Malam keputusan PRU 12 saya seolah hilang punca. Melalui kiraan pantas iaitu maklumat dari semua ajen kiraan undi saluran / peti undi keADILan mendahului kira kira 100++. Namun angka yang diterima bukan angka rasmi. Banyak ketua pusat mengundi pula menafikan hak agen kiraan undi keADILan mendapat salinan borang 14. Selepas maghrib suasana di Pusat Penjumlahan di Dewan Merdeka, Rembau agak tak tentu arah. Saya mengambil keputusan untuk terus berada di Bilik Gerakan keADILan Parlimen Rembau (5 minit dari Pusat Penjumlahan) untuk monitor keputusan yang masuk dan cuba menghubungi semula semua agen pengiraan undi untuk menghantar borang 14 ke bilik gerakan.
Saya menghantar 3 orang untuk memasuki dewan, malangnya cuma Rozmal, agen calon sahaja yang dibenarkan masuk. Bayangkan dalam keadaan ratusan penyokong Bn di dalam dewan, apa yang Rozmal seorang mampu lakukan. Sekitar jam 9.00 malam saya sudah merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Rozmal yang saya hubungi melalui telefon seperti hilang punca. Dia mengatakan kemungkinan kiraan semula (dia juga tidak pasti) tetapi semua berlaku dengan pantas. Jam 10.15 malam dua peti undi di bawa masuk, dan 5 minit selepas itu terus calon BN parlimen Rembau di isytiharkan menang dengan majoriti 5,000 lebih.
Semenjak peristiwa itu saya mendapat ratusan panggilan telefon dari teman dan wartawan yang ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi. Maka semalam saya menganggil sidang media di SCAH, KL.
Saya istiharkan PRU 12 ini merupakan PRU paling kotor dan Rembau merupakan yang terkotor. Media, agensi kerajaan diperkuda secukupnya demi menjamin kemenangan BN. Di Rembau contohnya Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah Rembau serta 'team'nya sendiri terpaksa tunduk kepada menantu Abdullah dan menekan lawan Bn.
Begitu banyak majlis kerajaan, peruntukan kerajaan dan premis/kawasan milik kerajaan dipergunakan oleh jentera Bn demi memastikan menantu Pm menang. Tn. Rawi, pegawai daerah Rembau ketika saya hubungi melalui telefon bertanyakan kenapa menantu Abdullah boleh menggunakan kemudahan kerajaan tetapi saya dinafikan hak untuk menyewa padang Rembau ? Beliau menyatakan meluluskan atau tidak itu kuasanya... dan dia sudah membuat keputusan untuk tidak membenarkan calon lawan menantu Pm menggunakan padang dan dia juga punya kuasa untuk membenarkan menantu Pm menggunakan padang Rembau..katanya menantu Pm lain dia Bn...selepas ditanya mengenai saya juga membayar deposit pilihanraya seperti menantu Pm dan selaku pegawai yang menjalankan tugas SPR dan makan gaji yang dibayar oleh rakyat dia harus bertindak adil...dia meletakkan telefon !!!
Kejadian kedua ialah apabila banyak aduan yang saya buat seperti bahan kempen hilang, terbakar...penggunaan bendera Umno yang tidak bertanding Pilihanraya...dan banyak lagi tidak dilayan walaupun telah berkali - kali membuat aduan ke Bilik Gerakan SPR Rembau (pejabat Daerah)...saya telah menelefon ke Bilik Gerakan SPR tetapi malangnya saya ditengking oleh A.D.O Rembau dan mengugut untuk mengambil tindakan ke atas saya kerana mengganggu pegawai awam. Saya terus mencabar beliau jika anak jantan sila ambil tindakan undang undang .... dia mengatakan "dengan awak dengan Anwar Ibrahim boleh jalan.." .... saya hilang sabar dan terus mengatakan Kamu memang anjing BN dan meletakkan telefon...saya tahu penggunaan perkataan anjing itu melampau...di sini saya memohon maaf tetapi beliau juga harus mengakui tindakan beliau yang gagal memastikan pilihanraya di P131 berjalan secara adil.
Rembau telah melalui 12 kali Pilihanraya Umum. Ramai orang 'lama' di Rembau sendiri mengakui bahawa dia tidak pernah tengok pilihanraya yang sekotor ini dengan pelibatan gangster. Saya mengalami kerugian tidak kurang RM20,000 kerana banner, bendera dan poster yang hilang, dicuri, dirosakkan dan dibakar. (klik untuk pic antara kejadian bakar billboard)
Kegiatan kekasaran seperti menahan atau menghalang atau mengasari petugas pilihanraya juga wujud. Seorang yang mengaku Eksekutif kempen Khairy (putih, gebu, berjanggut) yang dipercayai bukan 'budak tempatan' sering kali cuba membuat kecoh dalam kempen individu saya. Contohnya di Masjid Rembau selepas solat jumaat saya di serbu dan dituduh berkempen menggunakan masjid. Saya tidak mempedulikan 'tentera berbayar' menantu Pm ini dan terus bersalaman melayan jemaah. Mujur kawalan keselamatan calon berjaya membawa 'tentera berbayar Khairy ini jauh dari saya. Sekali lagi 'tentera berbayar yang sama' dengan kumpulanya cuba menyerbu saya di Masjid Paroi. Kali ini mengugut dengan menuding jari dan mengatakan siap kau !!! sekali lagi kumpulan pengacau upahan Khairy ini berjaya dikuis jauh dari saya.
Kejadian kedua terjadi terhadap calon keADILan DUN Rantau dalam Parlimen Rembau. sekitar 2.00 pagi 5 hari sebelum pembuangan undi, rumah beliau di Rantau telah di kelilingkan dengan bendera BN/Umno tetapi dengan keberanian wanita lebih 50 tahun ini sendiri keluar dan menanggalkan bendera Bn/ Umno yang menceroboh tanah beliau dan memasukkan dalam plastik hitam. Mungkin tidak puas hati dengan keberanian Aisah Lamsah, sekumpulan besar petugas Bn telah mengepung rumah beliau dan meletakkan lebih banyak bendera, poster, flag line Bn di sekitar tanah rumah Puan Aisah. Laporan polis dibuat tetapi sehingga kini tiada tindakan.
Kejadian pendokong Parti Mahasiswa Negara yang hadir untuk bertemu orang kampung juga perlu diberikan perhatian. Anak - anak muda ini turun ke Rembau untuk merancakkan lagi kempen PRU 12. Namun ketika kira kira 10 orang dari mereka ingin memasuki kampung Gadong, meeka dihalang gangster Umno secara kasar. Polis yang dipanggil cuma mampu menasihatkan agar kami akur dengan gangster Umno itu. Malah kebetulkan ketika itu telah masuk waktu solat, kumpulan kami yang hendak solat di Surau Kampung itu juga dihalang bersolat.
Hari yang sama di kawasan Rumah Rakyat Astana Raja, saya diserbu oleh Ketua Wanita Umno kawasan itu yang menjerit - jerit seperti orang gila mengakatan saya tak boleh masuk kerana ini kawasan Umno. Ramai penduduk keluar untuk melihat apa yang berlaku...ramai antara mereka yang datang dan menyatakan sokongan kepada saya sambil berkata...biasalah itulah akibat menantu Pm datang bertanding sini...akak tu dah terbayang nak jadi setiausaha menteri kut...
Hari yang sama sekumpulan petugas kempen keADILan di Kampung Semin dihalang perjalanan kenderaannya oleh kereta waja WMJ 8327 warna kelabu, dan diugut supaya berhenti kempen atau nyawa melayang.
Sekumpulan anak muda yang menamakan diri mereka GERAK Mahasiswa yang hadir ke Rembau kerana menyampaikan manisfesto GERAK yang berbunyi tolak calon rasuah. Manifesto ini dihantar ke semua bilik gerakan parti politik termasuk keADILan, BN dan PAS. Malangnya petugas GERAK Mahasiswa ini telah diambil kad pengenalanya dan mereka di iring keluar dari kawasan parlimen Rembau oleh petugas BN.
Dari aspek senarai pemilih sendiri sejak dari awal sememangnya disedari kotor. Ini membuktikan SPR sudah sedia memenangkan menantu Pm. Saya sendiri telah membuat laporan polis mengenai wujudnya ratusan pengundi ragu iaitu mereka yang dibawah umur dan berumur lebih 150 tahun. Saya juga membuat laporan polis kerana 'layanan istemewa' SPR yang dengan pantas menukar status menantu Pm dari pengundi di Lembah Pantai menjadi pengundi di Gadong Rembau. Walaupun sebelum itu hanya 2-3 bulan sebelum itu dia pengundi berdaftar di Wilayah Persekutuan berdasarkan carian SPR. Bukan itu sahaja Jabatan Pendaftaran juga begitu pantas membuatkan MyKadnya yang beralamat di Gadong.
laporan penuh hari pengundian akan disiapkan pada 13 Mac ini dan akan dihantar ke kumpulan peguam untuk meneruskan tindakan bantahan. Antara kejadian yang dilaporkan ialah pemberian wang secara terbuka, dua nama sama tetapi kad pengalan berbeza (berbeza 3bulan lahir) dalam alamat rumah yang sama didapati mengundi, pengundi dibenar mengundi tanpa membawa kad pengenalan, kejadian pukul, kejadian datang mengundi tetapi nama sudah diundikan dan banyak lagi kejadian pelanggaran undang undang berlaku.
Semalam 9.30 malam saya hadir mesyuarat bersama jentera di Pejabat Gerakan PRU keADILan Rembau. Tak sangka ramai yang hadir, semua tidak mengakui kemenangan 'tipu daya' BN, mereka mendesak tindakan lanjut diambil. Semalam juga ramai yang berikrar untuk tetap meneruskan gerak kerja bukan seperti kebiasaan selepas pilihanraya terus senyap. Mereka meminta saya terus membuka Bilik Gerakan PRU untuk dijadikan pusat khidmat. Saya hanya mampu menyatakan InsyaAllah kerana sedang usaha berkira dan mencari perbelanjaan operasi sekurang kurangnya sehingga PRU 13.
Namun saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua. Memang rakyat belum menang kerana kemenangan kita dinafikan dengan tipu daya tetapi saya janji akan terus berjuang. Semua dijemput datang ke Kenduri Perdana Rakyat 15 Mac 2008, 8 malam di depan Pusat Gerakan PRU 12 keADILan Rembau (belakang Pej. Daerah Rembau).

Chegu Bard, terima sajalah dengan hati redha. Tak payahlah nak jadi sour grape pula. Be a gracious loser. Seperti kata Faisal Tehrani, ini semua adalah PROSES. Bukan penamat. Bukan sasaran akhir. Ia hanya satu perjalanan.
ReplyDeleteDah kalah tu, kalah la. Nak buat apa lagi. Kita pun bukan sempurna sangat, kan. Belajarlah menjadi 'lelaki sejati'. Menerima kekalahan dan kemenangan seadanya. Kalau PU12 ini kotor, maka kotorlah juga kemenangan PKR (dan sekutu-sekutunya yang tak sekepala pun) di beberapa tempat lain.
Saya dah kata, kalau nak berkempen -- jangalah terikut-ikut gaya KJ. Fokus kepada pembelaan rakyat; bukan macam budak darjah lima tengah bergaduh pasal guli. If you lower down yourself to KJ's level -- of course he will beat you. Dia lebih kuat dan gagah dalam 'arena yang begitu' (kata mengata).
If you want to beat him -- you should do in your own chosen arena. Tapi apa nak buat... bila biawak kecik bertemu biawak besar: pasti yang menang itu biawak juga. Saya fikir orang Rembau tak peduli pun siapa kalah siapa menang. Dua-duanya biawak hidup. Nak digalas pun tak guna.
Menyusahkan umat Malaysia saja! :)
Salam saudara bard,
ReplyDeleteSaya rasa mungkin saudara boleh menggunakan saluran Tun Dr.M bagi mengetengahkn perkara ini atas dasar sama2 mahu melihat khairy tumbang,kerana saya rasa pengaruh Dr.M masih relevan utk melihat pegawai2 kerajaan yg tersebut tunduk. Semoga berjaya! Takbir!
chegubard,
ReplyDeleteselamat berjuang! jangan biarkan pemain taktik kotor menang!
saya setuju saudara rem...
ReplyDeletedah kalah tu kalah laa
you born as loser chegubard....
lenkali kalau nk menang..tanding lawan calon yang tak dikenali dan tak berapa kuat...lawan KJ memang kalah lah...jgn menang sorang je bard...kalau pru12 kotor...memang kemenangan semua parti pun kotor gak ler...
dh kalah mengata macam2...
satu kesilapan jentera pkr ialah keluarkan video seks di antikhairy..tu kesilapan BESAR bard...buat2 laa suh dorang bertaubat..
assalamualaikum che'gu,
ReplyDeleteAlhamdulillah saya berkesempatan menghadiri sidang akhbar saudara kelmarin. Berkenaan penggunaan gangster dan "scare tactic" ia diakui oleh "entourage" KJ sendiri melalui wawancaranya dgn Malaysian Votes di: http://malaysiavotes.wordpress.com/2008/03/01/the-%e2%80%9cmoderate%e2%80%9d-mischief-of-the-bn/
Harap ada "clause" yg boleh membantu.
ZAiDi
Salam chegubard,
ReplyDeleteJgn pedulikan sgt respon busuk dkt atas tu.Kami ttp sokong saudara.Teruskan perjuangan ini. Anda antara pemuda yg plg berani. Selamat berjuang!
Wahai Suku Rembau
ReplyDeleteMalulah engkau
Suku di pilon
diasak diconggak
dikendi.dipipit,dipepah dironnak
Atas nama kemanusian
mutabat mu jatuh
Atas nama tuhan yang azali
anak-anak mu menanggis
tanah dirobak
kali disepi
Atas nama demokrasi
Ingat nama-nama yang terbilang pernah mentadbir jajahan mu
Putra Gunung Tahan yang tidak pernah membaling batu pada bangsanya sendiri bukan pertualang yang bertopengkan syaitan.
Wahai Suku Rembau
Malulah engkau
atas nama kemanusian
kau relakan dirimu diperkosa atas nama 'Cinta Hampa'
Mufakat ditolak
Quran dicemur
Bumi Rembau pasti akan disumpahi
oleh para wali-wali mu.
aku menyampah betul bila baca komen mamat rem ni kat mana-mana. memang mulut busuk cakap macam bagus tapi apa dia buat tak tau la. sabah negeri dia macam bagus sangat.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteCayo la mu Bard wey...
Mu biso Bard wey....
Jangae jadi mace KJ Bengong tu...
Nakot hapah....
Menate hok bengong doh...
Lepah ni nyo kohor bengong Menate KJ tu...
Heh... Lor ni Pok Dor loh dok wat gapo pulok... Kor dok belek gotu Jin... Haaaaa lepah ni Dor Loh lagi kuak tido... Jenero sokmo.. Gilo Pok Dor Loh....
sang rajuna tapa,
ReplyDeletekalau menyampah, jangan baca. duduklah pi bertapa dalam gua batu. sambil mengira jumlah kelawar dan anak tikus.
you problem is not me. masalah ko sebenarnya adalah diri ko sendiri. kegagalan minda ko untuk berfungsi secara normal. tak reti nak appreciate bahawa manusia ini hati dan perasaannya tak sama. masing-masing ada pendapat sendiri.
kalau saya dah mati besok pun; atau berhenti buat komen di internet -- ko akan tetap ada penyakit 'menyampah' itu. sebab dalam dunia internet memang ada jutaan 'mamat rem'. bukan satu. bukan sepuluh. bukan seribu. dan bukan saya saja!
so, untuk mengatasi masalah perasaan sampah ko itu -- cara yang paling mustajab ialah bunuh diri. nescaya lepas ini ko tak akan menyampah lagi. :)
apa aku leh KOMEN... BADRUL NIE PENIPU BESAR...
ReplyDeleteaku pun tak suka KJ gak... tapi takder laa sampai tahap badrul nie.. penipu tak hingat
aku owg rembau... aku tau keadaan time tu...
atas sesebab tertentu:-
-2 peti UNDI muat ker 5000 undi?
besar tong sampah ker PETI UNDI TU...???
- setiap peti undi untuk satu SALURAN...
biasanya satu saluran bape ramai.... 3000 owg ker???
kebiasaannya dalam 400-500 owg bagi tiap saluran..
- Saya menghantar tiga orang untuk memasuki dewan, malangnya cuma Rozmal, agen calon sahaja yang dibenarkan masuk. Bayangkan dalam keadaan ratusan penyokong Bn di dalam dewan, apa yang Rozmal seorang mampu lakukan. Sekitar jam 9.00 malam saya sudah merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Rozmal yang saya hubungi melalui telefon seperti hilang punca. Dia mengatakan kemungkinan kiraan semula (dia juga tidak pasti) tetapi semua berlaku dengan pantas. Jam 10.15 malam dua peti undi di bawa masuk, dan lima minit selepas itu terus calon BN parlimen Rembau di isytiharkan menang dengan majoriti 5,000 lebih.
pikir logik laa... 3 owg jer ker???
abis polling agen yg follow dari sekolah tu mana...
setiap peti undi yg di bawa mesti ada sorang wakil dari setiap parti... iaitu dari sekolah ke pusat penjumlahan undi...
lagipun kiraan awal di buat di pusat pengundian... so takkan agen diorg tgk jer salah kira??
5 minit lak tu... hahahaha lawak jenis apa ko buat nie badrul...
jgn laa buat malu wei...
terima jer laaa... kalah tetap kalah
badrul... hang giler glemer agaknya...
salam bad....
ReplyDeletehmmmm...
mcm mane gerakan ko lani?
apa tindakan susulan...
-ex-mprm-
jex4931
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteche'gu bard,
ReplyDeleteteruskan usaha...saya sokong...to REM, how much UMNO / KJ bayar ko untuk jadi tukang comment sepenuh masa untuk blog nih? the truth is REM...you are a bastard...
Sudah la woii, jangan dok sokong si peliwat tu. Aku heran betullah hampa semua ni... Apa lagi yang tak adil untuk hampa? Hampa ni lah Melayu yang akan menjahanamkan ketuanan Melayu sebab dok pakat dengan Cina DAP.
ReplyDelete*En Bodoh_Punya_PKR - ada apa pada Melayu, sekiranya tuan sendiri tidak menunjukkan ciri-ciri keperibadian seorang Melayu? Si Peliwat katanya. ada bukti? diri tuan sendirikah yang mengalaminya?
ReplyDeleteMelayu berpakat dengan Cina DAP? ada bukti jugakah? kalau betul ada, sokonglah dengan facts & figure. yang berpakat itu orang Melayu PKR kah? kalau benar berlaku didepan mata tuan, apa tindakan tuan semasa itu?
kalau kebebasan berkata disalahguna, inilah jadinya. cakap tanpa facts sama seperti bertindak tanpa ilmu.
dari pengamatan daif saya, yang menjahanamkan ketuanan Melayu adalah:
1. sikap & sifat yang negative -sikap malas (hanya tunggu untuk disuap), hasad-dengki, mengumpat pasal keaiban orang lain, mementingkan soal kebendaan, pentingkan diri sendiri, cakap besar tapi ilmu sedikit, tak-apa attitude, kurang ilmu Islam yang sebenarnya (hanya Islam ikut-ikutan) dan banyak lagi.
2. masalah sosial - anak-anak muda yang kurang ajar, gangsterism, lari rumah, sumbang muhrim, seks sebelum akadnikah, pengambilan dadah, pengangguran, abortion dan terlampau banyak lagi.
mungkin ada lagi, tapi bagi saya 2 ini yang paling significant.
jadi, adakah dengan memberi peluang kepada satu-satu parti politik yang diharap boleh membantu masyarakat tanpa mengira bangsa, agama menjahanamkan? kalau semua parti-parti politik tidak betul, siapa yang benar-benar betul & ikhlas?*
Salam CheguBard.. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah diatas perjuangan saudara. Tahniah juga atas kejayaan BR dalam PRU12 yang baru lalu. Teruskan perjuangan saudara kerana didalam kekalahan saudara,sebenarnya saudara telah menang. Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata. Suatu kata-kata yang amat besar maknanya..
ReplyDeleteYou'll Never Walk Alone
A,kum.......... apa crita nie...
ReplyDeletenak masuk umno plak ni. memang hang tak leh nak pakai la.. buat malu jer... hang dgn kj sama jer.
punya la teruk kena mcm2 . lastly msk UMNO. apa dah jadik.... takut tak dapat pencen kot. PIIIRAH hang,ezam n KJ boleh dok sekali la. Kipass depa kuat2 sikit. mana tau boleh jadi YB B*** Negara
Aku pun anti Khairy gak. Mmg aku anti gila2 khususnya cara dia labelkan mereka yg terbabit dalam demonstrasi sebagai beruk, tapi dia pun buat juga demonstrasi.
ReplyDeleteWalau hebat macam mana pun sifat benci aku, tapi nasihat aku pada Bard :-
(a) terima kekalahan dengan hati terbuka;
(b) jangan sebab Bard kalah, terus PRU kali ni dicap sebagai kotor, perlu diingatkan PRU kali ini lah pencapaian TERBAIK bagi semua pembangkang;
(c) bersihkan taktik web antikhairy, mmg aku setuju, video klip yg kononnya menunjukkan KJ tu mmg jelas bukan KJ. Tindakan ini seolah-olah menunjukkan "desperation" di pihak PKR. Seperkara lagi, kita ni orang Melayu, jangan kita nak samakan diri antara kita ni sebagai binatang, oleh itu, gambar2 beruk kat website antikhairy tu bagi aku mmg tak wajar. Mesti anda cakap "habis tu si KJ panggil pengamal demonstrasi beruk..tak pe pulak ? " ... jawab aku : "biarla dia kalau dia nak jadikan tu amalan dia, jangan kita turunkan standard kita pada tahap dia"
Pada KJ pun ingat sket, BUAT KERJA DI REMBAU....aku pu ORG REMBAU jugak... Kg. Batu (Stone Village) ... alaaa...jalan yg belok2 pastu nampak kubur tuuu.....
I`m Not gonna said who`s right or who`s wrong, but i`m a little bit agree with what u`v said..... Kalo kita tgk America punya stile pilihanraya.... i`m a bit to shame with what Malaysia has here..... malah dorg boleh gave pembangkang time tuk berkempen kat TV.... Kita kat Malaysia....sorry beb `boleh jalan!`
ReplyDeleteUMNO utk org Melayu...... yes!!! tapi takkan nak biarkan Melayu yg lahir ni buta hati dia & buta mata dia & buta jiwa dia. Nampak jer duit ..... ntah kemana maruah diri pegi. Be fair man!!!!
fx88
ReplyDeletesaya menyokong kuat apa yg saudari rem kata itu memang benar,rem buat begitu pasal dapat duit dan rem rasa Allah bukan nya marah sangat kat dia, kalau Allah marah kenapa tak ambil je nyawa saya.Tapi kalu Allah nak ambil nyawa rem, boleh ke Allah buat begitu?
Memang KJ dan budak2nyer samseng. Aku mewakili orang rembau memang banyak tipu muslihat dan durjana dari BN semasa PRU-12. Terlalu banyak aduan aku terima. Cite benar dan bukan rekaan k.
ReplyDeleteSemasa dalam Bilik Kira undi. 2 peti telah masuk dibawa oleh 2 pegawai polis dan 1 pegawai SPR. Salah orang kawanku (ex Pemuda UMNO)bantu jentera BN ketika itu memberitahu. Aku tak salah rakanku bantu KJ kerana dia wat kerana duit. Memang KJ kalah undi tapi menang 5000 majoriti kerana undi misteri. Mlm tu aku try kontek member aku tu tapi tak dapat. 2 hari kemudian baru dia bagitau pe yang berlaku... Pengalaman yang badrul bagitahu memang berlaku. Kepada komentar yang menuduh Badrul menipu adalah tidak patut.

bingai ke ape ko ni bro..... sblm PRU smua calon@Parti ada statistik jumlah2 pemilinh dlm parlimen.... jumlah pemilih POS dh dibgtau bpe jumlahnya....2 peti undi tu dari mane???undi pos mne???? mane blh dtg 5000 undi tu...ko igt kertas undi blh beli kt kedai ke?....apasal agen2 korg xpertikai masa time kira tu.... agak2 la nk tipu kot.... kwn pegawai SPR la....xyah la.....
DeleteKerana PKR-Melayu hancur-Melayu dicop racist.
ReplyDeleteKErana mahu menjadi PM-Anwar sanggup menggadaikan hak & maruah orang Melayu & Islam. Kalau penyokong PKR tak nmpk jugak n masih nak bukti, mmg hati mereka dah buta lah namanya tak dapat menilai apa yang berlaku sekarang.
Tanah di Perak habis diberi Cina, habis kontraktor2 bumiputera menganga tak dapat projek-kerajaan PKR buat ape?
Aku bukan pro-UMNO, tapi sekurang2nya UMNO membela nasib orang melayu-tapi PKR?? membela nasib bukan Melayu sbb takut hilang undi. BANGSAT namanye tu..
Dan,utk BArd, kalau nak menipu jangan melampau, ramai ade dekat Parlimen Rembau tu, tak ade pun kejadian mcm yg dikata-PENIPU-kau boleh jadi klon ANWAR!
aku,
yang-dulunya-penyokong-gilababas-ANWAR-tapi-kini-sudah-menyesal!
hek eleh... cakap tak serupa bikin.... kata orang main duit... diri sendiri buat tak sadar...
ReplyDeletetak faham lah.. dalam hujan lebat ada sebiji kete datang rumah.. malam pilihnaraya.. keluar seorang dua umat ALLAH yang di kenali dan nampak kealiman nya..
datang bagi ceramah pihak PR... kata rega minyak itulah inilah... kerajaan itulah inilah..
dalam brochures ada gambar kau chegu bard... pas tu buka buka alih alih ada duit... ditanya duit apa ni.. katanya sedekah... itulah citer MAK aku... duit tu aku ambil..sedekah balik kat mesjid...
pelik gaks... kenduri jarang datang..alih alih bagi sedekah malam pilihanraya... eaku jawab lah sok kek akhirat....... Entah..apa nak jadi tah.. tah sapa yang gangster tah..... tah sapa yang main duit tah sapa yang membongak tah... jumpa nanti di sana kebenaran yang sesungguhnya akan berlaku..... ameeennnn
den org rombau,den dah lamo tau perangai puak umno ini,apo sajo dia buat kat org melayu semuanya betul padahal dialah yang memusnahkan melayu,sodarlah wahai org org rombau dah 51 tahun merdeka jalan kat kg pulau tidak ponah dibosarkan,tiap kali rayo air tak do,sawah dah terbiar dek perojek umno buat longkang kat sawah air tak masuk sawah duit masuk kat umno yang jalan kan perojek.... banyak laie umno buat tapi hampeh
ReplyDeleteplease visit www.smartpirate.worspress.com
ReplyDeletekalau buruk sangka pada orang, orang pun buruk sangka pada kamu che gu. so letakkan perkataan dan tulisan dibelakang hati, dan jangan diletak dihadapan hati.
ReplyDelete:-)
ReplyDeleteSeperti biasa, ini sebuah lagi artikel yang menjatuhkan maruah melayu di mata bangsa lain di negara ini. Bila emosi mengatasi diri maka perkataan2 kesat mencurah2 di artikel/komen blog ini. Sebagai seorang melayu sebaiknya tidak menjatuhkan sesama sendiri.
Bila membaca artikel ini, perkara pertama berada di kepala adalah "dimanakah beza antara chegubard & KJ?", kedua, "apanya beza pro-chegubard dan pro-KJ?".
You all are the same people carrying exactly the same character!! Behave brothers!
p/s:-
to writer,
You wanna be a leader behave as a leader. No wonder your supporters behave like you.
to commentator,
you are all have a good thoughts, but your language shows your credibility right? So, please 'decorate' your words.
Teruskan Perjuangan...
ReplyDeleteREVOLUSI PEMIKIRAN RAKYAT UNTUK RAKYAT....DAPAT MENJAHANAM KAN DAN MEGHANCURKAN PROPAGANDA KERAJAAN SIALAN YANG SELAMA NI YANG BANYAK MEMPERBODOHKAN RAKYAT DGN CERITA DAN UNTUK KEPENTIGAN NYA SENDIRI ...MEREKA DI GUNAKAN DAN DI TINDAS TAPI RAKYAT TIDAK SEDAR....TERUSKAN KAN PERJUANGAN MU CHEGUBARD....YANG BENAR...ISLAM MELAYU KOMUNIS..
KJ MENANG SEBAB BEKAS MP REMBAU X MELAWAN ARUS, YG MENYELAMATKAN KJ HANYALAH UNDI DI CHEMBONG DAN KOTA..
ReplyDeleteCUBA KALAU PENYOKONG BEKAS MP REMBAU MERADANG, CNFIRM BARD MENANG..TP MEREKA LEBIH SAYANGKAN PARTI
O Rem hampeh kau! Kau ingat kito orang ni macam kau setakat cukup duduk kat kodai cipan jo. Cakap gomenlak tu. Kau nak mampuih dengan keris telanjang tu poilah.
ReplyDeleteermmmmmmmm...sedih aku bce komen korang nie... xgune klu kter burukkan org, walhal diri kite pun x brape btol.. kter sme2 melayu, agenda DAP. GERAKAN dan yang terbaru PARTI CINTA MALAYSIA msti de suatu yang x kne... setiap org de kepntingan sndri.. buat sesuatu mesti nk dptkn hasil walu sedikt utk dri sndri.. kter dh xleh elak bende nie, skang no 1 adalah DUIT... lbh baik kter jge pe yng msih jd mlik kter dri diambil sdikit2... cauuuuuuuuuu
ReplyDeleteSalam..Balik2 cite melayu..sy pn org melayu gaklah..Bukak mata dan tgk la sekeliling..Melayu ne duduk sorang diri ke kt Malaya ne baii?Beli brg runcit pon kt kdai cina,beli baju anak2 nk skolah pon kat kdai cina,ble kata serba serbi la org melayu ne jd pelanggan org cina..Org melayu pon dh hantar anak2 blajar kt skolah jenis kebangsaan cina..So apa masalahnya dgn cina?diorang pon byr cukai mcm korang,nk pg bank pon kena beratur mcm korang,diorang pon ada hak sebagai manusia didlm dunia ne baii..ALLAH jdkan manusia ne berbilang bangsa,ada la hikmah disebalik sume tuh..Smpai bila nk hidup dgn prasangka..??Penah x dgr sabda nabi"Wahai org2 Melayu"???Ada x baii??Nabi slalu pesan "wahai org2 beriman"..Yg x suke bangsa lain ne org2 yahudi zionis jer..Sudah2 la dgn prasangka perkauman korang nih..Bila Bn bergaul sama melayu ,cina india,kadazan,dll korang kata "1 Malaysia"..Bila Keadilan bergaul dgn PAS & DAP,korang komplen ada agenda lah,menggadai maruah bangsa la..Apa ne baii?? Mcm budak2 main wat istana pasir je..Istana pasir dia x pe, istana pasir org laen dia tendang kasi roboh..Aku je yg ble wat istana pasir ne..org laen x boleh..apa barang baii...Klu x mau pecaya dgn org laen,korang bukak la kampung baru kt tanah2 hutan yg masih kosong kt pedalaman sana tuh..kumpulkan sume bangsa melayu ne duduk kt sana..Org dh msuk politik alaf baru,korang masih dgn agenda ketuanan melayu..Ketuanan melayu dh berakhir pd 1511 baii..ko x sdar ke...Qatam dulu sejarah bangsa,blajar teori ketamadunan..msa jepun attack malaya sape jd balaci jepun?Org melayu baii..Bila Inggeris dtg balik ke Malaya,sape jd pengampu baii..Melayu..Cuba kau eja UMNO tu baii..shortform kpd "United Malays National Organisation"..mana ejaan melayunye baiiii???Lps tuh nk ckp psl ketuanan melayu konon..PPPPIRRRAHHH...
ReplyDeleteyup..sokong di atas..aku pun orang melayu dan orang islam..kat dunia ni..bukan semua melayu maa..orang islam berbilang bangsa..dan sememangnya akan ada keistimewaan dalam sesebuah bangsa..tapi suka aku nak ingatkan..apabila,seseorang orang cina atau india yg masuk islam pun...korang lebih suka memelayukan mereka daripada mengislamkan..aku bukan nak cerita pasal benda tu..tapi,kan lebih baik berprasangka baik dari tuduh macam2..lebih2 lagi tanpa bukti yang kukuh..korang jangan tipu aku lar..coz,aku rasa,korang lebih suka menuduh seseorang daripda melihat bukti yang betul..dalam al-quran ada sebut,jangan mencari kesalahan orang lain dan sebaiknya beprasangka baik sahaja...melayu,cina,atau india semua sama..tapi,mungkin berbeza agama,budaya atau apa2..jangan asyik memertabatkan bangsa..tetapi agama dilupakan..
ReplyDeletewaallahualam..I luv islam
Selamat CHeguBard. Perjuangan harus diteruskan..
ReplyDeleteSelalunya kalau calon BN kalah kt mana2, jarang plak mrk kata pilihanraya kotor dan tak adil.tapi bila PR kalah, rasuah la, korupsi la, guna bangunan kerajaan la.. Mana2 calon PR yg kalah, skrip sama saja.. Chegubard jgn terlalu yakin org rembau sayang sgt kt anda. Anda bukan org lama pun dalam politik. KJ pn bukan org lama juga. Tapi orang2 rembau ingat jasa baik UMNO/BN kt mereka sejak dulu. Jadi mrk undilah BN. Terima dan redha sajalah kalau kalah. Allah tak izinkan anda menang kerana barangkali kalau anda menang, mungkin anda jadi ahli parlimen yg lebih parah dari yang sedia ada.
ReplyDeleteTeruskan perjuangaN, JANGAN DI LAYAN PENCACAI UMNO NI. BODOH .SEMUANYA.... ESOK BINI DIORG KENA JUAL KAT PEMIMPIN UMNOPUN DIORG AKAN SOKONG GAK... BANGANG CAKAP ORG REMBAU...HIHIHIHI
ReplyDeleteyang penting islam tue diutamakan.BELAJO ILMU AGAMA.. ilmu islam kena belajar.. penyakit hati kena buang jauh2.... akhir zaman sgt besar fitnahnya....
ReplyDeleteorg yg beribadat byk yg jahil (ikut2 tnpa belajar)...
ulama fasik-keluarkan fatwa bkn2.....
kita tahu x sifat2 WAJIB bagi Allah??
kita tahu x syarat2 sah bagi solat??
kita kena belajar sume..insyallah islam akan kuat...ilmu fardu ain adalah utama...ilmu kifayah akan automatik jadi kalau ilmu fardu ain diutamakan...
Insya Allah. CheguBard boleh menang PRU13. Kami anak Rombau akan mengundi PKR.
ReplyDelete