Thursday, July 31, 2008

Laptop hilang ...kata kunci email bertukar..

Selasa lalu, ribuan rakyat menyambut DSAI di Jemapoh, Kuala Pilah dan di Muasasah darul ulum, Batu Kikir, Jempol. Selepas ceramah DSAI terus pulang bersama konvoi. cheGuBard tidak pulang terus kerana nak ambil kesempatan bantu kerja pembersihan tapak dan bemesra dengan teman - teman setempat. Tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja. Khususnya anak muda dari Rembau dan Kuala Pilah, tanpa anda semua belum tentu program tersebut boleh berjalan lancar.
Bertolak dari sana kira - kira jam 2.30 pagi selepas pekena durian di Jemapoh dan kemudian berhenti minum pula dengan Sarazita serta kawan - kawan di Kuala Pilah. Sampai ke Kuala Lumpur kira - kira jam 4.00 pagi, dan terus hantar Fadhil (teman yang membantu saya memandu kereta) ke rumahnya di Melawati / Gombak.
Dari rumahnya cheGuBard menyelusuri jalan Pahang ke jalan TAR untuk mengambil semula Lebuhraya KL-Seremban untuk pulang ke Bangi. Dalam perjalanan terima panggilan telefon dari Faizal (seorang teman sukarelawan yang menjadi pemandu DSAI) menyatakan sesuatu mungkin tidak kena kerana jam hampir 5.00 pagi tetapi ramai wartawan depan rumah DSAI di Bukit Segambut. Panggilan terpaksa saya tamatkan kerana perut sakit,saya katakan pada Faizal kejap selepas ini saya akan hubungi semula selepas saya ke tandas.
Kenderaan dihentikan di sebuah stesen minyak untuk tujuan ke tandas. Rasanya kurang dari 15 minit pun saya sudah menaiki semula kenderaan. Setelah kenderaan bergerak semula saya mencari telefon yang saya letak di kerusi sebelah..... argh! telefon sudah tidak ada... saya lihat beg duit saya terjatuh di tempat kaki... wang tunai kira - kira RM400 hilang !... Pada masa itu saya masih tenang ... ini mungkin sudah nasib... tetapi pelik kerana kereta langsung tidak ada kesan umpil atau pecah dan masanya cukup singkat... cekap sungguh mereka yang buat kerja tu...
Kemudian sampai di rumah saya mencari beg laptop untuk di bawa masuk ke rumah seperti biasa. Argh !!! beg laptop kosong !!! Laptop bersama charger hilang !! Pelik beg masih ada tetapi laptop sahaja yang hilang. MUla rasa 'panic' kerana bukan sedikit data yang tersimpan dan banyak hasil kerja yang tersimpan dalam laptop itu ....
Saya cuba menghubungi no. telefon yang hilang itu... ada nada dering tetapi tidak di angkat. Sehingga jam 7.00 malam no. itu masih berdering tetapi tidak diangkat.. mula pelik kerana kenapa jika benar dicuri tetapi tidak di offkan.
Satu laporan polis telah saya buat di Balai Polis Dang Wangi (no report 026316/08)
Tengahari singgah di 'cybercafe' untuk memeriksa email dan membuat sedikit update dalam blog. Sungguh terkejut akaun gmail gagal dibuka kerana password bertukar. Cuba dari 2-3 komputer berlainan tetapi masih gagal. Nampaknya bukan pencuri biasa. Satu email terus dihantar ke pengurusan gmail memaklumkan mengenai kejadian ini dan satu salinan laporan polis turut dihantar.
Kemudian saya diingatkan dengan cuba memecah masuk semula ke akaun saya dengan menggunakan 'soalan rahsia' ... pagi ini Alhamdunillah akaun 'chegubard' berjaya saya tembusi dengan cara itu dan saya menukar semula kata kuncinya. Terus memeriksa blog dan email...tiada yang hilang rasanya kecuali email baru semuanya sudah dibaca dan ada beberapa email kosong dihantar kepada beberapa teman khususnya pengendali laman web dan pimpinan. Apa tujuan semua ini tidak diketahui.... ???
Petang ini akan ke maxis centre pula untuk dapatkan semula 'sim card' .... tension juga hilang hand phone yang simpan beratus no. teman2. Kepada teman yang membaca artikel ini tolong sms semula no. saudara ke talian saya 0176688404 selepas esok pagi. Nampaknya perlu berjimat cermat untuk kumpul RM lah untuk beli handphone 2nd hand dan ganti laptop 'fujitsu' milik teman yang dipinjamkan kepada saya.

Wednesday, July 30, 2008

Ribuan bersama di Cherok To' Kun

Semalam kira kira 3500 orang memenuhi padang depan Galeri Pejuang, Cherok To'Kun, sehingga melimpah ke jalan untuk bersama dalam program pertama Tour Merdeka 2008 : Harapan Baru Anak Muda Malaysia.

Program yang bertujuan mengenengahkan pimpinan anak muda dalam Parti Keadilan Rakyat disamping menjawab fitnah dan menyampaikan maklumat kepada rakyat khususnya sempena kesedaran 'mood' ulangtahun kemerderdekaan negara yang akan menjelang hujung Ogos ini telah berjaya mencapai matlamatnya semalam.

Majlis telah di pengerusikan oleh Amizuddin Ahmat (Din Binjai) telah dimulakan dengan ucapan YB Ong (Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang). Turut berucap malam semalam ialah ZulKifli Ibrahim, YB Ravi, Azrizal Tahir, saya sendiri dan YB Gobalakrishnan. Dari mula hingga tamat semua perceramah berjaya menyampaikan isu dengan bersemangat dan ucapan berapi-api anak muda.

Cukup tersentuh dengan komen seorang pasangan suami isteri berbangsa melayu yang agak berusia yang menghampiri pentas selepas ceramah...sambil menghulurkan tangan mereka mengatakan 'gelombang' tidak akan padam....walaupun ketua sumpah dah keluar...anak muda baru masih ada pikul harapan.

Video klip khas 7 minit hasil garapan Din Binjai pula berjaya memukau dan membangkitkan semangat penonton.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Malam ini berjumpa di Sg. Petani, dan malam esok di Teluk Intan.

Tuesday, July 29, 2008

Tour Merdeka 2008 : HARAPAN BARU ANAK MUDA MALAYSIA

bersama :

YB Nurul Izzah Anwar (MP Lembah Pantai)
Saiful Izham Ramli (MPT keADILan)
che'GuBard (MPT keADILan)
YB Fairus Khairuddin (T.Ket. Menteri P.Pinang)

YB Nik Nazmi (ADUN Selangor)
YB Kasevan (exco AMK Pusat -ADUN Hutan Melintang)
Ginie Lim (Exco AMK Pusat)
Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Pusat)
dan ramai lagi pimpinan muda keADILan

tempat / tarikh :

1 Ogos 2008 - Galeri Pejuang, Cherok To'Kun, B.Mertajam (9.00malam). Pertanyaan 0164362117
2 Ogos - Taman Keladi Sg. Petani, Kedah (9.00 malam). Pertanyaan 0194085232
3 Ogos - Dewan Rumah Rehat, Teluk Intan (9.00 malam) . Pertanyaan 0194804465
8 Ogos - Chukai, Kemaman (9.00 malam). Pertanyaan 0199222799
16 Ogos - Kg. Semerbok, Kota, Rembau (9.00 malam) . Pertanyaan 0123696474
17 Ogos - Dewan Pay Fong, Melaka (7 malam) dan Alor Gajah (9.00malam) Pertanyaan 0126693453

23 Ogos - Lembah Pantai. Pertanyaan 0123191856

Monday, July 28, 2008

Saiful tidak diliwat ?


KUALA LUMPUR, 28 Julai (SK)- LAPORAN perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat. Pada 28 Jun lepas Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengadu dia merasa kesan sakit didubur ketika membuang air besar.


Tetapi laporan Doktor Mohamed yang dikeluarkan pada jam 2.14 petang, sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.


Laporan itu jelas menyatakan:
* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)
* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)
* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)
untuk laporan yang lebih jelas sila klik sini REPORT SAIFUL

Thursday, July 17, 2008

Cubaan melengkapkan skrip besar tidak berjaya !



Seminggu ini benar - benar sibuk dan tak punya cukup masa untuk menulis. Maaf banyak email dan komen juga berkenaan 'coretan' tidak siap ini.
Pada masa menulis tajuk dan meletakkan gambar ini banyak yang hendak 'coretkan' namun setelah berhari - hari tertinggal mood dan maklumat sedikit celaru untuk menyusun semula coretan.
Ketika rakyat sedang 'sakit'mengira wang syilling untuk berbelanja, ketika rakyat baru sahaja tertipu dengan janji Pengarah Pilihanraya Bn (Najib Tun Razak) yang menyatakan bahawa minyak tidak akan naik tahun ini ketika pelancaran manifesto Pilihanraya Bn.... dan ketika rakyat sedang menanti 'proses pengambil alihan' kerajaan persekutuan dari Bn kepada PAKATAN untuk menanti harga minyak dan beban rakyat diredakan.... ketika itulah pada Sabtu 28 Jun, Malaysia digemparkan dengan laporan polis Saiful pembantu DSAI yang menyatakan beliau telah diliwat sebanyak 9 kali oleh DSAI dan kali terakhir ialah pada 26 Jun.
Rakyat panik kenapa ini berlaku ? Jika dahulu Azizan mengatakan dia terpaksa membenarkan dirinya diliwat oleh DSAI yang dibantu Sukma kerana takutkan kedudukan DSAI yang menjadi orang no.2 dalam kerajaan, tetapi kini apa pula alasan Saiful. Dia yang jauh lebih gagah fizikalnya, lebih tinggi dan mempelajari ilmu silat (menurut maklumat blognya), tetapi bagaimana pula seorang yang tua 61tahun dan sakit tulang belakang tanpa kuasa dan terlalu ramai lingkungan yang rapat dengan kekuasaan yang mahu 'mematikannya' mampu untuk memaksa Saiful untuk benar di liwat tanpa kerelaan sebanyak 9 kali...?
Ini konspirasi....ulangtayang skrip 1998... kenapa 1998 berlaku ...? 1998 berlaku kerana pada ketika itu DSAI sudah selangkah dari tampuk kuasa... dan ramai pada ketika itu tidak mahukan beliau berada di kerusi no. 1 itu... pertembungan idea pentadbiran dengan Dr. Mahathir khususnya dari aspek pengurusan ekonomi pula telah menjadi alasan yang kuat untuk DSAI disingkirkan segera.
Kenapa skrip 1998 di ulang kembali 2008 ? jawapan yang tetap sama kerana DSAI sudah kelihatan hampir di tampuk kuasa...cuma kali ini berbeza... pertempuran 1998 ialah antara konspirator yang dipayungi oleh orang no. 1 tetapi kini berbeza.... kerana berlaku antara dua orang yang sedang berlumba untuk kerusi no.1...
Selepas pilihanraya 2008, keadaan iklim politik negara berubah, tsunami politik yang menumbangkan 5 negeri dirampas 'kuasa rakyat' ada dua sebab 'politik' pertama ialah kerana populariti DSAI dan yang kedua kerana kelemahan Abdullah yang parah. Ini di tambah dengan keperitan hidup rakyat. Makanya selepas pilihanraya mula ada beberapa ahli parlimen Bn yang berjumpa secara sulit dengan DSAI untuk berbincang mengenai masa depan negara. Mereka menginsafi betapa negara sedang dalam keadaan lemah dan diambang krisis dan perlu diselamatkan. Maka ini datangnya 'ilham' 16 September membentuk kerajaan baru. Ia bukan sekadar ilusi ciptaan dan pihak 'kekuasaan' melalui perisikan mereka yang canggih sudah tentu tahu mengenai perkara ini.
Suka atau tidak suka Abdullah sememangnya sudah duduk sebagai Pm cuma bila dan bagaimana dia akan diturunkan menjadi persoalan. Tetapi semua mata sedang memerhati siapa penggantinya..? Adakah penggantinya mampu memacu semula negara yang semakin parah...? Orang melihat Anwar dan Najib..
Najib sememangnya perlahan... itu yang menyebabkan Dr. Mahathir marah padanya.... kini pula dia sedang bangga kerana Abdullah telah mengumumkan akan memilihnya sebagai pengganti tetapi 2 tahun lagi... selepas kenyataan Abdullah itu sekali lagi Dr.Mahathir menegaskan Najib lambat dan berdasarkan banyak perkara mungkin tak ada peluang jadi PM. Dahulu ketika pertembungan team A dan team B...Najib awalnya berada di kalangan team B... tetapi masih play safe.. DSAI melihat Najib terkontang kanting terus menghulur tangan mengosongkan kerusi Ketua Pemuda untuk Najib dan selepas itu Najib menyokong Dr.Mahathir meninggalkan team B. Najib memang dari dahulu selalu playsafe dan takut bersaing.
Tetapi kini berbeza... persaingnya kini DSAI telah jauh ke depan... kemungkinan DSAI mengambil alih kerajaan hampir 'terang'. Apa yang lebih mencemaskan Najib ialah DSAI atau tidak pun orang - orang dikalanganya seperti memiliki bukti banyak 'jenayah' beliau, isteri dan kawan rapatnya. Jika DSAI dibenar duduk sebagai no. 1 bukan sahaja karier politiknya mati tetapi risiko menghabiskan sisa hidup dibalik geriji besi juga wujud.
Sesuatu perlu dilakukan ! Dia (Najib) bernasib baik kerana saki baki konspirator lama ada di tampuk kuasa tertentu.
Musa yang menjadi tukang usung tilam (dalam skrip 1998) yang pernah mengaku dalam mahkamah mampu bercakap bohong demi arahan tugas kini sudah menjadi Ketua Polis Negara. Gani Patail yang menjadi pendakwaraya utama dalam skrip 1998 kini sudah bergelar Peguam Negara. Kedua dua konspirator ini sudah tentu 'panas punggung' kerana DSAI sudah mula mendedahkan bukti penglibatan dua watak ini dalam memalsukan bukti dan keterangan dalam skrip 1998.
Najib kali ini sudah tentu tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kerjasama dua watak ini lagi untuk drama ulangan 2008.
Mengimbau sedikit kebelakang iaitu intipati penghakiman Datuk Hishammudin Yunus dalam kes Saman "Buku 50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi PM?" menyatakan penulis buku ini (arwah Khalid Jafri) jelas menjadi alat pihak tertentu untuk mengeluarkan buku tersebut bagi membunuh karier politik Anwar Ibrahim. Malah penyebaran buku tersebut secara berluasa dan bebas peringkat awalnya seolah membuktikan ada 'perlindungan' dalam penerbitan buku tersebut.
Skrip 2008 juga tidak susah hendak dihuraikan. Ia konspirasi. Ada perjumpaan Saiful dan Najib sebelum Saiful datang dan menawarkan diri sebagai sukarelawan pilihanraya bagi membantu kerja pejabat DSAI. Ada perjumpaan Saiful, Rosmah, Najib dan Pembantu Khas Rosmah selepas itu juga. Ada pertemuan 'sulit' Saiful dengan bekas pemimpin keadilan yang bersumpah sumpah untuk menjatuhkan Anwar. Ketika Saiful dikatana dalam perlindungan Polis 15 hari lepas sebelum dia memadamkan talian telefonya server maxis mengesan sim cardnya digunakan di PWTC.
Tetapi skrip kali ini sudah tentu lebih 'cerdik' dari skrip lama. Kesilapan seperti tuduhan kejadian di Trivoli Villa sedangkan pada ketika tarikh tuduhan Trivolli Villa belum wujud pasti tidak berlaku.
Anwar dikehendaki hadir ke IPK KL kononya untuk rakaman kenyataan. Seperti ramai telah maklum malah telah disiarkan di muka depan sebuah tabloid Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM juga telah mengumumkan bahawa 16 Julai, 2 petang ialah tempoh akhir Anwar harus hadir di IPK KL atau akan ditangkap.
Setelah mengagumkan Malaysia dengan hujah dan kesungguhan dalam menyampaikan fakta mengenai bagaimana harga minyak boleh diturunkan esok awal pagi (16 Julai) Anwar berkejar ke BPR Putrajaya memenuhi janjinya untuk memberikan kenyataan dan bukti mengenai 'korupsi' Musa Hassan dan Ghani Patail. Pertemuan dengan BPR terpaksa di singkatkan kerana peguam (malah berdasarkan maklumat BPR sendiri menelefon IPK KL) gagal mendapatkan penangguhan satu atau dua jam lewat sedikit untuk hadir di IPK KL kerana urusan rakaman kenyataan di BPR Putrajaya belum habis.
11.30 pagi bertolak keluar dari BPR Putrajaya, Anwar bercadang pulang dahulu ke rumah untuk menyimpan fail-fail berkaitan kes BPR dan mengambil fail - fail berkaitan kes 'liwat' pula. Oleh kerana cukup masa maka makanan disiapkan di rumah untuk dijamah sebelum solat Zuhor dan kemudian bertolak ke IPK KL yang terletak kira - kira 10-15 minit perjalanan dari kediamanya di Bukit Segambut.
Malangnya kira - kira 200 meter dari kediamanya konvoi Anwar Ibrahim disekat dan di kepung dengan puluhan anggota UTK bertopeng dan bersenjata. Tidak kurang dari 18 kenderaan polis terlibat.
Ramai tertanya - tanya kenapa ini berlaku ? Kenapa perlu lakukan sesuatu yang sememangnya pasti mengundang imej yang buruk kepada polis dan membangkitkan kemarahan penyokong DSAI...?
Semenjak dua minggu sebelum peristiwa tangkapan ala gestapo itu sememangnya latihan keselamatan rapi sudah dibuat, melibatkan tentera dan polis. Kali terakhir tentera berada di tengah bandaraya ialah 1969.
Wujud satu teori politik yang mengatakan bahawa pengulangan skrip 1998 ini sebenarnya ialah babak kecil dalam skrip besar. Skrip besarnya ialah pengulangan kisah bagaimana Tun Razak melakukan 'Rampasan Kuasa' dari Tunku Abdul Rahman.
Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato' Harun bin Idris, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.
Pada ketika itu wujud pergeseran kaum, keadaan tidak menentu. Tunku diperlihatkan lemah oleh media dan agen-agen yang dikuasai Tun Razak. Kononya keadaan amat kritikal jika Tunku dibiarkan terus menerajui Umno maka Umno dalam bahaya. Begitu juga kini imej Abdullah begitu tidak porpular.... ramai mula yakin jika Abdullah terus ditampuk kuasa diragui Umno hilang 'gripnya'. Cuma yang perlu ialah wujudkan kekecohan dan ketengangan kalangan rakyat.
Anwar dan kelompok penyokong tegarnya mungkin dilihat Najib mampu memenuhi krateria keperluan untuk melengkapkan skripnya kerana ramai percaya pendokong reformasi tidak punya disiplin. Maka kerana itulah perlunya skrip 1998 diulang selain dari memperlahankan kelajuan DSAI pengulangan ini juga untuk melengkapkan skrip besar iaitu rampasan kuasa terhadap Abdullah.
Tetapi semuanya setakat ini gagal, penyokong terus tenang dan berada pada tahap keyakinan tinggi. Ketika ditahan itulah pesanan DSAI melalui Nurul Izzah yang disampaikan berkali - kali kepada cheGuBard. Alhamdunillah semua terkawal dengan baik. Cuma satu tangkapan. Nora ditangkap itupun kerana dia tak tahan sangat nak menjawab mulut kurang ajar polis yang bertugas malam itu. Biasalah Nora.... tapi bukan salah Nora kalau cheGuBard perempuan dan diberikan usikan kurang ajar seperti itu juga akan melenting dan tersembur maki juga. Kerana perhimpunan tersebut tidak dirancang maka pasukan peguam tidak terbentuk. Nora terpaksa bermalam di lokap dan terima kasih kepada Athirah (setiausaha DMPP) kerana menguruskan peguam dan jaminan polis Nora. Cuma agak terkilan dengan mulut lancang seorang peguam ahli keADILan yang ketika dihubungi teman bukan setakat tidak mahu membantu tetapi menuduh pula kononya Nora orang bekas pimpinan keADILan yang sudah masuk Umno. Kejadian ini amat saya selaku aktivis reformasi jalanan dan pimpinan keADILan kesali.
Namun apapun politik kian panas dan menarik !!! Rakyat kian bosan kerana terseksa... mereka tak mahu sensasi tetapi pembelaan...... tawaran 'keselesaan hidup' oleh PAKATAN perlu dilawan dengan perlaksanaan agenda pembelaan rakyat oleh Kerajaan Bn bukan dengan fitnah dan konspirasi.

Datuk Ahmad Shabery Resign Latter

sila baca juga dengan klik : Anwar menang debat dengan Shabery

To: Perdana Menteri of Malaysia.
Add: No 1, Atas Riba Jeanne, Off with Your Head, 40Billion, Malaysia.
Date: 15 July 2008
Time: 2201hrs

Via: Wireless Internet - Blackberry (Hak Kerajaan Malaysia).

Re: Voluntary Resignation

My name is, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Mycard No: (erm, Dato Seri can check inside my personal folder, i dont remember all the digits), would like to VOLUNTARY resign from my current position as the Minister of Information of Malaysia w.e.f. The following suggest my
resignation:

1. I did not know how to reply properly in a debate, which had famously tarnished my reputation publicly.

2. I did not want to be the person responsible for Malaysia anymore.

3. I always have flashbacks and re-lapsed problem when I get utterly nervous.

4. I think my cheating during my History exam during my Primary & Secondary, is coming back to haunt me.

5. I only learnt on the existence of the word 'populist' one hour before the recent debate. According to the dictionaries available at that time (via wireless internet, I was on my blackberry): pop·u·list - a supporter of the rights and power of the people. (http://www.dictionary.com/)
populist - a noun; a member or supporter of a political party who
seeks to appeal to or represent the interests and views of ordinary
people. (http://www.askoxford.com/)

I regretly informed that I have wrongly used & misinterpret this word during my recent debate, to my disadvantage.

6. I'm genetically suffering from halitosis and some salivary defect which prevent my pleasant appearance during public events.

7. It is a mistake to trust young former university lecturer to debate on the grounds of politic & country's economy with a reputable & educated ex-minister.
8. I always get emotional during Q&A session.

9. I always dont get it, the questions thrown at me, hence #no 1.

I would like to extend my gratitude to Dato Seri and your respective members of the Cabinet for your trust and support during my stint tenure.

Sincerely yours,

Datuk Ahmad Shabery Cheek

p/s: I would like to keep my 'Datuk-ship' can or not??


****************************** ******************************************

i would like to quote a script in an appropriate film 'The Great
Debater', released 2007, starring Denzel Washington amongst others.

Melvin B. Tolson: Who is the judge?

Samantha, Henry Lowe, James Farmer Jr., Hamilton Burgess: The judge is God.

Melvin B. Tolson: Why is he God?

Samantha, Henry Lowe, James Farmer Jr., Hamilton Burgess: Because he
decides who wins or loses. Not my opponent.

Melvin B. Tolson: Who is your opponent?

Samantha, Henry Lowe, James Farmer Jr., Hamilton Burgess: He does not exist.

Melvin B. Tolson: Why does he not exist?

Samantha, Henry Lowe, James Farmer Jr., Hamilton Burgess: Because he
is a mere dissenting voice of the truth I speak!

--> in my interpretation, it dont matter who you are, if you're not
God, you have no right to judge anyone. thus, what Shabery
successfully done in the debate with DSAI was to prove himself to the
public that he is insufficient as a debater, let alone as a Minister
in the Cabinet, by replying ALL questions on a personal approach, ie:
accusing & humiliating without grounds a person's credibilty.

hence, THE RESIGNATION LETTER

Tuesday, July 15, 2008

Debat dipendekan.

Pada bulan lalu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek telah diundang oleh akhbar portal Agenda Daily untuk berdebat satu tajuk yang menglibatkan dasar negara dan kepentingan rakyat.
Debat yang bertajuk "Hari ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dijadualkan berlangsung pada 15 Julai, jam 9 malam pada asalnya akan disiarkan langsung melalui stesen televisyen TV3 dan Televisyen swasta Awani, dan stesen kerajaan RTM akan buat liputan tertunda. Namun sehari sebelum pendebatan ini, kami dimaklumkan dengan perubahan baru yang amat dikesali.

Pada saat-saat terakhir, TV3 batalkan siaran langsung, dan ditukarkan kepada stesen televisyen TV9. Akhirnya penyiaran hanya terhad kepada Bernama TV dan Astro Awani yang hanya mempunyai kira-kira 2 juta pelanggan dalam negara ini; dan TV9 satu-satunya stesen televisyen awam yang mempunyai liputan pelanggan yang terhad.

Apa yang mengecewakan lagi ialah, disebabkan oleh pertukaran stesen penyiaran dari stesen kerajaan kepada stesen swasta, masa penyiaran telah dikurangkan dari satu jam setengah kepada 52 minit ditambah dengan 8 minit iklan.

Pertukaran stesen penyiaran dan pengurangan masa siaran jelas adalah untuk menyekat orang awam daripada mengikuti perdebatan yang jarang ini bagi mendengar penjelasan Anwar Ibrahim berhubung dengan isu harga minyak.

Tindakan ini timbul tidak lain daripada rasa takut Barisan Nasional untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam isu yang menjadi perhatian semua rakyat.

Walau bagaimanapun, Anwar akan tetap menghadiri program Debat tersebut demi kepentingan rakyat umum.

Sunday, July 13, 2008

Jemputan Solat Hajat di Rumah DSAI - Polis kini berada di Bukit Segambut

Datuk Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan akan mengimamkan Solat Maghrib dan solat hajat di kediaman Anwar Ibrahim. Semua dijemput hadir bersama. Anwar dan barisan peguam akan turut hadir untuk memberikan maklumat terkini.
Dalam perkembangan terbaru, ketika ini Anwar Ibrahim dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur telah dihubungi dan diberitahu bahawa seramai 15 orang pegawai polis berada di kediamanya di Segambut untuk menghantar satu surat (kemungkinan makluman waran atau arahan hadir ke Balai Polis).
Bersama kita berdoa. Penyokong di minta tenang dan sentiasa berusaha mendapatkan maklumat terbaru dari sumber yang sahih.
Kediaman Anwar beralamat di No 13, Jalan 3/61, Bukit Segambut.
Adakah DSAI akan ditahan paling tidak sementara untuk menghalang DEBAT Minyak....?
Isnin Anwar Ibrahim akan ke Balai Polis Travers untuk memberikan kenyataan seperti yang dikehendaki polis pada jam 2 petang.

Surat buat Ezam dari Bayan Baru

Semalam ketika pulang dari sesi taklimat khas isu semasa bersama kepimpinan Bahagian keADILan Jempol dan ceramah umum, cheGuBard agak terkejut. Dari Palong ke Kuala Lumpur tidak kurang dari 9 sekatan jalan raya terpaksa ditempuhi. Malah sekatan yang agak luar biasa di adakan di Sungai Besi. sms dari teman - teman pula (belum dalam dipastikan kebenaranya) menyatakan parlimen sudah dikepong polis dan bangunan penyiaran seperti Angkasapuri dikawal tentera.

Mungkinkah ini sebagai bukti menunjukkan kebenaran kenyataan menteri - menteri Umno yang menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan proses perubahan fasa 2 (selepas perubahan tsunami politik 8 Mac) yang akan dimulakan Isnin ini dengan usul tidak percaya kepada Pm di Parlimen. Nampaknya perkembangan sehingga terpaksa menggerakkan tentera membuktikan penguasa korup mula panik dengan ketakutan.

Pengumuman Abdullah bahawa dia akan berundur 2 tahun lagi sebenarnya adalah untuk mengendurkan tekanan yang wujud. Pertama tekanan yang diberikan kerana kelemahan dirinya dan kedua tekanan dari kem Najib/Mahathir yang sudah tidak mahu menunggu kerana bagi mereka kelemahan Abdullah akan diperguna PAKATAN untuk mengambil alih kerajaan. Abdullah dilihat bukan sahaja tidak mampu menghentikan proses 'lompat' tetapi memperlahankan proses itu juga tidak mampu.

Ada satu teori pula mengatakan pengumuman Abdullah hanya tindakan membeli masa yang gagal. Jelas kem Mahathir/Najib amat tidak selesa dengan pengumuman 2 tahun itu. Kemungkinan apa yang berlaku ialah modus operandi Tun Razak mengambil alih kuasa dari Tengku Abdul Rahman mungkin tidak boleh dielakkan. Dalam teori ini Anwar dan 'tenteranya' mungkin terpaksa ditahan. tetapi amaran buat Regim Najib nanti jika ini benar berlaku bukan sedikit celaka diundang dalam negara. Kebangkitan kali ini bukan setakat kerana Anwar semata tetapi Anwar dijadikan ikon gerakan rakyat tertindas. Rakyat pasti akan bangkit melawan penderitaan sendiri.

Menyentuh soal Ezam pula seminggu dua ini che'GuBard menerima terlalu banyak sms, komen blog dan email yang mempertikaikan che'GuBard kerana berdiam diri dan tidak komen pasal Ezam. Ada yang memetik semula kenyataan che'GuBard dalam Malaysia today yang menyatakan 'Ezam tetap teman saya tetapi jika dia menyerang parti selaku MPT saya wajib mempertahankan parti...'

Benar kini Ezam telah mula menyerang, tetapi itu bukan bermaksud tumpuan kita harus kepadanya kerana itu yang diharapkan. Dia baru memasuki Umno, jangkaan beliau jalanya senang kerana borangnya diterima presiden Umno sendiri tetapi semuanya berubah selepas itu. Dia hampir tidak diterima keahlianya, dalam mesyuarat MKT umno memutuskan dia hanya dibenar menjadi ahli tetapi tidak dibenar pegang jawatan atau bertanding. Ini anti klimaks bagi penyokongnya.

Sekarang dia dalam proses menyakinkan kepimpinan Umno betapa dia penting dan mampu menjadi meriam strategik untuk menyelamatkan Umno dari serangan kebangkitan rakyat. Dia cuba membuktikan bahawa dia setia malah lebih setia dari orang Umno yang tidak pernah keluar Umno. Dia sedang memancing untuk dijadikan objek serangan PAKATAN ...dia cuba menunjukkan keikhlasan dengan menadah dada untuk di tembak agar memancing simpati dan keyakinan pimpinan Umno. Untuk itu sudah tentu dia memerlukan hujan peluru yang lebat dan kuat agar menimbulkan lebih simpati dan keyakinan.

Dan hari ini mungkin dia sedikit berjaya ketika dia mula ditembak. Mengenai sumpah dan bongkar, apa nak dihairankan ia terlalu sinonim dengan Ezam.

Namun untuk puaskan hati kawan - kawan di bawah ini saya siarkan petikan surat dari Zul, Bayan Baru dan gambar 'kononya' rumah Ezam makin besar semenjak masuk Umno.

Cuma pesanan ikhlas cheGuBard tuduhan abang terlibat dalam konspirasi adalah punca mulut teman yang rapat dengan kamu juga. Budak - budak kamu sendiri yang pecahkan 'lobang' sebelum laporan polis dibuat kamu bertemu Saiful..? Sebelum laporan polis di buat abang sudah umumkan 'akan ada letupan kes liwat terbaru Anwar ? Dalam satu pertemuan tertutup (lebih 3 bulan lepas) di pejabat GERAK abang sudah umumkan cerita skrip liwat terbaru Anwar dan kali ini ia benar terjadi cuma watak berbeza dulu namanya R_sh_d tetapi cerita yang sama cuma namanya Saiful ? Bagaimana ini boleh berlaku ? Jika abang bukan perancang mungkin abang punya ilmu tilikan yang cukup tinggi untuk mengetahui masa depan atau mungkin benar cerita Shamsul, ketika menjadi peguam masa abang di bawah ISA bahawa abang berzikir malam sehingga abang mampu terapung .... wallAllahuallam....

Massive renovations to Ezam's already massive house in Shah Alam, started since he joined Umno

(surat dari Bayan Baru) Salam sejahtera kepada semua teman-teman seperjuangan.Terpanggil saya menulis adalah untuk rasa hati yang memberontak kesan tuduhan serta lemparan kata nista serta cerca daripada AHLI UMNO CAWANGAN DI BAHAGIAN PETALING JAYA,Ezam Md Nor satu-satunya anak Pak Md Nor yang bernama Ezam.

Kehairanan saya timbul kerana setiap hari batang tubuh yang bernama Ezam makin menjadi-jadi cabarannya umpama kata orang tua-tua Bagai Murai Tercabut Ekor.Mengelabah,Meracau,Merapu & Melalut seperti orang yang mabuk.Kenapa yang dia sibuk setiap kali mengajukan cabaran seperti dalam Buletin 1.30 TV3 suku sebentar tadi?Kenapa dia mahu menjadi jaguh tatkala semasa dalam PKR dahulu maki hamun kepada UMNO terutama kepada insan-insan yang menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang peliwat.Teringat taklimat semalam bersama seluruh kepimpinan PKR Bahagian & AJK Perhubungan & AMK Negeri Pulau Pinang apabila Dr Mansor Othman MPT keadilan pusat yang menjawab soalan salah seorang hadirin dalam taklimat.Jawapan Dr Mansor cukup ringkas,”saya tak mahu komen biarlah anda semua nilai sendiri sebab kalau ceramah ezam di pentas keadilan,saya pun tak gamak nak kata macam dia dok ceramah,kasar betul”

Bila di siarkan sebentar tadi dalam buletin 1.30 Ezam kata jangan sampai dia bersumpah mendedahkan siapa Anwar Ibrahim jika dia di hina mendapat jutaan ringgit kerana menyertai UMNO keluar dari mulut Anwar atau pun Wan Azizah.Terfikir sejenak,aku keliru,bab sumpah ni bagi manusia yang bernama Ezam sudah menjadi kebiasaan.Keluarkanlah CD Ceramah Ezam dulu-dulu,bukan takat Sumpah Keramat atau Sumpah Seranah lain tapi menyumpah dengan UMNO sampai satu tahap kepada AHLI UMNO kena tanyala kepada Ezam.Jangan tanya Ezam ‘Apa Yang U Maki Umno’ tapi tanya dia ‘Apa Lagi Yang U Tak Kata Kat UMNO’ masa dalam PKR.Habis sumpah seranah & ucapan yang keluar dari mulut Ezam hingga waktu itu anak muda menjadikan dia sebagai ikon keberanian menentang kezaliman pemerintah.

Kenapa nak tunggu keluar dalam mulut Anwar atau Wan Azizah?Untuk pengetahuan Ezam,saya sempat berjumpa dengan teman seperjuangan anda dulu dari pulau pinang sekarang ini mereka ialah Exco Angkatan Muda Malaysia iaitu saudara Amizudin Ahmat & saudara Zulkifli Ibrahim bagaimana respon Dato’ Seri Anwar berkenaan isu Ezam sibuk nak cabar Anwar.Jawapan Anwar cukup untuk menjawab cabaran daripada Ezam,Anwar maklumkan ‘Biar la,dia nak belajar macam mana politik.Banyak lagi agenda kita kepada rakyat’.Terfikir pula saya,jika Ezam mengatakan bahawa nak tunggu keluar dari mulut Anwar nak sentuh berkenaan nama EZAM.Buang masa Ezam nak tunggu,bukan Anwar sahaja bahkan ramai kalangan pimpinan pusat termasuklah din & zul yang Ezam kenal cukup rapat dengan mereka ini pun tak pernah nak usik atau menghina Ezam.

Saya juga mendapat tahu bahawa AMK Pusat pernah membangkitkan isu berkenaan cabaran & keceluparan saudara.Sekali lagi saudara di selamatkan oleh saudara Amizudin,Zulkifli,Abd Rahman & beberapa lagi teman Exco untuk tidak membincangkan mengenai Ezam sehingga mereka telah membuat keputusan abaikan dari melayan karenah kebudak-budakan Ezam dengan menumpu kepada misi pembangunan membawa agenda rakyat serta memperkasakan parti.Saya rasakan ada dua kemungkinan tindakan itu dibuat,sama ada Exco AMK Pusat masih sayangkan Ezam sebab itu mereka tidak mahu pukul habis-habisan Ezam dalam pentas politik ataupun Exco AMK Pusat tidak pernah menganggap kewujudan Ezam di pentas politik.

Andaikan anggappan kedua betul,Ezam perlu rasa malu & sedar bahawa tindakan Ezam cuba mencari publisiti glamour atau cubaan menjadi jaguh dengan menonjolkan diri dalam media-media bak kata pepatah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.sedarkah Ezam,bukan sahaja AHLI UMNO yang meluat dengan tingkah laku Ezam bahkan saya sempat dihubungi teman lama yang saya cukup yakin tidak mengikuti perkembangan politik dari dekat tiba-tiba menghubungi saya & memaki hamun kepada manusia yang bernama EZAM MD NOR.

Saya cukup berpuas hati sikap kematangan politik AMK Pusat yang ‘Ignore’ saja segala tohmahan serta cabaran EZAM,tetapi yang paling penting Anwar tidak memberi respon kepada EZAM membuatkan dia tidak setaraf dengan Pimpinan parti di semua peringkat di pusat.layak saya samakan taraf EZAM dengan AJK WANITA KeADILan BAHAGIAN.Nasihat saya kepada Ahli UMNO yang sahaja,pada EZAM tak guna nasihat sebab dia Ego,penting diri,menipu,hipokrit,tak malu dan banyak lagi.Tanyakan kepada EZAM

1.Mana dia 6 kotak rasuah pemimpin UMNO yang ada ditangan anda?
A.J.E:Saya cakap sebab Anwar cakap ada pada dia,jadi tanyala Anwar.

2.Kami tahu skandal Rafidah berkaitan saham & AP,kenapa EZAM masuk UMNO?
A.J.E:Saya yakin kepimpinan DS Abdullah & DS Najib yang menunjukkan komitmen menanggani rasuah yang tidak pernah di lakukan mana-mana pemimpin negara.

3.Dato Seri Anwar Ibrahim masa jadi pemangku dia terus pinda akta rasuah itu bukan saja komitmen tapi pelaksanaan membenteras rasuah?
A.J.E:Itu dulu,dia pun bukan bersih,saya tahu siapa Anwar saya tak nak aibkan

4.Jawab soalan saya,klau nk ikut komitmen lawan rasuah,Anwar dah tunjukkan.Kenapa masih pilih UMNO?
A.J.E:Macam saya kata tadi la,saya yakin dengan perubahan DS Abdullah

5.Dalam PKR dulu saudara selalu tak sehaluan dengan Pimpinan sama ada dlm kalangan pemuda itu sendiri Saifuddin,Saiful Izham,Lokman sehingga Azmin Ali?
A.J.E:Saya tegur cara mereka ini juga di ajar dalam islam,kalau mereka tak mahu dengar tak guna saya jadi ketua pemuda PKN,baik saya tumpu pada agenda rakyat.UMNO pilihan saya.

6.Tetapi pertembungan saudara membuatkan org lain terlibat sama,Contoh dulu cikgu Bard tak ada masalah dengan Saifuddin & Azmin tapi kerana pertahankan saudara dia bertembung dengan Saifuddin & Azmin?
A.J.E:Saya tak minta dia bertembung kerana saya,biar saya dah la berdepan

7.Saya dengar dakwaan Amizuddin Ahmat Exco Kanan AMK Pusat mengenai saudara bukan seorang pejuang tetapi pekerja kerana sepanjang dalam keadilan saudara di biayai sehinggakan Ezam & Isteri dibiayai ke mekah tahun sudah?
A.J.E:Tak betul,itu semua fitnah pada saya.Saya ke mekah pun duit hasil simpanan saya selama 10 tahun.
8.Sejak masuk UMNO ni,lain sungguh jawapan saudara ya?dah lama buat keja menipu ni?Semua soalan saya langsung tak menunjukkan jawapan sebenar.
A.J.E:Saya tak pernah bohong,saudara tak tahu yang Anwar tu kaki liwat,Tapi saya tak mahu aibkan dia,saya ada bukti.

Oleh itu,saya cabar saudara EZAM untuk buktikan siapa dia Anwar?Tak perlu bagi alasan ‘JIKA’ keluar dari mulut Anwar atau Wan Azizah sebab Ezam masuk UMNO kerana habuan jutaan ringgit.Jangan gunakan alasan ‘tak mahu aibkan’ sebab dulu tiada istilah tersebut sewaktu saudara londeh Mahathir,londeh anak menantu Pakla,londeh Najib rosmah,londeh Hishamuddin Hussien onn,londeh khir toyo & kami tak lupa langsung apa yang kamu dakwa pemimpin pada UMNO,Sebab tu saya mahu anda jumpa EZAM tanya dia ‘ADA APA LAGI YANG DIA TAK KATA PADA UMNO’ semasa dalam PKR?Dulu kata PKR jangan cabar saya,sekarang kata pula,‘JIKA’ Anwar & Wan Azizah desak.Belit-belit la lu Ezam.

Anwar,Wan Azizah & seluruh kepimpinan pusat tak ada masa nak layan bincang isu anda,jadi saya buka gelanggang EZAM buktikan siapa ANWAR supaya demi AQIDAH kami layak tahu kerana kami adalah orang yang akan pertahankan insan di zalimi bukan sahaja pada Anwar.Buktikan,Buktikan & Buktikan jangan hanya tahu menyalak macam anjing salak bukit.Kamu penipu besar,benarlah kata-kata Lokman Noor Adam sebelum ini mengenai EZAM.Iaitu PEMBOHONG!!!

Note : A.J.E. bermaksud ‘Adakah Jawapan Ezam’

Zulfazdli Md Noordin,
Timbalan Ketua AMK Bhg Bayan Baru


klik untuk membaca "surat dari kawan Ezam...."

Friday, July 11, 2008

S.Muliadi,Naib Ketua Pemuda Umno tukar baju


Sms Izzah jam 4 pagi


Semalam tidak kurang dari 9,000 orang memenuhi Dataran Muhibbah, Kg. Ismail, Ampangan, Seremban untuk mendengar amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai yang datang hampa dan ramai yang pulang awal kerana tidak boleh masuk ke dalam. Kawasan padang dan jalan masuk sudah padat.

Sepatutnya program malam semalam diadakan di padang Taman Jasmine, Senawang yang lebih luas dan selesa. Namun oleh kerana permit tidak di keluarkan program terpaksa dialihkan ke Dataran Muhibbah, Ampangan. Rupanya di Taman Jasmine, Senawang tempat yang sepatutnya program diadakan telah dianjurkan program 'terkejut' oleh Umno Rembau yang menggunakan nama 'Belia'.Program Forum Perdana ceramah Datuk Sheikh Muzaffar secara mengejut telah diadakan di situ. Berbeza dengan program kita, program 'Umno' di Taman Jasmine persiapanya 'grand' sekali. Khemah - khemah yang cantik memenuhi padang, kerusi yang banyak dan pentas serta P.A system yang canggih. Namun menurut laporan yang diperolehi kehadiran amat mengecewakan. Itupun sudah dipunggah pelajar tabika dan turut dibawa dengan bas ialah pelajar ILP, Rembau.

Ini bukan kali pertama ketika YB Nurul Izzah turun ke Taman Jasmine, Umno secara tergesa - gesa juga telah menurunkan menantu Pm untuk 'merasmikan' Surau Taman Jasmine yang tidak siap, dan kali ini kononya untuk menggagalkan program Bersama Anwar Ibrahim, Umno Rembau membawa turun orang dari angkasa lepas.

che'GuBard ingin mengucapkan penghargaan kepada semua petugas yang bertungkus lumus dari mula hingga selesai majlis. Bayangkan petugas dan menghantar dan menampar beribu handbill dan poster hebahan tetapi terpaksa membuatnya semula kerana lokasi bertukar. Jalan masuk yang sempit di Dataran Muhibbah semalam juga begitu menguji tenaga muda PAKATAN. Tanpa tentera merah (unit amal) yang cekap mengawal keadaan sudah tentu keadaan kelam kabut. Jentera keADILan Rembau juga antara tulang belakang semalam.

Selain ucapan pemimpin semalam yang menarik perhatian ialah pengumuman saudara S.Muliadi keluar Umno menyertai keADILan.(sila rujuk posting yang lepas sila klik). S.Muliadi pada 2 Julai lepas beliau bersama beberapa teman kepimpinan 'bawahan' Umno telah bertemu teman - teman keADILan di Rembau. Isunya : inginkan kepastikan duduk perkara 'kes liwat'. Selepas diterangkan beliau dan beberapa teman - teman Umno ini menyatakan kekecewaan. Mereka berkongsi pengalaman betapa susahnya mereka mempertahankan Umno semasa kemuncak reformasi 1998/1999. Pada ketika itupun bukan semua orang Umno percaya tetapi atas nama pertahankan Umno dan Melayu mereka berdepan dengan caci maki rakyat, sehinggalah Umno kukuh semula selepas PRU 11. Namun ketika rakyat berdepan dengan perbagai masalah sekali lagi nampaknya pemimpin Umno tidak mempelajari sejarah. Konspirasi ke dua berlaku.

Katanya " Jika benar Anwar ditakuti bukan dengan cara fitnah perlu dibuat, Umno sebagai parti pemerintah perlu melawan Anwar dengan menumpukan mengurangkan derita rakyat, tetapi seolah fitnah ini bukan sahaja menghalang Anwar tetapi mengalihkan perhatian rakyat yang menderita"

Beliau memberikan amaran "Kami takut Umno akan terus hilang sokongan bawahan dan kami juga sudah mula bosan untuk mempertahankan Umno...pemimpin buat 'taik' kami mena cuci...tetapi bila tang sonang dio sapu.."

Dalam perjumpaan itu saya mencadangkan jika demi perpaduan Melayu dan pembelaan rakyat apakata kita buat sidang media bersama, ramai yang kelihatan agak ketakutan tetapi Naib Ketua Pemuda Cawangan Widuri, S.Muliadi yang merupakan seorang peniaga Restoran menyatakan kesediaan.

Maka 3 Julai satu sidang media bersama dibuat. Rakaman gambar dari sidang media tersebut yang merakamkan gambar beliau bersama Norazizi Aziz, Penyelaras keADILan (Penaja) Rembau cukup menyentak ramai. Lengkap beruniform Umno dan keADILan. Walaupun mereka pimpinan kecil tetapi ada harapan pembelaan isu rakyat melangkaui parti politik.

Dalam sidang media tersebut S.Muliadi turut menyatakan kesetiaanya pada Umno dan apa yang dilakukan adalah demi melihat Umno terus gah bermaruah.

Namun 2-3 hari selepas itu saya dihubungi oleh teman - teman memaklumkan bahawa S.Muliadi teruk di caci maki oleh Pemimpin Umno atasan. Malah perniagaanya turut terganggu. Pemimpin Umno menuduh di dibayar oleh Anwar.

Pada 5 Julai saya menemuinya bertanyakan khabar. Dia mungkin malu dengan sikap pemimpin Umno atasannya lantas menyembunyikan apa yang berlaku. Dia mengatakan semua ok.

Namun pada 7 Julai dia sendiri menghubungi saya bertanyakan benarkah Anwar akan ke NS untuk berceramah. Saya bertanya kenapa..? Dia menyatakan "Nampaknya tiada tempat bagi orang yang ingin menyatakan kebenaran dalam Umno" Beliau di tekan dan di asak selepas membuat kenyataan.

Beliau mengatakan hasrat untuk bersama keADILan dan turut di ikuti beberapa teman Umno, tetapi takutkan tekanan Umno yang teruk yang lain hanya menghantar borang sahaja.

10 Julai, petang sebelum ceramah berlansung saya bertemu beliau di tapak ceramah. Ternyata beliau masuk dengan semangat kerana menurut teman keADILan Rembau, S.Muliadi dan teman - teman baru dari Umno itu sejak tengahari begitu bersemangat membantu kerja persiapan tapak.

Jam 7.00 malam saya membawa beliau untuk bertemu sendiri Anwar Ibrahim yang singgah bersolat Mahgrib di rumah seorang teman di Seremban Selatan. Saya perkenalkan kepada Anwar Ibrahim. Anwar mengucapkan tahniah kepadanya. Sebelum membawa dia semula ke tapak ceramah Anwar berpesan sedia 'berjuang' ...perniagaan dan banyak akan terganggu tetapi percayalah rezeki di tangan Allah...anak muda harus berani nyatakan sikap sekali melangkah pantang undur.... tetapi jangan khuatir saudara masuk masa yang betul.. kita sudah hampir dengan Putrajaya.

Malam itu S.Muliadi naik pentas di depan Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dengan uniform Pemuda Umno Rembau. Hadirin terpaku melihat seseorang berunifrom logo besar pemuda Umno dijemput berucap. Namun selepas dia membuka sendiri baju Umnonya dan secara simbolik disarungkan baju kemeja berlogo keADILan, hadirin ramainya berdiri menjerit reformasi dan hancur Umno.

Ayat S.Muliadi malam itu mungkin tidak beraba jelas kedengaran kerana penuh jeritan hadirin tetapi apa yang paling menarik ialah.... "jika dalam Umno tidak ada tempat untuk orang menyatakan kebenaran.... jika menyatakan pendapat dan kebenaran merupakan dosa dalam Umno... saya dengan ini istihar keluar Umno dan mengajak kawan - kawan lain turut menyatakan sikap secara terang mahupun sembunyi... sertai perjuangan rakyat..."

Selepas semuanya selesai. Saya cuma sampai ke rumah sekitar jam 4.00 pagi. Baru sahaja nak merebahkan badan telefon bimbit berbunyi, sms masuk. Terkejut sms dari YB Nurul Izzah Anwar.

Petikan sms " Salam sejahtera Teman2 seperjuangan, 10 tahun lalu ayah telah difitnah. Rakyat ditekan dan dipijak. Keluarga saya juga telah dizalimi & diaibkan dengan tuduhan jijik dan palsu hanya untuk memenuhi nafsu pemimpin yang tamak & gila kuasa. Hari ini pemerintah cuba menggunakan tektik yang sama. Ayah yang bangun mempertahankan negara dan membela nasib rakyat, cuba disekat dengan fitnah yang sama. Cuma watak yang berbeza. PERANG TELAH BERMULA DAN LEMBAH PANTAI MENJADI MEDAN TEMPUR PERTAMA. Jam 8.30 malam ini saya akan hadir sendiri di Padang Bola PPR Kerinchi, Pantai Dalam, untuk menyampaikan suara hati bersama pemimpin2 lain bagi mendedahkan kospirasi yang berlaku. Saya seru semua pendokong yang dikasihi untuk bangun dan turut hadir. Negara perlu diselamatkan. Rakyat perlu dibela. Salam Kasih dari saya-Nurul Izzah Anwar" (4.31 am 11/07/08)

Kali ini pendekatan tidak perlu bertahan. Pendekatan perlu "ofensive" - TERANG DAN SERANG, dalam seminggu ini juga sudah banyak pertemuan dibuat ...ramai teman aktivis reformasi jalanan yang sudah senyap mula bangkit kembali.... malah teman - teman webmaster yang satu ketika dulu (sebelum kehadiran blogger's) pernah menanggung risiko membina kebangkitan rakyat menerusi media internet turut sedang diperingkat terakhir untuk mempertimbangkan memulakan langkah.

Yang pasti dahulu Izzah yang cekal tetapi keanakan tidak keseorangan dan kini juga Izzah yang sudah bergelar YB pasti melangkah matang dan garang juga tidak keseorangan...

Debat "hari ini menang esok minyak turun"

Dalam pilihanraya yang lepas Bn seolah 'senak perut' dengan asakan PAKATAN dan kebangkitan rakyat yang menolak Bn. Antara tawaran PAKATAN yang di umum oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah tawaran menurunkan harga minyak. Bn cuba menggunakan media menyakinkan rakyat betapa harga minyak ini tidak boleh diturunkan kerana ditentukan pasaran dunia. Namun kerana keyakinan ramai terhadap pengalaman dan 'track record' Anwar Ibrahim yang pernah duduk di kerusi pemangku PM serta Menteri Kewangan Bn seperti hilang punca malah serangan yang mengatakan bahawa jika Bn menang minyak pasti naik lagi menyebabkan Bn lebih gelabah. Maka ketika Majlis Pelancaran Manifesto Bn PRU 12, Pengarah Pilihanraya Bn, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan jaminan bahawa walaupun Bn menang minyak pasti tidak dinaikkan tahun ini (2008).
Namun selepas menang ternyata dan seperti biasa Bn membohongi rakyat. Minyak dinaikkan juga tahun ini malah kenaikanya paling tinggi dan kejam dalam sejarah. Rakyat tak kira apa bangsa begitu tertekan dengan kenaikan minyak ini yang mengheret semua barangan dan perkhidmatan turut naik. Kos hidup dan inflasi naik mendadak.
Maka sekali lagi rakyat melihat tawaran Anwar Ibrahim"hari ini menang esok minyak turun", harapan rakyat agar kerajaan PAKATAN benar - benar tertubuh dalam masa terdekat cukup tinggi demi memberikan sedikit keselesaan pada kesakitan rakyat kini. Rakyat sudah bosan dengan hujah retorik Bn dan penipuan Bn. Jelas Bn dan Najib menipu untuk memenangi pilihanraya.
Seluruh kabinet Bn cuba pertahankan tindakan menaikkan harga minyak. Seluruh agensi dan cabang kerajaan dipergunakan untuk menyakinkan rakyat. Maka Anwar telah menyatakan cabaran kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berdebat secara terbuka dalam isu minyak ini. Kata Anwar jika Pm takut berdebat berseorangan dia boleh berdebat dengan duet PM dan TPM malah jika duet tidak cukup boleh bawa setengah anggota kabinet untuk berdebat. tegas Anwar lagi bukan sombong tetapi kenyatkinan kita tinggi kerana kita punya formulanya dan isu ini cukup penting kerana rakyat sedang menderita.
Hampir seluruh kabinet terkedu dengan cabaran ini. Akhirnya Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabry Chik telah menyahut cabaran Anwar. Debat dianjurkan Agenda Daily (sebuah web portal) yang diadakan pada 15 Julai 2008 jam 8.00 malam ini juga akan di siar secara lansung melalui TV3 dan Awani Astro (501). Dewan boleh menempatkan 700 orang tetapi atas alasan keselamatan hanya 200 orang sahaja boleh masuk. 50 jemputan Anwar Ibrahim , 50 Jemputan Menteri Penerangan dan 100 jemputan penganjur.
Menteri Penerangan menjadikan debat ini lebih menarik kerana menurutnya dia pertaruhkan jawatan Menteri jika dia gagal dalam debat kali ini.
Bagi che'GuBard debat ini agak terlambat kerana rakyat sudahpun dibebani kenaikan harga minyak dan kurang menarik kerana hanya Menteri Penerangan yang berani. Tetapi jauh dari ini seluruh rakyat ternanti kemunculan 'live' setelah 10 tahun wira rakyat, Anwar Ibrahim dan kali insyaAllah jutaan rakyat akan menyaksikan formula penurunan harga minyak itu.

Kj mampu warisi sikap 'flip flop' bapa mertuanya ; Islam Hadhari sedang dibicarakan

Khairy Jamaluddin nampaknya semakin hari - semakin menunjukkan kemampuanya dalam mewarisi 'flip flop' bapa mertuanya.

Bayangkanlah dalam isu besar politik negara dan dalam masa tidak sampai 14 hari beliau telah mengeluarkan komen dalam isu yang sama tetapi perpekstif yang jauh berbeza.

Ketika sehari selepas kegemparan laporan Polis oleh bekas kakitangan sementara pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kes liwat. (29 Jun) Dia tanpa berlengah seperti biasa tanpa mengetahui duduk perkara dan demi publisiti beliau telah memberikan komen kemungkinan Saiful diarahkan Anwar untuk membuat laporan polis untuk tujuan gimik politik dan menarik simpati. Kenyataan sensasi beliau ini ternyata 'mengena' apabila tersiar di muka depan Utusan.

Namun selepas kenyataan Ketua Putera Umno, Abd. Azez yang menyatakan Anwar wajib bersumpah demi membersihkan namanya. Khairy sekali lagi membuat 'konar' apabila dia pula menyambung suara Abd. Azez dengan mengatakan Anwar tidak berani bersumpah dan mencabar Anwar bersumpah.

Dua kenyataan dalam masa terdekat ini jelas menunjukkan nampaknya rakyat tidak akan rindu dengan perangai 'flip flop' kerana Khairy sudah menunjukkan kebolehan untuk mewarisi perangai itu. Itupun kalau dia mampu bertahan tanpa 'perlindungan' Abdullah dikhuatiri juga dia akan sama rebah bersama Abdullah.
Anwar telah menegaskan ia sedia bermuhabalah / bersumpah atas nasihat ulama dan di depan hakim yang mampu menjalankan hukum Islam dengan bebas. Ulama besar dunia Sheikh Dr. Taha Jabir juga turut telah memberikan pandangan dalam isu ini juga. Namun tindakan Anwar atas nasihat beberapa ulama dan pakar perundangan merujukkan kes ini ke Mahkamah Syariah menjadikan kes ini lebih menarik.
Kini bukan sahaja Anwar diletakkan di kandang perbicaraan tetapi Islam Hadhari ciptaan Perdana Menteri sebenarnya sedang dibicarakan di mata rakyat. Anwar sudah memulakan langkah kes ini berkait rapat dengan syariah, maka mahkamah syarikah tempat yang sesuai. Cuma mungkinkah Islam Hadhari ini punya cukup keberanian dalam menjalankan perlaksanaan hukum Islam.

Usul tidak percaya kepada PM

Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah telah membawa Usul Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di Parlimen pada 3:30 petang semalam.

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) ini akan diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Parlimen pada hari Isnin depan (14 Julai) samada akan dibahaskan dalam Dewan Rakyat. Tiada pengundian belah bahagian akan dijalankan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Memandangkan usul ini tidak akan membawa kepada pengundian, maka tiada alasan kerajaan tidak membenarkan usul ini dibahaskan dalam Dewan Rakyat, kecuali kerajaan takut sangat biarpun sekadar membahas.

Teks penuh kenyataan media Dr Wan Azizah:

10 Julai 2008

KENYATAAN AKHBAR KETUA PEMBANGKANG

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2)

Sebentar tadi saya dengan diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membawa satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.”Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan ‘Tsunami Politik’ yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.
Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.

Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.

Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini.

Sekian, terima kasih.

YB Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Thursday, July 10, 2008

Bala & Bala : Zulkifli, Exco Angkatan Muda keADILan

Buat pertama kalinya saya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kerja Buletin Darul Tahzib yang brjaya menerbitkan keluaran pertama edisi bulanan untuk tatapan warga Pulau Pinang khasnya & umumnya rakyat Malaysia yang sering kali inginkan maklumat terkini atau pengisian dalam membandingkan maklumat-maklumat tersebut sama ada ianya benar atau diputar belit bagi pertimbangan pembaca sekalian.

Rakyat Malaysia serta seluruh hidupan di atas planet yang bernama bumi di gemparkan dengan satu akuan bersumpah (SD) dari seorang penulis blog www.malaysia-today.net yang cukup terkenal sehingga di lokap kerana beberapa artikel serta komen para pembaca di dalam blog beliau yang di katakan cubaan menghasut.Tubuh itu juga pernah di kurung selama 2 tahun di kamunting kononnya batang tubuh itu telah merancang untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dengan persiapan bahan letupan & senjata bagi merancang peperangan dengan DYMM Yang Dipertua Agong.Mungkin kali ini bezanya serangan Raja Petra ialah Akuan Bersumpah yang di buat di depan pesuruhjaya sumpah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai pembabitan Rosmah Mansur bersama 3 individu lain dalam kes pembunuhan wanita monggolia yang menjadi perhatian seantero dunia kerana ianya kes berprofile tinggi & cara pembunuhan yang amat kejam dengan menggunakan bom C4.

Isu ini menjadi buah mulut semua orang walaupun bukan bertugas sebagai anggota tentera,pak man,hamid waima mak janda leha pemilik warung di hujung kampung tempat penduduk sekitar kampung bertemu & berbual kosong setelah penat turun ke laut atau membajak sawah padi.masing-masing sibuk memperkatakan apa itu C4 serta fungsi & cara-cara meletupkan C4 mengalahkan sarjan tentera di kantin dalam kementerian pertahanan.

Tiba-tiba tanpa di undang,hadir seorang manusia yang pernah bertugas dalam pasukan polis & menjadi penyiasat persendirian kepada Razak Baginda iaitu Balasubramaniam,di kad pengenalan beliau tercetak WARGANEGARA bagi setiap insan yang berstatuskan rakyat Malaysia.Hadir beliau kali ini dengan satu lagi akuan bersumpah yang membabitkan mangsa pembunuhan yang sama iaitu Altantuya.wanita ini tiada saudara mara,datang ke Malaysia bersama teman & sepupu beliau dari monggolia,niatnya hanya mencari dua kenalan yang bernama Razak Baginda serta Najib Razak untuk menuntut baki komisen USD500,000 (hampir RM2juta).Hubungan dua orang tersebut bukanlah antara anak & bapa tetapi tak lebih daripada seorang pemikir yang bertugas kepada majikannya bagi menaikkan karrier politik bosnya.

Mangsa pembunuhan tetap sama cuma beza akaun bersumpah Bala dengan penulis blog Raja Petra hanya individu yang terlibat.Kalau Raja Petra membabitkan nama Datin Seri Rosmah Mansur,manakala Bala pula membabitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak.Berbeza pada nama tetapi hubungan mereka ini ialah suami isteri.Hubungan mereka ini akan membuatkan pegawai-pegawai pejabat agama akan di maki sekiranya menyerbu bilik hotel penginapan suami isteri Najib & Rosmah untuk di sabitkan atas tuduhan kes khalwat kerana mereka ini sah dalam undang-undang islam untuk duduk berdua-duaan dalam satu bilik.Cuma salah mereka dari segi undang-undang islam seperti tuduhan yang di lemparkan dalam kedua-dua akaun bersumpah tersebut iaitu RASUAH-SEKS-BUNUH.

Sehingga sekarang ini Rosmah tidak mengendahkan akuan bersumpah Raja Petra,bukan sahaja untuk menyaman atau mengambil apa sahaja tindakan untuk membersihkan namanya bahkan untuk jentik Raja Petra pun si isteri yang bernama Rosmah ini tak berani buat.Sehingga sekarang Raja Petra mengesahkan beliau mempunyai bukti yang cukup & penting untuk mengheret Rosmah ke mahkamah serta ke dalam sel Sg. Buloh atau ke penjara kajang.

Bala pula setelah membuat akaun bersumpah 1 bersama peguam beliau & Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dengan penuh senyuman yang boleh membuka hati gadis sunti terpikat melihat keceriaan Bala bahkan beliau cukup tegas menjawab soalan yang di ajukan oleh para wartawan di tingkat 1 ibupejabat parti keadilan mengalahkan peguamnya sendiri mengesahkan bahawa Akuan Bersumpah tersebut adalah benar.

Keesokan hari,Bala yang sehari sebelum itu sentiasa ceria & tersenyum tiba-tiba nampak cukup pucat,keletihan & amat sungul bagaikan terkena BALA’ yang cukup dasyat hingga tidak menjawab sebarang pertanyaan dari wartawan seperti baru lepas di kejar jembalang,membisu seribu bahasa tampil dengan peguam baru & akaun bersumpah 2 dengan menarik kembali nama Datuk Seri Najib Tun Razak seperti tercatat dalam akaun bersumpah 1.Hairan bin Ajaib,rakyat Malaysia terus menerima kejutan demi kejutan,bukan sahaja penukaran akuan bersumpah tetapi Bala menerima BALA’ kerana menghilangkan diri atau di hilangkan.Adakah Bala mengurungkan diri bersama anak isteri atau Bala menerima BALA’ di kurung selepas nama yang dikaitkan dalam akuan bersumpah 1 adalah manusia yang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu orang no 2 di Malaysia selepas Perdana Menteri.Rasanya sudah ramai yang hadir ke hospital membuat pemeriksaan jantung kerana tempias kejutan ini.

Bukan sahaja Bala yang terkena BALA’,rakyat Malaysia & dunia terkena BALA’ ugutan,BALA’ kejutan,BALA’ penipuan & segala BALA’ yang entah berapa lama lagi akan rakyat terima.Sesungguhnya sebagai orang islam atau mana-mana individu yang berpegang teguh kepada agama yang di anuti,dekatkan diri kepada Tuhan & berdoa untuk di jauhkan dari semua BALA’ ini terutamanya dari yang MAHA ESA kerana BALA’ yang di turunkan olehnya tidak tertanggung oleh mana-mana makhluk ciptaannya.

Rakyat selepas ini akan berfikir panjang untuk membuat akuan bersumpah,rakyat tidak sanggup membuat akaun bersumpah jika tragedinya bakal di hadapi sama seperti Bala terima BALA’ ugutan,BALA’ hilang & lain-lain BALA’ tak dijangka.Khabar angin sekarang ini bertiup cukup kencang Bala yang sedang mendapat BALA’ telah di kurung di sebuah banglo milik kenamaan di Pulau Langkawi & di kawal lebih 30 orang daripada anggota keselamatan agar Bala ini tidak membawa BALA’ pula kepada manusia yang bernama Najib Razak & Isteri atau Razak Baginda,Jadi jika ada yang ingin menjadi James Bond 007 menyiasat kebenaran tersebut harap lebih berhati-hati kerana ingin di ulangi sekali lagi,ianya KHABAR ANGIN entahkan benar…entahkan tidak...ENTAHLA

Harap-harap biarlah ianya hanya sekadar khabar angin kerana jika benar Bala & anak isteri berada di lokasi tersebut,rakyat mendapat lagi BALA’ iaitu BALA’ penipuan kerana Pengarah Jabatan Jenayah PDRM percaya Bala telah berada di Negara jiran dari maklumat rakan setugas di Negara jiran.Maklumat yang menipu & rakyat pula di tipu kerana Bala ke Negara jiran tanpa rekod imigresen sepertilah mangsa Altantuya yang terbunuh hilang rekod imigresen Malaysia yang boleh di gunakan di mahkamah untuk mengesahkan rekod perjalanan mangsa bersama siapa & ke mana waktu itu.

Oleh itu,terimalah satu-satu maklumat atau berita dengan penuh berlapang dada & berfikir menggunakan akal menilai dari semua aspek sebelum menelan mentah-mentah berita yang kita dengar agar tidak terkena BALA’ salah maklumat.Sehingga sekarang bancian yang di buat oleh berita web no 1 Malaysia www.malaysiakini.com 92% pembaca mengundi untuk menerima pakai akuan bersumpah 1 Balasubramaniam.Jadi fikirkanlah.

Ceramah DSAI di NS malam ini

Telah ditetapkan lawatan kerja DSAI ke NS akan diadakan pada 10 Julai 2008, Khamis. Pada mulanya ceramah dijadualkan akan diadakan di Taman Jasmin, Senawang. tapak tersebut bukan asing bagi program ceramah umum kerana telah banyak program diadakan dengan lancar dan tanpa kejadian tak di ingini. YB Nurul Izzah dan YB Fairus (Timbalan Ketua menteri Pulau Pinang) juga pernah berucap ti Padang di taman jasmin, senawang tanpa sebarang masalah.
Dua hari lepas setelah mengadakan pertemuan dengan pihak polis, 8,000 poster, 20,000 handbill dan 10 banner telah disediakan untuk mempromosikan ceramah DSAi di NS. Malangnya semalam kemungkinan atas tekanan politik pihak IPD seremban telah memaklumkan bahawa permit tidak akan dikeluarkan. Untuk mengelakkan suasana yang tegang dan tidak di ingini dan hasil perbincangan juga dengan pihak polis tapak program telah dialihkan ke dataran Muhibbah, Kg. ismail, Ampangan.
Seluruh rakyat N.Sembilan di jemput untuk bersama dalam program
Ceramah Perdana
bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Antony Loke (DAP-Rasah/Lobak),YB Datuk kamarul (keADILan-teluk kemang), YB Taufek (PAS - Paroi), cheGubard (MPT keADILan) dan Haridass (pemimpin komuniti India setempat)
10 Julai 2008 - Khamis (bermula 8.00 malam)
Dataran Muhibbah, Kg. Ismail, Ampangan, Seremban. (jalan masuk ke kg. Joboi dari Jalan jelebu)
sebarang pertanyaan sila hubungi : 0123696474
Peta ke Dataran Muhibbah link berikut http://pasns.blogspot.com/2008/07/dataran-muhibbah.html

Monday, July 07, 2008









Program semalam berjalan lancar. Program bermula kira kira jam 10 pagi dengan kehadiran kira kira 10,000 orang. Ucapan pemimpin dengan diselang seli persembahan sepanjang hari. Pada malamnya kira kira 35,000 orang berhimpun mendengar ucapan pimpinan yang diakhiri dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun dengan perbagai ugutan termasuk menggunakan tentera. Malah saat akhir semalam bertaburan sms, email dan fax nakal yang menyatakan perhimpunan tersebut batal, namun sepanjang hari kira - kira 100,000 ribu lebih orang telah bersama dalam perhimpunan tersebut. Orang yang hadir pagi hanya mampu bertahan hingga tengahari, kerana yang datang jauh dengan menyewa bas terpaksa pulang petang. Peserta sentiasa silih berganti.

Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah. -->
Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.
Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.
"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."
Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.
Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.
"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.
Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.
"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.
Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.
"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau

Sunday, July 06, 2008

Bala di paksa ?


Bala seorang penyiasat pesendirian yang di upah oleh Abdul Razak Baginda untuk 'menyelesaikan' kes Altantuya membuat pendedahan menyatakan :

  • Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya
  • Najib bukan sahaja pernah berjumpa Altantuya tetapi turut ada hubungan sulit
  • Altantunya telah bernikah dengan Razak di Korea Selatan

  • Altantuya datang bukan mengugut mengenai hubungan sulit tetapi mengenai tidak puas hati dengan 'deal' komisyen pembelian senjata

  • Kenyataannya mengenai hubungan Najib dengan kes Altantunya telah di padamkan oleh polis dalam rakaman percakapanya.

Namun selepas petang Bala membuat pendedahan kenyataan bersumpahnya mengenai kes tersebut di hadapan sidang media bersama Anwar Ibrahim. Beliau di dapati hilang. Pagi keesokanya dia muncul dengan peguam yang baru dan menyatakan bahawa beliau menarik semua kenyataanya mengenai Najib (sahaja) dalam akauan bersumpah yang awal dengan membuat akuan bersumpah baru. Bala menyatakan beliau dipaksa membuat akuan bersumpah pertama.... persoalanya siapa yang memaksa beliau untuk akuan bersumpah yang pertama ?

di bawah ini diperturunkan dua gambar untuk saudara nilai. Gambar dua situasi satu ketika mengumumkan akuan bersumpah yang pertama dan ketika membuat kenyataan di sebuah hotel secara tiba - tiba dalam akuan bersumpah yang kedua. Mana satu menunjukkan beliau terpaksa ?



Lebih malang lagi sehari selepas itu keluarga Bala telah membuat laporan polis mengenai kehilangan tanpa dapat dikesan,Bala, isteri dan anaknya.

Saturday, July 05, 2008

PROTES Sejuta Rakyat tetap diteruskan !!!

PROTES sejuta Rakyat tetap diteruskan, cuma lokasi penganjuran diubah sedikit di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Tarikh 6 Jun 2008 (Ahad) dan masa dari 10 pagi - 12 tgh malam tidak diubah. Pimpinan utama PAKATAN dan institusi masyarakat sudah menyatakan kesediaan hadir. Pesonaliti dan artis tempatan juga ramai yang menyatakan kesudian untuk hadir sama menyatakan sokongan malah ada yang akan membuat persembahan.
Ada banyak sms, email palsu sedang berputar memberikan makluman salah seperti himpunan batal atau ditukar tempat ke tempat lain pula. Semua di harap terus rujuk ke blog rasmi iaitu http://protes2008.blogspot.com untuk sebarang perkembangan terkini.
Dari semalam juga telah dapat banyak sms yang menyatakan keadaan KL tegang, malah kononya di PJ sudah ramai tentera. Semua itu palsu itu hanya nak takutkan orang ramai yang nak bersama. Malah penganjur bekerjasama baik dengan pasukan keselamatan. Malah perubahan lokasi juga adalah nasihat pihak keselamatan.
Datang ramai - ramai berpakaian merah , ia merupakan satu pesta kuasa rakyat menyatakan bantahan terhadap kezaliman kerajaan. Datang ramai - ramai bersama keluarga dan teman dalam Pesta seharian ini.
Dari hentian LRT Kelana Jaya boleh gunakan BAS Rapid jarak antara 5-10 min.
Yang dari luar KL/PJ dinasihatkan masuk awal ke kawasan PJ. Jumpa di sana. Jangan lupa bawa kamera, video untuk merakam peristiwa sejarah Malaysia ini.

Bersumpah ?

Menyambung tulisan sebelum ini. Dalam temuramah saya dengan Tabloid Wasilah semalam juga saya menyentuh mengenai "Kenapa Anwar Ibrahim tidak bersumpah?"
Ramai yg tanya saya berkenaan sumpah saperti yg dicadang oleh SS Mufti Perlis. Buat makluman, semasa berucap di Stadium Malawati DSAI telah pun bersumpah menafikan tuduhan tsb. Malahan pada 19 Sept 1998 pun DSAI bersumpah juga di Batu Pahat semasa dituduh oleh Azizan.

Sebenarnya saya secara peribadi tidak bersetuju dengan sumpah bersumpah ni. Ini adalah amalan yang tidak sabit dari syariat Islam ataupun sunnah Nabi. Saya agak terkejut SS Mufti Perlis, yang juga sahabat saya mengemukakan cadangan tersebut. Tidak ada mana-mana hadis yang menunjukkan bersumpah ini amalan Nabi. Sebenarnya bersumpah dengan junjong kitab ini adalah amalan bukan Islam. Contohnya orang Kristian.

Di dalam amalan Islam, sumpah ini adalah dalam bentuk bayyinah. Iaitu apabila seseorang dikenakan pertuduhan dalam Mahkamah Syariah dengan sesuatu tuduhan (saperti suami menuduh isteri berzina) maka menurut syariat iaitu usul fiqh bahawa beban bukti ke atas yang mendakwa..manakala bersumpah untuk yang kena tuduh. Ini adalah sebahagian daripada sistem keterangan dalam syariat Islam.

Contohnya apabila seorang isteri dituduh berzina oleh suaminya dan dia tiada saksi untuk membela diri..maka dia boleh bersumpah isti'azah menafikannya; yg jika dia bersumpah maka Mahkamah akan meminta suaminya turut bersumpah. Sekiranya suaminya bersumpah menegakkan dakwaannya, maka Mahkamah akan neutralise kes. Si isteri akam dibebaskan dari tuduhan zina dan suami akan dibebaskan dari tuduhan qazaf (menuduh tanpa saksi). Tetapi kalau suami enggan bersumpah, maka isteri itu akan dibebaskan tetapi suami mungkin dikenakan tuduhan qazaf.

Tapi yang pentingnya sumpah isti'azah ini hanya boleh dibuat dalam Mahkamah didhadapan seorang Hakim yang melaksanakan undang-undang Islam. Persoalannya adakah kita mengamalkan sistem syariat Islam tersebut. Jelas jawapannya tidak. Maka prasyarat untuk bersumpah itu tidak ujud dalam negara Darul Hadhari kita ni. Janganlah kita terikut-ikut cara bukan Islam ini. Malahan saya berpendapat kalau benar mahukan Anwar bersumpah..kenakanlah pertuduhan terhadap beliau di Mahkamah Syariah yang benar-benar menjalankan hukum-hakam Islam.
Persoalan che'GuBard ialah lepas sumpah apa akan jadi lepas tu...? Selepas bersumpah dalam masjid atau junjung quran maka esok Utusan Meloya akan keluar besar Anwar perguna agama cuci tuduhan?
Sumpah hanya boleh diucap depan hakim yang menjalankan hukum Islam. Wahai Ketua Putera, yang tinggi moral dan perkerti bukan sumpah junjung Al Quran tetapi Anwar perlu diadili menggunakan hukum Al Quran. Jika Anwar sudah bersumpah depan Hakim yang diberi kebebasan melaksanakan hukum Islam dan jelas penuduh tidak boleh membuktikan tuduhan fitnahnya maka hukuman hudud harus dijatuhkan ke atas pembawa pertuduhan itu.
Wallahua'lam. Saya bukanlah insan sesempurna Azzez, Ketua Putera Umno yang tinggi moral baik budi pekerti untuk memberikan komen dalam isu agama ini tetapi sekadar berkongsi pengetahuan yang cetek.

Konspirasi 2

Semalam saya di temuramah khas oleh wartawan tabloid Wasilah. Isunya ialah mengenai kesediaan 'kita' untuk berdepan dengan segala kemungkinan termasuk penggunaan aparat kerajaan seperti 1998.
Bagi che'GuBard 'skrip' kali ini sama seperti skrip fitnah 1998. Maka sudah tentu kemungkinan 'ending' seperti 1998 juga tidak boleh di elakkan. Malah bagi 'kami' adlah amat perlu untuk mempersiapkan minda dengan kemungkinan lebih teruk dari 1998.
Hujah ini berasaskan perebutan kuasa yang berlaku. 1998, apa yang berlaku ialah Anwar Ibrahim difitnah ketika hampir di puncak kuasa oleh sekumpulan konspirator yang takut 'keselamatan' mereka terancam jika Anwar dibenar menjadi PM. Maka konspirasi dirancang tetapi konspirasi bukan ambil alih kuasa tetapi hanya menyingkirkan Anwar dan mendokong kuasa yang sedia ada iaitu Dr. Mahathir Mohamad.
Berbeza dengan plot kali ini. Konspirasi ke 2 ini berlaku ketika Anwar sudah menghampiri gerbang kekuasaan cuma kali ini dengan kuasa dokongan rakyat. Jika tidak berlaku kekecohan Sabtu lepas seawal minggu depan kerajaan akan bertukar atau selewatnya pertengahan September.
Suka atau tidak suka kenyataan Pak Lah memang sudah menjadi PM. Dia pasti turun cuma cepat atau lambat sahaja persoalanya. Malah melihat beberapa perkembangan sememangnya dia akan turun dalam masa terdekat. Kenyataan beliau yang mengatakan beliau tidak tahu apa - apa mengenai wujudnya konspirasi sememangnya boleh dipercayaai, kerana memang sudah di ketahui umum apa yang Pak Lah tahu pun. Maka Pak Lah bukan faktor dalam persaingan politik Malaysia.
Dua nama dikaitkan mampu menggantikan Pak Lah, Anwar dan Najib. Dalam persaingan ini Anwar di lihat ke depan jauh. Najib walaupun memegang kuasa tetapi dia tidak berani bersaing. Sejarah membuktikan bagaimana dia tidak pernah berlawan dalam Umno. Malah satu ketika dia berada bersama Team B tetapi dia berpatah balik bersama Dr.Mahathir setelah takut dengan persaingan yang amat kuat selain dari kesudian Anwar mengosongkan kerusi Ketua Pemuda Umno untuk beliau duduk tanpa persaingan.
Namun plot kali ini berbeza, ia persaingan mati - mati. Jika Najib berjaya dapat menjadi PM dalam masa terdekat Anwar akan mati karier politik (dalam usaha menjadi PM). Najib sudah pasti melakukan pembersihan politik dengan rakus untuk memadam terus politik Anwar, tetapi jika Anwar berjaya menduduki kerusi PM sebelum Najib, bukan sahaja karier politik Najib akan habis malah Najib dan keluarga dalam bahaya kerana turut terkait dengan beberapa jenayah berat yang dilakukan. Malah Najib bernasib baik kerana tidak kesorangan dalam isu ini keraja semua yang kelihatan bakal terancam dengan sosok Anwar termasuk keluarga Dr. Mahathir sudah pasti bersatu teguh denganya.
Ketika melihat Anwar begitu laju di depan menghampiri pucak kuasa, Najib perlu mencari alasan untuk memperlahankanya. Sememannya kelihatan agak tergesa - gesa dan tanpa 'drumming up' yang teratur fitnah liwat di letupkan. Ini mengejutkan semua dan rakyat cepat menolaknya. Namun kita jangan terkejut kerana kali ini sudah tentu plot rekaan cerita akan jadi lebih baik dan sempurna. Team yang sama terlibat....polis yang sama , peguam negara yang sama sudah tentu akan lebih berhati - hati dalam mereka plot ...sudah tentu kondo yang tidak siap tak akan berulang.
Oleh kerana persaingan kali ini bukan mempertahankan kuasa tetapi perlumbaan ke arah puncak kuasa makanya permainannya pasti akan lebih kasar.
Dua hari lepas tentera dan polis sudah menjalankan 'Joint Exercise' di tengah Ibukota. Ini perkara yang tidak pernah berlaku. Musa Hassan yang mengawal Polis dan Najib yang mengawal tentera adalah dua individu yang sudah tentu terancam jika benarkan Anwar berkuasa.
Mereka pasti cuba mencipta sesuatu yang lebih hebat lagi sesudah yakin berjaya memperlahankan gerakan Anwar dengan bom fitnah liwat. Sesuatu perlu diletupkan untuk meyakinkan rakyat bahawa suasana tidak tenteram. Anwar dan beberapa lain yang mampu mengganggu misi Najib harus ditahan atas alasan keselamatan dan diasingkan dari masyarakat. Benar untuk keselamatan tetapi untuk keselamatan memastikan misi Najib berjaya diselesaikan.
Apa misinya ? Misinya ialah mengambil alih jawatan PM sesegera mungkin. Orang Umno yang sudah sedia maklum bahawa Presiden Parti lemah akan diyakinkan betapa perlunya Presiden ditukar kerana jika Presiden tidak ditukar sudah pasti Umno akan terus melemah dan akan jadi sejarah. Maka selepas Anwar dan teman diasingkan dari masyarakat. Atas alasan keselamatan pula tentera dan polis berkawal di tempat strategik (kemungkinan perintah berkurung) dan 'coup' dalam Umno akan diadakan.
Ini mengingatkan saya dengan pengkisahan sejarah kisah rampasan kuasa yang dilakukan Tun Razak terhadap Tunku Abd. Rahman.
Ini semua tidak mudah berlaku jika kuasa rakyat kuat ! Ayuh berhimpun sejuta rakyat secara aman di Stadium MBPJ Kelana Jaya, 6 Jun ini. (sambungan) Konspirasi 2 bahagian dua malam nanti menyentuh mengenai cabaran sumpah oleh alFadhil Ustaz Abdul Azzez , Ketua Putera Umno