Monday, May 11, 2009

kisah hantar kek harijadi Altantuya

Lima hari sebelum 6 Mei 2009, 29 anak muda dari perbagai latar belakang, atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah berbincang mengenai kes Altantuya.

Isunya muda imej negara buruk kerana perbagai media dari seluruh dunia telah menulis mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dalam kes pembunuhan Altantuya. Altantuya ialah seorang peniaga wanita yang terbabit sebagai orang tengah dalam pembelian perlalatan pertahanan negara melalui Razak Baginda. Ketika itu Najib merupakan Menteri Pertahanan dan Razak merupakan 'pemikir' Najib. Pembelian kapal selam ini telah membuahkan rasuah sebanyak RM500 juta, fakta ini disokong oleh Timbalan Menteri Pertahanan yang bangun dalam parlimen mengiyakan persoalan RM500 juta cuma dialih bahasa kepada komisyen.

Bagi kami anak muda Malaysia sesuatu perlu dilakukan imej negara perlu dibersihkan.

Maka pada 6 Mei bersempena dengan Ulangtahun kelahiran Altantuya SAMM seramai 35 orang telah hadir di depan Pejabat Jabatan Perdana Menteri menghantar Kek Hari Jadi Altantuya kepada PM Malaysia dan surat menyokong serta mendesak PM membersihkan namanya dan nama negara dalam kes Altantuya ini. sila klik sini untuk membaca kenyataan penuh SAMM. Majlis pagi tersebut menjadi lebih meriah kerana Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok turut mengeluarkan kenyataan dan lebih 'sentimental' bapa Altantuya Dr. Sharibu turut mengirim surat tulisan tanganya, meminta jasa baik SAMM menyampaikan kepada Najib Razak.

Kira - kira jam 11 pagi cheGuBard,Md Sani Md Shah dan Yasir Sheikh Abdul Rahman telah hadir di depan pejabat JPM. Kelihatan wartawan dalam dan luar negara dan beberapa teman yang dikenali juga telah menunggu.

Sebaik sahaja turun dari kenderaan cheGuBard terus menuju ke pondok pengawal JPM untuk memaklumkan mereka mengenai kehadiran dan meminta wakil pejabat Pm untuk hadir menerima apa yang akmi ingin hantar.

Baru beberapa langkah cheGuBard diserbu oleh wartawan bertanya perbagai soalan. Ada wartawan yang meminta ruang untuk merakam gambar kek juga. Tiba - tiba muncul seorang anggota Polis (bertanda nama Razak) dengan nada suara tinggi mengarahkan supaya che'GuBard bersurai. Terus tenang dan menerangkan kepada Razak maksud kehadiran che'GuBard dan teman.

Razak terus berkeras, seolah 'meroyan' Razak menyatakan tak boleh hantar kek dan surat kerana tiada permit ? Adakah untuk menghantar kek dan surat perlu permit ? Panik dan tidak boleh jawab persoalan tersebut Razak arah anggotanya dengan mengatakan tangkap budak ini dan menunjukkan kepada che'GuBard. Mungkin polis yang lain panik tengok Razak seorang kelam kabut maka arahan itu tidak di ikuti. Razak terus 'meroyan' dengan cuba merampas kek. Katanya kek ini tak boleh bawa kerana alasan keselamatan. Tanpa memberi ruang penjelasan Razak dan beberapa polis datang merampas kek.

Melihat semua gambar dan video che'GuBard menyesal tidak 'menepuk' terus kek itu ke muka Razak yang angkuh dan sombong. Ternyata che'GuBard ada beberapa pengalaman OCPD bertindak luar bidang kuasa malah ketika dirujuk ke SUHAKAM, mereka juga mengakui polis telah melampau. Lain kali jangan salahkan che'GuBard kalau 'sesuatu' berlaku dengan lebih menarik jika OCPD bertindak melampau.

Ketika kek dirampas Md Sani Md Shah menjerit " Woi, apo dibuat macam tu barang makan tu....janganlah.." Razak yang 'meroyan' terus mengarahkan Sani ditahan. Kononya Razak memberi kenyataan Sani ditahan sedang memegang kek. Razak penipu, video jelas membuktikan Sani tak pegang kek tetapi menegur perangai razak yang kurang ajar.

cheGuBard memuji aktivis SAMM yang hadir kerana terus berdiam walaupun dikasari polis, ditolak disiku dan seumpamanya, cuma cheGuBard kuatir sampai bila mereka boleh sabar...?

che'GuBard terus berkeras untuk menghantar surat bapa Altantuya, memo SAMM dan kenyataan Yayasan Altantuya. Tak dapat menjawab persoalan - persoalan yang ditujukan akhirnya Razak telah akur dan membenarkan penyerahan. Seorang 'kerani' pejabat JPM telah hadir menerima dan menurunkan cop sebagai akuan terima pada salinan yang dibawa.

Rupanya ketika itu Yasir yang mengedarkan kenyataan media telah ditahan polis dan kenyataan media dirampas. Saufi Mihat telah ditahan juga kerana memegang banner yang tertulis selamat hari jadi Altantuya.

Selepas pemyerahan dan mendapat salinan pengesahan, cheGuBard berjumpa dengan Razak dan bertanya mengenai kawan yang ditahan. Razak dengan sombong tidak mahu menjawab. Hati benar - benar marah. Depan semua wartawan dan yang hadir termasuk polis cheGuBard menunjukkan jari betul dekat muka Razak dan berkata " kau ni betul - betul sombong....kau sombong bukan kerana kau kuat tapi sombong sebab ada uniform...tapi kau penakut nak laksanan undang undang....penakut ikut arahan ...jadi hamba lah kau..."

Lepas itu tak ada kejadian berlaku...terus naik kereta menuju IPD Putrajaya. Sampai di IPD dimaklumkan OCPD tak nak jumpa. Baru tahu Razak yang sombong, meroyan dan bertindak melampau tadi ialah OCPD Putrajaya. Seorang pegawai tampil dan minta kembali semula jam 2.00 petang.

Jam 2.15 petang cheGuBard telah datang bersama Azizi Aziz dengan turut membawa makana buat yang ditahan. OCPD masih enggan berjumpa. Sebaliknya beberapa anggota polis telah membawa cheGuBard dan Azizi ke Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, untuk diambil kenyataan tanpa boleh menjelaskan status sama ada ditahan atau tidak. Seperti biasa kami tidak memberikan sebarang kenyataan kecuali jika dibawa ke mahkamah. Kira - kira jam 4.00 petang che'GuBard dan Azizi diminta meninggalkan kawasan IPD tanpa dijamin.

Jam 5 petang dimaklumkan oleh teman yang ditahan bahawa mereka hanya duduk dan tidak ada lansung kenyataan dirakam. Jam 6 petang dimaklumkan bahawa 3 yang ditahan dibawa masuk untuk bermalam di lokap. Kemudian che'GuBard telah membuat satu laporan Polis ke atas OCPD Putrajaya kerana salah guna kuasa, tangkapan tanpa prosedur betul dan menggunakan kuasa yang ada untuk mensalahgunakan tempoh 24 jam tahanan tanpa reman untuk membalas dendam kerana malu dimarahi di depan awam kerana bertindak diluar batasan.

Esoknya 7 Mei jam 8.45 pagi mendapat panggilan telefon dari teman yang ditahan menyatakan mereka boleh dibebaskan dengan jaminan polis. Malangnya jam 9.00 pagi cheGuBard hadir di balai malangnya dilarang menjadi penjamin kerana turut menjadi OKT.

Jam 9.45 pagi 3 yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis tanpa polis dapat menyatakan kesalahan mereka. Mereka diberikan sebulan sebelum kena hadir semua di IPD Putrajaya.

Semasa didalam tahanan mereka ditekan untuk menyatakan adakah mereka dibayar, siapa buat kek atau taja kek, siapa buat banner, siapa taja SAMM apakah bentuk soalan yang ditanya berkaitan dengan persoalan keselamatan. Malah ketika lewat malam mereka disoal siasat oleh beberapa anggota polis tanpa keluar dario lokap. Adakah prosedur siasatan membenarkan OKT dalam lokap dan polis membawa kertas mencatat jawapan diluar lokap.

SAMM jelas mengutuk 'tindakan melampau dan jahat Polis khususnya IPD Putrajaya dibawah Razak. Dalam kes Altantuya keseluruhanya Polis bertindak diluar batasan demi melindungi penjenayah sebenar. Polis punya masa dan cukup anggota untuk mengugut pencetak banner yang sering kami gunakan. Polis telah menahan dan merampas secara tidak sah 1000 topeng Altantuya. Polis telah mengugut peniaga dan semua yang berurusan dengan SAMM dalam isu Altantuya.

Namun SAMM tidak mahu lari dari isu besar yang ingin dibawa pada hari tersebut. Persoalan dan fakta jelas telah diketengahkan dalam kenyataan penuh SAMM seperti dibawah

Kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan. Imej negara telah menjadi buruk ekoran terlalu banyak 'spekulasi' muncul berkenaan kes tersebut.

Kira – kira 19 buah media seluruh dunia telah menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Malah ada cubaan menutup kes tersebut dengan melebel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan. Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan.

Terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya seperti ;

  • apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ? Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang ADUN Bn jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung. 2 tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa ?

  • secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah ? Pistol , arahan siapa dan milik siapa ?

  • benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib), dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan ? Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang ?

Maka dengan ini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Altantuya kami kumpulan anak muda (Solidariti Anak Muda Malaysia) dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia

  • menyaman dan minta 19 media dunia mohon maaf kerana menyiarkan artikel Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya jika ia fitnah bukan sekadar menggunakan kuasa mengugut dan mengancam dalam negara. Untuk makluman Polis telah di gunakan untuk merampas topeng Altantuya, mengugut tempat percetakan supaya jangan bekerjasama mencetak bahan melibatkan Altantuya dan mempergunakan akta polis menghalang nama Altantuya disebut dalam majlis dibawah permit polis.

  • menjelaskan mengenai kewujudan tersebarnya salinan beberapa pesanan ringkas antara nombor yang dikatakan digunakan oleh Najib dengan satu nombor yang dikatakan dimiliki oleh seorang peguam berbincang mengenai kes Altantuya. Salinan berbalas pesanan ringkas ini jika benar dihantar oleh Najib menunjukkan 'sesuatu' cuba diselindungkan dalam kes Altantuya ini. Maka penjelasan yang jelas perlu dibuat.

  • mempersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan Di Raja mengenai kes Altantuya ini. Banyak kes sebelum ini gagal dicari kebenaran hanya dengan siasatan polis dan pendakwaan biasa. Contohnya dalam siasatan polis gagal mendapati siapa yang memukul Anwar Ibrahim dalam tahanan sebaliknya bila ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja maka Ketua Polis Negara dikenal pasti melakukannya.

Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara. Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.

Solidariti Anak Muda Malaysia merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.

SAMM juga ingin membetulkan fakta yang ditulis oleh beberapa media yang menyatakan SAMM ada kaitan langsung dengan Parti Keadilan Rakyat. SAMM terdiri dari anak muda berlainan latar belakang. Malah Mohamad Yaser Sheikh Abdul Rahman yang ditangkap dan merayakan Ulangtahun Kelahiranya 6 Mei di dalam lokap polis ialah Ahli Umno.

Sehubungan ini juga SAMM telah mendapat pesanan dari bapa Altantuya yang merakamkan terima kasih atas usaha kami menyampaikan surat beliau kepada PM Malaysia dan yang lebih menarik Dr. Sharibu menyatakan kemungkinan akan berada di Malaysia ketika Pilihanraya Kecil Penanti.

4 comments:

  1. salut SAMM atas tindakan politik berani dan kesenian 'performance art' yang tinggi bahasa visualnya itu.

    http://sampahseni.blogspot.com/2009/05/performance-art-kek-altantuya.html

    ReplyDelete
  2. Buat report polis la. Biar Najib dibicarakan di mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Cikgu nanti harijadi den kau antakan kek yo...barulah den syang kek kau hahahah Tahniahlahhhh cikgu

    ReplyDelete
  4. bangangnye yg menulis ni, cuba baca blog ni

    http://silaserazwanali.blogspot.com/2009/05/kek-seru-roh-altantuya-jom-jom.html

    mmg takde otak si pondan ni!

    ReplyDelete