Sunday, October 28, 2012

Polis lari hilang bila Umno buat kekecohan, kamera video diselamatkan SAMM

28 Oktober 2012
Kenyataan Umum SAMM

Pada 27 Okt.kira kira jam 8.45mlm saya hadir ke MARKAS PAS Bandar Seri Alam,Masai. Program Ceramah Umum PR anjuran DAP-PR

Ketika saya sampai dan duduk dikawasan yg dijadikan Pentas seorang yg saya pasti anggota Polis datang memasang kamera di depan rostrum.

Sebaik sahaja prog hendak dimulakan jam 9mlm dari Balai Raya berdekatan (50meter) mereka yg dikenali oleh penduduk tempatan sebagai orang Umno memasang speaker besar dgn kuat memainkan rakaman ceramah. Dengan jelas cuba ganggu ceramah.

Menurut penganjur mereka telah memaklumkan kpd polis dua minggu awal secara bertulis dan program PR mendapat kebenaran pihak polis.

Jelas tindakan memasang speaker dgn nada amat kuat utk ganggu ceramah PR dan membuat provokasi. Kami cuba berbincang,namun malangnya hanya ada sekitar 10-12 org remaja termasuk seorang perempuan menguncikan diri mereka dalam balai raya membalas dengan teriakan dan perkataan lucah.

Penganjur membuat panggilan kpd polis, saya sendiri cuba menelefon polis tp jaminan utk datang tidak ditunai. Malah anggota polis dicari dikawasan ceramah yg beruniform semua hilang, ada yg tidak beruniform hanya membatukan diri.  Tiba masa saya berucap,umno tinggikan lagi volume suara.

Keadaan mula tegang..saya bertanya kepada anggota polis sila muncul kita perlu bincang. Ada org yg menunjukkan kamera dengan mengatakan mesti ada polis dia pasang kamera ini tadi.

Saya tanya 3 kali dan waktu jarak untuk minta polis tampil ke depan. Org ramai sahut dan turut teriak panggil polis. Seorang pun tak muncul. Ada yg mula rapat dgn kamera polis dlm keadaan marah.

Saya minta semua petugas SAMM kedepan kawal keadaan. Provokasi umno berterusan tp saya kawal kerana jika bergaduh tentu remaja yg dibuat umpan oleh Umno itu teruk dipukul malah kamera polis juga mungkin dirosakkan.

Saya minta kamera polis itu ditutup/lipat dan diselamatkan. Saya meninggalkan lokasi ceramah awal utk ke satu lagi lokasi di Taman Dahlia.

Saya akan menyerahkan kamera tersebut melalui satu laporan polis siang nanti. Dalam perjalanan pulang ke Seremban saya dihubungi perbagai anggota Polis dari Pegawai bertugas, Timbalan OCPD, Datuk Ramli (KCK Johor). Meminta saya memulangkan kamera. Mereka kebanyakan tidak ada di lapangan keliru. Isunya bukan saya curi tp semalamatkan. Mereka kata ada anggota lihat saya yg bawa kamera pergi. Ini bermakna ada anggota polis yg sengaja biar dan diamkan provokasi umno maka bila termakan provokasi PR akan dipersalahkan.

Saya rakam simpati dgn anggota polis yg kena bertugas ikut telunjuk Umno. Ramai yg hadir dan semua rasa kecewa Umno diberi peluang dan dilindungi untuk membuat kecoh.

Laporan polis saya menyerahkan kamera video tersebut akan membuktikan anggota polis hadir ttp diam saja melihat provokasi Umno...

Saya simpati dan InsyaAllah dibawah PR nanti institusi polis akan dibebaskan dari tekanan politik.

Sekian

cheGuBard
Dalam perjalanan pulang melepasi ayer keroh. 2.10pg
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

  1. Anonymous2:45 PM

    28 Okt 2010 ke 2012..kenyataan umum SAMM tu

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:26 PM

    Saya adalah pesara Polis. Saya berasa teramat sedih sekarang ini kerana PDRM telah gangu gugat penugasannya oleh segelintir orang yg lansung tidak memikirkan apa pandangan rakyat terhadap anggota Polis. Semasa saya bertugas dulu iaitu sebelum berasa pada okt 2012 saya terasa malu apabila memperkenalkan pekerjaan saya kepada org ramai bahawa saya adalah seorang anggota Polis. Kerana sejak kebelakangan ini persepsi rakyat terhadap anggota merudum sama sekali. Nasihat saya kepada anggota yg masih berkhidmat bersabarlah menghadapi cabaran global sekarang ini. Pada satu ketika dulu anggota amat disanjung ileh rakyat Malaysia tetapi teramat malang kebelakangan ini anggota Polis di pandang rendah dan hina oleh rakyat.

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:37 PM

    Kesian kat warga polis, patutnya ketua anda kena "say no"
    dalam kerja bukan SOP polis, namun apa kan daya ketua anda juga sama kena beri pilihan ikut arahan atau letak jawatan.
    Harap bersabar lah.....kita sangat percaya bahawasanya Allah melihat dan akan menentukan takdirnya mengikut ketentuanNya,nasihat saya jangan lah terus menzalimi rakyat marhaen yang bergerak menghidupkan demokrasi.

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:38 PM

    anak-anak muda aja yang suka berdemo. kenapa eek? rasanyalah mungkin masa tu diaorang boleh berkumpul lelaki perempuan takda had kemudian balik jauh malam dan mereka bebas rasanya itula yang mereka mahu. bukan ada faedah apa pun

    ReplyDelete