Saturday, May 23, 2009

Penanti penerus agenda Reformasi


Penanti bukan sekadar untuk memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru di Penanti atau memilih Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Namun Pilihanraya Kecil Penanti ini ialah untuk memenuhi iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk memenuhi hasrat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan bagi semua seharusnya melihat pilihanraya kecil Penanti ini sebagai penerus agenda reformasi.

Perkara tersebut telah diungkap dalam satu forum TvMutiara pada 21 Mei yang lalu yang dirakam secara 'live' di Yayasan Aman, Penanti.

Forum yang dikendalikan oleh che'GuBard, telah menampilkan calon Adun Penanti Dr Mansor Othman dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Sila klik sini siri 1 dan klik sini siri 2 untuk menonton lanjut rakaman forum tersebut.

1 comment:

  1. Syabas... gunakan fakta yang bernas untuk rakyat dan parti. jangan kutuk mengutuk. Biar bn terduduk malu walaupun nak cover dengan dengan barisan bebas.

    ReplyDelete