Wednesday, September 29, 2010

All eyes on Najib: Will he dare stand up to Perkasa, BTN, Dr M

Muhyiddin and a fast-fading Najib
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

All eyes are on whether Prime Minister Najib Razak will walk his talk after preaching moderation over extremism to the United Nations, or will he close an eye so as not to upset the powerful conservative faction in his Umno party led by his deputy Muhyiddin Yassin and former premier Mahathir Mohamad.

For while he was in New York giving his maiden speech to the UN general assembly, back home, two nasty incidents took place that reeked of racism, intimidation and extremism. One involved ultra-Malays rights group Perkasa, which is linked to Mahathir, and the other the National Civics Bureau (BTN) which is a unit directly under Najib’s own department.

“Very soon, the world will know who Najib Razak really is. A visionary leader or the proverbial empty vessel that makes the most noise,” Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Ineffective and weak

Tian Chua
But perhaps, most Malaysians have already placed their bets and written off the 57-year old Najib as the least effective and the weakest of the country’s six prime ministers so far.

Few expect him to do anything even though the deputy director of BTN Hamim Husain had called Malaysian Chinese “mata sepet” or slit eyes andMalaysian Indians “si-botol” or alcoholics. Hamim also suggested only the Malays had right to rule Malaysia.

As for Perkasa, whose patron is Mahathir and whose members are mostly from Umno right-wing, Najib has already lost several knock-out rounds to them. Just weeks ago, he was forced to U-turn on a decision to sever ties with Perkasa. Not only was the flip-flop embarrassing for Najib, it has further emboldened the conservatives in his party to treat him and his 1Malaysia plan with contempt.

“Najib is being challenged more and more each day by the Umno radical wing. He dare not confront the Umno core ideology which is Malay supremacy and which has now been outsourced to Perkasa. So for him to act against Perkasa is to act against Umno,” Tian said.

Badrul Hisham
Barely-veiled contempt for Najib and his 1Malaysia

On Tuesday night, Perkasa held a noisy protest outside the Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, where they publicly incited hate and anger towards Malaysian Chinese rapper Namewee. Despite the manifestly racist slurs they hurled at him and the amount of commotion and public disorder they created, the police did not make a single arrest.

As for BTN, Najib is again expected to come up with some compromise solution, such as a transfer rather than outright sacking, although the BTN deputy director has clearly overstepped the boundaries of what is acceptable.

“Of course Najib won’t do anything. Look at the two school principals that Namewee scolded in his video clip, have they been punished? What more the BTN deputy director? So this is the Umno game – there may be infighting between Mahathir, Muhyiddin and Najib but their overall goal is the same – to stay in power,” PKR Youth leader Badrul Hisham Shaharin told Malaysia Chronicle.

Najib, Muhyiddin and Mukhriz
“This means they won’t upset the boat that is taking them to their destination. But they will still fight each other – for sure Muhyiddin will challenge Najib for the Umno presidency but that’s another game and fought using different weapons. That’s why Perkasa doesn’t even bother to give Najib face. Even the BTN deputy director and the Puteri Umno chief dare to rubbish his 1Malaysia plan in public because they all know there is nothing that Najib can do to them. He is the one who is powerless, not Muhyiddin or Mahathir."

Indeed, within Umno circles, there is already talk that Mahathir has picked Muhyiddin to succeed Najib and warm the PM's chair until his son Mukhriz Mahathir is ready to assume the top job.

Monday, September 27, 2010

Mahasiswa diseru ke Mahkamah Jalan Duta, esok

Seluruh mahasiswa sekali lagi diseru turun berhimpun di kompleks Mahkamah Jalan Duta, esok bagi mendengar keputusan perbicaraan kes empat pelajar sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Semua mereka iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha, dan Wong King Chai ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah bdan didakwa menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mereka didakwa di mahkamah UKM kerana melakukan kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Bagaimanapun, keempat-empat mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada di Hulu Selangor bagi tujuan kajian penyelidikan akademik.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, SMM mengambil pendirian untuk menyokong perjuangan empat orang mahasiswa berkenaan dan bersetuju untuk menganjurkan himpunan besar-besaran jam dua petang esok sebagai usaha menunjukkan kesatuan mahasiswa atas nama hak yang terkandung dalam perlembagaan.

"SMM mengharapkan agar seluruh mahasiswa, anak muda dan segenap warga Malaysia agar dapat sama-sama turun ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur esok untuk sama-sama kita dengar keputusan kes dan pada masa yang sama menyatakan sokongan untuk menolak penganiayaan yang telah dikenakan ke atas empat orang mahasiswa UKM ini," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, atas semangat solidariti, SMM dan pertubuhan lain akan melakukan mobilasi mahasiswa daripada kampus-kampus lembah Klang – UM, UIA, UKM, UiTM, UPM, UNISEL dan UTM KL untuk hadir memberikan sokongan sekaligus memberikan isyarat bahawa Auku ini ditolak oleh golongan mahasiswa.

“SMM juga telah mendapat sokongan daripada NGO dan pergerakan anak muda yang lain yang akan turut memobilasi anak muda dan seluruh ahli mereka daripada seluruh negara untuk hadir memberikan sokongan.

“Justeru solidariti bersama harus dijana dan digerakkan supaya desakan dan tekanan untuk menghapuskan undang-undang zalim itu terus berlangsung,” kata Shazni Munir lagi.

Sunday, September 26, 2010

Sabah, Sarawak mahu perubahan


SEREMBAN - Sentimen rakyat pelbagai lapisan di negara ini berjuang bersama Pakatan Rakyat (PR) untuk membawa perubahan di negara ini dilihat semakin kuat.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, sentimen itu turut dirasai di kawasan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Minggu lalu, saya berada di Sabah dan Sarawak selama lima hari. Saya dapati masyarakat Pribumi di sana kini berani melakukan perubahan.

"Mereka ingin `tukar baju’ yang juga boleh diterjemahkan sebagai tukar kerajaan,” katanya ketika berucap pada ceramah Aidilfitri, anjuran PKR Cabang Rembau di Bandar Seri Sendayan, dekat sini, malam kelmarin.

Hadir sama Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR, Fuziah Salleh, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR merangkap Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin dan Ketua PKR Cabang Rasah, Muhamad Kamil Yassin.

Dalam pada itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa berkata, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sepatutnya tidak melupakan rakyat yang mengundi mereka.

"Mereka menang kerusi dengan sokongan rakyat akar umbi yang susah, menderita dan memerlukan pembelaan.

"Namun dalam Parlimen, Ahli Parlimen BN lupa hakikat ini. Mereka tidak bangkit membantah pelaksanaan dasar yang menyusahkan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, senario itu pasti berubah sekiranya semua pemimpin dan ahli PKR bekerja keras bagi memastikan PR mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada pilihan raya umum akan datang.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8216858.asp

Saturday, September 25, 2010

Membudayakan politik baru. 23.9 Azmin 26.9 Zaid di Rembau

Banyak terjemahan terhadap istilah politik baru tetapi dalam konteks pemilihan KEADILAN anggota harus memilih bukan berdasar sentimen atau kem tertentu. Pemilihan seharusnya bersandarkan kepada nilai,idea dan rekod pemimpin tersebut. Gerak kerja memperkasa parti dan pembedayaan anggota seterusnya rakyat harus diutamakan juga.

Sehubungan dengan itu maka KEADILAN Rembau telah mengambil langkah menjemput beberapa calon yang bakal bertanding di peringkat pusat untuk bertemu anggota bagi menerangkan misi dan visi mereka.

23 September 2010 yang lepas telah dijadualkan YB Azmin, YB Zuraidah, YB Fuziah dan beberapa calon pimpinan pusat yang lain untuk hadir satu majlis dialog yang diadakan di rumah Pn Aisahah, Naib Ketua Cabang Rembau. Selain dari cabang Rembau ehadiran dari Cabang Teluk Kemang, Cabang Rasah, Cabang Kuala Pilah, Cabang Jelebu dan Tampin. Namun atas alasan tak sempat YB Azmin dan YB Zuraidah cuma dapat terus ke program ceramah umum di Felda Sendayan, hanya YB Fuziah dan bbrp calon MPP yang kebanyakan wanita hadir di majlis dialog tersebut. Dibentangkan gagasan hala tuju mereka bagi penilaian anggota. Walaupun YB Azmin tidak hadir ke majlis dialog namun kehadiran beliau di ceramah umum anjuran keADILan Rembau amat dihargai dan beliau dilihat berjiwa besar walaupun Rembau mencalonkan Datuk Zaid tetapi beliau tetap hadir.

26 September ini pula Datuk Zaid Ibrahim akan hadir. Semua dijemput.

Semua dijemput ke Rumah Terbuka Eidulfitri KEADILAN Rembau (DUN Kota)
brsama Datuk Zaid Ibrahim dll
26 Sept, 8.30 mlm
Rumah Yusof Tapa (Timb. Ketua keADILan Rembau),
Kg Batu, Kota, Rembau.
pertanyaan sila hubungi 0123696474 - sebarkan

Thursday, September 23, 2010

Program bersama YB Azmin malam ini di Rembau

Harap bantuan semua untuk sebar maklumat ini dlm bentuk sms kpd semua di Negeri Sembilan

Ceramah Umum
YB Azmin,YB Fuziah,YB Zuraidah,YB Datuk Kamarul,YB Taufek

23 Sept 2010
9.00 mlm
Bandar Sri Sendayan (keluar tol Seremban/Labu, hala ke Pusat Kualiti Alam)

pertanyaan lokasi sila hubungi 0129781707 Sani, Ketua AMK Rembau sblm itu akan diadakan Maj. Raya KEADILAN Rembau dan dialog bersama YB Azmin 8.00 mlm di Kg Linsum, Rantau (rumah Kak Aisyah)

Wednesday, September 22, 2010

Wujud agen asing dalam kabinet regim rosmah/Najib ?

Melihat semakin hari semakin kabinet peneraju negara gagal memainkan peranan mempertahankan hak negara maka tidak awajar diketepikan bahawa kemungkinan wujud agen asing, sama ada dari Singapura mahupun Brunei Darussalam. Taktik ini bukan taktik baru dalam menyerang negara lain dengan memasang agen dikalangan orang penting negara.

Lihat sahaja penyerahan dua telaga minyak, Blok L dan Blok M pada kerajaan Brunei Darussalam; serta isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada kerajaan Singapura yang nyata lebih merugikan kepentingan dan kedaulatan negara.

Mesti ada yang tidak kena, seolah-olah ada agen asing tak kiralah agen Singapura atau (agen) Brunei dalam kabinet Najib, yang mendapat manfaat kewangan dalam kedua-dua rundingan ini.

Yang pasti selepas Najib mengesahkan penyerahan Blok L dan M beliau dijemput ke Brunei untuk mendapat anugerah tertinggi.

Kalau Najib atau delegasi Malaysia bukan agen asing seperti yang diandaikan, sepatutnya natijah dari rundingan negara dengan Brunei dan Singapura itu sudah tentu dilihat lebih menguntungkan kepentingan negara.

Kalau tidak, mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah.

Kita pun tak tahu betulkah Limbang diserahkan pada kita kerana perkata itu tidak pernah dibentang di Parlimen tapi penyerahan kedua-dua telaga minyak ini jelas menguntungkan Brunei. Malah kenyataan Kerajaan Brunei yang menyatakan run dingan Limbang tidak selesai cukup memeranjatkan.

Andaian peribadi ini adalah tidak keterlaluan memandangkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri sebelum ini pun seakan mengaku bahawa agen Singapura benar-benar wujud dalam negara.

Ingat atau tidak kita, Dr. Mahathir pernah membuat andaian demikian apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu.

Menyambut andaian Dr. Mahathir beberapa media alternatif pada ketika itu pun turut dilihat bersama-sama Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Ekoran itu, beliau mencabar Najib menyangkal andaiannya dengan mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung inti sebenar di sebalik kedua-dua rundingan yang merugikan negara dalam masa terdekat.

Najib boleh sangkal dakwaan ini bahawa kebinet Najib mungkin disertai agen asing ini, tetapi dia mesti sangkal dakwaan ini depan rakyat dengan mendedahkan inti rundingan sebenar, siapa yang terlibat dan apakah kewajaran kebinet menggadaikan kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei dalam kedua-dua isu ini.

Rakyat melihat negara kini dalam bahaya, satu persatu kedaulatan negara telah tergadai. Najib harus segera membentangkan dalam parlimen semua inti rundingan jika benar tidak ada agen atau kepentingan peribadi dalam rundingan – rundingan berikut.

Jika benar Najib dalam keadaan ketakutan kerana diugut dengan kemungkinan gambar beliau wujud maka berterus teranglah rakyat bersedia pertahankan negara dari ugutan.

kenyataan mengenai ugutan ini pernah dikeluarkan sebelum ini. Sila klik sini

Juga perlu dipersoalkan mengapa Najib bersetuju bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.

Amat malang sekali bagi rakyat negara ini apabila kerajaan pimpinan Najib bersetuju dengan syarat tersebut yang jelas mengugut

Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah tersebut boleh hilang begitu sahaja dari tangan Malaysia jika Singapura berpendapat Malaysia melengah-lengahkan tindakan untuk memuktamadkan persetujuan.

Amat dikesal kerana apa yang sepatutnya menjadi kekuatan Malaysia telah ditukarkan oleh Najib menjadi menjadi senjata makan tuan

Apa yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar negara kita tiba-tiba menjadi kuasa tawar-menawar Singapura apabila syarat tersebut dipersetujui.

Tidak hairanlah jika Najib terpaksa bersetuju isu caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa walaupun Malaysia terpaksa berhadapan dengan risiko membayar caj pembangunan yang tinggi.

Malaysia kini dilihat menanggung kerugian dalam semua keadaan.

Najib menerima ketetapan yang merugikan negara apabila dinyatakan bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.

Masalahnya, caj pembangunan yang tinggi juga akan merugikan Malaysia. Rugi dalam semua keadaan.

Najib harus menjelaskan kepada rakyat berapakah caj pembangunan yang dituntut oleh Singapura itu.

Lebih penting lagi, Najib perlu menyatakan adakah Malaysia sebenarnya telah tertipu? Kalau tak tertipu, mengapa sehingga ke peringkat perlu merujuk Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa?

Rakyat perlu mengimbau kembali laporan-laporan yang mengaitkan kehilangan Pulau Batu Putih dengan persediaan Malaysia yang amat lemah dalam menghadapi kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.

Rakaman Debat calon-calon Ketua AMK

Tulisan semula : Ucapan 20min Debat Calon2 Ketua AMK

Antara perkara point penting yang dibangkitkan dalam debat

  1. Kita boleh saja bercakap nak ke Putrajaya atau Konsep pencerahan namun siapa sahaja yang memang dalam pemilihan kali ini harus sedar satu hakikat iaitu risiko terhadap Anwar dan Parti. Semua orang harus bersedia dengan risiko itu.

  2. Siapa dalam dewan ini yang boleh nafi Anwar akan ditahan semula ? Hanya orang yang tidak memahami politik negara dan ketakutan regim Rosmah dan Najis sahaja akan percaya Anwar akan memperolehi keadilan.

  3. Dengan peguam dihalang berhujah, bukti yang diselewengkan serta semua agensi kerajaan dipergunakan sepenuhnya semua sudah parti tahui akan penghujung kes ini.

  4. Maka team yang menerajui AMK nanti mesti / wajib menyedari hakikat ini dan bersedia bertempur dengan sedaya upaya mereka. Tdak kira siapa yang memang harus memperakui hakikat ini jika tidak Amk tidak berpijak dibumi nyata.

  5. Hakikat ini perlu disedari sebelum bincang pasukan ke Putrajaya.

  6. Pilihanraya akan diadakan mungkin sekitar suku ketiga tahun hadapan tetapi yakinlah sebelum itu Anwar akan ditahan.

  7. Penahanan Anwar ini bakal berlaku kerana ketakutan regim Rosmah dan Najib pada Anwar. Anwar memberikan imej baik di dalam dan luar negara kepada Pakatan Rakyat. Anwar ialah pengikat 'glue' kepada Pakatan Rakyat. Dengan masalah dalaman Bn dan regim yang makin meruncing Najib tidak sanggup berdepan dengan Pakatan Rakyat yang bersatu dan berimej baik jesteru itu apa jua cara sekalipun Anwar perlu ditahan.

  8. Ingat senang ke Regim ini nak serahkan Putrajaya begitu sahaja dengan menyerah di kotak undi ? Ingat senang ke mereka nak beri Petronas untuk diuruskan rakyat ? Ingat senang ke adik Najib nak serah kerusi empok CIMB yang berikanya berjuta setahun ? Regim ini tidak akan menyerah dengan mudah, seribu satu taktik kotor akan digunakan maka pimpinan muda yang bakal dibentuk harus bersedia 'bertempur' bagi pihak rakyat.

  9. Lihat sahaja Perak dah menang pun dirampas secara jahat dengan melibatkan pemodal besar, kakitangan kerajaan dan seumpamanya.

  10. Selepas ini juga peluang yang terbaik kerana dua krisis besar iaitu satu krisis yang tidak dapat di elak iaitu krisis ekonomi dan satu lagi krisis yang dicipta krisis perkauman.

  11. Ekonomi merupakan faktor penting. Pertempuran antara Abdullah dan Mahathir punca agihan kek ekonomi antaranya ialah apabila tanah di Sg. Buluh yang telah diberikan pada anak Mahathir telah dibatalkan. Pertempuran Mahathir dan Najib juga akan tercetus juga antara alasan hampir sama iaitu kes tanah TUDM di Sg. Besai yang seharusnya dapat kepada kroni Dr. Mahathir tetapi kini dianugerahkan oleh Regim Rosmah dan Najib akur kepada orang lain.

  12. Begitu juga kesan ekonomi global yang tidak dapat dielak. US telah melakukan suntikan ransangan ekonomi berjumlah USD 1 Trillion, namun ekonomi berasaskan pasaran terbuka terus gagal. Bank pertama muflis Nortern Rock. Lehman Brother, bank pengurus dana kewangan terbesar juga jatuh muflis. Kesan ekenomi melebar ke Eropah. Iceland dan Greace sudah menjadi negara muflis. Itali, Sepanyol dan Portugal yang asas ekonomi negara lemah pasti akan mengekori. Di UK pengangguran menjadi 6% di Amerika meningkat pada kadar 5-7%. Ini krisis dan kegagalan sistem ekonomi pasaran terbuka dunia.

  13. Krisis mula September 2008, sejak itu banyak rumah kena rampas bank, banyak harta dirampas bank, pasaran menjadi kacau lelelongan awam terganggu. Dari US ke Eropah melebar ke Asia. Buget ransangan USD 1 trillion yang dibuat Obama gagal...... adakah kita percaya suntikan ransangan RM21juta Najibberjaya ? Kesan dunia ini tidak dapat dielak dan ini akan menumbangkan juga regim ini jika barisan anak muda 'pendesak' dapat kita persiapkan.

  14. Krisis perkauman ialah krisis yang dicipta oleh regim untuk menyelamatkan keadaan. Ini biasa dilakukan di seluruh dunia dan terakan dalam sejarah. Adolf Hitler dari seorang pengemis di Viena ke perebet penghantar surat dalam Regimen ke 16 Bavaria kemudian menjadi agen gergaji bermata dua dalam pasukan tentera German. Oleh kerana pada ketika itu masalah ekonomi menekan massa rakyat maka Hitler dengan karisma dan licik strategi beliau telah membangkitkan serta menyatukan semua 'bangsa German' dengan menjadikan Yahudi sebagai musuh atas alasan Yahudi menguasai dan 'mencuri' harta orang German. Hitler diangkat menjadi Canselor (ketua) German beliau bukan saja membangkitkan pembersihan etnik tetapi mencatatkan nama mencetus perang dunia.

  15. Di Malaysia regim yang diwarisi Rosmah dan Najib ini terbentuk dari pakatan parti – parti perkauman yang diwarisi dari penjajah. Setiap kali mereka hilang tapak sokongan pasti mereka akan menggunakan taktik sama iaitu sentimen perkauman. Cuma kali ini pembakaran sentimen perkauman dilakukan secara francais oleh pihak luar parti pendiri regim. Ini amat bahaya dan bakal tidak dapat dikawal nanti bila krisis dunia melebar.

  16. Menyedari dan menginsafi semua perkembangan ini khususnya risiko yang bakal ketua umum parti bakal berdepan maka anak muda progresif perlu menyediakan pasukan 'tegar' yang bersedia.

  17. Realiti kini : setelah proses pencalonan dilakukan hanya ¼ cabang sahaja yang mampu memberikan pencalonan AMK yang cukup. Maksudnya ada pencalonan Ketua, Timbalan, 3 Naib dan 15 AJK peringkat cabang. Jika untuk memberikan pencalonan cukup pun tak mampu maknanya AMK sudah memasuki 'zon merah'. Malah di Sarawak tidak ada AMK yang layak bermesyuarat.

  18. AMK juga seolah hilang arah dan pendekatan.

  19. Tumpuan :

  • mempersiapkan jentera AMK di setiap peringkat khususnya kawasan tumpuan

  • mempertingkatkan kesedaran dan daya tahan AMK

  • mempertingkatkan daya tarikan anak muda terhadap AMK

  1. Sasaran :

  • 30 kawasan sedia dimenangi dan ditambah sekurang kurangnya 15 lagi kawasan yang harus dirampas harus lengkap AMK dan sedia hadapi sebarang kemungkinan

  • AMK sedia dan memberikan tumpuan gerak kerja mobilisasi perbagai, tumpuan pendaftaran pemilih dan seumpamanya

  • responsif terhadap isu semasa dengan lenggok gaya anak muda

  1. perlaksanaan :

  • Demokrasi

    • dalaman : pindaan perlembagaan bersifat memperteguh demokrasi dengan 1 undi 1 ahli. Ini harus disambut oleh AMK dengan perlaksanaan kongres negeri. Sebelum ini sering wujud isu lantikan ketua AMK tidak diterima dan seumpamanya. Sebagai manusia saya sendiri tidak dapat elak jika ada teman rapat yang mendesak untuk menjadi ketua amk negeri. Jesteru itu Kongres AMK negeri bakal melebarkan demokrasi dengan pimpinan negeri dipilih melalui demokrasi. Tidak penting pimpinan negeri tak sokong saya secara peribadi tetapi yang penting parti.

    • Luaran : walaupun kita kelihatan biasa dengan demokrasi tapi pemahaman masih jauh. Dari aspek bahasa sahaja di seluruh dunia demokrasi tua dan maju mereka punya bahasa mereka bagi menterjemah Demokrasi, cth Hanggul (Bahasa Korea) menyebut demokrasi sebagai minjujui (kuasa rakyat) namun diMalaysia ia agak jauh kerana kita hanya meminjam perkataan bahasa Ingeris (democracy = demokrasi) jesteru itu kempen berterusan mendidik rakyat memahami erti demokrasi harus diberikan tumpuan contohnya tak ramai yangs edar negara ini ialah gabungan negeri-negeri yang bersatu dalam konsep federalisme. Kuasa negeri-negeri harus diperteguh. Melalui aspek ini juga AMK akan menjadi pendesak kepada pelaksanaan kuasa kerajaan negeri demi menobatkan hak rakyat seperti pemilihan kerajaan tempatan. Mobilisasi akan diberikan tumpuan dalam aspek pendidikan pengukuhan demokrasi.


  • Latihan dan pengkaderan

    • keADILan tidak ada sistem pengkaderan. Ini bahaya bagi hanyat parti. Dalam negeri yang diterajui PR sendiri kita umpama menjual epal di pasar malam dalam mencari ahli. Kita perlukan sistem segera.Regim menggunakan BTN, PLKN dan perbagai lagi elemen untuk mendoktrin anak muda.

    • Contoh dicadangkan : sasaran lepasan Spm dan STPM. Selalunya kelompok ini akan pergi ke kursus bahasa ingeris dan komputer. Apa salahnya atas kepentingan mempertingkat modal insan kerajaan negeri mengeluarkan buget menganjurkan kursus komputer dan bahasa inggeris secara khemah latihan 3-4 minggu. Peluang bersama anak muda ini harus diambil kesempatan. Bukan doktrin tetapi merdekan minda anak muda. Dedahkan mereka dengan fakta sejarah sebenar negara dan anak muda akan sedar bahawa parti-parti pendiri regim merupakan pewaris penjajah dan cerita negara hanya merdeka dengan rundingan hanya dongeng. Anak muda ini dimerdekan minda dengan mendedahkan masalah negara. Ribuan anak muda akan membentuk ganerasi muda yang progresif dan sedar. Ikuti mereka secara sistematik di Universiti. Anak muda yang menjadi pelatih terbaik tiap kursus pasti dengan karisma dan tahap pemikiran mereka akan masuk universiti dan bantu mereka untuk melebar sayap kesedaran atau bantu mereka (bukan kawal) dalam pilihanraya kampus.

    • Sebagai gerakan progresif anak muda AMK akan relevan dalam ganerasi muda progresif dan sedar. Ini terus menjawab pengkaderan melahirkan kepimpinan baru.

  • Perubahan imej secara radikal

    • Jgn terperangkap dengan istilah radikal dan revolusi dengan gambaran imej ganas spt bakar kereta dll.

    • Imej amk bukan beerti perlu seorang CEO hebat mengetuai AMK, strategi ini bakal menjadikan AMK sebagai krim kek yang hanya cantik diluar.

    • Imej harus dibina dari dalam dan secara menyeluruh.

    • Satu cadangan yang boleh diperbincang. AMK harus keluar dari kerangka tradisi organisasi. Kongres nasional saban tahun hanya mengikut di mana parti induk akan adakan, resam meluluskan mesyuarat dan perbahasan perwakilan yang dia hemtan dia dan sebaliknya. Apa kesan pada massa khususnya anak muda ?

    • Dicadangkan Kongres dilakukan di kawasan krisis. Contohnya jika tahun ini hak tanah diangkat maka Kongres harus dilakukan di kawasan setinggan. Mobilise setinggan muda dan anak setinggan dari seluruh negara, angkat pembahas dari anak muda setinggan , pekerja muda, mahasiswa dll. Maka kita akan mendapat perjuangan yang real arah yang harus diambil. Ucapan dasar dan penggulungan yang terarah kepada perlawanan rakyat. Nescaya AMK akan dilihat mewakili perlawanan rakyat dengan rebih realistik. Anak muda harus tidak berimejkan pejabat tetapi harus berada di tengah massa rakyat. Ini perubahan imej antara yang dicadangkan

    • Perbahasan negeri dan masalah negeri sudah dirungkai dalam Kongres negeri dalam cadangan pertama.

    • Sistem latihan terancang termasuk menjalinkan hubungan dengan parti atau organisasi luar dan menghantar pimpinan muda cabang dan ranting untuk latihan ke luar negara, demi melahirkan pimpinan yang berpandangan luas.

  • Penjanaan Ekonomi

    • Ekonomi persoalan penting. Perlu diwujudkan Konsortium anak muda dan Konsortium AMK.

    • Semua AMK yang terdiri dari usahawan dan berminat menjadi usahawan akan latih dan 'lorongkan' peluang. Ini akan menjawab kepada gerakan yang memerlukan kewangan, anggota AMK yang komited pasti akan membantu semula tetapi ia semua harus dibuat dengan sistem yang efisen.

    • AMK seharusnya juga mendesak kerajaan negeri dalam melaksanakan polisi mesra anak muda khususnya dalam keusahawanan. Elakan menjadi Umno dengan buget Tekun mereka, borang Tekun perlu di isi dengan borang ahli Umno. Ada kes pimpinan Umno ambil komisyen atas pinjaman Tekun dan akhirnya yang pinjam bukan usahawan tulen tetapi yang banyak tidak membayar hutang Tekun ialah ahli Umno.

  • Mewujudkan pasukan sedia tempur (minda dll)

    • menyedari hakikat Anwar bakal ditahan, siapa saja dipilih harus mempersiapkan diri dan teman-teman dengan segala kemungkinan. Tempur perlu dilakukan di mana saja termasuk meja rundingan dan seumpamanya. Daya tahan yang tinggi harus ada.


  1. Adakah kita tidak hendak ke Putrajaya tetapi sibuk bertempur di tepi jalan ? Adakah kita dengan bertempur di jalanan kita mampu mengambil alih putrajaya ?

Mewujudkan parti politik dan masuk pilihanraya ialah atas urusan mengambil alih kuasa. Kita boleh bercakap laksanakan polisi itu dan ini tetapi tanpa menguasai tampuk kuasa hampir mustahil ia boleh dilakukan. Maka tidak ada kompromi terhadap tujuan memerdekakan rakyat dengan menumbangkan Bn.

  1. Peranan menumbang regim bukan sahaja dijalanan tetapi kumpulan anak muda pendesak merupakan elemen penting dalam menjatuhkan regim. Contoh, menyingkap Revolusi Iran, Shah dijatuhkan apabila beberapa gerakan disatukan. Antara gerakan penting ialah penyebaran kesedaran rakyat diterajui dikalangan peniaga bazar di Iran. Ayatollah di luar Iran di Eropah memberikan pedoman demi pedoman. Kemuncak anak muda bangkit turun ke jalan dengan laungan 'Margashah' (mati Shah). Pemodal besar takut dan melihat memang tidak akan ada harapan Syah dapat dipertahankan. Pemodal besar juga meninggalkan Syah. Syah Mohd Reza Pahlavi sebagai raja terakhir dikeluarkan dengan Iran dengan sedikit penghormatan. Perdana Menteri Shahqul Bahtiar diangkat tetapi rakyat tidak terus tunduk anak muda terus bangkit sehingga Khomieni pulang dan diangkat menjadi Ketua Negara Revolusi Iran.

  2. Begitulah semua mainkan peranan dalam melengkapkan kejatuhan sebuah regim demi kemerdekaan rakyat.

  1. demikian Tuan moderator 20 min yang diperuntukan saya ambil lebih 1 minit untuk membentangkan arah tuju AMK. Apa yang saya bentangkan ini bukan idea saya secara solo tetapi ia hasil resolusi Rapat Anak Muda pada 16 September 2010 di Bangi yang dihadiri hampir 100 pimpinan anak muda di perbagai peringkat dari perbagai latar belakang.

  2. Saya cuba menjadikan semuanya dengan berpijak di bumi nyata. Pusingan kedepan ini boleh saya kata sebagai pusingan terakhir yang lebih kasar dan ganas tetapi ia mungkin boleh menjadi pusingan yang lebih pendek jika kita benar menyediakan anak muda kita. Kita pernah melakukan sejak perlawanan menuntut hak kepada kemerdekaan memerdekakan bumi ini hinggalah hyang berlaku di depan mata perjuangan kebangkitan reformasi. Ini semua bukan imiginasi romantis tetapi satu yang real yang perlu dihormati dan dipelajari.

Tuesday, September 21, 2010

MATC Rembau berjalan lancar penuh semangat demokrasi

AJK Cabang bersama YB Rashid (ADUN Ampangan) selepas selesai MATC

19 September 2010 yang lepas keADILan Rembau telah berjaya mengadakan MATC dengan semangat tinggi ke arah memperkasakan parti.

Tidak seperti di cabang lain, MATC Rembau tanpa ada proses pengundian sulit untuk memilih kepimpinan Cabang. Semuanya telah diputuskan sebulan yang lalu dimana semua telah sepakat untuk jawatan diisi secara musyawarah. Walaupun terdapat sebelum itu kemungkinan pertembungan di kerusi no. 2 dan Naib. Malah wujud kemungkinan lebih 15 orang menawar diri bertanding AJK maka lepas rundingan dilakukan dan terima kasih kepada Saudara Faiz Gobi yang menarik borang pencalonan selaku AJK cabang yang menjadikan semua jawatan diisi tanpa pertandingan.

Mesyuarat yang di adakan di Dewan d'Ark, Paroi ini bermula pada 4.30 ptg. Dimana sebelum itu Wanita bermesyuarat jam 2.00 ptg dan AMK bermesyuarat jam 3.00 ptg di tempat yang sama.

Mungkin tanpa pemilihan Cabang maka kehadiran 'sejuk' hanya 137 orang anggota KEADILAN Rembau hadir. Pemantau mesyuarat datang sejauh dari Melaka juga hadir.

Bermula dengan ucapan Ketua Cabang dan terus merasmikan MATC Tahun 2010.

Proses meluluskan minit mesyuarat lalu dan laporan tahunan yang dibentangkan Setiausaha lancar. Laporan kewangan diluluskan dengan sedikit pindaan yang dipersetujui semua.

Proses menamakan calon pimpinan pusat dibiarkan berlansung secara penuh demokrasi dengan menyedari Rembau ada sokongan perbagai calon. Untuk pencalonan Presiden dan Timbalan Presiden che'GuBard mengambil sikap berkecuali dan tidak mengundi.

Akhirnya keputusan seperti berikut :

Presiden :
  • calon 1 : Datuk Seri Hjh. Dr Wan Azizah Wan Ismail (56 undi)
  • Calon 2 : YB Datuk Seri Hj. Anwar Bin Dato' Hj. Ibrahim (72 undi)
Timbalan Presiden :
  • calon 1 : Datuk Hj Zaid Hj Ibrahim (72 undi)
  • calon 2 : YB Mohamed Azmin Hj Ali (61 undi)
Naib - Naib : (urutan berdasar 4 undi tertinggi)
  • YB Hjh Fuziah Salleh
  • YB Gobalakrishnan
  • YB Dr. Lee Boon Chye
  • Shamsul Iskandar Md Akin
Satu usul telah diluluskan iaitu perlu diadakan Kongres KEADILAN peringkat Negeri demi menjamin proses demokrasi dalam pemilihan kepimpinan negeri dan kongres negeri akan jadi medan membincangkan permasalahan dalam negeri maka kongres Nasional akan jadi medan lebih bermakna dalam membincangkan isu - isu nasional.

Sebelum itu MATC AMK telah mencalonkan cheGuBard selaku Ketua AMK Pusat dan YB Chang Lil Kang, Timbalan. Manakala dalam MATC Wanita Rembau telah mencalonkan YB Zuraidah kekal sebagai Ketua Wanita dan Timbalanya YB Rodziah.

Semua proses berjalan secara demokratik, mesyuarat pertama untuk melantik Jawatankuasa penuh akan diadakan hujung September ini. Antara yang akan dibincangkan ialah bagaimana untuk mendapatkan sekurang - kurangnya 60 % ahli KEADILAN Rembau keluar mengundi ketika proses pengundian pusat yang akan berlansung bulan depan.

Bagi che'GuBard proses penamaan calon tidak semestinya menggambarkan mood pengundian. Maka Rembau membuka pintu dan sanggup menjadi penganjur kepada mana - mana calon pimpinan pusat untuk 'berkempen' dengan membentangkan visi dan misi mereka.

Malah Rembau akan menganjurkan Majlis Hari Raya dan Dialog dengan dua calon Timbalan Presiden. sila klik sini.

Datang dan dengar 'tawaran' dua calon Timbalan Presiden

Demi mempromosikan politik baru yang berasaskan nilai, idea dan rekod pencapaian. Maka keADILan Rembau telah mengambil langkah sedikit kehadapan. Pemilihan dalaman parti harus dilihat proses penyusunan parti dan lengkap melengkapi bukan pertandingan antara kem A dan Kem B semata - mata.

Sehubungan dengan itu kesematan Eidulfitri ini wajar digunakan sepenuhnya.

Semua dijemput ke

Majlis eidulFitri dan dialog bersama YB Azmin Ali, calon Timbalan Presiden.
Tarikh : 23 September 2010
Masa : 7.45 malam
Tempat : Lot 356, Kg Linsum, 71200 Rantau, N.Sembilan (Rumah Kak Aisyah)
(tertutup hanya untuk pimpinan dan anggota KEADILAN)

kemudian semua akan diadakan

Ceramah Umum sempena eidulFitri

Tarikh : 23 September 2010
Masa : 9.00 mlm
Tempat : Bandar Sri Sendayan (rumah Sdr. Tanggam)
penceramah : YB. Azmin Ali, YB Fuziah Salleh, YB Zuraidah, YB Dato Kamarul, cheGuBard dan YB Taufek
- terbuka -

kemudian akan pula diadakan

Majlis eidulFitri dan dialog bersama Datuk Zaid Ibrahim
Tarikh : 26 Sept 2010
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Kg Batu, Rembau (rumah Yusof Tapa)
(untuk pimpinan dan anggota KEADILAN sahaja)

Ceramah Umum eidulFitri
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 9.00 mlm
Tempat : perkarangan rumah Sdr. Yusof Tapa
turut hadir : YB Gobalakrishnan, che'GuBard, YB Taufek, YB Chai Tong Chai
(terbuka untuk semua)


Rembau sudah membuat pencalonan melalui MATC jawatan Timbalan Presiden secara demokratik. Namun kali ini ia ialah undi sulit yang libatkan semua ahli maka pencalonan bukan beerti undi. Kami tak anjur prog dengan Mustafa Kamil Ayub kerana beliau sudah turun ke NS melalui Cabang Seremban awal Oktober nanti.

Monday, September 20, 2010

Imbas kembali sorotan kes Altantuya

ImageBeliau yang memberi keterangan selepas saksi pertama, Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam selesai memberi keterangan kepada Mahkamah Tinggi Jenayah Shjah Alam hari ini berkata, pada Ogos 2006 anaknya datang ke Malaysia.

Semasa ditanya pasukan Pendakwaraya mengenai tujuan kedatangan itu beliau berkata, beliau beberapa kali menanyakan sebab Altantuya sering ke Malaysia sejak dua tahun lalu.

Dalam satu perbualan Dr Shaariibuu dengan anaknya, beliau (Altantuya) berkata sering datang ke Malaysia kerana ada hubungan dengan seseorang di negara ini iaitu Abdul Razak Baginda (Tertuduh ke-tiga).

Selain itu dalam keterangan awalnya Dr Shaariibu yang ditemani penterjemahnya untuk menterjemahkan pertuturannya dari bahasa Mongolia kepada bahasa Inggeris kepada mahkamah berkata, anaknya itu bekerja sebagai Penterjemah beberapa bahasa.

Altantuya sering ke luar negara (luar dari Mongolia) termasuk negara China, Malaysia dan Singapura bagi menjalankan kerja-kerjanya sebagai penterjemah, namun sebelum itu beliau jarang sekali bertanyakan anaknya itu mengenai urusan anaknya ke mana-mana sahaja.

"Altantuya juga kerap ke negara China," katanya.

Namun pada 7 atau 8 Oktober 2006, ketika Altantuya berhasrat mahu datang ke Malaysia Dr Shaariibuu memberitahu mahkamah beliau terpanggil untuk bertanyakan hasrat anaknya itu, dan Altantuya menyatakan bahawa beliau ada hubungan dengan seseorang (Razak Baginda).

ImageBegitupun hubungan itu tidak dapat diperincikan oleh Dr Shaariibuu dalam sesi hampir setengah jam petang tadi memandangkan Hakim, Dato' Mohd Zaki Md Yassin menangguhkan sesi perbicaraan ke esokkan harinya.

Terdahulu sebelum memberi keterangan, timbul sedikit kekecohan apabila adanya kesangsian dari beberapa peguambela terhadap isi sebenar terjemahan yang akan dibuat oleh penterjemah warga Mongolia yang dibawa oleh Dr Shaaariibuu itu.

Kebimbangan timbul kerana terdapatnya laporan akhbar dan gambar yang menyaksikan penterjemah dan Dr Shaaariibu bersama-sama dalam satu sidang media mengenai isu pembunuhan Altantuya baru-baru ini.

Namun Hakim Mohd Zaki menyatakan penterjemah adalah individu yang disaran oleh Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Dato' Syed Abdul Rahman Alhabshee dan tiada keraguan.

Sebelum Dr Shaariibuu memberi keterangan, dewan perbicaraan agak gamat dengan gelak ketawa hadirin dan wartawan yang mendengar keterangan yang diberi oleh Bala terhadap soalan-soalan yang diketengahkan Peguambela Razak Baginda, K.K Wong.

ImageAntara keterangan yang agak kontroversi ialah percanggahan jawapan yang diucap Bala mengenai soalan sama ada Razak Baginda tersenyum semasa mendengar maklumat dari Bala bahawa Altantuya telah ditahan polis pada 18 Oktober.

Bala pada mulanya menyatakan Razak Baginda tersenyum mendengar pemberitahuan itu, namum setelah berulang kali diasak oleh Peguambela Abdul Razak, beliau menyatakan bahawa Abdul Razak memperlihatkan muka 'Smiling Face'.

Kemudiannya setelah Peguambela menanyakan sama ada Bala bersetuju atau tidak Razak Baginda sebenarnya tidak senyum ketika mendengar maklumat mengenai Altantuya itu, Bala menjawab bahawa beliau setuju Razak Baginda tidak senyum.

Kenyataan Bala ini membuatkan Hakim, Mohd Zaki meminta Bala menjawabnya semula, dan apabila menjawabnya semula Bala menyatakan beliau tidak setuju dan tetap menyatakan Razak Baginda tersenyum ketika mendengar maklumat itu.

Mahkamah menjadi agak bising dengan gelak ketawa hadirin yang mentertawakan kenyataan 'berbelit' Bala itu yang sejak pagi tadi lagi sering membuat keterangan yang terpaksa diulang semula pertanyaan oleh pihak Hakim dan Peguambela serta Pendakwaraya.

Di luar dewan perbicaraan masih ramai lagi wartawan dan jurugambar yang menanti perbicaraan kes berprofil tinggi ini, dan setiap kali kelibat isteri Razak Baginda dilihat keluar dari kamar perbicaraan, setiap kali itulah 'flash' dari kamera jurugambar akan bersilang cahaya menangkap gambar Mazlinda Mahzan yang ditemani anaknya, Roweena Abdul Razak.

Semasa di dalam kamar ketika perbicaraan belum dimulakan, Roween kelihatan memeluk Razak Baginda dan beberapa hali keluarganya termasuk abangnya hadir bagi mendengar perbicaraan kes tersebut.

Sementara keluarga dua lagi tertuduh, Koperal Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri turut mengikuti perbicaraan kes membabitkan pembunuhan warga Mongolia itu.

Dr Shaariibu pernah lahirkan kebimbangan dengan tiada pertukaran hakim

ImageTerdahulu sebelum ini Dr Shaariibuu melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Hakim Mohd Zaki Md Yassin yang menolak permohonan Peguam Pemerhati dan Kelurga mangsa, Karpal Singh supaya menukar hakim yang membicarakan kes tersebut.

Kekesalan itu disuarakan Konsul Mongolia di Malaysia, Dato' Syed Abdul Rahman Alhabsee pada 19 Jun lalu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas waktu rehat pertama perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi itu menyambung perbicaraan di hari kedua.

Menurut Syed Abdul Rahman, Dr Shaariibu bagaimanapun akur dengan keputusan itu tetapi berharap pengendalian perbicaraan kes anaknya tetap dijalankan secara telus, adil dan saksama.

Tuntutan itu dibuat oleh Karpal semalam bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dan kebimbangan keluarga Altantuya dengan laporan menyatakan Hakim mempunyai pertalian kekeluargaan dengan salah seorang peguam yang terbabit dengan kes itu.

Sementara itu mengulas mengenai situasi keluarga Altantuya, Syed Abdul Rahman berkata, setakat ini Dr Shaariibuu tidak sempat bertemu dengan seorang lagi anaknya yang baru 10 hari melahirkan anak di Mongolia.

Ini kerana katanya, beliau terpaksa menunggu perbicaraan kes Altantuya yang masuk hari kedua hari ini setelah semalam saksi pertama diminta Ketua Pendakwaraya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah untuk menjawab beberapa soalan.

Terdahulu sebelum ini Dr Shaariibuu pernah meluahkan rasa khuatirnya terhadap perjalanan perbicaraan kes anaknya memandangkan pertukaran hakim beberapa kali.

Dalam satu sidang medianya minggu lepas, Dr Shaariibuu turut mendedahkan hubungan Altantuya dengan Abdul Razak Baginda (tertuduh ketiga) yang dikatakan antaranya anaknya itu pernah menjadi penterjemah kepada Abdul Razak dalam urusan pembelian yang dijalankan oleh Abdul Razak.

Bagaimanapun Dr Shaariibuu tidak menyatakan secara spesifik urusan pembelian yang dijalankan itu.

Beliau juga turut menyatakan bahawa anaknya itu dibunuh kerana memiliki rahsia besar mengenai beberapa isu membabitkan figure politik di negara ini.

Ada majalah dedah hubungan Razak dan Najib

Dalam sidang media yang sama beliau turut menyebut adanya tulisan dalam sebuah majalah antarabangsa mengenai hubungkait Abdul Razak dengan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan secara terperinci hubungan itu memandangkan katanya majalah itu tidak dibawa bersama ketika sidang media itu.

Pada 18 Jun lalu, Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah ketika memulakan perbicaraan telah membacakan fakta kes mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Pihak pendakwaan berkata, pihaknya akan mengemukakan keterangan, termasuk keterangan pakar dan saintifik, pengakuan tertuduh dan keterangan lain untuk membuktikan kes mereka melampaui tahap keraguan yang munasabah.

Berikut adalah teks penuh ucapan pembukaan pendakwaan

1. Azilah bin Hadri, Orang Kena Tuduh Pertama (selepas ini dirujuk sebagai OKT1) dan Sirul Azhar bin Haji Umar, Orang Kena Tuduh Kedua (Selepas ini dirujuk sebagai OKT2) telah dituduh melakukan satu kesalahan membunuh dengan niat bersama yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama terhadap seorang wanita bernama Altantuya Shaariibuu (selepas ini dirujuk sebagai si mati) seorang warganegara Mongolia antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja di dalam daerah Petaling, di dalam negeri Selangor.

2. Abdul Razak bin Abdullah, Orang Kena Tuduh Ketiga (selepas ini dirujuk sebagai OKT3) pula dituduh bersubahat di dalam pembunuhan yang dilakukan oleh kedua-dua OKT1 dan OKT2 iaitu satu kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 109 kanun yang sama.

3. Di dalam membuktikan kepada mahkamah bahawa kedua-dua OKT1 dan OKT2 ini adalah orang yang melakukan dan melaksanakan pembunuhan terhadap si mati, manakala OKT3 melakukan pembunuhan dengan cara bersubahat dengan OKT1 dan OKT2, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan langsung dan keterangan ikut keadaan melampaui keraguan yang munasabah.

4. Keterangan akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menunjukkan bahawa OKT3 mengenali si mati sejak tahun 2004 dan sering berjumpa si mati. OKT3 juga sering memberi bantuan kewangan kepada si mati apabila diminta oleh si mati semasa mereka menjalin hubungan. Hubungan di antara OKT3 dan si mati terputus pada Ogos 2005 namun OKT3 masih memberi wang kepada si mati apabila dituntut oleh si mati. Namun pada awal tahun 2006, OKT3 telah mula enggan melayan tuntutan wang dari si mati dan si mati tidak berpuashati dan telah datng ke Malaysia beberapa kali untuk berjumpa OKT3 dan menuntut wang daripadanya.

5. Keterangan akan dibawa bagi menunjukkan si mati telah mengupah seorang penyiasat persendirian untuk tujuan membantunya mengesan tempat tinggal OKT3.

Image6. Seterusnya keterangan akan dibawa bagi menunjukkan bahawa si mati telah datang ke Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2006 bersama dengan dua wanita Mongolia yang merupakan kawannya bertujuan untuk menemani si mati berjumpa dengan OKT3 di Kuala Lumpur. Si mati dan dua wanita Mongolia tersebut telah menyewa di Hotel Malaya, Kuala Lumpur. Keterangan akan dibawa bagi menunjukkan si mati telah cuba untuk menemui OKT3 beberapa kali di pejabatnya namun gagal kerana OKT3 tidak mahu bertemu dengannya. Keterangan akan dikemukakan bagi menunjukkan si mati telah meninggalkan nota-nota kepada OKT3 bagi menunjukkan hasratnya untuk bertemu OKT3 dan menuntut wang dari OKT3. Si mati juga telah menyatakan di dalam notanya kepada OKT3 bahawa sekiranya OKT3 enggan memberinya wang, nyawa anak OKT3 akan terancam.

7. Bagi mengelak dari terus diganggu dengan tuntutan wang dan ancaman oleh si mati. OKT3 telah mengupah seorang penyiasat persendirian bagi mengekori si mati dan mengawal rumahnya untuk mengelak dari terus diganggu dan didatangi si mati. Keterangan akan dibawa bagi menunjukkan walaupun setelah pegawai penyiasat persendirian diupah bagi menjaganya, si mati masih terus mengganggu dan mengugut OKT3.

8. Keterangan akan dikemukakan bagi menunjukkan OKT3 telah menceritakan masalah dan ugutan yang diterimanya dari si mati kepada seorang rakannya yang merupakan seorang pegawai kanan polis dan telah meminta nasihat darinya. Rakannya itu telah memberi nasihat kepada OKT3 untuk membuat laporan polis memandangkan ancaman yang dibuat oleh si mati adalah serius. Namun OKT3 tidak membuat laporan polis sebagaimana dinasihatkan. Dalam pada itu, OKT3 meminta rakannya itu agar merahsiakan apa yang diceritakan kepadanya. OKT3 kemudiannya telah meminta rakannya itu untuk memperkenalkan seorang pegawai polis dari balai polis Brickfields untuk membantunya menyelesaikan masalahnya dengan si mati.

9. Rakannya itu telah menyatakan beliau ada seorang rakan yang merupakan seorang pegawai Unit Tindakan Khas Polis iaitu OKT1 yang mengenali seorang pegawsai polis di IPD Brickfields. Rakannya itu telah memberi nombor telefon OKT1 kepada OKT3 untuk dihubunginya. Keterangan akan ditunjukkan bahawa OKT1 dan OKT3 telah membuat pertemuan di pejabat OKT3 pada 18 Oktober 2006 antara jam 9.54 pagi hingga 11.05 pagi. Keterangan juga akan dibawa bagi menunjukkan OKT1 tidak memperkenalkan mana-mana pegawai polis dari Brickfields untuk tujuan membantu OKT3 sebaliknya telah bertindak membuat perancangan dengan OKT1 untuk melakukan pembunuhan terhadap si mati. Pihak pendakwaan akan membuktikan fakta ini melalui keterangan ikut keadaan.

Image10. Keterangan juga akan dibawa bagi menunjukkan beberapa jam selepas pertemuan antara OKT1 dan OKT3 di pejabat OKT3, OKT1 telah membawa bersama OKT2 yang merupakan anggota UTK bawah kepada OKT1 ke hotel Malaya yang mana mereka telah dilihat berada di lobi hotel Malaya, iaitu hotel di mana si mati menginap. Dalam pada itu keterangan juga akan dibawa bagi menunjukkan sekeping nota yang tercatit nama penyiasat persendirian OKT3, alamat tempat tinggal si mati, nombor telefon si mati dan nama si mati telah dirampas dari pejabat OKT1. Semua keterangan ini menunjukkan hubung- kait di antara pertemuan OKT3 dengan OKT1 dan sebab-sebab kehadiran OKT1 dan OKT2 di lobi hotel berkenaan.

11. Pendakwaan juga akan membawa keterangan bagi menunjukkan si mati datang ke rumah OKT3 untuk bertemu dengannya dan apabila gagal bertemu dengan OKT3, si mati telah membuat kacau di hadapan rumah OKT3. Berikutan dengan gangguan di hadapan rumah OKT3 tersebut, si mati telah dibawa ke balai polis untuk tujuan membuat laporan polis, namun OKT3 melalui penyiasat persendiriannya telah meminta si mati untuk tidak membuat laporan polis kerana bimbang perkara ini akan mendapat publisiti di akhbar. Penyiasat persendirian OKT3 telah menasihatkan OKT3 untuk membuat laporan polis dan ini juga tidak diikuti oleh OKT3. Penyiasat persendirian OKT3 juga pernah mencadangkan agar bantuan pihak Imigresen diambil bagi menghantar si mati pulang, namun nasihat ini juga tidak dipedulikan.

12. Seterusnya pendakwaan akan membawa keterangan bahawa si mati telah datang ke rumah OKT3 pada malam 19 Oktober 2006. Keterangan akan dibawa bagi menunjukkan OKT3 mengetahui kehadiran si mati di rumahnya melalui penyiasat persendiriannya dan kemudiannya telah mengarahkan penyiasat persendiriannya untuk melayan si mati sehingga orangnya sampai. Selepas mendapat maklumat dari penyiasat persendiriannya, OKT3 telah menghubungi OKT1 dan keterangan akan menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 datang mengambil si mati dengan kereta dan berakhir dengan kematian si mati. OKT1 dan OKT2 merupakan orang yang terakhir dilihat bersama si mati.

Image13. Keterangan ikut keadaan akan dibawa bagi menunjukkan si mati telah dibawa ke tempat kejadian pembunuhan dan di situ kedua-dua OKT iaitu OKT1 dan OKT2 telah meletup si mati dengan menggunakan bahan letupan. Keterangan akan dibawa bagi menunjukkan sebab-sebab kematian adalah “probable blast related injuries” sebagaimana laporan dari pakar patologis.

14. Keterangan saksi-saksi pada malam si mati dibawa dari rumah OKT3, gambar CCTV dan transaksi komunikasi melalui telefon akan dikemukakan bagi menunjukkan perkaitan perancangan di antara ketiga-tiga OKT pada malam tersebut di dalam melakukan pembunuhan terhadap si mati dengan meletupkannya.

15. Sementara itu, keterangan akan dikemukakan bagi menunjukkan si mati ada memberitahu rakan-rakannya sekiranya beliau tidak pulang ke hotel dalam tempoh dua atau tiga jam dari rumah OKT3 pada malam 19 Oktober 2006 itu, mereka perlu membuat laporan polis. Si mati juga ada membuat laporan polis mengenai ugutan yang diterimanya dan kegusaran hatinya lebih kurang lapan jam sebelum kehilangannya pada malam kejadian dan menyatakan sekiranya sesuatu berlaku kepadanya pihak polis perlu mencari seorang yang bernama “Razak Baginda”.

16. Keterangan melalui ahli kimia menunjukkan si mati adalah “biological daughter” kepada S Altantsetseg dan Setev Shaariibuu iaitu ibu bapa si mati. Keterangan melalui pakar bom pula akan menunjukkan si mati telah diletupkan dengan sejenis bahan letupan.

17. Beberapa barang milik si mati juga telah dirampas oleh pihak polis dari rumah OKT2. Akan dibuktikan juga barangan tersebut adalah barangan kepunyaan si mati melalui pengecaman oleh saksi-saksi pendakwaan dan melalui ujian DNA.

18. Selain dari itu, kereta OKT2 yang dirampas dari OKT2 telah dijumpai sepasang selipar yang terdapat kesan darah “ blood stain” dan setelah analisa dilakukan oleh pihak kimia disahkan sebagai darah si mati melalui ujian DNA.

19. Keterangan juga akan dikemukakan untuk menunjukkan bahawa penemuan tempat di mana mangsa telah dibunuh telah ditunjukkan oleh OKT1.

20. Di dalam membuktikan kes terhadap kesemua OKT, pendakwaan akan bergantung kepada keterangan-keterangan langsung “direct evidence”, keterangan ikut keadaan “circumstantial evidence”, keterangan pakar, keterangan saintifik, keterangan-keterangan dokumentar, pengakuan OKT2 kepada pegawai atasannya dan beberapa keterangan lain di samping mengaitkan beberapa barang-barang kes yang dijumpai dan dirampas untuk membuktikan bahawa OKT1 dan OKT2 telah melakukan pembunuhan terhadap si mati dan OKT3 telah bersubahat dengan mereka di dalam merancang dan memberi arahan agar si mati dihapuskan dengan cara dibunuh. Kesemua keterangan yang akan dibawa membuktikan satu kes yang melampaui tahap keraguan yang munasabah

Anak muda perlu disusun persiap Anwar akan ditahan semula


Hari ini 20 September 2010, Anwar hadir di Mahkamah Putrajaya untuk rayuan permohonan mengenepikan Kes Fitnah 2 yang dihadapinya. Namun Hakim telah membuat keputusan menolak permohonan atas asas teknikal 'mengarut' bukan asas keadilan. Penguam Anwar dinafikan hak menyatakan hujah. sila klik sini untuk baca lanjut.

12 tahun lalu, pada tarikh yang sama Anwar bergegas dari Kelantan. Malam sebelum itu beliau dan Menteri Besar Kelantan telah menjadikan kali pertama dalam sejarah Stadium Kota Bharu sesak sedemikian rupa. Sejak petang orang sudah mula sesak, malah untuk membawa Anwar ke dalam Stadium pasukan yang bersama road show tersebut terpaksa menaikkan Anwar motor cub seorang penyokong. Rasanya tidak ada siapa antara kami yang kenal betul dia tetapi terpaksa menaikkan Anwar kerana jalan yang terlalu sesak. Tentu ramai masih teringat imej seorang menaiki motorsikal dan memakai helmet tutup penuh dengan beberapa orang berlaki mengiringi motorsikal itu melepasi jalan sesak menuju stadium Kota Bharu.

Seharusnya Anwar meneruskan siri Road Shownya ke Sabah. Gusar dengan sambutan rakyat dan sudah tentu regim Mahathir ketika itu tidak sanggup melihat 'simpanan tetap' mereka Sabah dilanggar oleh semangat kebangkitan rakyat. Maka arahan menangkap Anwar telah dikeluarkan. Arahan ini dihidu kerana dibocorkan oleh simpatisan Anwar cuma tidak pasti sama ada Bukit Aman atau orang rapat Mahathir sendiri membocorkanya.

Kerana arahan tersebut dihidu maka perancangan ditukar. Anwar tidak ke Sabah sebaliknya terus ke Kuala Lumpur. Ada antara pasukan Road Shor tersebut menyuntik pemikiran kalau Anwar terus ke Sabah tangkapan pasti dilakukan dalam penerbangan dan ia tidak bagus bagi gerakan.

Apapun terjadi ia harus berlaku di Kuala Lumpur. Bila keputusan balik ke Kuala Lumpur itu dibuat, maka banyak cadangan susulan. Ada yang mencadangkan supaya Anwar dibawa ke luar negara dan berlindung sebagai kerajaan campuran sementara yang lain menggerakan massa rakyat membangkitkan perlawanan. Malah telah diperbincangkan negara mana yang sesuai dengan imej dan persepsi rakyat Malaysia. Namun perbincangan tersebut disentak dengan kenyataan tegas Anwar sendiri. Dia menegaskan apapun yang berlaku ia harus berlaku dalam Malaysia. Anwar menegaskan jika rakyat bangkit menuntut KEADILAN maka dia yang harus menjadi benteng di depan. Terkejut dengan ketegasan Anwar semua fokus semula dengan perancangan Anwar berucap di Masjid negara.

Ratusan ribu rakyat petang itu berhimpun di Masjid. Imej ucapan Anwar di anjung Masjid negara menjadi gambar kenangan paling bermakna.Di anjung Masjid itulah kali pertama Anwar menyerang Dr Mahathir secara terbuka selepas dipecat kerana selama itu dia masih percaya Dr Mahathir ditipu dengan persepsi bahawa Anwar mahu melawan dia sebagai Presiden Umno dan terpedaya dengan manipulasi oleh kumpulan konspirator di kelilingnya. Sejak dipecat ramai ambil kesempatan kebangkitan rakyat kerana pemecatan Anwar untuk membelasah Dr Mahathir namun Anwar tidak menyerang hinggalah petang itu. Malangnya kepercayaan tinggi Anwar kepada Dr Mahathir dikecewakan oleh arahan penangkapan terhadap Anwar dan kemungkinan cubaan bunuh ketika operasi menangkap.

Selepas ditangkap Anwar dibawa ke lokap bawah tanah Bukit Aman, kejadian selepas itu mungkin boleh dirujuk buku laporan Suruhanjaya Diraja 'Kes Mata Lebam' di mana menyatakan secara jelas Anwar dipukul. Pukulan sedemikan boleh diklasifikasikan dengan tujuan untuk mematikan.

Selepas itu mula perlawanan rakyat. Rakyat bangkit membela Anwar kerana kes Anwar menjadi perlambangan penindasan dan kezaliman selama ini. Dalam kes Anwar Ibrahim selain rakyat tidak boleh menerima kezaliman ke atas sosok Anwar dan keluarga yang selama ini mendapat penghormatan tinggi di sisi rakyat, rakyat sendiri melihat bahawa kes ini merupakan pakej lengkap penggunaan semua aparat kerajaan bagi memenuhi nafsu regim penguasa untuk kekal kuasa. Banyak yang terkorban. Sejarah reformasi bukan semata imaginasi romantis. Ia satu yang real banyak yang terkorban, mati dalam jalan juang, hilang harta, hilang keluarga dan sebagainya. Banyak antara mereka tidak tampil menuntut apa selepas kemenangan sedikit. Namun ada yang tampil ke depan mendepang dada mengatakan itu dan ini pengorbanan mereka yang harus dibalas adalah banyaknya yang hipokrit dan umpama penambah rasa masakan.

12 tahun berlalu, tarikh yang sama Anwar berdepan dengan skrip fitnah yang sama. Cuma situasinya berbeza. Anwar kelihatan datang bersama Kak Wan dan anak-anak.... hanya kelihatan muka – muka juga seperti aktivis yang menggelar diri mereka Reformis. Che'GuBard hadir bersama adik beradik SAMM kumpulan anak muda yang diasaskan ketika semangat reformasi menjatuh dan di saat pati mengecil. Itupun hanya bebelas yang mampu hadir kerana kebanyakan adik beradik SAMM ini kerjanya makan gaji hari bukan pemegang jjawatan besar dan tinggi malah jauh menikmati lantikan politik di sana di sini. Ingat lagi tahun 2004 sebelum PRU parti berdepan dengan perbagai masalah. Menghadapi pilihanraya 2004 tanpa banyak persediaan menjadikan kita parti tercorot hanya mampu pertahankan 1 kerusi di Permatang Pauh. Ramai yang ambil keputusan lari ketika itu. Perbagai alasan digunakan termasuk tidak setuju dengan itu dan ini lantas terus meletakkan jawatan. Yang ahli korporat kembali semula ke dunia korporat. Namun masih ada yang terus tinggal dan mempertahankan jalan yang tersectus pada tahun 1998 dan bergabung dengan parti bersejarah PRM kemudianya.

Kali ini Anwar ada parti yang besar sudah memerintah negeri. Parti itu sedang menghadapi pemilihan, kerana ia parti besar dan susah untuk mendapatkan semua ahli maka pengumuman itu dan ini oleh calon bertanding jawatan parti dibuat dengan menggunakan media. Mungkin semua sudah sibuk mempertahankan 'jabatan' yang ada dengan lupa di mana kita bermula.

Yakinlah dengan perkembangan yang kes Mahkamah, siapa berani kata yang Anwar tidak akan 'ke dalam' semula. Najib sudah tentu tidak sanggup untuk berdepan PRU akan datang dengan Anwar ada ditengah rakyat ditambah pula masalah Bn yang kian merumitkan.

Tidak kira siapa terpilih menjadi pimpinan parti kali ini , perlu mengambil kira pertimbangan ini. Jika pasukan terpilih merupakan 'skuad tegar' maka perlawanan pusingan ini akan jadi pusingan akhir yang lebih pendek tempoh masanya tetapi pasti ianya lebih kasar dan ganas.

Wednesday, September 08, 2010

Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah

sedikit sumbangan duit raya dari Tabung Jejak Fakir Ramadhan KEADILAN Rembau
Hati siapa tak tersentuh bila waktu berbuka hari itu ditandakan dengan laungan syahdu azan dari penghuni pusat jagaan yang berusia belum 6 tahun.

Kelihatan anak - anak muda belia yang penuh kesedaran.

Dua hari lepas sempat berbuka puasa bersama 52 orang Anak Yatim/Miskin di Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah.

Pusat ini dikendalikan oleh sekumpulan insan yang prihatin. Mereka tidak punya penyumbang tetap tetapi sanggup melakukan tugas ini demi masa depan anak - anak yang kurang bernasib baik ini.

Majlis berbuka ini diadakan dengan kerjasama Kelab Bermotor Belia Islam NS, sebuah kelab yang antara pengasasnya ialah Sdr. Zubir yang juga AJK Cabang KEADILAN Rembau.

Kesempatan berbuka ini yang turut dihadiri oleh kira kira lebih 50 belia ini mengundang keinsafan kepada semua. Anak yatim miskin yang terus ceria dan tabah, pengendali pusat jagaan yang istiqamah walaupun payah dan belia yang orang ramai akan hina jika tengok sekali imbas tetapi jiwa mereka lebih prihatin dari sesetengah intelek muda yang rasuah.

Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan penghuni pusat jagaan seperti silat dan pentomin. Akhir sekali anak - anak muda ini nak bawa penghuni 'seraound' kawasan tersebut dengan motor mereka..... kagum dan sedih mereka belia sederhana tak punya motor besar tapi jiwa mereka cukup besar.

Solidariti Anak Muda Malaysia

Hutan simpan di Negeri Sembilan gondol





Jika ini berlaku di Selangor atau mana - mana negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sudah tentu ia akan menjadi bahan muka depan media selama berbulan, namun ia berlaku di Negeri Sembilan maka ia disenyapkan.

Hutan Simpan Kekal Johol telah mula digondolkan sejak pertengahan 2009. Dikesan dan dibuat secara terang - terang. Sekitar September 2009 hingga awal 2010 bukan menjadi rahsia lori balak keluar dan masuk. Laporan telah dibuat namun semuanya senyap dan sunyi. Malapembalak haram secara berani meletakkan papan tanda 'Awas Lori Balak keluar dan masuk' dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Johol berdekatan Kawasan rekreasi Air Terjun Johol. Iaitu terletak antara jalan yang menghubungkan Kg Batu, Rembau dan Inas, Kuala Pilah.

Setelah mendapat desakan akhbar Sinar membuat juga liputan mengenai penebangan hutan simpan kekal ini malangnya jawapan cukup 'sengal' dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang menasihatkan orang asal di Negeri Sembilan akan mengawal pembukaan tanah dan seumpamanya.

Gila !! Menteri Besar nak tuduh orang asal buka tanah untuk pertanian dengan tebang balak , pikul dan jual ???? Tak masuk akal..... selepas itu tidak ada tindakan lanjut.

Dari cara pencuri balak terang - terangan ini dan tidak ada langsung tindakan kerajaan maka tidak boleh dielakkan tuduhan pembalak haram ini dilindungi.

Di atas ialah gambar semasa lawatan ke kawsan tersbeut baru - baru ini, papan tanda hutan simpan kekal dan gambar gondol itu hanya beberapa puluh meter dari papan tanda amaran itu. Kawasan gondol itu sebelum ini ialah rimba yang penuh pohon berharga.

Mohon hebahan media dan desak penjelasan terbuka dari pemerintah. Yang bertanggungjawab harus dihukum.

Untuk pengetahuan semua pencurian balak bukan sahaja di Hutan Simpan Johol yang sebahagianya masuk kawasan Parlimen Rembau tetapi turut terjadi di beberapa kawasan lain dalam negeri ini tanpa ada tindakan yang dilihat tegas.

Tuesday, September 07, 2010

Jika kita abaikan Ezam , Umno akan tendang dia

Ezam menyatakan dengan tegas Anwar adalah seorang pemimpin berprinsip. Persoalanya sejak bila Ezam mula anti Anwar....

Mula Ezam berhenti jadi Ketua AMK dia kata pada umum nak tumpu perkukuh NGO Melayu sebab orang Melayu tak banyak berbudaya NGO dan fokus untuk menyedarkan rakyat mengenai rasuah dan demokrasi.... tapi dalam parti orang ramai tahu dia berperang dengan Azmin. malah dalam ceramah GERAK dia sumpah tak masuk Umno.

Lepas itu dia mula masuk Umno dengan kata kerana Anwar tak menguntungkan Melayu.... Lepas tu dia kata dia keluar KEADILAN kerana Anwar peliwat ? sejak bila dia tahu Anwar meliwat ? Betul ke kerana Kak Wan hubungi dia dan beritahu Anwar peliwat ? tetapi kerana alasan berubah - ubah ......

Ezam kata dia mendapat lantikan Senator kerana dia layak ? Apa kelayakan lantikan senator ? Apa skop kerja beliau sebagai senator ? Senator hentam Anwar ? Ezam mendapat nyawa politik selagi kita layan dia.... kerana skop tugasan yang diberikan oleh Najib kepada dia ialah serang Anwar.... dia terpaksa serang untuk 'survival' peribadi. Jika dia menjadi tidak relevan Najib akan buang Ezam...

Ezam memang hebat dan berani berdebat masa dia pegang prinsip tetapi sekarang masa dia dah tak pegang prinsip dia jadi takut. Nazri bekas pengerusi Gerak boleh kata anak didik Ezam ajak berkongsi pentas bincang soal integriti juga dia tak berani....

Maka semua sahabat jangan layan.... biarkan Ezam nampak tak relevan dia akan tak laku lepas itu kerana bidang tugasnya sudah tidak dipenuhi...



Monday, September 06, 2010

Hasil DEB


Apa hasil DEB yang kononya jaga hak Melayu...... ??? Atas itu senarai org paling kaya dalam negara ini terbaru 2 Jun 2010..... bila DAP kuasai negara ? Bila yang sejarah bukan Umno kuasai negara....tapi inilah hasilnya... kerana Umno kuasai negara maka habis Melayu dijahanamkan....

ada sesiapa nak komen ?

Friday, September 03, 2010

Cadangan Cuti Hari Jumaat kepada kerajaan Selangor

Hari ini mungkin Jumaat terakhir dalam Ramadhan tahun ini. Bersempena Hari Jumaat ini ingin dipanjangkan cadangan untuk mengubah cuti mingguan dari hari Ahad ke hari Jumaat.

Dengan ini dibawa cadangan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengubah cuti mingguan dari Ahad kepada Jumaat.

Alasan :

  1. http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=955 link tersebut mengandungi fatwa Mufti Perlis yang secara jelas menyebut cuti hari Jumaat digalakkan dalam Islam

  2. Islam tak menetapkan cuti harus pada mana – mana hari tetapi seeloknya cuti pada Hari Jumaat kerana keistimewaan hari tersebut kerana dalam hari Jumaatlah diperintahkan ibadat khusus dan Jumaat digelar penghulu segala hari dengan perbagai keistimewaan.

    Bersumber dari Abu Hurairah radliallahu `anhu bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam mengatakan:
    “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam alaihis salam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.”(HR. Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat)

  3. Dengan memberikan cuti pada hari Jumaat maka memberikan ruang yang lebih untuk umat Islam melaksanakan ibadat khusus 'solat sunat Jumaat' dengan penuh rohnya.

    Roh semangat sembahyang Jumaat seharusnya :Jemaah sesebuah kariah berkumpul membincangkan masalah setempat dan khatib menggulungkanya dalam bentuk nasihat dan panduan Malangnya kini masyarakat melaksanakan hanya cukup syarat terkejar – kejar keluar pejabat berebut waktu makan bekejar untuk bersolat malah ada yang keletihan dan tidur. Sudah tentu yang bekerja tidak pulang ke kariahnya untuk mengerjakan ibadah Jumaat. Ini sudah meninggalkan roh solat Jumaat memberikan ruang bertemu sesama anak kariah.

  1. Solat Jumaat juga seharusnya diberikan ruang untuk ayah menjalinkan hubungan rapat dengan anaknya. Jika dijadikan tradisi dari awal sebelum Jumaat makan tengahari bersama keluarga dan kemudian anak serta ayah bersiap untuk ke masjid. Ini suasana yang hampir tidak ada dalam keluarga kita semua. Mana mungkin ini semua dilakukan jika kita semua terkejar – kejar hari Jumaat.

  1. Dari aspek produktiviti cuti hari Jumaat lebih menjamin produktiviti. Bayangkan jika Hari Jumaat waktu rehat akan bermula 12.30 tengahari – 2.30 petang. Bukan satu yang rahsia juga ramai yang keluar awal sikit dan balik lewat sikit dengan perbagai alasan. Bayangkan jika hari Jumaat terus diberi cuti dan hari Ahad boleh bekerja sepanjang hari tanpa gangguan.

  1. Cuti hari Jumaat juga menggalakan perbagai ibadah sunat malam Jumaat.

7. Cuti Ahad di negeri berjiran dengan Selangor akan sedikit memberikan sumbangan kepada Selangor yang bekerja pada Hari Ahad. Mereka yang duduk di negeri berjiran dengan Selangor akan membanjiri Selangor untuk perbagai urusan kerana Selangor hari bekerja pada hari Ahad. Ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan ekonomi dari perbagai segi.

Cadangan Pelaksanaan

  1. Dengan perubahan cuti Hari Jumaat maka dicadangkan Jumaat dan Sabtu diumumkan cuti sepenuhnya. Jumaat untuk ibadat dan Sabtu hari keluarga.

  2. Kerja 5 hari seminggu akan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu hasil kerja kakitangan kerana lebih bebas tekanan kerja. Mengenai waktu kerja sedikit perubahan waktu masuk dan keluar kerja mungkin boleh dilakukan.

4. Cuti ini boleh dilakukan dengan pelaksanaan ke atas agensi di bawah Kerajaan Negeri dahulu.

Hasilnya

  1. Sokongan Melayu dan Islam akan meningkat dan menempelak Barisan Nasional mengenai perbagai tuduhan sonsang mereka terhadap kerajaan Negeri. Ini akan menjelaskan tindakan penukaran cuti mingguan Jumaat ke Ahad yang dilakukan oleh Kerajaan Bn Johor dibawah Timbalan Perdana Menteri sekarang ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor adalah salah.

  1. Dari sudut bukan Islam pula cuti hari Jumaat dan bekerja 5 hari seminggu ini harus diperlihatkan dari sudut penggalak hubungan keluarga dan mewujudkan lebih masa bersama keluarga. Aspek produktiviti dan tumpuan kerja juga harus diperlihatkan.

  1. Percaya dan amat yakin pengumuman cuti dari Ahad ke Jumaat akan memperlihatkan lonjakan sokongan kepada Kerajaan Selangor.

Tambahan

Untuk melihat keberkesanan , cara pelaksanaan dan kesanya terhadap pentadbiran tidak perlu berbelanja banyak cukup dengan pergi ke Kelantan ambil contoh dan perbagai perbagai kekurangan jika wujud.

Wednesday, September 01, 2010

Bonus raya kakitangan awam mampu mangsakan yang lain

Oleh kerana belanjawan 'surplus' maka Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian bonus duit raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awamnya yang akan dibayar sebelum Syawal 1431. Itulah permulaan politik pemberian bonus. Ini bukan sahaja membuktikan pengurusan ekonomi kerajaan negeri baik tetapi merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada kakitangan awam yang beragama Islam yang bakal menyambul Edulfitri. Ini secara tak lansung membasuh sedikit serangan tohmah bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak cekap mengurus ekonomi, tak menghargai kakitangan awam dan tidak sensitif dengan orang Islam atau Melayu. Malah tambahan bagi guru Kafa dan seumpamanya cukup menarik perhatian.

Mungkin panik dengan pemberian tersebut maka Perdana Menteri Malaysia pula mengumumkan pemberian RM500 juga kepada semua kakitangan awam dan pesara. Lebih 1.24 juta kakitangan awam dari gred 1 hingga gred 54 dan 590,000 pesara menikmati bonus raya tersebut. Ini melibatkan RM934.6 juta. Amat pelik dalam keadaan buget regim pusat defesit teruk dan regim baru sahaja menghukum rakyat dengan menarik subsidi gula dan minyak yang menyebabkan kenaikan mendadak regim ini memberikan bonus. Bonus seharusnya diberikan apabila sebuah syarikat atau organisasi memperolehi keuntungan tetapi semata hannya untuk saingan politik regim memberikan juga bonus raya. Lebih pelik lagi regim kononya tidak dapat mengelakkan kenaikan gula dan minyak yang menyebabkan rakyat terseksa dengan kenaikan hampir semua kos perkhidmatan dan barang keperluan kononya kerana terpaksa menyelamatkan RM750 juta. Menyelamatkan wang subsidi (RM750 juta) ini penting untuk mengelakan negara bankrup seperti yang dijangkakan oleh Idris Jala seorang anggota kabinet regim.

Kerana mahu menyelamatkan RM750 juta itulah hampir semua rakyat terseksa dengan kenaikan kos hidup mendadak, malangnya untuk persaingan politik regim sanggup mengeluarkan RM934.6 juta pula.

Hujah memberikan kakitangan awam bonus raya kerana membantu mereka dalam menghadapi perayaan dalam keadaan kos yang meningkat juga memperakui kegagalan pengurusan ekonomi oleh regim. Namun tahun atau tidak kakitangan gred 1 yang bergaji tinggi (baca: amat tinggi) juga memperolehi RM500 tersebut. Regim tarik subsidi dari semua rakyat yang khususnya susah tetapi bayar bonus kepada golongan kaya yang tak terasa perit kenaikan harga.

Persoalanya di sini tiap kali kenaikan gaji atau pemberian bonus pasti mengakibatkan kenaikan harga barang. Jangan nak bohong kalau regim ini berkata harga barang tidak naik dan terkawal. Suruh menteri pergi pasar beli barang baru mereka tahu bagaimana kenaikan harga mendadak berlaku. Regim gagal mengawal harga dan pemberian bonus ini sedikit sebanyak juga telah menyuntik kenaikan harga lagi.

Bagaimana dengan mereka yang bukan kakitangan yang merupakan jumlah lebih ramai dari kakitangan awam. Mereka tidak punya bonus, mereka kini banyak yang tak mendapat peluang kerja lebih masa. Kos yang naik angkara pemberian bonus raya ini akan menjadi perangkap maut kepada pekerja - pekerja yang bukan kakitangan awam.

Menyokong seharusnya negeri - negeri yang buget mereka 'surplus' adalah wajar memberikan bonus raya tetapi kenapa pula negeri yang defesit memanjang turut nak beri....kenapa pula regim pusat juga ingin memberi bonus raya... adakah semata kerana saingan politik ? kan seharusnya regim pusat menumpukan penguatkuasaan dan kawalan harga yang sebenarnya lebih membantu rakyat.

Politik pemberian bonus raya ini berita gembira bagi 25% rakyat tetapi mungkin perangkap maut bagi selebihnya. Ini harus dicatat dalam merakam KPI Najib selaku Menteri Kewangan ternyata dia gagal lagi dalam mengurus ekonomi.

Selaku menteri kewangan Najib gagal. 'fdi', pelaburan terus asing ke negara ini menyusut teruk, kos hidup meningkat, buget terus defesit..... Najib harus letak jawatan sebagai Menteri Kewangan.