. che'GuBard sempat singgah (2.30 pagi) sahur bersama mereka. Sup kaki ayam yang sedap sehingga bertambah, kerana kagum dengan kesungguhan mereka menghidupkan semangat gotong royong che'GuBard bagi pihak keADILan Rembau sempat sampaikan sedikit sumbangan kewangan yang tak seberapa kepada mereka.

Berbual dan bertanya khabar. Banyak cerita menarik dari 'jaga kampung sukarela ini..'
Tahniah buat penduduk setempat, semoga amalan mereka menjadi ikutan yang lain. kadar jenayah dan kegiatan tak bermoral sekitar juga berjaya diturunkan.
Sempat 'possing gambar' untuk akhbar Sinar Harian
Selepas Taman Jasmin destinasi nak singgah sebentar melawat Bazar Ramadan, Dataran Senawang. Konvoi kami berhenti sebentar di depan Taman Polis, Senawang kerana melihat anak-anak nakal sedang merosakan papan tanda keselamatan jalanraya, tetapi mereka yang 'cekap' telah sempat lari semuanya sebelum kami sempat turun kereta. Atas ialah gambar papan tanda yang telah mereka 'gubah semula'. Persoalanya bagaimana ibu bapa boleh membenarkan anak anak sekitar usia sekolah rendah merayau jam 3.00 pagi.


Di Bazar Ramadhan, Dataran Senawang sempat berbual mesra dengan teman anak muda.

Titisan air mata ibu.....

Selepas solat Jumaat, che'GuBard terus memandu kereta sendirian menuju rumah Flat di Paroi untuk mengambil seorang ibu dan sepuluh orang anaknya. Keluarga ini amat kesempitan hidup, semenjak suaminya mengalamai ' semput teruk' yang menghalangnya membuat sebarang kerja kuat anak - anak ini terpaksa berdepan dengan kesempitan. Tidak cukup makan adalah perkara biasa bagi mereka. Anak ke dua yang sepatutnya kini berada di Tingkatan Empat sudah setahun tidak ke sekolah kerana tidak cukup wang. Nasib baik anak sulong mereka merupakan Juara Tinju peringkat sekolah Malaysia maka dia mendapat bantuan pelajaran.

Nak makan pun susah jauh sekali memiliki baju baru menjelang Aidilfitri. Anak - anak keluarga inilah dibawah Program Tabung Jejak Fakir kami bawa untuk membeli pakaian baru sempena hari raya. Sampai sahaj di flat itu anak - anak ini terus menyerbu ke kereta....tergambar sangat kegembiraan mereka kerana tidak sabar memiliki baju baru seperti teman seusia mereka.

Kedai Ayah Man, Dataran senawang destinasi kami. Seronok sangat pengalaman membeli baju raya bersama anak - anak ini. Sebak rasa hati apabila anak sekecil 7 tahun secara sedar sendirian memilih baju yang termurah. Bila ditanya dia mengatakan 'tidak mengapa baju murah pun cantik'..... namun che'GuBard sendiri ingatkan mereka pilih sendiri mana yang hendak tanpa tengok harga InsyaAllah pakcik ada.

Takdir Allah.... seorang hamba Allah datang dan memasukkan RM100 ke poket cheGuBard 'katanya terima lah cikgu beri juga peluang saya beramal...' , cheGuBard ucapkan terima kasih malah diterangkan bukan semua wang peribadi tetapi sebahagian besar sumbangan yang masuk ke tabung Jejak Fakir.

Sebelum beratur di kaunter untuk membayar , che'GuBard sempat meminta ibu keluarga itu memilih satu baju kurung untuk dirinya. Serentak dengan itu mungkin sudah tidak tahan sebak dia menitiskan air mata...katanya 'tak apalah tuan saya sudah amat besar hati bila tengok anak anak saya gembira pilih baju raya....itu dah buat saya cukup gembira...sebab ada orang yang mampu beri apa yang kami tak mampu beri buat anak kami....'...





ADUN Paroi, YB Taufek juga turut hadir sama bantu pilih baju raya buat anak - anak ini. Yb Taufek juga pandu kereta sendirian ambil dan hantar keluarga ini dari rumah ke Dataran senawang. Sebelum turun kereta baru saya teringat butang baju melayu tak dibeli... lantas cheGuBard berikan sedikit wang untuk membeli butang baju melayu buat anak - anak kecil. Ibunya menangis sekali lagi katanya 'saya betul betul malu dan terima kasih tuan....'

cheGuBard kata syurkur hanya pada Allah dan terima kasih pada pembaca blog yang sudi menghulur zakat / derma. Kata ibu itu sampaikan salam dan terima kasih kepada insan yang membantu tersebut.

Sebelum melambai balik cheGuBard ingatkan ibu tadi 'jangan panggil tuan ...tuan...sebab cheGuBard pun orang susah juga...hehehehe'

Thursday, September 25, 2008

Gambar dari Majlis 23 September

23 September yang lalu bersempena dengan Ramadhan dan kebetulan Hari Ulang tahun pertama puteri cheGuBard dan Era - che'NurZaima Jahida (juga che'GuBard tarikh lahir jatuh pada 23 September juga) telah diadakan Majlis Sambutan Ulangtahun, Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan di Rumah Kanak - Kanak Istimewa Harapan.

Sengaja memilih menyambut ulang tahun pertama puteri kesayangan secara sederhana di Rumah Anak Anak Istimewa Harapan ini dengan doa dan harapan agar che'Nur di perkukuhkan semangat perjuangan dan berbakti kepada masyarakat.









p/s ; Laporan yang ditulis Sdr. Azizi

Sebentar tadi Selasa 23 September 2008 satu majlis berbuka puasa telah diadakan bersama “ahli-ahli syurga” di Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa Harapan ( Pusat Khidmat Down Syndrome DUN Paroi)anjuran Parti Keadilan Rakyat Rembau di Taman Tuanku Jaafar , Sg Gadut , Senawang. Program ini juga adalah sempena meraikan hari ulangtahun kelahiran Ketua Bahagian Rembau, Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan puterinya, Che'Nur Zaima Jahida.

Terdapat 10 orang anak-anak istimewa di sini yang di bawah penjagaan sepasang suami isteri secara sukarela iaitu Encik Azizan dan Puan Siti. Mereka telah memulakan pusat ini lebih 5 tahun yang lalu. Penghuni pertama ialah adik Mohd Raziz Shah yang kini berusia 7 tahun.
Adik Raziz hanya mampu baring sepanjang masa. Segala makan, minum, pakaian dan keperluan ke bilik air diuruskan oleh pasangan suami isteri tadi.

Bukan mudah untuk memelihara 10 orang anak-anak istimewa ini , tambahan pula mereka ini bukanlah anak-anak Encik Azizan dan Puan Siti. Mereka dengan rela hati memelihara dan membesarkan semua anak-anak istimewa yang ditempatkan di sini, hasil usaha mereka sendiri dengan bantuan dari masyarakat dan pimpinan setempat.Dalam ucapannya, Chegubard telah menggelar suami isteri ini sebagai "WIRA TANPA NAMA" kerana kesabaran dan keikhlasan suami isteri ini dalam membesarkan anak-anak istimewa ini tanpa mengharapkan pangkat, darjat atau nama.

Tersentuh ucapan yang dibuat oleh YB Tn Hj Taufek , ADUN Paroi memberitahu para hadirin bahawa betapa bertuahnya dapat menghadiri majlis bersama ahli-ahli syurga, kerana anak-anak istimewa ini tidak pernah membuat dosa dari sejak mereka dilahirkan, dan mereka akan ditempatkan di syurga nanti , insyaALLAH.

Antara yang turut hadir serta memberi sumbangan kepada pusat ini dalam majlis tersebut ialah YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Ahli Parlimen Telok Kemang , YB Tn Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi serta para penyokong Keadilan dan PAS

Memang terasa kelainan berbuka puasa dan melihat sambutan ulang tahun bersama anak-anak istimewa ini di tempat mereka dibesarkan. Tidak seperti membawa mereka ini berbuka puasa di tempat yang eksklusif.

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT BAHAGIAN KUALA PILAH

1. Merujuk kepada laporan Buletin Utama TV 3 Jam 8.00 malam bertarikh 16hb. September 2008 dan Berita Harian bertarikh 17hb. September 2008 berhubung dengan kenyataan YB Ahli Parlimen Kuala Pilah YB Hasan Malek yang berbunyi:-

i. Beliau didatangi oleh wakil pembangkang yang menawarkannya menyertai Pakatan Pembangkang dengan dijanjikan sejumlah wang serta kedudukan dalam kerajaan.


ii. Timbalan Ketua UMNO Kuala Pilah itu telah didatangi duta kecil telah menghubungi dan bertemu beliau sehingga lima ke enam kali bagi memujuk beliau menyertai Pembangkang, dengan janji berkali ganda lebih baik berbanding apa yang beliau perolehi sekarang.


iii. Beliau menolak tawaran tersebut kerana beliau ada maruah dan kedudukan sebagai Ahli Parlimen bukan jawatan boleh dijual beli. Tawaran tersebut adalah tindakan terdesak dan tidak bermoral.


iv. Tindakan Pembangkang mendabik dada kononnya mahu jadi kerajaan kelas pertama menentang segala unsur rasuah.


Susulan daripada kenyataan beliau tersebut, duta kecil yang dimaksudkan beliau itu telah dipanggil untuk memberi keterangan oleh Badan Pencegah Rasuah di Seremban pada 17hb. September 2008, dan duta kecil yang dimaksudkan itu juga adalah merupakan Ahli Jawatankuasa PKR Bahagian Kuala Pilah.


2. BERIKUT ADALAH KENYATAAN RASMI PKR BAHAGIAN KUALA PILAH BERHUBUNG DENGAN KENYATAAN YB HASAN MALIK TERSEBUT :-

Atas kepercayaan kepada konsep kejujuran, keikhlasan dan ketelusan dalam agenda Perjuangan Rakyat, merasuah, menyogok serta menjanjikan pangkat kepada seseorang bukanlah amalan kami. Oleh yang demikian:-


i. Kami menafikan pernah melantik agen atau wakil atau duta kecil seperti yang didakwa dan juga menafikan pernah menawarkan YB Hasan Malek sejumlah wang dan kedudukan dalam Kerajaan kepada beliau, kenyataan itu adalah semata-mata pembohongan beliau yang cuba mencari polulariti murah dalam keadaan UMNO yang sangat lemah dan kucar kacir dan dalam kekuatan rakyat mendesak agar terbentuk sebuah kerajaan baru pimpinan Pakatan Rakyat.


ii. Parti Keadilan Rakyat Pusat, Perhubungan Negeri dan Bahagian tidak pernah melantik secara khusus apa yang dinamakan YB Hasan Malek sebagai Duta Kecil kepada sesiapa untuk memujuk beliau bagi menyertai PKR ataupun Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Baru, malah bagi melaksanakan agenda perubahan tersebut Pimpinan PKR telah menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuklah YB Hasan Malek untuk bersama-sama membina Malaysia Baru yang menjamin kesejahteraan Rakyat tanpa mengira kaum.


iii. Sekiranya YB Hasan Malek mempunyai maruah dan mempunyai kedudukan sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan seperti yang dibanggakannya, beliau pasti tidak akan membuat pembohongan melulu dan penganiayaan kepada duta kecil yang dimaksudkan tersebut. Malah beliau sendiri tidak bertanggungjawab keatas rakyat yang diwakilinya di Kuala Pilah kerana banyak perkara yang tidak mampu beliau suarakan di Parlimen, dakwaan tidak bermoral yang ditujukan kepada PKR dan Pakatan Rakyat itu adalah terkena kepada beliau sendiri.


iv. PKR tidak mendabik dada dengan angkuh dan sombong, tetapi bersungguh-sungguh dengan perasaan insaf dan sedar untuk membentuk dan menjadi sebuah Kerajaan kelas pertama atau The Good Governance yang akan dihormati oleh semua pihak.


3. Kami menyimpulkan, kenyataan YB Hasan Malek itu sebagai “melahirkan rasa bimbang,cemas dan gelisah beliau bahkan seluruh Pimpinan UMNO dan Barisan Nasional terhadap gelombang Peralihan Kuasa Kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat dan kenyataan beliau itu juga melambangkan kecelaruan fikiran yang berlaku dalam Parti tersebut.”


Terima kasih.


Hazman Hashim
Setiausaha
Parti Keadilan Rakyat Bahgian Kuala Pilah.

Wednesday, September 24, 2008

7 Oktober - Mahkamah akan putus pemindahan kes

Gambar terbaru DSAI dan DSWA ketika tiba di perkarangan mahkamah
yang disambut oleh penyokong yang hadir seawal 7 pagi lagi.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 7 Oktober bagi memutuskan sama ada kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dipindah ke Mahkamah Tinggi.

Ia diputuskan sebentar tadi.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

dibawah pula ialah kenyataan penuh DSAI semalam mengani pembentukan kerajaan.

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.

Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara. Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri - di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan.

Continue reading ‘Langkah Seterusnya Untuk Membentuk Kerajaan’

Tabung Jejak Fakir terus terima bantuan

Alhamdunillah pagi ini seorang insan Puan Ainon dari Terengganu telah menyalurkan RM1000 yang merupakan sebahagian zakat hartanya bagi tahun ini untuk mewakilkan pihak J/kuasa Jejak Fakir agihkan kepada golongan yang amat memerlukan.

Sebelum itu J/kuasa Jejak Fakir telah bersetuju menyalurkan RM 400 (wang zakat) kepada Yayasan Aman untuk menambah lagi bantuan yang mereka sedang giat salurkan kepada golongan asnaf di Utara Semenanjung khususnya mereka yang masih menderita kerana bencana banjir baru - baru ini . RM 200 pula akan disalurkan kepada Parti Keadilan Sarawak untuk agihan segera kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Baki wang Insya'Allah akan di peruntukan kepada projek khas di perkampungan orang asli. J/kuasa Jejak Fakir telah mengesan perkampungan orang asli yang agak terpinggir malah ada dikalangan mereka yang pernah memeluk Islam kembali kepada agama asal mereka atau bertukar ke agama lain kerana tidak mendapat perhatian.

Berikut ialah gambar program pemberian bantuan makanan dan wang tunai kepada golongan asnaf di Machap Melaka yang telah diadakan pada 21 September yang lalu.

Tuesday, September 23, 2008

profile che'GuBard

Badrul atau lebih dikenali sebagai “Che'GuBard” adalah seorang aktivis rakyat dan seorang pemimpin muda yang berpengalaman luas dan lantang dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat. Anak jati Negeri Sembilan ini membesar dalam keluarga sederhana.che'GuBard telahpun mendirikan rumah tangga dengan Zarerah Hanim Md Zaki dan dikurniakan dua cahayamata.

Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2000, beliau mengajar di beberapa sekolah di Negeri Sembilan. Keinsafan dari melihat sendiri bagaimana negara sedang dihancurkan oleh kelompok orang politik berkuasa yang tamak telah menyebabkan beliau meninggalkan kerjayanya sebagai guru lalu memilih untuk aktif bersama Parti Keadilan Nasional. Keputusan meninggalkan kerjaya guru juga kerana tekanan yang dihadapi selepas polis datang dan menahan beliau ketika sedang mengajar kerana ceramah tanpa permit yang diadakan dua minggu sebelum itu. Selain menyertai parti beliau juga aktif dalam aktivisme gerakan reformasi. Beliau terlibat dalam melahirkan beberapa laman web seperti black14.net dan banyak lagi. Pelibatan tidak terbatas termasuk menganjurkan demonstrasi, ceramah sehinggalah kepada aksi isu-isu pembelaan rakyat.

Dalam usia yang amat muda dan tanpa pengalaman politik pada tahun 1999 beliau salah seorang terlibat dalam menubuhkan Parti Keadilan Nasional (yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat) di N.Sembilan. Tahun 2001 beliau telah menawarkan diri dan menang dalam pemilihan Exco Pemuda Keadilan Malaysia dengan undi tinggi dalam kelompok 10 yang teratas.

Bermula dari anak kampong biasa beliau mendaki puncak dan matang dalam perjuangan. Beliau juga banyak terlibat dalam dunia aktivis peringkat antara bangsa. CheGuBard pernah menghadiri beberapa seminar dan latihan yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa. Antaranya, penglibatan awalnya di peringkat antara bangsa ialah kursus media mengenai teknik untuk berhadapan dengan media elektronik yang dianjurkan oleh Frederick Naumann Stiftung di Bangkok, Thailand pada Julai 2003. Selain daripada itu, beliau turut mengikuti seminar mengenai kerelevanan parti-parti berunsur sosial demokrat dan gerakan progresif Asia Timur dan Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Frederick Ebert Stiftung di Manila, Filipina dan banyak lagi

Pada tahun 2006, beliau telah terpilih antara 20 aktivis muda Asia untuk menyertai latihan hak asasi manusia yang dianjurkan oleh Yayasan Memperingati Tragedi 18 Mei di Gwangju, Korea Selatan. Oleh kerana keaktifannya dalam bidang kemasyarakatan dan ketekunannya, beliau telah terpilih sebagai pelajar terbaik yang justeru melayakkan beliau untuk mendapat biasiswa penuh tajaan Kerajaan Korea Selatan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana di Universiti Sungkonghae, Seoul, Korea Selatan.

Kesempatan berada di bumi asing telah dipergunakan sepenuhnya untuk menimba pengalaman dan membina jaringan antarabangsa. Beliau berpeluang untuk menyaksikan bagaimana pergerakan sosial di Korea Selatan berkembang.

Beliau sering mendapat undangan sebagai panel dalam banyak forum antara bangsa. Beliau juga merupakan setiausaha jawatankuasa penaja ASEAN Activist Forum yang dipengerusikan oleh NurKholis seorang aktivis muda Indonesia yang juga Timbalan Pengerusi Komisi Hak Asasi Indonesia.

Selain politik, Badrul juga mahir dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Beliau adalah Pengurus Pemasaran dalam beberapa syarikat swasta semenjak tahun 2003. Badrul pernah terlibat dalam Gerakan Belia dan Kebudayaan Di peringkat kebangsaan dan negeri. Beliau pernah bersama sebagai tulang belakang Persatuan Seni Budaya NS, Anak Teater Seri Melewar, dan menjadi pengerak sebuah pertubuhan seni silat yang menjadi badan pendiri PESAKA di NS. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah kerana penglibatannya di dalam gerakan belia dan kebudayaan.

Penglibatan Badrul sebagai aktivis sosial berada di tahap kemuncak apabila beliau bersama-sama dengan beberapa orang teman menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (GERAK) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Namun apabila GERAK mampu bergerak aktif Badrul meletakkan jawatan sebagai Eksekutif Ko ordinator, agar memastikan GERAK benar bebas dari pengaruh politik

GERAK telah menjadi sebuah organisasi yang terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam usaha memerangi rasuah. GERAK kini dianggotai oleh 10,000 orang sukarelawan dan bergiat di arena antarabangsa. Namun oleh kerana sebab yang amat mengecewakan GERAK yang mula membesar dan diterima dalam dan luar negara telah 'hancur' dengan sendirinya.

Badrul telah mencipta sejarah bagi dirinya apabila beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang termuda yang memang bertanding sewaktu Kongres Parti Keadilan Rakyat pada Mei 2007 dengan undi yang agak tinggi dalam keadaan beliau sendiri berada di luar negara.

Menyertai pemilihan KEADILAN 2010 dengan menawarkan diri sebagai calon Ketua Angkatan Muda Malaysia namun tewas kerana 'penyelewengan demokrasi' yang serius. Sehingga kini aduan lengkap bersama fakta bukti yang dihantar gagal dijawab oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti mahupun Setiausaha Agung parti.

Beliau kini juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Rembau. Selain itu beliau juga pengasas sebuah gerakan muda yang diberi nama Solidariti Anak Muda Malaysia. SAMM mula bergerak sejak 2004 lagi.

Selamat ulangtahun pertama "DOPOT"


23 September kali ini tidak seperti 23 September yang sering berlalu.... tahun 1978 pada waktu ini mama telah melahirkan cheGuBard di Hospital Seremban. Cerita mama cukup susah setelah lama berperang tetapi tidak berjaya juga akhirnya cheGuBard dilahirkan melalui pembedahan, dan semenjak itulah mama mengadap anaknya ini sehingga hari ini..kekadang anak ini masih nak bermanja dan rindu mamanya.... terima kasih mama dan papa..serta tak lupa Along...cheGuBard terbina dari keluarga ini.

23 September tahun lepas ketika berada di 'bumi kimchi'...cheGuBard berpeluh dalam musim sejuk kerana secara tiba - tiba panggilan telefon awal pagi dari Era dengan n ada tersekat - sekat.... "tergelincir dalam bilik air.... pergi ke Hospital dan Doktor kata mungkin terpaksa dilahirkan anak perempuan cheGuBard dan Era".....

Nasib Kiah ada untuk mengadap semuanya... Maka lahirlah bayi perempuan yang comel.... Semenjak itu cheGuBard pula bergelar 'papa' ... dinamakan che'Nur Zaima Jahida.... arwah bapa mertuaku pula sering menegur ketika aku sering memanggil che'Nur dengan nama DOPOT... katanya beri nama panjang panjang tapi tak gunakan ....apa maksud "DOPOT' ...entahlah tapi bunyi manja....

che' mengambil semangat Ernesto "Che" Guevara
Zaima Jahida bermaksud Ketua Pejuang Wanita "Jihad"
Nur diberikan oleh neneknya untuk melembutkan sedikit nama yang terlalu keras katanya.

Hari ini 23 September hari uloangtahun kelahiran cheGuBard dan che'Nur Zaima Jahida. Terima Kasih kepada semua yang banyak membantu dalam hidup ini...khususnya mama , papa, IUsteri tercinta Era, Along, Guru Utama yang banyak membimbing dan 'membuka rahsia'...serta rakan - rakan seperjuangan. Terima kasih juga kepada yang menghantarkan komen, email dan sms serta panggilan telefon ucap selamat....

Selamat Hari Jadi anak ku.... doa papa agar che'Nur membesar sebagai 'pejuang'.

Kebetulan bulan Ramadhan maka.. Majlis Sambutan ulangtahun akan diadakan dalam suasana majlis berbuka puasa meraikan anak - anak istimewa dan penyampaian bantuan. Jam 6.30 petang, 23 September di Rumah Kanak - Kanak Istimewa Harapan. Untuk pertanyaan program tersebut boleh hubungi 0123696474 (Azizi)

Monday, September 22, 2008

Persoalan yang perlu difikirkan


16 September tiba - tiba Perdana menteri Malaysia, Abdullah Badawi telah bertukar potfolio dengan Najib Tun Razak, Timbalanya. Potfolio yang bertukar ialah Najib menjadi Menteri Kewangan dan Abdullah memegang Menteri Pertahanan.

Serentak dengan itu perbagai khabar muncul. Seperti biasa media arus perdana terus diperkudakan untuk menunjukkan kekukuhan kerajaan Bn. Maka tersiarlah komen pemimpin-pemimpin Umno/Bn yang mengatakan pertukaran itu bagus dan melambangkan kelancaran dan keikhlasan Abdullah ke arah peralihan kuasa.

Komen seperti terus mendesak perlahian sudah tentu tidak diberi ruang utama. Sebenarnya ini mungkin berlaku kerana desakan dalaman Umno itu sendiri, tetapi percayalah walaupun pertukaran itu melibatkan Najib menjadi PM dan Abdullah menjadi TPM juga tidak akan dapat meredakan kemelut dalaman Umno/ Bn.

Dalam sidang media yang sama Abdullah seolah memberikan 'tembakan' menyatakan Anwar boleh ditahan ISA kerana mengancam ekonomi negara. Anwar dijadikan alasan untuk menutup kelemahan Abdullah yang sememangnya menjadi punca utama kekalutan ekonomi negara. Sudahlah Abdullah lembab kerakusan menantu, anak-anak dan kerabat yang rapat di kelilingnya yang begitu tamak lebih memparahkan negara ini. Jika kerana mengancam ekonomi negara boleh ditahan ISA maka sudah tentu Abdulllah dan Khairy serta kerabat kelilingnya yang patut ditangkap dahulu.

Kita juga harus fikirkan kenapa pertukaran ini berlaku.... cheGuBard mendapat satu email yang mengingatkan agar tidak memandang ringan pertukaran potfolio itu. Ketika MAGERAN, kononya Abdullah merupakan Setiausaha bilik gerakan negara. Maka walaupun dia lembab dan lembek tetapi dia punya pengalaman menghancurkan demokrasi negara melalui MAGERAN.

Ramai yang mengatakan juga kerana Abdullah mahu mengalihkan kelemahan ekonomi ke atas bahu Najib... mungkin ini juga ada hujahnya... Menteri Kewangan di berikan kepada Najib tetapi mengapa tidak lubuk wang negara iaitu Khazanah Holding yang seharusnya dipengerusikan oleh Menteri Kewangan...? Jawatan baru iaitu timbalan pengerusi diwujudkan di Khazanah untuk menempatkan Najib selaku menteri kewangan.These are just some of the questions the corporate guys are asking following last week's portfolio swap.

Cukup pelik, kita tinjau sedikit !!. "Share Capital" diperbadankan 1993 dimiliki oleh Min of Finance Inc. Melalui Khazanah ini dikuasai semua gergasi korporat besar , lebih 50 gergasi korporat yang bernilai lebih US$20 bilion seperti Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, CIMB Group, Proton Holdings Berhad, PLUS Expressways Berhad, Malaysian Airline System Berhad, and Malaysia Airports Holdings Berhad. Inilah lubuk berkubang Khairy, Kamaludin dan kerabat kroni Abdullah...jika Khazanah dikawal sepenuhnya Najib akan terlondehlah jenayah keluarga Abdullah. Tetapi sebaliknya Abdullah mengambil penuh Kementerian Pertahanan yang juga banyak menyimpan skandal jenayah korupsi Najib... nampaknya Abdullah tidak selembek disangka...!!! Najib mungkin terkena getahnya...

gambar dari Jejak Fakir - 20 & 21 Sept.2008

Atas semangat Ramadhan dan atas kepercayaan teman - teman yang menghulur derma dan memberikan kepercayaan untuk menyampaikan zakat maka keADILan Rembau terus menjejak golongan terpinggir yang amat memerlukan.

20 September 2008, di rumah Sdr. Jalil, bertempat di Felda Hutan Percha, Melaka (dalam DUN Machap) telah diadakan Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian bantuan zakat. Seramai 7 orang penerima terdiri dari ibu tunggal, pesakit parkinson yang hilang punca pendapatan untuk menanggung keluarga dan keluarga yang dihimpit kemiskinan. Sumbangan makanan dan wang tunai adalah dari Tabung Jejak Fakir dan sumbangan Bahagian Alor Gajah. Turut hadir sama ialah Ginie Lim (bekas calon DUN Machap) dan beberapa pimpinan bahagian seperti Abu Bakar, Yusof Saad dan Hj Syarif. Selepas berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah rombongan cheGuBard terus bertolak ke Masjid An Naim,Durian Tunggal untuk t
arawikh dan kemudian menghadiri ceramah umum yang diadakan di kawasan berhampiran.

21 September 2008, bermula seawal selepas Zuhor, Konvoi Jejak Fakir yang turut disertai Cikgu Razak (Timbalan Ketua Bahagian Rembau), Sani dan Zairul (Penyelaras AMK Rembau), Norazizi Aziz (setiausaha bahagian), Yusof Tapa (Penyelaras DUN Kota) dan turut bersama ialah kumpulan aktivis Persatuan Ibunita Rembau.

Destinasi konvoi Jejak Fakir kali ini ialah Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau dalam DUN Chembong. Kampung ini kononya ialah kawasan paling kuat Umno di DUN ini kerana ia kampung ADUN Chembong
.

Kampung ini kami pilih kerana antara tempat yang banyak mendapat rungutan mengenai aduan dan kesusahan rakyat yang tidak diambil peduli. Walaupun mereka mengakui mengundi Bn kerana terpesona dengan janji kampung tersebut akan mendapat perbagai keistimewaan kerana YB orang kampaung tersebut..... tetapi bukan keistemewaan yang diperolehi malah rakyat yang datang mengadu tidak mendapat layanan.

9 keluarga yang hampir kesemuanya terdiri dari warga tua dilawati, bantuan makanan dan sedikit wang tunai di agihkan kepada 9 keluarga yang dilawati.

Jam 6.00 petang tiba di Felda Sendayan. Bertempat di rumah Sdr. Mustafar telah diadakan Majlis Berbuka Puasa, Agihan Bubur Lambuk Percuma dan penyampaian bantuan zakat.

Majlis yang dimulakan seawal 5.00 petang menyaksikan Mesyuarat Penubuhan JDM Seri Sendayan dan JDM Felda Sendayan. Selepas itu 6.00 petang sebanyak 200 pek bubur lambuk diagihkan. Majlis berbuka puasa bersama Jawatankuasa JDM Sendayan, JDM Seri Sendayan dan Jawatankuasa Bahagian Rembau turut disertai penduduk setempat.

Selepas solat Maghrib penyampaian bantuan disempurnakan kepada dua keluarga yang memerlukan. Selepas solat tarawikh bersama penduduk setempat di Surau Sendayan kesempatan berkumpul digunakan untuk melansungkan Mesyuarat Pertama AJK Bahagian Rembau. Dalam Mesyuarat ini telah diumumkan beberapa nama untuk mengisi beberapa jawatan lantikan.











p/s : kami bertemu dengan seorang warga emas yang mengalami parkinson menggunakan 4 keping lampin pakai buang sehari. Dia dijaga oleh anak perempuanya yang tidak bekerja. Menantunya yang bekerja sebagai pemandu lori turut menanggung 4 orang anak yang sedang bersekolah. Sesiapa dermawan yang sudi menderma lampin pakai buang dewasa saiz L diharap tampil untuk menyumbang.

Friday, September 19, 2008

Terima kasih kerana respon BPR

Banyak email, sms dan panggilan telefon yang jumlahnya cecah ratusan respon artikel mengenai air Selangor. Terima kasih kepada semua respon dan banyak maklumat tambahan juga diperolehi.

Salah satu email diterima dari info@bpr.gov.my

Tuan/Puan,

Terima kasih kerana memberi maklumat kepada BPR.

Untuk makluman,BPR akan meneliti/mengambil tindakan lanjut terhadap
maklumat tersebut.

Terima kasih.

Pusat Pengurusan Maklumat & Tatatertib
BPR Malaysia
Putrajaya


Walaupun ia mungkin 'automatic reply' tetapi diucapkan terima kasih juga. Moga ia jaminan BPR bakal bertindak.

p/s : mungkin juga menarik untuk dibaca... Lompat bukan omongan kosong..kami sudah tengok senarai itu - PAS sila klik untuk baca lanjut

Wednesday, September 17, 2008

Siapalah yang nak 'beli' Datuk Hasan Malik nie ?

KUALA PILAH 16 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malik (gambar) hari ini mendedahkan usaha pihak pembangkang memujuknya meninggalkan UMNO dan menyertai pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, wakil pakatan pembangkang telah menemuinya beberapa kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi membincangkan tawaran tersebut.

Itulah bunyinya keratan ringkas berita yang dilapurkan di banyak media hari ini. Memang tidak dinafikan ramai ahli Parlimen ditemui termasuk yang minta bertemu selepas PRU 12 yang lalu tetapi hampir semuanya termasuk dalam kategori "influential politician".... tetapi siapa Hasan Malik ni...? Adakah dia cuba memasukkan dirinya dalam kategori "influential politican"...

Memang satu ketika dahulu Hasan Malik antara yang rapat (atau lebih tepat lagi antara orang yang sering 'mengendeng') masa DSAI menjadi TPM.... tetapi kini dia yang paling kuat pukul DSAI... biasalah politician murahan...bila orang ada kuasa jilat bila tak berkuasa hamput...

Hasan dicabar untuk buat laporan BPR dan dedahkan siapa yang tawar dia jawatan dan RM tu dan berapa harga dia yang diletakkan oleh 'agen' itu.... ? Oii Pak Cik Hassan jawab yo....

Surat pembaca mendedahkan isu Air Selangor ?




D
di atas ialah surat yang dihantar kepada cheGuBard melalui email seorang pembaca blog cheGuBard.blogspot.com surat ini mendedahkan bagaimana Jutawan 'air' Selangor cuba berusaha menggagalkan pengambil alihan Air Selangor oleh Kerajaan Negeri untuk manafaat rakyat.

Jutawan Air Selangor ini dikatakan membuat memorandum palsu dari Kontraktor dengan memaksa semua kontraktor menandatangani memorandum tersebut. Begitu juga dia memaksa semua kakitangan di bawahnya mencari tandangangan sekurang kurangnya 10 orang - 20 orang untuk menadatangani memorandum membantah pengambilalihan tersebut. Bayangkan jika kakitangan dibawah nya ada 1500 orang sahaja maka sudah pasti 30,000 yang menadatangani memorandum tersebut.

Turut didedahkan dalam email yang diterima ialah bagaimana perancangan seperti akan menaja beberapa program sosial seperti Briget Sungai Selangor dan menaja penulisan artikel betapa SYABAS perlu dikekalkan dibawah puncak niaga dan betapa pentingnya kenaikan 37% tahun depan dibenarkan untuk terus mencekik pengguna.

Menurut pengirim email beliau telah menghantar makluman ini kepada banyak pihak seperti Pejabat Kementerian tenaga, air dan telekomunikasi, pejabat Menteri Besar dan BPR tetapi tidak ada sebarang respon malah pihak media juga menolak untuk menyiarkan berita mengenai perkara ini. Adakah Jutawan Air yang amat kaya ini ada agen di segenap inchi bumi selangor untuk memastikan setiap titik air di Negeri Selangor merupakan kekayaan beliau.

Setelah menulis artikel "Air Selangor Milik Individu"dan turut menghantar email artikel tersebut ke beberapa pihak namun juga gagal mendapat perhatian. Tidak pasti mengapa ? Adakah kerana isu membiarkan individu memiliki kekayaan melampau dengan setiap titik air kepada rakyat adakah RMbaginya tidak penting ? Malangnya apa yang diperolehi ialah email respon berbentuk ugutan / peringatan supaya menghentikan siaran isu ini kerana mungkin berdepan dengan saman dari organisasi atau individu tertentu....

cheGuBard mendedahkan sekali lagi isu ini untuk perhatian semua.... termasuk juga SYABAS, PUNCAK NIAGA mahupun individu itu sendiri untuk memberikan penjelasan....