Tuesday, December 12, 2006

KENAPA SAYA MASIH TIDAK MENUKAR KAD PENGENALAN BERKUALITI TINGGI KEPADA MY KAD….

Hampir genap setahun kejadian jutaan rakyat negara ini terkejar dan berpusu menyerang Pejabat Pendaftaran Negara seluruh negara. Selaku agen kepada syarikat pengeluar MyKad dan serentak dengan serangan rakyat itu, maka kebanyakan Pejabat Pendaftaran telah beroperasi lebih masa untuk memastikan MyKad laris dan berjaya diperolehi oleh rakyat.

Serangan itu kerana ketakutan rakyat (yang pada masa itu masih belum menukar Kad Pengenalan Berkualiti Tinggi kepada MyKad) terhadap ugutan pemerintah yang kononnya denda akan dikenakan selepas tarikh yang di tetapkan. Namum sehingga akhir tarikh yang diberikan hampir ratusan ribu dilaporkan masih belum menukar kad pengenalan mereka kepada MyKad.

Sedikit kelegaan apabila kabinet memutuskan pada 5 Januari 2006 hanya RM 10 dikenakan kepada mereka yang belum menukar My Kad lagi. Dengan pengumuman kabinet ini juga ada yang rasa tertipu kerana terlalu percaya dengan ugutan sebelum ini hingga sanggup ’bermalam’ beratur menunggu giliran membuat MyKad.

Rupanya setelah semua terhambat dan terkejar-kejar, penalti yang terkena cumalah RM10. Mungkin bagi setengah pihak RM10 itu besar, tetapi dalam negara yang serba naik hari ini (minyak naik, yuran sekolah naik, tambang naik, ayam naik, makanan naik) RM10 yang asalnya besar itu taklah seberapa besar lagi nilai sebenarnya pada hari ini.

Namun rasa tertipu sebilangan mereka mungkin sedikit terubat apabila ada mereka dinamakan sebagai pemenang kereta dalam pertandingan menukar MyKad atau sekurang kurangnya memiliki pengosok baju mahupun pengering rambut.

Serentak dengan pengumuman kabinet itu juga Menteri yang bertanggungjawab turut menyeru agar ratusan ribu yang masih belum menukar Kad Pengenalan itu agar berbuat demikian sesegera mungkin.

Mengikut satu sumber dipercayai statistik sehingga kini yang masih belum menukar ke My Kad masih tinggi.... persoalanya ialah kenapa perkara ini berlaku?

Januari lepas sebuah akhbar harian berbahasa Melayu, selepas pengumuman kabinet telah membuat analisis mengenai kepada ramai lagi masih tidak menukar MyKad.

Antara kemungkinan yang diutarakan antaranya ialah rakyat yang berada diluar negara dan berasa susah untuk ke kedutaan untuk menukar MyKad tetapi hampir semua analisa yang dibuat merumuskan alasan menyalahkan sikap rakyat Malaysia yang tidak kisah.

Kenapa saya tidak menukar MyKad.

Untuk pengetahuan semua saya adalah antara yang menjadi angka dalam statistik rakyat yang masih menukar kepada MyKad. Persoalanya kenapa saya tidak menukar kepada MyKad ?

Pertamanya saya tidak melihat kepentingan mengapa saya perlu menukar kepada MyKad. Malah saya melihat penukaran MyKad ini berkait rapat dengan pemunggahan wang negara ke kocek syarikat pengeluar MyKad tersebut. Saya juga mengesyaki dalam proses itu sudah tentu terdapat unsur korupsi terlibat.

Saya cukup yakin orang yang berpandangan seperti saya ini juga ramai jumlahnya tetap mengapa tiada perbincangan mengenai alasan ini dilakukan.

Malah pada pada ketika ramai rakyat berpusu menukar My Kad, tidak kurang juga ramai yang berpandangan kesungguhan kerajaan menghambat rakyat dengan menetapkan dateline itu sebenarnya hanyalah untuk melariskan bekalan syarikat pembekal yang memiliki kontrak membekalkan MyKad itu.

Menurut Menteri Dalam Negeri ketika itu Azmi Khalid, kos membuat sekeping MyKad adalah RM28.60. Tidakkah kelihatan agak tingi kos tersebut?

Kontrak membikin MyKad telah diberikan oleh kerajaan kepada sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu IRIS Corporation Berhad melalui perjanjian pada 13 Ogos 2003 yang lalu.

Berdasarkan laporan media utama negara, menurut perjanjian tersebut IRIS melalui anak syarikatnya GMPC Corporation Sdn. Bhd. akan membekalkan sejumlah 9 juta keping MyKad kepada Jabatan Pendaftaran Negara selama tempoh dua tahun dengan kontrak bernilai RM 216 juta.

Bermakna melalui perjanjian itu sekeping MyKad jatuh RM24.00. Kenapa menteri menyebut RM28.60? Kenapa ada tambahan RM2.60?

Kemudian adalah difahamkan pada 29 Ogos 2005 IRIS dan kerajaan menandatangani empat lagi perjanjian kali ini untuk membekalkan dalam tempoh 4 bulan MyKad, MyKid dan MyPR dengan kontrak bernilai RM92 juta!

Pertamanya ayuh kita fikirkan bagaimana boleh berlaku perbezaan harga sebegitu rupa, barangkali JPN nak ambil untung, barangkali ada VO kerana harga barangan naik, atau apa sahaja alasan .

Kedua tidakkah terlalu tinggi kos membuat sekeping MyKad itu?

Kos kad ATM

Kerana saya tidak memiliki maklumat kos pembikinan sebenar, cuba kita bandingkan dengan kad ATM, kecuali gambar pada MyKad, kad ATM juga kini memiliki cip sebagaimana MyKad cuma barangkali dengan perisian yang berbeza.

Contohnya kepada pemegang kad MAYBANK ATM yang hilang kadnya, MAYBANK mengenakan caj RM12 untuk membikin kad baru. Bermakna dengan RM12 (yang pasti kosnya lebih rendah dari itu) MAYBANK boleh membekalkan kad ATM baru dengan mengambil kira penalti yang pasti melindungi kos bank termasuk untung.

Katakanlah kerana terlalu canggih maka kos MyKad perlu lebih mahal, berapakah kadar lebih mahal itu? RM10 lebih mahal sekeping?

Saya membangkitkan perkara ini kerana saya mengira membikin 9 juta kad (tidak termasuk perjanjian kedua) dengan kos RM28.60 (menurut pengumuman Azmi) atau RM26 (menurut kontrak pertama) adalah terlalu mahal, dan rakyat Malaysia menanggung satu beban yang besar kerananya.

Sementara itu menurut makluman pada Mesyuarat Agung Tahunan IRIS pada Jun 2005 yang lalu, mesyuarat telah meluluskan elaun dan yuran pengarah berjumlah lebih RM1.50 juta kepada ahli-ahli lembaga pengarahnya, satu jumlah yang agak besar untuk sebuah syarikat awam.

Juga menurut rekod keuntungan syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember 2005 adalah sebanyak RM6.823 juta berbanding RM4.393 juta tahun sebelumnya.

My Kad berkualiti, lebih dan tidak boleh dipalsukan.

Cuba rakyat Malaysia ingat inilah juga alasan kerajaan mendesak rakyat menukar kad pengenalan dari kad pengenalan biru kepada kad pengenalan berkualiti tinggi kononnya.

Saya masih ingat kad pengenalan arwah nenek saya. Berwarna biru, agak besar dan punya cap jari di kiri dan kanannya. Ketika nenek saya hidup, berdasarkan pengakuanya kad pengenala ’biru’nya itu berusia hampir 30 tahun. Pernah hilang sekali namun dipulangkan oleh seseorang melalui Balai Polis Pekan Linggi. Pernah terendam air kerana banjir, pernah basah, termasuk mesin basuh dan sebagainya...namum ia kekal elok selama 30 tahun.

Namum kad pengenalan ’sekental’ itu dikatakan tidak berkualiti dan mudah dipalsukan. Maka seluruh rakyat di perintahkan untuk menukar ke kad pengenalan yang di gelar Kad Pengenalan Berkualiti Tinggi. Baru seminggu nenek saya memiliki kad pengenalan itu, dia terlupa dan kad pengenalan itu termasuk ke dalam mesin basuh dan Kad Pengenalan Berkualiti Tinggi itu rosak dan renyuk, plastik laminated nya terbuka.

Sebulan selepas itu pada usia 73 tahun dia terpaksa membuat kad pengenalan baru lagi dan didenda kerana kad pengenalanya rosak.

Malah rakyat juga dikecewakan jaminan Kad Pengenalan Berkualiti tinggi itu kebal dan selamat ternyata retorik kerana hampir ratusan ribu juga kad pengenalan palsu di kesan kemudiannya. Khususnya banyak di temui di utara Sabah.

Kini sekali lagi lawak yang sama digunakan. Rakyat terpaksa menukar Kad Pengenalan Berkualiti Tinggi kepada MyKad agar ia lebih selamat dan efisyen.

Dalam tahun ini berapa ribu MyKad palsu telah dikesan.... apa yang kebal... ?

Ini tidak menghairankan kerana sistem pembuatan MyKad ini di pegang oleh sebuah syarikat swasta. Kad Pengenalan ialah benda penting dan melibatkan keselamatan negara. Bagaimana mungkin perkara sepenting Kad Pengenalan yang melibatkan keselamatan negara di punyai oleh sebuah syarikat. IRIS (syarikat pembuat MyKad) ialah sebuah syarikat awam dan apa jaminan agen asing melalui mana – mana proksi tidak memiliki kepentingan dalam syarikat dan dapat mengekses ke dalam sistem pembuatan MyKad.

Mudah dan efisyen antara alasan lawak yang digunakan oleh pemerintah untuk menipu rakyat agar menukar MyKad. Kerajaan menberi jamiman dengan hanya menyimpan satu MyKad anda tidak perlu membawa kad bank, lesen memandu dan sebagainya. Hidup akan lebih mudah dengan hanya membawa satu kad.

Saya mempunyai dua orang teman rapat yang pernah disaman kerana tidak membawa lesen memandu. Tahun lepas semasa melalui sekatan jalan raya teman saya di minta menunjukkan lesen memandu, lantas beliau menunjukkan MyKad tetapi beliau di saman kerana gagal menunjukkan lesen memandu. Pegawai yang membuat sekatan jalan raya tidak mempunyai peralatan mengimbas MyKad.

Kemudian bayangkan jika seseorang menggunakan MyKad sebagai kad bank. Bayangkan dia cuba mengeluarkan wang pada hari Jumaat malangnya oleh kerana tersalah key in nombor pin maka MyKad ditelan dan dia hanya boleh mendapatkan MyKad nya semula pada hari Isnin (itupun jika Isnin itu bukan cuti umum). Jika itu terjadi maka berhati hatilah dan lebih parah jika muka anda mempunyai iras warga Bangla atau Indonesia anda mungkin di tahan kerana di syaki pendatang asing tanpa izin kerana anda gagal menunjukkan MyKad ketika ditahan sedangkan MyKad anda ada dalam mesin ATM tadi.

Kad berkualiti juga jaminan yang melengkapkan lawak MyKad ini. Ini pengalaman salah seorang Exco Angkatan Muda keADILan Malaysia. Bulan Febuari 2006 lepas Saudari Zarerah Hanin hendak membeli peralatan elektrik di Court Mamonth cawangan Kajang.

Beliau di minta menunjukkan Kad Pengenalan. Maka beliau keluarkan MyKad nya, namum beliau amat kecewa kerana alat pengimbas MyKad yang digunakan gagal membaca MyKad beliau dan beliau tidak boleh meneruskan urusan pembelian tersebut.

Ke esokan harinya beliau terpaksa mengambil cuti untuk ke Pejabat Pendaftaran Kajang untuk mengadu hal itu. Pegawai yang bertugas mengatakan cip MyKad beliau tidak boleh dibaca. Pegawai itu meminta beliau membuat permohonan mendapatkan MyKad baru kerana rosak. Maka untuk itu beliau terpaksa membayar denda sedangkan itu bukan kesalahanya.

Bayangkan berapa keuntungan ‘tambahan’ yang syarikat pengeluar MyKad peroleh ketika jutaan rakyat terpaksa menukar MyKad kerana cip yang tidak berkualiti dan sensitif itu rosak.

Syarikat pembekal MyKad akan terus untung, manusia yang mendapat ‘percent’ juga akan terus untung dalam keadaan rakyat terus di himpit kesusahan.

Jika Pak Din di Kuala Pilah membaca tulisan ini pasti daia akan mengatakan “Apo nak buek dia momorintah kito ikut yo lah…” dan sudah tentu mereka yang memperoleh ‘percent’ dari urus niaga MyKad tidak peduli mengenai tulisan ini kerana kata mereka “Awat nak gempaq – gempaq bukan ramai yang bising lagi pun kita di lindungi…selagi ada bahagian percent untuk yang berkuasa”

Tetapi ketahuilah jutaan rakyat sedang memerhatikan kerakusan ini. Puluhan ribu yang belum membuat MyKad ialah lambang protes senyap rakyat terhadap penindasan dan rompakan wang rakyat oleh penguasa. Mereka sudah bosan dengan kerajaan yang memperbodohkan rakyat. Majoriti mereka ialah anak muda dan aku bangga menjadi sebahagian dari mereka.

33 comments:

  1. Anonymous3:34 PM

    saudara badrul hisham...

    harap saudara boleh mulakan usaha buat kelab mereka yang tak nak buat ic sebab lawan ini....saya bersedia sertai... juga fikirkan kalau mereka di seret ke mahkamah macam mana dgn pembelaan.....

    tahniah saudara.... berjuang dan buat apa yang di cakapkan...

    ReplyDelete
  2. Tubuh Kelab I/C lama hhahaaaa...menarik juga...tapi apa kata hang yang lead lak....hehehee kerja - kerja GERAK pun banyak tertangguh....

    Apa pun tahniah sebab berani tak tukar I/C lagi jom kita tengok sapa jadi anak malaya terakhir tukar i/c

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:30 PM

    Kalau tak nak ikut undang-undang malaysia, asyik nak membangkang aje, jangan duduk malaysia, carilah mana-mana pulau, beli, buat negara sendiri, jangan cakap je pandai

    ReplyDelete
  4. waduh². Takkan la sampai tak leh nak bangkang. Aku yg neutral ni pun aku bangkang. Tak boleh la mcm tu. Pastu kalau rase nak komen kurang ajo mcm ni Mr ANONYMOUS, at least letak a name. Takkan main cuit org, pastu jari simpan belakang.

    Profesional a sikit. Ini writing and commenting ethics pun takde, lagi mau byk cerite. Bard, aku suggest, comment² bodoh yg pakai anonymous ni, ko delete je. Dah la tak membina, bacul pulak lagi.

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:02 PM

    saya setuju dengan pendapat ini. disabah kmykad ni nilainya mengikut PTI rm3500 aje.bila kita tanya dapat dari mana?, boss pendaftaran, boss. apa baiknya tukar kad?,kad biru tu lagi best.tahan dan sukar ditiru. ni yang baru boleh padam pula gambar alahai...apa dah jadi dengan malaysia.....sedih.nak cakap terang-terang..ISA datang mari la pulak

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:47 PM

    Tahniah!!! sekurang-kurangnya ada juga kawan aku yg sama spt aku... Masih guna IC second generation.

    ReplyDelete
  7. Mohd Azli Zakaria9:40 AM

    aduh menyesal aku tukar mykad , memang betul pun .. menyusahkan idup je .. hehe( aku neutral)bukan elemen api mahupun air >.<

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:55 PM

    RIBU DITANAM DI HUJUNG JALAN,
    DITAKIK OLEH ANAK MAK NYONYA;
    IBU MENGANDUNG SEMBILAN BULAN,
    KENAPA DEWASA ENGKAR KATANYA?

    PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
    MASAK SETANDAN DI ATAS KOLONG
    HUTANG EMAS TAK MAMPU BAYAR
    INIKAN PULA HUTANG ALONG.

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:40 AM

    Kau ni nak gelemour jer ke? Kos buat kad tu kan bayak process.Aku bukan menantu PM atau sykt yang dapat tender mykad. Kan dia bagi Co melayu. Bodoh la kau ni chegubard.... saja nak buat gempak jer... melayu... melayu....

    ReplyDelete
  10. Leong Yew Zheng2:02 AM

    Anonymous said...
    Kalau tak nak ikut undang-undang malaysia, asyik nak membangkang aje, jangan duduk malaysia, carilah mana-mana pulau, beli, buat negara sendiri, jangan cakap je pandai

    Alangkah bodohnya permikiran saudara.Dunia ini tiada negara yang tidak punyai pihak pembangkang.Menbangkang adalah tidak salah dari segi undang2 mahupun agama.Membangkang adalah keinginan untuk menyuarakan kebimbangan terhadap dasar perlaksanaan negara yang salah,dengan membangkang,adalah satu harapan untuk membetulkan cara pemikiran kerajaan untuk membuatnya dengan betul.Negara yang tiada undang2 adalah untuk saudara saja,yang suka hidup tanpa undang2.FREEDOM!WELL,you can just go to hell you fool...What Chegu Bard is voicing is quite relevant,and part of it are from us,The Malaysian Community.Kerajaan tidak selalu dan semesti dan sehingga hari kiamat betul...Hanya rakyat Malaysia saja yang mampu menetapkan takdir negara Malaysia.Bukan hanya kerajaan..Negara ini milik rakyat.Seperti China..ia tidak dipanggil China..Ia panggil People's Republic of China..PEOPLE...Chegu Bard adalah layak untuk memberi komen..saya juga layak..dan anda juga layak..tetapi komen anda ibarat katak di bawah tempurung..macam orang kampung yang duduk di era British malaya,yang tidak tahu apa2 pun sehingga dijajah lalu mula nak menentang..dah terlambat bila telah dijajah sahabat Anonymous...


    Leong Yew Zheng

    Methodist Boys' School Kuala Lumpur
    1994-2007

    Chegu Bard,u have my support for the elections...Just put your fight against Khairy Jamaluddin the "de facto" Prime Minister...

    ReplyDelete
  11. CheguBard,
    that makes the two of us...

    saya pun belun tukar i/c lg..

    ReplyDelete
  12. Anonymous3:50 PM

    Salam, sykt IRIS pembekal IC tu bukan ke yg kena heret SC spt dlm news hari ni????

    ReplyDelete
  13. Anonymous2:51 PM

    en.Badrulhisyam...JAMBAN UMAH AKU TESUMBAT LA...tlg servis buleh ke...umah aku kt kawasan P131..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous3:03 PM

      bodoh punya olang mini lu pun buleh kasi selevis sbb lu mengong.Mana mau lepot pun x tau makan taik.

      Delete
  14. bruno9:05 AM

    salam...
    hmm... beri pendapat xsalah...
    beri bantahan pun xsalah... tp... klu dok asyik telan je pe kerajaan buat..
    ia akn bg mslh pd rakyat... sy rase komen sblm2 nie yg marah kt cikgu bard psl menaikkan isu mykad mahal tu sbnrnye jenis yg taklik buta..turut je pe kerajaan nk... nahh..amik ko... minyak dh naik... turut kn lagi...xyah bangkang.. dlm dunia nie
    kena ade pro dan kontra...so...
    klu asyik dok ampu kerajaan dan xleh lgsg bantah.. terukla nasib rakyat..duit krajaan pn dr cukai rakyat gak.. so...jgn la taklik sgt ngn umeno or krajaan..ape yg slh patut ditegur.. adios..

    ReplyDelete
  15. Anonymous2:02 AM

    Hahahaha....this is good....Chegu Bard has post interesting topics cause its really opened up my mind over this IC issue....lagi2 kes mycard tesangkut dalam mesin ATM...pastu muka x muka Malaysia....mesti sedey orang tu....hahhahaha...

    i thought i would be the last malaysian to change to mycard but from your info then i should wait for years to be the last....:c

    ReplyDelete
  16. Anak Ghombau5:04 PM

    Go Chegu Bard...Go!!!!!
    Pendapat Anda Memang Ado Botul Eh...Pedulik Kan Apo Org Nk Kato!!!....

    ReplyDelete
  17. Nami San1:54 PM

    Betul juga MyKad ni menyusahkan ja.Hari ni aku buat akaun Maybank kena suruh bos,takda cuti beb.Rush le pegi Maybank terdekat sebelum office buka..Kena cepat2 nanti tak masuk gaji..Dah tu tak boleh baca kata pegawai bertugas tu. Naya nya aku dahlah lambat masuk keja, MyKad pula bawa masalah. Salah siapa cip tak boleh baca?Aku dah simpan elok2 dah dlm wallet ni hahh..Alih2 pembaca MyKad tu kata "No Kad Pengenalan Tidak Sah". Guna kad pengenalan versi dulu tak pula aku masalah buka akaun baru ni.MyKad ni Membantu ke Membantutkan??

    ReplyDelete
  18. aku pon pakai yg lama...
    x terfikir nk tukar

    ReplyDelete
  19. ni ade la pojek ke ape yg jd peristiwe itam dulu wat chegubard dok bangkang je ni..mesti ade sejarah orgnye ni..hehe..tp ye la kan..idup ni kalau asek dok bangkang jek kekadang aku rase aku pon xsuke..ye la..kite ni sesame melayu dok bertelagah sesame sendiri,tp kite xnampak bahwe kaum len plak yg dok asek naik aje..bile melayu nak maju??cube beri kate sepakat sesame kite..baru la teguh!!~jangan aa asek menilai kesalahan sahaje,..bek kite pikirkan macam mane nak satukan org2 melayu kat mesia ni ke??centu kan lg elok..hehe

    ReplyDelete
  20. Anonymous9:39 AM

    Apa satukan org2 melayu tepu cam ko daus kecik!!! Melayu tepu tul la ko nih...

    -AmBu

    ReplyDelete
  21. Anonymous11:07 AM

    Think positive bagus che gu bard,susah nak buat macam che gu buat nie.Macam mana che gu boleh berfikiran secara kritis nie macam isu kad pengenalan ni saya tak ternampak pulak ada isu kerajaan nak membelasah duit rakyat, tapi mmg ada kebenarannya dasar semua pekara nak diprivatise ni mmg ada unsur tak telus biasalah nak untung lebih yang kaya tambah kaya.Say YES to Sosialis say NO to Capatilist..My Kad nie bukan hebat sangat, nak jadikan bank kad pun belum boleh lagi saya pun selalu tunjuk my kad, tak bawak dah lesen memandu pun kena saman jgk.Alah kad pengenalan palsu tu mmg boleh buat penyamun pun dah advance sekarang nie.

    ReplyDelete
  22. Anonymous7:04 AM

    saya stdent ipta dan berminat dgan blog saudara. saya membaca pelbagai sumber demi mencari setitik kebenaran.
    terima kaseh

    ReplyDelete
  23. Anonymous5:29 AM

    saya sokong encik bard...

    ReplyDelete
  24. Anonymous11:48 AM

    sokong cigu bard.go go go.

    ReplyDelete
  25. Anonymous8:33 AM

    IRIS CORPORATION tu milik Vincent Tan lar...Tan Sri Razali Ismail jadik chairman, bukan buat apo pun.....opis pun jarang masuk.

    ReplyDelete
  26. Cikgu Bard,
    Terima Kasih..tapi saya dah terlambat dapat mesej/ Celaka Betul kerajaan Barisan Najis.. slalu menyusahkan Rakyat.
    Hari2 BARANG NAIK..
    Cabinet penuh perogol, pembunuh, penyamun, perompak ..

    ReplyDelete
  27. Anonymous6:03 PM

    Leong.. u tak tahu ke? klu dia bijak dia takkan sokong bn..haha
    dia suruh cari mana-mana pulau tu sbb pendek akal la tu..

    ReplyDelete
  28. Anonymous11:20 PM

    nampak benar bodohnya cikgu bard ni

    ReplyDelete
  29. Anonymous11:22 PM

    parti kian rapuh .. tunggu masa je nak hancur

    ReplyDelete
  30. salam semua,pada pandangan peribadi saya,apa yg saudara2 perkatakan memang ada betulnya samada yang menyokong dan yang membangkang cuma dgn izin saudara2,saya nasihatkan agar kita merenung kebali ayat yg ALLAH tulis dalam QurAn...Kamu merancang,ALLAH merancang,,,sesungguhnya perancangan ALLAH lebih baik,,,oleh itu,sama kita usaha dan selebihnya kita serah kat ALLAH..dan cuba kita renung kata2 ini,,,,yahudi merancang untuk menentang ALLAH,,sebahagian orng Islam merancang mendahului ALLAH...dan kenapa saya kata 2pihak betul,,,sebabnya semua watak2 dan lakon layarnya semua dah tertulis atau telah ditentukan oleh ALLAH yg MAHA segalanya,,,berjuanglah saudara2 mengikut kesukaan masing2 tetapi ingat/////semuanya kerana ALLAH semata2,bukan utk pangkat,harta,kuasa dan menzalimi sesama makhluk.selamt berhujah.jgn sampai terputus IMAN.maafkan saya andai tersinggung,

    ReplyDelete
  31. Anonymous2:34 PM

    bodoh la pendapat kau... taknak tukar mykad kau punya pasal la.. besok yg susah kau jugak... nk wat akaun bank pun nk scan cap jari yg ade kt mykad tu... tp bg aku pendapat mmg bodoh sgt...

    ReplyDelete
  32. Yazid Saleh10:04 AM

    Isu mykad ni aku sokong engko Bard.
    Maaf la ye, isu yang lain aku kena fikir2x dan timbang2x
    sebab aku ni dok atas pagor. Aku tak suka fitnah2x.
    Dosa lagi besar dari berzina. Nauzubillah wallahualam. Bayangkan
    kalau hebahkan citer tak betul kena mintak maaf kat orang tu, walaupun
    dah dalam list masok syurga.

    ReplyDelete