Sebaik sahaja menerima keputusan mahkamah, YAB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin telah mengumumkan menggantung setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid.
Keputusan menggantung dua pegawai kanan ini - dilihat dekat kerajaan BN sejak rampasan kuasa awal Februari lalu - dalam mesyuarat tergempar exco malam tadi.
Tegasnya keputusan ini bukan balas dendam tetapi kerana tindak tanduk melampau mereka mencampuri dan mengambil sikap politik boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. (untuk membaca lanjut sila klik sini)
Walaupun agak terlambat sebenarnya tetapi ia merupakan keputusan yang tepat. Sering kedengaran pegawai kerajaan yang bertugas di bawah kerajaan negeri menjalankan tugas sabotaj untuk memburukkan keadaan. Mereka seolah memainkan peranan sebagai agen Umno. Ini bukan tuduhan di Pulau Pinang contohnya jika tidak digempur oleh Amizuddin Ahmat (Ketua Pemuda KEADILAN Kepala Batas), bekas ahli Majlis Seberang Perai mengenai wujudnya Pegawai Daerah dan pegawainya yang main 'kong kali kong' dalam isu royalti kuari dan kelulusannya nescaya perkara ini akan berterusan dan memberikan imej buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Pendedahan Amizuddin yang dikenali sebagai Din Binjai telah menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang mendapat kembali RM6.7 juta pendapatan hasil dari kuari yang 'disalah' kirakan.
Cuma selepas pendedahan tersebut ramai pula yang memandang serong kononya Din Binjai sebagai perosak. Ramai pula 'orang kita' yang membela pegawai - pegawai yang terbabit atas perbagai dasar seperti kawan sekelas dulu dan sebagainya. Dalam pertemuan baru - baru ini Din Binjai dengan tenang mengatakan biar dia hilang jawatan ahli majlis yang tak seberapa asalkan dia puas menentang amalam korupsi yang menjadi perjuangan selama ini.
Ibarat masuk rumah yang telah diduduki oleh pemilik lama. Sikit sebanyak kena buat ubah suai atau paling tidak cuci apa yang patut. Untuk tidak membazir pakai semula yang berguna tak salah tapi buang yang menyusahkan.
Di Selangor masih banyak perkara sama berlaku. Malah pegawai kecil sering merungut mereka ditekan kerana kelihatan cuba menyokong kerajaan yang ada sekarang. Mereka juga pelik siapa yang memerintah sekarang ini...?
Khabarnya dalam pejabat MB sendiri masih ada pegawai kanan (setiausaha) yang menjadi kesayangan Khir Toyo dulu...maka apa peliknya resit atau surat kerajaan terlepas pada Umno....
Tanpa mengenepikan masih ada ramai pegawai yang profesional tetapi yang sulit perlu dipelihara.
Banyak rungutan mengatakan tender PBT masih 'dirayakan' dibahagi - bahagi sesama pro Umno sama seperti dahulu.... yang jujur dan ikhlas masih gagal mendapat ruang. Masih ada Pegawai Tinggi PBT yang pergi bermesyuarat di kawasan pelancongan tajaan syarikat yang mendapat tender letak kereta.
Dalam bab anak syarikat kerajaan negeri.... masih banyak lompong.... masih terlalu ramai pro Umno terlibat... banyak jawatan kosong atau yang perlu dikosongkan dan di isi oleh mereka yang pernah merasa perit berjuang, faham derita rakyat dengan syarat mereka ada kelayakan dan pengalaman.....
Tidak dinafikan perlu ada pertimbangan teliti ....anak syarikat yang membuat keuntungan dan bersedia berkhidmat dengan kerajaan semasa harus dikekalkan pimpinan syarikat tersebut. KDEB contohnya keuntungan meningkat, menjadi pembayar air percuma kepada rakyat malah menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dalam projek basmi kemiskinan dan penaja utama sukan khususnya bolasepak Selangor, maka pimpinan syarikat harus di puji.
Perlu dilihat syarikat yang korup atau tidak membuat untung sesuatu perlu dilakukan segera. Dalam lantikan juga perlu diteliti sejauh mana yang bakal dilantik faham denyut nadi perjuangan dan kepayahan rakyat. Mereka bukan sahaja tidak boleh korup tetapi mampu serta bersedia menjadi penyumbang kepada usaha memperkasakan rakyat dan perjuangan.
Kepada Selangor lihatlah Perak jangan dah terantuk baru nak terngadah !!

Soalan cepumas ....
ReplyDeleteMB Selangor ada teloq ka?
maklumat : Azmin lantik seorang ahli Umno sehingga lepas PRU Mac 2008...untuk duduk dalam board anak syarikat PKNS.....
ReplyDeletesdr badrul kalau boleh sampaikan kepada pemimpin pusat tengok2kan amk selangor ini...konflik teruk .... asyik bercakap tapi tak gerak... mcm2 masalah...
ReplyDeletemula2 pecah group jonah(ketua sekarang) dan hilmy (ketua lama) sekarang pula jonah cipta mush lagi dengan pecat ketua penerangan dll....
pulau pinang:
ReplyDeleteseorang ahli umno yang bergiat aktif dan politik baru sahaja dilantik sebagai Penolong Pegawai Tanah Kanan di sebuah Pejabat Daerah di Seberang Perai.
isteri beliau bekerja di bahagian kaunter juga di jabatan kerajaan di komtar.
terdapat sumber memaklumkan bahawa isterinya sentiasa berusaha mendapatkan resit-resit dan segala bentuk dokumen yang membabitkan kegiatan harian bekas TKM 1, Fairus khairudin.
kegiatan sang isteri ini dapat dijadikan modal kepada karier politik si suami.