Seperti dimaklumkan semalam che'GuBard dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Penyiasat Kanan IPD Seberang Perai Utara. Memberikan 'arahan' untuk hadir memberikan kenyataan di IPD Bukit Mertajam secepat mungkin kerana wujud 'beberapa' laporan polis terhadap ucapan che'GuBard.
Kemudian telah memaklumkan kepadanya che'GuBard akan hadir hari Jumaat. Oleh kerana semalam berada di Perak untuk berceramah dan selepas di Perak akan terus ke Kuala Lumpur.
Pagi ini terus ke pejabat sebelum tengahari dan petang bersama menjayakan program rakaman forum untuk TvSelangor dan TvAntara.
Namun kira kira 2.30 petang dimaklumkan sekumpulan anggota Polis telah hadir di rumah che'GuBard di Bangi dan Seremban. Kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar Polis telah hadir dengan meminta disampaikan amaran supaya che'GuBard hadir esok juga ke IPD Bukit Mertajam kerana akan didakwa esok.
Kehadiran anggota polis beruniform dan lebih dari sekali mungkin untuk menakutkan dan mengganggu.
Disabitkan seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan.
Tidak gentar dengan 'ugutan' regim yang berselindung disebalik polis maka esok che'GuBard akan hadir pada (Jumaat/ 29Mei) 3.30 petang.
Bn tidak bertanding tetapi terliur hendak masuk gelanggang. Masih ingat beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lepas jika PAS bertanding maka keADILan akan dihalang buat program, tetapi di Penanti kali ini jelas PDRM/SPRM berat sebelah Umno diberikan permit buat program dan ceramah, malam tadi Umno buat program di Guar Perahu.

No comments:
Post a Comment