27 April 2017
YUSNI TAK BELAJAR DARI HANYA 600 UNDI DAN HILANG DEPOSIT PRU 13.
- 2 hari lepas apabila membaca kenyataan Yusni Mat Piah mengenai semua jentera pemuda P.Pinang berehat sepanjang PRK Permatang Pauh, respon saya cuma satu iaitu Yusni ini tidak belajar dari hanya perolehi 600 undi dan hilang deposit PRU lepas.
- PRU lepas saya menerima arahan PKR untuk bertanding di DUN Sg. Acheh (P.Pinang) dengan tugasan membawa suara membongkar dan menyerang kemunafikan Umno yang berselindung dibalik laungan 'Hidup Melayu'. Pimpinan PKR memutuskan perlunya suara keras ADUN Melayu dalam DUN P.Pinang bagi membunuh sentimen perkauman yang penuh penipuan. Saya setuju dan ambil amanah itu. Namun saat hampir penamaan kedengarah PAS juga mahu meletakkan calon malah PAS mengumumkan Yusni Mat Piah sebaik sahaja nama saya diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan PKR ketika itu.
- Saya cuma bersetuju untuk meneruskan menghantar borang pencalonan apabila diberi jaminan oleh pimpinan PAS bahawa semuanya akan selesai dan semua akan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat bahwa kerusi itu milik PKR. Namun pada hari penamaan calon semuanya bertukar dan berlaku pertandingan 3 penjuru.
- Saya mengambil inisiatif saya sendiri ditengah kehangatan berkempen untuk menemui pimpinan PAS kawasan bagi membincangkan penyelesaian. Kesimpulan dari pertemuan tersebut ialah :
- PAS kena tanding juga kerana sudah lama terhina menyebabkan beberapa tokoh pemuda terpaksa rapat dengan Umno seperti Mazlan Ismail, Hafiz Nordin dan beberapa lagi
- PAS meneruskan bertanding kerana walaupun ada pengumuman tarik diri tetapi arahan rasmi tidak dikeluarkan
- Namun bisik - bisik dikalangan ahli PAS iaitu mengakui PAS sukar menang tetapi kena pastikan PKR tidak memenangi kerusi DUN Sg. Acheh untuk memastikan PKR tidak berkubu disitu dan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ramai jentera dan pendokong PAS setempat bersama PKR dan saya untuk berdepan dengan Calon Umno.
- Ramai juga jentera PAS khususnya yang muda meragui adakah wajar PAS bertanding 3 penjuru ketika itu kerana kehadiran pimpinan Umno termasuk calon Umno DUN Sg. Acheh dalam beberapa program PAS juga ketika ssat akhir sebelum pencalonan dan ketika kempen pilihanraya. Ini dimaklumkan sendiri kepada saya dengan disertakan dengan gambar.
- Saya yang seharusnya ditugaskan menggempur kawasan pengundi Melayu disekitar P.Pinang sepanjang PRU lepas sedikit terganggu fokus kerana terpaksa menyusun semula kempen selepas 3 penjuru terjadi. Namun saya tetap ke beberapa kawasan termasuk kawasan PAS bertanding di dalam P.Pinang.
- Ramai diluar Sg. Acheh mungkin terpadaya dengan pengumuman kononya PAS menarik diri di DUN Sg. Acheh namun hakikatnya selepas pengumuman tersebut mereka terus mempertingkatkan jentera mereka dengan lebih agresir. Saya tidak mampu menyelindungkan kecewa bila kempen menyerang saya secara peribadi dan PKR berlebih sehingga serangan kepada Umno itu langsung seperti tidak kedengaran. Kempen menyerang peribadi ini juga sangat lucu sehingga menyatakan yang saya ini tidak seIslam jika dibandingkan Yusni . Pengundi kena memilih Yusni kerana jika ada kematian jika Yusni ADUN dia akan mampu menguruskan jenazah, mengimamkan solat dan mentalkinkan. Lucu sekali garis kempen mereka
- Itu belum lagi usaha kempen menggunakan gambar YAB Lim Guan Eng dengan berlogo pas dan tanda pangkah seolah Guan Eng calon Pas. Bahan kempen ini ditunjukkan oleh seorang wartawan kepada Guan Eng dalam lawatan kempen beliau ke DUN Sg. Acheh. Soalan wartawan itu disambut gelak tawa termasuk Guan Eng sendiri. Meneliti strategi kempen ini Yusni sendiri akui perlunya ada pakatan dengan DAP tetapi bila diluar usaha merauih undi rakyat dia sangat angkuh sekali. Saat - saat akhir juga jentera Yusni mula memanjangkan bisik-bisik tuduhan presiden PAS mengenai Komunis dan pil kuda.
- Walaupun PAS pusat umum tarik diri namun PAS Sg. Acheh tetap meneruskan kempen dalam satu ceramahnya dua hari sebelum mengundi, Yusni sendiri secara sombong memetik nama - nama seperti Nasarudin Tantawi yang mengarahkan dia untuk terus berkempen. Di hari pengundian jentera Yusni bertungkus lumus membuka pondok panas cuma peliknya ia hanya dibuka dikawasan Umno lemah mungkin hanya untuk memastikan undi PR pecah kerana dikawasan peti undi Umno kuat jentera Yusni tidak membuka pondok panas.
- Akhirnya keputusan undian dari 15559 pengundi yang keluar mengundi 89.2 % dari jumlah tersebut Undi calon Umno ialah 44.2 %, undi saya sekitar 40% dan Yusni dengan jenteranya yang angkuh akhirnya hanya mendapat 4.4 % undi hanya 600 lebih undi dari 15559 pengundi berdaftar. Selebihnya ialah undi rosak kerana sudah tentu sama ada yang merosakkan kertas undi inimarah dengan PR yang tidak boleh selesaikan isu calon atau kecewa.
- Apa yang saya belajar dari keputusan ini :
- PKR atau PAS mahupun DAP tidak mampu berdiri sendiri lebih lebih lagi bertembung sesama sendiri jika ini berlaku ia kemenangan Umno dan Bn.
- Jentera khususnya orang muda celik politik, saya tidak didokong jentera PKR semata - mata tetapi saya dibantu juga oleh kawan - kawan PAS yang melihat kepentingan menjatuhkan Umno Bn itu lebih penting diutamakan dahulu selain jentera rakyat biasa yang bencikan Umno Bn
- selain itu hormati juga kelompok yang bukan ahli mana - mana parti PR tetapi memberi undi kepada PR kerana benci dengan Bn
- Saya percaya dan yakin Yusni juga merupakan orang yang terpelajar dan kaya dengan pengalaman politik pilihanraya ini. Namun apabila melihat kenyataan dia merehatkan jentera tersebut nampak dia tidak belajar dari pengalaman pahit 3 penjuru di Sungai Acheh.
- Nasihat saya kepada Yusni, sudah sudahlah dendam sempit itu. Ego politik dengan mengenepikan kepentingan rakyat. Ingat dan lihatlah rakyat diluar sana. GST yang menghimpin, undang undang yang menindas, agihan ekonomi yang tak serata dan rakyat memerlukan kita bersatu melawan bagi pihak mereka.
- Kamu bercakap soal wala' tetapi kini kamu sendiri tidak wala' dengan arahan pimpinan atas ? Adakah mau percaya dengan kemenangan Umno di Permatang Pauh ia dapat merialisasikan cita - cita kamu melaksanakan hudud ? Adakah ia benar kerana mahu laksana hudud atau ada agenda tersirat lain ?
- Kepada jentera PR atau penyokong jangan diserang PAS percaya dan yakinlah Yusni ini tidak semampu mana mengawal jentera dan undi PAS jika tidak mana mungkin hanya 4.4% undi sahaja dan hilang deposit dikawasan yang mana keanggotaan PAS jauh tinggi dari itu. Yakinlah ramai dalam PAS itu cerdik dan memahami keutamaan cuma ada seorang dua yang menggelar diri mereka pemimpin tetapi termain emosi atau tertipu terpesona.
Sekian.