Buat
budayawan, pekerja awam,
penarik beca, orang asal,
pembeli rumah, penduduk setinggan,
ahli bahasa, ahli koporat,
orang kaya, orang miskin,
yang tua, muda, wanita, jejaka
bujang, duda, janda, anak yatim,
menteri, YB, dato’,
Tan Sri, datin, orang biasa,
orang luar biasa, orang asing,
orang tidak asing lagi
ustaz, alim ulama’,
veteran UMNO, bekas ahli UMNO,
bekas pemimpin, ADUN, Ahli Parlimen UMNO
yang ingin masuk UMNO,
yang berkenaan dengan UMNO,
veteran Pakatan Rakyat, Ahli Pakatan Rakyat
segala NGO, seluruh ahli NGO,
yang membangkang, yang menyokong
yang ingin membangkang, yang tak habis-habis menyokong
pendemontrasi, aktivis, penulis,
ahli seni, pemuzik, pelukis, pengukir,
yang ditindas, yang dizalim, yang ingin ditindas,
yang terasa ditindas, yang hidup senang
yang hidup mewah, yang hidup papa,
yang merempat, yang ada rumah banglo tujuh tingkat,
seluruh tauke-tauke baik lembu atau kondo,
dan seluruh rakyat bumi Malaysia
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO
Budayawan teruskan berbudaya
pekerja awam terus berkerja
penarik beca terus mengayuh
orang asal harus diberi asal usulnya
pembeli rumah harus diadakan rumahnya
penduduk setinggan harus ditimbang bela
ahli bahasa teruskan berbahasa
ahli koporat jangan jadi bangsat
orang kaya banyakkan menderma
orang miskin perlu dipandang
yang tua mesti dijaga
yang muda mesti berjaga-jaga
wanita perlu terbuka minda bukan membuka tudung kepala
jejaka harus berani mencuba
bujang dan dara perlu disedarkan dengan iman
duda dan janda harus diberi perhatian sara
anak yatim wajib dizakat
menteri di seluruh pelusuk negeri
sudahlah, kenanglah jiwa yang merana
apa yang akan tergadai lagi
sudahlah, berhenti
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO
YB teruskan berkhidmat jujur
Dato’ harus merendah diri
Tan sri tidak akan hilang seri jika bersama marhaen
Datin harus kikis nafsu kempunan cincin permata
orang biasa perlu dibantu
orang luar biasa perlu membantu
orang asing harus diasingkan
ustaz teruskan berdakwah
alim ulama harus jadi rujukan
veteran UMNO, ingat itu parti pengkhianat bangsa
bekas ahli UMNO jangan tertipu lagi
bekas pemimpin, ADUN dan ahli parlimen UMNO
yang ingin masuk UMNO, yang berkenan dengan UMNO
sudahlah! Berhenti!
Sedar! Kenang nasib rakyat negara ini
sudah!
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO
Ahli Pakatan Rakyat teruskan berpakat untuk kepentingan rakyat
seluruh ahli NGO jangan jadi bodoh
yang membangkang teruskan bangkang
yang menyokong teruskan menyokong
bangkang, sokong untuk kemajuan diri rakyat
demostran harus berdemo untuk kebenaran
aktivis teruskan aktif
penulis terus menulis
ahli seni terus berseni
ahli muzik harus berirama
pelukis terus melukis
pengukir terus mengukir
yang ditindas harus bangkit
yang dizalim harus bertindak
yang hidup senang harus kenang yang susah
yang mewah kenanglah yang papa
yang merempat perlu diberi tempat
pemilik banglo berikan perempat tempat
tauke lembu dan kondo jangan keliru
menghabiskan harta rakyat
dan seluruh rakyat di bumi Malaysia
sudahlah! Berhenti!
Ingat,
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO
Sudah terlalu tua usianya
makin tua makin mandul
bicara hanya kepentingan diri sendiri
rakyat perlu mengubah
segera!
Sudahlah! Berhenti!
Ingatlah seluruh rakyat Malaysia
ingat!
simpan dalam hati dengan satu kata
Asalkan Bukan UMNO
ingat kata-kata ini
Asalkan Bukan UMNO
**Nukilan Sdr. Amni Jagat dan dideklamasi buat kali pertama semasa
Pelancaran ABU Negeri Johor pada 26 Februari 2012
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 21, 2012
Himpunan Aman bantah kehadiran kapal Israel dan dedah hipokrasi regim Umno
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
21 Febuari 2012
SAMM AJAK SEMUA HIMPUN BANTAH KEHADIRAN KAPAL ISRAEL DAN KECAM HIPORASI REGIM umno.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) amat konsisten dalam isu pendedahan hubungan Malaysia Israel sejak dua tahun lepas. 7 November lepas melalui YB Er Teck Hwa (DAP-Bakri) telah membawa isu ini ke parlimen namun kerana tidak dapat menerima pendedahan tersebut ahli parlimen Bakri tersebut telah dihalau keluar dewan rakyat.
Alhamdulillah syukur, kini isu hubungan Malaysia Israel ini telah mula didokong oleh ramai pihak dan seolah menjadi isu utama negara. Telah didedahkan secara detail dengan bukti bergambar termasuk dokumen mengenai banyak aspek hubungan dagang termasuk penghantaran sawit dan terbaru sekali mengenai bagaimana kapal Israel keluar masuk perbahuan negara umpama rumah sendiri.
Walaubagaimanapun regim Umno terus membisu dan hanya membuat penafian dangkal semata. Isunya kini regim bersifat hipokrit dalam isu ini dan sering memutar belit fakta dengan menuduh musuh politik Umno pula yang kononya ada kaitan pro Zionis dan seumpamanya. Isu kedua pula rakyat malaysia harus ambil tanggung jawab kerana negara ini adalah antara negara utama membantu ekonomi Israel dan secara tidak lansung kita bantu menzalimi Palestin khususnya umat Islam.
Seluruh rakyat harus ambil peranan dan bangkit. SAMM menyeru semua untuk sama bangkit hentikan hipokrasi regim ini. Semua dijemput sama dalam :
PERHIMPUNAN AMAN BANTAH KAPAL DAGANG ISRAEL DAN SIKAP HIPOKRASI REGIM UMNO
22 FEBUARI 2012 (RABU) , 5.00 ptg,
WEST PORT, PERLABUHAN KELANG
Mohon kerjasama semua untuk sama sebarkan maklumat ini melalui sms, email, media baru dan seumpamanya. Antara pendiri utama perhimpunan ini ialah Dewan Pemuda PAS Pusat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Isu buku ilustrasi lucah : Pemuda Umno tepuk air dalam dulang
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
21 Febuari 2012
PEMUDA UMNO TEPUK AIR DALAM DULANG KENA MUKA SENDIRI
Merujuk kepada kenyataan Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda, Muhd Khairun Aseh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam mengenai desakan Pemuda Umno mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula sebuah buku pendidikan seks kanak-kanak yang diimport yang dan didakwa mempunyai kandungan yang melampau dan berbentuk lucah. (klik utk baca berita tersebut)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong usaha Pemuda Umno mahu buku yang bertajuk ‘Where Did I Come From’ atau 'Dari Mana Saya Datang', yang boleh didapati di rangkaian kedai buku tempatan dihentikan penjualanya segera. Buku ini menurut Pemuda Umno harus dihentikan kerana memaparkan ilustrasi kartun bentuk lelaki dan wanita yang lengkap dengan alat kelamin masing-masing. Dalam sidang media semalam Pemuda Umni memperlihatkan pada wartawan buku itu juga mengandungi ilustrasi aksi lelaki dan perempuan yang mengadakan hubungan seks. Khuatir ia memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak maka pemuda Umno mendesak Kementerian Dalam negeri mengkaji penjualan buku tersebut. Malah dalam sidang media tersebut Pemuda Umno menyifatkan penjualan buku itu adalah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan bahan-bahan lucah.Satu memo bantahan akan dihantar esok umum mereka.
SAMM menyokong usaha pemuda Umno tersebut cuma agak pelik dan janggal. Pada fahaman umum usaha mendesak ini kerana ada pihak gagal atau enggan bertindak. Adakah Pemuda Umno dibawah Khairy Jamaluddin ingin menunjukkan kegagalan atau kelemahan KDN di bawah bekas Ketua Pemuda Umno selaku Menteri melalui isu ini. Bukankah mudah jika isu ini benar serius tindakan boleh dibuat lebih pantas dari serah memorandum dan buat sidang media mendesak. Bukankah salah seorang Exco Pemuda Umno bekerja sepenuh masa dan bergaji dibawah Menteri Dalam Negeri.
Lebih menghairankan lagi dalam keadaan Pemuda Umno kononya amat prihatin dengan pengaruh buku ilustrasi tersebut kepada kanak - kanak tetapi dalam pada masa yang sama mereka atau sekutu mereka terlibat mengedar video aksi seks kepada umum termasuk mengedarkan gambar 'real' aksi lucah termasuk aksi seks dimana telah di 'superimpose' dengan wajah pemimpin PR. Ini amat hipokrit sebenarnya.Pemuda Umno yang membuat sidang media yang penuh kerisauan mengenai bagaimana buku ilustrasi boleh menjejaskan kanak - kanak seharusnya juga risau dengan budaya politik lucah bawaan Umno yang tak kesudahan.
Zulkifli Ibrahim
Solidariti Anak Muda Malaysia
Pengarah Seketeriat Kebangsaan
Pengarah Seketeriat Kebangsaan
Monday, February 20, 2012
Tender Hospital Rembau Terpaksa dibuka menjelang Pilihanraya
Kenyataan Terbuka
Parti Keadilan Rakyat Rembau
Parti Keadilan Rakyat Rembau
20 Febuari 2012
TENDER HOSPITAL TERPAKSA DIBUKA MENJELANG PRU KE 13
Pada pilihanraya Mac 2008, Barisan Nasional menerima tentangan yang sengit di mana - mana sahaja termasuk di Rembau. Panik melihat momentum kebangkitan rakyat maka banyak janji telah ditabur ketika pilihanraya tersebut. Antaranya pembinaan Hospital Rembau. Masih segar rasanya bagaimana majlis meletakkan batu asas telah dibuat gilang gemilang, ratusan kakitangan kerajaan diwajibkan hadir menyaksikan Calon Bn menyimin batu bata sebagai batu asas memulakan projek hospital Rembau. Majlis tersebut telah diwajahkan sebagai majlis Barisan Nasional, sebagai medan kempen PRU 12.
Namun masa berlalu, tapak batu asas tersebut tinggal sepi. Namun bagi pakatan rakyat Rembau tidak pernah henti menuntut janji PRU yang banyak tak tertunai termasuklah janji pembinaan hospital ini. Walaupun belum menang namun tanggungjawab kami tidak pernah abaikan dari pembelaan kebajikan hinggalah mendesak dan menyedarkan rakyat mengenai penyelewengan Bn setempat. Dari Mac 2008 dan kini sudah menjelang Mac 2012 tiba - tiba di umumkan bahawa tender projek pembinaan hospitak tersebut 'akan' dibuka.
Malah kawasan yang dulunya bersemak ditinggal sepi telah dipagar zink dan diletakkan papan tanda berbunyi "Cadangan Tapak Projek Membina dan Menyiapkan Hospital Rembau Daerah Rembau". Agak lucu dengan gimik papan tanda bertulis besar itu, adakah orang Rembau tidak tahu mengenai tapak itu dicadangkan untuk bina hospital. Majoriti orang Rembau tahu cuma menanti bila janji itu hendak ditunaikan ?
Persoalannya :
1. Kenapa setelah lebih empat tahun upacara Perletakan Batu Asas ini disempurnakan pada 7 Mac 2008 baru tender akan dibuka pada bulan April 2012?
2. Jika pada tahun 2008 kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta, berapa ratus juta pula kosnya pada tahun 2012 ini? Siapa yang akan bertanggungjawab dengan peningkatan kos tersebut ?
3. Apakah tanah seluas 20 ekar milik PKNS yang akan didirikan Hospital Rembau ini masih milik PKNS, milik individu atau milik kerajaan pusat? Jika bukan lagi milik PKNS, berapakah kos jualah tanah tersebut dan hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri?
4. Selepas proses tender selesai, bilakah proses pembinaan Hospital Rembau ini akan bermula dan bilakah dijangka akan siap ?
5. Pembersihan kawasan dan menutup kawasan dengan zink juga melibatkan perbelanjaan, seharusnya perbelanjaan itu selalunya ditanggung oleh kontraktor yang mendapat tender. Malangnya tender belum dikeluarkan maka siapa yang menanggung perbelanjaan tersebut dan berapa jumlahnya ?
Kepada semua orang Rembau yakinlah ini berlaku kerana panik pilihanraya umum akan menjelang tiba. Mereka telah mengukur mood sokongan rakyat, hasilnya mereka panik dengan tahap kesedaran. Pengundi Rembau masih mempersoalkan janji - janji PRU yang tidak tertunai. Janji akan dibina IPTA di Rembau akhirnya tinggal janji apabila UITM telah dimulakan pembinaannya di Mambau. Kenapa di Mambau bukan di Rembau ? Jawapanya di Dun Mambau dan Parlimen Rasah Bn tewas maka untuk memujuk sokongan maka UITM dibina di situ maka di Rembau Bn yakin menang maka rakyat akan terus ditipu dengan janji kosong pilihanraya.
Seperti janji Hospital apabila ditanya kepada orang - orang lama Rembau rupanya PRU sebelum 2008 juga sudah kedengaran janji itu.
Akhinya adakah orang Rembau akan terus dinyanyikan janji kosong PRU ke 13 ?
che'GuBard
Ketua Cabang
PKR Rembau
PKR Rembau
untuk baca lanjut klik tuntut janji PRU 12 Rembau
Penghantaran terus Malaysia - Israel , Israel - Malaysia satu jalan perdagangan rutin biasa
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia
20 Febuari 2012
Masih bisu dan terkedu, regim masih gagal menjawab penghantaran Sawit bagi membantu ekonomi Israel. Kini terbongkar satu lagi data apabila satu carian di laman web http://www.linescape.com/ telah menemukan dengan jadual sebuah syarikat perkapalan yang membuat penghantaran terus dari Israel ke Malaysia. Penghantaran melalui sebuah syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dibuat terus dari Haifa (Israel) terus ke Perlabuhan Kelang di Selangor.
Kita merisikokan nyawa rakyat Malaysia dengan menghantar Kapal untuk ditahan tentera Israel tetapi dalam pada masa yang sama kita membenarkan kapal dagang berkepentingan Israel terus berdagang dan membuat hantaran terus dari Israel ke Malaysia.
Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel ialah sebuah tuduhan terdesak. (klik sini untuk baca lanjut). Lihat sahaja data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno.
SAMM bagi pihak rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin masih menuntut jawapan dari regim mengenai pendedahan Malaysia menghantar sawit bagi membantu ekonomi Israel. (klik sini untuk data).
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
email : chegubard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
website: www.anakmudamalaysia.com
Friday, February 17, 2012
Sudahkah kita baca AWSJ ?
Ramai yang bising mengenai kenyataan Anwar Ibrahim mengenai Israel dalam ASWJ persoalan paling penting sudahkah kita baca majalah tersebut ? Jawapan pasti lebih 90% rakyat Malaysia menyatakan tidak dan hanya tahu melalui media propaganda Umno.
Kini sepatutnya 'meriam' dihalakan kepada regim semula. Adakah benar Malaysia anti Israel. Bagaimana negara ini yang tidak mengiktiraf proses demokrasi Palestin dengan tidak mengiktiraf Hamas berdasar telunjuk Israel. Bagaimana dengan hubungan dagang terus membantu ekonomi Israel. (klik baca hubungan dagang sawit malaysia israel)
Bagi yang tidak membacanya, Anwar sekali lagi memberikan penjelasan dalam isu ini dengan menyebut dengan jelas dalam kenyataan medianya semalam seperti di bawah :
Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support allefforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians." (pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin) tidak pula disiarkan sepenuhnya
Dr. Mahathir sudahlah kamu memang banyak menyumbang kepada negara ini tetapi kamu juga bukan sedikit berbuat kerosakan. Cukuplah jangan tamak dan sombong lagi. Kenyataan Mahathir yang cuba menyelamat Najib yang boleh dipercayai oleh orang yang pendek pemikiran. Bagaimana mungkin Israel yang selesa dengan regim kini yang bersungguh - sungguh menjaga kepentinganya mahukan pertukaran kerajaan ? (klik untuk membaca jawapan SAMM terhadap Dr. M). Antaranya Kakitangan kerajaan yang sedar dan sudah meluat dengan regim Umno ini yang salurkan maklumat bukan Israel seperti mana tuduhan Dr. M. Saya tahu lah sebab saya yang pergi jumpa mereka dan saya yang dedahkan perkara tersebut. Bukan seorang tetapi ramai, bukan sekumpulan tetapi banyak kumpulan di perbagai pangkat dan perbagai jabatan.
Dari 10 kakitangan kerajaan boleh dikatan 9 sudah meluat dengan regim Umno ini dan pasti 5 dari mereka sedang bersama berusaha bersungguh-sungguh menjatuhkan regim Umno ini.
Thursday, February 16, 2012
Isu perdagangan Malaysia Israel : Tidak perlu Israel bekal dokumen, Dr. M nak seleweng isu sebenar.
Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
16 Febuari 2012
Bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, (Tun) Dr. Mahathir Mohamad dalam satu kenyataannya (klik untuk baca) dilaporkan menyatakan Israel membekalkan butiran perdagangan antara Malaysia dan Israel kononya untuk membantu Anwar Ibrahim.
Sebagai orang lama dan licik politik, Dr. Mahathir memang bijak bermain politik persepsi. Kenyataan ini jelas bagi membantu Najib yang terkapai - kapai dengan pendedahan - demi pendedahan bagaimana Malaysia sebenarnya hipokrit dengan sikapnya dalam isu Palestin - Israel.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberikan fokus dalam isu ini bukan sebulan dua ini malah sudah bertahun. 7 November 2011 lepas YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri (DAP) telah membantu SAMM dengan membawa soalan oleh SAMM ke Parlimen dalam isu perdagangan Malaysia - Israel. Maka dalam Parlimen Malaysia telah diperakui sememang kita punya hubungan dagang tetapi ia hanya melibatkan syarikat MNC sahaja. Walaupun kenyataan itu menggambarkan kelemahan dan hipokrit negara sanggup gadai prinsip anti Israel hanya kerana untuk tarik pelabur, namun kenyataan tersebut ternyata juga bersifat menipu kerana Malaysia berdagang lebih dari itu dengan pendedahan terbaru ia juga melibatkan penghantaran minyak sawit.
Umum perlu sedar Malaysia ialah negara yang bukan sahaja mengiktiraf Israel tetapi membantu ekonomi Israel. Berdasarkan rekod perdagangan dengan Israel telah wujud sejak 1967 lagi (kemungkinan secara tidak lansung lebih awal dari itu).
Namun serentak dengan kebangkitan kesedaran untuk menyokong perjuangan Palestin dan anti apartheid di Afrika Selatan dalam negara maka Bn terpaksa memperkenalkan akta larang perdagangan yang melarang perdagangan kerana takut populariti mereka merundum. Namun akta larangan perdagangan ini telah ditarik balik serentak dengan jatuhnya regim apartheid di Afrika pada tahun 1994. Kabinet dibawah Dr. Mahathir lah yang membuka ruang dagang dengan Israel semula dengan mengambil kesempatan pada Mei 1994 Parlimen Malaysia meluluskan Akta Larangan Import (Pindaan bil 7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Isrel dan Afrika Selatan. Ia boleh menggugurkan larangan kepada Afrika Selatan sahaja tetapi begitulah liciknya politik Dr.Mahathir tanpa sedar ia mengambil kesempatan membuka ruang berdagang dengan Israel secara terbuka.
Pindaan tersebut bukan sahaja menjadikan Malaysia berdagang dengan Israel tetapi membantu ekonomi Israel. Banyak pihak dalam dunia tidak mahu membeli barangan Israel tetapi ada syarikat dalam Malaysia mengambil barangan Israel dan memasangnya di sini dan menjualnya sebagai barang yang datang dari Malaysia. Secara tidak lansung kita bersengkongkol memperdaya dunia bagi membantu Israel. Berdasarlan laporan Kesatuan Eropah, Malaysia merupakan rakan dagang ke 15 yang bersungguh membantu ekonomi Israel.
Kenyataan Dr. Mahathir kononya dokumen dibekalkan oleh Israel ialah untuk menutup perhatian terhadap hubungan dagang yang wujud dengan mengalihkan seolahnya pendedahan tersebut ialah sebahagian dari perancangan jahat Zionis. Maka umum kena menolak pendedahan tersebut dengan menerima juga menghalalkan hubungan dagang yang sedang berlansung. Begitulah licik politik Dr.Mahathir ini.
SAMM selaku gerakan muda yang terkedepan dalam membuat pendedahan - demi pendedahan dalam isu hubungan dagang Malaysia Israel menegaskan bahawa tuduhan Dr.Mahathir itu salah dan fitnah semata - mata. Dokumen - dokumen dan data yang didedahkan tidak perlu diberikan oleh Israel cukup dengan sedikit tumpuan kerja maka data tersebut boleh dikumpulkan. Malah ada dokumen asal yang perolehi adalah dari pegawai kanan kerajaan sendiri yang bosan dengan sikap hipokrit regim dalam isu Palestin ini. Di perpustakaan MiTi sendiri wujud bahan - bahan yang merujuk hubungan dagang Malaysia - Israel.
Percayalah selaku negara Israel sudah tentu mereka selesa dengan pemerintah negara hari ini kerana penguasa hari ini jelas menjaga kepentingan mereka. Apa gunanya menyokong perubahan kuasa jika yang menguasai regim kini sudah bersungguh - sungguh menjaga kepentingan dengan Israel dan sekutu besarnya Amerika. Malaysia seiring dengan telunjuk Israel tidak mengiktiraf Hamas, Malaysia akur kempen anti Iran Amerika apabila segera putus hubungan dagang seperti henti penghantaran Minyak Sawit.
Umum harus sedar, perang anti Israel dan sokongan terhadap Palestin dalam negara ini hanya untuk mengaburi sokongan dalam negara semata - mata. Kita tidak harus lupa ucapan Dr.Mahathir yang begitu bersifat perkauman dan anti Yahudi, anti Barat dalam Persidangan Umno telah mengundang rasa kurang senang Barat khususnya Amerika Syarikat. Mungkin ketika berucap itu Dr.Mahathir lupa bahawa dalam dunia moden ini ucapanya boleh diikuti di seluruh dunia. Panik dengan itu maka Dr. Mahathir telah menggunakan Heritage Foundation melalui Jack Abramoff dan telah membazirkan sehingga hampir RM40juta wang negara untuk membolehkan pertemuan 'meminta maaf' dengan Presiden Amerika Syarikat dapat dilansungkan. (klik sini untuk membaca lanjut)
Wahai Dr. Mahathir sudah terlalu lama kamu menggunakan taktik yang sama. Memang diakui kamu amat licik tetapi kerana kerap sangat taktik yang sama maka selaku anak muda kami sudah mula boleh membaca taktik kamu. Ayuh anak muda bangkitlah perjuangan pembebasan bumi Palestin ialah perjuangan sejagat dan atas nama kemanusiaan. Kepada penganut Agama Islam adakah kamu masih boleh berkompromi apa juga alasan meneruskan hubungan dagang bagi membantu dari aspek ekonomi untuk meneruskan penjajahan kiblat pertama Umat Islam ?
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
email : chegubard@gmail.com
blog : http://chegubard.blogspot.com
website: www.anakmudamalaysia.com
Wahai Datuk (Tan Sri) Mufti kangkung pengampu...
mungkin mufti Perak lupa imej Najib rai Thaipusam dengan patungnya yang lebih besar dari patung sembahan agama hindu
Minggu lepas tiba - tiba ramai yang gembira meraikan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan Najib seolah menggadaikan akidah apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves.
Serentak dengan itu kenyataan beliau segera disambut dan diraikan. Pihak pro Najib cuba membela dan geng tak suka Najib pula cuba mengangkat malah ada yang melampau - lampau seolah 'fatwa' tersebut ialah fatwa terhebat sehingga melupakan kerja buat mufti politik ini sebelum ini.
Hari ini Datuk (Tan Sri) Mufti ini membuktikan kekangkunganya dengan membuat pusingan U terhadap kenyataannya. Tiba tiba dia mengatakan tak salah tindakan Najib jika tiada niat dan redha dengan perbuatan agama lain. Dia pula bukan setakat membuat pusingan U tetapi menjadi jurucakap Najib dengan dilaporkan mengakatan bahawa Najib berada disitu hanya untuk menerangkan polisi kerajaan.
Tiba - tiba sahaja, bagaimana dengan kenyataan sebelum ini yang menyatakan "Saya telah tegur setiap tahun namun tidak peduli..........."
Kepada kita semua juga perlu diperingatkan mufti inilah yang sering melontar masalah dan persoalan ditengah masyarakat tanpa penyelesaian, yang hanya tahu mewujudkan kegusaran ditengah masyarakat. Kenyataan beliau kadang kala lebih gimik politik dari ahli politik juga kadang kala lebih bersifat publisiti dari artis.
Dalam kenyataan asalnya dalam isu ini kita sudah mengetahui apa salahnya meraikan teman yang merayakan hari perayaan mereka. Kita mengucapkan selamat hari Thaipusam kepada penganut Hindu tidak bermakna kita meraikan Thaipusam tetapi meraikan sahabat yang menyambut perayaan tersebut.
Dalam kenyataan U turn mufti tersebut yang dilaporkan media hari ini lebih membuktikan betapa beliau sebenarnya lebih layak bergelar ulama Umno apabila menyatakan dengan jelas kononya Najib hadir di Batu Caves tidak salah tetapi beliau kecewa dengan PAS Perak kerana mengadakan hadir, membuat khemah dan ada terkibar bendera PAS di sambutan Thaipusam di Perak. Wahai mufti tahukah kamu bahawa khemah dan bendera PAS itu didirikan dan dikibarkan oleh Dewan Penyokong PAS yang terdiri dari penganut agama Hindu sendiri.
Mufti yang sering membuat kenyataan kontroversi ini turut menghiasi kenyataan pusingan U nya dengan seruan 'perpaduan Melayu'. Dia menyatakan jangan ada pihak yang cuba putar belit kehadiran najib di sambutan Thaipusam (tanpa sedar dia yang buat sendiri) konon katanya ia menjadi fitnah dan tak bagus dalam keadaan Melayu yang berpecah belah.
Wahai Datuk (Tan Sri) Mufti yang sudah tu sudah lah............... nampaknya budaya kangkung yang selama ini menular dikalangan profesor yang menjadi pengampu melampau kini telah dibuktikan sudah menular dikalangan Mufti pula.......
Wednesday, February 15, 2012
MALAYSIA BERHENTI HANTAR MINYAK KE IRAN KERANA TELUNJUK ZIONIS ?
sia konsisten dengan sikap terhadap Israel-Palestin ?
MalayReuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam.
Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan. Kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah Negara Islam yang seperti juga Malaysia?
Punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata Nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran.
Jika benar sekalipun Iran merancang untuk membina senjata Nuklear, Negara yang paling terancam ialah Negara haram Yahudi iaitu Israel. Ini kerana Iran pernah mengugut untuk memusnahkan Negara haram tersebut.
Jika bukan kerana Malaysia lebih mendahulukan Israel dari Iran yang merupakan Negara Islam, mungkin juga minyak kelapa sawit keluaran Malaysia dikawal pengedarannya oleh Israel.
Dakwaan Israel Funding Corp. yang mengatakan mereka adalah pihak yang diberikan mandate dan telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030 – sepenuhnya sila baca di (Israel Funding Corp) klik sini untuk baca lanjut.
Malaysia meyokong sekatan Nuklear oleh Yahudi dan United State terhadap Iran. Sedangkan kalau betul lah Nuklear tu ada, Iran semestinya akan mengunakan Bom tersebut untuk memusnahkan puak penganas Yahudi Israel, dan Malaysia tidak sokong perkara macam tu?
Sekiranya semua ini adalah benar, dan tiada penafian daripada pihak yang berwajib, maka sah lah rakyat Malaysia sekali lagi telah diperbodohkan oleh Kerajaan UMNO/BN selama 54 tahun.
Tuesday, February 14, 2012
ABU sentimen yang mampu jatuhkan Bn : Md Sabu
Saya akui, perubahan pemerintahan itu bukan matlamat akhir perjuangan rakyat. Dia mesti menegakkan justice dan keadilan. Sebab itu saya cukup suka apabila melihat munculnya kumpulan ABU ini," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebelum menambah, bahawa beliau melihat ABU "...boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, mereka juga mampu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat kalau menyeleweng nanti."
Demikianlah penilaian Mohamad Sabu terhadap ABU, singkatan kepada "Asal Bukan UMNO" - satu kempen untuk menolak UMNO-Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Seperti biasa, pemidato terkenal ini tidak lupa mencuit rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat, mendakwa bahawa orang yang berkuasa menunjukkan kecenderungan yang hampir sama, lantas memerlukan pengawasan yang rapi.
"Amar makruf nahi mungkar, sebut senang nak laksana payah!" sindirnya dengan nada berjenaka, mencungkil gelak ketawa kira-kira 150 orang hadirin di bawah pentas, dalam "Forum Kiri: Kebangkitan Dunia Arab: Apa telah terjadi selepas satu tahun?", anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.
Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Sabu, sempat berkongsi pengamatannya terhadap pergolakan politik yang berlaku di Timur Tengah, selepas genap satu tahun beberapa regim digulingkan. Malah, Mat Sabu sempat mengaitkan beberapa fenomena yang berlaku di Timur Tengah, dengan apa yang berlaku di tanahair kita sekarang.
Sebelum ini, Penyelaras Antarabangsa PSM Choo Chon Kai (gambar kiri) selaku panelis, menekankan bahawa perjuangan tidak seharusnya dibubuh noktah apabila satu regim digulingkan dan digantikan dengan kerajaan yang baru, kerana perubahan struktur yang menyeluruh tidak semestinya berlaku.
Choo Chon Kai antara tahanan EO (di bawah Ordinan Darurat) ketika kerajaan Barisan Nasional cuba mematahkan perhimpunan BERSIH 2.0. Menurut Choo, revolusi yang berlaku di Timur Tengah setahun yang lalu masih belum selesai, memandangkan sistem yang lama masih wujud, dan isu-isu seperti kemiskinan, pengangguran, kenaikan harga dan sebagainya, masih belum diselesaikan.
Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua
Seorang lagi panelis, Hishamuddin Rais mengambil sikap yang lebih sinikal terhadap kebangkitan rakyat yang disifatkan "Arab Spring" oleh media Barat. Beliau cuba mengetengahkan kontradiksi utama di sebalik manifestasi di mana demonstrasi raksasa berlaku, mengaitkan kepentingan Amerika Syarikat dalam pergolakan ini. Malah, untuk beliau, pertukaran kerajaan hanya pertukaran sekumpulan pelawak yang baru untuk berkuasa, tanpa perubahan dari segi struktur.
Mat Sabu (gambar kanan) bersetuju dengan sebahagian pengamatan itu, bahawa ada kalanya kebangkitan rakyat itu di-hijack oleh sesetengah pihak. Malah beliau sempat bergurau dengan merujuk apa yang berlaku di Malaysia, di mana secara tiba-tiba bekas menteri datang dan mengakui dirinya pun ABU, malah mengutuk UMNO lebih kuat daripada pembangkang.
Bagaimanapun, beliau cuba melihat ciri-ciri positif daripada apa yang berlaku di Timur Tengah setahun yang lalu, satu perjuangan untuk mendaulatkan keadilan, dan sekurang-kurangnya rakyat negara berkenaan telah keluar dari alam diktator yang teruk selama 50 tahun sebelum ini.
"Memanglah kita ada satu idealistik yang kita perlu capai, tetapi dalam konteks perjuangan, kalau kita tidak dapat semua, jangan kita tinggal semua," kata Mat Sabu.
Projek Alaf Baru untuk Amerika Syarikat
Berucap sebelum Mat Sabu, Hishamuddin Rais menyeru agar hadirin tidak terpengaruh dengan manifestasi tanpa meneliti kontradiksi sebenar yang berlaku di Timur Tengah. Sambil mendakwa bahawa demonstrasi raksasa di Dataran Tahrir itu hanyalah manifestasi yang dicetuskan kontradiksi yang lebih utama, Hishamuddin Rais memperkenalkan "Projek Alaf Baru untuk Amerika Syarikat" (Project For The New American Century) kepada hadirin. Menurutnya, projek ini difikirkan otak-otak yang cerdik-pandai, graduan dari Universiti Havard dan Universiti Yale tetapi berhaluan kanan.
Beliau mengimbas sejarah, perjanjian pada tahun 1923 antara Amerika Syarikat dengan Arab Saudi, di mana Amerika berjanji mempertahankan Arab Saudi dengan syarat minyak akan dijual-beli dengan menggunakan dollar Amerika. Lantas Amerika Syarikat terselamat dengan hanya mencetak wang dollar Amerika. Ia menjelaskan juga mengapa media seperti Washington Journal, New York Times berdiam diri, apabila pencabulan hak asasi berlaku secara berleluasa di Arab Saudi?
"Tidakkah anda rasa itu sesuatu yang pelik?" tanya Hishamuddin Rais, merujuk kepada bagaimana kuasa Barat yang sering lantang dalam isu pencabulan hak asasi apabila berlaku di Dunia Ketiga. Malah, Hishamuddin Rais menyatakan bahawa pernah wujud gerakan sayap kiri yang progresif di negara-negara Timur Tengah ini, namun digagalkan oleh Amerika Syarikat. Beliau menambah, bukan lagi rahsia di mana wujudnya hubungan yang intim antara badan perisikan Amerika Syarikat, CIA dengan Ikhwan Muslimin, badan yang memperjuangkan gerakan Islam.
Untuk Hishamuddin Rais (gambar kanan), apa yang berlaku setahun yang lalu di Libya, Mesir, Tunisia dan sebagainya, adalah "pembocoran" yang terpaksa dilakukan, ketika kuasa Amerika berdepan dengan ombak kuasa rakyat, untuk menangguhkan revolusi agar perubahan struktur secara total dapat dielakkan. Dalam perhitungan Amerika Syarikat, musuhnya bukan Syria, Libya, Tunisia dan sebagainya, tetapi China. Kewujudan projek Alaf Baru untuk AS itu adalah untuk memastikan kuasa Amerika tidak dicabar mana-mana bala tentera di dunia ini.
Hishamuddin Rais berkata, perjuangan ini belum berakhir dan masih berjalan, kerana kontradiksi utama masih kekal. Sebagai penyelesaiannya, satu sistem ekonomi di mana manusia tidak dijadikan hamba, lebih demokrasi dan terbuka, di mana manusia saling menghormati sesama manusia perlu diwujudkan, katanya. - petikan merdeka riview(BM)
Demikianlah penilaian Mohamad Sabu terhadap ABU, singkatan kepada "Asal Bukan UMNO" - satu kempen untuk menolak UMNO-Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Seperti biasa, pemidato terkenal ini tidak lupa mencuit rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat, mendakwa bahawa orang yang berkuasa menunjukkan kecenderungan yang hampir sama, lantas memerlukan pengawasan yang rapi.
"Amar makruf nahi mungkar, sebut senang nak laksana payah!" sindirnya dengan nada berjenaka, mencungkil gelak ketawa kira-kira 150 orang hadirin di bawah pentas, dalam "Forum Kiri: Kebangkitan Dunia Arab: Apa telah terjadi selepas satu tahun?", anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.
Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Sabu, sempat berkongsi pengamatannya terhadap pergolakan politik yang berlaku di Timur Tengah, selepas genap satu tahun beberapa regim digulingkan. Malah, Mat Sabu sempat mengaitkan beberapa fenomena yang berlaku di Timur Tengah, dengan apa yang berlaku di tanahair kita sekarang.
Sebelum ini, Penyelaras Antarabangsa PSM Choo Chon Kai (gambar kiri) selaku panelis, menekankan bahawa perjuangan tidak seharusnya dibubuh noktah apabila satu regim digulingkan dan digantikan dengan kerajaan yang baru, kerana perubahan struktur yang menyeluruh tidak semestinya berlaku.
Choo Chon Kai antara tahanan EO (di bawah Ordinan Darurat) ketika kerajaan Barisan Nasional cuba mematahkan perhimpunan BERSIH 2.0. Menurut Choo, revolusi yang berlaku di Timur Tengah setahun yang lalu masih belum selesai, memandangkan sistem yang lama masih wujud, dan isu-isu seperti kemiskinan, pengangguran, kenaikan harga dan sebagainya, masih belum diselesaikan.
Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua
Seorang lagi panelis, Hishamuddin Rais mengambil sikap yang lebih sinikal terhadap kebangkitan rakyat yang disifatkan "Arab Spring" oleh media Barat. Beliau cuba mengetengahkan kontradiksi utama di sebalik manifestasi di mana demonstrasi raksasa berlaku, mengaitkan kepentingan Amerika Syarikat dalam pergolakan ini. Malah, untuk beliau, pertukaran kerajaan hanya pertukaran sekumpulan pelawak yang baru untuk berkuasa, tanpa perubahan dari segi struktur.
Mat Sabu (gambar kanan) bersetuju dengan sebahagian pengamatan itu, bahawa ada kalanya kebangkitan rakyat itu di-hijack oleh sesetengah pihak. Malah beliau sempat bergurau dengan merujuk apa yang berlaku di Malaysia, di mana secara tiba-tiba bekas menteri datang dan mengakui dirinya pun ABU, malah mengutuk UMNO lebih kuat daripada pembangkang.
Bagaimanapun, beliau cuba melihat ciri-ciri positif daripada apa yang berlaku di Timur Tengah setahun yang lalu, satu perjuangan untuk mendaulatkan keadilan, dan sekurang-kurangnya rakyat negara berkenaan telah keluar dari alam diktator yang teruk selama 50 tahun sebelum ini.
"Memanglah kita ada satu idealistik yang kita perlu capai, tetapi dalam konteks perjuangan, kalau kita tidak dapat semua, jangan kita tinggal semua," kata Mat Sabu.
Projek Alaf Baru untuk Amerika Syarikat
Berucap sebelum Mat Sabu, Hishamuddin Rais menyeru agar hadirin tidak terpengaruh dengan manifestasi tanpa meneliti kontradiksi sebenar yang berlaku di Timur Tengah. Sambil mendakwa bahawa demonstrasi raksasa di Dataran Tahrir itu hanyalah manifestasi yang dicetuskan kontradiksi yang lebih utama, Hishamuddin Rais memperkenalkan "Projek Alaf Baru untuk Amerika Syarikat" (Project For The New American Century) kepada hadirin. Menurutnya, projek ini difikirkan otak-otak yang cerdik-pandai, graduan dari Universiti Havard dan Universiti Yale tetapi berhaluan kanan.
Beliau mengimbas sejarah, perjanjian pada tahun 1923 antara Amerika Syarikat dengan Arab Saudi, di mana Amerika berjanji mempertahankan Arab Saudi dengan syarat minyak akan dijual-beli dengan menggunakan dollar Amerika. Lantas Amerika Syarikat terselamat dengan hanya mencetak wang dollar Amerika. Ia menjelaskan juga mengapa media seperti Washington Journal, New York Times berdiam diri, apabila pencabulan hak asasi berlaku secara berleluasa di Arab Saudi?
"Tidakkah anda rasa itu sesuatu yang pelik?" tanya Hishamuddin Rais, merujuk kepada bagaimana kuasa Barat yang sering lantang dalam isu pencabulan hak asasi apabila berlaku di Dunia Ketiga. Malah, Hishamuddin Rais menyatakan bahawa pernah wujud gerakan sayap kiri yang progresif di negara-negara Timur Tengah ini, namun digagalkan oleh Amerika Syarikat. Beliau menambah, bukan lagi rahsia di mana wujudnya hubungan yang intim antara badan perisikan Amerika Syarikat, CIA dengan Ikhwan Muslimin, badan yang memperjuangkan gerakan Islam.
Untuk Hishamuddin Rais (gambar kanan), apa yang berlaku setahun yang lalu di Libya, Mesir, Tunisia dan sebagainya, adalah "pembocoran" yang terpaksa dilakukan, ketika kuasa Amerika berdepan dengan ombak kuasa rakyat, untuk menangguhkan revolusi agar perubahan struktur secara total dapat dielakkan. Dalam perhitungan Amerika Syarikat, musuhnya bukan Syria, Libya, Tunisia dan sebagainya, tetapi China. Kewujudan projek Alaf Baru untuk AS itu adalah untuk memastikan kuasa Amerika tidak dicabar mana-mana bala tentera di dunia ini.
Hishamuddin Rais berkata, perjuangan ini belum berakhir dan masih berjalan, kerana kontradiksi utama masih kekal. Sebagai penyelesaiannya, satu sistem ekonomi di mana manusia tidak dijadikan hamba, lebih demokrasi dan terbuka, di mana manusia saling menghormati sesama manusia perlu diwujudkan, katanya. - petikan merdeka riview(BM)
Korupsi sudah sebati 'butang merah' harus ditekan jika tidak bangsa ini akan hancur
Negara ini sudah parah korupsinya. Dua minggu ini sudah kedengaran dan didakwa dimahkamah kes korupsi diluar jangka selama ini.
Korupsi sudah sampai ke perkara ibadah.Di ibu negara Juru analisis sistem dan kerani Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen minggu lepas, atas tuduhan berasingan membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data sistem haji dan menerima rasuah RM6,750, dua tahun lalu. manakala di Ipoh pula seorang pensyarah sebuah kolej di sini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta dan menerima wang berjumlah RM300 daripada seorang pelajarnya bagi membolehkan pelajar berkenaan lulus satu kertas peperiksaan, semalam.
Apa sudah jadi ? Bukankah mengerjakan ibadah haji itu antara ibadah 'agong' dimana manusia menyerah dan memperhamba diri pada Allah. Apa rasanya hati apabila seseorang pergi haji dengan libat kegiatan 'korupsi' itu ? dan kenapa yang beri rasuah itu tak didakwa ?
Bagaimana sikap lulusan mana-mana tidak kira IPTA atau IPTS yang lulus dengan rasuah ? Itu belum lagi pendedahan beberapa hari selepas kes tersebut di Awani Astro yang menyiarkan pengakuan seorang pelajar wanita yang mengakui rasuah bukan sekadar melibatkan wang tetapi melibatkan seks untuk lulus peperiksaan.
Rasuah sudah menjadi budaya dalam masyarakat sebenarnya tanpa sedar. Seorang pelajar asrama pulang lewat ke asrama sudah menjadi rutin 'merasuah' pengawal dengan minuman panas dan roti telur. Menu itu pula terpulang kepada berapa lewat waktu untuk membuka pagar dan menutup mulut.
Kenapa ini semua berlaku ? Jika ditanya kepada perasuah yang kecil mereka akan kata alah kami ambil sikit yang atas ambil lagi banyak.
Rasuah ini perlu diperangi kecil atau besar. Sistem harus dirobah segera. Sebuah badan anti rasuah harus diwujudkan, diletakkan terus dibawah parlimen Malaysia dan diberi kuasa pendakwaan. Badan ini pula punya tanggungjawab besar perang rasuah bukan sekadar penguatkuasaan tetapi amat penting juga aspek pendidikan.
Satu lagi peruntukan perlu dikuat kuasakan dimana harta perasuah juga harus dirampas dan dikembalikan semula kepada rakyat.
Akhirnya percayalah jika dalam aspek rasuah ini kita tidak 'bersatu hati' dalam menanganinya yakinlah bangsar Malaysia ini akan hancur tanpa disedari. Korupsi sudah mengakar umbi dalam bangsa ini, butang merah harus ditekan segera!!!
Polis serbu rumah Ketua AMK Rembau dan rampas komputer
Kenyataan Ketua AMK Rembau
Pada 13 Febuari 2012 kira - kira jam 9.00 pagi saya mendapat panggilan telefon dari Pegawai Polis yang dikenali sebagai ASP Wisma dari IPD Ampang. Beliau memaklumkan saya perlu berada pada jam 11.30 pagi di Balai Polis S2 untuk dirakam kenyataan.
Sampai di balai polis dia memaklumkan perlu ke rumah saya dan pejabat saya kerana polis hendak membuat rampasan komputer. Saya bersama dengan polis telah menuju ke kediaman saya di Senawang. Dalam perjalanan saya telah menghubungi che'GuBard, Ketua Cabang Rembau memaklumkan perkara ini. Arahan che'GuBard ialah jangan benarkan polis masuk selagi peguam tidak sampai.
Setelah menunggu 15 minit dikawasan rumah saya, akhirnya peguam Jason dan beberapa wartawan sampai. Juga tiba YB Ravi (ADUN PD Bandar) dan YB. P.Gunasekaran (ADUN Senawang). Sekumpulan polis masuk ke rumah saya dengan berpakaian seragam, isteri saya yang sedang cuti sakit terkejut, anak-anak tentu keliru dan jiran - jiran pasti bercakap. Mereka membawa keluar komputer kami sekeluarga yang isteri saya sering buat kerja pejabat yang tak selesai dan anak - anak sering gunakan juga untuk urusan kerja sekolah mereka.
Kes ini bersangkutan dengan kes akaun twitter palsu / menyamar yang mulanya menggunakan twitt handle @AMK_Rembau. Twitt ini wujud ketika pemilihan parti dan digunakan sebagai strategi memburukkan nama Ketua Cabang Rembau yang pada ketika itu menawar diri bertanding Ketua AMK Pusat. Strategi ini memang berluasa tanpa dikawal ketika itu penggunaan akaun laamn sosial palsu meruapakn antara strategi utama politik jahat menjatuhkan che'GuBard ketika itu.
Namun semuanya tidak berhenti selepas pemilihan selesai. Akaun palsu yang menggunakan identiti AMK Rembau ini terus digunakan dengan menggunakan ayat-ayat lucah, kasar dan ada kalanya melampau seperti menghina raja. Saya yakin ini semua untuk memburukkan che'GuBard.
Pada 5 Julai, saya selaku Ketua AMK Rembau telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kewujudan twitter AMK Rembau ini. klik sini untuk baca.
Namun pada 27 Disember lepas, ASP Wiswar telah 'menahan' che'GuBard dan merampas telefon 'Blackberry' miliknya kononya kerana ada laporan oleh Umno ke atas twitter 'AMK Rembau' yang menghina raja. klik sini untuk baca lanjur
Serentak dengan itu saya juga ada dihubungi oleh ASP Wismar. Kemudian saya sendiri dua kali menghubungi pegawai polis tersebut untuk bertanya apa yang saya perlu bantu atau adakah saya perlu hadir ke balai. Malangnya dia cuma kata tak apa nanti akan hubungi semula.
Sehingalah pagi semalam datang dan terus mendesak. Saya terangkan mengenai twitter tersebut dan sedia tunjukkan beberapa bukti yang kaitkan beberapa suspek, malangnya ASP tersebut seperti tidak tahu lansung bagaimana twitter beroperasi dan hanya ikut arahan iaitu 'bosnya' suruh rampas komputer dan bawa balik.
Saya cuma mahu tegaskan di sini hari ini keluarga saya terganggu, isteri saya dan anak saya. Saya beri masa tiga hari kepada manusia yang menyamar disebalik twitter AMK Rembau yang selepas dari siasatan polis bermula dengan menahan che'GuBard menjelang tahun 2012 lepas telah beberapa kali menukar twitt handle nya agar tampil segera.
Boleh hubungi saya melalui email atau telefon. Jika tidak saya 'terpaksa' menyerahkan semua bukti dan maklumat berkaitan kamu kepada polis dengan membuat laporan polis 'semula' mengenai kes ini. Ternyata akaun twitter tersebut berbalas twitt dengan beberapa mereka yang kononya bertaraf pemimpin pusat. Termasuk berbincang hadir dalam program dan belanja makan.
Ketika kita perlu fokus berdepan Umno Bn dalam PRU yang semakin dekat kenapa perlu ada perangai busuk seperti ini ? Kamu yang konon berwajah suci depan tetapi sebenarnya berhati busuk suka membunuh sesama jemaah dan umpama gunting dalam lipatan.
Sani Md Shah
Ketua AMK Rembau
14 Febuari 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)